alat kitaran pembakar sampah

24
ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH Izman Bin Idrua TJ Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian 230. (Thknologi Senireka) 199 2006 2006

Upload: others

Post on 19-Nov-2021

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

Izman Bin Idrua

TJ Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian 230. (Thknologi Senireka)199 20062006

Page 2: ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

-. \\'1\ b

rUS3r Khidmat MaKJumal AK80emn. UNlVERSITI MALAYSJA SARAWAl'

04~()() l<Ola Samarahart P.KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK

UNIMAS

1111111111111111 HIIIIIIIIII 1000166805

ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

Oleh

IZMAN BIN IDRUS

• Projek ini merupakan salah satu keperJuan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Seni Reka Perindustrian) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

Universiti Malaysia Sarawak

Page 3: ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: ALATKITARANPEMBAKARSAMPAH

SESI PENGAJIAN : 2005/2006

Saya IZMAN BIN IDRUS

mengaku membenarkan tesis/Laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

I. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/laporan ini sebagai pertukaran bahan antara institusi pengaj ian tinggi

5. *sila tandakanD

D SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

D TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasilbadan dimana di mana penyelidikan dijalankan)

D TIDAK TERHAD

Disahkan

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia Tarikh: Tarikh:

Alamat Tetap: 147, KG. Kelibang, 07000 Kuah Langkawi, Kedah Darul Aman.

Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda *Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasal organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

11

Page 4: ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

Projek bertajuk Alat Kitaran Pembakar Sampab telah disediakan oleh Izman Bin Idrus

dan telah disediakan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Teknologi Seni Reka (Perindustrian).

Oiterima untuk diperiksa oleh:

(Dr. HJ. Khairul Aidil Azlin B HJ. Abd Rahman)

Tarikh:

iii

Page 5: ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

I ·

PENGESAHAN

Adalah dengan ini diakui disetai bertajuk 'Alat Kitaran Pembakar Sampah' disediakan dan

dikemukakan oleh Izman Bin Idrus sebagai sebahagian dari keperluan untuk Ijazah Sarjana

Muda Seni Gunaan (kepujian) dalam Program Teknologi Seni Reka (Perindustrian) diterima.

Disahkan oleh :

(DR. HJ. KHAIRUL AIDfL AZLIN B HJ. ABD RAHMAN)

Tarikh:

Penyelia @ Pensyarah Reka Bentuk Perindustrian

(DR. HJ. KHAIRUL AIDIL AZLIN B HJ. ABD RAHMAN)

Ketua Program Teknologi Seni Reka,

Tarikh :

(PROF. MADYA FADHIL B. MOHD ABD. RAHMAN)

Dekan Seni Gunaan dan Kreatif,

Universiti Malaysia Sarawak.

IV

Page 6: ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa tiada bahagian daripada penyelidikan dalam disertai ini telah

digunakan sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sarna ada kepada

universiti ini atau institusi pengajian tinggi yang lain.

( Izman Bin Idrus ) .. No. Matrik : 8320

v

Page 7: ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

,.....

PENGHARGAAN

Pertama sekali dipanjatkan kesyukuran kehadrat I1ahi dengan limpah kurnia dan hidayahNya,

maka penyelidikan dapat juga disiapkan dengan jayanya. Projek penyelidikan Seni Reka

lndustri yang bertajuk Alat Kitaran Pembakar Sampah ini adalah sebagai sebahagian dari

keperluan syarat kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian).

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Hj. Khairul Aidil

Azlin B HJ . Abd Rahman, En. Musdi B Hl Shanat, En. Firdaus B Embong dan para

pensyarah Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif diatas segala sokongan dan tunjuk ajar yang

diberikan dan seterusnya menjadi barisan pembaca utama bagi kajian ilmiah penyelidikan ini.

Seterusnya, penghargaan yang teramat tinggi kepada emak dan ayah diatas segal a

pengorbanan yang tidak dapat dibalas sehingga ke akhir hayat. Terima kasih juga diucapkan

kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu dalam penghasilan penulisan ilmiah ini.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua yang menjadi pendorong kepada saya.

Izman Bin Idrus

VI

Page 8: ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

Abstrak

Pencemaran udara merupakan masalah yang tiada penamatnya. Keadaan ini bertambah serius

dari semasa ke semasa walaupun pelbagai langkah mengatasi telah diambil. Penghasilan Alat

Kitaran Pembakar Sampah yang berkonsepkan mesra alam mampu mengurangkan masalah

pencemaran udara. Asap yang terhasil dari aktiviti pembakaran menggunakan produk ini

akan ditapis dalam satu kitaran sebelum dilepaskan ke udara. Reka bentuk produk ini juga

diterapkan dengan unsur-unsur moden yang menepati citarasa pengguna masa kini. Dengan

terhasilnya produk ini, diharap mampu memelihara kualiti udara dan memberikan

kesejahteraan kepada masyarakat dan Negara.

VII

l

Page 9: ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

t'usat Khidmal MaKJumat AKaaeml LINT ~R m MALAYSIA SARAW~

',.<') ' \1\ lew . a ll fr ' 'Ittl.

lSI KANDUNGAN

lSI KANDUNGAN MUKASURAT

Halaman Tajuk VIII

Borang Pengesahan Status Dokumentasi viii

Tandatangan Penyelia VIII

Pengesahan VIII

Pengakuan viii

Penghargaan VIII

Abstak VIII

BABI

1.0 Latar Belakang Kajian

1.1 Permasalahan 3

1.2 Objektif 5

1.3 Hipotesis 7

BAB2

2.0 Metodologi Penyelidikan 8

2.1 Temu bual 9

2.2 Borang kaji selidik 10

2.3 Eksperimen 12

2.4 Kaedah lapangan 20

2.5 Sumber rujukan 21

VIII

Page 10: ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

I

BAB3

3.0 Dapatan Kajian

3.1 Analisa data 22

BAB4

4.0 Perkembangan Idea

4.1 Lakaran Idea A wal

4.2 Lakaran Idea Pertengahan

4.3 Lakaran Idea Akhir

28

30

32

33

BAB5

Rumusan 38

BIBLIOGRAFI 40

IX

J l

Page 11: ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

,.....

BAB 1

1.0 Latar Belakang Kajian

Pengenalan

Pencemaran (pollution) merupakan kehadiran atau penambahan sesuatu bahan

semulajadi atau bukan semulajadi ke dalam sekitaran sehingga merosakkan sebahagian

atau keseluruhan ekosistem. (OBP, 1993). Terdapat pelbagai jenis pencemaran seperti

pencemaran air, udara, tanah, bunyi, sinaran dan haba. Permasalahan ini sering

diwarwarkan dalam media massa sarna ada melalui media cetak mahupun media

elektronik. Pengkaji memilih masalah pencemaran udara sebagai subjek kajian beliau.

Pencemaran udara sering dikaitkan dengan aktiviti pembakaran terbuka, asap yang

dilepaskan oleh industri, pembakaran bahan organik dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini

akan menyebabkan pelbagai jenis gas beracun dilepaskan ke udara dan boleh mengancam

keselamatan manusia. Oleh itu, pengkaji telah memilih untuk menyelesaikan masalah

pembakaran terbuka, dalam skop yang lebih kecil pengkaji menumpukan untuk kawasan­

kawasan taman perumahan. Tujuannya adalah untuk memudahkan pengkaji dalam

menjalankan kajian.

Seperti yang diketahui, aktiviti pembakaran sampah yang dilakukan di kawasan­

kawasan taman peru mahan akan menyebabkan ketidakselesaan dan akan menjejaskan

kesihatan penduduk sekitarnya. Keadaan ini perlu dipandang serius memandangkan

keadaan pembangunan di Negara ini yang kian berkembang pesat selain suhu iklim dunia

yang semakin meningkat.

Page 12: ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

...

I

Pengkaji menumpukan kepada kawasan taman perumahan kerana kawasan ini

merupakan kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi berbanding

kawasan-kawasan lain seperti di pedalaman atau kampung-kampung. Selain itu, di

kawasan ini juga mempunyai masalah dalam melupuskan sampah sarap yang berbentuk

organik dan mudah reput seperti daun kering, rumput dan lalang. Oleh itu, jalan pintas

yang diambil oleh mereka adalah dengan membakar sampah terse but. Dengan ini,

pengkaji telah mendapat ilham bagi mengatasi masalah terse but dengan menghasilkan

produk yang mampu memberikan manfaat kepada pengguna selain mengurangkan

masalah pencemaran udara.

2

Page 13: ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

,.....

1.1 Permasalahan Kajian

Pencemaran udara boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan, dan

keselesaan manusia ataupun harta benda. Bahan pencemar udara seperti karbon

monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan hidrokarbon. Bahan pencemar ini

berpunca daripada kenderaan dan janakuasa, industri perkilangan, industri pertanian,

industri perkapalan, pembakaran terbuka dan kesan rumah hijau.

Walaupun punca yang mengakibatkan pencemaran dapat dikenalpasti, namun

cara mengatasi yang berkesan masih belum ditemui. Kaedah sedia ada ialah melalui

pendidikan alam sekitar merentasi kurikulum di institusi pendidikan, penggubalan dan

penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa, amalan harian di rumah dengan

tidak melakukan pembakaran terbuka dan mengamalkan kitar semula. Petani pula

digalakkan menggunakan kaedah penanaman dalam kelambu atau kawalan biologi.

Kerajaan j uga menggalakkan penggunaan kenderaan yang tidak menggunakan minyak

berplumbu m atau menggunakan tenaga solar.

Oi Semenanjung Malaysia, dianggarkan 50 hingga 2,500 tan sampah dihasilkan

dalam sehari iaitu melebihi 7 juta tan setahun. Pelbagai masalah timbul akibat

peningkatan jumlah bah an buangan dari segi pengurusan yang kurang cekap, sistem

perancangan yang tidak sempurna dan masalah pengendalian sisa pepejal yang tidak

teratur. Sebanyak 54% tapak pembuangan mengamalkan pembakaran secara terbuka,

31% mengamalkan penimbusan terkawal, dan kurang 1% membuang ke dalam sungai,

3

Page 14: ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

,...

manakala selebihnya sarna ada pernbakaran secara terbuka atau penimbusan terkawal.

Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia 2002.

Kerajaan juga telah rnenggubal akta undang-undang bagi rnereka yang rnelakukan

kesalahan pernbakaran secara terbuka. Pesalah boleh dikenakan tindakan rnengikut

Seksyen 29(A)(2) Akta Kualiti Alarn Sekeliling 1974 (Pindaan 200 I) yang

memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau lima tahun penjara atau kedua­

duanya j ika sabit kesalahan. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, 2001

4

Page 15: ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

1.2 Objektif Kajian

Pengkajian rnengenai produk-produk penapisan udara sedia ada dilakukan bagi

rnengenalpasti kaedah-kaedah yang sesuai untuk rnenapis rnolekul-rnolekul asap dan

ditukarkan kepada udara bersih. Pengkaji juga rnengkaji tentang struktur dalarnan produk

tersebut bagi rnengetahui tentang cara aliran udara dalarn proses penapisan tersebut.

Selain itu, kornponen-kornponen dalarnan dan cara ia berfungsi juga telah dikaji bagi

rnendapatkan kaedah dan bahan yang sesuai untuk digunakan dalarn penghasilan produk

rekaan pengkaji. Dua contoh produk penapisan udara sedia ada adalah seperti di bawah:-

Gambar rajah 1: Penapis udara sedia ada (VisionAir I dan Trion Air Boss T-5200 Electronic Air Cleaner:

BPA. Air Qualify Solution)

5

Page 16: ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

.......... c._ DIrty AIr _ ... '-ellen _ -..FI..... a.- AIr

I I I I I I

•••· I~~··-- I~::.---_.-Gambar rajah 2: Pergerakan udara dan cara penapisan

Namun begitu pengkaji juga mendapati konsep semulajadi juga boleh digunakan iaitu

"bagaimana hujan dapat meneutralkan jerebu di Negara kita". Berdasarkan dari persoalan

ini, pengkaj i mendapati bahawa air juga mampu untuk meneutralkan asap. Oleh itu,

pengkaji akan melakukan kajian yang lebih terperinci menggunakan konsep ini untuk

diaplikasikan kepada produk pengkaji.

Objektif seterusnya ialah pengkaji akan menghasilkan produk pembakaran sampah untuk

kegunaan di luar rumah selain mampu memeJihara kebersihan udara.

6

Page 17: ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

J

Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNlVERSm MALAYSIA SARAWAK.

1.3 Hipotesis

Pengkaji mengandaikan bahawa penghasilan produk ini mampu mengurangkan

kadar pencemaran udara yang semakin hari semakin meruncing. Penghasilan produk ini

merupakan altematif baru dalam usaha mengurangkan aktiviti pembakaran terbuka yang

mendorong kepada berlakunya pencemaran udara.

Seperti yang diketahui, masalah pencemaran udara sering diwarwarkan dalam

media massa antaranya disebabkan oleh pembakaran terbuka. Aktiviti ini sukar

dibendung kerana pilihan terhad yang boleh diambil oleh masyarakat bagi melupuskan

sampah berbentuk organik. Keadaan ini amat membimbangkan kerana pencemaran udara

yang berlaku akan menyebabkan peningkatan suhu dunia serta kesan rumah hijau.

Dengan ini, penghasilan prod uk yang mampu memelihara kualiti udara di Negara ini

perlu dihasilkan dan berketepatan dengan seruan kerajaan untuk memelihara alam sekitar

dari segalajenis pencemaran.

Selain itu, pengguna juga dapat melakukan aktiviti pembakaran sampah secara

bebas dan terkawal tanpa melanggari undang-undang Negara ini. Penghasilan produk ini

pastinya dapat mengurangkan belanjawan Negara ke atas aktiviti pelupusan sampah masa

kini dan memberikan pulangan kepada ekonomi Negara.

7

Page 18: ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

DAD 2

2.0 Metodologi Penyelidikan

Pengenalan

Pelbagai kaedah yang dapat dilakukan oleh pengkaji bagi mendapatkan pendapat

responden mengenai permasalahan yang timbul akibat aktiviti pembakaran sampah di

kawasan taman peru mahan. Melalui kaedah ini, pengkaji akan menafsirkan data dan

mendapat jawapan tentang pennasalahan kaj ian dengan lebih jelas dan tepat.

Sumber primer diperoleh melalui kaedah temu bual dan pengedaran borang soal

selidik kepada penduduk tempatan di kawasan-kawasan taman peru mahan sekitar

Kuching dan Samarahan. Pengkaji juga melakukan eksperimentasi bagi mendapatkan

kaedah yang sesuai untuk menutralkan asap.

Selain itu, pengkaji juga membuat penilaian melalui kaedah sumber sekunder

iaitu melalui pemerhatian yang dijalankan di kawasan-kawasan taman peru mahan dan

tinjauan di tapak pelupusan sampah. Pengkajian juga dilakukan berdasarkan maklumat­

maklumat .yang diperolehi dari akhbar-akhbar, majalah, televisyen dan pengkajian

terdahulu. Sumber lain diperolehi dengan meJayari internet bagi mendapatkan maklumat

yang lebih terperinci dan tepat.

8

Page 19: ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

I

2.1 Temu Bual

Kaedah utama yang dilakukan oleh pengkaji iaJah melalui kaedah temu bual.

Dengan kaedah ini, pengkaji dapat mengetahui secara langsung pendapat dan pandangan

responden tentang permasaJahan yang dikaji. Pengalaman-pengalaman dan pandangan

mereka pastinya bo leh diterima pakai dan amat berguna daJam penghasiJan idea-idea dan

memikirkan kaedah-kaedah baru untuk mereka bentuk produk dan kaedah sesuai yang

boleh digunakan oleh pengkaji.

9

l I

Page 20: ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

2.2 Borang Kaji Selidik

Kajian oal selidik turut digunakan bagi mendapatkan statistik mengenai

maklumat-maklumat yang dikehendaki oleh pengkaji. Melalui kaedah ini juga, pengkaji

dapat mengetahui mengenai pendapat dan sokongan masyarakat mengenai kesesuaian

kaedah dan produk yang akan dihasilkan . Pengkaji telah membahagikan soalan kepada

tiga bahagian bagi mengenalpasti data yang diperlukan.

2.2.1 Borang Soal Selidik

Sahagian A : Latar belakang responden

• Umur

• Status

• Pekerjaan

• Corak hidup responden

• Silangan individu yang tinggal bersama responden

• Kuantiti sampah dihasilkan dalam sehari

• Kaedah yang digunakan bagi meJupuskan sampah

• Pendapat responden mengenai aktiviti pembakaran sampah secara terbuka

10

Page 21: ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

Sahagian S Persetujuan responden mengenai permasalahan yang dikaitkan oleh

pengkaji.

• Permasalahan akibat dari aktiviti pembakaran sampah secara terbuka

• Tindakan yang diambil terhadap jiran yang melakukan pembakaran

terbuka

• Kaedah yang bersesuaian bagi melupuskan sampah

• Ciri-ciri pada reka bentuk produk pengkaji

Sahagian C : Pandangan respond en

• Pengasingan sampah mengikutjenis yang boleh dibakar

• Produk yang bersesuaian untuk pembakaran pelbagai jenis sampah

• Pendapat responden terhadap penghasilan produk tersebut

I J

Page 22: ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

2.3 Eksperimen

Bahagian ini akan menerangkan tentang ekperimen yang dilakukan oleh pengkaji.

Terdapat dua kaedah yang telah dilakukan oleh pengkaji bagi menutralkan asap yang

terhasil dari proses pembakaran. Pengkaji memilih untuk menggunakan air sebagai bahan

untuk menutralkan asap. Ini kerana pengkaji mengandaikan bahawa air mampu

menutralkan asap berdasarkan kaedah semulajadi dimana hujan mampu untuk

menutralkan jerebu.

Dengan eksperimen yang dilakukan ini, pengkaji dapat mengukuhkan lagi teori

yang digunakan bagi menghasilkan produk yang mampu memelihara kualiti udara di

negara ini.

12

Page 23: ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

2.3.1 Kaedah Manual

Kaedah pertama ialah menggunakan kaedah manual bagi menutralkan asap

dengan menggunakan air. Berdasarkan kaedah ini, asap dimasukkan ke dalam bekas yang

mempunyai air dan kedap udara. Seterusnya, bekas tersebut digoncang bagi

menggabungkan molekul-molekul gas (asap) dan air. Jangka masa yang diambil bagi

menutralkan asap tersebut adalah selama 15 hingga 20 minit. Walau bagaimanapun, asap

masih lagi kelihatan dan tidak dapat dinutralkan sepenuhnya. Oleh itu, kaedah ini

diklasifikasikan sebagai kurang berjaya kerana asap tidak dapat dinutralkan sepenuhnya

dan kurang prakti kal. Gambar rajah di bawah menunjukkan kaedah yang dilakukan oleh

pengkaji.

t I-.------

Gambar rajah 3: A. ap dimasukkan ke dalam bekas yang berisi air dan kedap udara.

Berdasarkan gambar rajah ini, sukatan bagi isipadu air adalah 1/3 daripada saiz bekas

tersebut.

13

Page 24: ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

Gambar rajah 4: Air yang telah digoncang selama 10 minit.

Gambar rajah ini menunjukkan bahawa asap masih belum dapat dinutralkan sepenuhnya

selepas digoncang selama 10 min it.

Gambar rajah 5: Air yang telah digoncang selama 20 minit.

lepas 20 minit, didapati bahawa asap di dalam bekas tersebut semakin berkurangan

tetapi tidak dapat dinutralkan sepenuhnya.

14