anak penggunting rambut

15
Disediakan oleh : -Nur Irlyani Nawarah Mohd Samsir -Anis Sahira Abd Aziz -Nadira Naffisya Ramzi -Hisshanthini a/p Aruat Silvam

Upload: smk-jeram

Post on 01-Jul-2015

906 views

Category:

Spiritual


3 download

DESCRIPTION

Ni x de lah spiritual sangat.... but, its about kasih sayang. aku tak tau kasih sayang uh kategori ape... so aku main letak je.. bye~

TRANSCRIPT

Page 1: Anak Penggunting Rambut

Disediakan oleh :

-Nur Irlyani Nawarah Mohd Samsir-Anis Sahira Abd Aziz-Nadira Naffisya Ramzi-Hisshanthini a/p Aruat Silvam

Page 2: Anak Penggunting Rambut

KANDUNGAN Pengenalan watak 3

Sinopsis 4

Tema 5

Persoalan 6

Watak 7

Plot 9

Latar 11

Gaya bahasa 12

Nilai 13

Pengajaran 14

Page 3: Anak Penggunting Rambut

SINOPSISCerpen ini mengisahkan seorang ayah, Mat Gunting yang terpaksa memikul beban membesarkan anak perempuan bernama Manisah (nama timang-timangan Manis) setelah kematian isterinya. Mereka tinggal di Kampung Batu 25, Bagan Datoh, Perak. Pak Mat sering memanjakan Manis dengan memberinya wang saku sekolah mengikut keperluan serta menyediakan pelbagai keperluan untuknya. Rambut Manis dipotong pendek seakan rambut kanak-kanak lelaki. Hal itu menyebabkan Manis selalu menjadi bahan ejekan rakan-rakan sekolahnya sehingga dia memasuki sekolah menengah. Kerjaya ayahnya juga sering diketawakan orang sejak dia bersekolah di tadika lagi. Bagi Pak Mat, tujuannya berbuat demikian kerana Manis selalu pening dan pitam. Bagaimanapun Manis tidak pernah ambil kisah dan sentiasa menyanjung tinggi pekerjaan ayahnya. Bagaimanapun ketika melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur Manis jatuh sakit dan disahkan menghidap Leukemia. Rambutnya gugur hingga hampir botak. Dia meninggal di pangkuan ayahnya.

Page 4: Anak Penggunting Rambut

TEMACerpen itu bertemakan kekeluargaan. Pengarang memperlihatkan kepentingan kasih sayang dalam menjaga keharmonian keluarga. Dalam cerpen itu, pengarang menonjolkan watak Manis (Manisah), anak perempuan tunggal yang sangat kasih dan sayang akan ayahnya (Pak Mat Gunting). Abahnya selalu menggunting dan menjaga kebajikan Manis tanpa menyedari anaknya itu menghidap Leukemia.

Page 5: Anak Penggunting Rambut

PERSOALAN1. Prihatin dengan masalah anak.

2. Kemampuan untuk berdikari bagi meneruskan hidup.

3. Kesanggupan menerima takdir daripada Tuhan dengan tabah dan tenang.

4. Kepentingan ilmu pengetahuan.

5. Pengorbanan seorang ayah terhadap anak.

6. Kasih sayang anak terhadap ayah.

7. Ketabahan seorang anak dalam menempuh cabaran hidup.

8. Keazaman seorang anak untuk membantu ayahnya.

Page 6: Anak Penggunting Rambut

PENGENALAN WATAKAku : Pencerita (“aku”), tukang gunting rambut sambilan. Berasal dari Kampung Batu 25, Bagan Datoh, Perak, kemudian peneroka FELDA. Dipanggil Mat Gunting, Uda Ahmad. Mempunyai 3 orang anak lelaki, selain Manisah, anak bongsunya pernah mengambil upah di kebun kelapa.

Manisah (Manis) : Anak perempuan tunggal “aku”. Tidak membantah rambutnya dipotong pendek oleh “aku”, terutama setelah menang dalam acara membawa bakul kacang di atas kepala semasa tadika. Selalu pening sejak kecil, tetapi mudah senyum. Sukakan keropok lekor di kantin, hingga bertindak mengambil wang simpanan “aku”. Merahsiakan penyakit leukemia yang dihidapi hingga hujung nyawa. Ucapan terakhirnya, “Manis tak mampu abah…(Rambut Manis gugur setiap hari).”

Page 7: Anak Penggunting Rambut

WATAK

AYAH

Berusia lewat 60-an

Rajin bekerja

Tabah

Bapa tunggal

Pandai & berbakat

Seorang duda

Page 8: Anak Penggunting Rambut

MANIS

Comel

Berpendirian tegas

RajinGigih belajar

Gemar berambut pendek

Page 9: Anak Penggunting Rambut

PLOTPermulaanPengarang memulakan cerita dengan memperkenalkan watak ayah sebagai tukang gunting yang dikagumi oleh anak perempuan nya, Manis.

Pekerjaan ayah sebagai tukang gunting bermula dengan kerja sampingan tetapi akhirnya menjadi tersohor di Bagan Datoh. Manis pula menjadi pelanggan ayahnya dengan gaya guntingan rambut pendek.

PerkembanganManis berbangga dengan kerjaya ayahnya, sebagai tukang gunting walaupun diketawakan oleh kawan-kawannya. Kesetiaan Manis menemani ayahnya waktu bergunting rambut telah dikagumi oleh ayahnya. Manis mempunyai prinsip untuk mempertahankan rambut

Page 10: Anak Penggunting Rambut

pendeknya walaupun sudah bersekolah menengah dan ditegur oleh warden asrama nya. Setelah melanjutkan pelajarannya di peringkat universiti, Manis tidak pulang ke kampungnya dan hanya sekadar menelefon ayahnya sahaja.

KlimaksManis disahkan menghidap leukemia oleh doktor. Dia hanya boleh hidup selama beberapa bulan sahaja. Ayah tersentuh hatinya apabila menerima perkhabaran itu.

PeleraianPenyakit leukemia Manis bertambah parah. Manis akhirnya meninggal dunia. Ayah menerima suratan takdir Allah dengan mengenang kembali makna sehelai rambut Manis yang gugur akibat leukemia.

Page 11: Anak Penggunting Rambut

LATARLATAR TEMPAT : Rumah “aku”/ rumah Manisah; hospital, tadika, asrama, Bagan Datoh, Ladang FELDA, Kuala Lumpur.

LATAR MASA : Subuh, Asar( Manisah dikebumikan), siang hari

(Manisah bersekolah, membantu bapa), zaman kanak-kanak Manisah, zaman mahasiswa Manisah.

Page 12: Anak Penggunting Rambut

GAYA BAHASA1. Sinkope [Contoh: kau degil tetapi cepat menangis.]

2. Kata Ganda [Contoh: sampah-sarap, rakan-rakan, awal-awal.]

3. Simile [Contoh: Seperti Busut Hitam]

4. Personifikasi [Contoh: Jari-jemari abah ini seperti menari-nari sendiri]

Page 13: Anak Penggunting Rambut

NILAI1. Nilai keberanian [Contoh: Manisah berani berambut pendek

walaupun telah dipanggil dan ditegur oleh guru.]

2. Nilai berdikari [Contoh: Ayah berdikari dalam mendidik anak-

anak selepas kematian isterinya.]

3. Nila semangat bermasayarakat [Contoh: Ayah sanggup meneruskan kerja menggunting rambut kepada peneroka dan anak peneroka walaupun bayarannya rendah.]

4. Nilai kasih sayang [Contoh: Ayah sangat menyayangi Manisah sejak dari kecil hingga dewasa.]

5. Nilai kerajinan [Contoh: Ayah rajin bekerja di ladang dan juga sebagai tukang gunting rambut pada sebelah petangnya. Manisahjuga rajin menolong ayahnya membersihkan tempat menggunting rambut.]

Page 14: Anak Penggunting Rambut

PENGAJARAN1. Kita hendaklah menerima ketentuan Allah. [Ayah menerima

ketentuan Allah yang mengambil nyawa isterinya dan juga anaknya Manisah lebih awal.]

2. Kita hendaklah mendidik anak dengan sempurna. [Ayah mendidik anak-anaknya dengan baik walaupun tanpa isteri yang telah meninggal dunia.]

3. Kita hendaklah bersangka baik terhadap jiran. [Orang kampung memahami mengapa ayah memotong rambut Manisahsehingga pendek.]

4. Kita hendaklah rajin belajar walaupun berjauhan dengan keluarga. [Manisah rajin belajar sehingga masuk universiti walaupun berjauhan dengan keluarganya.]

Page 15: Anak Penggunting Rambut

Ditulis oleh:-Nur Irlyani Nawarah binti Mohd Samsir-Anis Sahira binti Abd Aziz

Penyuntingan oleh:-Nur Irlyani Nawarah binti Mohd Samsir