proses pembiakan & kitaran haid

Upload: nur-ain

Post on 09-Mar-2016

115 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Psikologi Fisiologi

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

SISTEM PEMBIAKAN(PROSES PEMBIAKAN& KITARAN HAID)PSIKOLOGI FISIOLOGIPEMBIAKAN DANPERTUMBUHANPembentukan gametSuatu proses menambahkan zuriat atau individu baru. Ianya terbahagi kepada pembiakan aseks dan pembiakan seks.Pembiakan aseks- melibatkan 1 induk, di mana sel-sel soma membahagi secara mitosis untuk menghasilkan sel-sel atau individu baru yang mempunyai kandungan genetik yang sama dengan induk.Pembiakan seks- melibatkan 2 induk dari spesis yang sama, iaitu jantan dan betina yang menghasilkan gamet atau sel pembiakanGamet adalah sel-sel yang memiliki separuh daripada kromosom sel induknya, iaitu haploid.Dalam pembiakan seks, gamet jantan dan gamet betina akan bersatu membentuk zigot semasa persenyawaan.Zigot mempunyai bilangan kromosom yang diploid, sama seperti sel induknya.

Gametogenesis

SISTEM PEMBIAKAN LELAKI

BahagianFungsiTubuh semenTempat penghasilan spermaVas deferensMenyalurkan sperma ke uretraEpididimisTempat simpanan dan pematangan spermaVesikel semenMenghasilkan mukus untuk membantu pergerakan spermaZakar Menyalurkan sperma ke dalam system pembiakan perempuanSkrotumMelindungi testis dan mengawal perubahan suhu di dalam testis (28C 30C)Kelenjar prostatMenghasilkan cecair yang mengandungi nutrient dan menyediakan medium sesuai untuk kemandirian spermaSpermatogenesisSpermatogenesis adalah proses pembentukan sperma di dalam testis. Spermatogenesis terbahagi kepada 3 fasa:

a)Fasa penggandaan - sel germa primordium mengalami mitosis berulang kali menghasilkan fasa spermatogonium (2n).

b)Fasa pertumbuhan - spermatogonium (2n) mengalami pertumbuhan, bertambah saiz dan menjadi spermatosit primer (2n).

c)Fasa perkembangan - Spermatosit primer (2n) membahagi melalui meiosis I menghasilkan sepasang spermatosit sekunder (n).Spermatosit sekunder (n) mengalami meiosis II menghasilkan empat spermatid (n).Akhirnya, spermatid (n) mengalami perbezaan menjadi spermatozoa (sperma).

SISTEM PEMBIAKANPEREMPUAN

BahagianFungsiOvari Menghasilkan ovumTiub fallopio (oviduktus)Menerima oosit sekunder dari folikel Graaf. Penyatuan ovum dan sperma (persenyawaan) berlaku di sini.Uterus Tempat penempelan dan perkembangan embrio seterusnyaFaraj Tempat sperma dilepaskan dari zakar

OogenesisSel germa primordium mengalamimitosis berulang-ulang kalimenghasilkan oogonium 2n) yang akan bergerak ke tengah ovari. Oogonium bertambah saiz dan menjadi oosit primer (2n). Oosit primer disaluti satu lapisan sel folikel dan pada peringkat ini, oosit primer dikenal sebagai folikel primer.Oosit primer dalam folikel primer menjalani proses meiosis I membentuk oosit sekunder (n) dan jasad kutub yang pertama.Lapisan sel folikel pada folikel primer berkembang menjadi folikel sekunder. Pada peringkat ini, oosit sekunder (n) berada dalam folikel sekunder.

Lapisan folikel pada oosit sekunder semakin tebal dan berlipat membentuk folikel Graaf.Apabila folikel Graaf menambahkan saiz dan menjadi matang, folikel Graaf akan bergerak ke permukaan dinding ovari lalu pecah dan membebaskan oosit sekunder (n). Pembebasan oosit sekunder dari ovari dikenal sebagai ovulasi.Oosit sekunder (n) yang dibebaskan hanya akan mengalami meiosis II apabila disenyawakan oleh sperma (n).Hasil akhir meiosis II ialah ovum (telur) dan jasad kutub kedua.Jasad kutub akan merosot manakala cantuman nukleus sperma dengan nukleus ovum akan membentuk zigot.PERBANDINGAN ANTARA SPERMATOGENESIS DAN OOGENESISPersamaanSpermatogenesisOogenesisKedua-duanya berlaku dalam organ pembiakan

Kedua-duanya menghasilkan gamet yang haploid yang terlibat dalam persenyawaan

Kedua-duanya melibatkan proses meiosis

PerbandinganAspekSpermatogenesisOogenesisTempat berlakuDi dalam testisDi dalam ovariSel yang dihasilkanSperma Ovum Saiz selKecil Besar Struktur selTerdiri daripada kepala, bahagian tengah dan ekorBulat Bilangan gamet yang dihasilkanEmpat sel yang berfungsiSatu sel berfungsi dan tiga jasad kutub tidak berfungsiMeiosis Berlaku secara berterusanTidak berterusan. Berhenti pada meiosis I. meiosis II hanya berlaku sekiranya oosit sekunder ditembusi oleh sel sperma.Kepadatan organelBanyak mitokondria, kurang sitoplasmaKurang mitokondria, banyak sitoplasmaSel induk Bilangan sel yang akan menjadi sperma adalah tidak terhadBilangan sel yang akan menjadi ovum adalah terhad. PERSENYAWAAN

Hanya 1 sperma bertuah daripada suku billion sperma yang dipancutkan yang akan berjaya menembusi lapisan luarnya ovum.Sebaik kepala sperma berjaya menembusi lapisan luar telur, terdapat enzim yang membenarkannya melepasi halangan pertama itu.Protein pelindung telur akan menghalang sperma-sperma lain untuk masuk. Pada saat inilah, bermulanya titik awal proses persenyawaan. Ketika ini juga, muatan DNA dihantar apabila sperma diserap oleh telur dan pada masa yang sama genetik bayi anda ditetapkan.Dalam tempoh beberapa minit selepas ejakulasi, kebanyakan sperma akan mati akibat persekitaran berasid di dalam vagina.Daripada situ, sperma yang berjaya melepasinya akan memasuki serviks, berenang merentasi mukus serviks, kemudiannya memasuki rahim dan menemui tiub fallopio.

PROSES PERSENYAWAANTelur hanya bertahan sehari selepas dikeluarkan daripada ovari.Walaupun begitu, selagi sperma masih hidup di dalam tiub fallopio, ia berupaya untuk bersenyawa dengan telur.Sperma boleh bertahan di dalam tiub fallopio untuk tempoh beberapa hari.

Apabila telur melalui tiub, sperma mempunyai reseptor yang membolehkannya menghidu telur yang dipercayai berbau manis.Ketika inilah, sperma akan menjadi aktif dengan berusaha gigih mengelupas lapisan protein telurTindakan agresif dan kehilangan protein membolehkan sperma melekap pada telur. Proses ini dikenali sebagai capacitation.Sperma mempunyai beberapa jam untuk kekal hidup dan hanya sedikit sperma akan terus berada hampir dengan telur.

PROSES IMPLANTASIEMBRIO

Telur yang disenyawakan dinamakan sebagai zigot. Maklumat yang dikodkan dalam kumpulan DNA telur dan sperma akan memandu zigot bagi meneruskan perkembangannya menjadi embrio.Dalam tempoh 24 jam selepas pembentukan, zigot akan memulakan proses pembahagian sel.Sebelum itu, ia akan berkembang menjadi sel berkelompok yang kemudiannya menjadi struktur berongga (blastocyst).Sel-sel di dalam struktur ini akan berubah menjadi embrio manakala dinding luarnya bertindak sebagai plasenta. Ia turut mengandungi nutrisi yang bakal diperlukan fetus.

Zigot kemudiannya mengambil masa empat hari untuk berpindah ke rahim.Setelah sampai ke rahim sel akan menetas dan bersedia untuk berhubungan langsung dengan endometrium.Apabila hal ini berlaku, kedua-duanya akan bertukar-tukar hormon dengan membenarkan blastocyst untuk melekat pada dinding rahim.Proses ini dikenali sebagai implantasi. Setelah proses itu, serviks akan ditutup dengan mukus.Apabila zigot selamat, kehamilan akan melalui langkah seterusnya.Pada tahap ini, sesetengah sel zigot membentuk plasenta manakala yang lainnya menjadi embrio.

Selepas 3 minggu, sel saraf pertama akan terbentuk. Dalam minggu-minggu dan bulan berikutnya, pertumbuhan sel akan terus berlaku membentuk sel-sel khusus dan berbeza antara satu sama lain.

PEMBENTUKAN ANAK KEMBARKebiasaannya, 1 sperma dengan 1 ovum akan membentuk 1 embrio.Namun, kadangkala 2 atau lebih embrio boleh terbentuk dalam satu kehamilan.Apabila 2 embrio terbentuk, kejadian ini disebut anak kembar.Berdasarkan cara pembentukan, terdapat 2 jenis anak kembar iaitu:Anak kembar seirasAnak kembar tak seiras

ANAK KEMBAR SEIRASTerbentuk apabila 1 bebola sel daripada ovum tersenyawa berpisah kepada 2 embrio.2 embrio berkembang menjadi 2 fetus.Setiap fetus mempunyai tali pusat sendiri tetapi berkongsi plasenta yang sama.Melibatkan 1 sperma dan 1 ovum.Mempunyai kandungan genetik dan ciri fizikal yang sama.Sentiasa sama jantina.ANAK KEMBARTAK SEIRAS2 ovum dilepaskan serentak, 1 daripada setiap ovari.Setiap ovum disenyawakan oleh 1 sperma.2 zigot terbentuk berkembang menjadi 2 embrio yang terpisah.Kedua-dua embrio berkembang membentuk 2 fetus yang mempunyai plasenta dan tali pusat masing-masing.Kandungan genetik dan ciri fizikal berbeza.Sama jantin atau lain jantina.

PERBANDINGAN ANAK KEMBAR SEIRAS & ANAK KEMBARTAK SEIRASPersamaanAnak kembar seirasAnak kembar tak seirasMelibatkan persenyawaan antara sperma dengan ovumZigot bertumbuh dan berkembang secara mitosisFetus mempunyai tali pusatPerbezaanPerbezaanAnak kembar seirasAnak kembar tak seirasPersenyawaan1 ovum, 1 sperma2 ovum, 2 spermaBilangan zigot1 zigot terbentuk2 zigot terbentukPembahagian zigotZigot membahagi kepada 2Tiada pembahagian zigotBilangan plasenta1 (berkongsi plasenta)2 (plasenta berlainan)Kandungan genetikSamaBerbezaJantinaSamaSama atau berbezaCiri fizikalSeirasTidak seirasANAK KEMBAR SIAMAnak kembar siam ialah anak kembar yang membahagi dengan tak lengkap semasa perkembangan embrio.Berkongsi organ yang sama seperti kepala, dada dan abdomen.Sekiranya mereka tidak berkongsi organ utama sepeti otak, jantung/ peparu, mereka boleh diasingkan melakukan pembedahan.Kandungan genetik mereka seiras kerana mereka berasal daripada zigot yang sama.

HAIDKanak kanak perempuan yang mencapai akil baligh mula mendapat haid setiap bulan.Setiap 28 30 hari, ovum dilepaskan bergilir gilir dari setiap ovari di dalam proses yang dipanggil pengovulan.Lapisan uterus menjadi tebal ( oleh bahagian sel yang pesat ) dengan salur darah yang banyak.Ini membolehkan uterus menerima ovum yang tersenyawa ( yang dipanggil zigot ) dan membekalkannya dengan nutrient. Zigot akan tertempel pada dinding uterus dan berkembang, menjadi embrio dan seterusnya fetus.

Jika ovum tidak disenyawakan, ovum akan mati lebih kurang 2 3 hari dan tidak akan tertempel pada dinding sel Lapisan tebal pada dinding uterus alan mula merosot dan tersingkir bersama sama ovum yang tidak tersenyawa dari uterus.Proses lapisan tebal dinding uterus bersama ovum yang tidak tersenyawa tersingkir dari uterus dipanggil haid.Haid berlangsung lebih kurang 4 hingga 5 hari.Biasanya peremuan boleh tahu bila haidnya akan datang. Ini adalah kerana dia mengalami sindrom prahaid yang termasuk simptom seperti perut kembung, sembelit, mudah tersiggung, sakit kepala, berjerawat dan lesu.Haid berhenti sepenuhnya apabila putus haid, biaanya berumur 45 55 tahun.Perempuan tidak boleh hamil lagi selepas putus haid yang menandakan berakhirlah kesuburannya.

HUBUNGAN ANTARA FASA SUBURDAN KITAR HAID DANPENSENYAWAAN

Tempoh masa berlakunya pengovulan dikenali sebagai fasa subur atau tempoh subur di dalam kitar haid.Pengovuan biasanya berlaku lebih kurang hari ke 14 kitar haid.Tempoh masa antara hari ke 2 dan 16 kitar haid dianggap fasa subur.Semasa fasa ini peluang pensenyawaan ovum oleh sperma adalah tinggi jika berlakunya hubungan seks dan sperma bergerak di dalam tiub folopio.

PERANAN HORMONDALAM KITAR HAIDHormon yang terlibat dalam kitar haid boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:-hormon yang mengawal perubahan dalam ovari ialah hormon perangsang folikel (FSH) -hormon peluteinan (LH).

Selain daripada itu, hormon yang mengawal perubahan dalam uterus ialah estrogen dan progestron.

HormonTapak PerembesanFungsiHormon perangsang folikel (FSH)Lobus anterior kelenjar pituitariMerangsang pertumbuhan folikel di dalam ovariHormon peluteinan (LH)Lobus anterior kelenjar pituitariMerangsangkan pembentukan korpus luteum untuk menghasilkan progesteronProgestronKorpus luteumMenyekat rembesan FSH untuk mencegah perkembangan folikelEstrogenSel folikel dalam ovariPada paras tinggi yang kritikal, bertindak terhadap pituitari anterior untuk merangsang pelepasan FSH dan LHARAS HORMON, PERKEMBANGAN FOLIKEL DAN KORPUS LUTEUMSERTA KEADAAN UTERUS

Hari pertama hingga ke-7Hormon perangsang folikel dirembes oleh kelenjar pituitari untuk merangsang perkembangan folikel dalam ovari dan penghasilan estrogen oleh ovari.Aras hormon peluteinan dan progestren masih rendah.

Hari ke-8 hingga ke-14Penghasilan estrogen mencapai takat maksimum pada hari ke-14.Pengeluaran hormon FSH terencat.LH mula dirembeskan oleh kelenjar pituitari untuk merangsang ovulasi yang berlaku pada hari ke-14.Folikel bertukar kepada korpus leteum.Aras progesteron masih rendah.

Hari ke-15 hingga ke-21Korpus luteum merembeskan progestron dan arasnya semakin meningkat. Progestron terus merangsang uterus untuk menjadi lebih berkembang, tebal dan bervaskular sebagai persediaan penempelan zigot sekiranya berlaku persenyawaan.Aras estrogen, FSH dan LH semakin menurun.

Hari ke-22 hingga ke-28Jika persenyawaan berlaku, aras progestron meningkat.Progestron merencat rembesan FSH dan LH supaya kitar haid dan pengovulan tidak berlaku semasa kehamilan.

SEKIAN, TERIMA KASIH