persediaan guru pelatih pendidikan islam universiti ... · 2.2 pembangunan modal insan di zaman...

27
PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) BAGI MEMENUHI KEPERLUAN MODAL INSAN SITI MAISARAH BINTI BAHRUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 03-Jan-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) BAGI MEMENUHI

KEPERLUAN MODAL INSAN

SITI MAISARAH BINTI BAHRUN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan
Page 3: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan
Page 4: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) BAGI MEMENUHI

KEPERLUAN MODAL INSAN

SITI MAISARAH BINTI BAHRUN

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi Sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

( Pengajian Islam )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : Nama Penulis : SITI MAISARAH BINTI BAHRUN Tarikh : 23 APRIL 2008

Page 6: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

iii

Senarai Cinta dan Terima Kasih

Pertama dan terulung, adalah kesyukuran yang tidak terhitung buat Allah SWT, Tuhan

pencipta alam. Dialah Tuhanku yang memberikan segala-galanya. Menganugerahkan sebuah

kehidupan, cita-cita dan matlamat.

Kedua, buat bonda tercinta Hajjah Noraini binti Haji Abdul Latif yang melahirkan aku

dari rahim keibuannya. Berkongsi nafas dan nyawanya semenjak kelahiran sehingga

kedewasaanku. Sabar menanggung kerenah dan perangaiku dengan melafazkan kata-kata

kasih dan sayang.

Ketiga, buat ayahanda tercinta Haji Bahrun bin Mat Amin. Seorang bapa yang sukar

dimengerti dan difahami. Namun, mampu dirasai ketulusan hati. Memberikan pembiayaan

pengajian dari kecil hingga dewasa. Merealisasikan impian dan cita-citaku

menjadi satu kepastian.

Seterusnya buat adindaku, Mohd Aizuddin bin Bahrun dan Mohamad Aizamuddin bin

Bahrun. Kalian adalah adinda yang sangat kukasihi dan kumohon supaya kalian tetap

menghargai setiap jasa dan keringat yang kita telah sama-sama tumpahkan

dalam membina keluarga ini.

Tidak dilupakan juga kepada pensyarah-pensyarah yang mencurahkan ilmu dan bakti

kepada diriku yang penuh kelemahan dan kekurangan. Seterusnya ucapan terima kasih kepada

Mashitah Taib dan Siti Khairiyah Sejo yang banyak membantu. Juga kepada mereka yang

menyumbang masa, tenaga dan fikiran bagi menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Semoga Allah

SWT memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya kepada kalian.

Jazakumullahu khairan kathira.

Page 7: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat

dari-Nya dapat penulis menyiapkan Projek Sarjana Muda dengan jayanya. Setelah

bertungkus-lumus mencari, meneliti dan berbincang akhirnya inilah hasil yang dapat

penulis persembahkan. Segala usaha yang telah penulis curahkan Insya-Allah

semoga akan mendapat keredhaan dari Ilahi. Penulis berusaha dan merancang, Allah

Ta’ala juga merancang akhirnya penulis berdoa agar perancangan dan harapan

penulis selari dengan perancangan Allah Ta’ala dan Insya-Allah ganjarannya

keredhaan dari Ilahi.

Setinggi-tinggi penghargaan penulis hulurkan buat Dr. Azhar bin

Muhammad selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing, mendorong

dan memberi tunjuk ajar serta nasihat sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana

Muda.

Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian

Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia, pelajar tahun 3 dan 4 SPI. Tidak ketinggalan buat ahli keluarga serta

rakan-rakan yang memahami dan telah banyak menolong penulis sama ada secara

langsung ataupun tidak langsung. Segala jasa-jasa yang telah dicurahkan Insya-Allah

akan dibalas jua oleh Allah Ta’ala.

Page 8: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

v

ABSTRAK

Pendidikan adalah satu wadah dalam usaha membangunkan modal insan yang

berkualiti sebagaimana yang diharapkan oleh kerajaan. Kajian ini bertujuan melihat

persediaan guru pelatih Pendidikan Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi

memenuhi keperluan modal insan yang meliputi keterampilan, keperibadian,

keupayaan, minat untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran serta

keupayaan mengaplikasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebanyak

86 orang pelajar kursus Pendidikan Islam yang telah menjalani program latihan

praktik telah dinilai melalui satu set soal selidik dan dianalisis secara diskriptif untuk

mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan Statistical Package

for Social Science 12.0 for Windows. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai

Cronbach’s Alpha 0.884. Secara keseluruhannya, hasil analisis menunjukkan bahawa

responden mempunyai persediaan yang tinggi bagi memenuhi keperluan

pembangunan modal insan dengan tahap min sebanyak 4.28. Di samping itu,

keupayaan dan minat mereka menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran berada

pada tahap nilai min 4.35, manakala keterampilan, keperibadian serta keupayaan

dalam pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga berada

pada tahap nilai min yang tinggi masing-masing mencatatkan 4.24. Namun terdapat

beberapa item yang perlu diberikan perhatian sewajarnya bagi memperlengkapkan

lagi persediaan tersebut khususnya apabila mereka berkhidmat ke sekolah-sekolah

nanti. Beberapa cadangan dikemukakan bagi penambahbaikan hasil daripada

rumusan kajian.

Page 9: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

vi

ABSTRACT

Education is one of the platform in the performance to meat quality the

human capital as what the government hoped aspiration. The aim of the research is to

see the preparation done by the trainee teachers of Islamic Education UTM in order

to fulfil the needs of the human capital that includes capability, personality, the

ability, the interests to enrich knowledge and skills as well as their ability in the

application of ICT in their teachings. About 86 students from the course of Islamic

Education that had undergone their practicum that had been assessed and from the

descriptive analysis in order to get the assess in frequency, the percentage and the

min that used the Statistical Package for Social Science 12.0 for Windows. The

assessment shows that the assess of Cronbach’s Alpha was 0.884. In conclusion, the

analysis shows that the respondents have a high preparation in order to fulfil the

needs of the human capital. Besides the capability and their interest to gain were

knowledge and their skills were at the minimum achievement of 4.35, whereas the

capability, the personality and the ability in the application of ICT in their teaching

process must also be at the highest minimum effort that recorded 4.24. Yet there are

some items that should be given more attention in order to well equip the preparation

especially when they are in schools. Suggestions had been confronted in order to

improve the revenue from the overall research.

Page 10: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Persediaan 10

Page 11: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

viii

1.8.2 Guru Pelatih 10

1.8.3 Modal Insan 11

1.9 Kesimpulan 11

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman

Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12

2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14

2.4 Pembangunan Modal Insan dari Perspektif Islam 15

2.5 Pembangunan Modal Insan di Malaysia 17

2.6 Pembangunan Modal Insan Berteraskan al-Quran 18

2.6.1 Al-Quran Melahirkan Insan Yang Beriman

dan Bertakwa 19

2.6.2 Al-Quran Membentuk Insan Yang Berakhlak

Mulia 20

2.6.3 Al-Quran Membentuk Insan Yang Berilmu

Pengetahuan, Cintakan Penerokaan Ilmu dan

Berfikiran Gemilang 21

2.6.4 Al-Quran Melahirkan Pewaris Kepimpinan

Bertaraf Tinggi 23

2.7 Guru Penjana Modal Insan 24

2.7.1 Modal Insan Dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan 25

2.7.2 Peranan Guru Pelatih Pendidikan Islam 25

2.7.2.1 Keterampilan dan Keperibadian

GPPI Melalui Pembangunan Modal

Insan 26

2.7.2.2 Keupayaan dan Minat GPPI

Menambah Ilmu Pengetahuan

dan Kemahiran Melalui

Pembangunan Modal Insan 28

2.7.2.3 Keupayaan GPPI Menggunakan ICT

Page 12: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

ix

Melalui Pembangunan Modal Insan

Dalam Proses Pengajaran dan

Pembelajaran 30

2.8 Cabaran Membangunkan Modal Insan dalam

Profesion Perguruan 31

2.8.1 Keterampilan dan Keperibadian

GPPI Melalui Pembangunan Modal

Insan 31

2.8.2 Keupayaan dan Minat GPPI

Menambah Ilmu Pengetahuan

dan Kemahiran Melalui

Pembangunan Modal Insan 32

2.8.3 Keupayaan GPPI Menggunakan ICT

Melalui Pembangunan Modal Insan

Dalam Proses Pengajaran dan

Pembelajaran 32

2.9 Cara Mengatasi Cabaran Pembangunan Modal

Insan dalam Profesion Perguruan 33

2.9.1 Keterampilan dan Keperibadian

GPPI Melalui Pembangunan Modal

Insan 33

2.9.2 Keupayaan dan Minat GPPI

Menambah Ilmu Pengetahuan

dan Kemahiran Melalui

Pembangunan Modal Insan 34

2.9.2.1 Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) 34

2.9.2.2 Pembangunan Personal 35

2.9.2.3 Kursus Dalam Perkhidmatan 35

2.9.3 Keupayaan GPPI Menggunakan ICT

Melalui Pembangunan Modal Insan

Dalam Proses Pengajaran dan

Pembelajaran 36

2.9.3.1 Latihan dalam ICT untuk Tenaga

Pengajar 36

Page 13: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

x

2.9.3.2 Latihan dalam ICT untuk Personal

KPM 36

2.10 Kajian Lepas 37

2.11 Kesimpulan 40

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 41

3.2 Reka Bentuk Kajian 41

3.3 Tempat Kajian 42

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 42

3.5 Instrumen Kajian 43

3.6 Kaedah Pengumpulan Data 44

3.7 Prosedur Kajian 45

3.8 Kajian Rintis 46

3.9 Analisis Data 46

3.10 Kesimpulan 47

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 48

4.2 Bahagian A (Analisis Latar Belakang GPPI) 49

4.2.1 Latar Belakang GPPI Mengikut

Jantina 49

4.2.2 Latar Belakang GPPI Mengikut

Umur 50

4.2.3 Latar Belakang GPPI Mengikut

Taraf Perkahwinan 50

4.2.4 Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa

LM 51

4.3 Bahagian B (Analisis Deskriptif) 51

4.3.1 Analisis Keterampilan Dan

Keperibadian GPPI 51

4.3.2 Analisis Keupayaan Dan Minat GPPI

Menambah Ilmu Pengetahuan

Page 14: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

xi

Dan Kemahiran 62

4.3.3 Analisis Keupayaan GPPI

Menggunakan ICT Dalam Proses P&P 70

4.3.4 Analisis Keseluruhan 78

4.4 Kesimpulan 78

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 80

5.2 Perbincangan 80

5.2.1 Maklumat Latar Belakang GPPI 81

5.2.2 Keterampilan Dan Keperibadian GPPI 82

5.2.3 Keupayaan Dan Minat GPPI Menambah

Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran 84

5.2.4 Keupayaan GPPI Menggunakan ICT

Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 85

5.3 Rumusan 87

5.4 Cadangan 87

5.5 Cadangan Kajian Lanjut 88

5.6 Penutup 89

BIBLIOGRAFI 90

LAMPIRAN

Page 15: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Jumlah populasi guru pelatih SPI, UTM,

Skudai, Johor 43

3.2 Maklumat setiap bahagian soal selidik 43

3.3 Pengkelasan skala Likert 44

3.4 Nilai skor min 47

4.1 Taburan jantina GPPI 49

4.2 Taburan umur GPPI 50

4.3 Taburan taraf perkahwinan GPPI 50

4.4 Taburan mata pelajaran yang diajar semasa LM 51

4.5 Taburan skor min bagi item satu 52

4.6 Taburan skor min bagi item dua 52

4.7 Taburan skor min bagi item tiga 53

4.8 Taburan skor min bagi item empat 53

4.9 Taburan skor min bagi item lima 54

4.10 Taburan skor min bagi item enam 54

4.11 Taburan skor min bagi item tujuh 55

4.12 Taburan skor min bagi item lapan 55

4.13 Taburan skor min bagi item sembilan 56

4.14 Taburan skor min bagi item sepuluh 56

4.15 Taburan skor min bagi item 11 57

4.16 Taburan skor min bagi item 12 57

4.17 Taburan skor min bagi item 13 58

4.18 Taburan skor min bagi item 14 58

Page 16: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

xiii

4.19 Taburan skor min bagi item 15 59

4.20 Taburan skor min bagi item 16 59

4.21 Taburan skor min bagi item 17 60

4.22 Taburan skor min bagi item 18 60

4.23 Taburan skor min bagi item 19 61

4.24 Taburan skor min bagi item 20 62

4.25 Taburan skor min bagi item 21 63

4.26 Taburan skor min bagi item 22 63

4.27 Taburan skor min bagi item 23 64

4.28 Taburan skor min bagi item 24 64

4.29 Taburan skor min bagi item 25 65

4.30 Taburan skor min bagi item 26 65

4.31 Taburan skor min bagi item 27 66

4.32 Taburan skor min bagi item 28 67

4.33 Taburan skor min bagi item 29 67

4.34 Taburan skor min bagi item 30 68

4.35 Taburan skor min bagi item 31 68

4.36 Taburan skor min bagi item 32 69

4.37 Taburan skor min bagi item 33 69

4.38 Taburan skor min bagi item 34 70

4.39 Taburan skor min bagi item 35 71

4.40 Taburan skor min bagi item 36 72

4.41 Taburan skor min bagi item 37 72

4.42 Taburan skor min bagi item 38 73

4.43 Taburan skor min bagi item 39 73

4.44 Taburan skor min bagi item 40 74

4.45 Taburan skor min bagi item 41 75

4.46 Taburan skor min bagi item 42 75

4.47 Taburan skor min bagi item 43 76

4.48 Taburan skor min bagi item 44 76

4.49 Taburan skor min bagi item 45 77

4.50 Nilai min bagi keseluruhan konstrak item 78

Page 17: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

xiv

SENARAI SINGKATAN

Bil Bilangan

GPPI Guru Pelatih Pendidikan Islam

IAB Institut Aminuddin Baki

ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam

JNS Jemaah Nazir Sekolah

KDPM Kursus Diploma Perguruan Malaysia

KPLI Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

KS Kurang Setuju

LDP Latihan Dalam Perkhidmatan

LM Latihan Mengajar

MTeST Malaysian Teachers Selection Test

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PJJ Pendidikan Jarak Jauh

PKPG Program Khas Pensiswazahan Guru

PMI Pembangunan Modal Insan

r.a radiallahuanhu

RMK-9 Rancangan Malaysia Kesembilan

S Setuju

SAW Sallallahu Alaihi Wasallam

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

SMKA Sekolah Menegah Kebangsaan Agama

SPSS Statistical Package For Social Science

SS Sangat Setuju

Page 18: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

xv

STS Sangat Tidak Setuju

SWT Subhanahu Wa Taala

TS Tidak Setuju

Page 19: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 97

B Surat Kelulusan Fakulti Pendidikan

Untuk Menjalankan Kajian 103

C Surat Pengesahan Menjalankan Kajian

(Perpustakaan Sultanah Zanariah) 104

Page 20: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembangunan modal insan (PMI) ataupun sebelumnya dikenali sebagai

pembangunan sumber manusia merupakan antara perkara yang diberi penekanan oleh

kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Penekanan yang diberikan

amat wajar memandangkan PMI amat penting dalam menjana kejayaan sesebuah

organisasi, apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan negara kerana modal insanlah yang

akan menentukan kejayaan atau kegagalan pencapaian sesuatu wawasan negara.

Sekiranya modal insannya tidak berkualiti, maka sesebuah negara akan lemah kerana

ahlinya (sumber tenaga manusia) itu tidak mampu berperanan sewajarnya sebagaimana

yang dikehendaki oleh negara. Dalam hal ini, diri manusia sendirilah yang amat penting

untuk dibangunkan supaya mereka dapat menjadi aset kepada negara sebagai modal

insan berkualiti.

Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal

insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia,

berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020.

modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif,

Page 21: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

2

berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru,

mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia

global yang sering berubah-ubah.

Program Kursus Pendidikan Perguruan Malaysia dirancang untuk melahirkan

insan guru yang berkualiti bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Insan

guru yang dihasratkan diharap dapat memainkan peranan dalam merealisasikan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Menyedari hasrat itu sewajarnya bakal

guru dibekalkan dengan pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran (P&P) agar

bersedia untuk menghadapi cabaran dalam bidang pendidikan di alaf baru nanti.

Profesion perguruan memerlukan guru menjalani latihan dan pendidikan guru

yang diadakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Badan Berkanun.

Latihan dan pendidikan guru diadakan di maktab perguruan dan universiti tempatan

mengikut kesesuaian kurikulum masing-masing (Esah Sulaiman, 2003 : 7).

Pengalaman praktik yang dinyatakan di atas ialah melalui latihan mengajar

(LM). LM bertujuan mendedahkan guru pelatih Pendidikan Islam (GPPI) kepada

pengalaman awal dengan masyarakat sekolah. Ia merupakan proses yang perlu dilalui

oleh GPPI. GPPI akan mengalami sendiri proses pengajaran dan pembelajaran yang

melibatkan interaksi mereka dengan pelajar yang diajar (Aziz Nordin, 1987:1). GPPI

perlu mengaplikasikan segala kemahiran perguruan sepanjang menjalani LM.

Walaupun pengalaman sewaktu menjalani LM bukanlah pelengkap kepada diri

seseorang guru yang berjaya, namun pendedahan yang diperolehi akan membina

pengetahuan dan kemahiran asas tentang tugas dan tanggungjawab guru secara praktis.

Sudah pasti pengetahuan yang disokong dengan pengalaman akan memantapkan

keupayaan bakal guru apabila menjawat jawatan guru nanti.

Page 22: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan

inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai

inteleknya serta diperkaya modal budayanya. PMI adalah penentu bagi meningkatkan

daya saing dan produktiviti negara.

Salah satu hasrat KPM adalah untuk membangunkan modal insan yang memiliki

penampilan unggul untuk mendukung cita-cita negara serta menyediakan kepimpinan

yang utuh (towering personality). Seseorang dengan penampilan unggul mempunyai

ciri-ciri berhemah mulia, berpendidikan serta berjaya dalam bidang yang diceburi. Di

samping itu, seseorang yang memiliki penampilan unggul akan memiliki sifat-sifat

seperti amanah, berbudi pekerti, rajin, berdisiplin, ikhlas dan tekun dalam semua

usahanya (Rancangan Malaysia ke-9, 2006: 53). Modal insan berkualiti bukan sahaja

memiliki upaya ilmu dan keterampilan yang sifatnya semasa dan canggih tetapi juga

tidak menolak kepentingan nilai dan etika sebagai asas pedoman.

Modal insan (human capital) adalah antara agenda yang akan diberi penekanan

oleh kerajaan dalam (RMK-9). Perdana Menteri sewaktu ucapan pembentangan

cadangan tersebut menegaskan,

“Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan

pengetahuan, jika kita mahu negara maju dan kekal pada tahap tersebut,

pembangunan modal insan harus dipertingkatkan. Tiga strategi utama

untuk melahirkan modal insan kelas pertama akan dilaksanakan.

Pertama: Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan.

Kedua: Memperkukuhkan keupayaan sains, penyelidikan dan

pembangunan dan inovasi. Ketiga: Memupuk masyarakat berbudaya dan

memiliki kekuatan moral.” (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, MASA,

6: 2006).

Page 23: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

4

Modal insan yang ditekankan oleh Perdana Menteri ini merujuk kepada individu

seperti bakal guru yang dapat memperkasakan diri baik dari segi ilmu mahupun berdaya

saing dari segi teknikal ataupun profesional. Mereka yang dapat berdaya saing inilah

yang mampu membentuk personaliti unggul yang sememangnya menjadi aset untuk

mencapai Wawasan 2020.

PMI mesti bertunjangkan ilmu yang mampu menyuburkan keterampilan

mengurus diri dan keupayaan mengurus sistem. Kualiti modal insan bergantung kepada

kekuatan ilmu dan kecanggihan keterampilan yang dimiliki oleh bakal guru. Modal

insan ini jika digerakkan dengan betul, mampu untuk menjana kemajuan dalam semua

bidang dan akhirnya mampu pula menempa kemajuan dan perubahan. PMI dalam proses

pengilmuan dan pendidikan dalam konteks acuan kita sendiri mesti mampu menyaring

faktor keilmuan dan pendidikan serta menyumbang supaya manusia yang bakal lahir

mampu membina tamadun baru yang tidak menolak kepentingan nilai dalam

membangunkan akhlak. Pada masa yang sama tidak menolak kepentingan ilmu sebagai

alat untuk mengurus sistem dan kehidupan itu sendiri.

Profesion perguruan antara profesion yang paling mendapat tempat di kalangan

rakyat Malaysia. Guru merupakan suatu profesion yang mempunyai ahli yang begitu

ramai. Pada tahun 1999 sahaja jumlah guru yang terdapat di Malaysia ialah kira-kira

157,415 orang (Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani, 2005: 309).

Sejak kebelakangan ini, banyak krisis yang melanda profesion keguruan dan

pendidikan dibincangkan sebagai agenda nasional yang perlu ditangani dengan

berkesan. Pelbagai isu dan masalah yang berlaku dalam dunia pendidikan dan keguruan

sudah tentu akan menjejaskan kualiti pendidikan dan boleh menyebabkan banyak

masalah yang berkaitan dengan pendidikan akan timbul dan mendapat kecaman

masyarakat.

Page 24: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

5

Profesion keguruan menghadapi banyak masalah dan krisis disebabkan golongan

yang memasuki profesion ini menjadikannya sebagai pilihan terakhir setelah usaha bagi

mendapatkan pekerjaaan lain yang berstatus tinggi tidak berjaya. Golongan ini bukan

sahaja tidak berminat dengan profesion ini tetapi tidak dapat menghayati kerjaya

pendidikan ini dengan berkesan untuk membina kepuasan dan kecemerlangan. Profesion

ini juga menerima calon-calon yang berkualiti rendah dari segi kelayakan dan

kecemerlangan akademik, ketokohan dan kewibawaan personal dan kepimpinan,

semangat bekerja yang rendah dan sebagainya. Pilihan yang salah menyebabkan

profesion ini menghadapi masalah, terutama dalam mencorakkan dan melahirkan guru-

guru yang cemerlang dan mempunyai minat yang tinggi berkhidmat dan berjuang

sebagai penggerak kemajuan masyarakat.

Peranan sosial guru sebagai seorang warganegara akan melibatkannya secara

aktif dalam kehidupan komuniti, membangunkan negara untuk kesejahteraan generasi

sekarang dan akan datang. Berdasarkan keperluan dan peranan baru yang akan

dimainkan oleh para guru dalam masyarakat yang berubah-ubah dan kian kritikal, taraf

pendidikan guru perlu dipertingkatkan lagi dari segi kurikulum ataupun pedagoginya.

Latihan mengajar adalah tahap permulaan kepada latihan yang berterusan. Pendidikan

berterusan ini akan membantu guru-guru untuk mendapatkan latihan lanjutan bagi

mengemaskinikan taraf profesional mereka di samping memberi peluang kepada mereka

untuk mendapatkan kelayakan-kelayakan tambahan.

LM yang dijalankan di maktab dan universiti perlu dirancang dan dipergiatkan

lagi supaya meliputi banyak bidang pengetahuan, kemahiran profesional dan kaedah.

Guru-guru pelatih perlu mempunyai semangat bekerja, berusaha dan bertekad untuk

mencapai falsafah pendidikan kebangsaan iaitu melahirkan:

“Guru-guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,

bersedia menjunjung aspirasi negara, menjamin perkembangan individu

Page 25: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

6

dan memelihara satu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,

progresif dan berdisiplin.” (Omar Mohd. Hashim, 1999: 338).

Sebagai guru pelatih di sekolah, mereka seharusnya sentiasa memikirkan tentang

kualiti sebagai guru, personaliti sebagai seorang guru, peranan kepada murid-murid dan

harapan ibu bapa dan peranan kepada masyarakat. Apabila kesemuanya terlaksana

dengan baik, maka guru pelatih akan dihormati dan diberi kepercayaan untuk memimpin

sesebuah organisasi. Sekiranya amalan dan sikap tidak berdisiplin yang bercanggah

dengan harapan masyarakat yang selalu melihat guru sebagai manusia unggul dan

budiman akan melunturkan imej dan pengaruh serta keberkesanan guru dalam

masyarakat.

KPM telah diberitahu oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan bahawa

terdapat bakal guru yang kurang menyenangkan, iaitu seperti berambut panjang, kurang

kemas, berpakaian menjolok mata, tidak bersopan santun, tidak tahu dan tidak faham

tentang tugas, peranan dan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, cetek

pengetahuan am, kurang faham tentang peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam

Perintah Am, hal-hal perkhidmatan, proses dan prosedur tindakan tatatertib. Kelemahan-

kelemahan yang dinyatakan ini boleh menjejaskan peluang seseorang bakal guru itu

untuk dilantik ke jawatan tetap perkhidmatan pelajaran (Omar Mohd. Hashim, 1999:

338).

Apabila seseorang guru pelatih tamat menjalani LM, maka dengan rasmilah

mereka mendapat gelaran “Guru Terlatih”. Mereka akan dihantar untuk bertugas ke

sekolah menengah di seluruh pelosok tanah air. Di situlah mereka berpeluang untuk

mempraktikkan segala teori pendidikan yang telah dipelajari semasa menjalani sesi LM.

Apa yang perlu diberikan perhatian ialah, selain mengecapi nikmat kehidupan

sebagai guru lepasan ijazah, tidak dilupakan juga tanggungjawab dalam soal membina

kecekapan dan kemahiran, berwibawa, dicontohi dan dihormati. Untuk mencapai tujuan

Page 26: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

7

tersebut, bakal guru ini haruslah menggunakan segala peluang serta kesempatan yang

ada sepanjang menjalani LM dengan menambahkan ilmu dan membiasakan diri dengan

kemahiran teknologi serta pelbagai kemudahan yang terdapat di sekolah. Di samping itu,

guru pelatih perlu memahami dan menggunakan segala sumber yang ada untuk

menambahkan lagi keterampilan sebagai pendidik.

1.3 Pernyataan Masalah

GPPI adalah bakal guru yang sedang menjalani LM di sekolah-sekolah. LM yang

dilalui merupakan program yang akan mendedahkan GPPI kepada pengalaman sebenar

profesion keguruan. Kualiti modal insan bergantung kepada kekuatan ilmu dan

kecanggihan keterampilan yang dimiliki. Tanpa mempraktikkan perkara-perkara teori

yang telah dipelajari dan menonjolkan keperibadian yang unggul, seorang GPPI tidak

mungkin berjaya melaksanakan tugasnya dengan lebih berkesan dan bermutu.

GPPI merupakan pelajar yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Pengajian Islam). Sejak kursus ini diperkenalkan, beberapa kumpulan telah

menjalani LM. Didapati terdapat rungutan ketidakpuasan hati daripada pensyarah

pembimbing dan guru pembimbing.

Masalah yang sering timbul ketika GPPI menjalani LM ialah kekurangan

pengetahuan untuk disampaikan kepada para pelajar. GPPI kebanyakannya masih

menggunakan buku teks semata-mata tanpa mengaitkan isi pelajaran dengan keadaan

semasa yang berlaku. Selain itu, kurangnya kesediaan GPPI menjalani LM semasa di

tahun 3 semester 1. Pada masa ini, kematangan GPPI masih kurang kerana GPPI masih

baru dan banyak perkara yang belum dipelajari. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk

melihat persediaan guru pelatih Pendidikan Islam Universiti Teknologi Malaysia

(UTM) bagi memenuhi keperluan modal insan.

Page 27: PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI ... · 2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12 2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14 2.4 Pembangunan

8

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Melihat keterampilan dan keperibadian GPPI melalui PMI ketika

menjalani LM di sekolah.

1.4.2 Mengenal pasti keupayaan dan minat GPPI menambah ilmu pengetahuan

dan kemahiran melalui PMI untuk menjadi guru yang berkualiti dan

bermutu.

1.4.3 Mengenal pasti keupayaan GPPI menggunakan ICT melalui PMI dalam

proses P&P.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Bagaimana keterampilan dan keperibadian GPPI melalui PMI ketika

menjalani LM di sekolah?

1.5.2 Bagaimana keupayaan dan minat GPPI menambah ilmu pengetahuan dan

kemahiran melalui PMI untuk menjadi guru yang berkualiti dan bermutu?

1.5.3 Apakah keupayaan GPPI menggunakan ICT melalui PMI dalam proses

P&P?