pernyataan profesional lah

Upload: ashrul-wea

Post on 08-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pernytaan prosional

TRANSCRIPT

PERNYATAAN PROFESIONAL : SEBELUM PRAKTIKUM

Saya merupakan seorang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam dalam pengkhususan Bahasa Arab Sekolah Rendah. Saya telah mendapat Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(2) sebagai tempat untuk menjalankan praktikum kedua ini. Praktikum pada semester ini akan dijalankan selama lapan minggu bermula dari 27 Julai 2015 sehingga 19 Septemberi 2015. Pada praktikum kali ini, pensyarah pembimbing saya ialah Ustazah Wan Sakiah Binti Wan Ngah untuk Bahasa Arab (BA) dan Ustaz Mohd Nazri Bin Mohd Noor untuk Pengajian Agama (PA).Sebelum memulakan praktikum, tidak banyak persediaan yang sempat saya lakukan. Hal ini kerana saya masih lagi dalam dilemma raya dan juga menghabiskan puasa sunat Syawal. Saya juga disibukkan dengan kerja kursus serta kelas hafazan yang banyak. Disebabkan itu, sedikit sebanyak tidak banyak persediaan yang saya dapat sediakan untuk pratikum kali ini.Namun begitu, saya sempat melakukan beberapa persediaan. Pada hari Sabtu sebelum bermula cuti raya , saya dan rakan sempat melawat tapak sekolah Sk Putrajaya Presint 11(2). Hal ini bagi mengetahui suasana dan jarak ke sekolah sebelum mula melapor diri sebagai guru praktikum di sekolah tersebut. Pada hari itu, kami mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(2) tanpa sebarang kesesakkan lalu lintas. Ini memberi pengajaran kepada kami untuk bergerak awal dari IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Selain jarak dari institut ke sekolah yang agak jauh, saya juga bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi kesesakan jalan raya sepanjang perjalanan ke sekolah. Ini kerana, terdapat banyak lori besar yang menggunakan jalan tersebut. Kami bercadang untuk menunggang motor sekiranya berlaku kesesakan yang agak teruk.Sebelum memulakan praktikum juga, saya telah menemui beberapa senior di institut untuk bertanyakan pengalaman mereka berpraktikum. Saya juga telah meminta nasihat daripada salah seorang guru pelatih yang pernah membuat praktikum di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(2). Beliau berpesan agar saya tidak datang lewat ke sekolah memandangkan jalan yang kami guna adalah laluan utama ke Sungai Merab. Beliau juga berpesan agar tidak kekok dengan guru-guru di sekolah kerana bilangan guru lelaki hanya seorang jika dibandingkan dengan bilangan guru perempuan. Sedikit sebanyak, perkongsian beliau membolehkan saya bersedia dengan persekitaran sekolah dan budaya kerja di sekolah nanti.Selain itu, saya juga sempat meminta tunjuk ajar dari empat orang guru pelatih senior yang pernah mendapat praktikum cemerlang. Saya meneliti buku rancangan pengajaran harian dan fail praktikum mereka. Mereka berkongsikan bahan-bahan multimedia dan permainan yang boleh dibuat semasa di sekolah. Walau bagaimana pun, menurut mereka saya haruslah melihat terlebih dahulu suasana di dalam bilik darjah sama ada sesuai ataupun tidak untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut. Namun begitu, aktiviti yang mereka lakukan adalah berkaitan dengan subjek major mereka iaitu Pendidikan Islam . Saya juga masih kurang jelas dengan penulisan rancangan pengajaran harian . Oleh itu , melihat contoh sebenar untuk pengkhususan Bahasa Arab dari segi penulisan rancangan pengajaran harian, semester, dan tahunan.Di dalam kesibukan jadual harian, saya telah mengambil kesempatan untuk membeli buku teks Bahasa Arab Sekolah Rendah dan Buku Teks Pendidikan Islam sebagai persediaan untuk mengajar. Saya juga telah menyediakan beberapa peralatan lain untuk melaksanakan sistem dendaan dan ganjaran di sekolah. Dengan harapan jika saya melaksanakan sistem ini, kawalan kelas akan berkesan dan seterusnya akan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimana pun, saya harus melihat situasi di dalam sekolah terlebih dahulu sama ada sesuai ataupun tidak sebelum menjalankan sistem ini.Harapan saya, pihak sekolah akan mengalu-alukan kedatangan kami dan memberi tunjuk ajar sepenuhnya semasa kami berada di sekolah. Perkhabaran yang saya dengar dari senior yang pernah menjalani praktikum di sekolah ini sangat membantu saya menghilangkan debaran menjalankan praktikum. Saya berharap, guru pembimbing dapat membantu saya berkaitan pengajaran dan pembelajaran berformat Kurikulum Standard Sekolah Rendah memandangkan kurikulum inilah yang akan kami gunakan apabila tamat pengajian kelak. Saya berharap untuk minggu pertama praktikum, kami hanya melihat terlebih dahulu proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru bagi mempelajari cara penyampaian dan pengurusan kelas.Kesimpulannya, dalam praktikum kedua ini saya berharap dapat memberikan 100% komitmen serta dapat mengambil bahagian dalam banyak aktiviti sekolah. Saya juga mengharapkan kerjasama yang baik daripada pihak sekolah sama ada dalam kalangan murid, guru-guru, pihak pentadbir dan kakitangan sekolah.