kitaran merkuri - consumer.org.my

10
Diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang 10, Jalan Masjid Negeri, 11600 Pulau Pinang. Tel : 04-8299511 Laman Sesawang: www.consumer.org.my Persatuan Pengguna Pulau Pinang, 2020 Dicetak oleh Jutaprint 2 Solok Sungai Pinang 3 Sungai Pinang 11600 Pulau Pinang. KITARAN MERKURI Merkuri dilepaskan ke atmosfera. Metilmerkuri terkumpul dalam jaringan makanan. Merkuri berkumpul dalam tasik, empangan dan hutan. Merkuri terkumpul dalam hujan dan salji dan sebagai gas dan partikel. Merkuri dibawa melalui kawasan tadahan air dan ditukar kepada metilmerkuri. MERKURI Sinaran Beracun Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Upload: others

Post on 17-Oct-2021

15 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KITARAN MERKURI - consumer.org.my

Diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang10, Jalan Masjid Negeri, 11600 Pulau Pinang.Tel : 04-8299511 Laman Sesawang: www.consumer.org.my Persatuan Pengguna Pulau Pinang, 2020

Dicetak oleh Jutaprint 2 Solok Sungai Pinang 3Sungai Pinang11600 Pulau Pinang.

KITARANMERKURI

Merkuri dilepaskanke atmosfera.

Metilmerkuri terkumpul dalam jaringan makanan. Merkuri

berkumpul dalam tasik, empangan dan hutan.

Merkuri terkumpul dalam hujan dan salji dan sebagai gas dan partikel.

Merkuri dibawa melalui kawasan tadahan air dan ditukar kepada metilmerkuri.

MERKURISinaran Beracun

Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Page 2: KITARAN MERKURI - consumer.org.my

Merkuri bergerak di udara dalam jarak yang jauh sebelum jatuh ke bumi. Ia mungkin mengelilingi bumi sepenuhnya. Merkuri yang jatuh ke tanah akan terikat kepada bahan organik.

Merkuri yang memasuki anak sungai, sungai, tasik dan lautan ditukarkan oleh mikroorganisma kepada bentuk yang lebih toksik dipanggil metilmerkuri.

APAKAH MERKURI?

Unsur Merkuri

Merkuri tulen dipanggil unsur merkuri (elemental mercury). Ia mencair pada suhu bilik dan digunakan dalam jangka suhu, amalgam gigi, lampu pendarflour, suis elektrik, perlombongan dan proses perindustrian. Ia terlepas ke udara apabila arang batu dan bahan api fosil lain dibakar.

Sebatian Merkuri Bukan Organik

Sebatian merkuri bukan organik terbentuk apabila merkuri bergabung dengan unsur lain seperti sulfur atau oksigen lalu membentuk sebatian atau garam. Ia boleh berlaku secara semula jadi dalam alam sekitar. Sebatian merkuri bukan organik digunakan dalam beberapa proses perindustrian dan dalam pembuatan bahan kimia lain. Sebatian Merkuri Organik

Sebatian merkuri organik terbentuk apabila merkuri bergabung dengan karbon. Mikroorganisma dalam air dan tanah menukarkan unsur merkuri dan merkuri bukan organik kepada sebatian merkuri organik, metilmerkuri,

yang berkumpul dalam rantaian makanan. 3

BAgAIMANA MERKURI

DIHASIlKAN? Unsur merkuri dihasilkan daripada bijih cinnabar yang mengandungi kepekatan merkuri

sulfida yang tinggi. Merkuri juga dihasilkan sebagai

produk sampingan daripada perlombongan dan pengilangan logam seperti tembaga, emas, plumbum dan zink.

Simbol kimia merkuri ialah Hg. Singkatan ini diambil daripada perkataan Greek hydrargyrum, yang bererti cecair perak. Dalam bentuk aslinya, merkuri merupakan bahan logam putih keperakan yang cair pada suhu dan tekanan seragam. Merkuri tulen sering dipanggil quicksilver, unsur merkuri dan merkuri logam atau cecair merkuri.

SEJARAHAhli arkeologi menemui merkuri dalam kubur Mesir bertarikh 1500 SM. Orang Mesir dan Rom kuno mengguna-kannya dalam kosmetik. Orang Greek kuno menggunakan cinnabar (merkuri merah) dalam salap dan sebagai ubatan.

Merkuri ialah unsur yang ditemui dalam udara, air dan tanah. Ia terjadi secara semula jadi di dalam kerak bumi. Merkuri dilepaskan ke dalam alam sekitar daripada aktiviti gunung berapi, luluhawa batuan dan hasil aktiviti manusia.

Merkuri merupakan bahan pencemar toksik yang kekal dan tegar dalam benda hidup. Pencemaran merkuri menimbulkan masalah kepada kesihatan awam dan alam sekitar.

l Proses perindustrian melepaskan merkuri sebagai produk sampingan ke atmosfera.

l Jika bahan mengandungi merkuri dibuang sebagai sampah, ia akan melepaskan merkuri melalui wap dan larut resap tapak pelupusan sampah.

l Merkuri memeluwap apabila sampah dibakar.

l Merkuri yang dilepaskan melalui sistem sisa kumbahan akan melekat pada enapcemar air sisa, meruap dan termendap di tempat lain.

MERKURI wUJUD DAlAM TIgA BENTUK:

2 3

BAgAIMANA MERKURI MEMASUKI

PERSEKITARAN?

Page 3: KITARAN MERKURI - consumer.org.my

AKTIVITI MANUSIAPunca Utama Pelepasan MERKURI

Aktiviti manusia merupakan penyebab utama pelepasan

merkuri terutamanya loji tenaga arang batu, pembakaran arang

batu kediaman untuk pemanasan dan memasak, proses industri,

insinerator sisa dan sebagai hasil perlombongan merkuri, emas

dan logam lain.

Loji tenagaarang batu Penampal gigi

amalgamPeralatan mengukur

tekanan darah

Bateri

Perlombongan emas berskala kecil

Jangka suhu merkuri

Krimpencerah kulit

Mentol lampu

4 5

Page 4: KITARAN MERKURI - consumer.org.my

geganti MerkuriGeganti merkuri telah berdekad digunakan sebagai kawalan industri. Geganti merkuri (geganti anjakan merkuri, penghubung merkuri) adalah geganti yang menggunakan merkuri sebagai elemen suis.

Mentol lampuMentol lampu pendarfluor padat (CFLs) mengandungi sejumlah kecil merkuri. Peratusan kecil merkuri ini boleh terlepas ke udara jika lampu ini pecah. Merkuri juga boleh dilepaskan ke dalam alam sekitar jika lampu tidak dikitar semula dengan sempurna.

Aditif CatSebatian merkuri fenil dan merkuri asetat kadangkala ditambah ke dalam cat sebagai racun kulat bagi mencegah pertumbuhan kulat dan kulapuk.

Jangka SuhuJangka suhu merkuri mengandungi 0.3 hingga 0.5 g unsur merkuri. Bola kecil berwarna perak dalam jangka suhu merkuri boleh membahayakan jika kacanya pecah dan merkuri tidak dibersihkan dengan sempurna. Merkuri akan menyejat,

Amalgam Pergigian Amalgam pergigian adalah bahan penampal gigi yang digunakan untuk mengisi kaviti disebabkan gigi yang reput. Dianggarkan 50% amalgam pergigian adalah unsur merkuri mengikut berat. Penampal gigi amalgam merkuri melepaskan wap merkuri dalam jumlah yang kecil dan boleh meresap masuk ke dalam

aliran darah.

mencemarkan udara persekitaran serta meracuni manusia dan hidupan liar.

Barangan AntikSesetengah barang antik seperti barometer, pendulum jam, cermin, pasu dan organ mengandungi merkuri.

Merkuri mengembang dan mengecut seiring dengan perubahan suhu dan mempunyai kekonduksian elektrik yang tinggi. Disebabkan sifatnya, ia telah digunakan dalam beribu-ribu peranti industri, pertanian, perubatan dan peralatan di rumah.

Racun Makhluk Perosak & Biosidasebatian merkuri organik dan bukan organik ini digunakan dalam rawatan biji benih, untuk mengawal alga dan lendir dalam menara penyejuk serta kilang pulpa dan kertas.

Peralatan Perubatan dan FarmaseutikalSejumlah kecil merkuri digunakan sebagai pengawet atau agen antibakteria dalam produk farmaseutikal yang dipreskripsi atau yang dijual di kedai. Di antaranya antibiotik, alat mengukur tekanan darah, larutan kanta lekap, bahan penampal gigi amalgam, diuretik, ubat titik mata dan telinga, dan salap mata.

Merkuri dalam Makmaldan SekolahUnsur merkuri dan sebatian merkuri, reagen dan peranti yang mengandungi merkuri, sering terdapat di makmal sekolah dan makmal profesional.

BateriPengeluar di seluruh dunia menggunakan merkuri dalam bateri untuk mencegah pengumpulan gas dalaman yang menyebabkan bateri membonjol dan bocor. Merkuri biasanya terkandung dalam bateri sel butang dan bateri merkuri oksida.

Pendulumjam

PRODUK PENggUNA

yANg BIASANyA MENgANDUNgI

MERKURI TERMASUKlAH:

l Barangan antikl Peralatan elektrikl Alat ganti kenderaanl Barometerl Bateri l Penampal gigi amalgaml Barangan elektronikl Barang kemasl Mentol lampul Peralatan perubatan dan farmaseutikall Krim kulitl Peralatan sukanl Jangka suhul Termostat l Vaksin

6 7

Krim Pencerah KulitMerkuri merupakan ramuan biasa dalam krim pencerah kulit dan sesetengah sabun. Ia juga terdapat dalam kosmetik seperti gincu bibir, produk pembersih mekap mata dan maskara. Garam merkuri menghalang pembentukan melanin, menjadikan tona kulit lebih cerah.

barometer

Merkuridalam Kehidupan

Harian

Page 5: KITARAN MERKURI - consumer.org.my

“wap merkuri amat toksik kepada otak, terutamanya sewaktu membesar. Oleh itu,

pendedahan kepadanya mampu menjejaskan kesihatan wanita hamil dan kanak-kanak

kecil,” kata Profesor Kesihatan Alam Sekitar Harvard, Philippe grandjean, salah seorang

pakar terkemuka dunia mengenai kesan pendedahan kepada merkuri.

Loji jana kuasa arang batu

Pembakaran arang batu diketahui menjadi sumber utama pelepasan merkuri antropogenik dunia.

Arang batu mengandungi merkuri dan bahan cemar udara lain yang berbahaya, yang dikeluarkan apabila dibakar di loji jana kuasa arang batu, dandang perindustrian dan dapur di rumah.

PElEPASAN MERKURIDARI lOJI JANA KUASA ARANg BATU

Pelombong artisanal dan emas berskala kecil menggunakan merkuri untuk memisahkan emas daripada bijih. Merkuri mengekstrak partikel emas daripada bijih dengan membentuk amalgam merkuri dan emas.

Selepas proses ini, amalgam dipanaskan untuk mengewapkan merkuri dan memisahkan emas. Dalam pembakaran terbuka semua wap merkuri terlepas ke udara. Pelombong artisanal menghidu merkuri yang termeluwap itu. Merkuri yang termeluwap juga terkumpul pada permukaan air dan tanah di mana ia bertukar menjadi metilmerkuri.

Perlombongan artisanal dan emas

berskala kecil merangkumi 38% daripada jumlah

pelepasan merkuri.

Amalgam dipanaskan untuk mengewapkan merkuri dan memisahkan emas.

PElEPASAN MERKURI MENgIKUT SEKTOR DAN wIlAyAH

323,943514,047720,155

1,044,499

128,459114,33287,971

33,39132,946

Perlombongan artisanal & skala kecil

Pembakaran arang batu pegun

Pengeluaran logam bukan ferus

Pengeluaran simen

Sisa produk

Monomer vinil klorida

Pembakaran biojisim

Pengeluaran logam ferus

Pengeluaran klor alkali

Sisa insinerasi

Penapisan minyak

Pengeluaran gas dan minyak pegun

Pembakaran mayat

1,846,720

31,696

15,7198,307

Di seluruh dunia, perlombongan artisanal dan emas berskala kecil (ASGM) merupakan sumber terbesar pelepasan merkuri antropogenik (37.7%), diikuti oleh pembakaran pegun arangbatu (21%), pengeluaran logam bukan ferus (15%) dan pengeluaran simen (11%). (Program Alam Sekitar PBB, Penilaian Merkuri Global, 2018)

Asia Tenggara dan Timur

Amerika Selatan

Sub-Sahara Afrika

Asia Selatan

Negara Timur Tengah

CIS & Negara Eropah Lain

Afrika UtaraAmerika Utara

Australia, New Zealand &

Oceania

Amerika Tengah dan Caribbean

EU 28

ARTISANAl DAN PERlOMBONgAN EMAS

BERSKAlA KECIlSumber Pencemaran

Merkuri Terbesar Dunia

9 8

Anggaran pelepasan merkuri global mengikut sektor, 2018

Pecahan wilayah PelePaSan merkuri gloBal ke udara

dariPada SumBer antroPogenik

Gambar: Business Wire

Gambar: Kemal Jufri untuk New York Times

Page 6: KITARAN MERKURI - consumer.org.my

Pelepasandomestikdanindustri

KITARAN MERKURI

Letusan gunung berapi

Merkuri dilepaskan ke dalam alam sekitar daripada aktiviti gunung berapi dan kegiatan manusia. Mikroorganisma

dalam air dan tanah menukarkan merkuri kepada bentuk lebih toksik, metilmerkuri, yang terkumpul dalam hidupan dan menambahnya dalam

rantaian makanan.

Loji jana kuasa arang batu

Bahan kimia pertanian

Insinerator

Perlombongan emasartisanal

11 10

Page 7: KITARAN MERKURI - consumer.org.my

BAHAyAMERKURIOrgan-organ

Paling Terjejas

Janin

Sistem saraf

Jantung

Paru-paru

Hatiginjal

Kulit

gEJAlA KERACUNAN MERKURIPendedahan kepada merkuri berlogam, merkuri organik dan bukan organik pada paras yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan kekal otak dan ginjal. Orang dewasa yang terdedah kepada merkuri mengalami gejala seperti cepat meradang, berasa malu, terketar-ketar, gangguan penglihatan atau pendengaran, dan masalah daya ingatan.

Pendedahan jangka pendek kepada wap merkuri berlogam pada paras yang tinggi mungkin menyebabkan kesan seperti kerosakan paru-paru, rasa loya, muntah, cirit-birit, kenaikan tekanan darah atau kadar degupan jantung lebih kencang, ruam kulit dan kegatalan mata.

3

l Janin, bayi dan kanak-kanak adalah 4-5 kali ganda lebih sensitif kepada pendedahan merkuri berbanding orang dewasa.

l Paras merkuri yang tinggi boleh menjejaskan perkembangan mental dan fi zikal kanak-kanak, termasuk kemahiran motor, keupayaan belajar dan daya ingatan.

l Wanita hamil yang terdedah kepada merkuri lebih berisiko melahirkan bayi yang cacat dan pembesaran terbantut. Ibu melepaskan merkuri yang terkumpul dalam tubuhnya kepada janin yang sedang membesar.

l Pendedahan merkuri ketika janin dalam rahim yang berpunca daripada ibu memakan ikan dan kerangan yang

mengandungi metil merkuri boleh menjejaskan sistem saraf dan otak bayi yang sedang berkembang. Ia dikaitkan dengan Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan masalah pembelajaran dan tingkah laku lain.

Anak ini mengalami keracunan merkuri ketika dalam rahim. Kurus dan lemah, tidak mampu berjalan, bercakap

mahupun memegang benda. Ibu bapanya merupakan pelombong emas di Indonesia, yang menggunakan

merkuri untuk memproses emas. Gambar: Larry C. Price

Bahaya merkuri kepada wanita hamil

dan kanak-kanak

12 13

KERACUNAN MERKURIKeracunan merkuri berlaku akibat pendedahan kepada merkuri dalam bentuk larut air seperti merkuri klorida atau metil merkuri, melalui menghidu wap merkuri atau menelannya dalam sebarang bentuk.

Wap merkuri diserap oleh saluran pernafasan atau melalui sinus, kemudian memasuki sistem peredaran darah dan tersebar ke seluruh tubuh.

Page 8: KITARAN MERKURI - consumer.org.my

Paras merkuri dalam ikan

bubuk

Loji jana kuasa arang batu

Lombong,tempat pembuangan sampah

rantaian makanan

Merkuri terkumpul di dalam tasik dan sungai. Bakteria menukarkan merkuri kepada bentuk organik dipanggil metilmerkuri. Bentuk merkuri inilah yang dihadam oleh manusia dan haiwan lain ketika mereka makan jenis ikan tertentu. Pengumpulan bio berlaku ketika metilmerkuri berkumpul dalam tisu ikan apabila ikan besar memakan ikan yang lebih kecil.

IKAN SUMBER UTAMA PENDEDAHAN

METIl MERKURIKEPADA MANUSIA

Manusia terdedah kepada metil merkuri terutamanya dengan memakan ikan.

Lebih 95% metil merkuri yang dimakan diserap dalam saluran usus dan disalurkan ke aliran darah di mana ia diedarkan kepada semua organ. Metil merkuri menembusi penghadang darah-otak dan merosakkan sistem saraf pusat, terutama dalam janin.

Peratusan yang tinggi (84%) daripada sampel ikan di seluruh dunia mengandungi kepekatan merkuri yang melebihi garis panduan pengambilan ikan berdasarkan rujukan dos bagi pendedahan merkuri pada manusia oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.

MEMAKAN IKAN Perlu diingat

l Ikan menyerap metilmerkuri daripada air melalui insang dan memakan ikan lain yang mempunyai metilmerkuri dalam tubuh.

l Ikan besar hidup lebih lama dan mempunyai lebih masa untuk mengumpulkan paras merkuri yang lebih tinggi dalam tubuhnya.

l Metilmerkuri terikat kuat pada protein dalam tisu ikan termasuk otot. Memasak tidak mengurangkan kandungan metilmerkuri dalam ikan tersebut.

l Pilihlah ikan dan makanan laut seperti salmon, udang, ikan kod dan sardin yang rendah merkuri. Elakkan ikan seperti tilefi sh, ikan yu, ikan todak dan ikan tenggiri.

Gunung berapi

metilmerkuri

1514

Page 9: KITARAN MERKURI - consumer.org.my

Periksa labelMerkuri dalam krim diserap melalui kulit di mana ia menghalang pembentukan pigmen melanin. Merkuri juga merosakkan ginjal.

Banyak produk disalah label dan merkuri tidak selalunya disenaraikan sebagai ramuan. Sesetengah label mungkin ditulis dalam bahasa asing. Periksa label pada krim pencerah kulit dan sabun. Merkuri mungkin disenaraikan seperti berikut:l Ammoniated Mercuryl Mercurous chloridel Hg l Calomell Mercuric l Merkuriol Cinnabaris

Melupuskan Produk Bermerkuri dengan SempurnaProduk yang mengandungi merkuri tidak boleh dilupuskan dengan membuangnya ke dalam tong sampah biasa atau longkang. Mengitar semula produk bermerkuri merupakan salah satu cara terbaik untuk membantu mencegah pelepasan merkuri ke dalam alam sekitar dengan memastikan produk ini tidak memasuki tempat pelupusan sampah dan insinerator.

Hapuskan Merkuri dalam Penjagaan Kesihatan Kemudahan penjagaan kesihatan menjadi salah satu sumber utama pelepasan merkuri ke udara. Prosedur dan dasar yang sempurna bagi pengurusan peralatan yang mengandungi merkuri membantu mengurangkan pencemaran merkuri dalam penjagaan kesihatan.

APA yANgBOlEH

DIlAKUKAN?

Alat Bebas Merkuri Gunakan produk bebas merkuri seperti mentol lampu LED dan jangka suhu digital.

Banyak alternatif bukan merkuri seperti alat tekanan darah, alat gastro-usus dan barometer boleh didapati dalam penjagaan kesihatan. Bahan penampal damar komposit merupakan alternatif paling biasa bagi amalgam pergigian.

17

Hg Calomel

Ammoniated MercuryMercurous chloride

Mercuric Mercurio

Cinnabaris

Perlombongan Emas Artisanal tanpa MerkuriWalaupun ramai pelombong menggunakan merkuri dalam perlombongan artisanal dan emas berskala kecil, namun sebenarnya kita boleh mendapatkan emas dengan lebih selamat dan menjimatkan tanpanya. Teknik tanpa merkuri lebih selamat untuk pelombong, keluarga mereka dan komuniti tempatan.

Pelatih menunjukkan kepada pelombong emas di Indonesia bagaimana untuk memperbaiki kaedah mendulang bagi

membantu mengekstrak lebih banyak emas tanpa merkuri. Gambar: Yayasan Tambuhak Sinta (YTS)

Pilih IkanKurangkan kekerapan memakan spesies ikan pemangsa besar yang diketahui mengandungi paras merkuri yang tinggi.

16

Page 10: KITARAN MERKURI - consumer.org.my

l Contoh paling terkenal pendedahan kepada merkuri yang menjejaskan kesihatan awam berlaku di Minamata, Jepun, antara 1932 dan 1968.

l Kilang Chisso yang mengeluarkan acetaldehyde, membuang sisa cecair ke dalam Teluk Minamata. Sisa buangan itu termasuklah metilmerkuri

pada kepekatan yang tinggi.

l Teluk itu kaya dengan ikan dan kerangan, menjadi mata pencarian utama bagi nelayan dan penduduk tempatan.

l Metilmerkuri yang dilepaskan oleh kilang dimakan pula oleh ikan yang merupakan makanan ruji komuniti tempatan.

l Selama bertahun-tahun tiada siapa yang menyedari bahawa ikan di situ dicemari merkuri, dan menyebabkan penyakit kepada komuniti tempatan.

l Selepas siasatan yang panjang, penyebab penyakit dikenal pasti. Sekurang-kurangnya 50,000 orang terjejas dan lebih daripada 2,000 kes penyakit Minamata disahkan.

l Penyakit Minamata memuncak pada 1950-an dengan kes teruk penduduk mengalami kerosakan otak, lumpuh, pertuturan yang tidak keruan dan fi kiran bercelaru, ruam kulit, kegagalan ginjal dan hati.

l Penyakit Minamata membunuh sekitar 1,400 orang dan ia memulakan kempen menghentikan penggunaan merkuri di seluruh dunia.

merkuri dari industri. Ia ditandatangani pada 2013 oleh perwakilan dari 128 negara. Objektif konvensyen ialah:

1. Mengawal dan mengurangkan produk, proses dan industri yang mengguna, melepas atau mengeluarkan merkuri.

2. Menangani perlombongan merkuri secara langsung, eksport dan import, penyimpanan dan pelupusannya yang selamat.

3. Mengenal pasti penduduk yang berisiko dan meningkatkan penjagaan perubatan. Menyediakan latihan untuk profesional penjagaan kesihatan bagi mengenal pasti dan merawat penyakit berkaitan merkuri.

KONVENSyEN MINAMATAObjektif Konvensyen Minamata mengenai Merkuri ialah untuk melindungi kesihatan manusia dan alam sekitar daripada pelepasan dan pengeluaran merkuri antropogenik dan sebatian merkuri.

Konvensyen ini dinamakan sempena Teluk Minamata di Jepun untuk memberi pengajaran mengenai kesihatan awam yang teruk terjejas akibat pencemaran

Shinobu Sakamoto, mangsa pencemaran Minamata, menggesa kerajaan supaya

menghentikan pencemaran merkuri di seluruh dunia. Gambar: UNEP

Matlamat Perkongsian Merkuri Global (GMP) Program Alam Sekitar PBB (UNEP) ialah untuk melindungi kesihatan manusia dan alam sekitar global daripada pelepasan merkuri dan sebatiannya dengan meminimumkan dan, di mana boleh dilaksanakan, akhirnya menghapuskan pelepasan merkuri antropogenik global ke udara, air dan tanah. Perkongsian ini akan bekerjasama rapat dengan pemegang taruh untuk membantu ratifi kasi yang tepat pada masanya dan pelaksanaan Konvensyen Minamata mengenai Merkuri yang berkesan. Untuk maklumat lanjut: https://web.unep.org/globalmercurypartnership/

PERKONgSIAN MERKURI glOBAl

18 19

PENyAKIT MINAMATA