kajian tindakan sains kvas

17
KAEDAH MENGENAL PASTI CIRI-CIRI IMEJ YANG DIBENTUK OLEH CERMIN SATAH DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR SEMESTER 3 KVAS ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kebolehan mengenalpasti ciri-ciri imej yang dibentuk oleh cermin satah di kalangan pelajar-pelajar semester 3. Pelajar-pelajar tersebut telah diberikan satu set soalan Betul/Salah berkaitan tajuk kajian yang telah dipelajari sebagai aktiviti pengayaan. Saya mendapati terdapat segelintir pelajar yang tidak boleh mengenalpasti ciri- ciri imej yang dibentuk oleh cermin satah. Saya perlu membuat perubahan segera kerana memandangkan pelajar-pelajar ini akan menduduki peperiksaan di akhir semester dan semoga pelajar- pelajar semester 3 yang akan datang tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Tiga ciri-ciri imej yang dibentuk oleh cermin satah ialah a) maya, tegak dan sama saiz, b) songsang sisi, d) jarak imej dari cermin sama dengan jarak objek dari cermin yang perlu dikuasai dan dikenalpasti oleh pelajar bagi persediaan untuk menjawab soalan kertas Peperiksaan Akhir Semester Sains . Kebanyakan pelajar cuba memahami tetapi hakikatnya mereka hanya sekadar menghafal ciri-ciri tersebut. Sudah berbelas tahun 1

Upload: a-suhaimi

Post on 16-Nov-2015

96 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

untuk rujukan

TRANSCRIPT

KAEDAH MENGENAL PASTI CIRI-CIRI IMEJ YANG DIBENTUK OLEH CERMIN SATAH DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR SEMESTER 3KVAS

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kebolehan mengenalpasticiri-ciri imej yang dibentuk oleh cermin satah di kalangan pelajar-pelajar semester 3. Pelajar-pelajar tersebut telah diberikan satu set soalan Betul/Salah berkaitan tajuk kajian yang telah dipelajari sebagai aktiviti pengayaan. Saya mendapati terdapat segelintir pelajar yang tidak boleh mengenalpasti ciri-ciri imej yang dibentuk oleh cermin satah. Saya perlu membuat perubahan segera kerana memandangkan pelajar-pelajar ini akan menduduki peperiksaan di akhir semester dan semoga pelajar-pelajar semester 3 yang akan datang tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Tiga ciri-ciri imej yang dibentuk oleh cermin satah ialah a) maya, tegak dan sama saiz, b) songsang sisi, d) jarak imej dari cermin sama dengan jarak objek dari cermin yang perlu dikuasai dan dikenalpasti oleh pelajar bagi persediaan untuk menjawab soalan kertas Peperiksaan Akhir Semester Sains .

Kebanyakan pelajar cuba memahami tetapi hakikatnya mereka hanya sekadar menghafal ciri-ciri tersebut. Sudah berbelas tahun saya mengajar, masalahnya tetap sama. Tinjauan awal membuktikan pelajar tidak memahami ciri-ciri imej yang dibentuk oleh cermin satah. Data dapatan yang digunapakai meliputi ujian dalam bentuk soalan betul/salah. Oleh itu, untuk menangani masalah ini saya memperkenalkan satu kaedah iaitu Buku Maya . Seramai 10 orang pelajar dipilih dengan bantuan seorang guru. Aktiviti ini dijalankan selama 30 minit dan dilaksanakan selepas waktu pembelajaran formal. Dengan bimbingan guru, pelajar akan mempu memahami ciri-ciri tersebut.

Oleh yang demikian, saya menjalankan kajian dan membuat perancangan untukmenyelesaikan masalah ini dengan menekankan kepada mengenalpasti tiga ciri-ciriimej yang dibentuk oleh cermin satah. Hasilnya, saya mendapati murid yang terlibat dapat mengenalpasti ciri-ciri imej tersebut dengan mudah.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, beberapa kelemahan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran telah dikenalpasti. Antaranya adalah sebahagian besar pelajar tidak dapat mengenal pasti ciri-ciri imej yang terbentuk pada cermin satah. Untuk mengatasi masalah tersebut, teknik pengajaran dan pembelajaran seperti perbincangan dan penggunaan slaid, kaedah amali di dalam makmal sains tentang cara-cara menentukan imej cermin satah telah digunakan. Walau bagaimanapun kaedah ini masih belum mampu membantu pelajar untuk memahami dan menguasai topik yang diajar.

Pelajar-pelajar tidak dapat menyatakan ciri-ciri imej yang terbentuk serta tidak dapat menerangkan maksud ciri-ciri imej cermin satah dan cara ianya terbentuk. Untuk mengatasi masalah ini, saya mengambil inisiatif melakukan beberapa aktiviti dengan menggunakan Buku Maya agar pemahaman pelajar terhadap ciri-ciri imej cermin satah dapat dipertingkatkan. Hal ini seterusnya dapat membantu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran serta dilaksanakan dengan baik.

Masalah yang dikenalpasti adalah:i) Pelajar banyak bergantung kepada guru untuk mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri imej cermin satah yang terbentuk.ii) Pelajar menjadi kurang berminat dengan topik ini apabila gagal mengenalpasti dan menyatakan ciri-ciri imej cermin satah dengan betul.

Masalah ini dapat dilihat dengan jelas melalui pemerhatian tingkah laku pelajar dan hasil latihan yang diberikan serta sesi soal jawab di dalam kelas sebaik sahaja tamat proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).Analisis yang didapati daripada jawapan pelajar :i) Pelajar tidak dapat menyatakan ciri-ciri imej cermin satah dengan betul.ii) Pelajar tidak dapat membezakan sifat songsang dengan songsang sisi. iii) Guru kurang menggunakan bahan bantu mengajar.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kemahiran mengenal pasti ciri-ciri imej cermin satah adalah aspek terpenting bagi membantu pelajar menjawab soalan dengan tepat. Oleh itu, langkah yang tepat haruslah diambil bagi membantu pelajar mengatasi masalah ini. Punca utama kelemahan pelajar tidak dapat menentukan ciri-ciri imej cermin satah telah dikenalpasti melalui latihan-latihan yang diberikan setiap kali selepas PdP. Oleh itu, satu teknik baru yang akan membantu pelajar mengatasi masalah tersebut akan digunakan. Teknikini dikenali sebagai Buku Maya yang dapat membantu seramai 10 orang pelajar untuk mengenal pasti dan menentukan ciri-ciri imej cermin satah.Selain itu, aktiviti memberi mereka ujian dan meminta mereka menjawab soalan akan dapat dijalankan dengan lebih mudah. Diharapkan hasil analisis data akan dapat membantu mengenal pasti sama ada intervensi yang dilaksanakan dapat meningkatkan kemahiran murid.

Fokus kajian ini adalah untuk memastikan para pelajar dapat mencari maklumat tanpa bantuan guru. Guru pula hanya bertindak sebagai fasilitator.Pelajar-pelajar didapati boleh menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan baik sekiranya disertakan aktiviti yang menarik bagi memudahkan mereka memahami kehendak soalan. Di antara bentuk soalan atau aktiviti yang diuji adalah seperti berikut:i) Betul / Salahii) Isi tempat kosongiii) Aktiviti Buku Maya

3.0 OBJEKTIF

3.1 OBJEKTIF UMUM

Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk meningkatkan kemahiran 10 orang pelajar Semester 3 mengenal pasti ciri-ciri imej cermin satah dengan menggunakan Teknik Buku Maya. Diharapkan dengan teknik yang diperkenalkan, murid-murid tersebut dapat menguasai topik tersebut.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

i) Menjawab soalan latihan bagi mengenal pasti ciri-ciri cermin satah.ii) Melekatkan huruf dan perkataan pada lapisan plastik lutsinar (Buku Maya) seperti yang diarahkan.iii) Menyatakan ciri-ciri imej yang terbentuk dan mengukur jarak objek dan jarak imej dari cermin satah.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang pelajar Semester 3 yang menghadapi masalah menentukan ciri-ciri imej cermin satah. Daripada pemerhatian, mereka adalah terdiri daripada kumpulan pelajar yang sederhana dan lemah serta memerlukan bantuan untuk meningkatkan penguasaan topik tersebut. Kajian difokuskan kepada pelajar-pelajar ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan intervensi dalam membantu pelajar-pelajar yang tidak dapat memahami isi pelajaran (PdP) melalui kaedah tradisional yang dijalankan selama ini.

5.0 MERANCANG TINDAKAN

5.1 Pernyataan Masalah

Beberapa kajian telah dijalankan dan keputusan menunjukkan sebilangan pelajar adalah lemah serta mereka tiada berkebolehan untuk :i) menerangkan maksud imej songsang sisiii) mengukur jarak imej dari cermin satah.

Ini adalah disebabkan pelajar-pelajar tidak dapat mengenalpasti ciri-ciri imej yang dibentuk oleh cermin satah. Dengan ini, saya telah menggunakan kaedah Buku Maya dalam pengajaran dan pembelajaran bagi.menyelesaikan masalah tersebut.

Rajah di atas menunjukkan bagaimana menentukan ciri-ciri imej yang dibentuk oleh cermin satah

5.1.1 Pra Ujian

Satu ujian berbentuk soalan betul/salah telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan penguasaan pelajar terhadap topik Ciri-ciri Imej Yang Dibentuk Oleh Cermin Satah. Kertas jawapan akan disemak selepas ujian dijalankan dan tidak akan dipulangkan kepada pelajar. Data-data yang diperolehi akan digunakan untuk membuat perbandingan dengan ujian selepas menggunakan kaedah Buku Maya.

5.1.2 Analisis Pra Ujian

Berdasarkan kepada pra ujian ke atas kumpulan sasaran, didapati :i) Ujian betul/salahBil

Pelajar

Nombor soalan yang betulJumlahMarkah

12345678910

1.Pelajar 14

2.Pelajar 26

3.Pelajar 35

4.Pelajar 47

5.Pelajar 56

6.Pelajar 65

7.Pelajar 75

8.Pelajar 85

9.Pelajar 94

10.Pelajar 104

Jadual 1 : Markah Pra Ujian

Graf 1 : Markah Pra Ujian

Berpandukan maklumat daripada markah pra ujian, didapati semua 10 orang pelajar mendapat markah bawah daripada 10. Ini bermakna, tahap penguasaan pelajar di dalam topik yang dkaji sangat lemah.

5.2 Melaksanakan Tindakan

5.2.1 Memperkenalkan Kaedah Buku MayaKaedah yang digunakan ini adalah untuk menarik pelajar-pelajar dengan menggunakan aktiviti melekatkan beberapa perkataan dalam sebuah buku yang mengandungi empat keping plastik lutsinar.

Langkah-langkah :

Buku Mayaa) Menyediakan 4 keping plastik lut sinar

b) Menyediakan dua huruf L L L

c) Melekatkan kedua-dua huruf L pada dua keping plastik lut sinar

LL

d) Meletakkan kedua-dua plastik itu secara bertindih

L

e) Kemudian membuka plastik tersebut secara bersebelahan

Semua ciri-ciri imej ada di sini kecuali maya.

f) Mengulang langkah a hingga e dengan menggunakan perkataan AYAM

MAYAAYAM

g) Mengukur jarak imej dari cermin satah

Jarak imejJarak imej

Objek Imej

Diandaikan sebagai cermin satah5.2.2 PemerhatianPelajar-pelajar dapat melakukan aktiviti kaedah Buku Maya dan menjawab soalan yang diberikan dengan baik.

5.2.3 RefleksiMelalui penggunaan kaedah Buku Maya ini, pelajar-pelajar telah mengenalpasti dan mengingati ciri-ciri imej yang dibentuk oleh cermin satah dan seterusnya dapat menjawab soalan yang diberikan dengan lebih baik.

5.3 Ujian Menggunakan Kaedah Buku MayaSelepas melakukan aktiviti Buku Maya,pelajar-pelajar telah diberikan soalan dan dijawab dengan berpandukan aktiviti yang telah dilakukan. Semua skrip jawapan pelajar disemak dan dianalisa untuk menilai keberkesanan kaedah Buku Maya

5.3.1 Perbandingan keputusan di antara pra ujian dan ujian selepas menggunakan kaedah Buku Maya.

Bil

Pelajar

Bilangan SoalanJumlah Markah

1234

1.Pelajar 122517

2.Pelajar 222518

3.Pelajar 322519

4.Pelajar 4225110

5.Pelajar 522518

6.Pelajar 622519

7.Pelajar 722518

8.Pelajar 822518

9.Pelajar 922516

10.Pelajar 1022516

Jadual 2 : Markah Ujian Kaedah Buku Maya

Graf 2 : Markah Kaedah Buku Maya

Graf 3 : Perbandingan Markah Ujian

5.3.2 PemerhatianBerdasarkan hasil ujian setelah menggunakan kaedah Buku Maya, didapati masalah dalam mengenalpasti ciri-ciri imej yang dibentuk oleh cermin satah dapat diatasi. 10 orang pelajar tersebut lebih mudah memahami bagaimana ciri-ciri imej tersebut dapat dikenalpasti dengan mudah.5.3.3 RefleksiSaya sangat berpuashati dan bersyukur dengan keberkesanan menggunakan kaedah Buku Maya . Pelajar-pelajar yang lemah telah dapat menambahkan keupayaan dalam mengenalpasti dan mengingati ciri-ciri imej yang dibentuk oleh cermin satah dan seterusnya lulus dengan lebih baik dalam ujian yang diberikan berikutnya.

5.4 Refleksi secara keseluruhan daripada Proses Pengajaran dan pembelajaran Sepanjang kajian ini, saya telah melalui banyak pengalaman terutama semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Didapati banyak penambahbaikkan di dalam mengenalpasti ciri-ciri imej yang dibentuk oleh cermin satah.

Prestasi pelajar dalam pra ujian dan ujian selepas menggunakan kaedah Buku Maya telah menunjukkan perbezaan peningkatan yang sangat baik. Kebolehan pelajar mengenalpasti dan mengingati ciri-ciri imej yang dibentuk oleh cermin satah menjadi mudah selepas melakukan aktiviti Buku Maya, Seterusnya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan tidak membosankan.yang telah dilakukan. Semua skrip jawapan pelajar disemak dan dianalisa untuk menilai keberkesanan kaedah tersebut.

6.0 Cadangan penyelidikan selanjutnya

Beberapa cadangan untuk kajian selanjutnya adalah seperti berikut:

i) Pengajar boleh menyediakan alat bantu mengajar kaedah Buku Maya dalam bentuk power point yang lebih menarik.

ii) Selepas menggunakan kaedah Buku Maya, pelajar akan diberikan soalan-soalan yang akan dapat membantu menambahkan lagi tahap kefahaman mereka.

7.0 Kesimpulan

Daripada hasil penyelidikan yang telah dijalankan, saya mendapati bahawa terdapat satu perubahan yang positif dalam kaedah pengajaran saya serta merupakan strategi dalam meningkatkan pembelajaran pelajar. Saya berharap semoga penemuan ini dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan dalam meningkatkan prestasi pelajar..

13