persepsi pelajar tahun 2 sph terhadap … · merupakan suatu kitaran yang buruk kerana membazirkan...

22
PERSEPSI PELAJAR TAHUN 2 SPH TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM SUBJEK LUKISAN KEJURUTERAAN. WONG MUN YEE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vantu

Post on 10-Aug-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 2 SPH TERHADAP PENGUASAAN

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK)

DALAM SUBJEK LUKISAN KEJURUTERAAN.

WONG MUN YEE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 2 SPH TERHADAP PENGUASAAN

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM

SUBJEK LUKISAN KEJURUTERAAN.

WONG MUN YEE

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

iii

DEDIKASI

Untuk Papa dan Mama yang tersayang.

Kasih sayang dan pengorbanan yang tidak terhingga

akan ku ingat selama-lamanya.

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis,

Pn. Hajah Norani Mohd. Noor atas bimbingan, dorongan dan nasihat yang diberikan

sepanjang tempoh penyelidikan dan penulisan tesis ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan 5 SPH yang sentiasa

saling memberi bantuan dan galakan dalam proses penulisan tesis ini.

Penghargaan juga diberi kepada pihak Pusat Sumber Fakulti Pendidikan dan

Perpustakaan Sultanah Zanariah di Universiti Teknologi Malaysia yang menyediakan

kemudahan dan sumber rujukan yang berguna dalam penulisan tesis ini.

Akhir kata, penulis ingin berterima kasih kepada semua pihak yang memberi

kerjasama secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Projek Sarjana

Muda ini.

v

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan mengkaji persepsi pelajar terhadap penguasaan

Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK) dalam subjek Lukisan

Kejuruteran. Kajian dekskriptif ini dijalankan ke atas 38 orang pelajar tahun 2 SPH

Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor. Pengkaji telah membina satu set soal

selidik sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data daripada responden. Data

dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science

Microsoft for Windows (SPSS) versi 11.5. Kajian rintis memperolehi keputusan

pekali alpha sebanyak 0.834. Hasil kajian menunjukkan pelajar bersetuju dengan

faktor reka bentuk pembelajaran, teknik pengajaran dan konteks fakulti dapat

mempengaruhi penguasaan KBKK mereka dalam subjek Lukisan Kejuruteraan.

Pelajar sedar tentang kepentingan KBKK dalam memperbaiki fikiran yang terburu-

buru, sempit, kabur, dan bercelaru serta meningkatkan kemahiran berfikir dalam

subjek Lukisan Kejuruteraan. Pelajar bersetuju mereka telah mengaplikasikan

KBKK dalam subjek Lukisan Kejuruteraan. Kajian juga memberi cadangan kepada

pihak-pihak tertentu agar mereka boleh mengambil tindakan sepatutnya supaya

KBKK dapat diamalkan secara berkesan berterusan di kalangan pelajar.

vi

ABSTRACT

This research is to investigate the students’ perception about mastering

Critical and Creative Thinking Skills in Engineering Drawing subject. 38 students

from 2 SPH, University of Technology Malaysia in Skudai, involved in this

descriptive research. The researcher has built a set of questionnaire as the instrument

to collect data. The software used to analyze data is Statistical Package For Social

Science Microsoft for Windows (SPSS) version 11.5. The value of reliability is

0.834. Finding have shown that students agreed that the factor of classroom design,

teaching technique and institute’s context influence the mastery of Critical and

Creative Thinking Skills in Engineering Drawing subject. Students realized that the

importance of Critical and Creative Thinking Skills in improving thinking error of

rushing, narrow minded, blurness, disorganized and is able to upgrade thinking skills.

Students agreed that they applied Critical and Creative Thinking Skills in

Engineering Drawing subject. This research also gives suggestion to certain party as

they could take relevant actions so that the Critical and Creative Thinking Skills can

be practiced among the students effectively.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Rasional Kajian 6

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.7.1 Siswa-siswi 7

1.7.2 Pendidik 8

1.8 Batasan Kajian 8

viii

1.9 Definisi Istilah 8

1.9.1 Persepsi 9

1.9.2 Penguasaan 9

1.9.3 Kemahiran Berfikir Secara Kritis

dan Kreatif (KBKK) 9

1.9.4 Kemahiran Membuat Keputusan 9

1.9.5 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 10

1.9.6 Reka bentuk Pembelajaran 10

1.9.7 Teknik Pengajaran 11

1.9.8 Konteks Fakulti 11

1.9.9 Kepentingan 12

1.9.10 Aplikasi 12

1.9.11 Lukisan Kejuruteraan 12

2 SOROTAN KAJIAN 13

2.1 Pengenalan 13

2.2 Otak dan Pemikiran 13

2.3 Kemahiran Berfikir 15

2.4 Jenis-jenis Kemahiran Berfikir 16

2.4.1 Kemahiran Berfikir Secara Kritis 16

2.4.2 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 19

2.4.3 Membuat Keputusan 20

2.4.4 Penyelesaian Masalah 22

2.5 Faktor-faktor Mempengaruhi Penguasaan

Kemahiran Berfikir 23

2.5.1 Rekabentuk Pembelajaran 25

2.5.1.1 Pembelajaran Situasi 26

2.5.1.2 Motivasi 27

2.5.2 Teknik Pengajaran Pensyarah 27

2.5.3 Konteks Fakulti 28

2.6 Kepentingan Penguasaan Kemahiran Berfikir 29

2.7 Pengaplikasian Kemahiran Berfirki 31

2.7.1 Konsep Alat Berfikir 31

ix

2.7.1.1 Soalan dan Penyoalaan 32

2.7.1.2 Pengurusan Grafik 32

2.7.1.3 Peta Minda 32

2.7.1.4 CoRT 32

3 METODOLOGI 34

3.1 Pengenalan 34

3.2 Reka Bentuk Kajian 34

3.3 Tempat Kajian 35

3.4 Sampel Kajian 35

3.5 Instrumen Kajian 36

3.5.1 Bahagian A 36

3.5.2 Bahagian B 37

3.5.3 Pemilihan Jawapan 37

3.6 Analisis Data 38

3.7 Kajian Rintis 39

3.8 Prosedur Kajian 40

4 ANALISIS DATA 42

4.1 Pengenalan 42

4.2 Keputusan dan Analisis Bahagian A 43

4.3 Keputusan dan Analisis Bahagian B 45

4.3.1 Keputusan Kajian Berdasarkan

Persoalan Kajian 1 45

4.3.2 Keputusan Kajian Berdasarkan

Persoalan Kajian 2 47

4.3.3 Keputusan Kajian Berdasarkan

Persoalan Kajian 3 49

4.3.4 Keputusan Kajian Berdasarkan

Persoalan Kajian 4 51

4.3.5 Keputusan Kajian Berdasarkan

Persoalan Kajian 5 53

x

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN

DAN CADANGAN 57

5.1 Pengenalan 57

5.2 Rumusan 57

5.3 Perbincangan 59

5.3.1. Latar Belakang Responden 59

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian Pertama 60

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian Kedua 63

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian Ketiga 65

5.3.5 Perbincangan Persoalan Kajian Keempat 66

5.3.6 Perbincangan Persoalan Kajian Kelima 68

5.4 Kesimpulan 69

5.5 Cadangan 70

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 71

5.7 Penutup 72

RUJUKAN 73

LAMPIRAN A 77

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

2.1 Jenis-jenis Kemahiran berfikir 15

2.2 Langkah-langkah Menguasai Kemahiran Membuat Keputusan 21

2.3 Komponen-Komponen Dalam Model Pengajaran Untuk

Mengajar Kemahiran Generik Dan Sikap Kerja 23

2.4 Hubungan Pengaruh Antara Komponen-Komponen Dalam

Model Pengajaran Kemahiran Generik 24

3.1 Taburan Item Dan Jumlah Item Berdasarkan Persoalan Kajian 36

3.2 Skala Likert 37

3.3 Skala Likert 5 Poin Yang Dikod Semula Kepada 3 Poin 38

3.4 Penilaian Responden Berdasarkan Peratus (Naim, 2003) 38

4.1 Latarbelakang Responden Berdasarkan Jantina, Umur,

Kelulusan Untuk Kemasukan Universiti Dan Pengalaman

Mengajar. 42

4.2 Kekerapan Dan Peratus Respon Bagi Item-Item Mengenai Faktor

Reka Bentuk Pembelajaran Yang Mempengaruhi Penguasaan

Kemahiran Berfikir Dalam Subjek Lukisan Kejuruteraan. 45

4.3 Kekerapan Dan Peratus Respon Mengenai Faktor Teknik Pengajaran

Pensyarah Yang Mempengaruhi Penguasaan Kemahiran Berfikir

Dalam Subjek Lukisan Kejuruteraan. 46

4.4 Kekerapan Dan Peratus Respon Bagi Item-Item Mengenai Faktor

Konteks Fakulti Yang Mempengaruhi Penguasaan Kemahiran

Berfikir Dalam Subjek Lukisan Kejuruteraan. 48

xii

4.5 Kekerapan Dan Peratus Respon Bagi Item-Item Mengenai

Kepentingan Kemahiran Berfikir Dalam Subjek

Lukisan Kejuruteraan. 50

4.6 Kekerapan Dan Peratus Respon Bagi Item-Item Mengenai

Pengaplikasian Kemahiran Berfikir Dalam Subjek

Lukisan Kejuruteraan. 53

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Borang Soal Selidik 75

B Surat Pengesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian (1) 80

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pada abad ke-21 ini, kehidupan manusia tidak semudah lagi seperti dahulu.

Manusia perlu mengharungi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi dan

perkembangan pesat ICT setiap hari di merata dunia. Oleh itu, manusia kini bukan

sahaja perlu berpengetahuan dan berkebolehan, malah perlu berfikir secara kritis dan

kreatif. Dengan itu, maklumat-maklumat yang diterima kemudian dapat dicernakan

menjadi unsur-unsur penting dalam membuat keputusan dan menyelesai masalah

dengan cekap dan bijak. Seseorang yang boleh berfikir dan belajar untuk

kebijaksanaan bukan sahaja dapat terus hidup, maka mendapat kualiti hidup jauh

lebih baik pada zaman berubah-ubah ini (Eng Whye Teck, 2000).

Di Malaysia, majikan-majikan kini agak mementingkan pencapaian akedemik

siswazah. Mereka juga mengenalpasti graduan mempunyai kemahiran generik dan

ciri-ciri seperti kerja berkumpulan, berkomunikasi, fleksibiliti, penyelesaian masalah,

perancangan dan organisasi, kebolehan belajar sendiri, motivasi, pengetahuan

urusniaga, berakal matematik, dan minat (New Straits Times, 17 Julai 2002).

Menurut Saponas dalam Sumitha Martin (14 Ogos 2002), kemahiran penyelesaian

masalah dan pemikiran kritis merupakan antara elemen penilaian yang paling penting

dalam temubual kerja bagi Korperat Intel.

2

Akan tetapi, penguasaan kemahiran berfikir graduan siswazah tempatan tidak

memuaskan majikan-majikan tempatan, maka pengangguran tinggi di kalangan

siswazah universiti telah berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Isu ini

membimbangkan masyarakat lagi apabila jumlah pengangguran graduan mencecah

18,000 orang (L.E. Teoh, 16 Ogos 2005).

Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Badawi mengatakan bahawa

antara satu petanda kelemahan Malaysia ialah jumlah pengangguran siswazah yang

tinggi. Beliau yang dimaklumkan bahawa kira-kira 20% graduan menganggur telah

berkata, “ Setiap minggu, kita melihat rencana dalam akhbar menjelaskan kepada

kita mengapa pasaran pekerjaan tidak mahu mengambil pekerja, antara sebab-

sebabnya ialah graduan kekurangan kemahiran berkomunikasi, kurang kemampuan

berfikir, kurang inisiatif dan tidak energetik.”

Bagi mengatasi isu pengangguran graduan, pihak kerajaan telah

melaksanakan beberapa penyelesaian. Dalam pendekatan jangka pendek, program

latihan untuk siswazah yang menganggur telah dijalankan pada November 2001

untuk meningkat kemahiran-kemahiran bidang pekerjaan dan pasaran. Selain itu,

latihan kemahiran dalam bidang industri tertentu turut dijalankan. Sebanyak

RM 256.1 juta dibekalkan oleh kerajaan untuk melaksanakan program tersebut.

Manakala, pendekatan untuk dilaksanakan dalam jangkamasa panjang ialah

pemeriksaan kurikulum universiti, pengenalan program keusahawanan, subjek

double-major serta penyelidikan untuk pembentukan polisi (Forum, 16 Ogos 2005).

Pengangguran graduan siswazah dan program latihan semula siswazah

merupakan suatu kitaran yang buruk kerana membazirkan tenaga sumber manusia

dan kewangan negara. Terutamanya kemahiran berfikir yang telah lama diterapkan

dalam kurikulum pendidikan rendah, menengah, dan tinggi. Siswazah yang

menuntut ilmu pengetahuan sehingga gading menara akhirnya gagal menguasai

kemahiran berfikir. Ini bercanggah dengan Falsah Pendidikan Negara untuk

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

3

Untuk mencapai hasrat Wawasan 2020, adalah penting sistem pendidikan kita

mendidik dan menghasilkan rakyat yang bukan sahaja berpengetahuan dan

berketrampilan, tetapi juga boleh berfikir secara kritis dan kreatif serta boleh

membuat keputusan dan menyelesai masalah dengan bijak.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dilaksanakan pada

tahun 1988 selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menjurus kepada

persediaan negara ke arah Wawasan 2020. Antara objektif KBSM yang utama ialah

mengembangkan dan meningkatkan daya intelek serta pemikiran yang rasional,

kreatif dan kritis (Kementerian Pendidikan 1985, dalam Zahara, et al. (2000).

Seterusnya, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Reformasi Pendidikan

pada tahun 1994 telah memantapkan budaya ilmu yang terangkum di dalamnya

kemahiran berfikir. Kurikulum sekolah dikaji, dirancang dan diubahsuai dari masa

ke semasa mengikut keperluan. Kemahiran berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK)

dijadikan asas pemerolehan ilmu dan kemahiran mata-mata pelajaran (Som dan

Dahalan, 1998).

Isu pengangguran graduan siswazah gagal menguasai kemahiran berfikir

merupakan kegagalan bagi pelaksanaan KBKK selama 15 tahun di sekolah dan

institusi pengajian tinggi. Pendekatan jangka panjang yang ditindak oleh kerajaan

ialah menilai semula kurikulum universiti untuk memastikan graduan universiti

menguasai kemahiran dan pengetahuan yang dikehendaki oleh industri pekerjaan.

Kemahiran generik seperti komunikasi, penyelesaian masalah dan kekuatan bahasa

telah diperkenalkan dan diperkuatkan lagi dalam pendidikan.

Selain itu, kerajaan juga menjalankan penyelidikan untuk mendapatkan input

yang membina untuk membantu pembentukan polisi dan program yang lengkap dan

bersepadu (Jabatan Perdana Menteri, 16 Ogos 2005). Dengan itu, masalah

4

kelemahan kemahiran berfikir pelajar-pelajar perlu dikaji dari pelbagai sudut untuk

menyumbang kepada pembentukan polisi pendidikan akan datang.

Seseorang pelajar yang mengikuti sistem pendidikan formal Malaysia, dari

sekolah rendah dan sekolah menengah telah mengambil masa selama 11 tahun.

Sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran, pelajar merupakan watak utama

dalam pembelajaran kemahiran berfikir secara implisit dan eksplisit.

Selepas menjalani pelajaran selama 11 tahun, pelajar membentuk persepsi sendiri

dalam pembelajaran. Mereka juga mempunyai reaksi yang berlainan terhadap

pembelajaran kemahiran berfikir.

Mengikut penyelidikan tentang pengajaran kemahiran generik dalam struktur

akedemik dan vokasional yang telah dijalankan di University of California, dapatan

daripada pemerhatian menunjukkan persepsi-persepsi pelajar akan mempengaruhi

hasil pembelajaran (C. Stasz, et al., 1993). Dari segi psikologi pula,

Saniah S. et al., (2000) mengatakan bahawa motivasi saling berinteraksi dengan

persepsi dan pembelajaran. Dengan itu, pelaksanaan KBKK perlu

mempertimbangkan persepsi pelajar-pelajar untuk mendapat hasil pendidikan yang

dirancangkan.

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam perlaksanaan sesuatu polisi atau program pendidikan baru, pelajar

selalunya memainkan peranan pasif yang tidak dipentingkan. Akan tetapi, pelajar

universiti merupakan pelajar yang telah menjalani pelajaran formal selama 11 tahun

di sekolah. Mereka mempunyai persepsi sendiri terhadap KBKK yang disampaikan

kepada mereka yang kemudian mempengaruhi hasil pembelajaran.

Dengan itu, penyelidik ingin membuat kajian tentang persepsi pelajar tahun 2

kursus SPH terhadap penguasaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

(KBKK) dalam subjek Lukisan Kejuruteraan.

5

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap faktor reka bentuk pembelajaran

yang mempengaruhi penguasaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan

Kreatif (KBKK) dalam subjek Lukisan Kejuruteraan.

1.4.2 Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap faktor teknik pengajaran pensyarah

yang mempengaruhi penguasaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan

Kreatif (KBKK) dalam subjek Lukisan Kejuruteraan.

1.4.3 Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap faktor konteks fakulti yang

mempengaruhi penguasaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

(KBKK) dalam subjek Lukisan Kejuruteraan.

1.4.4 Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kepentingan Kemahiran Berfikir

Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam Lukisan Kejuruteraan.

1.4.5 Mengenalpasti Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) yang

diaplikasikan oleh pelajar dalam Lukisan Kejuruteraan.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1. Apakah persepsi pelajar terhadap faktor reka bentuk pembelajaran yang

mempengaruhi penguasaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

(KBKK) dalam subjek Lukisan Kejuruteraan?

1.5.2. Apakah persepsi pelajar terhadap faktor teknik pengajaran pensyarah yang

mempengaruhi penguasaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

(KBKK) dalam subjek Lukisan Kejuruteraan?

1.5.3. Apakah persepsi pelajar terhadap faktor konteks fakulti yang mempengaruhi

penguasaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam

subjek Lukisan Kejuruteraan?

1.5.4. Apakah persepsi pelajar terhadap kepentingan Kemahiran Berfikir Secara

Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam subjek Lukisan Kejuruteraan?

1.5.5. Bagaimanakah Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK)

diaplikasikan oleh pelajar dalam Lukisan Kejuruteraan?