ucapkan’ selamat tinggal’ kepada’ rambut uban,’ dengan...

4
1 of 4 Ucapkan selamat tinggal kepada rambut uban, dengan revolusi dari alam semula jadi dengan Hairprint® Mac 15, 2016, Kuala Lumpur, Malaysia – Hairprint, revolusi rawatan yang mengembalikan rambut uban kepada keunggulannya semula tanpa penggunaan bahanbahan toksik atau pewarna kimia, kini terdapat di Malaysia. Punca rambut uban biasanya disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan pigmen eumelanin semula jadi. Terdapat banyak sebabsebab yang diketahui seperti diet, tekanan (stress), genetik dan faktor umur. Sepanjang sejarah, wanita dan lelaki telah menggunakan mineral dan pigmen berdasarkan tumbuhan untuk mengubah warna kulit dan rambut mereka. Dalam 100 tahun yang lalu, amalan ini telah menjadi semakin toksik. Hairprint mahu mengubah semua itu. Hairprint mereplikasi cara semulajadi badan kita mewujudkan warna rambut, dan hasilnya anda mendapat warna rambut anda kembali. Ia adalah benarbenar selamat, 100% bukan toksik, hipoalergenik, dan tiada bau. Tidak seperti pewarna rambut berasaskan kimia, yang menghilangkankan pigmen dalam syaf rambut dan menggantikannya dengan tar arang batu atau pewarna aniline, Hairprint mencipta kembali pigmen eumelanin semula jadi rambut. Sebaik sahaja eumelanin diisikan semula, ia membalikkan uban, dan mengembalikan warna asal. Sebab Hairprint kelihatan begitu semula jadi pada rambut anda kerana ia adalah proses yang semulajadi. Gambar 1: Penemuan saintifik yang mengembalikan rambut kelabu kepada warna asal semula jadi. Dicipta dan dipatenkan oleh Dr. John Warner dari Warner Babcock Institut Kimia Hijau LLC (WBI) dan dipasarkan di peringkat global oleh Hairprint bawah lesen eksklusif, Hairprint adalah satusatunya produk di dunia yang menggunakan pendekatan revolusi ini ke atas proses pengubanan rambut. Apabila ianya mula mula dicipta, tiada siapa yang dapat menjangka bahawa Hairprint juga akan mengubah kesihatan rambut, menjadikannya lebih kuat, memberikannya lebih ketebalan dan kilau. Daripada memikirkan Hairprint sebagai pewarna, fikirkan ia sebagai sistem penyembuhan rambut dengan kesan sampingan yang dapat menterbalikkan uban kepada warna semula jadi asalnya. Perkataan "Hairprint" merujuk kepada corak yang unik di mana eumelanin disusun dalam rambut setiap orang. Setiap helai rambut mempunyai struktur dalaman yang unik yang menentukan konfigurasi pigmen pada rambut. “Hairprint" ini adalah yang unik dan tersendiri seperti cap jari, dan coraknya yang menentukan warna rambut anda.

Upload: vokiet

Post on 13-May-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

 

  1  of  4  

Ucapkan   selamat   tinggal   kepada   rambut   uban,   dengan   revolusi   dari   alam   semula   jadi  dengan  Hairprint®    

Mac  15,  2016,  Kuala  Lumpur,  Malaysia  –  Hairprint,  revolusi  rawatan  yang  mengembalikan  rambut  uban  kepada  keunggulannya  semula  tanpa  penggunaan  bahan-­bahan  toksik  atau  pewarna  kimia,  kini  terdapat  di  Malaysia.  

Punca  rambut  uban  biasanya  disebabkan  oleh  ketiadaan  atau  kekurangan  pigmen  eumelanin  semula  jadi.  Terdapat   banyak   sebab-­sebab   yang   diketahui   seperti   diet,   tekanan   (stress),   genetik   dan   faktor   umur.  Sepanjang   sejarah,   wanita   dan   lelaki   telah   menggunakan   mineral   dan   pigmen   berdasarkan   tumbuhan  untuk  mengubah  warna   kulit   dan   rambut  mereka.   Dalam   100   tahun   yang   lalu,   amalan   ini   telah  menjadi  semakin  toksik.  Hairprint  mahu  mengubah  semua  itu.  

Hairprint  mereplikasi  cara  semulajadi  badan  kita  mewujudkan  warna  rambut,  dan  hasilnya  anda  mendapat  warna  rambut  anda  kembali.  Ia  adalah  benar-­benar  selamat,  100%  bukan  toksik,  hipoalergenik,  dan  tiada  bau.  Tidak  seperti  pewarna  rambut  berasaskan  kimia,  yang  menghilangkankan  pigmen  dalam  syaf  rambut  dan   menggantikannya   dengan   tar   arang   batu   atau   pewarna   aniline,   Hairprint   mencipta   kembali   pigmen  eumelanin   semula   jadi   rambut.   Sebaik   sahaja   eumelanin   diisikan   semula,   ia   membalikkan   uban,   dan  mengembalikan   warna   asal.   Sebab   Hairprint   kelihatan   begitu   semula   jadi   pada   rambut   anda   kerana   ia  adalah  proses  yang  semulajadi.  

 Gambar  1:  Penemuan  saintifik  yang  mengembalikan  rambut  kelabu  kepada  warna  asal  semula  jadi.  

Dicipta   dan   dipatenkan   oleh   Dr.   John  Warner   dari  Warner   Babcock   Institut   Kimia   Hijau   LLC   (WBI)   dan  dipasarkan  di  peringkat  global  oleh  Hairprint  bawah  lesen  eksklusif,  Hairprint  adalah  satu-­satunya  produk  di  dunia  yang  menggunakan  pendekatan  revolusi  ini  ke  atas  proses  pengubanan  rambut.  Apabila  ianya  mula-­mula  dicipta,  tiada  siapa  yang  dapat  menjangka  bahawa  Hairprint  juga  akan  mengubah  kesihatan  rambut,  menjadikannya   lebih   kuat,   memberikannya   lebih   ketebalan   dan   kilau.   Daripada   memikirkan   Hairprint  sebagai  pewarna,   fikirkan   ia  sebagai  sistem  penyembuhan  rambut  dengan  kesan  sampingan  yang  dapat  menterbalikkan  uban  kepada  warna  semula  jadi  asalnya.  

Perkataan   "Hairprint"  merujuk   kepada   corak   yang  unik   di  mana   eumelanin   disusun  dalam   rambut   setiap  orang.  Setiap  helai   rambut  mempunyai  struktur  dalaman  yang  unik  yang  menentukan  konfigurasi  pigmen  pada   rambut.   “Hairprint"   ini   adalah   yang   unik   dan   tersendiri   seperti   cap   jari,   dan   coraknya   yang  menentukan  warna  rambut  anda.  

 

  1  of  4  

Hairprint  dirumuskan  khusus  untuk  rambut  berwarna  coklat  dan  hitam.  Ia  didatangkan  dalam  kit  dan  terdiri  daripada   lapan   bahan-­bahan   gred  makanan.   Ia   boleh   digunakan   di   rumah,   dengan   bantuan   rakan,   atau  dengan   khidmat   stylist   di   dalam   salun.   Penggunaan   Hairprint   adalah   satu   proses   tiga   langkah,   dengan  setiap   bahagian  mengambil   kira-­kira   20  minit.   Langkah  #1   dan  #2  menjadi   pemangkin   eumelanin   dalam  rambut   anda.   Langkah   #3   mengunci   eumelanin   supaya   ia   tidak   boleh   meninggalkan   rambut.   Setiap   kit  mengandungi   semua   yang   anda   perlukan:   pembersih   rambut,   ketiga-­tiga   rawatan   pemulihan,   manual  arahan,  sarung  tangan,  dan  berus.  Bagi  mereka  yang  berambut  pendek  dan  pertengahan-­panjang,  aplikasi  di  rumah  mudah  dilakukan.  Untuk  rambut  panjang  dan  tebal,  anda  mungkin  memerlukan  seseorang  untuk  membantu   anda   atau   diaplikasikan   di   salun.   Molekul   eumelanin   berzarah   besar   dan   akan   kekal   pada  rambut  selama  berbulan-­bulan  pada  satu  masa.  Proses  ini  perlu  diulangi  apabila  rambut  baru  tumbuh,  dan  lembar  kelabu  kembali.  

 

Gambar   2:   Hanya  menggunakan   bahan-­bahan   gred  makanan,   Hairprint   mengembalikan   rambut   kelabu  kepada  warna  semula  jadi  dalam  75-­90  minit  dengan  mereplikasi  proses  semula  jadi  pigmentasi  rambut.  

Penyelesaian  100  %  bukan  toksik  untuk  rambut  yang  beruban  

Hairprint  boleh  didapati  di  www.hairprint.asia  webshop  untuk  RM  199/kit.  Sebagai  tawaran  pengenalan,  ia  datang  dengan  penghantaran  percuma  buat  hantaran  dalam  Malaysia  dan  Singapura.  

Hairprint   adalah   produk   yang   berkhasiat   dan   tidak   menjejaskan   rambut.   Kami   menginginkan   kosnya  menjadi   lebih   murah   dan   hanya   mengambil   masa   30   minit   untuk   diaplikasikan.   Akan   tetapi,   ianya  mempunyai   kos   yang   lebih   tinggi   dan   mengambil   masa   aplikasi   yang   lebih   lama   kerana   hanya   satu-­satunya  cara  untuk  menukar  warna  rambut  anda  dengan  murah  dan  cepat  adalah  dengan  menggunakan  bahan  kimia  toksik  yang  menghakis.  Pastinya,  mereka  yang  telah  mencuba  Hairprint   telah  menemui  satu  cara  untuk  memulihkan  kesihatan  rambut  dan  menyerlahkan  keindahannya  yang  asli.  

 

 

  1  of  4  

‘’Hairprint   adalah   produk   yang   ditunggu   tunggu   oleh   ramai   wanita   dan   lelaki,   dan   Kijani   Asia   dengan  bangganya   telah   menjadikan   Hairprint   Malaysia   sebagai   hab   pengedaran   Asia   Hairprint,   dan   sekaligus  memastikan  para  pengguna  dari  Asia  mempunyai  akses  mudah  untuk  produk  berevolusi  ini,  "kata  Natasha  Eger,  Pengarah  Urusan  Kijani  Asia.   "Ia  adalah  satu  cara  untuk  memulihkan  kesihatan  dan  warna  rambut  tanpa  penggunaan  bahan  kimia   toksik  yang  boleh  menyebabkan  kerosakan  kepada  diri  sendiri  dan  alam  sekitar.  Sebagai  seorang  Jurulatih  Kesihatan  Integratif,  saya  cuba  untuk  membimbing  diri  saya  dan  orang  lain   ke   arah   cara   cara   untuk  mengurangkan   kerosakan   alam   sekitar.   Hairprint   dapat  melakukan   ini   dan  lebih   lagi.  Rambut  saya  menjadi   lebih  sihat,   lebih  kuat,  dan   lebih  beremaja  daripada  10   tahun  yang   lalu.  Malah,  Hairprint  adalah  100%  bukan  toksik  dan  mengandungi  8  bahan-­bahan  gred  makanan  -­  anda  boleh  memakan  barangan  ini  -­  walaupun  ia  mungkin  tidak  akan  rasa  sangat  enak!  "  

 

Isi  kandungan  bahan  bahan:  

Baking  soda  atau  serbuk  penaik  adalah  apa  yang  kita  gunakan  di  rumah  untuk  bahan  penaik  di  dalam  masakan  dan  pembersihan.  Ekstrak  Mucuna  pruriens  diperbuat  daripada  kacang  baldu.  Sodium  karbonat  diperbuat  daripada  garam  dan  batu  kapur.  Besi  ferus,  iaitu  mineral  penting  Gluconate  mangan  juga  mineral  penting  Hidrogen  peroksida  diperbuat  daripada  oksigen  dan  air,  dan  secara  semula  jadi  berlakunya  dalam  folikel  rambut.    N.B.  Kepekatan  hidrogen  peroksida  yang  kami  gunakan  adalah  antara  1%  dan  1.5%,  iaitu  hanya  sebahagian  kecil  daripada  peroksida  yang  didapati  di  kedai  farmasi.  Dalam  pewarna  rambut  konvensional,  peroksida  digunakan  untuk  memecahkan  kutikula  rambut,  dan  boleh  mencapai  sehingga  kepekatan  12-­15%.  Kami  tidak  menggunakan  peroksida  untuk  membuka  kutikula  rambut  (yang  sangat  merosakkan)  tetapi  ianya  hanya  digunakan  untuk  mengoksidakan  ekstrak  pruriens  mucuna.  Apabila  digunakan  untuk  rambut  anda,  peroksida  itu  hampir  hilang.  Carbomer  adalah  pemekat  lengai  digunakan  dalam  syampu  dan  farmaseutikal.  Tanah  diatom  adalah  batuan  sedimen  yang  berlaku  secara  semula  jadi  dibuat  daripada  deposit  purba  alga  berkulit  keras.  

 

  1  of  4  

 

Berikut  adalah  ringkasan  manfaat  utama  Hairprint:    

1.   Proses  bukan  toksik  meremajakan  dan  mengembalikan  rambut  kelabu  kepada  warna  semula  jadi  asalnya.  

2.   Mengembalikan  pigmen  semula  jadi  dalam  rambut.  Hairprint  tidak  menggunakan  pewarna  arang  batu  tar  atau  pewarna  dalam  apa  jua  bentuk.  

3.   Rambut  yang  dirawat  menjadi  lebih  lebat,  lebih  tebal  dan  lebih  berkilau  4.   Hairprint  adalah  100%  mesra  alam  5.   Terdiri  daripada  lapan  bahan-­bahan  gred  makanan  6.   Bebas-­pudar  7.   Tanpa  bauan  dan  hipoalergenik  (tidak  menimbulkan  alahan)  8.   Mengembalikan  semua  jenis  dan  warna  rambut  perang  dan  hitam  9.   Cukup  sensitif  bagi  orang-­orang  yang  tidak  boleh  menggunakan  pewarna  rambut  termasuk  mereka  

yang  menjalani  rawatan  kemoterapi,  ibu  mengandung  dan  menyusu,  dan  mereka  yang  mempunyai  sensitiviti  kimia.  

Mengenai  Kijani  Asia  Sdn  Bhd  

Kijani   Asia   adalah   sebuah   syarikat   kecil   yang   penyayang   dari  Malaysia   dan   berasaskan   teknologi   hijau.  Kami   adalah   pengedar   rasmi   Hairprint   di   Malaysia   dan   rantau   sekitarnya.   Kijani   Asia   percaya   dalam  keajaiban   kimia-­hijau   dan   bahan-­bahan   berasaskan   bio.   Kijani   Asia   berhasrat   untuk  memperbaiki   kualiti  kehidupan  dengan  memberi  peluang  kepada  orang  ramai  supaya  produk-­produk  ini  mudah  diakses  kepada  pelanggan  di  seluruh  Asia.  

Hairprint   telah  dilancarkan  di  Amerika  Syarikat   pada   tahun  2015  dengan  kejayaan  yang  besar  dan   telah  mendapat   ulasan   yang   memberansangkan.   Kijani   Asia   dengan   bangganya   mengumumkan   bahawa  Hairprint   kini   boleh   didapati   di   Malaysia,   sedangkan   sebelum   ini   ia   hanya   boleh   didapati   di   Amerika  Syarikat   sahaja.   Produk   ini   boleh   dipesan   dari   laman   web   www.hairprint.asia   dan   juga   boleh   didapati  melalui  salun  salun  yang  dipilih..  

Untuk   maklumat   lanjut,   sila   layari   www.hairprint.asia   atau   emel   kami   di   [email protected]   atau  [email protected]