perpaduan dan integrasi

2
2.1.6 Konsep Perpaduan dan Integrasi Perpaduan dapat diertikan sebagai proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk identiti nilai dan perasaan cinta bersama yang membanggakan tanah air. Menurut Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara (Februari 1992), meletakkan perpaduan sebagai keadaan rakyat daripada pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh pada identiti kebangsaaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Merujuk pada kenyataan ini, terdapat usaha yang dilakukan oleh pihak pemerintah untuk menjayakan matlamat perpaduan ini berasaskan definasi yang diberikan. Antara usaha yang dilaksanakan adalah memperkenalkan konsep Bangsa Malaysia. Konsep Bangsa Malaysia diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan merupakan langkah berani yang tidak pernah dilakukan oleh para pemimpin sebelum beliau. Justeru, apakah yang dimaksudkan dengan konsep Bangsa Malaysia ini? Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, konsep Bangsa Malaysia merupakan masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu antara wilayah atau kumpulan etnik. Bangsa Malaysia ini hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang sebenar dan adil. Bangsa Malaysia seharusnya bersatu dari sudut kesetiaan, politik dan kebaktian. Di sini, dapat kita katakan Bangsa Malaysia perlu menjadi bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang sama dan dikongsi. Jika kita perhatikan, konsep Bangsa Malaysia ialah konsep perpaduan yang telah dibentuk tetapi realitinya masih jauh. Dalam definisi perpaduan yang sebenar dan konteks masyarakat kita, perpaduan yang sebenar masih belum terjelma. Antara ciri perpaduan yang terpenting adalah berkongsi identiti dan nilai yang sama. Sedangkan dalam realiti kita perbezaan itulah nilai yang kita ada. Kesimpulannya, kita belum lagi mencapai perpaduan dan situasi kini umpama jauh panggang dari api. Sebaliknya, apa yang cuba kita lakukan ialah integrasi. Integrasi ditakrifkan sebagai proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok

Upload: ezam-zamana

Post on 19-Feb-2016

25 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

pengertian perpaduan dan integrasi

TRANSCRIPT

Page 1: Perpaduan Dan Integrasi

2.1.6 Konsep Perpaduan dan Integrasi

Perpaduan dapat diertikan sebagai proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk identiti nilai dan perasaan cinta bersama yang membanggakan tanah air. Menurut Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara (Februari 1992), meletakkan perpaduan sebagai keadaan rakyat daripada pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh pada identiti kebangsaaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Merujuk pada kenyataan ini, terdapat usaha yang dilakukan oleh pihak pemerintah untuk menjayakan matlamat perpaduan ini berasaskan definasi yang diberikan. Antara usaha yang dilaksanakan adalah memperkenalkan konsep Bangsa Malaysia.

Konsep Bangsa Malaysia diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan merupakan langkah berani yang tidak pernah dilakukan oleh para pemimpin sebelum beliau. Justeru, apakah yang dimaksudkan dengan konsep Bangsa Malaysia ini? Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, konsep Bangsa Malaysia merupakan masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu antara wilayah atau kumpulan etnik. Bangsa Malaysia ini hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang sebenar dan adil. Bangsa Malaysia seharusnya bersatu dari sudut kesetiaan, politik dan kebaktian. Di sini, dapat kita katakan Bangsa Malaysia perlu menjadi bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang sama dan dikongsi.

Jika kita perhatikan, konsep Bangsa Malaysia ialah konsep perpaduan yang telah dibentuk tetapi realitinya masih jauh. Dalam definisi perpaduan yang sebenar dan konteks masyarakat kita, perpaduan yang sebenar masih belum terjelma. Antara ciri perpaduan yang terpenting adalah berkongsi identiti dan nilai yang sama. Sedangkan dalam realiti kita perbezaan itulah nilai yang kita ada. Kesimpulannya, kita belum lagi mencapai perpaduan dan situasi kini umpama jauh panggang dari api. Sebaliknya, apa yang cuba kita lakukan ialah integrasi.

Integrasi ditakrifkan sebagai proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik dalam negara. Integrasi wujud dalam sesuatu masyarakat apabila ahlinya menerima ciri ahli yang lain tanpa merujuk asal usul dan ras mereka. Integrasi ada dua bentuk iaitu integrasi sosial dan integrasi nasional. Integrasi sosial merupakan ilmu yang digunakan dalam ilmu sosiologi. Integrasi sosial merupakan proses menyatupadukan pelbagai kumpulan kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghilangkan perbezaan dan identiti masing-masing.

Sementara itu, integrasi nasional merupakan proses yang mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Menurut Ahmad Haji Kambar (1987), integrasi ialah proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Merujuk pada Jawatankuasa Integrasi Nasional (Jun 1991), integrasi nasional didefinikan sebagai proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri dalam Malaysia, khususnya antara negeri di Semenanjung dengan negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Page 2: Perpaduan Dan Integrasi