persepsi guru terhadap pengajaran sains dan …€¦ · bab ii sorotan penulisan 2.1 pengenalan 19...

29
PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS FARAH ASNIDA BT CHE SHARIFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 01-Nov-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK

DALAM BAHASA INGGERIS

FARAH ASNIDA BT CHE SHARIFF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik
Page 3: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik
Page 4: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK

DALAM BAHASA INGGERIS

FARAH ASNIDA BT CHE SHARIFF

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

Page 5: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ............................................................

Nama Penulis : FARAH ASNIDA BT. CHE SHARIFF

Tarikh : .04 MAC 2004.

Page 6: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

iii

DEDIKASI

Sekalung Budi Buat Abah Yang Dikasihi, EN. CHE SHARIFF B. JUSOH

Emak Tersayang, PN. ROHANI BT. YUSOFF Pengorbanan Kalian Untuk Mendewasakan Daku Terlalu Besar Ertinya…

Sejambak Kasih Buatmu Yang Tersayang,

MOHD. MAAHAD ABD MALIK, Nur Kasihmu Mengiringi Setiap Langkahku Dengan Pasti…

Kehadiranmu Mewarnai Kehidupanku…

Buat Yang Dikasihi Adik, FARIZUL AZLI,

Telah Berdiri Seorang Lelaki, Hidup Berbekal Kecekalan Diri…

Terima Kasih Di Atas Doa Dan Sokongan Kalian Yang Tidak Terhingga ….Yang Mendorong Kejayaan Ini

Page 7: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah satu penelitian tentang persepsi guru terhadap pengajaran

Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Responden bagi kajian ini terdiri

daripada 30 orang guru yang mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

di daerah Kota Setar, Kedah. Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap

penguasaan guru berbahasa Inggeris, tahap kesediaan guru dalam melaksanakan

pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, persepsi guru tentang kesan

pengajaran terhadap pencapaian pelajar serta mengetahui tahap keperluan guru dalam

melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kaedah soal

selidik digunakan sebagai instrumen utama bagi mendapatkan data. Kajian rintis

dilakukan ke atas 10 orang guru di daerah Pontian, Johor. Analisis menunjukkan

nilai alpha berada pada tahap tinggi berdasarkan nilai alpha Cronbach iaitu 0.92.

Hasil kajian mendapati tahap penguasaan, tahap kesediaan dan tahap keperluan guru

dalam melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris berada

pada tahap yang tinggi. Namun begitu, kesan pengajaran Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris terhadap pencapaian pelajar masih berada pada tahap yang

sederhana. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa responden

mempunyai tahap persepsi yang tinggi terhadap pengajaran Sains dan Matematik

dalam Bahasa Inggeris dan ia telah ditunjukkan melalui hasil dapatan kajian ini.

Page 8: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

vi

ABSTRACT

The aim of this research is to determine the perception of teachers on

teaching Science and Mathematics subjects in English. The respondents in this

research consists of 30 teachers teaching the particular Science and Mathematics

subject in English around the Kota Setar area in Kedah. The objectives of this

research are to evaluate the level of English language proficiency amongst teacher’s,

preparations of teachers to teach using English as main communication language, the

teacher’s opinions on the teaching effects on student’s achievement and to assess

teacher’s needs to perform teaching primarily Science and Mathematics using

English. The instrument used in this research is a questionnaire. Pilot research is

done on 10 teachers in Pontian district. Analysis of results revealed that the alpha

value is 0.92, which is considerably high based on the Cronbach value. This research

also verifies that the teacher’s aptitude, preparations and requirement level in

carrying out teaching in English are prominent. However, the outcome of teaching

Science and Mathematics in English on the student’s accomplishment is still on the

average level. Overall, this research exposed that respondents have high perception

on teaching Science and Mathematics in English, which is proven by the end result

of this research.

Page 9: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

vii

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SIMBOL xv

SENARAI LAMPIRAN xvii

Page 10: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

viii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Skop Kajian 12

1.8 Batasan Kajian 13

1.9 Definisi Konsep dan Pengoperasian 14

1.9.1 Persepsi 14

1.9.2 Guru 15

1.9.3 Pengajaran 15

1.9.4 Sains 15

1.9.5 Matematik 16

1.9.6 Bahasa Inggeris 16

1.9.7 Tahap 16

1.9.8 Tahap Penguasaan 16

1.9.9 Tahap Kesediaan 17

1.9.10 Pencapaian 17

1.9.11 Tahap Keperluan 17

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 19

2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian

Lepas Berkaitan 21

2.2.1 Sains Dan Matematik Dalam 21

Bahasa Inggeris

2.2.2 Guru Dan Kesediaan 23

Page 11: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

ix

2.2.3 Guru Dan Bahasa Inggeris 26

2.2.4 Keperluan Pengajaran 29

2.3 Rumusan 31

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 33

3.2 Reka Bentuk Kajian 34

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 34

3.4 Tempat Kajian 35

3.5 Prosedur Kajian 35

3.6 Kaedah Pengumpulan Data 35

3.6.1 Data Primer 36

3.6.1.1 Soal Selidik 36

3.6.1.2 Kajian Rintis 38

3.6.2 Data Sekunder 39

3.7 Penganalisaan Data 39

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 41

4.2 Latar Belakang responden 41

4.2.1 Kategori Guru 42

4.2.2 Tahun Penganugerahan Sijil Perguruan, 42

Diploma Atau Ijazah

4.2.3 Bahasa Pengantar Semasa Di Peringkat 43

Pengajian Tinggi

4.2.4 Bidang Pengkhususan 44

4.2.5 Pengalaman Mengajar 44

4.2.6 Jantina 45

4.2.7 Bangsa 45

Page 12: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

x

4..3 Apakah Tahap Penguasaan bahasa Inggeris Guru? 46

bahasa Inggeris Guru?

4.4 Sejauh Manakah Tahap Kesediaan Guru 49

dalam Melaksanakan Pengajaran Sains dan

Matematik dalam bahasa Inggeris?

4.5 Sejauh Manakah Persepsi Guru Terhadap 52

Keberkesanan Pengajaran Sains dan Matematik

dalam bahasa Inggeris ke atas

Pencapaian Pelajar?

4.6 Apakah Tahap Keperluan Guru Bagi 55

Melaksanakan Pengajaran Sains dan

Matematik dalam bahasa Inggeris?

4.7 Adakah Terdapat Hubungan di antara 58

Penguaasaan bahasa Inggeris Guru dengan

Kesediaan Guru dalam Pengajaran Sains

dan Matematik dalam bahasa Inggeris?

4.8 Adakah Terdapat Perbezaan Jantina 59

Responden Dengan Kesediaan dalam

Pengajaran Sains dan Matematik

dalam bahasa Inggeris?

4.9 Adakah Terdapat Perbezaan Di Antara 59

Pengalaman Mengajar dengan Penguasaan

bahasa Inggeris, Kesediaan serta Keperluan

Guru Dalam Pengajaran Sains Dan Matematik

Dalam Bahasa Inggeris?

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 61

5.2 Perbincangan 61

Page 13: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

xi

5.2.1 Perbincangan Tentang Aspek 62

Demografi Guru

5.2.2 Perbincangan Tentang Penguasaan 62

Bahasa Inggeris Guru Dalam

Pengajaran Sains Dan Matematik

Dalam Bahasa Inggeris

5.2.3 Perbincangan Tentang Kesediaan 63

Guru Dalam Melaksanakan Pengajaran

Sains Dan Matematik Dalam

Bahasa Inggeris

5.2.4 Perbincangan Tentang Kesan Pengajaran 64

Sains dan Matematik dalam bahasa

Inggeris Ke Atas Pencapaian Pelajar

5.2.5 Perbincangan Tentang Keperluan 66

Guru Dalam Melaksanakan Pengajaran

Sains Dan Matematik Dalam

Bahasa Inggeris

5.3 Rumusan 67

5.4 Cadangan 69

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71

RUJUKAN 72

LAMPIRAN 80

A Soal Selidik

B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari

Kementerian Pendidikan Malaysia

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman

Page 14: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Item Bagi Soal Selidik 37

3.2 Permarkatan Item-item Skala Lima Point 38

3.3 Nilai Min bagi Menentukan Tahap Penguasaan 40

Responden dalam bahasa Inggeris, Tahap Kesediaan

Responden, Kesan Pengajaran ke atas Pelajar dan

Tahap Keperluan Responden Terhadap Pengajaran

Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris

4.1 Taburan Responden Mengikut Kategori Guru 42

4.2 Taburan Tahun Penganugerahan Sijil Perguruan, 42

Diploma atau Ijazah Responden

4.3 Taburan Responden Mengikut Bahasa Pengantar 43

Semasa di Peringkat Pengajian Tinggi

4.4 Taburan Responden Mengikut Bidang Pengkhususan 44

4.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 44

4.6 Taburan Responden Mengikut Jantina 45

4.7 Taburan Responden Mengikut Bangsa 45

4.8 Taburan Kekerapan, Peratus, Skor Min dan Sisihan 48

Piawai Penguasaan Responden dalam bahasa Inggeris

Page 15: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

xiii

4.9 Taburan responden Mengikut Tahap Penguasaan 49

bahasa Inggeris

4.10 Taburan Kekerapan, Peratus, Skor Min dan sisihan 51

Piawai Kesediaan Responden dalam Pengajaran Sains

Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

4.11 Taburan Responden Mengikut Tahap Kesediaan 52

Dalam Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam

Bahasa Inggeris

4.12 Taburan Kekerapan, Peratus, Skor Min dan Sisihan 54

Piawai Kesan Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam

Bahasa InggerisTerhadap Pencapaian Pelajar

4.13 Tahap Kesan Pengajaran Pengajaran Sains Dan Matematik 55

Dalam Bahasa Inggeris Ke Atas Pencapaian Pelajar

4.14 Taburan Kekerapan, Peratus, Min Skor dan Sisihan 57T

Piawai Keperluan Guru Dalam Pengajaran Sains

Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

4.15 Tahap Keperluan Responden dalam Pengajaran Sains 58

dan Matematik dalam bahasa Inggeris

4.16 Analisis Korelasi Pearson Mengikut 58

Hubungan Penguaasaan bahasa Inggeris responden

dengan Kesediaan Responden dalam Pengajaran Sains

dan Matematik dalam bahasa Inggeris

4.17 Analisis Ujian t mengikut Perbezaan Jantina Responden 59

Dengan Kesediaan dalam Pengajaran Sains dan

Matematik dalam bahasa Inggeris

4.18 Analisis Anova Mengikut Perbezaan Di Antara 60

Pengalaman Mengajar Mengikut Penguasaan, Kesediaan

Page 16: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

xiv

Dan KeperluanResponden Dalam Pengajaran Sains

Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

Page 17: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

xv

SENARAI SIMBOL / SINGKATAN

% - peratus

3M - Membaca, Menulis Dan Mengira

ABM - Alat Bantu Mengajar

Bil. - Bilangan

BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan

DEB - Dasar Ekonomi Baru

et. al - dan pengarang-pengarang lain

ICT - Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

IPT - Institut Pengajian Tinggi

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran

PBB - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

PMR - Penilaian Menengah Rendah

PUPIBM - Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu

N - Bilangan Subjek

NATO - North Atlantic Treaty Organization

RM - Ringgit Malaysia

SP - Sisihan Piawai

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package Social Science

SS - Sangat Setuju

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

STS - Sangat Tidak Setuju

Page 18: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Soal selidik

B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari

Kementerian Pendidikan Malaysia

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman

D Reability analysis – scale (alpha)

Page 19: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

xvi

TS - Tidak Setuju

UNESCO - United Nations Educational, Scientific And Cultural

Organization

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 20: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957, pendidikan telah menjadi

salah satu mekanisme terpenting dalam usaha kerajaan untuk merealisasikan

matlamat bagi menyatu padukan rakyat berbilang kaum supaya dapat membina

sebuah negara yang aman dan maju (Mok Soon Sang, 2002).

Justeru, daripada pernyataan di atas, dapat dilihat bahawa pendidikan adalah

merupakan satu wadah yang amat penting bagi menyatu padukan rakyat Malaysia

dalam membangunkan negara.

Kesinambungan daripada itu, menyedari hakikat akan peri pentingnya

pendidikan, maka kerajaan telah mengambil inisiatif dengan mengarahkan

perwujudan satu jawatan kuasa untuk mengkaji sistem pendidikan kebangsaan yang

dapat diterima oleh semua kaum. Jawatan kuasa ini telah dibentuk pada tahun 1959,

dan diketuai oleh Menteri Pelajaran pada ketika itu,iaitu Yang Berhormat Abd.

Rahman Talib. Oleh yang demikian, pada tahun 1960, jawatankuasa ini telah

mengemukakan satu usul yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib yang

akhirnya digazetkan sebagai Akta Pelajaran 1961. Ini menjadikan dasar-dasar dalam

laporan berkenaan sebagai dasar-dasar legislatif atau perundangan yang menjadi

kemestian untuk dilaksanakan oleh sekolah-sekolah (Sufean, 2002).

Page 21: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

2

Laporan Rahman Talib yang dikemukakan tersebut akhirnya telah menjadi

satu titik permulaan ke arah proses transformasi sistem pendidikan negara sehingga

kini. Menurut Sufean (2002), aspek terpenting yang terkandung dalam Laporan

Rahman Talib tersebut antara lain menekankan bahawa sistem pendidikan

kebangsaan perlu mengadakan sistem pengajaran yang cekap dan berkesan, kos

efektif, dapat memenuhi aspirasi negara dari segi pembangunan sosial, ekonomi,

politik dan kebudayaan masyarakat di negara ini. Ini bermakna bahawa kurikulum

pendidikan menjadi mekanisme dan mengeluarkan tenaga kerja yang berpengetahuan

dan mahir bagi membina masyarakat progresif dari segi sosial, ekonomi, politik dan

kebudayaan.

Walau bagaimanapun, sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan

yang drastik bermula 1967 apabila parlimen meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan

yang menetapkan Bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi yang tunggal. Ekoran

penguatkuasaan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 tersebut, maka Kementerian

Pelajaran telah mengambil langkah untuk mentransformasikan sistem pendidikan

kebangsaan daripada yang berorientasikan Bahasa Inggeris kepada yang lebih

berpaksikan kepada penggunaan Bahasa Malaysia sepenuhnya.

Namun begitu, akibat beberapa kelemahan yang timbul dalam sistem

pendidikan pada waktu itu, maka kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa

kabinet yang ditugaskan untuk mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan,

dan kesannya ke arah memenuhi aspirasi negara bagi membentuk masyarakat yang

bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Akhirnya pada tahun 1979, jawatankuasa

tersebut telah mengemukakan satu laporan yang lebih dikenali sebagai Laporan

Jawatankuasa Kabinet 1979 yang telah mengesyorkan bahawa kurikulum pendidikan

hendaklah lebih memberi penegasan pendidikan dalam bidang membaca, menulis

dan mengira (3M), melahirkan lebih ramai guru terlatih dalam bidang Sains dan

aspek kemudahan hendaklah diberikan kepada sekolah menengah bagi meningkatkan

mutu pendidikan Sains, khasnya di kawasan luar bandar (Mok Soon Sang, 2002) .

Page 22: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

3

Inovasi besar-besaran akibat daripada Laporan Kabinet ialah pelaksanaan

KBSR pada semua sekolah rendah mulai tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu

sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1989. Kedua-dua kurikulum ini direka oleh

Pusat Perkembangan Kurikulum yang berpusatkan kepada perkembangan individu

murid yang menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, bukannya

kurikulum yang berpusatkan kepada guru dan peperiksaan lagi. Untuk menjayakan

kurikulum ini, Kementerian Pendidikan telah menggiatkan usaha orientasi semula

guru-guru sekolah, dan juga menambah bilangan guru-guru baru yang terlatih dengan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan KBSM. Pada akhir tahun 1985

seramai 18 672 orang guru dilatih di 28 buah maktab perguruan. Dalam tempoh 1981

hingga 1985 seramai 165 600 orang guru sedang berkhidmat telah menghadiri kursus

orientasi semula, dan seramai 17 350 guru berijazah dikeluarkan oleh 5 buah

universiti utama (Sufean, 2002). Usaha latihan keguruan ini dapat dilihat sebagai

suatu usaha yang agresif ke arah pembaharuan dan juga perkembangan sistem

pendidikan negara. Ini menunjukkan harapan negara yang begitu tinggi terhadap

golongan ini dalam usaha membantu mencapai aspirasi negara sebagai sebuah negara

yang maju dan membangun.

Sungguhpun KBSR dan KBSM ialah satu inovasi kurikulum, tetapi bukanlah

suatu kurikulum yang serba baik dan komprehensif. Untuk memperbaiki kelemahan,

beberapa ubahsuaian telah dibuat kemudiannya terhadap kurikulum, dan yang lebih

penting lagi ialah perumusan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1988 bagi

para pendidik menjadikan perkara pokok dalam proses pendidikan dan

perkembangan kurikulum. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini bercorak humanistik,

iaitu pembangunan manusia untuk kemanusiaan, dan bertujuan untuk melahirkan

insan yang seimbang iaitu berdedikasi menyumbang tenaga, pemikiran, dan

kemahiran dalam pembinaan masyarakat sejahtera di dalam semua aspek lembaga

diri, khususnya pada aspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani (Sufean, 2002).

Menjelang tahun 1990, inovasi dan pembangunan sistem pendidikan telah

menjadi mantap dan menuruti dasar-dasar teras yang diusulkan oleh Laporan

Rahman Talib (1960), dan Laporan Kabinet (1979). Sistem pendidikan secara amnya

Page 23: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

4

telah berjaya mendokong hasrat integrasi nasional dengan membentuk negeri-negeri

yang bersatu padu melalui penghayatan Rukun Negara di kalangan generasi muda,

dan yang lebih pentingnya dari segi politik ialah sistem pendidikan telah berjaya

meluaskan mobiliti sosioekonomi kaum bumiputera, selaras dengan hasrat dasar

ekonomi baru (DEB) menyusun semula struktur masyarakat dengan cara membasmi

kemiskinan dan dasar ekuiti negara.

Pada tahun 1991 bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad

membentangkan pemikirannya tentang negara bertamadun maju dalam satu kertas

perdana bertajuk “Malaysia : Melangkah ke Hadapan” atau lebih dikenali dengan

“Wawasan 2020”.

Wawasan 2020 ialah aspirasi untuk membina satu tamadun dan masyarakat

maju bertaraf dunia dan turut menekankan aspek kemajuan industri berasaskan

kemajuan ilmu Sains dan teknologi dan juga taraf pendidikan yang tinggi. Oleh yang

demikian, institusi pendidikan seperti sekolah dilihat akan menjadi saluran utama

untuk melahirkan generasi wawasan. Justeru itu, institusi pendidikan, dari peringkat

pendidikan rendah hingga ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) seharusnya berusaha

untuk menjadi lebih bersifat global. Maka institusi pendidikan bergerak ke arah itu

dengan beberapa cara pendekatan yang tersendiri. Salah satu aspek yang diberi

keutamaan ialah penekanan kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di

kolej dan universiti, atau pelajar-pelajar wajib lulus bahasa Inggeris kerana bahasa

itu ialah bahasa perdagangan antarabangsa (Sufean,2002).

Dalam memenuhi aspirasi tersebut, maka pada tahun 1996, kerajaan telah

meluluskan Akta Pendidikan 1996 yang berfokus kepada kesinambungan dasar-dasar

pendidikan yang sedia ada kepada pembangunan pentadbiran pendidikan dan

pembangunan beberapa jenis pendidikan, khususnya pendidikan prasekolah,

pendidikan khas, pendidikan tinggi, dan pendidikan swasta. Perakuan-perakuan

dalam akta ini merangkumi semangat globalisasi, Wawasan 2020, Rukun Negara,

nasionalisme, integrasi nasional, dan demokrasi. Perakuan-perakuan ini diharapkan

oleh kerajaan dapat mewujudkan arus pembangunan baru dalam sistem pendidikan

serta masyarakat pada alaf 2000. Semua perakuan ini penting bagi mengisi matlamat

Page 24: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

5

Wawasan 2020 untuk membina negara cemerlang dan agung. Justeru itu, pendidikan

merupakan satu elemen asasi pembangunan sumber manusia dan masyarakat yang

perlu diberi perhatian yang khusus.

1.2 Latar Belakang Masalah

Negara kita telah mengalami pelbagai perubahan dari satu peringkat ke satu

peringkat yang lebih baik, sejajar dengan wawasan negara yang bertujuan untuk

membina bangsa yang berilmu serta berdaya tahan. Cabaran demi cabaran telah

diharungi demi merealisasikan aspirasi negara. Salah satu cabaran yang benar-benar

menuntut perhatian yang serius daripada segenap lapisan masyarakat kita adalah

cabaran globalisasi dan pengantarabangsaan ekonomi yang akan menjadikan negara

lebih kompetitif dan berdaya saing. Globalisasi adalah satu himpunan proses

pengaliran global pelbagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang aktiviti

manusia sehinggakan seolah-olah semua manusia menjadi objek yang seragam.

Objek yang diglobalisasikan boleh menjadi fizikal dalam bentuk barangan dan

perkhidmatan atau bukan fizikal seperti pemikiran, budaya, ideologi dan cara hidup.

Himpunan proses pengaliran global ini berlaku dalam bidang aktiviti manusia yang

melibatkan proses kait-mengait, saling bergantung, dan saling memerlukan yang

amat kompleks sifatnya (Mohd. Khairul Azam et al, 2002). Secara tidak langsung,

kita dapat melihat globalisasi adalah satu proses yang merujuk kepada satu

pembinaan dunia tanpa sempadan yang mana akan menjadikan persekitaran lebih

liberal dalam penggunaan perkhidmatan dan sumber (Sulaiman, 2001).

Menjelang tahun 1990an, terdapat beberapa petanda yang menunjukkan

globalisasi sedang berlaku di seluruh dunia secara disedari ataupun tanpa disedari

dengan tidak boleh dihalang lagi. Salah satu daripadanya adalah penggunaan bahasa

Inggeris sebagai bahasa utama atau bahasa kedua di lebih 100 buah negara di dunia

(Mohd. Khairul Azam et al, 2002).

Page 25: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

6

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa bahasa Inggeris memainkan peranan

yang sangat penting dalam mengejar arus globalisasi ini. Pada masa ini, bahasa

Inggeris adalah alat yang penting untuk perhubungan global. Penggunaan bahasa

Inggeris sangat meluas terutamanya dalam dunia perdagangan antarabangsa. Tidak

ketinggalan juga dalam perhubungan diplomasi antarabangsa, contohnya di

persidangan PBB, UNESCO, NATO dan sebagainya (Mohd. Khairul Azam et.al,

2002). Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa maklumat di mana perisian-perisian

dan program-program komputer adalah di dalam bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris

juga merupakan bahasa ilmu dunia dan juga bahasa komunikasi antarabangsa.

Peri pentingnya bahasa sebagai wahana komunikasi khususnya pendidikan

terbukti dengan kerapnya orang memperkatakan isu bahasa dalam pelbagai konteks,

termasuk konteks bahasa itu sendiri, hingga mewujudkan pelbagai bidang dan

mazhab ilmu bahasa dan linguistik. Namun, betapa besarpun fungsi bahasa yang

dihujahkan baik untuk menyatakan rasa, menyampaikan maklumat dan meminta

tindakan mahupun untuk memahami tingkah laku dan akal fikiran manusia namun

fungsi utama bahasa sebagai alat membaca, berfikir dan berbicara tidak mungkin

dapat dipertikaikan. Seiring dengan era globalisasi hari ini, Bahasa Inggeris

memainkan peranan penting dalam proses pemerolehan ilmu masa kini kerana

kebanyakan sumber ilmu yang diperlukan menggunakan bahasa dunia tersebut.

Sebahagian besar daripada maklumat berkaitan penemuan baru Sains dan teknologi

di seluruh dunia juga disebarkan dalam bahasa Inggeris (Razali, 2001).

Jadi, keadaan-keadaan ini seolah-olah telah mendesak masyarakat dunia

untuk menguasai bahasa Inggeris. Tanpa penguasaan bahasa Inggeris, seseorang itu

adalah umpama jaguh kampung yang lantang menyalak di pentas sendiri tetapi

menyendiri di pentas antarabangsa.

Walau bagaimanapun, globalisasi adalah amat dialu-alukan tetapi pemusatan

kuasa untuk mendefinisikan apa yang baik dalam kehidupan dunia dengan memaksa

satu definisi ‘baik’ tanpa mengambil kira alam keliling terhampir (tempatan)

hendaklah tidak dibenarkan. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir

Mohamad mengambil pendirian amat berhati-hati dengan globalisasi. Tanpa

Page 26: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

7

penguasaan ilmu dan kekuatan ekonomi, negara kuasa besar akan menjadi semakin

kuat, manakala negara kecil dan lemah penguasaan ilmunya akan menjadi semakin

mundur. Ini kerana globalisasi sememangnya didominasi oleh negara-negara kuasa

besar yang seolah-olah dalam proses mengembangkan budaya dan cara hidup mereka

di seluruh dunia. Rakyat Malaysia diseru mempersiapkan diri secukupnya dengan

penguasaan ilmu perlulah dipandang sebagai perisai yang mampu untuk menongkah

arus globalisasi agar kita tidak terus hanyut dibuai bencana atas nama kemajuan

(Mohd. Khairul Azam et.al, 2002). Ini adalah seiring dengan Falsafah Pendidikan

Sains Negara, menghendakkan Pendidikan Sains di Malaysia memupuk budaya

Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang

kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu Sains

dan keterampilan teknologi (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

Menyedari akan kepentingan bahasa Inggeris dalam menongkah arus

globalisasi dan juga ke arah pembangunan negara, pada tahun 1993, bekas Perdana

Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan penggunaan bahasa Inggeris

untuk subjek Sains dan Teknologi daripada 30% hingga 50% kursus disampaikan

dalam bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi, tetapi saranan itu tidak

dilaksanakan secara nyata ( Utusan Malaysia, 15 Mac 1993). Malah, GPMS sendiri

mengutarakan agar diwujudkan semula sekolah aliran Inggeris sebagai pilihan bagi

memperbaiki mutu penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar bumiputera.

Mutakhir ini, Persekutuan Majikan Malaysia pula menyokong saranan ini (Dewan

Masyarakat, Julai, 2002).

Berikutan dengan isu bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dunia ini, isu

mewujudkan semula sekolah atau pendidikan aliran Inggeris dan pengajaran subjek

Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kembali mewarnai arus pendidikan

negara. Isu ini timbul apabila ramai graduan IPT khususnya pelajar Melayu (94%)

dalam bidang sastera dan agama gagal mendapat pekerjaan (Dewan Masyarakat,

Julai, 2002). Hal yang demikian kerana kegagalan mereka memenuhi pasaran kerja

semasa kerana pemilihan kursus yang tidak mempunyai nilai komersial dan

Page 27: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

8

kelemahan berbahasa Inggeris. Kebanyakan syarikat swasta mengenakan syarat

berkebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris kepada para pemohon yang ingin

mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan. Syarat tersebut secara tidak langsung

menjadi tembok yang membataskan pengambilan golongan bumiputera untuk

berkhidmat dalam sektor swasta. Selain itu, kegagalan menguasai bahasa Inggeris

dengan baik juga didakwa menjadi punca kemerosotan pencapaian para pelajar

bumiputera dalam akademik di IPT (Dewan Masyarakat, Julai, 2002). Tambahan

pula, apabila keputusan peperiksaan awam diumumkan, rata-rata pencapaian pelajar

Melayu agak rendah dalam subjek bahasa Inggeris berbanding kaum lain,

terutamanya di luar bandar (Dewan Masyarakat, Julai, 2002).

Menyedari akan kelemahan ini, Kementerian Pendidikan telah membuat

keputusan untuk melakukan perubahan secara besar-besaran dalam dunia pendidikan

dengan melaksanakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris

mulai sesi pengajaran 2003. Langkah perubahan yang diambil ini bukan sahaja

bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar,

malahan bagi mempersiapkan mereka ke arah menguasainya sebagai ilmu dua

bidang, iaitu Sains dan Matematik sejak di peringkat awal dengan lebih mudah dan

berkesan (Berita Harian,23 Ogos 2002).

Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jun 2002 telah membuat keputusan

di mana dan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik akan diajar

dalam bahasa Inggeris sebagai langkah awal ke arah mencapai aspirasi negara untuk

membangun sebagai sebuah negara perindustrian yang ulung. Pelaksanaannya

dimulakan untuk Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam Rendah mulai

awal sesi persekolahan tahun 2003. Perlaksanaan dasar ini di Kolej Matrikulasi akan

bermula pada 2004 manakala di Politeknik, perlaksanaan dasar ini akan bermula

pada 2008, iaitu selepas pelajar kumpulan pertama menduduki peperiksaan

sepenuhnya dalam bahasa Inggeris pada 2007. Peperiksaan sepenuhnya mata

pelajaran Sains dan Matematik ini dalam bahasa Inggeris bagi Ujian Penilaian

Sekolah Rendah (UPSR) ialah pada 2008, Penilaian Menengah Rendah (PMR)

(2005), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (2007) serta Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

(STPM) dan Matrikulasi (2004) (Musa, 2002).

Page 28: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

9

1.3 Pernyataan Masalah

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam

bahasa Inggeris ini masih baru dan lebih memfokus kepada pencapaian pada masa

akan datang. Golongan utama yang harus dilihat ialah golongan guru itu sendiri.

Pada kebiasaannya, guru yang ditempatkan di sesebuah sekolah akan

ditugaskan mengajar mata pelajaran yang merupakan pengkhususan mereka di

universiti (Nasir, 1998). Namun demikian, dengan berlakunya perubahan dasar

pendidikan negara kita, apakah guru yang mengkhusus dalam bidang Sains dan

Matematik mampu menjalankan tugas mereka dalam bahasa Inggeris dengan baik?.

Kita harus sedar realiti guru Sains dan Matematik bukan semua mahir dan

fasih berbahasa Inggeris. Malahan realiti yang kita tahu, guru Sains dan Matematik

bukanlah guru yang mesti fasih berbahasa Inggeris. Apakah dalam tempoh tidak

sampai setengah tahun semua guru mata pelajaran Sains dan Matematik sudah

berupaya menyampaikan pengajaran dalam Bahasa Inggeris dengan berkesan serta

dapat difahami pelajar setelah mereka mengikuti kursus? Jika kekuatan dan

kemampuan guru-guru ini tidak diteliti dengan seadil-adilnya, dikhuatiri prestasi para

pelajar akan lebih buruk.

Bagaimana pula dengan keperluan guru yang akan melaksanakan pengajaran

Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ini? Kesungguhan kerajaan bagi

memastikan kejayaan rancangan ini dapat dilihat dengan jelas apabila peruntukan

sebanyak RM850 juta bagi membekalkan bahan-bahan mengajar termasuk peralatan

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk pengajaran Sains dan Matematik

dalam bahasa Inggeris disediakan oleh kerajaan (Utusan Malaysia Online, 26

Disember 2002). Peralatan dan kemudahan yang disediakan ini diharap akan dapat

memacu usaha bagi melahirkan generasi baru rakyat negara ini yang mampu

menguasai bahasa Inggeris

Page 29: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN …€¦ · BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 19 2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian Lepas Berkaitan 21 2.2.1 Sains Dan Matematik

10

Jika dihalusi, kerajaan telah banyak melaburkan wang bagi memastikan

transformasi pendidikan ini mendatangkan hasil yang memberangsangkan. Namun

begitu, sejauh manakah usaha kerajaan ini dimanfaatkan. Adakah segala usaha ini

mampu mencapai matlamat yang diharapkan?