kajian tindakan sains sem7

21
My Science World Welcome to My Science World blog... Pages Home Notes Lesson Plan Exercises Science Experiment Kajian Tindakan Gallery Kajian Tindakan PENGHARGAAN

Upload: kaknorazlina

Post on 18-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

KAJIAN TINDAKAN

TRANSCRIPT

My Science WorldWelcome to My Science World blog...Pages Home Notes Lesson Plan Exercises Science Experiment Kajian Tindakan Gallery

Kajian Tindakan

PENGHARGAAN

Dalam proses pelaksanaannya, saya sangat terhutang budi dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang telah memberi kerjasama dan sumbangan yang tidak terhingga. Penghargaan ini, pertamanya saya tujukan khusus kepada Dr.Mohd Nasir Bin Masran selaku tutor saya yang telah banyak memberi panduan dan tidak jemu- jemu memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam menyiapkankan laporan kajian tindakan ini.

Keduanya saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Guru Besar yang memberi kerjasama penuh dan membenarkan kajian ini dijalankan disekolah beliau.

Seterusnya yang ketiga, untuk guru-guru dan murid-murid yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dengan kajian tindakan ini.

Tidak lupa juga ahli keluarga saya dan rakan-rakan saya yang banyak memberi daya inspirasi kepada dan sokongan moral dalam menyiapkan hasil laporan kajian tindakan ini. Semoga hasil kajian ini memberi manfaat kepada semua.

Terima kasih.

TAJUK KAJIAN :

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID DALAM MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA UTAMA DALAM TOPIK PROSES HIDUP MANUSIA TAHUN 4 AMANAH DENGAN PENGGUNAAN TEKNIK

ABSTRAK Kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada masalah murid Tahun 4 Thamarai yang kurang menguasai cara menjawab soalan bahagian B yang melibatkan soalan-soalan subjektif. Kajian ini melibatkan 12 orang murid Tahun 4 Thamarai yang terdiri daripada 7 murid lelaki dan juga 5 murid perempuan.Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah membuat pemerhatian, ujian bulanan dan juga kerja rumah yang diberikan dalam bilik darjah dan juga rumah.

Soalan-soalan yang diberi dalam bahagian B susah untuk dijawab oleh murid. Ada segelintir murid cuba untuk menjawab manakala, ramai yang membawa buku kosong tanpa jawapan. Ada juga yang meniru jawapan kawan ataupun menunggu jawapan dari guru.Saya menjalankan kajian ini untuk menyelesaikan masalah ini.Saya juga telah menjalankan beberapa aktiviti untuk mengatasi masalah ini. Saya memberi latihan yang banyak dalam bahagian B, memberi penerangan cara bagaimana untuk mendapatkan maklumat dari soalan, graf, gambarajah, jadual serta memantapkan kosa kata sains murid. Selain daripada itu, saya juga memberi nota dalam bentuk peta minda.

ISI KANDUNGAN

TAJUK

PENGHARGAAN 1

ABSTRAK2

KANDUNGAN3

1.0 Pengenalan 4

2.0Fokus Kajian 5 & 6

3.0Objektif Kajian 6

3.1 Objektif umum

3.2 Objektif khusus

4.0Metodologi Kajian

4.1Instrumen Kajian

4.2Kumpulan Sasaran

5.0 Pelaksanaan kajian 7

5.1 Tinjauan masalah

5.2 Analisis tinjauan masalah

5.3 Merancang tindakan

6.0Melaksanakan tindakan

7.0Refleksi kajian 8

8.0 Cadangan lanjutan 9

9.0 Lampiran 10

PENGENALANSains ialah matapelajaran wajib dalam kurikulum sekolah di semua SK, SJK(T) dan juga SJK(C). Mata pelajaran tersebut adalah bidang ilmu yang seharusnya dapat memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu dari aspek fizikal, mental, emosi dan sosial melalui proses pengajaran dan pembelajaran (KPM, 1999) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menegaskan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Jika dilihat hasrat keenam daripada cabaran Wawasan 2020 iaitu :

untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadikan pengguna teknologi malah mewujudkan penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Oleh itu, pembangunan sumber manusia yang berpengetahuan luas, berpendidikan terkini, berkebolehan dalam pengurusan dan penyeliaan serta mempunyai nilai-nilai sejagat yang disanjung amat diperlukan. Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Dalam konteks pendidikan awal, kanak-kanak meneroka alam sekitar, membuat eksperimen dan mempelajari kemahiran-kemahiran baru melalui cuba jaya serta meneroka dan menyiasat mengikut keinginan dan minat mereka. Sains memerlukan kanak-kanak membuat inkuiri dan penemuan. Justeru, guru perlu bijak menggunakan peluang yang ada memupuk minat dan sifat kanak-kanak yang sentiasa bertanya bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka.

Oleh itu, kajian tentang penguasaan murid dalam menjawab soalan bahagian B adalah penting. Ia juga penting untuk melahirkan murid yang berwibawa dalam bidang sains.Hakikatnya, dari segi teori, pelaksanaan teknik dan kaedah yang sesuai dalam amalan pengajaran dan pembelajaran sains di bilik darjah mampu menyuburkan daya kognitif dan kemahiran proses sains. Selain daripada itu, guru adalah merupakan faktor penting dan perlu lebih komprehensif serta berupaya mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi dalam bidang sains.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokus kepada murid yang tidak dapat menjawab soalan subjektif bahagian B. Setelah diteliti dan diperhatikan saya mendapati ada beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini timbul di kalangan murid-murid tersebut. Ia adalah seperti berikut: Murid tidak menguasai kemahiran proses sains (KPS)Dalam matapelajaran sains terdapat benyak kemahiran proses sains seperti membuat hipotesis, mengawal pembolehubah, membuat inferens, membuat ramalan, mentafsir maklumat, kesimpulan dan juga lain-lain lagi. Oleh kerana murid tidak dapat memahami kemahiran proses sains mereka tidak dapat menjawab soalan bahagian B (subjektif).Ini adalah soalan-soalan berhubungkait dengan kemahiran-kenahiran yang dinyatakan tadi. Oleh yang demikian, murid harus memahami kemahiran-kemahiran ini untuk menjawab soalan tersebut.Murid tidak memahami kaedah guru mengajarAda juga murid tidak faham kaedah guru mengajar. Ini adalah kerana murid yang mempunyai masalah ini terdiri daripada murid yang lemah dalam pelajaran. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat memahami apa yang diajar oleh guru melalui kaedah mereka tersendiri .

3. Murid tidak mengetahui kaedah menjawab soalan dengan betul.Murid juga boleh memahami konsep yang diajar tetapi tidak mengetahui kaedah atau cara menjawab soalan dengan betul. Murid tidak memahami apakah kehendak soalan dan bagaimana untuk menjawabnya. Dalam soalan bahagian B ini, tidak semestinya semua jawapan panjang malah, ada juga yang memerlukan satu perkataan sahaja untuk markah penuh.

4. Murid tidak dapat mengaitkan soalan dengan topik yang telah dipelajari.Ada juga keadaan di mana murid faham sesuatu topik dengan jelas tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk mengaitkan dengan soalan yang ditanya. Ini adalah dalam mata pelajaran sains diajar konsepnya dan murid perlu mengaitkan soalan yang ditanya dengan konsep atau teori yang diajar.

5. Murid tidak boleh membaca atau boleh membaca tetapi lemah.Segelintir murid tidak dapat menjawab soalan bahagian B kerana mereka tidak boleh membaca ataupun boleh membaca tetapi lemah. Ini menyebabkan murid tadak tahu apa kandungan soalan dan apa yang perlu dijawab.

6. Murid tidak memahami istilah kemahiran proses sains (KPS) dan perkataan sains dalam bahasa Inggeris.Ada pula murid yang tidak memahami istilah sains bagi soalan bahagian B seperti hipotesis, inferens, pemboleh ubah dan juga lain-lain lagi. Oleh kerana tidak memahami istilah murid keliru apa yang hendak dijawab.

3(a). OBJEKTIF UMUM

Meningkatkan prestasi murid dengan menjawab soalan Sains bahagian B dengan betul.

3(b). OBJEKTIF KHUSUS

i. Meningkatkan pengetahuan murid terhadap maklumat yang terdapat di dalam soalan kemahiran proses Sains bahagian B.

ii. Meningkatkan pemahaman murid terhadap maklumat yang terdapat di dalam soalan kemahiran proses Sains bahagian B.

iii. Membantu murid mengingat kaedah atau teknik menjawab soalan Sains dengan betul.

iv. Membantu murid menguasai kemahiran belajar dengan merujuk glosari Sains atau kamus.

4.1 INSTRUMEN KAJIAN

Buku latihan /nota

Pemerhatian

Lembaran kerja

Soalan ujian bulanan

4.2 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan murid Tahun 4 SJK (T) Jugra yang terdiri daripada 12 orang murid.Mereka terdiri daripada 7 murid lelaki dan 5 murid perempuan.Murid-murid ini menghadapi masalah dalam menjawab soalan bahagian B dalam matapelajaran sains.Pengkaji menjalankan Kajian Tindakan ini untuk mengatasi masalah tersebut.

5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1. TINJAUAN MASALAH

Tinjauan awal terhadap masalah yang dikenalpasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih terperinci masalah tersebut.Masalah tersebut dilihat dari segi :-

a) Pengetahuan sedia ada murid Sesi soalan jawab di dalam bilik darjah

b) Latihan menjawab soalan Sains bahagian B.

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

a) Sesi soal jawab di dalam bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran.

Murid tidak memahami soalan.

Murid tidak berminat untuk menjawab soalan.

Murid tidak dapat mengaikan apa yang dipelajari dengan kehendak soalan.

b) Tinjauan buku latihan murid dan lembaran kerja.

Murid tidak dapat menjawab soalan Sains Bahagian B.

Tidak memahami kehendak soalan.

Tidak memahami istilah Sains seperti inferens, hipotesi, pembolehubah.

Kurang menggunakan maklumat yang diberi di dalam soalan sama ada maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta palang, gambarajah dan pernyataan ayat.

5.3 MERANCANG TINDAKAN

Aktiviti yang perlu dilaksanakan.

Penerangan tentang teknik menjawab soalan Sains Bahagian B.

Latihan menjawab soalan Sains Bahagian B.

6. MELAKSANANKAN TINDAKANAktiviti 1

a)Penerangan tentang teknik menjawab soalan Sains Bahagian B.

Saya telah memberi penerangan tentang cara menjawab soalan Bahagian B kepada murid.Nota nota tentang istilah istilah penting KPS ( kemahiran proses Sains ) telah diberi kepda murid dalam bilik darjah.

b) Pemerhatian

Saya telah memberi latihan yang ringkas dalan Sains Bahagian B untuk menguji keberkesanan penerangan saya dan saya membuat pemerhatian.Setelah memberi latihan saya mendapati bahawa masih ada juga murid yang tidak dapat menjawab soalan yang diberi.

c) Penggunaan Glosari Sains Wordlist dan kamus

Saya menggalakkan murid memahami makna perkataan yang biasa terdapat dalam sukatan Sains Tahun 4.Saya telah memberi wordlist yang disediakan oleh saya.

Aktiviti 2 - Latihan menjawab soalan Bahagian B

Saya memberi latihan latih tubi daripada modul dan juga buku latihan.Seterusnya, murid mengingat kembali teknik menjawab soalan seperti memahami maklumat yang terdapat dalam perenggan, pernyataan ayat, gambarajah, carta palang, jadual dan mencari kata kunci soalan dengan menggaris di bawahnya.Aktiviti 3 Kaedah peta minda

Saya juga menggunakan kaedah peta minda kepada murid. Bagi mengingati topik topik yang telah diajar saya meminta murid membina peta minda dalam kumpulan.Ini dapat membantu murid untuk memahami konsep atau fakta yang terkandung di dalam peta minda tersebut.

7. REFLEKSI KAJIANSetelah melaksanakan semua aktiviti seperti yang dirancang, saya mendapati bahawa murid dapat menjawab soalan soalan bahagian B.Murid murid mengaplikasikan teknik teknik yang telah diajar semasa menjawab soalan soalan tersebut. Murid yang lemah pula masih memerlukan bantuan dari kawan dan guru. Kajian yang telah dijalankan ini dapat membantu murid saya meningkatkan pencapaian menjawab soalan Sains Bahagian B walaupun tidak sepenuhnya.

8) CADANGAN LANJUTANKajian yang saya jalankan ini dapat meningkatkan pencapaian murid dalam menjawab soalan Sains Bahagian B tetapi bukan keseluruhannya. Oleh yang demikian saya akan meneruskan kajian ini dengan membuat penambahbaikan. Ia akan melibatkan murid yang lemah dalam kumpulan kecil. Kumpulan yang kecil ini memberi saya peluang untuk mendekati mereka dan membimbing mereka dengan lebih dekat lagi untuk meningkatkan pencapaian mereka menjawab soalan Sains Bahagian BLAMPIRAN

KEMAHIRAN PROSES SAINS

1. Inferens Inference

2. Hipotesis Hipotesis

3. Mengawal pembolehubah - variables

4. Mentafsir data Interpreting data

5. Meramal prediction

6. Applicatian Aplikasi

PANDUAN MENDAPATKAN JAWAPAN BAGI SOALAN SAINS BAHAGIAN B.

1. Fahamkan soalan

Cari kata kunci (keyword) dan gariskan perkataan seperti change, observe, aim/purpose, relationship, trend/pattern, inference, conclusion, hypothesis, keep the same, two information.

2. Fahamkan maklumat yang diberi pada

Perenggan/ pernyataan ayat/ gambarajah/ carta palang/ jadual.

3. Cari jawapan dari

Perenggan/ pernyataan ayat, gambarajah, carta palang, jadual

Topik yang dipelajari

Kemahiran berfikir logik

Pengalaman hidup seharian

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestNo comments:Post a CommentHomeSubscribe to: Posts (Atom)About Me

Geetha A/P Subramaniam UPSI ID : D053372 View my complete profile

Clock

Daily Calendar

Share It

powered by

Lucy The Lion Cub Virtual Pet

Awesome Inc. template.Template images by pixhook.Powered by Blogger.

i'm done watching this