perniagaan baru

13
1.0 MAKLUMAT PERNIAGAAN DAN USAHAWAN 1.1 Perniagaan Nama perniagaan : Kafe Leko-leko Nama yang didaftarkan : Vanilla Pandan House No Pendaftaran : AS0319668-K Alamat Perniagaan : G2, Jitra Mall, Pekan Jitra 3, 06000 Jitra, Kedah Bentuk Perniagaan : Milikan Tunggal / francais Jenis Pernigaan : Makanan dan Minuman, Makanan Sejuk Beku Tarikh didaftarkan : 14hb Jun 2009 Tarikh Beroperasi : Februari 2010 1.2 Usahawan Nama Usahawan : Saliza Binti Ismail Jantina : Perempuan Umur : 44 Tahun Tarikh Lahir : 17hb September 1966 Taraf Pendidikan : SPM Perkerjaan Terdahulu : Supervisor Kilang Motorola di Kuala Lumpur Status Perkahwinan : Telah Berkahwin Negeri Kelahiran : Terengganu

Upload: tiniesurieq

Post on 24-Nov-2015

210 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Rancangan Perniagaan

TRANSCRIPT

1.0 MAKLUMAT PERNIAGAAN DAN USAHAWAN

1.1 Perniagaan

Nama perniagaan : Kafe Leko-lekoNama yang didaftarkan : Vanilla Pandan HouseNo Pendaftaran : AS0319668-KAlamat Perniagaan: G2, Jitra Mall, Pekan Jitra 3, 06000 Jitra, KedahBentuk Perniagaan: Milikan Tunggal / francaisJenis Pernigaan: Makanan dan Minuman, Makanan Sejuk BekuTarikh didaftarkan: 14hb Jun 2009Tarikh Beroperasi: Februari 2010

1.2 Usahawan

Nama Usahawan : Saliza Binti IsmailJantina: PerempuanUmur: 44 TahunTarikh Lahir: 17hb September 1966Taraf Pendidikan: SPMPerkerjaan Terdahulu: Supervisor Kilang Motorola di Kuala LumpurStatus Perkahwinan: Telah BerkahwinNegeri Kelahiran : TerengganuTempat Tinggal: Anak Bukit, Alor Star Kedah

Perniagaan pilihan ini terletak di Jitra Mall, Kedah. Sebuah perniagaan berbentuk milikan tunggal dan merupakan satu perniagaan yang diwujudkan secara licencing yang mana jenama produk yang dijual adalah milik Syarikat Leko-Leko Fastchain Sdn Bhd. Syarikat ini ditubuhkan untuk memperkenalkan produknya iaitu keropok lekor Terengganu ke seluruh dunia melalui peluang perniagaan daripada program perlesenan yang diperkenalkan oleh syarikat. Ini adalah satu usaha untuk mewujudkan satu lagi perniagaan berbentuk francais di Malaysia pada tahun 2013 yang merupakan salah satu daripada perancangan Syarikat Leko-Leko Fastchain Sdn.Bhd.

Kafe yang dimulakan oleh usahawan yang bernama Saliza ini berkonsepkan warna kuning sebagai warna rekaan dalaman yang mampu menarik perhatian pelanggan untuk berkunjung ke kafe tersebut. Ilham rekaan kafe ini adalah hasil daripada reka bentuk yang telah ditetapkan oleh Syarikat Leko-Leko Fastchain Sdn. Bhd dalam program perlesenan syarikat tersebut. Kafe ini adalah jenis C iaitu mini outlet dalam program perlesenan syarikat terbabit. Pn Saliza merupakan usahawan pertama yang terlibat dalam program perlesenan syarikat ini.

Kafe Leko-Leko mula didaftarkan pada 14 Jun 2009 di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nama Vanilla Pandan House tetapi mula beroperasi pada februari 2010 kerana aktiviti-aktiviti pengubahsuaian premis dilakukan untuk memastikan kedai pertama dalam program ini boleh berjaya. Hal ini kerana kejayaan premis pertama ini akan memberi peluang kepada Syarikat untuk menjayakan program perlesenan yang dibuka. Sebuah kilang keropok Lekor di Kuala Terengganu merupakan pembekal utama bagi kafe ini. Kilang tersebut yang dimiliki oleh abang kepada puan Saliza yang merupakan pemilik kepada kafe Leko-Leko yang unik ini. Leko-leko Fastchain adalah nama kilang yang membekalkan semua produk yang akan dijual oleh peniaga termasuklah sos, mayonis, perasa minuman, pembungkusan dan bahan-bahan tambahan lain.

Syarikat Leko-Leko melalui program perlesenan yang dijalankan memberikan sumbangan besar dalam ekonomi Malaysia. Hal ini kerana syarikat telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk memulakan perniagaan sendiri dan seterusnya menjadi seorang usahawan dalam perniagaan keropok lekor ini. Selain itu setiap pembukaan premis baru atau penyertaan baru dalam program perlesenan ini boleh mewujudkan peluang pekerjaan kerana setiap outlet yang dibuka memerlukan pembantu atau pekerja.

2.0 PENUBUHAN PERNIAGAAN BARU.Setiap perniagaan yang hendak dimulakan memerlukan perancangan yang teliti bagi memastikan risiko kegagalan dapat dikurangkan pada tahap yang sangat minimum. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan iaitu;

2.1 Maklumat PerniagaanMaklumat-maklumat perniagaan yang penting merangkumi jenis perniagaan yang hendak diceburi, produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan, sektor yang terlibat, modal permulaan dan peraturan atau undang-undang yang berkait dengan perniagaan yang diingini. Usahawan ini telah membuat pertimbangan yang sewajarnya mengenai maklumat perniagaan yang hendak diceburi dan menjadikan beliau berani untuk berhenti kerja sebagai supervisor kilang Motorola dan memulakan satu perniagaan baru. Maklumat-maklumat perniagaan diperolehi daripada abang beliau melalui Syarikat Leko-Leko Fastchain Sdn.Bhd. Perniagaan ini dimulakan melalui program perlesenan yang mana melibatkan usahasama diantara puan Saliza dengan Syarikat Leko-Leko Fastchain Sdn Bhd yang menyerupai perniagaan jenis francais iaitu satu cara yang mana usahawan akan menggunakan produk, rekabentuk, tanda nama, system pemasaran dan hak cipta dengan kebenaran pemilik asal. Melalui program perlesenan ini, pn Saliza mendapat kelebihan dalam system pemasaran dan pengurusan kerana mendapat nasihat daripada syarikat induk dan ianya akan membantu usahawan yang kurang berpengalaman ataupun ilmu serta peniaga yang tidak pasti untuk memilih produk serta memulakan perniagaan baru. Puan Saliza telah melibatkan diri dalam sektor pemakanan atau industri kecil. Modal permulaan adalah sebanyak RM40,000.00 yang bersesuaian dengan pakej C dalam program perlesenan syarikat induk iaitu untuk membuka sebuah outlet mini. Modal disumbangkan oleh usahawan dan dibantu oleh Encik Zubir Ismail iaitu abang kepada usahawan dan juga salah seorang pekongsi dalam Syarikat Leko-Leko Fastchain Sdn Bhd. Keropok lekor merupakan salah satu makanan ringan yang diminati oleh rakyat Malaysia dan Terengganu adalah pengeluar keropok lekor utama. Inovasi yang dilakukan pada keropok lekor iaitu melalui kaedah pemasaran produk, kepelbagaian citarasa dan pembungkusan yang menarik menjadikan pn Saliza berani untuk menjadi peserta pertama dalam program perlesenan ini.

2.2 Lokasi dan Reka Bentuk PerniagaanLokasi perniagaan perlu dititikberatkan kerana ianya melibatkan proses penyampaian produk kepada pengguna dan menentukan kejayaan sesebuah perniagaan. Kafe Leko-Leko ini terletak di kawasan yang strategik iaitu dilaluan sebelum pintu masuk ke Jitra Mall, Kedah yang menjadi tumpuan pelajar dan orang ramai di kawasan sekitarnya kerana merupakan satu-satunya kompleks membeli belah yang terdekat di Jitra. Kompleks ini juga menjadi tempat kunjungan yang terkenal dalam kalangan pelajar UUM, UITM dan Politeknik berdekatan. Pemilihan rekabentuk juga amat menarik dengan menggunakan warna terang yang boleh membangkitkan selera makan iaitu warna kuning terang dan menyerlah daripada jauh serta mampu mengamit pandangan bakal-bakal pelanggan yang berkunjung ke Jitra Mall. Kafe dihias menjadi seperti cyber kafe dengan perkhidmatan wireless dan tempat duduk yang selesa. Setiap pelanggan boleh menikmati keropok lekor di satu kedai yang berhawa dingin dan bukan lagi di gerai tepi jalan. Usahawan tidak perlu bertungkus lumus memikirkan idea dan konsep rekaan kedai keranai ianya telah diilhamkan oleh syarikat induk.

2.3 Peraturan dan Undang-UndangPuan Saliza tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat induk seperti perletakan harga, pembungkusan, jenis produk yang dijual, rekabentuk serta sistem pengurusan yang bersesuaian. Selain itu, puan Saliza juga perlu mematuhi undang-undang menjalankan perniagaan jenis milikan tunggal iaitu dengan membuat pendaftaran perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum memulakan operasi dan Puan Saliza telah membuat pendaftaran tersebut.

2.4 Bekalan Bahan Mentah dan PeralatanKafe Leko-Leko beroperasi dengan mendapatkan bahan mentah daripada Kilang Leko-Leko Fastchain yang memberi bekalan bahan mentah iaitu keropok lekor, sos, dan mayonis. Bekalan bahan mentah akan dihantar setiap hari bagi memastikan keropok lekor yang dijual adalah baru dan tidak menyimpan terlalu banyak stok bagi menjaga kualiti keropok lekor yang dijual. Minyak dan peralatan memasak seperti peti sejuk, deep fryer, ice blender dan lain-lain turut disediakan oleh syarikat induk. Pada permulaan, peniaga atau usahawan hanya perlu mengeluarkan modal mengikut pakej yang dikehendaki dan selebihnya akan diuruskan oleh syarikat.

2.5 PersainganCabaran utama dalam memulakan perniagaan adalah persaing kerana pesaing ini boleh membantu dan menjatuhkan sesebuah perniagaan sedia ada. Puan Saliza beranggapan bahawa semua penjual keropok lekor di pasar-pasar malam serta di pengilang keropok lekor lain merupakan pesaing kepada perniagaan ini. Namun begitu keunikan persembahan produk dan inovasi yang dilakukan ke atas produk ini mampu menarik minat pelanggan dan seterusnya bersaing dengan pesaing-pesaing yang ada. Strategik pemasaran yang unik dan penggunaan tagline mampu menandingi pesaing-pesaing lain kerana kaedah ini masih baru untuk produk berasaskan keropok lekor ini. Tagline yang unik iaitu Tera Sekali Nok Lagi, untuk versi dialek Terengganu dan Versi English Taste it.. and youll be craving for more boleh menjadikan produk ini diingati dan disebut-sebut oleh pelanggan.

2.6 Pelanggan dan PengedaranProduk yang ditawarkan dalam Kafe Leko-leko ini adalah produk makanan ringgan yang diminati oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia tanpa mengira umur dan bangsa. Oleh yang demikian, analisis pelanggan yang melibatkan sasaran, saiz dan keupayaan membeli pelanggan adalah lebih besar. Sasaran adalah pelanggan yang mengunjungi Jitra Mall, saiz pelanggan adalah besar kerana keupayaan membeli juga tinggi. Hal ini kerana produk dijual pada harga serendah RM1.50 dan mampu dibeli walaupun oleh pelajar sekolah di kawasan berhampiran. Pengedaran produk adalah dengan menjual terus produk dari kafe leko-leko kepada pelanggan. Keropok Lekor dan minuman disediakan di dalam kafe dan dijual terus kepada pelanggan yang mengunjungi kafe ini.

2.7 Persiapan Diri Sebagai Usahawan/PeniagaSeseorang usahawan yang hendak menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini perlu menilai dan mengukur kemampuan diri. Persiapan diri yang perlu dititikberatkan adalah daya fikiran, kekuatan emosi dan fizikal. Puan Saliza telah menyertai beberapa kursus dan aktiviti keusahawanan yang dianjurkan oleh usahawan-usahawan Terangganu sebelum mengambil keputusan untuk menyertai program perlesenan ini. Selain itu, Puan Saliza juga mempunyai kekuatan fizikal dan emosi yang tinggi kerana beliau sendiri menguruskan perniagaan yang beliau jalankan disamping mempunyai dua orang pembantu. Perniagaan ini ditubuhkan setelah beliau tekad untuk berhenti kerja dan mengambil risiko memulakan perniagaan baru. Minat dan kesungguhan yang tinggi serta dorongan keluarga dan rakan-rakan meningkatkan lagi motivasi beliau untuk memulakan perniagaan sendiri. Selain itu memulakan perniagaan di kampung dan berdekatan dengan keluarga menguatkan lagi motivasi beliau untuk memulakan perniagaan berbanding terpaksa bekerja di Kuala Lumpur yang jauh daripada keluarga. Oleh kerana perniagaan ini merupakan hasil daripada program perlesenan maka Puan Saliza lebih yakin kerana syarikat induk memantau dan membantu dalam memperkenalkan produk-produk yang ditawarkan serta sisitem pengurusan yang bersesuaian bagi memastikan kejayaan perniagaan ini.

3.0 ANALISIS KEKUATAN DAN KELEMAHAN PERNIAGAAN Setiap peniaga yang melakukan perniagaan perlu membuat analisis mengenai kekuatan dan kelemahan perniagaan sebagai satu usaha untuk mematikan kekuatan ini akan memberikan kejayaan kepada perniagaan dan setiap kelemahan cuba diperbaiki.

3.1Kekuatan PerniagaanFaktor lokasi boleh menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah perniagaan. Kafe Leko-Leko telah dibuka di satu kawasan yang strategik iaitu terletak di tingkat bawah pusat membeli belah Jitra Mall dan berhampiran dengan sebuah restoran serta kedai kasut. Kawasan hadapan kedai adalah laluan orang ramai yang memudahkan kedai ini dilihat. Kemudahan infrastruktur yang lengkap iaitu kawasan letak kereta serta sistem pengangkutan yang berkesan menjadikan kawasan kedai lebih strategik. Selain itu, disekitar premis tidak terdapat kedai mahupun gerai yang menjual produk yang sama dan jelas menunjukkan bahawa tidak banyak persaingan di kawasan tersebut. Pemilihan lokasi iaitu di Jitra Mall yang merupakan pusat membeli belah yang sering dibanjiri pengunjung menjadikan premis Kafe Leko-Leko lebih strategik.

Produk yang ditawarkan juga menjadi salah satu kekuatan kepada perniagaan ini. Keropok lekor merupakan makanan ringan yang menjadi kegemaran segenap lapisan masyarakat. Hal ini dapat dilihat daripada peningkatan perusahaan membuat keropok lekor yang pada mulanya hanya dilakukan oleh penduduk Terengganu dan kini telah berkembang keseluruh Malaysia. Kilang-kilang turut dibuka di Kelantan dan Selangor serta diusahakan secara kecil-kecilan oleh peniaga di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Hal ini jelas menunjukkan bahawa keropok lekor diminati dan mempunyai permintaan yang tinggi dalam kalangan masyakat Malaysia. Keropok lekor juga mendapat permintaan di pasaran antarabangsa seperti Brunai, Singapura dan Thailand. Kreativiti dan Inovasi terhadap produk sedia ada telah dilakukan untuk memastikan produk ini bersedia bersaing dengan produk yang sama dipasaran. Unsur kreativiti dan inovasi yang di masukkan adalah memperkenalkan 2 resepi baru yang menarik atau boleh dikatakan memodenkan cara pemakanan keropok lekor. Sebelum ini keropok lekor hanya dimakan bersama sos pencecah, dan tentunya pelanggan akan cepat bosan. Oleh itu penambahan sos lada hitam atau mayonis mempelbagaikan rasa keropok lekor dan ianya menepati citarasa pelanggan.

Kaedah pemasaran yang berbeza daripada pesaing-pesaing turut memberi kelebihan kepada kafe ini untuk terus berkembang maju. Sistem pemasaran melibatkan pembungkusan, perletakan harga, dan promosi yang dilakukan. Oleh kerana kafe ini merupakan satu perniagaan seperti francais maka promosi bukan sahaja dilakukan oleh peniaga, malahan turut dibantu oleh syarikat induk. Promosi yang dilakukan adalah menggunakan laman web (www.leko-leko.com), laman sosial iaitu facebook (lekolekofc funclubs) dengan mewujudkan satu kelab peminat yang meminati produk yang ditawarkan. Rekabentuk kedai yang menarik dan penggunaan tagline membantu dalam proses mempromosikan produk yang ditawarkan. Kaedah pembungkusan yang lebih kreatif beserta logo syarikat berbanding pesaing yang hanya menggunakan plastik biasa turut memberi kelebihan kepada peniaga.

Program penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan oleh syarikat induk ke atas produk yang ditawarkan turut memberi kelebihan kepada perniagaan Puan Saliza kerana ianya akan meningkatkan kualiti produk sedia ada serta memperbanyakkan lini produk yang akan dijual oleh peniaga. Perniagaan yang diceburi oleh Puan Saliza mempunyai potensi yang besar untuk berkembang maju kerana usaha yang dilakukan oleh syarikat induk. Hal ini dapat dilihat dengan pertambahan usahawan dalam program perlesenan ini yang kini menunjukkan pertambahan pembukaan premis penjualan produk leko-leko di seluruh Malaysia seperti Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perak dan Melaka. Pertambahan tersebut dapat dilihat pada facebook syarikat dan penawaran peluang peniagaan turut dilakukan. Syarikat induk juga mempunyai objektif untuk memperkenalkan produk ini ke peringkat antarabangsa dan seterusnya akan menjadikan perniagaan ini lebih maju dan dikenali ramai.

3.2 Kelemahan PerniagaanSetiap perniagaan tentunya mempunyai beberapa kelemahan yang perlu diambil berat oleh peniaga. Kelemahan utama perniagaan ini adalah bekalan bahan mentah yang jauh iaitu di Terengganu kerana kilang keropok lekor terletak di sana. Penghantaran bahan mentah adalah menggunakan perkhidmatan bas ekspress dan pastinya akan mempunyai masalah seperti bas rosak dan risiko kemalangan. Sekirannya hal ini berlaku, peniaga akan mengalami masalah kekurangan bahan mentah untuk memenuhi permintaan pelanggan. Selain itu ketahanan bahan mentah adalah rendah kerana keropok lekor tidak boleh disimpan lama di peti sejuk kerana kualiti produk akan berkurangan yang menyebabkan bahan mentah perlu dihantar setiap hari untuk menjaga kualiti produk yang ditawarkan. Hal ini akan mengugat kelancaran perjalanan perniagaan. Namun begitu syarikat boleh mengambil peluang daripada kelemahan yang ada dengan membangunkan satu kilang bagi menampung keperluan bahan mentah di kawasan sekitar.

Kelemahan yang kedua adalah masalah kekurangan bekalan pembungkusan produk dan menyebabkan peniaga terpaksa memikirkan inisiatif sendiri bagi mengatasi masalah kekurangan tersebut. Keadaan ini menyebabkan produk tidak lagi menggunakan pembungkusan yang mengandungi logo syarikat dan seterusnya akan menimbulkan tanda tanya kepada pelanggan perihal pertukaran tersebut. Oleh yang demikian Puan Saliza perlu bijak menganggarkan keperluan bekalan pembungkusan agar masalah yang sama tidak akan berulang.

Perletakan harga yang bergantung kepada syarikat induk juga memberi ancaman kepada peniaga. Sekirannya syarikat induk menaikkan harga produk, maka peniaga haruslah bebuat demikian dan ianya akan menjadi persoalan kepada pelanggan. Peniaga yang perlu berhadapan dengan semua pelanggan untuk menerangkan sebab berlaku kenaikan harga tersebut. Selain itu pengantungan sepenuhnya kepada bekalan bahan mentah daripada syarikat induk juga boleh memberi ancaman. Ini kerana apabila syarikat menaikkan harga bahan mentah, peniaga akan berhadapan dengan masalah kerana mereka hanya boleh mengambil bekalan bahan mentah daripada syarikat induk. Hal ini akan mengurangkan kadar keuntungan perniagaan.

3.3 Isu-isu yang RelevanSyarikat induk menjangkakan akan menjadi sebuah perniagaan berbentuk francais menjelang tahun 2013 iaitu tahun hadapan. Apabila syarikat menjadi sebuah francais maka isu lain akan timbul seperti pembayaran royalti dan menaiktaraf premis perniagaan. Pembayaran royalti mungkin akan menjadi lebih tinggi berbanding sebelumnya dan akan memberi bebanan kepada peniaga. Hal ini harus diberi perhatian dengan membuat pengesahan daripada syarikat induk agar tiada masalah di kemudian hari. Premis perniagaan sedia ada tentunya perlu dinaiktaraf seiring dengan status syarikat induk sebagai peniagaan francais dan ianya melibatkan modal yang besar. Namun begitu keadaan ini akan menaikkan nama leko-leko dan seterusnya meningkatkan margin keuntungan sedia ada dan melahirkan lebih ramai usahawan berjaya. Perniagaan juga mampu berkembang dengan lebih pesat.

4.0 KESIMPULANSikap berani mengambil risiko dan bijak mengambil peluang merupakan elemen utama atau sifat yang perlu ada di dalam diri setiap individu yang hendak menjadi usahawan yang berjaya. Hal ini kerana tidak semua perniagaan boleh menghasilkan keuntungan yang lumayan dan penubuhan atau pembukaan sesuatu perniagaan bukanlah perkara yang mudah. Pengorbanan adalah sangat-sangat penting kerana usahawan mungkin perlu memilih diantara pendapatan tetap dan pendapatan yang belum pasti terutamanya apabila melibatkan produk yang baru. Iaitu pada tahap pengenalan bagi kitaran hayat produk. Namun begitu terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memulakan perniagaan seperti pendaftaran perniagaan, menilai maklumat perniagaan, pemilihan lokasi dan reka bentuk, analisis persaingan, keperluan modal dan kemampuan diri peniaga.

Kreativiti dan inovasi boleh menjadikan sesuatu produk yang difikirkan biasa oleh masyarakat boleh menjadi luar biasa oleh kerana adanya elemen kreativiti dan inovasi ini. Hal ini dapat dilihat dengan bakal lahir satu lagi francais di Malaysia berdasarkan produk daripada IKS iaitu Leko-Leko Fastchain Sdn Bhd. Keropok lekor yang dikeluarkan selalunya akan dijual oleh peniaga-peniaga kecil di pasar-pasar dan dianggap sebagai makanan biasa. Syarikat Leko-Leko telah mengambil langkah kehadapan dengan menginovasikan produk ini berdasarkan cara penjualan produk dan ingin memperkenalkannya ke peringkat antarabangsa. Makanan tradisional yang telah lama berada di pasaran sejak turun-temurun mula mendapat perubahan di zaman moden ini. Program penyelidikan dan pembangunan terhadap produk yang dijual menambahkan lagi kekuatan perniagaan ini untuk terus berkembang maju.

Namun begitu, kelemahan yang ada perlu diatasi agar permasalahan yang berlaku tidak berulang dan akan menjejaskan aktiviti perniagaan dan seterusnya boleh melambatkan pencapaian matlamat menjadi sebuah perniagaan berbentuk francais. Peniaga pula perlu lebih peka dengan isu-isu yang relevan dalam perniagaan yang diceburi.

5.0 Lampiran

Premis PerniagaanLini Produk

Menu Rekabentuk dalaman kafe

5.0 RUJUKAN

Norita Deraman, A. M. (2007). Keusahawanan. Shah Alam: Mc Graw Hill.

Rosli Mahmood, a. N. (2010). Prinsip-Prinsip Keusahawanan. Kuala Lumpur: CENGAGE Learning.