pelaksanaan program kemahiran (ketukangan) di … fileuniversiti teknologi malaysia feb, 2004 . ii....

21

Upload: others

Post on 10-Sep-2019

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN (KETUKANGAN) DI … fileUniversiti Teknologi Malaysia Feb, 2004 . ii. iii DEDIKASI Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi izin
Page 2: PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN (KETUKANGAN) DI … fileUniversiti Teknologi Malaysia Feb, 2004 . ii. iii DEDIKASI Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi izin
Page 3: PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN (KETUKANGAN) DI … fileUniversiti Teknologi Malaysia Feb, 2004 . ii. iii DEDIKASI Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi izin

PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN (KETUKANGAN) DI PUSAT

SERENTI JERANTUT, PAHANG DARULMAKMUR.

HAZUKI BIN MOHD. NOR

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Sebahagian Daripada Syarat Pengurniaan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Feb, 2004

Page 4: PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN (KETUKANGAN) DI … fileUniversiti Teknologi Malaysia Feb, 2004 . ii. iii DEDIKASI Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi izin

ii

Page 5: PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN (KETUKANGAN) DI … fileUniversiti Teknologi Malaysia Feb, 2004 . ii. iii DEDIKASI Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi izin

iii

DEDIKASI

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi izin dan limpah

kurniaNYA untuk hambanya dalam menyiapkan projek ini. Selawat serta salam buat

Nabi Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W.

Buat insan yang sentiasa dalam ingatan

Isteri yang tercinta

Habibah Bt. Abdul Rahman

Terimakasih di atas segala pengorbanan yang tidak ternilai, kesabaran yang tiada

Berpenghjung dan kasih sayang yang tersimpul rapi di sepanjang pengajian ini

Ibu, ayah serta mertua yang dikasihi

Terima kasih di atas doa dan sokongan kalian

Anak-anak yang disayangi

Amirul Fakhri (11 tahun)

Aina Hazrina (9 tahun)

Aina Farahiah (7 tahun)

Amirul Aizuddin (5 tahun)

Aina Fathin Farhana (3 tahun)

Terima kasih kerana turut membantu umi dirumah dari awal hingga tamatnya pengajian

ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong buat kalian untuk mencapai kejayaan di di

dunia dan akhirat.

Wassalam

Page 6: PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN (KETUKANGAN) DI … fileUniversiti Teknologi Malaysia Feb, 2004 . ii. iii DEDIKASI Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi izin

iv

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah dengan izinNYA dapat saya menyiapkan projek ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada

pensyarah pembimbing saya En. Mohd. Zolkifli Abdul Hamid yang telah banyak

memberi bimbingan , tunjukajar serta buah fikiran bagi menyiapkan projek ini.

Sesungguhnya banyak ilmu yang telah diperolehi hasil bimbingan beliau.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan

di atas kebenaran yang diberikan untuk membuat kajian uni, kaunselor dan kakitangan

Pusat Serenti Karak dan Jerantut di atas kerjasama yang diberikan serta kepada pelatih-

pelatih di kedua-dua pusat terbabit di atas kesudian menjawab soal selidik.

Mudah-mudahan segala yang terhasil ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T

dan dapat memberi menafaat kepada kita semua.

Wassalam.

Hazuki bin Mohd. Nor

Page 7: PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN (KETUKANGAN) DI … fileUniversiti Teknologi Malaysia Feb, 2004 . ii. iii DEDIKASI Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi izin

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pelaksanaan program kemahiran

(ketukanmgan) di Pusat Serenti Jerantut, Pahang Darulmakmur. Sampel kajian terdiri

daripada pelatih-pelatih ketukangan yang sedang mengikuti program pemulihan di Pusat

Serenti. Seramai 85 orang pelatih kemahiran ketukangan yang merupakan sample dan

juga mewakili populasi dipilih sebagai responden kajian ini.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa dua aspek perlu diberikan perhatian iaitu

keadaan kemudahan peralatan bengkel dan aktiviti sokongan di Pusat Serenti terbabit

perlu dipetingkatkan supaya pelaksanaan program kemahiran ini berjalan baik dan

mencapai matlamat pemulihan serta memberi harapan baru kepada pelatih-pelatih setelah

tamat tempoh pemulihan.

Setiap data dan maklumat menggunakan analisis statistik deskriptif bagi melihat

peratus dan frekuensi. Berdasarkan dapatan kajian ini, beberapa cadangan telah

dikemukakan dalam usaha mempertingkatkan lagi tahap pelaksanaan dan keberkesanan

program latihan kemahiran di Pusat Serenti.

Page 8: PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN (KETUKANGAN) DI … fileUniversiti Teknologi Malaysia Feb, 2004 . ii. iii DEDIKASI Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi izin

vi

ABSTRACT

The study is carried out with the purpose to observe the implementation of

Carpentry Skill Programme at Pusat Serenti Jerantut, Pahang Darulmakmur. The

respondents are those who are undertaking the rehabilitation programme at the center.

There are about 85 trainees whom are taken as the sample as well as the respondent

(population).

From the study , two aspects need to be taken into consideration. First, the

condition of the tools and the psysical facilities of the workshop. Besides the support

activities at the center must be improved in order to ensure smooth implementation of the

skills programme. This is important for achieves the rehabilitation purpose and

objectives. It is a way of giving anew hope for the trainees after the programme.

For every data dan information, the researcher used the descriptive statistic

analysis to arrive at the relevant percentage and frequency. Based on the study, several

proposals are introduced with the aim to improve the implementation and the

effectiveness of the Skill Programme at the Pusat Serenti.

Page 9: PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN (KETUKANGAN) DI … fileUniversiti Teknologi Malaysia Feb, 2004 . ii. iii DEDIKASI Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi izin

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

Pengesahan Status Tesis

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual xi

Senarai Lampiran xii

Page 10: PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN (KETUKANGAN) DI … fileUniversiti Teknologi Malaysia Feb, 2004 . ii. iii DEDIKASI Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi izin

viii

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.9 Penutup 12

BAB ll SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Sejarah Penubuhan Pusat Serenti 14

Page 11: PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN (KETUKANGAN) DI … fileUniversiti Teknologi Malaysia Feb, 2004 . ii. iii DEDIKASI Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi izin

ix

2.3 Peranan Latihan Kemahiran 15

2.4 Aspek Rawatan & Pemulihan Di Pusat Serenti 16

2.5 Aspek Keadaan Kemudahan Peralatan

Dan Penggunaanya 17

2.6 Aktiviti-aktiviti Sokongan Di Pusat Serenti 20

2.7 Penutup 22

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 23

3.2 Rekabentuk Kajian 23

3.3 Prosedur Persampelan 24

3.4 Instrumen Kajian 25

3.5 Kajian Rintis 28

3.6 Prosedur Kajian 29

3.7 Analisis Data 30

3.7.1 Pertimbangan Skor Peratus 30

3.8 Penutup 31

Page 12: PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN (KETUKANGAN) DI … fileUniversiti Teknologi Malaysia Feb, 2004 . ii. iii DEDIKASI Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi izin

x

BAB IV ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 32

4.2 Keputusan Dan Analisa Data Bahagian A 33

4.2.1 Taburan Peratusan Responden 33

4.2.2 Taburan Responden Kajian 34

4.3 Keputusan Dan Analisis Bahagian B 35

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 36

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 38

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 41

4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 43

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN , KESIMPULAN

DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 46

5.2 Rumusan Kajian 47

5.3 Kesimpulan 47

5.3.1 Kriteria Pemilihan Latihan Kemahiran 47

5.3.2 Persepsi Pealtih Terhadap Latihan

Keamhiran Yang Diberikan 49

5.3.3 Keadaan Kemudahan Peralatan Di Bengkel

Ketukangan Di Pusat Serenti 51

Page 13: PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN (KETUKANGAN) DI … fileUniversiti Teknologi Malaysia Feb, 2004 . ii. iii DEDIKASI Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi izin

xi

5.3.4 Aktiviti-aktiviti Sokongan Di Pusat Serenti 52

5.4 Perbincangan 55

5.5 Cadangan 57

5.5.1 Pusat Serenti 57

5.5.2 Masyarakat 58

5.5.3 Pelatih-Pealtih 58

5.5.4 Kajian Lanjutan 59

5.6 Penutup 60

BIBLIOGRAFI 61

LAMPIRAN

Page 14: PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN (KETUKANGAN) DI … fileUniversiti Teknologi Malaysia Feb, 2004 . ii. iii DEDIKASI Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi izin

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL SENARAI JADUAL MUKA SURAT

3.1 Kandungan Soal Selidik 26

3.2 Skala Likert 27

3.3 Pemeringkatan Skala Likert 27

3.4 Jadual Pembahagian Tahap 31

4.1 Profil Responden 33

4.2 Item-item Yang Berkaitan Dengan Pemilihan

Latihan Di Kalangan Pelatih 36

4.3 Item-item Yang Berkaitan Dengan Persepsi

Pelatih 38

4.4 Item-item Yang Berkaitan Dengan Keadaan

Kemudahan Peralatan 41

4.5 Item-item Yang Berkaitan Dengan Aktiviti

Page 15: PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN (KETUKANGAN) DI … fileUniversiti Teknologi Malaysia Feb, 2004 . ii. iii DEDIKASI Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi izin

xiii

Sokongan 43

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA

A Borang Soal Selidik

B Surat Akuan Pelajar Daripada Fakulri Pendidikan

C Surat Kebenaran Kementerian Dalam Negeri

Page 16: PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN (KETUKANGAN) DI … fileUniversiti Teknologi Malaysia Feb, 2004 . ii. iii DEDIKASI Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi izin

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang meningkat maju dalam

bidang teknologi, perubatan, maklumat dan sebagainya. Pelbagai program

pendidikan telah dirangka , diatur dan dilaksanakan dalam usaha memajukan negara

tanpa membezakan status masyarakat. Dalam memajukan bidang pendidikan di

mana-mana institusi pendidikan, kerajaaan tidak mengenepikan pendidikan di Pusat

Serenti di seluruh negara bagi memperbaiki nasib kehidupan mereka yang terlibat

dengan penagihan dadah.

Penagihan dadah bukan sahaja membawa kesengsaraan kepada diri sendiri

dan merosakkan keharmonian institusi kekeluargaan tetapi penagihan yang

berleluasa boleh menjejaskan kedudukan sosio ekonomi masyarakat dan

mengancam keselamatan negara ( Tan Chee Yee, 1989).

Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan dan pertubuhan bukan

kerajaan untuk membendung gejala tidak sihat ini khususnya penyalahgunaaan

dadah. Menurut Aznan Bakar (2000), usaha iuntuk membanteras gejala penggunaan

dadah terutama di kalangan remaja tidak akan membawa sebarang kejayaan jika

Page 17: PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN (KETUKANGAN) DI … fileUniversiti Teknologi Malaysia Feb, 2004 . ii. iii DEDIKASI Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi izin

2

tidak mendapat kerjasama semua pihak. Oleh itu semua pihak harus saling

bekerjasama untuk mencapai kejayaan seperti mana yang dirancangkan dan dicita-

citakan.

Menurut Mohamad Ishak (2000), penyalahgunaan dadah yang

kebanyakannya membabitkan golongan remaja tetap menjadi ancaman sosial utama

yang dihadapi oleh negara. Kerajaan telah berusaha untuk memulihkan golongan

yang telah dianggap ‘ sampah masyarakat’ ini. Pusat-pusat Serenti dan Pusat

Pemulihan Akhlak telah ditubuhkan untuk menempatkan mereka yang terbabit.

Penubuhan Pusat Serenti ini mempunyai objektif yang tersendiri dan

pelbagai program khas telah disediakan untuk mereka yang terlibat dengan kegiatan

penagihan dadah yang di dapati semakin meningkat. Di antara program-program

pemulihan ialah perkhimatan kaunseling, perkhidmtan aawatan perubatan serta

kesihatan dan latihan kemahiran/terapi vokasional. Program-program kemahiran

disediakan adalah bertujuan untuk memulihkan kembali bekas-bekas penagih dan

seterusnya pulang ke pangkuan keluarga dan masyarakat dengan harapan mereka

dapat berdikari.

Walaupun pelbagai program kemahiran disediakan dan diberikan, namun

masih terdapat kegagalan dalam usaha memulihkan pelatih tersebut. Menurut Ong

Ka Ting (1998), kegagalan dan kelemahan langkah-langkah kerajaan dalam

menangani gejala pengedaran dan penagihan dadah di negara ini telah

meningkatkan bilangan mereka yang terbabit.

Page 18: PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN (KETUKANGAN) DI … fileUniversiti Teknologi Malaysia Feb, 2004 . ii. iii DEDIKASI Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi izin

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Gejala penagihan dadah di negara semakin berleluasa. Menurut Mahmood

Nazar

Mohamed (1991), perangkaan kini menunjukkan bahawa terdapat lebih daripada

120,000 peangih dadah yang berdaftar di Malaysia dan peningkatan jumlah

penagih-penagih yang masih muda juga semakin meningkat.

Kesedaran terhadap masalah yang serius ini telah merangsang kerajaan

untuk merawat dan meulihkan mereka yang terlibat. Pelbagai program rawatan dan

pemulihan ditawarkan kepada mereka yang bermasalah ini di antaranya latihan

kemahiran atau terapi vokasional di Pusat Serenti seluruh negara. Pelbagai latihan

kemahiran telah disediakan oleh kerajaan di Pusat Serenti di antaranya kemahiran

ketukangan, pertanian, catering, binaan bangunan, perternakan dan lain-lain lagi

yang bertujuan untuk memberikan kemahiran kepada semua pelatih yang menghuni

Pusat Serenti.

Kemahiran yang dipelajari ini amat penting kepada mereka untuk

memulakan kehidupan baru yang beretika dan seterusnya meninggikan taraf sosio

ekonomi mereka apabila keluar kelak. Namun begitu, kemahiran –kemahiran yang

diperolehi oleh para pelatih tidak dimenafaatkan sepenuhnya oleh mereka. Menurut

Nik Azis Nik PA (1997), program pemulihan di Pusat Serenti masih belum

mencapai kejayaan sepenuhnya. Keberkesanannya dipertikaikan oleh pelbagai pihak

berdasarkan jumlah bilangan penagih yang berulang bertambah. Ini menunjukkan

bahawa terdapat kelemahan dalam pelaksanaan program kemahiran di Pusat Serenti.

Kaedah pemilihan latihan kemahiran dan jenis-jenis kemahiran yang

ditawarkan perlu selari dengan kehendak pasaran tenaga buruh. Menurut Abd. Jabar

Husin (1994), program latihan kemahiran perlu selari dengan keperluan tenaga

buruh separuh mahir di sektor industri. Justeru itu latihan kemahiran yang

Page 19: PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN (KETUKANGAN) DI … fileUniversiti Teknologi Malaysia Feb, 2004 . ii. iii DEDIKASI Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi izin

4

dikendalikan perlu sesuai dengan perkembangan teknologi semasa supaya ianya

mendapat pengiktirafan oleh mana-mana industri.

Kes-kes penagih berulang dan tegar yang kini berada dalam keadaan kritikal

ada hubungkaitnya dengan jenis kemahiran yang ditawarkan dan kaedah pemilihan

latihan di kalangan pelatih. Ada kemungkinan jenis latihan dan kemahiran yang

ditawarkan tidak sesuai dengan minat dan kebolehan pelatih tersebut yang

menyebabkan pelatih tidak memenafaatkan kemahiran yang dipelajari di Pusat

Serenti dan akhirnya mereka kembali menagih. Ada sesuatu yang tidak kena dengan

pelaksanaan program kemahiran yang menyaksikan bekas-bekas pelatih ini kembali

menjadi penghuni pusat. Mereka gagal mempraktikkkan kemahiran yang diperolehi

dan pihak-pihak tertentu tidak memberi tempat kepada mereka untuk bekerja.

Ada di antara pelatih-pelatih tidak berminat mengikuti program latihan

kemahiran yang terdapat di sesebuah Pusat Serenti terutama bagi pelatih yang

dimasukkan ke pusat buat kali kedua. Mereka sudah jemu dan bosan kerana

pendekatan yang sama digunakan oleh Pusat Serenti dalam melaksanakan latihan

kemahiran kepada mereka. Akhirnya pelatih tersebut tidak mengambil berat dan

menumpukan sepenuhnya kepada program kemahiran tersebut.

Menurut Abd. Ghafar (2003), program latihan kemahiran di pusat Serenti

gagal kerana pelatih tidak melayan sebarang modul atau aktiviti yang dijalankan di

situ. Justeru itu program kemahiran yang dijalankan perlu mengambil kira semua

aspek yang melibatkan pelaksanaanya seperti tahap pengetahuan tenaga pengajar

dalam bidang kemahiran yang diajar, kemudahan peralatan dan jenis-jenis

kemahiran.

Menurut Mohd. Yunus (2003), sebilangan besar kakitangan Pusat Serenti

tidak mempunyai kepakaran dalam bidang kemahiran yang diajar, Merawat dan

memulihkan penagih-penagih bukan seperti ‘ bidan terjun’ yang boleh dilakukan

oleh sesiapa sahaja. Kerjaya berkenaan memerlukan perhatian khususnya dari aspek

Page 20: PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN (KETUKANGAN) DI … fileUniversiti Teknologi Malaysia Feb, 2004 . ii. iii DEDIKASI Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi izin

5

pengorbanan mental, fizikal dan masa. Pengajaran kemahiran memerlukan kobinasi

pengetahuan yang mendalam serta pengalaman.

Justeru itu pengkaji ingin membuat tinjauan di Pusat Serenti Jerantut di

negeri Pahang untuk mengetahui pelaksanaan program kemahiran ketukangan

kepada pelatih-pelatih. Segala pandangan, cadangan dan rungutan dari mereka perlu

diambil kira dan diteliti agar matlamat untuk membebaskan negara dari penagihan

dadah pada 2015 menjadi realiti.

1.3 Pernyataan Masalah

Latihan kemahiran yang disediakan di Pusat Serenti terdiri daripada

kimpalan, pertanian, kraftangan, mekanikal, pembuatan berasaskan kayu, simen,

muzik, katering dan lain-lain bentuk kemahiran. Latihan kemahiran ini disediakan

untuk membantu pelatih-pelatih menghilangkan rasa ketagih, lupa dan seterusnya

meninggalkan tabiat yang tidak sihat itu di samping membantu mereka

mendapatkan peluang pekerjaan dalam bidang kemahiran yang diikuti di Pusat

Serenti..

Walaupun pelbagai latihan kemahiran disediakan dan diberikan namun

masih terdapat kegagalan dalam usaha untuk memulihkan pelatih terbabit di mana

ada di antara pelatih kembali menagih dan dimasukkan semula ke Pusat Serenti buat

kali kedua.

Dengan fenomena ini, maka pengkaji ingin membuat tinjauan berkenaan

dengan pelaksanaan program kemahiran ketukangan di Pusat Serenti Jerantut.

Pahang Darulmakmur.

Page 21: PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN (KETUKANGAN) DI … fileUniversiti Teknologi Malaysia Feb, 2004 . ii. iii DEDIKASI Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi izin

6

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang akan dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat pelaksanaan

program kemahiran ketukangan kepada pelatih-pelatih yang menghuni di Pusat

Serenti Jerantut di negeri Pahang Darulmakmur. Bagi mencari penyelesaaian dalam

menjawab pernyataan masalah, beberapa objektif telah dibentuk seperti berikuit :

1.4.1 Mengenalpasti kriteria pemilihan latihan kemahiran di kalangan

pelatih- pelatih di Pusat Serenti terbabit.

1.4.2 Mengetahui persepsi pelatih terhadap latihan kemahiran yang diberikan.

1.4.3 Mengetahui keadaan kemudahan peralatan yang disediakan di bengkel

ketukangan Pusat Serenti.

1.4.4 Mengetahui aktiviti sokongan yang diberikan oleh Pusat Serenti.

1.5 Persoalan Kajian

Di antara persoalan-persoalan kajian utama yang akan dijalankan dan

dibincangkan dalam kajian ini ialah:

1.5.1 Apakah kriteria pemilihan latihan kemahiran di kalangan pelatih

terbabit ?

1.5.2 Bagaimanakah persepsi pelatih terhadap latihan kemahiran yang di

diberikan ?

1.5.3 Bagaimanakah keadaan kemudahan peralatan yang terdapat di

bengkel ketukangan Pusat Serenti yang terbabit ?

1.5.4 Apakah aktiviti sokongan yang diberikan oleh Pusat Serenti

kepada pelatih-pelatih?