pernyataan praktikum fasa 3(sebelum)

12
PERNYATAAN PRAKTIKUM a) Apa Yang Akan Dilaksanakan Semasa Praktikum Saya akan menjalani tempoh praktikum selama 12 minggu bermula dari 1 Februari 2015 hingga 0 April 2015 di prasekolah Sekolah !ebangsaan "ukit #enu Pendang$ !edah% Sebelum bermulanya pengajaran saya yang pertama di sekolah tersebut$ saya telah membuat beberapa peran&angan bagi memastikan kelan&aran dan keli&inan pengajaran dan pembelajaran saya di dalam bilik darjah kelak% 'atlamat yang telah saya gariskan untuk saya laksanakan ialah ka kelas yang lebih teratur% !a(alan kelas yang teratur adalah penting untuk memastikan segala peran&angan pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lan&ar% #usteru$ murid dapat memperolehi input pembelajaran yang disampaikan oleh guru melalui ka(alan kelas yang baik% 'atlamat saya yang setersunya adalah bagi memastikan disiplin murid murid se(aktu rutin harian% Saya harus memastikan mereka sentiasa berdisiplin se(akt rutin harian iaitu itu se(aktu sarapan pagi$ perbualan pagi$ rutin pagi$ masa dan juga masa pulang ke rumah% *al ini$ dapat memastikan pengurusan murid dilakukan dengan lebih teratur dan sistematik% "agi memastikan ka(alan kelas se(aktu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan$ bahasa yang digunakan mestilah mudah di+ahami mengikut tahap dan peringkat umur murid murid$ terutamanya bagi murid prasekolah serta memastikan arahan yang diberi kepada murid adalah jelas dan padat% Alat bantu mengajar yang menarik turutpenting dalam memastikan kelan&aranproses pengajaran dan pembelajaran agar tumpuan murid murid prasekolahadalah berterusan% Selain itu$ bagi mengekalkan disiplin murid se(aktu rutin harian saya aka menetapkan beberapa peraturan seperti beratur sebelum mengambil makanan bertatur mengikut ketinggian$ tidak membuat bising se(aktu makan$ tidak memba,irkan makakan$ masa lebihan pada (aktu rehat murid murid dikehendaki ba&a buku atau melakukan akti-iti ber+aedah dan sebagainya% Saya berh kesemua perkara ini dapat menjaga disiplin murid se(aktu rutin harian%

Upload: shamala-maniam

Post on 04-Nov-2015

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

praktikum

TRANSCRIPT

PERNYATAAN PRAKTIKUMa) Apa Yang Akan Dilaksanakan Semasa Praktikum

Saya akan menjalani tempoh praktikum selama 12 minggu bermula dari 1 Februari 2015 hingga 30 April 2015 di prasekolah Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun, Pendang, Kedah. Sebelum bermulanya pengajaran saya yang pertama di sekolah tersebut, saya telah membuat beberapa perancangan bagi memastikan kelancaran dan kelicinan pengajaran dan pembelajaran saya di dalam bilik darjah kelak.

Matlamat yang telah saya gariskan untuk saya laksanakan ialah kawalan kelas yang lebih teratur. Kawalan kelas yang teratur adalah penting untuk memastikan segala perancangan pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Justeru, murid dapat memperolehi input pembelajaran yang disampaikan oleh guru melalui kawalan kelas yang baik.Matlamat saya yang setersunya adalah bagi memastikan disiplin murid-murid sewaktu rutin harian. Saya harus memastikan mereka sentiasa berdisiplin sewaktu rutin harian iaitu itu sewaktu sarapan pagi, perbualan pagi, rutin pagi, masa rehat dan juga masa pulang ke rumah. Hal ini, dapat memastikan pengurusan murid dilakukan dengan lebih teratur dan sistematik.Bagi memastikan kawalan kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan, bahasa yang digunakan mestilah mudah difahami mengikut tahap dan peringkat umur murid-murid, terutamanya bagi murid prasekolah serta memastikan arahan yang diberi kepada murid adalah jelas dan padat. Alat bantu mengajar yang menarik turut penting dalam memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran agar tumpuan murid-murid prasekolah adalah berterusan. Selain itu, bagi mengekalkan disiplin murid sewaktu rutin harian saya akan menetapkan beberapa peraturan seperti beratur sebelum mengambil makanan, bertatur mengikut ketinggian, tidak membuat bising sewaktu makan, tidak membazirkan makakan, masa lebihan pada waktu rehat murid-murid dikehendaki baca buku atau melakukan aktiviti berfaedah dan sebagainya. Saya berharap kesemua perkara ini dapat menjaga disiplin murid sewaktu rutin harian.Secara kesimpulannya, saya berharap agar praktikum fasa 3 ini berjalan dengan baik sepertimana yang telah saya rancangkan. Walaubagaimanapun, sebagai seorang guru, saya mestilah sentiasa bersedia dalam menghadapi segala cabaran yang datang kerana sesungguhnya seseorang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, adalah sukar baginya untuk berjaya. Saya pasti bahawa banyak pengalaman baharu yang akan saya alami kelak.

PERNYATAAN PRAKTIKUMa) Apa yang dialami dan dilaksanakan sepanjang praktikum

Semasa menjalani latihan praktikum, masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki. Berbekalkan panduan dari pensyarah pembimbing, guru pembimbing serta rakan-rakan, saya akan sentiasa cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh sepanjang tempoh praktikum ini. Setiap kali selepas penyeliaan, pasti saya akan memperolehi ilmu yang baharu dan perlu saya perbaiki. Sepanjang tempoh praktikum juga, hubungan saya dengan masyarakat sekitar semakin akrab. Malahan saya semakin rapat dengan murid-murid saya. Saya juga perlu bijak menguruskan masa agar dapat menguruskan semua tugasan dengan konsisten.Matlamat yang telah saya gariskan untuk saya capai pada praktikum kali ini adalah ialah kawalan kelas yang lebih teratur. Kawalan kelas yang teratur adalah penting untuk memastikan segala perancangan pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Bagi mencapai kawalan kelas sewaktu berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran saya telah mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang dapat menarik minat murid-murid serta aktiviti yang dapat menggalakkkan murid-murid melibatkan diri secara aktif. Pada pemerhatian saya, murid-murid Prasekolah Dahlia lebih minat terhadap aktiviti hands-on. Mereka mudah memahami sesuatu dengan cara membuatnya. Selain itu, mereka juga dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya ketika aktiviti hands-on. Misalnya, sewaktu aktiviti melukis badan pada kertas mahjung, aktiviti membuat kolaj, aktiviti menguntai manik, aktiviti membuat kraf seperti kraf obor-obor dan kapal layar serta aktiviti origami (Rujuk Lampiran 1). Oleh itu, hasil daripada pelaksanaan aktiviti hands-on kawalan kelas dapat dicapai. Selain itu, kawalan juga dapat dicapai apabila guru melaksanakan pelbagai bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada setiap hari. Sekiranya dalam sehari guru dikehendaki mengajar empat slot, aktiviti yang dilaksanakan adalah berbeza. Sebagai contohnya, slot pertama dimulakan dengan aktiviti kelas, slot kedua aktiviti berpasangan, slot ketiga aktiviti kumpulan dan sebaliknya. Melalui ini, kawalan kelas dapat diuruskan dengan baik.Matlamat seterusnya yang telah ditetapkan adalah memastikan disiplin murid-murid sewaktu rutin harian. Saya harus memastikan mereka sentiasa berdisiplin sewaktu rutin harian iaitu sewaktu sarapan pagi, perbualan pagi, rutin pagi, waktu rehat dan juga masa pulang ke rumah. Bagi mencapai matlamat ini saya telah melaksanakan beberapa peraturan :

MasaPeraturan

Sarapan Pagi Beratur mengambil makanan Bacaan Doa Tidak berbual sewaktu makan

Perbualan Pagi Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Negeri Kedah Mengambil kedatangan Memeriksa kesihatan dan kesediaan murid untuk belajar.

Rutin Pagi Memilih ketua kumpulan Membantu guru menyampaikan mesej, lembaran kerja, dan membimbing ahli kumpulan Memilih polis Membantu memberi laporan berkaitan tingkahlaku negatif rakannya.

Waktu rehat Beratur mengikut ketinggian ke dapur dan membasuh tangan Beratur dan mengambil makanan Polis akan memeriksa sama ada makanan tertumpah dan akan memberi laporan kepada guru. Polis akan memberi laporan tentang tingkah laku rakan-rakannya sewaktu rehat.

Waktu pulang ke rumah Murid-murid dilarang ke taman permainan, kantin dan koperasi. Murid-murid hendaklah tunggu di ruang makan di luar prasekolah.

Hasilnya, murid-murid dapat mendisiplinkan diri mereka dengan baik. Walau bagaimanapun, guru terpaksa memberi arahan pada setiap masa. Mereka juga perlu diberi peringatan tentang peraturan-peraturan. Selepas dua minggu pelaksanaan peraturan, murid-murid dapat mengamalkannya dengan baik.Tingkah laku murid semasa waktu rehat kurang memuaskan. Walaupun saya telah mengambil inisiatif untuk menarik perhatian mereka iaitu membaca buku pada masa rehat, mereka masih belum memberi minat yang tinggi. Contohnya, penyediaan mini book bahasa Inggeris hanya menjadi rebutan murid-murid selama tiga hari. Oleh itu, sebagai jalan alternatif untuk mendisiplinkan mereka pada waktu rehat saya telah mempelbagaikan aktiviti semasa rehat. Misalnya, saya telah mengadakan aktiviti seperti menonton video, bermain lego, dan permainan kecil di dalam bilik darjah seperti main tepuk huruf, nyanyian lagu dalam bulatan, nenek si bongkok tiga, mendengar cerita dan sebagainya (Rujuk Lampiran 2). Kesemua ini dapat menjamin disiplin murid pada masa rehat di samping meluaskan ilmu pengetahuan mereka.Selain mencapai matlamat praktikum pada semester ini, saya juga telah mengambil inisiatif untuk memberi makna kepada kehadiran setiap murid ke Prasekolah Dahlia. Suasana kelas yang kondusif merupakan salah satu aspek yang memainkan peranan perdana di prasekolah. Oleh itu, bagi murid-murid mendapat suasana bilik darjah yang kondusif saya telah mengubah susun atur kerusi meja murid-murid kepada beberapa variasi. Terdapat beberapa hari yang mereka akan duduk dalam kumpulan, terdapat juga hari yang mereka duduk dalam susun atur meja berbentuk T, susunan meja seperti dalam makmal sains sekiranya mereka belajar matapelajaran sains, kedudukan murid dalam bulatan, kedudukan murid dalam bentuk U sewaktu perbualan pagi dan sebagainya (Rujuk Lampiran 3). Saya juga sentiasa memastikan murid-murid selesa akan susunan kerusi meja demikian. Sekiranya terdapat beberapa murid yang kurang selesa saya akan membuat susunan mengikut kehendak mereka. Saya juga akan memberi pilihan kepada murid-murid sama ada mereka ingin melakukan kerja diatas meja atau di ruang perbualan pagi (lebih kepada suasana santai). Hasil daripada tindakan saya demikian, saya mendapati murid-murid berasa seronok untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran kerana mereka berminat akan susun atur meja yang berbagai hampir setiap minggu.Selain itu, saya juga telah menetapkan seorang ketua kelas iaitu Adam Aizat. Fungsi ketua kelas adalah untuk membantu saya dalam proses pengurusan kelas. Antara tugasnya adalah untuk membimbing murid-murid untuk memberi salam, membantu memastikan kebersihan kelas sebelum waktu pulang, memberi laporan kepada saya sekiranya terdapat rakannya yang tidak mematuhi peraturan kelas. Selan itu, ketua kelas juga telah dilatih untuk memberi laporan tentang kehadiran murid-murid dan dia juga bertanggungjawab untuk menghantar buku rekod kehadiran ke pejabat. Saya berharap tindakan saya ini dapat memupuk nilai kepimpinan dalam diri murid tersebut dan murid-murid yang lain akan memperoleh suasana sebenar di aliran perdana selepas mereka melangkah ke tahun satu pada tahun akan datang.Selain memberi fokus kepada pengurusan kelas yang lebih sistematik, saya juga telah mengamalkan teknik belajar sambil bermain yang diamalkan sebelum bermulanya sesi pengajaran dan pembelajaran pada waktu pagi dan juga pada waktu rehat. Bagi melaksanakan teknik ini dengan jayanya, saya telah mendapat sebuah idea untuk mengubahsuai permainan dam ular kepada bentuk yang dapat memberi ilmu pengetahuan kepada murid-murid apabila bermainnya. Misalnya, dam ular yang telah saya sediakan berfokuskan kepada tema Sayangi Alam Sekitar (Rujuk Lampiran 4) . Apabila bermain, murid dapat memahami bahawa aktiviti kitar semula, menanam pokok, membuang sampah ke dalam tong sampah dapat membantu untuk memelihara alam sekitar disamping aktiviti seperti membazirkan air, pembakaran terbuka, peningkatan jumlah kenderaan dan membuang sampah merupakan antara tindakan yang akan mencemarkan alam sekitar kita. Dam ular juga dapat membantu murid berkembang dari segi kognitif iaitu, mereka akan mengira untuk menang, membuat ramalan nombor yang harus diperolehi untuk mengelakkan daripada dipatuk ular atau untuk naik tangga dan menang. Kesemua ini, dapat membantu perkembangan kognitif mereka.Belajar sambil bermain juga telah diterapkan melalui permainan Tic Tac Toe yang telah disediakan. Melalui ini, murid-murid akan berkembang dari segi kognitif. Misalnya, murid-murid harus membuat ramalan untuk menang dalam permainan dan mereka juga dikehendaki berfikir untuk mengisi kotak yang sesuai supaya mereka dapat menewaskan pihak lawan mereka. Tic Tac Toe telah disediakan dengan pelbagai tema, contohnya, tema kenderaan darat, emosi, warna, ekspresi muka, haiwan jinak dan sebagainya. Di samping bermain, murid-murid dapat mengenal nama-nama objek-objek di sekitar mereka. Sebagai contoh, apabila mereka bermain Tic Tac Toe bertemakan kenderaan mereka dapat mengingati nama kenderaan darat. Hal ini sebagai satu ulangkaji kepada mereka. Hasil daripada pemerhatian saya, saya juga didapati beberapa murid Prasekolah Dahlia cenderung untuk ke kantin bagi membeli makanan ringan selepas waktu sekolah. Pada pandangan saya, tindakan murid-murid ini akan menjuruskan mereka ke arah amalan membazirkan duit dan juga pengambilan makanan ringan tidak sihat untuk mereka. Sebagai langkah pertama untuk membendung masalah ini saya telah menetapkan peraturan bahawa murid-murid tidak dibenarkan ke kantin selepas tamat waktu sekolah. Namun, terdapat juga beberapa murid yang degil dan masih ke kantin dengan merayu kepada ibu bapa mereka. Oleh itu, sebagai langkah drastik saya telah mengadakan aktiviti membuat tabung dan menggalakkan amalan menabung dalam kalangan murid-murid (Rujuk Lampiran 5). Murid-murid sangat berminat dam komited dalam aktiviti menyediakan tabung dan apabila tabung disediakan oleh mereka sendiri mereka lebih minat untuk menabung. Mereka lebih bermotivasi apabila mereka diberitahu sekiranya tabung mereka penuh, duit mereka akan diberi kepada ibu bapa untuk disimpan di bank. Selain itu, saya juga menasihatkan mereka bahawa duit yang mereka simpan pada usia kecil lagi dapat membantu mereka mencapai impian mereka di masa depan. Terdapat juga beberapa murid yang memberitahu kepada saya bahawa mereka menabung untuk membeli kereta. Saya berharap amalan menabung ini terus diamalkan oleh anak murid saya. Selepas melihat mereka menabung saya juga turut menyediakan tabung dan tempatkan bersama-sama dengan tabung mereka dan lebih bersemangat untuk menabung setiap hari. Selain itu, saya juga dapat mengenalpasti terdapat dua orang murid yang tangan kidal dalam kelas saya yang mengalami kesukaran semasa aktiviti menulis. Mereka sering menukar posisi mereka semasa menulis supaya mereka memperoleh keadaan yang selesa untuk menulis. Hasil pembacaan saya tentang cara membantu murid-murid yang tangan kidal saya telah memperoleh satu papan tulis (writing mat) yang khas untuk kanak-kanak yang tangan kidal (Rujuk Lampiran 6). Saya telah menyediakan papan tulis tersebut kepada kedua-dua murid iaitu, Putri Najwa dan Puteri Amani. Sebelum mereka diberi papan tulis tersebut mereka telah dijelaskan dengan fungsinya. Papan tulis tersebut mengandungi garisan condong mengikut kesesuaian murid-murid tangan kidal supaya mereka dapat meletakkan buku atau kertas mengikut garisan tersebut. Selain itu, papan tersebut juga ada gambar cara memegang pensel sebagai satu peringatan kepada murid-murid tersebut. Hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran, saya juga dapati terdapat tujuh orang murid yang belum menguasai kemahiran menulis nama sendiri. Kemahiran menulis nama merupakan sesuatu yang amat penting bagi seseorang murid prasekolah supaya mereka lebih bersedia untuk melangkah ke pembelajaran yang lebih formal di tahun satu. Bagi membantu murid-murid tersebut saya telah menyediakan kad nama supaya mereka dapat meniru dan menulis nama mereka pada lembaran kerja yang diberi (Rujuk Lampiran 7). Peniruan merupakan salah satu teknik yang berkesan untuk diamalkan dalam kalangan prasekolah. Penyediaan kad nama lebih berkesan apabila ianya terbukti terdapat lima orang murid yang dapat menulis nama dengan menggunakannya. Malah dua orang murid lagi yang berumur 5 tahun belum menguasai kemahiran menulis. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat menulis bentuk huruf yang mereka lihat. Bagi mengatasi masalah ini saya bercadang untuk membuat penambahbaikan dari segi penyediaan kad nama. Saya bercadang untuk menyediakan kad nama yang dapat memantu murid menyurih nama mereka. Penambahbaikan ini akan dilaksanakan sebelum tamat praktikum.Murid-murid Prasekolah Dahlia juga telah disediakan dengan fail perkembangan murid bagi tempoh tiga bulan. Fail perkembangan murid ini telah disediakan untuk membantu saya merekod segala hasil kerja murid dan juga untuk memudahkan saya membuat penilaian dan menyimpan rekod-rekod penilaian saya. Di samping itu, fail ini akan diisi dengan lembaran kerja oleh murid itu sendiri (Rujuk Lampiran 8). Saya berbuat demikian supaya mereka lebih prihatin dan tanggungjawab terhadap hasil kerja dan bahan yang digunakan oleh mereka. Fail tersebut merupakan tanggungjawab mereka dan mereka harus mengendalikannya dengan baik. Tindakan ini merupakan sebagai tanda penghargaan dan menghayati hasil kerja mereka serta memupuk nilai bertanggungjawab dalam kalangan murid-murid.Murid-murid Prasekolah Dahlia juga telah diadakan peperiksaan bagi menguji tahap penguasan mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh saya. Tujuan saya melaksanakan peperiksaan ini adalah bagi mengenalpasti murid yang belum menguasai isi pelajaran. Selain itu, saya juga dapat memberi suasana peperiksaan yang bakal dihadapi oleh mereka pada tahun hadapan. Kesemua ini selaras dengan matlamat Pendidikan Prasekolah untuk menyediakan murid-murid ke arah pendidikan yang lebih formal di tahun satu (Rujuk Fail Perkembangan Murid). Kesimpulannya, saya berharap segala yang dilaksanakan dengan baik diteruskan dan semua perkara yang telah dicadangkan sebagai aspek penambahbaikan dapat dijayakan sebelum tempoh praktikum berakhir. Mengajar di Prasekolah Dahlia memberi pengalaman baharu kepada saya. Pengalaman saya di Prasekolah Dahlia lebih menyakinkan diri saya, memberi motivasi dan semangat yang tinggi untuk menjadi seorang guru prasekolah serta minat saya terhadap bidang prasekolah semakin meningkat setiap hari. Selain itu, pengalaman saya untuk melangkah ke alam pekerjaan dapat saya perolehi di sekolah ini.

PERNYATAAN SELEPAS PRAKTIKUMSelepas tiga bulan menjalani praktikum di SK Bukit Jenun, Pendang, Kedah, Kedah, terdapat banyak ilmu dan pengalaman baharu yang telah saya peroleh. Praktikum fasa tiga ini telah banyak membantu saya untuk meningkatkan kemahiran saya dalam pelbagai aspek. Sepanjang menjalani praktikum, segala proses pelaksanaan projek telah dapat dilakukan secara efisien dan lancar. Kerjasama daripada rakan-rakan dan pihak sekolah juga telah memudahkan lagi pelaksanaan program selama sebulan ini.Melalui menjalani praktikum fasa tiga ini saya belajar merancang, mengurus dan melaksanakan sesuatu projek atau aktiviti dengan baik dan sebagai bakal guru, proses tersebut merupakan salah satu kemahiran yang perlu saya pelajari apabila berasa di sekolah kelak. Selain itu, praktikum ini membantu meningkatkan proses komunikasi saya bersama guru-guru, murid-murid dan juga pihak sekolah. Melalui penilaian yang saya lakukan terhadap diri saya, praktikum fasa ketiga ini merupakan titik permulaan bagi saya dalam menempuh liku-liku dalam dunia pendidkan. Banyak masalah yang dapat saya lihat dan rasakan sendiri sepanjang praktikum fasa ketiga ini terutamanya daripada murid-murid. Ternyata murid-murid mempunyai gaya pembelajaran serta tahap pembelajaran yang berbeza. Ada yang dapat membaca dan menulis dengan baik serta sebaliknya. Semua ini merupakan cabaran bagi saya dalam melaksanakan aktiviiti yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran mereka. Saya juga telah bertungkus lumus untuk memberikan sesuatu yang sangat bermakna kepada murid-murid Prasekolah Maha Ceria sepanjang tempoh praktikum saya selama tiga bulan. Walaupun objektif saya sebelum praktikum adalah bagi melaksanakaan teori pengurusan disiplin bilik darjah tetapi saya tidak terlalu fokus kepadanya memandangkan hal itu dapat dicapai dengan mudahnya apabila saya dapat menarik perhatian murid-murid pada minggu pertama praktikum. Oleh itu, saya telah bercadang untuk membimbing dan membantu murid-murid mendisiplinkan diri mereka. Saya dapat mengenalpasti murid yang selalu mempunyai masalah disiplin teridir daripda murid yang selalu tidak hadir ke sekolah. Memandangkan perkara ini adalah sesuatu yang serius saya telah mengambil langkah drastik iaitu berbincang dengan guru pembimbing dan mengumpulkan maklumat latar belakang keluarga murid. Selepas itu, saya telah berbincang dengan murid tersebut dan menasihatinya supaya ia dibantu untuk disiplinkan diri.Hasil pelaksanaan langkah-langkah untuk membantu murid-murid mendisiplinkan diri mereka sendiri, pada minggu terakhir semua murid dapat menunjukkan tingkah laku yang positif iaitu dengan berdiri dalam barisan ke tandas, tidak membuat bising, tidak mencederakan rakan sekelas dan sebagainya . Perkara ini merupakan satu kejayaan yang amat tinggi bagi saya sebagai seorang bakal guru. Kejayaan ini menjadikan saya lebih bermotivasi dan berkeyakinan tinggi untuk menjadi seorang guru yang cemerlang pada masa akan datang.Selain itu, murid-murid juga telah diberi bantuan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris. Sebagai langkah mengatasinya, cadangan-cadangan yang telah dibina telah mula dilaksanakan pada minggu terakhir praktikum. Saya telah sedaya upaya menggunakan bahasa Inggeris dalam aktiviti harian prasekolah. Sebagai contohnya, Boys, Girls, Queue Up, Sit properly, Good Bye, Good Morning, How are you?, Please sit down, Please be silent, Take your sit, Keep Quiet dan lain-lain lagi. Selain itu, murid-murid juga telah membaca big book dalam bahasa Inggeris dengan bantuan guru. Selain itu, saya juga telah menggalakkan murid-murid untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Mereka telah diajar untuk mengucapkan salam dalam bahasa Inggeris iaitu seperti Thank you teacher, Good Bye teacher, Im fine teacher dan lain-lain lagi. Kesemua langkah ini dapat menyakinkan murid-murid untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dan mereka lebih berminat untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.Bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah dan guru pembimbing dapat merungkai segala bentuk kelemahan yang tidak dapat dilihat oleh pandangan sendiri.Ternyata banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki dan teguran diambil perhatian bagi memantapkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Saya berharap untuk praktikum yang ketiga saya akan cuba membuat persiapan yang cukup dari segi fizikal dan mental. Saya akan membuat rujukan dan mempraktikkan apa yang telah sayapelajari pada semester-semester yang lepas.Kesimpulannya, praktikum ketiga ini telah banyak membantu saya daripada pelbagai aspek dan kemahiran. Saya juga telah menimba pelbagai pengalaman daripada guru-guru di sekolah dan kesemua guru di sekolah berkenaan sangat baik dan memberikan kerjasama yang sangat baik. Saya berharap agar segala pengalaman yang diperoleh dapat membantu saya untuk menjadi bakal guru yang lebih baik pada masa hadapan dengan persediaan dari pelbagai aspek sebagai seorang guru.