laporan bengkel kerja gegas-asas ketukangan

Download Laporan bengkel kerja gegas-asas ketukangan

Post on 15-Apr-2017

3.522 views

Category:

Education

48 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

_x0001_

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 81310 UTM JOHOR BHARU,JOHOR MALAYSIA.

SPPE 1012(ASAS KETUKANGAN)

FOLIO PROJEK(AMALI KERJA LOGAM : PROJEK MENGGEGAS)

NAMA PELAJARNO. MATRIKPROGRAM

ELLI AMIRAH BINTI AZLANA14PP3014SPPJ

LIYANA HANISAH BINTI MAT SAKAMA14PP3026SPPJ

NAMA PENSYARAH:DR AMIRMUDIN UDIN

TARIKH HANTAR:18/11/2015

MARKAH

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGANiSENARAI GAMBARAJAH iiPENGHARGAANiii1.0 PENGENALAN12.0 PERATURAN ASAS PENGGUNAAN BENGKEL FABRIKASI LOGAM23.0 LANGKAH KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KEMALANGAN43.1 FAKTOR KEMANUSIAAN43.2 FAKTOR PENTADBIRAN53.3 FAKTOR FIZIKAL 53.4 LANGKAH PENCEGAHAN63.5 LANGKAH KESELAMATAN KEPADA 3 ASPEK74.0 PROJEK 1 : PROJEK MENGEGAS94.1 PENGENALAN104.2 OBJEKTIF104.3 PERALATAN TANGAN KERJA MENGGEGAS114.3.1 PERALATAN MENGUKUR124.3.2 PERALATAN MENANDA164.3.3 PERALATAN MENGAPIT174.3.4 PERALATAN MEMEMOTONG184.3.5 PERALATAN MEMUTAR 214.4 PROSES KERJA MENGGEGAS 235.0 REFLEKSI316.0 KESIMPULAN 327.0 LAMPIRAN 338.0 RUJUKAN 34

SENARAI GAMBARAJAH

Gambarajah 1 : Contoh Pakaian Yang Sesuai Di Dalam Bengkel3Gambarajah 2: Bahagian Plat A 23Gambarajah 3: Bahagian Plat B 23Gambarajah 4 : Ukuran Kepingan Logam Yang Perlu Dipotong 24Gambarajah 5 : Proses Memotong Kepingan Logam 24Gambarajah 6 : Kepingan Logam Atau Plat Yang Telah Dipotong 24Gambarajah 7 : Proses Menanda Dan Mengukur Plat 25 Gambarajah 8 : Proses Menanda Dan Mengukur Plat B 25Gambarajah 9 : Plat Yang Telah Diukur Dan Ditanda 25Gambarajah 10 : Memotong Menggunakan Hack Saw 26 Gambarajah 11 : Plat Yang Telah Dipotong26Gambarajah 12 : Pengukuran Menggunakan Vernier Calliper 26Gambarajah 13 : Penggukuran Menggunakan Sesiku L 27Gambarajah 14 : Proses Menebuk Lubang Pada Plat A 27Gambarajah 15 : Plat B27Gambarajah 16 : Ditanda Dengan Penebuk Pusat 28Gambarajah 17 : Menebuk Lubang Pada Plat B 28Gambarajah 18 : Menebuk Lubang Kecil Di Tengah 28Gambarajah 19 :Bahagian Yang Perlu Dipotong29Gambarajah 20 : Selepas Membuang Bahagian Tengah 29Gambarajah 21 : Mengikir Bahagian Yang Perlu Dinipiskan 29Gambarajah 22 : Kemaskan Permukaan 30Gambarajah 23 : Membuat Alur Pada Plat 30Gambarajah 24 : Alur Yang Telah Siap 30Gambarajah 25 : Lekungan30Gambarajah 26 : pemeriksaan plat menggunkan Dye

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini bagi kursus SPPE 1012 Asas Ketukangan dengan jayanya. Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah tercinta kami, Dr. Amirmudin Bin Udin kerana beliau telah banyak tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan kepada kami. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada En.Ros Iskandar Zulkarnaian Bin Mansor yang juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar untuk menyelesaikan tugasan ini dari segi praktikal.Disamping itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga tugasan ini dapat kami siapkan dengan jayanya. Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak menghulurkan bantuan, kerjasama dan teguran yang membina kepada kami bagi merialisasikan usaha menyempurnakn tugasan asas petukangan ini.Akhir madah, ucapan terima kasih sekali lagi kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan tugasan ini.Sekian, terima kasih.

29 | Page

1.0 PENGENALANMelalui Kursus Asas Pertukangan ini, secara umunya pelajar dapat mempelajari serta didedahkan cara penggunaan alatan tangan dan alatan mesin yang berada di bengkel. Selain itu, pelajar juga dapat mendisiplinkan diri agar sentiasa mematuhi segala peraturan yang ada di dalam bengkel. Di dalam kursus ini, pelajar diberikan tugasan kerja menggegas dan kepingan logam. Tugasan ini dilakukan di bengkel fabrikasi logam. Kerja menggegas dan kepingan logam ini bermaksud penghasilan tanggam melaui kaedah manual. Tugasan ini,banyak menggunakan alatan tangan berbanding alatan mesin. Ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam penggunaan alatan tangan yang digunakan dalam kerja menggegas. Ketika melakukan tugasan ini, keselamatan diri, bahan dan tempat adalah amat penting bagi mengelakkan kecelakaan dan kemalangan berlaku. Perkara ini semua perlulah dititik beratkan agar tujuan kedua tugasan ini mencapai matlamat dan dan objektif penghasilannya.

2.0 PERATURAN ASAS PENGGUNAAN BENGKEL FABRIKASI LOGAMFabrikasi logam merupakan kerja yang banyak dilakukan untuk membuat dan mencipta objek/barangan untuk kegunaan seharian. Disamping itu juga ia banyak digunakan dalam penghasilan bahan ciptaan yang baru. Kerja-kerja fabrikasi logam biasanya dijalankan di bengkel kerana ia banyak menggunakan alatan tangan serta mesin. Ini kerana mesin yang digunakan terlalu besar dan tidak sesuai untuk diletakkan di kawasan rumah.Dengan itu, segala peraturan yang telah ditetapkan dan dikuatkuasakan oleh pihak pengurusan bengkel haruslah dipatuhi oleh para pelajar. Dengan itu, risiko untuk berlakunya kemalangan dapat dikurangkan serta dapat dicegah. Berikut adalah peraturan-peraturan penggunaan bengkel fabrikasi logam :1) Pelajar dilarang menggunakan bengkel tanpa pengawasan dan kebenaran dari pengajar.2) Pengguna mestilah faham dan tahu untuk mengedalikan operasi mesin atau alatan tangan sebelum melakukan sebarang kerja.3) Jangan menggunakan mesin dan alat tangan yang diragui penggunaannya serta dapatkan tunjuk ajar dari pensyarah atau pengajar bengkel.4) Pengguna dikehendaki memakai pakain bengkel atau yang sesuai untuk kerja kerja didalam bengkel.5) Pemakain selipar didalam bengkel dilarang sama sekali. Mestilah memakai kasut bertutup yang bergetah.6) Pemakaian cermin mata keselamatan adalah dimestikan kepada pengguna.7) Jangan menyimpan lebihan bahan atau komponen rekacipta didalam bengkel.8) Jangan sesekali mengambil sebarang ukuran pada benda kerja yang sedang berputar atau mesin yang sedang beroperasi.9) Simpan alat alat dan segala peralatan yang telah digunakan diletakkan ditempat asalnya. Jangan biarka ianya bersepah diatas mesin dan diatas kawasan persekitaran bengkel.10) Sila pastikan peralatan yang telah digunakan ,dikemas dan mencukupi bilangannya. Sekira berlaku kehilangan ,pelajar dikehendaki menggantikan peralatan yang baru.11) Pelajar tidak dibenarkan mengabil peralatan bengkel tanpa kebenaran.

Gambarajah 1 : Contoh pakaian yang sesuai di dalam bengkel

3.0 LANGKAH KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KEMALANGANKeselamatan ditempat kerja khususnya dibengkel perlu diambil berat. Ia adalah penting bagi menjamin keselamatan dan kesihatan diri terpelihara. Dari segi keselamatan, kepentingannya adalah dapat mengelakkan diri dari risiko tercedera dah lebih buruk lagi melibatkan kematian. Kepentingan dari aspek kesihatan merangkumi ergonomik, pendengaran dan gangguan pernafasan. Semua ini perlu dititik beratkan dan kaedah pengawalan perlu diambil sebelum sesuatu kemalangan berlaku dan juga melibatkan kesihatan terjejas. Dan perkara yang paling penting dan harus diberi keutamaan sekiranya berlaku kemalangan atau kecemasan tentulah nyawa pengguna bengkel berkenaan.Antara faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan adalah: Faktor kemanusiaan Faktor pentadbiran Faktor fizikal

3.1Faktor KemanusiaanKecuaian kurang memberi tumpuan kepada kerja mengalamun/berkhayal semasa bekerja

Kurang pengetahuan mengenai kerja yang di lakukan mengenai langkah-langkah keselamatan mengenai latihan untuk melakukan tugas sikap tak ambil tahu mengenai sesuatu yang diperlukan dalam melaksanakan tugas dengan betul.

Tidak berdisiplin bergurau semasa bekerja gagal mematuhi peraturan-mengambil jalan pintas.

3.2Faktor Pentadbiran Penguatkuasaan peraturan keselamatan yang tidak di laksanakan dengan bersungguh-sungguh Kurang/tiada arahan-arahan keselamatan sebelum memulakantugas Kawalan keselamatan yang longgar Tiada latihan/kurang tunjuk ajar sebelum memulakan tugas Tiada prosedur kerja yang ditetapkan Tiada latihan berkaitan pencegahan keselamatan pekerja

3.3Faktor FizikalPersekitaran kawasan tempat kerja yang tidak di beri perhatian seperti tidak dibersihkan, licin, berselerak-pencahayaan tempat kerja yang tidak mencukupi Kebisingan yang terlalu tinggi melebihi tahap yang sepatutnya akan memberi kesan psikologi, mengganggu komunikasi atau menyebabkan kehilangan pendengaran Sistem pengudaraan yang tidak kondusif, mengganggu kecerdasan minda dan tumpuan individu-Penyimpanan, pengendalian dan pelupusan yang tidak sistematik boleh membawa akibat buruk kepada persekitaran

Peralatan dan Mesin susun atur mesin yang tidak sesuai dengan ruang lantai kerja-keadaan mesin yang telah lama dan tidak sesuai di gunakan lagi keadaan mesin & peralatan tangan yang tidak di selenggara dengan baik penggunaan mesin atau peralatan tangan yang salah penggunaan dan penyimpanan mesi yang tidak teratur pengendalian mesin dengan cara yang tidak selamat.

Sistem Pendawaian pendawaian yang lebih daripada 40 tahun kecacatan pada pendawaian yang menyebabkan kebocoran arus elektrik beban lebih had (overload)-pendawaian tambahan tanpa kebenaran-pendawaian yang salah pada alatan yang di gunakan

3.4Langkah Pencegahan Merancang terlebih dahulu kerja yang akan dilaksanakan. Mempelajari cara mengendalikan peralatan atau mesin. Mematuhi peraturan keselamatan ketika berada dibengkel. Menggunakan peralatan mengikut kegunaan sebenar peralatan tersebut. Mengendalikan