pelaksanaan program kemahiran (ketukangan) di … filecarpentry skill programme at pusat serenti...
TRANSCRIPT
PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN (KETUKANGAN) DI PUSAT
SERENTI JERANTUT, PAHANG DARULMAKMUR.
HAZUKI BIN MOHD. NOR
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Sebahagian Daripada Syarat Pengurniaan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Feb, 2004
ii
iii
DEDIKASI
Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi izin dan limpah
kurniaNYA untuk hambanya dalam menyiapkan projek ini. Selawat serta salam buat
Nabi Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W.
Buat insan yang sentiasa dalam ingatan
Isteri yang tercinta
Habibah Bt. Abdul Rahman
Terimakasih di atas segala pengorbanan yang tidak ternilai, kesabaran yang tiada
Berpenghjung dan kasih sayang yang tersimpul rapi di sepanjang pengajian ini
Ibu, ayah serta mertua yang dikasihi
Terima kasih di atas doa dan sokongan kalian
Anak-anak yang disayangi
Amirul Fakhri (11 tahun)
Aina Hazrina (9 tahun)
Aina Farahiah (7 tahun)
Amirul Aizuddin (5 tahun)
Aina Fathin Farhana (3 tahun)
Terima kasih kerana turut membantu umi dirumah dari awal hingga tamatnya pengajian
ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong buat kalian untuk mencapai kejayaan di di
dunia dan akhirat.
Wassalam
iv
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah dengan izinNYA dapat saya menyiapkan projek ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
pensyarah pembimbing saya En. Mohd. Zolkifli Abdul Hamid yang telah banyak
memberi bimbingan , tunjukajar serta buah fikiran bagi menyiapkan projek ini.
Sesungguhnya banyak ilmu yang telah diperolehi hasil bimbingan beliau.
Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan
di atas kebenaran yang diberikan untuk membuat kajian uni, kaunselor dan kakitangan
Pusat Serenti Karak dan Jerantut di atas kerjasama yang diberikan serta kepada pelatih-
pelatih di kedua-dua pusat terbabit di atas kesudian menjawab soal selidik.
Mudah-mudahan segala yang terhasil ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T
dan dapat memberi menafaat kepada kita semua.
Wassalam.
Hazuki bin Mohd. Nor
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pelaksanaan program kemahiran
(ketukanmgan) di Pusat Serenti Jerantut, Pahang Darulmakmur. Sampel kajian terdiri
daripada pelatih-pelatih ketukangan yang sedang mengikuti program pemulihan di Pusat
Serenti. Seramai 85 orang pelatih kemahiran ketukangan yang merupakan sample dan
juga mewakili populasi dipilih sebagai responden kajian ini.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa dua aspek perlu diberikan perhatian iaitu
keadaan kemudahan peralatan bengkel dan aktiviti sokongan di Pusat Serenti terbabit
perlu dipetingkatkan supaya pelaksanaan program kemahiran ini berjalan baik dan
mencapai matlamat pemulihan serta memberi harapan baru kepada pelatih-pelatih setelah
tamat tempoh pemulihan.
Setiap data dan maklumat menggunakan analisis statistik deskriptif bagi melihat
peratus dan frekuensi. Berdasarkan dapatan kajian ini, beberapa cadangan telah
dikemukakan dalam usaha mempertingkatkan lagi tahap pelaksanaan dan keberkesanan
program latihan kemahiran di Pusat Serenti.
vi
ABSTRACT
The study is carried out with the purpose to observe the implementation of
Carpentry Skill Programme at Pusat Serenti Jerantut, Pahang Darulmakmur. The
respondents are those who are undertaking the rehabilitation programme at the center.
There are about 85 trainees whom are taken as the sample as well as the respondent
(population).
From the study , two aspects need to be taken into consideration. First, the
condition of the tools and the psysical facilities of the workshop. Besides the support
activities at the center must be improved in order to ensure smooth implementation of the
skills programme. This is important for achieves the rehabilitation purpose and
objectives. It is a way of giving anew hope for the trainees after the programme.
For every data dan information, the researcher used the descriptive statistic
analysis to arrive at the relevant percentage and frequency. Based on the study, several
proposals are introduced with the aim to improve the implementation and the
effectiveness of the Skill Programme at the Pusat Serenti.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
Pengesahan Status Tesis
Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Jadual xi
Senarai Lampiran xii
viii
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.9 Penutup 12
BAB ll SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Sejarah Penubuhan Pusat Serenti 14
ix
2.3 Peranan Latihan Kemahiran 15
2.4 Aspek Rawatan & Pemulihan Di Pusat Serenti 16
2.5 Aspek Keadaan Kemudahan Peralatan
Dan Penggunaanya 17
2.6 Aktiviti-aktiviti Sokongan Di Pusat Serenti 20
2.7 Penutup 22
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 23
3.2 Rekabentuk Kajian 23
3.3 Prosedur Persampelan 24
3.4 Instrumen Kajian 25
3.5 Kajian Rintis 28
3.6 Prosedur Kajian 29
3.7 Analisis Data 30
3.7.1 Pertimbangan Skor Peratus 30
3.8 Penutup 31
x
BAB IV ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 32
4.2 Keputusan Dan Analisa Data Bahagian A 33
4.2.1 Taburan Peratusan Responden 33
4.2.2 Taburan Responden Kajian 34
4.3 Keputusan Dan Analisis Bahagian B 35
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 36
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 38
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 41
4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 43
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN , KESIMPULAN
DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 46
5.2 Rumusan Kajian 47
5.3 Kesimpulan 47
5.3.1 Kriteria Pemilihan Latihan Kemahiran 47
5.3.2 Persepsi Pealtih Terhadap Latihan
Keamhiran Yang Diberikan 49
5.3.3 Keadaan Kemudahan Peralatan Di Bengkel
Ketukangan Di Pusat Serenti 51
xi
5.3.4 Aktiviti-aktiviti Sokongan Di Pusat Serenti 52
5.4 Perbincangan 55
5.5 Cadangan 57
5.5.1 Pusat Serenti 57
5.5.2 Masyarakat 58
5.5.3 Pelatih-Pealtih 58
5.5.4 Kajian Lanjutan 59
5.6 Penutup 60
BIBLIOGRAFI 61
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL SENARAI JADUAL MUKA SURAT
3.1 Kandungan Soal Selidik 26
3.2 Skala Likert 27
3.3 Pemeringkatan Skala Likert 27
3.4 Jadual Pembahagian Tahap 31
4.1 Profil Responden 33
4.2 Item-item Yang Berkaitan Dengan Pemilihan
Latihan Di Kalangan Pelatih 36
4.3 Item-item Yang Berkaitan Dengan Persepsi
Pelatih 38
4.4 Item-item Yang Berkaitan Dengan Keadaan
Kemudahan Peralatan 41
4.5 Item-item Yang Berkaitan Dengan Aktiviti
xiii
Sokongan 43
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA
A Borang Soal Selidik
B Surat Akuan Pelajar Daripada Fakulri Pendidikan
C Surat Kebenaran Kementerian Dalam Negeri
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang meningkat maju dalam
bidang teknologi, perubatan, maklumat dan sebagainya. Pelbagai program
pendidikan telah dirangka , diatur dan dilaksanakan dalam usaha memajukan negara
tanpa membezakan status masyarakat. Dalam memajukan bidang pendidikan di
mana-mana institusi pendidikan, kerajaaan tidak mengenepikan pendidikan di Pusat
Serenti di seluruh negara bagi memperbaiki nasib kehidupan mereka yang terlibat
dengan penagihan dadah.
Penagihan dadah bukan sahaja membawa kesengsaraan kepada diri sendiri
dan merosakkan keharmonian institusi kekeluargaan tetapi penagihan yang
berleluasa boleh menjejaskan kedudukan sosio ekonomi masyarakat dan
mengancam keselamatan negara ( Tan Chee Yee, 1989).
Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan dan pertubuhan bukan
kerajaan untuk membendung gejala tidak sihat ini khususnya penyalahgunaaan
dadah. Menurut Aznan Bakar (2000), usaha iuntuk membanteras gejala penggunaan
dadah terutama di kalangan remaja tidak akan membawa sebarang kejayaan jika
2
tidak mendapat kerjasama semua pihak. Oleh itu semua pihak harus saling
bekerjasama untuk mencapai kejayaan seperti mana yang dirancangkan dan dicita-
citakan.
Menurut Mohamad Ishak (2000), penyalahgunaan dadah yang
kebanyakannya membabitkan golongan remaja tetap menjadi ancaman sosial utama
yang dihadapi oleh negara. Kerajaan telah berusaha untuk memulihkan golongan
yang telah dianggap ‘ sampah masyarakat’ ini. Pusat-pusat Serenti dan Pusat
Pemulihan Akhlak telah ditubuhkan untuk menempatkan mereka yang terbabit.
Penubuhan Pusat Serenti ini mempunyai objektif yang tersendiri dan
pelbagai program khas telah disediakan untuk mereka yang terlibat dengan kegiatan
penagihan dadah yang di dapati semakin meningkat. Di antara program-program
pemulihan ialah perkhimatan kaunseling, perkhidmtan aawatan perubatan serta
kesihatan dan latihan kemahiran/terapi vokasional. Program-program kemahiran
disediakan adalah bertujuan untuk memulihkan kembali bekas-bekas penagih dan
seterusnya pulang ke pangkuan keluarga dan masyarakat dengan harapan mereka
dapat berdikari.
Walaupun pelbagai program kemahiran disediakan dan diberikan, namun
masih terdapat kegagalan dalam usaha memulihkan pelatih tersebut. Menurut Ong
Ka Ting (1998), kegagalan dan kelemahan langkah-langkah kerajaan dalam
menangani gejala pengedaran dan penagihan dadah di negara ini telah
meningkatkan bilangan mereka yang terbabit.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Gejala penagihan dadah di negara semakin berleluasa. Menurut Mahmood
Nazar
Mohamed (1991), perangkaan kini menunjukkan bahawa terdapat lebih daripada
120,000 peangih dadah yang berdaftar di Malaysia dan peningkatan jumlah
penagih-penagih yang masih muda juga semakin meningkat.
Kesedaran terhadap masalah yang serius ini telah merangsang kerajaan
untuk merawat dan meulihkan mereka yang terlibat. Pelbagai program rawatan dan
pemulihan ditawarkan kepada mereka yang bermasalah ini di antaranya latihan
kemahiran atau terapi vokasional di Pusat Serenti seluruh negara. Pelbagai latihan
kemahiran telah disediakan oleh kerajaan di Pusat Serenti di antaranya kemahiran
ketukangan, pertanian, catering, binaan bangunan, perternakan dan lain-lain lagi
yang bertujuan untuk memberikan kemahiran kepada semua pelatih yang menghuni
Pusat Serenti.
Kemahiran yang dipelajari ini amat penting kepada mereka untuk
memulakan kehidupan baru yang beretika dan seterusnya meninggikan taraf sosio
ekonomi mereka apabila keluar kelak. Namun begitu, kemahiran –kemahiran yang
diperolehi oleh para pelatih tidak dimenafaatkan sepenuhnya oleh mereka. Menurut
Nik Azis Nik PA (1997), program pemulihan di Pusat Serenti masih belum
mencapai kejayaan sepenuhnya. Keberkesanannya dipertikaikan oleh pelbagai pihak
berdasarkan jumlah bilangan penagih yang berulang bertambah. Ini menunjukkan
bahawa terdapat kelemahan dalam pelaksanaan program kemahiran di Pusat Serenti.
Kaedah pemilihan latihan kemahiran dan jenis-jenis kemahiran yang
ditawarkan perlu selari dengan kehendak pasaran tenaga buruh. Menurut Abd. Jabar
Husin (1994), program latihan kemahiran perlu selari dengan keperluan tenaga
buruh separuh mahir di sektor industri. Justeru itu latihan kemahiran yang
4
dikendalikan perlu sesuai dengan perkembangan teknologi semasa supaya ianya
mendapat pengiktirafan oleh mana-mana industri.
Kes-kes penagih berulang dan tegar yang kini berada dalam keadaan kritikal
ada hubungkaitnya dengan jenis kemahiran yang ditawarkan dan kaedah pemilihan
latihan di kalangan pelatih. Ada kemungkinan jenis latihan dan kemahiran yang
ditawarkan tidak sesuai dengan minat dan kebolehan pelatih tersebut yang
menyebabkan pelatih tidak memenafaatkan kemahiran yang dipelajari di Pusat
Serenti dan akhirnya mereka kembali menagih. Ada sesuatu yang tidak kena dengan
pelaksanaan program kemahiran yang menyaksikan bekas-bekas pelatih ini kembali
menjadi penghuni pusat. Mereka gagal mempraktikkkan kemahiran yang diperolehi
dan pihak-pihak tertentu tidak memberi tempat kepada mereka untuk bekerja.
Ada di antara pelatih-pelatih tidak berminat mengikuti program latihan
kemahiran yang terdapat di sesebuah Pusat Serenti terutama bagi pelatih yang
dimasukkan ke pusat buat kali kedua. Mereka sudah jemu dan bosan kerana
pendekatan yang sama digunakan oleh Pusat Serenti dalam melaksanakan latihan
kemahiran kepada mereka. Akhirnya pelatih tersebut tidak mengambil berat dan
menumpukan sepenuhnya kepada program kemahiran tersebut.
Menurut Abd. Ghafar (2003), program latihan kemahiran di pusat Serenti
gagal kerana pelatih tidak melayan sebarang modul atau aktiviti yang dijalankan di
situ. Justeru itu program kemahiran yang dijalankan perlu mengambil kira semua
aspek yang melibatkan pelaksanaanya seperti tahap pengetahuan tenaga pengajar
dalam bidang kemahiran yang diajar, kemudahan peralatan dan jenis-jenis
kemahiran.
Menurut Mohd. Yunus (2003), sebilangan besar kakitangan Pusat Serenti
tidak mempunyai kepakaran dalam bidang kemahiran yang diajar, Merawat dan
memulihkan penagih-penagih bukan seperti ‘ bidan terjun’ yang boleh dilakukan
oleh sesiapa sahaja. Kerjaya berkenaan memerlukan perhatian khususnya dari aspek
5
pengorbanan mental, fizikal dan masa. Pengajaran kemahiran memerlukan kobinasi
pengetahuan yang mendalam serta pengalaman.
Justeru itu pengkaji ingin membuat tinjauan di Pusat Serenti Jerantut di
negeri Pahang untuk mengetahui pelaksanaan program kemahiran ketukangan
kepada pelatih-pelatih. Segala pandangan, cadangan dan rungutan dari mereka perlu
diambil kira dan diteliti agar matlamat untuk membebaskan negara dari penagihan
dadah pada 2015 menjadi realiti.
1.3 Pernyataan Masalah
Latihan kemahiran yang disediakan di Pusat Serenti terdiri daripada
kimpalan, pertanian, kraftangan, mekanikal, pembuatan berasaskan kayu, simen,
muzik, katering dan lain-lain bentuk kemahiran. Latihan kemahiran ini disediakan
untuk membantu pelatih-pelatih menghilangkan rasa ketagih, lupa dan seterusnya
meninggalkan tabiat yang tidak sihat itu di samping membantu mereka
mendapatkan peluang pekerjaan dalam bidang kemahiran yang diikuti di Pusat
Serenti..
Walaupun pelbagai latihan kemahiran disediakan dan diberikan namun
masih terdapat kegagalan dalam usaha untuk memulihkan pelatih terbabit di mana
ada di antara pelatih kembali menagih dan dimasukkan semula ke Pusat Serenti buat
kali kedua.
Dengan fenomena ini, maka pengkaji ingin membuat tinjauan berkenaan
dengan pelaksanaan program kemahiran ketukangan di Pusat Serenti Jerantut.
Pahang Darulmakmur.
6
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang akan dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat pelaksanaan
program kemahiran ketukangan kepada pelatih-pelatih yang menghuni di Pusat
Serenti Jerantut di negeri Pahang Darulmakmur. Bagi mencari penyelesaaian dalam
menjawab pernyataan masalah, beberapa objektif telah dibentuk seperti berikuit :
1.4.1 Mengenalpasti kriteria pemilihan latihan kemahiran di kalangan
pelatih- pelatih di Pusat Serenti terbabit.
1.4.2 Mengetahui persepsi pelatih terhadap latihan kemahiran yang diberikan.
1.4.3 Mengetahui keadaan kemudahan peralatan yang disediakan di bengkel
ketukangan Pusat Serenti.
1.4.4 Mengetahui aktiviti sokongan yang diberikan oleh Pusat Serenti.
1.5 Persoalan Kajian
Di antara persoalan-persoalan kajian utama yang akan dijalankan dan
dibincangkan dalam kajian ini ialah:
1.5.1 Apakah kriteria pemilihan latihan kemahiran di kalangan pelatih
terbabit ?
1.5.2 Bagaimanakah persepsi pelatih terhadap latihan kemahiran yang di
diberikan ?
1.5.3 Bagaimanakah keadaan kemudahan peralatan yang terdapat di
bengkel ketukangan Pusat Serenti yang terbabit ?
1.5.4 Apakah aktiviti sokongan yang diberikan oleh Pusat Serenti
kepada pelatih-pelatih?