milikan perniagaan

43
P 3117 / Unit 8 / 1 UNIT 8 : MILIKAN PERNIAGAAN: FAKTOR DAN TATACARA OBJEKTIF OBJEKTIF AM : Membolehkan pelajar membuat pemilihan milikan perniagaan yang sesuai dan mengetahui tatacara penubuhan perniagaan. OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat : Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi jenis milikan perniagaan Mengenalpasti jenis-jenis milikan perniagaan di Malaysia dan menjelaskan ciri-ciri setiap milikan perniagaan Keusahawanan 1 /43

Upload: chris

Post on 23-Jun-2015

3.825 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 1

UNIT 8 : MILIKAN PERNIAGAAN: FAKTOR DAN TATACARA

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Membolehkan pelajar membuat pemilihan

milikan perniagaan yang sesuai dan mengetahui tatacara penubuhan perniagaan.

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :

Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi jenis milikan perniagaan

Mengenalpasti jenis-jenis milikan perniagaan di Malaysia dan menjelaskan ciri-ciri setiap milikan perniagaan

Membincang kelebihan dan kelemahan setiap jenis milikan perniagaan

Menjelaskan tatacara memulakan perniagaan dari segi perundangan

Keusahawanan 1 /29

Page 2: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 2

8.1 Pengenalan

Setelah anda berjaya mengenalpasti dan memilih idea perniagaan yang sesuai

dilaksanakan, anda perlu pula membuat satu lagi keputusan penting iaitu

menentukan bagaimana perniagaan ini akan distruktur mengikut perundangan

yang sedia ada di Malaysia. Anda mestilah berfikir dengan mendalam dan

membuat perancangan rapi sebelum memilih jenis struktur dan milikan

perniagaan yang terbaik untuk perniagaan yang bakal dijalankan.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilikan Perniagaan

Sebelum memulakan sebarang perniagaan, perkara-perkara berikut perlu

diteliti;

Apakah jenis milikan perniagaan yang terdapat di Malaysia?

Apakah implikasi setiap jenis milikan perniagaan?

Apakah keperluan tatacara perundangan?

Apakah pengaruh setiap jenis milikan?

Mengapakah pemilihan jenis milikan perniagaan dianggap penting?

Apakah bentuk milikan perniagaan yang terbaik?

Keusahawanan 2 /29

INPUT

Page 3: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 3

Dalam memilih sesuatu milikan perniagaan, seorang usahawan atau bakal

usahawan perlu ingat bahawa tidak ada satu bentuk milikan perniagaan

yang “terbaik”. Apa yang dianggap “terbaik” bergantung kepada keperluan

seseorang pemilik atau bakal pemilik perniagaan yang berkenaan.

Persoalan-persoalan berikut boleh dijadikan panduan bagi menentukan bentuk

yang terbaik untuk perniagaan anda.

Adakah anda merancang untuk memperkembangkan perniagaan di masa

hadapan?

Berapakah keperluan modal untuk memulakan permiagaan dan untuk masa

hadapan?

Setakat manakah anda berkehendakkan tahap kawalan dalam proses

membuat keputusan perniagaan anda kehendaki? Adakah anda sanggup

berkongsi idea dan potensi keuntungan perniagaan dengan orang lain yang

boleh membantu membangun dan menjayakan perniagaan?

Apakah pertimbangan percukaian yang dianggap penting? Apakah sumber

pendapatan yang ada dan bagaimanakah ia dilindungi?

Sekiranya perniagaan gagal, sejauh manakah anda sanggup

bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hutang-hutang yang ditinggalkan

oleh perniagaan?

Adakah penting perniagaan diteruskan sekiranya anda tidak berkemampuan

atau meninggal dunia?

Keusahawanan 3 /29

Page 4: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 4

Siapakah yang akan mendapat manfaat tunggal atau yang paling besar

daripada hasil kejayaan perniagaan? Sanggupkah anda mengambil semua

risiko dan dengan itu mengaut semua keuntungan jika berjaya?

Bolehkan anda mematuhi peraturan dan prosidur birokrasi berkaitan dengan

pemilikan perniagaan?

Apakah reaksi anda terhadap peraturan kerajaan dan keperluan-keperluan

dokumentasi?

Jawapan anda kepada persoalan-persoalan di atas perlu dirujuk kepada tiga

jenis milikan perniagaan iaitu milikan tunggal, perkongsian dan syarikat

sendirian berhad. Anda hendaklah mengambil kira faktor-faktor kelebihan dan

kekurangan setiap jenis milikan perniagaan ini.

Keusahawanan 4 /29

Page 5: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 5

Aktiviti 8a

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.

Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

8a -1 Pada pendapat anda, apakah jenis milikan perniagaan yang

terbaik?

…………………………………………………

8a - 2 Senaraikan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang

semasa ia memilih jenis milikan perniagaannya.

………………………………………………………….…………… ……………………………………………………………………… ………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………. ……………………………………………………………………….

Keusahawanan 5 /29

Page 6: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 6

MAKLUM BALAS 8a

8a. 1 Tidak ada.

8a.2 a) Perancangan perkembangan perniagaan

b) Modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan dan

untuk masa hadapan

c) Tahap kawalan dalam membuat keputusan yang diingini

d) Kesanggupan berkongsi idea dan keuntungan

e) Pertimbangan percukaian perniagaan

f) Perlindungan sumber pendapatan perniagaan.

g) Kesediaan menanggung semua hutang perniagaan sekiranya

perniagaan gagal

h) Kesinambungan hayat perniagaan.

i) Siapa akan mendapat manfaat daripada kejayaan

perniagaan.

j) Kesediaan mematuhi semua peraturan dan birokrasi yang

berkaitan dengan pendaftaran dan pemilikan perniagaan

Keusahawanan 6 /29

Page 7: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 7

8.2 Jenis-jenis Milikan Perniagaan dan Ciri-cirinya.

8.2.1 Pengenalan

Rahmah seorang agen insurans ingin berhenti kerja dan menceburkan diri

dalam bidang perniagaan. Persoalan yang timbul padanya ialah apakah jenis

perniagaan yang wajar dia tubuhkan yang dapat menjanjikan pulangan yang

lumayan. Tiada siapa pun, termasuk usahawan

boleh memberitahu seseorang ( yang ingin menyertai bidang perniagaan ) jenis

perniagaan apakah yang patut disertainya. Seorang bapa yang berjaya sebagai

usahawan pun tidak boleh menyuruh anak-anaknya memilih bidang yang

disertainya kecuali anak itu benar-benar berminat atau terpaksa. Beberapa

persoalan perlu difikirkan oleh Rahmah sebelum dia memilih jenis perniagaan

yang dia ingin tubuhkan. Dia mesti mengetahui jenis milikan perniagaan yang

ada serta kelebihan dan kelemahan setiap jenis.

Milikan perniagaan di Malaysia dapat dikategorikan kepada 4 jenis

( Rajah 8.1 ) iaitu:-

i. perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

( Pindaan 1978 ) dan kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.

ii. perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965

iii. perniagaan yang ditubuhkan dibawah Akta Koperasi 1948

iv. perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dan Enakmen

Kerajaan Negeri.

Keusahawanan 7 /29

INPUT

Page 8: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 8

Bagi tujuan ini, hanya perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran

Perniagaan 1956 dan Akta Syarikat 1965 sahaja yang akan dibincangkan. Ini

adalah kerana kebanyakan perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia adalah

berbentuk sedemikian.

8.2.2 Jenis perniagaan

Jenis perniagaan yang boleh ditubuhkan ialah :-

Milikan Tunggal Perkongsian Syarikat Berhad iaitu Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam

Berhad.

Rajah 8.1 : Milikan Perniagaan di Malaysia

Keusahawanan 8 /29

Perkongsian

Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978)

Dan

Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957

Milikan tunggalI

IIAkta Syarikat 1965

IIIAkta Koperasi 1948

Syarikat Berhad dengan Saham

Syarikat Berhad dengan Jaminan

Syarikat Tidak Berhad

Syarikat Sendirian

Syarikat Awam

Syarikat Asing

IVAkta Parlimen atau Enakmen

Kerajaan Negeri

Page 9: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 9

8.2.2.1 Milikan Tunggal

Seksyen 4, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 mentakrifkan perniagaan

tunggal sebagai sebuah perniagaan yang ditubuhkan, dipunyai, dibiayai dari

segi kewangannya dan pengurusannya dikendalikan oleh seorang individu

sahaja. Ia lazimnya melibatkan perniagaan secara kecil-kecilan. Berikut adalah

ciri-ciri sebuah perniagaan tunggal :-

Bil. Ciri-ciri Huraian

1. Milikan Perniagaan tunggal dimiliki dan dikendalikan

oleh seorang sahaja.

2. Penubuhan Perniagaan ini ditubuhkan di bawah Akta

Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan

1978).

3. Pendaftaran Perniagaan ini paling mudah didaftarkan.

4. Modal Ia memerlukan modal yang kecil.

5. Agihan Keuntungan dan

kerugian

Pemilik akan memiliki dan menanggung

semua keuntungan dan kerugian yang

diperolehi dari perniagaannya.

6. Hayat perniagaan Hayat perniagaan ini tidak terjamin.

Pembubaran akan berlaku jika berlaku

bencana ke atas pemilik.

Contoh milikan tunggal adalah seperti perniagaan tukang jahit, salon kecantikan, kedai

runcit dan kedai dobi.

Keusahawanan 9 /29

Page 10: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 10

Kelebihan Perniagaan Tunggal

1. Perniagaan bentuk ini mudah diuruskan kerana semua keputusan boleh

dibuat dengan cepat oleh pemilik. Dia tidak perlu berunding dengan

pihak lain.

2. Proses penubuhan dan pembubarannya adalah mudah.

3. Keuntungan perniagaan akan menjadi hak pemilik secara

keseluruhannya.

4. Perniagaan ini tidak tertakluk kepada peraturan dan perundangan

kerajaan. Sebagai contoh penyata kewangan perniagaan yang dihantar

kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak perlu diaudit dan diterbitkan

dalam akhbar.

Kekurangan Perniagaan Tunggal

1. Modal perniagaan adalah terhad iaitu setakat yang termampu oleh

pemilik perniagaan.

2. Tanggungan perniagaan tidak terhad kepada modal yang telah

dilaburkan dalam perniagaan. Harta peribadi boleh diguna untuk

membayar balik tanggungan yang ada.

3. Perkembangan perniagaan terhad kepada keupayaan pemilik.

4. Hayat perniagaan bergantung kepada usia dan kecekapan pemilik.

Keusahawanan 10 /29

Page 11: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 11

8.2.2.2 Perniagaan Perkongsian.

Menurut seksyen 3, Akta Perkongsian, mentakrifkan perkongsian sebagai

perhubungan yang wujud di antara orang-orang yang menjalankan perniagaan

bersama bagi mendapatkan keuntungan.

Bil. Ciri-ciri Huraian

1. Milikan Perniagaan ini dimiliki oleh lebih daripada

seorang dan tidak melebihi 20 orang. Walau

bagaimanapun bagi perniagaan berbentuk

profesional seperti khidmat guaman, akauntan

dan arkitek, keahliannya boleh meningkat

sehingga 50 orang.

2. Penubuhan Ianya mestilah didaftarkan menurut Akta

Pendaftaran Perniagaan 1956. Penubuhan

perniagaan ini mesti mematuhi perkara-

perkara yang tertakluk di bawah Akta

Perkongsian 1961. Selain daripada itu, untuk

mengelak daripada berlakunya sebarang

kekeliruan atau perselisihan faham, antara

rakan kongsi adalah baik jika diadakan Surat

Ikatan Perkongsian atau Kontrak Perjanjian.

3. Pendaftaran Penubuhan perniagaan adalah mudah dan

ringkas.

Keusahawanan 11 /29

Page 12: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 12

4. Modal Rakan kongsi menjalankan perniagaan

bersama dan berkongsi modal. Jumlah

sumbangan modal oleh rakan kongsi

ditentukan berdasar pada perbincangan antara

mereka.

5 Agihan Keuntungan dan

Kerugian Perniagaan.

Berdasarkan kepada Akta Perkongsian 1961,

semua keuntungan dan kerugian yang

diperolehi oleh mereka mesti dibahagikan

secara sama rata diantara rakan kongsi. Selain

daripada itu, nisbahnya boleh ditentukan

melalui persetujuan antara rakan kongsi.

6 Hayat perniagaan Hayat perniagaan ini tidak terjamin. Ianya

boleh dibubarkan jika salah seorang rakan

kongsi meninggal dunia, bersara, atas arahan

mahkamah atau tamat sesuatu kontrak.

Keusahawanan 12 /29

Page 13: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 13

Kelebihan Perniagaan Perkongsian

1. Mudah ditubuhkan.

2. Lebih mudah mendapat pembiayaan kredit.

3. Sumber modal lebih banyak daripada milikan tunggal.

4. Risiko perniagaan disebarkan.

5. Beban cukai pendapatan adalah rendah.

6. Pembahagian kerja dan pengkhususan diwujudkan.

7. Liabiliti terhad bagi pekongsi berhad. ( mengikut jumlah modal rakan

kongsi)

Kekurangan Perniagaan Perkongsian

1. Tindakan seseorang pekongsi boleh melibatkan semua pekongsi.

2. Modal masih terhad.

3. Kewujudan pekongsian tidak kekal.

4. Liabiliti adalah tidak terhad.

5. Mudah berlakunya perselisihan antara rakan kongsi.

6. Mudah berlaku salah guna kuasa.

8.2.2.3 Syarikat Berhad

Syarikat Berhad yang dibincangkan di sini ialah Syarikat Berhad menurut

saham. Ianya terdiri daripada dua jenis iaitu Syarikat Sendirian Berhad dan

Syarikat Awam Berhad.

Keusahawanan 13 /29

Page 14: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 14

Syarikat Sendirian Berhad

Bil. Ciri-ciri Huraian

1. Milikan Syarikat ini boleh dibentuk oleh 2 orang dan

maksimum seramai 50 orang sahaja.

2. Penubuhan Penubuhan perniagaan ini mesti mematuhi

perkara-perkara yang tertakluk di bawah Akta

Syarikat 1965. Syarikat mesti menggunakan

perkataan “Sdn.Bhd” atau “Sendirian Berhad”

di penghujung namanya.

3. Pendaftaran Penubuhan perniagaan adalah lebih sukar jika

dibandingkan dengan perniagaan lain.

Prosedur penubuhan mestilah mematuhi

perkara-perkara yang tertakluk di bawah Akta

Syarikat 1965. Ia mempunyai nama asing

di atas namanya sendiri.

4. Modal Modal yang terkumpul bagi Syarikat Sdn.Bhd

adalah lebih besar jika dibandingkan dengan

jenis perniagaan lain. Modal dikumpul

menerusi pernerbitan saham. Syarikat dilarang

membuat pelawaan kepada orang ramai untuk

mohon beli sebarang saham.

Keusahawanan 14 /29

Page 15: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 15

Bil. Ciri-ciri Huraian

5 Agihan keuntungan dan

kerugian

Segala keuntungan syarikat adalah hak milik

syarikat. Pemegang saham akan memperolehi

agihan keuntungan syarikat menerusi

pembayaran dividen

6. Hayat perniagaan Jangkahayat perniagaan ini lebih terjamin.

Ianya tidak bergantung kepada ahli-ahli di

mana perniagaan akan tetap wujud walaupun

berlaku perubahan ataupun kematian ahli.

Kelebihan Syarikat Sendirian Berhad

1. Mudah mendapatkan sumber kewangan melalui pertukaran hakmilik

saham atau dari institusi kewangan.

2. Semua pemegang saham dilindungi undang-undang.

3. Pemegang saham tidak dibebankan dengan pengurusan perniagaan.

Tanggungan ahli-ahli syarikat adalah terhad kepada modal syarikat

yang disumbangkan.

4. Jangkahayat perniagaan tidak bergantung kepada usia ahli-ahlinya.

5. Mempunyai potensi yang lebih luas untuk berkembang.

6. Syarikat boleh mendakwa dan didakwa atas namanya kerana ianya

merupakan entiti yang berasingan.

Keusahawanan 15 /29

Page 16: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 16

Kekurangan Syarikat Sendirian Berhad

1. Saham syarikat tidak boleh dijualbeli di pasaran saham.

2. Syarikat tertakluk kepada cukai perniagaan syarikat.

3. Penyata Kewangan syarikat perlu diaudit oleh juruaudit bertauliah yang

dilantik dan dokumen-dokumen mestilah lengkap dan dikemaskinikan.

4. Orang ramai boleh mengetahui hal ehwal kewangan syarikat.

5. Kos penubuhan yang tinggi.

6. Syarikat ini perlu mematuhi semua peruntukan dalam Akta Syarikat

1965.

Syarikat Awam Berhad

Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad adalah agak sama dengan ciri-ciri Syarikat

Sendirian Berhad. Perbezaannya ialah dari segi pemilikan perniagaan. Tidak

ada hadnya bagi mereka yang ingin menjadi ahli atau pemegang saham bagi

syarikat jenis ini. Menurut peruntukan undang-undang, dihujung setiap nama

Syarikat Awam Berhad mesti ditulis nama “Berhad”. Pemegang saham bebas

menjual dan membeli saham di pasaran saham tanpa memerlukan persetujuan

dari sesiapa. Perkara-perkara lain seperti penubuhan, pendaftaran syarikat,

agihan keuntungan dan jangkahayat perniagaan adalah sama seperti Syarikat

Sendirian Berhad.

Keusahawanan 16 /29

Page 17: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 17

Kelebihan Syarikat Awam Berhad.

1. Mudah mengumpul modal yang banyak menerusi penerbitan saham

kepada orang ramai.

2. Kewujudan perniagaan adalah lebih kekal.

3. Saham-saham syarikat mudah dipindah milik.

4. Aktiviti perniagaan boleh dijalankan secara besar-besaran. (ekonomi

bidangan)

5. Liabiliti yang ditanggung oleh ahli adalah terhad.

Kekurangan Syarikat Awam Berhad

1. Penubuhan syarikat awam berhad adalah lebih rumit dan mahal.

2. Pengurusan perniagaannya adalah lebih rumit. Ini adalah kerana ianya

dikawal ketat oleh undang-undang.

3. Milikan dan pengurusan adalah terpisah.

4. Hal ehwal syarikat terdedah kepadapengetahuan umum.

5. Menanggung cukai yang tinggi.

Keusahawanan 17 /29

Page 18: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 18

Aktiviti 8b

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.

Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

8b-1 Sesuaikan penyataan di bawah :-

8b- 2 Nyatakan samada penyataan di bawah adalah Benar (B) atau Salah (S).

a. …………. Bagi perkongsian bank, broker saham atau institusi

kewangan bilangan pekongsi tidak boleh melebihi 10 orang.

b. …………. Dalam Syarikat Sendirian Berhad, setiap pemegang

saham menanggung liabiliti yang terhad setakat jumlah modal

yang dilaburkannya sahaja.

c. …………. Pemilik perniagaan tunggal perlu mengurus dan

membuat keputusan bersendirian.

d. …………. Setiap pemegang saham Syarikat Awam Berhad

mempunyai liabiliti yang tidak terhad.

Keusahawanan 18 /29

Penyataan Jenis Perniagaan

a. Tertakluk kepada Akta Syarikat Perniagaan Tunggal

b. Modal terhad Perkongsian

c. Ahli 2 hingga 20 orang Syarikat Sendirian Berhad.

d. Dimiliki oleh orang persendirian. Syarikat Awam

Page 19: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 19

MAKLUM BALAS 8b

8b- 1

8b – 2 Nyatakan samada pernyataan di bawah adalah Benar (B) atau Salah (S).

a. …S………. Bagi perkongsian bank, broker saham atau institusi kewangan,

bilangan pekoingsi tidak boleh melebihi 10 orang.

b. …B………. Dalam Syarikat Sendirian Berhad, setiap pemegang saham

menanggung liabiliti yang terhad setakat jumlah modal yang

dilaburkannya sahaja.

c. ……B……. Pemilik perniagaan tunggal perlu mengurus dan membuat

keputusan bersendirian.

d. ……S……. Setiap pemegang saham Syarikat Awam Berhad mempunyai

liabiliti yang tidak terhad.

Keusahawanan 19 /29

INPUT

Pernyataan Jenis Perniagaan

a. Tertakluk kepada Akta Syarikat Perniagaan Tunggal

b. Saham tidak mudah dijualbeli. Perkongsian

c. Ahli 2 hingga 20 orang Syarikat Sendirian Berhad.

d. Dimiliki oleh orang persendirian. Syarikat Awam Berhad.

Page 20: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 20

8.3 Prosedur Pendaftaran Perniagaan

Terdapat prosedur-prosedur tertentu untuk mendaftar perniagaan-perniagaan di

Malaysia.

8.3.1 Pendaftaran Milikan Tunggal dan Perkongsian

Pertama: Pemohon mengisi dan mengemukakan Borang ‘A’(P.NA 1)

Borang Carian Nama Perniagaan

Borang ini dikemukakan sebagai permohonan meluluskan nama dan

jenis perniagaan yang dikemukakan.

Pemohon hendaklah memilih nama perniagaan yang sesuai

Nama yang dipilih perlulah seratus peratus dalam Bahasa Melayu atau

Inggeris dan memenuhi keperluan Pendaftar Perniagaan

Larangan dikenakan ke atas penggunaan nama-nama yang

menggunakan perkataan “Kebangsaan”, “ASEAN”, “DiRaja” dan

sebagainya. Contoh nama perniagaan tunggal: Restoran

Halimah, Perabot Zamani Enterprise atau Kedai Gambar Setia

Contoh nama perniagaan Perkongsian: Tan dan Rakan-Rakan

Keusahawanan 20 /29

Page 21: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 21

Kedua: Pemohon mengisi dan mengemukakan Borang P.NA 1A

Untuk Mendaftarkan Perniagaan

Pemohon hendaklah mengemukakan maklumat-maklumat dan

butir-butir peribadi

Untuk perniagaan perkongsian, maklumat semua rakan kongsi

perlu diisi.

Ketiga: Untuk mendapatkan Sijil Akuan Pendaftaran -Borang D

Kebiasaannya, sijil akuan pendaftaran dikeluarkan dalam masa tujuh hari

selepas Borang A dihantar. Sijil ini perlu dipamer di alamat perniagaan.

Kegagalan berbuat demikian membolehkan pemilik perniagaan didenda.

Permohonan perlu dibuat untuk memperbaharui sijil ini setiap tahun dengan

menggunakan Borang D.

Perubahan maklumat dalam perniagaan – Borang B (P.NA 2)

Bagi pemilik yang ingin mengubah sebarang maklumat dalam Borang A seperti

nama, alamat dan jenis perniagaan, ia hendaklah mengisi Borang B (P.NA 2)

dan memaklumkan dalam tempoh tujuh hari ianya berlaku.

8.3.2 Pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad

Pertama: Membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran

mengguna nama perniagaan yang dicadangkan – Borang 13A

Permohonan perlu dibuat untuk mencadangkan nama syarikat dengan

menggunakan Borang 13A dalam dua salinan kepada Pendaftar Syarikat.

Nama yang dicadangkan mestilah seratus peratus dalam Bahasa Melayu atau

Inggeris dan tidak melebihi 50 huruf termasuk perkataan ‘Sendirian Berhad’.

Keusahawanan 21 /29

Page 22: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 22

Kedua: Menyediakan dokumen-dokumen penubuhan berikut sebaik

sahaja nama syarikat diluluskan oleh Pendaftar Syarikat- dokumen ini

hendaklah dikemukakan dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh

kelulusan nama.

1. Tataujud Syarikat - Dokumen yang memaklumkan berkenaan

aktiviti syarikat serta kuasa dan batasannya.

2. Tataurusan Syarikat- Dokumen yang menggariskan polisi pengurusan

dalaman serta hak dan tanggungjawab Lembaga

Pengarah

3. Borang 6 - Perakuan Berkanun pematuhan segala peraturan

4. Borang 24 - Borang pecahan saham yang diperuntukkan

5. Borang 44 - Pemberitahuan alamat pejabat yang didaftarkan

6. Borang 48A - Perakuan Berkanun sebelum perlantikan menjadi

seorang pengarah atau penaja.

7. Borang 49 - Penyata butir-butir Pengarah, Pengurus dan

Setiausaha Syarikat

8. Borang 9 - Sijil Akaun Perbadanan

Pemohon hendaklah membuat bayaran pendaftaran- jumlah bayaran ini

bergantung kepada Modal Saham yang dibenarkan

Keusahawanan 22 /29

Page 23: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 23

Aktiviti 8c

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.

Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

8c-1 Jelaskan prosedur untuk mendaftar perniagaan milikan tunggal

……………………………………………………………..……………………………………………………………..……………………………………………………………..……………………………………………………………..……………………………………………………………..……………………………………………………………..……………………………………………………………..

8c-2 Sila nyatakan keperluan borang berikut :-

i. Borang P.N.A 1: ………………………………………………………………………………………………………

ii.Borang D ………………………………………………………………………………………………………

iii.Borang 13A ……………………………………………………………………

………………………………

8c – 3 Bilakah Sijil Pendaftaran perniagaan milikan tunggal perlu

diperbaharui?

………………………………………………………………….

Keusahawanan 23 /29

Page 24: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 24

MAKLUM BALAS 8c

8c-1 Prosedur mendaftar perniagaan milikan tunggal:-

Langkah I : Mengisi dan mengemukakan Borang ‘A’(P.NA 1)

Borang Carian Nama Perniagaan.

Langkah II : Mengisi dan mengemukakan Borang P.NA 1A

Mendaftarkan Perniagaan .

Langkah III: Mendapatkan Sijil Akuan Pendaftaran -Borang D

Langkah IV : Pendaftaran perubahan-perubahan maklumat dalam perniagaan

– Borang B (P.NA 2)

8c-2 i. Borang P.N.A 1: Borang carian nama perniagaan.

ii.Borang D : Borang untuk mendapat Sijil Akuan Perdaftaran.

iii.Borang 13A : Borang untuk mendapatkan kebenaran mengguna

nama

perniagaan yang dicadangkan.

8c.3 setahun sekali.

Keusahawanan 24 /29

Page 25: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 25

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam

penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas

yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang

dengan pensyarah anda.

SEMOGA BERJAYA.

Soalan :

En.Tajuddin bercadang untuk memulakan perusahaan memproses makanan

untuk ternakan ayam. Ia telah menyimpan sebahagian daripada pendapatan

bulanannya sebagai Eksekutif Pemasaran sejak beberapa tahun yang lalu.

Dengan bantuan rakan karibnya En. Hassan, seorang pegawai di Kementerian

Pembangunan Usahawan, En.Tajuddin mendapati perusahaan yang ingin

diceburi ini memerlukan modal permulaan sebanyak RM200 000. Jumlah ini

lebih tinggi daripada wang simpanannya. Ia memerlukan sekurang-kurangnya

RM120 000. En.Tajuddin yang arif tentang industri makanan ayam ini

mempunyai perancangan untuk meluaskan pasaran makanan ke seluruh negara.

Walau bagaimanapun, sekiranya perniagaan ini menghadapi kegagalan,

En.Tajuddin tidak sanggup untuk menanggung keseluruhan hutang perniagaan

ini.

Keusahawanan 25 /29

Page 26: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 26

En.Tajuddin telah meminta nasihat rakan karibnya untuk mencadangkan jenis

milikan perniagaan yang sesuai dipilih.

Soalan:

1. Cadangkan jenis milikan perniagaan yang sesuai kepada En.Tajuddin.

Beri alasan anda.

2. Apakah kelebihan dan kekurangan menubuhkan perniagaan jenis

perkongsian untuk perniagaan En.Tajuddin.

3. Sekiranya En.Tajuddin membuat keputusan untuk menubuhkan

Syarikat Sendirian Berhad dalam perusahaan ini, jelaskan tatacara

untuk pendaftaran syarikat ini.

Keusahawanan 26 /29

Page 27: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 27

MAKLUM BALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu soalan penilaian kendiri?

Jika ‘Ya’, sila semak jawapan anda.

1. En.Tajuddin boleh menubuhkan perniagaan berbentuk Syarikat Sendirian

Berhad.

Alasan:-

a. Membantu mengumpul modal perniagaan melalui pelaburan saham.

Modal ini dapat ditambahkan dari masa ke semasa.

b. Liabiliti perniagaan tidak perlu ditanggung sepenuhnya oleh pemegang

saham.

c. Dapat menarik minat pekerja atau kakitangan yang berkemahiran

kerana hayat perusahaan ini lebih terjamin.

2. Kelebihan penubuhan perniagaan perkongsian:-

a. Asas sumber modal lebih banyak daripada milikan tunggal.

b. Tugas dan tanggungjawab mengurus perniagaan dapat dikongsi dengan

rakan kongsi.

c. Dapat gabung kepakaran, idea dan kemahiran pekongsi.

d. Lebih murah untuk didaftarkan.

Kekurangan penubuhan perniagaan perkongsian:-

a. Liabiliti perniagaan tidak terhad.

b. Hayat perniagaan bergantung kepada semangat kerjasama di antara

pekongsi.

c. Boleh berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa.

d. Kurang keyakinan pekerja berkualiti dalam perusahaan ini.

Keusahawanan 27 /29

Page 28: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 28

3. Tatacara untuk mendaftar Syarikat Sdn.Bhd. :-

a. Membuat permohonan bagi mendapat kebenaran mengguna nama yang

dicadang dengan menggunakan Borang 13A.

b. Menyedia dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pendaftaran

syarikat.

Tataujud Syarikat - 2 salinan

Tataurusan Syarikat - 2 salinan

Surat Akuan Berkanun mengenai pematuhan segala peraturan

(Borang 6) – 2 salinan

Borang pecahan saham yang diperuntukkan ( Borang 24 ) – 2

salinan.

Pemberitahuan alamat pejabat yang didaftarkan (Borang 44)

Akaun Berkanun sebelum perlantikan menjadi Pengasas atau

Pengarah (Borang 48A)

Penyata butir-butir Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat

(Borang 49)

Bayaran pendaftaran

Sijil Akaun Perbadanan (Borang 9)

Keusahawanan 28 /29

Page 29: Milikan Perniagaan

P 3117 / Unit 8 / 29

TAHNIAH !

Anda telah tamat mempelajari Unit 8. Sekarang anda boleh pergi ke unit 9 pula

Keusahawanan 29 /29

FAKTA PENTING :-

Tidak ada satu bentuk milikan perniagaan yang terbaik. Ianya bergantung kepada keperluan seorang pemilik atau bakal pemilik.Jenis milikan perniagaan di Malaysia tertakluk kepada Peruntukan Akta-Akta.Pendaftaran perniagaan perlu mengikuti prosedur yang telah ditetapkan.