perniagaan gunting rambut

8
 GUNTING RAMBUT Perniagaan gunting rambut Perniagaan menggunting rambut merupakan sebuah perniagaan yang mempunyai  peluang yang cerah. Setiap orang yang memiliki rambut pasti perlu menggunting rambut supaya kelihatan kemas dan bersih. Seperti yang kita sedia maklum, rambut kita semakin lama akan semakin memanjang. Bagi lelaki, sekurang-kurangnya setiap bulan rambut perlu dipotong. Jika diimbas kembali sejarah fesyen r ambut sekitar zaman Allahyarham an Sri P !amlee dan an Sri Jins Shamsuddin, orang "elayu era itu sebenarnya sudah lama mempelopori industri dandanan dan fesyen rambut di negara ini. Bagaimanapun, suasana  berubah apabila kemasukan tukang gunting rambut mamak dan #ndia sekitar $%-an. Sekarang, jarang sekali untuk melihat orang "elayu yang menyertai bidang ini, &alhal  pendapatan yang boleh diperolehi adalah lumayan. Perniagaan ini lebih dimonopoli oleh kaum #ndi a. Jik a menggunaka n strategi yang bet ul, kaum Bumipute ra juga mampu memanfaatkan peluang yang ada asalkan sanggup membuang rasa malu dan yakin pada diri sendiri. Potensi pendapatan awal 'engan hanya berbekalkan kepada modal yang kecil, perniagaan gunting rambut sudah boleh dimula kan. (adar bayara n gunting rambut berbeza -beza mengik ut ka&asan. 'i Pulau Pinang , major itiny a harga bayaran gunting rambut seorang ialah !" $.%% untuk de&asa tidak termasuk cukur manakala kanak-kanak ialah !" ).%%. Anggaran masa yang diperlukan untuk potong rambut ialah *+ minit seorang. ntuk masa selama * jam sudah  boleh potong rambut untuk orang. (atakan kedai gunting rambut dibuka dari jam *%.%%  pagi hingga *%.%% malam iaitu selama * jam. 'alam * hari, boleh memotong rambut seramai $ orang. Pendapat an se hari  yang boleh diperolehi ialah sebanyak !" /$.%%. Jika dihitung selama sebula n sudah bole h mencecah !" **0% .%%. Jumla h yang sangat lumaya n dengan modal yang sedik it. Pendapa tan ini ialah penda patan yang maksi mum  belum lagi ditolak dengan hari cuti, bil elektrik dan lain-lain. Buat permulaan, pelanggan masih kurang, jadi perlu tetapkan sasaran yang munasabah untuk dicapai.

Upload: aika17

Post on 07-Oct-2015

397 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

BISNESS YANG BERJAYA

TRANSCRIPT

GUNTING RAMBUTPerniagaan gunting rambutPerniagaan menggunting rambut merupakan sebuah perniagaan yang mempunyai peluang yang cerah. Setiap orang yang memiliki rambut pasti perlu menggunting rambut supaya kelihatan kemas dan bersih. Seperti yang kita sedia maklum, rambut kita semakin lama akan semakin memanjang. Bagi lelaki, sekurang-kurangnya setiap bulan rambut perlu dipotong. Jika diimbas kembali sejarah fesyen rambut sekitar zaman Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Tan Sri Jins Shamsuddin, orang Melayu era itu sebenarnya sudah lama mempelopori industri dandanan dan fesyen rambut di negara ini. Bagaimanapun, suasana berubah apabila kemasukan tukang gunting rambut mamak dan India sekitar 80-an. Sekarang, jarang sekali untuk melihat orang Melayu yang menyertai bidang ini, walhal pendapatan yang boleh diperolehi adalah lumayan. Perniagaan ini lebih dimonopoli oleh kaum India. Jika menggunakan strategi yang betul, kaum Bumiputera juga mampu memanfaatkan peluang yang ada asalkan sanggup membuang rasa malu dan yakin pada diri sendiri.Potensi pendapatan awal Dengan hanya berbekalkan kepada modal yang kecil, perniagaan gunting rambut sudah boleh dimulakan. Kadar bayaran gunting rambut berbeza-beza mengikut kawasan. Di Pulau Pinang, majoritinya harga bayaran gunting rambut seorang ialah RM 8.00 untuk dewasa tidak termasuk cukur manakala kanak-kanak ialah RM 6.00. Anggaran masa yang diperlukan untuk potong rambut ialah 15 minit seorang. Untuk masa selama 1 jam sudah boleh potong rambut untuk 4 orang. Katakan kedai gunting rambut dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam iaitu selama 12 jam. Dalam 1 hari, boleh memotong rambut seramai 48 orang. Pendapatan sehariyang boleh diperolehi ialah sebanyakRM 384.00. Jika dihitung selama sebulansudah boleh mencecahRM 11904.00. Jumlah yang sangat lumayan dengan modal yang sedikit. Pendapatan ini ialah pendapatan yang maksimum belum lagi ditolak dengan hari cuti, bil elektrik dan lain-lain. Buat permulaan, pelanggan masih kurang, jadi perlu tetapkan sasaran yang munasabah untuk dicapai.

Kemahiran yang diperlukanMenggunting rambut dengan baik dan sempurna adalah asas bagi gaya rambut yang menarik dan menjadi tugas peniaga yang utama kepada setiap pelanggan. Dalam perniagaan menggunting rambut, sudah pasti kemahiran menggunting sangat penting. Ianya harus di cari dan di pelajari dari peringkat awal lagi disusuli dengan minat yang mendalam serta kesabaran yang tinggi. Pada peringkat awal, boleh melakukan latihan gunting rambut kepada sanak saudara dan rakan-rakan secara percuma sebelum melangkah ke dunia sebenar gunting rambut. Boleh melayari youtube untuk melihat teknik yang betul untuk mengunting rambut. Bukan mudah orang memberi kepercayaan dan menyerahkan rambut mereka kepada tukang gunting yang baru. Kebiasaannya, untuk menggunting rambut kita akan pergi ke tempat-tempat yang kita sudah biasa kerana lebih percaya. Kenali fesyen rambut dan seberapa banyak maklumat berkaitan dengan stail rambut. Untuk menjadi tukang gunting rambut, seseorang itu perlu mengetahui perkembangan gaya rambut dari semasa ke semasa supaya tidak ketinggalan. Ambil peluang untuk menambah ilmu dengan pergi ke kedai gunting rambut orang lain serta lihat cara dan teknik yang digunakan. Untuk memudahkan kerja menggungtingan rambut, perkara penting yang perlu dititik beratkan ialah menganalisa rambut pelanggan. Ambil masa dan belajar untuk mengenali bentuk rambut sama ada lurus, keringting atau ikal, tekstur rambut pelanggan kasar, sederhana, halus atau kejur (keras), ketumpatan rambut pelanggan sama ada lebat, sederhana atau sedikit, menganalisa arah pertumbuhan rambut pelanggan mengikut semasa dan banyak lagi. Pelanggan akan lebih terhibur sekiranya tukang gunting rambut itu seorang yang peramah serta bijak mengambil hati pelanggan seperti bercerita tentang isu-isu semasa, gaya-gaya rambut terkini dan sebagainya, bukannya dengan menunjukkan muka yang masam dan tiada minat. Seorang penggunting rambut harus mengikut arahan pelanggan sehingga mereka berpuas hati bukannya mengikut citarasa sendiri semasa menggunting. Sekiranya layanan yang diberikan amat memuaskan, pelanggan tersebut secara tidak langsung akan mempromosikan kepada kawan-kawan dan ahli keluarga untuk datang mencuba.Peralatan, bahan dan anggaran kosPeralatan / BahanAnggaran hargaContoh gambar

Set pemotong rambut Mesin rambut Bateri Pengecas bateri Gunting Sikat Dua set pisau perapiRM 30.00

Gunting layer RM 6.00

Pisau cukurRM 5.00

Mata pisau cukurRM 3.00

Kain lapik (2 meter)RM 6.00

Pin kainRM 1.00

Botol penyembur airRM 2.00

CerminRM 2.00

KerusiRM 10.00

Jumlah keseluruhan : RM 65.00 Strategi pemasaran Pada permulaan, ambil peluang untuk berkenalan dengan orang ramai terlebih dahulu. Maklumkan kepada orang ramai tentang perniagaan yang dilakukan. Sering membawa mesin gunting rambut, cermin dan sikat ke mana-mana sebagai promosi sampingan. Perniagaan menggunting rambut tidak memerlukan kawasan atau tapak yang luas, perniagaan ini boleh dilakukan di kawasan rumah seperti menyediakan ruang bilik yang kecil di hadapan rumah. Antara cara lain ialah memberi perkhidmatan diluar waktu perniagaan kepada pelanggan ( pergi ke rumah palanggan ). Dengan cara ini, pelanggan tidak perlu membazirkan masa perjalanan dan menunggu. Perniagaan ini juga boleh dilakukan kepada pelajar yang tinggal di asrama, dimana mereka tidak perlu keluar atau menunggu waktu balik kampung untuk menggunting rambut. Tukang gunting rambut boleh terus ke asrama dan pastinya mendapat sambutan yang hangat dari pelajar. Wujudkan kepercayaan dan kesetiaan kepada pelanggan. Melalui usaha yang berterusan perniagaan ini boleh mendapat tempat di hati pelanggan kerana perkhidmatan yang ditawarkan sentiasa dipastikan pada tahap yang tinggi. Penggunting rambut seharusnya membina hubungan yang harmoni dengan masyarakat melalui persekitaran yang mesra dan penyayang serta perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik.Potensi PengembanganPerniagaan ini boleh menyediakan risalah dan kad perniagaan untuk diedarkan kepada penduduk kawasan perumahan dan kampung, pelajar sekolah, pelajar yang tinggal di asrama, bagi mempromosikan perniagaan ini. Risalah juga boleh diletakkan di warung atau kedai makan yang mempunyai ramai pengunjung. Selain itu, boleh menyediakan banting atau banner untuk maklumkan kepada orang ramai tentang perkhidmatan menggunting rambut. Pengiklanan juga boleh di lakukan di laman sosial facebook, twitter dan blog dengan membangunkan sebuah laman web yang komprehensif.

Gambar contoh

Cerita kejayaanMinat yang tinggi, usaha gigih serta fokus yang bukan sedikit menjadi resipi bagi pemilik Chez Hair Studio, anak kelahiran Pahang, Halimi Hamdan, 27, atau lebih dikenali sebagai Chez Hamdan untuk bertapak seterusnya memastikan namanya berada sebaris dengan sifu serta usahawan terkenal Datin Winnie Loo yang juga pengasas A Cut Above. Chez Hamdan memiliki perwatakan yang ceria serta mudah mesra. Semuanya bermula apabila bapanya membeli mesin kecil mencukur rambut ketika dia berusia 12 tahun. Kemudian secara curi-curi mesin itu digunakan untuk mencukur rambut adiknya yang baru berusia enam tahun ketika bapanya tiada di rumah dan hasilnya cukup mengujakan. Oleh kerana sesi menggunting rambut diadakan di depan rumah, ramai jiran meminta bantuan beliau menggunting rambut anak mereka sehingga menjadi seperti sebuah salun mini di rumah. Ini cukup menggembirakan Chez kerana dengan hanya berbekalkan gunting dan mesin cukur, beliau mampu membantu keluarga.Sebaik saja melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Pahang pada 2005, Chez menjadikan waktu senggang dengan membuka salun mini di tandas asrama. Walaupun tidak pernah mengambil sebarang kursus dandanan atau belajar teknik menggunting yang betul, ramai menggemari gaya yang ditampilkan sehinggakan salun mininya penuh setiap hari. Menyedari kebanyakan pelanggan dalam kalangan rakan sekelas dan asrama, Chez tidak menetapkan harga untuk perkhidmatan ditawarkan sebaliknya bergantung kepada kemampuan rakan-rakan. Lazimnya dia dibayar RM 3 atau sekadar belanja makan di kafe. Minat Chez tidak mendapat sokongan dari bapanya kerana beranggapan kerjaya ini tidak menjanjikan masa depan serta stigma sesuai untuk lelaki lembut sahaja. Namun, Chez berusaha menyakinkan bapanya dan mula menyertai kursus dandanan rambut di Hair Zone Studio, Plaza Sungei Wang dan menjadi pelajar Melayu tunggal di akademi itu. Seterusnya beliau diterima bekerja di tempat yang sama. Selama empat tahun, banyak perkara yang dipelajari sekali gus dapat meningkatkan kemahiran dandanan secara keseluruhan.Menghimpunkan pengalaman belajar daripada sifu yang hebat memberi keyakinan kepadanya untuk bergerak sendiri seterusnya membuang persepsi mengenai kerjaya pendandan hanya dilakukan kelompok usahawan Cina. Sebaik berhenti kerja, Chez bergerak secara bebas dan melakukan khidmat dandanan secara kecil-kecilan dari rumah ke rumah. Dari semasa ke semasa dia sentiasa mengintai peluang kemahiran dan latihan bagi memperbaiki skil serta teknik dandanan seiring perkembangan arus teknologi semasa. Beliau bukan sahaja belajar mengenai fesyen, tetapi lebih mendalami kehendak pasaran, lokasi serta pendapatan sebelum berkira-kira membuka salun sendiri. Pada tahun 2008 di Platinum Walk, Setapak, beliau akhirnya berjaya membuka Chez Hair Studio. Chez yang mengambil masa hanya tiga tahun untuk melayakkan diri bergelar pendandan rambut profesional tidak pernah kekok berada dalam kelompok majoriti kaum Cina yang menguasai kepakaran dandanan rambut kerana didorong semangat untuk menembusi pasaran dalam bidang ini.

Halimi Hamdan

Chez Hair Studio

Pelanggan di Chez Hair Studio