prestasi industri pada tahun 2005 - bnm.gov.my · prestasi perniagaan hayat perniagaan baru dan...

37
27 Prestasi Industri pada Tahun 2005 Prestasi Industri pada Tahun 2005 Tinjauan Prestasi Industri Industri insurans terus mencatat pertumbuhan yang positif pada tahun 2005, didorong oleh pertumbuhan yang lebih mantap dalam sektor insurans am. Jumlah pendapatan premium bagi perniagaan insurans hayat dan am meningkat 6.9% (2004: 17.2%) kepada RM23,564.6 juta (2004: RM22,041.9 juta) bagi tahun itu. Aktiviti ekonomi yang mapan dan penggunaan swasta yang kukuh menyokong pertumbuhan yang memberangsangkan dalam perniagaan insurans am, dengan semua sektor perniagaan utama mencatat premium yang lebih tinggi, kecuali semua risiko kontraktor (SRK) dan kejuruteraan. Jualan kenderaan bermotor yang lebih tinggi merupakan faktor utama memacu pertumbuhan sektor am, menyumbang lebih 67% daripada peningkatan premium kasar bagi tahun itu. Dalam sektor hayat, pertumbuhan adalah sederhana selepas dua tahun berturut-turut mencatat pertumbuhan yang luar biasa, apabila penanggung insurans memperlahankan jualan produk berkaitan pelaburan dengan modal dijamin dan produk endowmen, berikutan cabaran yang berterusan terhadap pelaburan. Tindakan penanggung insurans ini adalah selaras dengan pertimbangan pengurusan risiko berhemat. Walau bagaimanapun, permintaan terhadap produk perlindungan dan tabungan biasa kekal berdaya tahan dengan semakin meningkatnya kesedaran risiko di kalangan orang ramai. Peningkatan permintaan ini serta pertumbuhan perniagaan insurans am yang ketara menyokong tahap penembusan insurans keseluruhan (diukur dari segi jumlah pendapatan premium kepada keluaran negara kasar) pada 5% yang hanya merupakan penurunan yang sedikit dari tahun 2004 (5.2%). Walaupun pulangan pelaburan lebih rendah, hasil kendalian kekal menggalakkan bagi perniagaan hayat dan am. Keuntungan disokong oleh hasil pengunderaitan yang bertambah baik, produktiviti yang lebih tinggi, ekonomi ikut bidangan yang lebih luas, serta penggunaan modal yang lebih cekap, terutamanya di kalangan penanggung insurans am. Peningkatan kecekapan juga dilihat hasil daripada kawalan kos yang lebih berkesan dan kos pengantaraan yang berkurang yang dicapai melalui penembusan bankasurans dan saluran agihan langsung. Jumlah aset kumpulan wang insurans berkembang 11.4% kepada RM96,742.8 juta pada tahun 2005. Agihan aset kepada sekuriti korporat atau hutang terus meningkat pada tahun itu untuk mencakupi 49.9% (2004: 46.5%) daripada jumlah aset kumpulan wang insurans apabila strategi pelaburan yang lebih aktif diterima pakai oleh penanggung insurans untuk mengoptimumkan hasil dan mengurangkan ketidakpadanan kematangan. Atas sebab yang sama, peralihan daripada pemegangan wang tunai dan deposit kepada instrumen pasaran modal oleh penanggung insurans hayat dan am juga lebih nyata. Penanggung insurans terus mengekalkan dasar risiko kredit yang berhemat bagi pelaburan mereka dalam bon, sementara permintaan daripada penanggung insurans hayat untuk sekuriti jangka panjang bagi memadankan dengan liabiliti jangka panjang mereka kekal kukuh. Liberalisasi peraturan pentadbiran pertukaran asing selanjutnya pada tahun 2005 juga memberi penanggung insurans peluang yang luas untuk mengakses pasaran kewangan antarabangsa bagi pelaburan jangka lebih panjang dan aset dengan mata wang dipadankan untuk menampung liabiliti insurans mereka. Tahap perlindungan insurans terus meningkat pada tahun 2005. Penembusan pasaran, diukur dari segi polisi insurans hayat berkuat kuasa kepada jumlah penduduk, lebih mendalam kepada 38.7% (2004: 37.9%). Dengan itu, jumlah nilai diinsuranskan dalam sektor hayat,

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

27

Prestasi Industri pada Tahun 2005

Prestasi Industri pada Tahun 2005

Tinjauan Prestasi Industri

Industri insurans terus mencatat pertumbuhan yang positif pada tahun 2005, didorong oleh pertumbuhan yang lebih mantap dalam sektor insurans am. Jumlah pendapatan premium bagi perniagaan insurans hayat dan am meningkat 6.9% (2004: 17.2%) kepada RM23,564.6 juta (2004: RM22,041.9 juta) bagi tahun itu. Aktiviti ekonomi yang mapan dan penggunaan swasta yang kukuh menyokong pertumbuhan yang memberangsangkan dalam perniagaan insurans am, dengan semua sektor perniagaan utama mencatat premium yang lebih tinggi, kecuali semua risiko kontraktor (SRK) dan kejuruteraan. Jualan kenderaan bermotor yang lebih tinggi merupakan faktor utama memacu pertumbuhan sektor am, menyumbang lebih 67% daripada peningkatan premium kasar bagi tahun itu. Dalam sektor hayat, pertumbuhan adalah sederhana selepas dua tahun berturut-turut mencatat pertumbuhan yang luar biasa, apabila penanggung insurans memperlahankan jualan produk berkaitan pelaburan dengan modal dijamin dan produk endowmen, berikutan cabaran yang berterusan terhadap pelaburan. Tindakan penanggung insurans ini adalah selaras dengan pertimbangan pengurusan risiko berhemat. Walau bagaimanapun, permintaan terhadap produk perlindungan dan tabungan biasa kekal berdaya tahan dengan semakin meningkatnya kesedaran risiko di kalangan orang ramai. Peningkatan permintaan ini serta pertumbuhan perniagaan insurans am yang ketara menyokong tahap penembusan insurans keseluruhan (diukur dari segi jumlah pendapatan premium kepada keluaran negara kasar) pada 5% yang hanya merupakan penurunan yang sedikit dari tahun 2004 (5.2%).

Walaupun pulangan pelaburan lebih rendah, hasil kendalian kekal menggalakkan bagi perniagaan hayat dan am. Keuntungan disokong oleh hasil pengunderaitan yang

bertambah baik, produktiviti yang lebih tinggi, ekonomi ikut bidangan yang lebih luas, serta penggunaan modal yang lebih cekap, terutamanya di kalangan penanggung insurans am. Peningkatan kecekapan juga dilihat hasil daripada kawalan kos yang lebih berkesan dan kos pengantaraan yang berkurang yang dicapai melalui penembusan bankasurans dan saluran agihan langsung.

Jumlah aset kumpulan wang insurans berkembang 11.4% kepada RM96,742.8 juta pada tahun 2005. Agihan aset kepada sekuriti korporat atau hutang terus meningkat pada tahun itu untuk mencakupi 49.9% (2004: 46.5%) daripada jumlah aset kumpulan wang insurans apabila strategi pelaburan yang lebih aktif diterima pakai oleh penanggung insurans untuk mengoptimumkan hasil dan mengurangkan ketidakpadanan kematangan. Atas sebab yang sama, peralihan daripada pemegangan wang tunai dan deposit kepada instrumen pasaran modal oleh penanggung insurans hayat dan am juga lebih nyata. Penanggung insurans terus mengekalkan dasar risiko kredit yang berhemat bagi pelaburan mereka dalam bon, sementara permintaan daripada penanggung insurans hayat untuk sekuriti jangka panjang bagi memadankan dengan liabiliti jangka panjang mereka kekal kukuh. Liberalisasi peraturan pentadbiran pertukaran asing selanjutnya pada tahun 2005 juga memberi penanggung insurans peluang yang luas untuk mengakses pasaran kewangan antarabangsa bagi pelaburan jangka lebih panjang dan aset dengan mata wang dipadankan untuk menampung liabiliti insurans mereka.

Tahap perlindungan insurans terus meningkat pada tahun 2005. Penembusan pasaran, diukur dari segi polisi insurans hayat berkuat kuasa kepada jumlah penduduk, lebih mendalam kepada 38.7% (2004: 37.9%). Dengan itu, jumlah nilai diinsuranskan dalam sektor hayat,

Page 2: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

28

yang menunjukkan tahap perlindungan insurans yang meliputi penduduk bagi kematian, perbelanjaan perubatan dan persaraan, meningkat kepada lebih RM645 bilion. Tahap penembusan yang lebih tinggi dalam sektor hayat dan permintaan yang lebih teguh bagi insurans am berikutan pengembangan berterusan dalam aktiviti ekonomi, menyokong peningkatan seterusnya dalam perbelanjaan per kapita atas insurans.

Faktor yang menyokong prospek pertumbuhan industri insurans yang positif pada masa depan terus wujud. Keadaan permintaan akan kekal positif dengan pengukuhan prospek pertumbuhan ekonomi dalam negeri, tahap penembusan pasaran yang secara relatif rendah yang mencerminkan pasaran luas yang belum diteroka, perubahan demografi yang menyebabkan pertambahan jumlah penduduk yang semakin tua serta kemewahan dan kesedaran terhadap risiko yang semakin meningkat di kalangan pengguna. Pada masa yang sama, kepelbagaian produk yang lebih meluas, pertambahan saluran agihan alternatif dan langkah pengawalseliaan yang diambil untuk meningkatkan pulangan dan faedah kepada empunya polisi akan memperkukuh keadaan untuk industri mengembangkan kecapaian pasarannya, walaupun persekitaran pelaburan akan kekal mencabar bagi penanggung insurans hayat. Dalam sektor insurans am, penstabilan kadar premium dan jangkaan peningkatan kadar dalam beberapa sektor, berikutan kerugian akibat taufan di Amerika Syarikat akan memberikan sokongan tambahan untuk pertumbuhan pada masa depan.

Prestasi Perniagaan Hayat

Perniagaan Baru dan Berkuat kuasaPerniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun 2005, seperti yang dicerminkan oleh pertumbuhan dalam premium perniagaan baru sebanyak 0.6%, selepas mencatat kadar pertumbuhan tahunan purata sebanyak 36.3% pada dua tahun yang lepas. Kelembapan ini terutamanya disebabkan oleh pengurangan jualan produk berkaitan pelaburan dengan modal dijamin memandangkan persekitaran kadar faedah semasa yang rendah mengekang jualan agresif produk sedemikian selanjutnya pada tingkat pulangan yang menarik yang ditawarkan sebelum ini kepada empunya polisi. Walaupun ini menjejaskan pertumbuhan dalam pasaran premium tunggal, namun jumlah premium tunggal baru secara keseluruhan kekal pada tahap yang hampir dengan tahap yang dicapai pada tahun sebelumnya, disokong oleh pertumbuhan positif yang berterusan sebanyak 13% (2004: 26.1%) dalam premium tunggal bagi perniagaan hayat biasa.

Meskipun terdapat penyesuaian pasaran berhubung dengan produk pelaburan dengan modal dijamin, insurans hayat kekal sebagai alat penting untuk tabungan tetap jangka panjang oleh individu seperti yang dicerminkan oleh pengembangan perniagaan premium tahunan baru yang kembali mencatat pertumbuhan sebanyak 9% pada tahun 2005, selepas mengalami penguncupan yang sederhana pada tahun 2004. Yang ketara, premium berkaitan pelaburan tahunan baru mencatat pertumbuhan

Unit

Jadual 3.1Perniagaan Baru Penanggung Insurans Langsung

Nilai Diin-suranskan

Bilangan Polisi JumlahTahunan

Premium

RM juta

TunggalTahun

2001 1,370,448 129,003.8 1,461.6 3,786.3 5,247.9 2002 1,382,020 140,809.5 1,619.1 1,963.3 3,582.4 2003 1,600,570 168,594.4 1,958.5 2,893.5 4,852.0 2004 1,402,207 171,599.1 1,918.6 4,742.6 6,661.2 2005 1,364,572 181,130.8 2,091.4 4,610.0 6,701.4

2001 16.7 10.4 11.9 131.5 78.4 2002 0.8 9.2 10.8 –48.1 –31.7 2003 15.8 19.7 21.0 47.4 35.4 2004 –12.4 1.8 –2.0 63.9 37.3 2005 –2.7 5.6 9.0 –2.8 0.6

% perubahan

Jadual 3.2Perniagaan Berkuat Kuasa bagi Penanggung Insurans Langsung

NilaiDiinsuranskan

RM jutaUnit

2001 7,890,907 440,005.8 8,170.0 2002 8,506,398 482,993.0 9,137.0 2003 9,228,966 538,779.3 10,240.2 2004 9,723,010 593,922.7 11,251.1 2005 10,142,994 645,047.5 12,301.7 2001 9.1 10.1 10.9 2002 7.8 9.8 11.8 2003 8.5 11.6 12.1 2004 5.4 10.2 9.9 2005 4.3 8.6 9.3

% perubahan

TahunBilangan

PolisiPremiumTahunan

Page 3: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

29

Prestasi Industri pada Tahun 2005

yang lebih mantap sebanyak 17.7% berbanding dengan tahun sebelumnya (2004: 15.1%), yang menyumbang terhadap pengekalan pertumbuhan keseluruhan premium tahunan berkuat kuasa melebihi 9% pada tahun 2005.

Kepentingan insurans yang semakin menonjol sebagai pilihan pelaburan alternatif untuk pengguna yang dapat dilihat beberapa tahun kebelakangan ini juga terus ketara. Ini disokong

premium tunggal, yang kebanyakannya dijana melalui bankasurans.

Permintaan untuk pelan pelaburan dan tabungan yang ditawarkan oleh penanggung insurans dijangka kekal berdaya tahan dalam jangka panjang, diperkuat oleh langkah-langkah yang diambil baru-baru ini untuk mempertingkatkan daya saing produk sedemikian berbanding dengan pilihan pelaburan lain yang serupa dalam

Premium Baru: RM6,701.4 juta Nilai Diinsuranskan Baru: RM181,130.8 juta

BerkaitanPelaburan

Lain-lainSementara -Lain-lain

Sementara -Gadai Janji

Endowmen -Lain-lain

Endowmen -Pendidikan

Seumur Hidup

5.1% 0.5%8.5%

14.3%

50.1%

3.5%

18.0%

6.6% 1.1%

38.6%

11.7%6.6%

9.7%

25.7%

Carta 3.1Agihan Premium Baru dan Nilai Diinsuranskan Baru

Sektor hayat berkembang dengan sederhana dalam persekitaran pelaburan yang semakin mencabar.

oleh penguasaan yang berterusan perniagaan premium tunggal yang merupakan 68.8% (2004: 71.2%) daripada jumlah premium perniagaan baru, dan lebih daripada separuh premium baru dijana di kalangan majoriti penanggung insurans hayat. Polisi berkaitan pelaburan dan endowmen hayat biasa merupakan 58.2% daripada jumlah premium tunggal baru, memperkukuh minat pengguna yang mapan dalam insurans hayat bagi memenuhi matlamat pelaburan jangka pendek hingga jangka sederhana. Penanggung insurans domestik terus mengekalkan kedudukan kompetitif mereka yang semakin baik, secara kolektif menguasai 68.2% daripada pasaran

pasaran. Ini termasuk pelaksanaan garis panduan baru yang relevan bagi polisi berkaitan pelaburan, yang bertujuan untuk memaksimumkan faedah kepada empunya polisi melalui penyesuaian struktur kos bagi produk sedemikian, dan lebih fleksibiliti pelaburan yang diberikan kepada penanggung insurans untuk meningkatkan hasil. Dorongan selanjutnya juga dijangka datang daripada perubahan pengawalseliaan yang dilaksanakan pada tahun 2005, merangkumi langkah yang membenarkan penanggung insurans menawarkan polisi pendidikan dan berkaitan pelaburan dalam denominasi mata wang asing. Pengenalan penasihat kewangan

Page 4: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

30

dalam industri insurans selanjutnya dijangka menggalakkan rumusan insurans yang lebih berstruktur yang paling sesuai dengan keperluan perancangan kewangan pengguna.

Bahagian pasaran perniagaan berkaitan pelaburan dari segi premium perniagaan baru berkurang untuk kali pertama dalam tempoh empat tahun, sementara bahagian pasaran perniagaan endowmen hayat biasa terus meningkat, mencerminkan trend pertumbuhan sepanjang tahun 2005. Walau bagaimanapun,

dijual oleh penanggung insurans pada tahun-tahun yang lebih awal, terus menurun secara berperingkat-peringkat pada tahun-tahun yang lepas dengan pilihan yang semakin bertambah di kalangan pengguna untuk ciri produk insurans berkaitan pelaburan yang lebih fl eksibel dan telus.

Polisi perlindungan hayat tulen dalam bentuk polisi sementara (atau bertempoh) menyaksikan pertumbuhan premium baru yang lebih perlahan berbanding dengan jumlah premium yang lebih besar yang dicatat pada tahun 2004.

dari segi premium tahunan berkuat kuasa, bahagian perniagaan berkaitan pelaburan terus berada pada trend meningkat selaras dengan pertumbuhan kukuh yang dapat dikekalkan bagi premium berkaitan pelaburan tahunan baru. Perniagaan seumur hidup biasa mengekalkan bahagian yang dominan bagi premium tahunan berkuat kuasa, walaupun bahagian itu, yang disokong terutamanya oleh polisi legasi yang

Walau bagaimanapun, permintaan terhadap produk sedemikian kekal kukuh seiring dengan perkembangan yang berterusan dalam aktiviti pemberian pinjaman bank pada tahun itu. Sementara pelan insurans sementara gadai janji kekal dominan dalam sektor ini, bahagian premium berkaitan bukan gadai janji meningkat lagi untuk mencakupi sebanyak 36.2% (2004: 33%) daripada premium perniagaan baru yang

Permintaan atas pelan pelaburan dan tabungan dijangka kekal bertahan dalam jangka panjang, dirangsang oleh langkah-langkah untuk meningkatkan daya saing produk tersebut.

2001 490.9 824.9 733.7 370.9 413.2 2,414.3 5,247.9 2002 436.9 1,032.8 810.3 409.6 891.6 1.2 3,582.4 2003 508.5 1,514.3 930.5 542.4 1,356.3 – 4,852.0 2004 418.4 2,268.4 1,130.9 590.6 2,252.5 0.4 6,661.2 2005 445.0 2,661.7 1,227.2 646.8 1,720.2 0.5 6,701.4 2001 5.7 58.6 17.5 22.1 –22.6 386.7 78.4 2002 –11.0 25.2 10.4 10.4 115.8 –99.9 –31.7 2003 16.4 46.6 14.8 32.4 52.1 –100.0 35.4 2004 –17.7 49.8 21.5 8.9 66.1 – 37.3 2005 6.4 17.3 8.5 9.5 –23.6 25.0 0.6 2001 9.3 15.7 14.0 7.1 7.9 46.0 100.0 2002 12.2 28.8 22.6 11.5 24.9 … 100.0 2003 10.5 31.2 19.2 11.2 27.9 – 100.0 2004 6.3 34.0 17.0 8.9 33.8 … 100.0 2005 6.6 39.7 18.3 9.7 25.7 … 100.0

% perubahan

Sementara Lain-lainJumlah

RM juta

% bahagian

Seumur HidupTahun

Jadual 3.3 Agihan Premium Perniagaan Baru Penanggung Insurans Langsung

BerkaitanPelaburan

Insurans Hayat Biasa

Endowmen Anuiti

… Terlalu kecil

Page 5: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

31

Prestasi Industri pada Tahun 2005

dijana untuk kelas perniagaan ini. Khususnya, jualan polisi hayat sementara kumpulan tajaan majikan meningkat dengan ketara, didorong sebahagiannya oleh tekanan menurun terhadap kadar premium insurans sementara berikutan penghapusan kadar minimum hayat sementara berkumpulan yang digunakan oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) pada tahun

2004. Insurans sementara kredit pengguna yang menyediakan pembayaran semula hutang tertunggak sekiranya berlaku kematian, hilang upaya atau penyakit kritikal juga terus menarik minat yang kuat daripada pengguna bank. Ini memperkukuh tahap kesedaran individu terhadap insurans pada tahap yang lebih tinggi sebagai alat pengurusan risiko kewangan peribadi.

Premium Berkuat Kuasa: RM12,301.7 juta Nilai Diinsuranskan Berkuat Kuasa: RM645,047.5 juta

BerkaitanPelaburan

Lain-lainSementara

Endowmen -Lain-lain

Endowmen -Pendidikan

SeumurHidup

BerkaitanPelaburan

AnuitiLain-lainSementara -Lain-lain

Sementara -Gadai Janji

Endowmen -Lain-lain

Endowmen -Pendidikan

SeumurHidup

35.2%

5.3%16.2%

3.7%

13.9%

25.7%

25.1%

8.1%

20.0%

21.7%

8.2%

15.1% 0.2%

1.6%

Carta 3.2Agihan Premium Tahunan dan Nilai Diinsuranskan Berkuat Kuasa

Jadual 3.4 Agihan Premium Tahunan Berkuat Kuasa bagi Penanggung Insurans Langsung

2001 3,543.3 2,348.1 366.5 1,309.2 602.9 8,170.0 2002 3,781.2 2,425.2 382.4 1,430.1 1,118.1 9,137.0 2003 4,020.0 2,513.1 409.8 1,583.5 1,713.8 10,240.2 2004 4,170.9 2,578.5 433.5 1,662.2 2,406.0 11,251.1 2005 4,333.6 2,642.0 448.8 1,710.8 3,166.5 12,301.7 2001 8.7 5.5 3.9 9.7 80.8 10.9 2002 6.7 3.3 4.3 9.2 85.5 11.8 2003 6.3 3.6 7.2 10.7 53.3 12.1 2004 3.8 2.6 5.8 5.0 40.4 9.9 2005 3.9 2.5 3.5 2.9 31.6 9.3 2001 43.4 28.7 4.5 16.0 7.4 100.0 2002 41.4 26.5 4.2 15.7 12.2 100.0 2003 39.3 24.5 4.0 15.5 16.7 100.0 2004 37.1 22.9 3.8 14.8 21.4 100.0 2005 35.2 21.5 3.7 13.9 25.7 100.0

RM juta

% perubahan

% bahagian

Se mentara Lain-lainJumlahSeumur

HidupTahun

BerkaitanPelaburan

Insurans Hayat Biasa

Endowmen

Page 6: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

32

Sejajar dengan permintaan yang mapan untuk insurans perlindungan tulen, tahap perlindungan mortaliti agregat terus bertambah baik dengan jumlah nilai diinsuranskan baru melebihi RM180 bilion pada tahun 2005. Termasuk polisi berkuat kuasa, jumlah nilai diinsuranskan melebihi RM645

bilion. Secara kolektif, pelan insurans sementara serta perubatan dan kesihatan masing-masing mencakupi 64.5% dan 41.8% daripada jumlah nilai diinsuranskan baru dan jumlah nilai diinsuranskan berkuat kuasa. Pada masa yang sama, jumlah nilai diinsuranskan yang berhubung

2001 16,443.5 12,452.9 82,024.4 6,874.8 9,591.1 1,617.1 129,003.8 2002 12,753.3 13,668.6 89,852.8 6,870.2 17,664.4 0.2 140,809.5 2003 14,195.6 16,002.7 103,587.1 7,102.6 27,706.4 – 168,594.4 2004 10,998.8 16,636.2 107,460.3 6,463.7 30,040.1 … 171,599.1 2005 9,196.4 16,332.8 116,646.0 6,291.2 32,664.4 … 181,130.8 2001 8.4 15.5 7.7 –1.3 31.7 262.6 10.4 2002 –22.4 9.8 9.5 –0.1 84.2 –99.9 9.2 2003 11.3 17.1 15.3 3.4 56.8 –100.0 19.7 2004 –22.5 4.0 3.7 –9.0 8.4 – 1.8 2005 –16.4 –1.8 8.5 –2.7 8.7 … 5.6 2001 12.7 9.7 63.6 5.3 7.4 1.3 100.0 2002 9.1 9.7 63.8 4.9 12.5 … 100.0 2003 8.4 9.5 61.5 4.2 16.4 – 100.0 2004 6.4 9.7 62.6 3.8 17.5 … 100.0 2005 5.1 9.0 64.4 3.5 18.0 … 100.0

% perubahan

Sementara Lain-lainJumlah

RM juta

% bahagian

Seumur HidupTahun

Jadual 3.5 Agihan Nilai Diinsuranskan Baru bagi Penanggung Insurans Langsung

BerkaitanPelaburan

Insurans Hayat Biasa

Endowmen Anuiti

… Terlalu kecil

2001 145,790.2 50,019.7 164,493.3 58,984.7 18,959.5 1,758.4 440,005.8 2002 151,297.6 52,570.7 185,567.9 57,814.7 34,085.5 1,656.6 482,993.0 2003 157,509.9 56,121.2 209,447.6 57,845.0 56,257.3 1,598.3 538,779.3 2004 160,478.5 59,478.2 241,339.8 55,160.9 75,933.3 1,532.0 593,922.7 2005 162,111.0 62,692.8 269,204.2 52,541.8 97,032.9 1,464.8 645,047.5 2001 7.5 6.6 12.0 –1.3 88.7 294.2 10.1 2002 3.8 5.1 12.8 –2.0 79.8 –5.8 9.8 2003 4.1 6.8 12.9 0.1 65.0 –3.5 11.6 2004 1.9 6.0 15.2 –4.6 35.0 –4.1 10.2 2005 1.0 5.4 11.5 –4.7 27.8 –4.4 8.6 2001 33.1 11.4 37.4 13.4 4.3 0.4 100.0 2002 31.3 10.9 38.4 12.0 7.1 0.3 100.0 2003 29.2 10.4 38.9 10.7 10.5 0.3 100.0 2004 27.0 10.0 40.6 9.3 12.8 0.3 100.0 2005 25.1 9.7 41.7 8.2 15.1 0.2 100.0

% perubahan

Sementara Lain-lainJumlah

RM juta

% bahagian

Seumur HidupTahun

Jadual 3.6 Agihan Nilai Diinsuranskan Berkuat Kuasa bagi Penanggung Insurans Langsung

BerkaitanPelaburan

Insurans Hayat Biasa

Endowmen Anuiti

Page 7: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

33

Prestasi Industri pada Tahun 2005

dengan produk berkaitan pelaburan juga mencatat peningkatan pada tahun 2005, apabila lebih banyak pengguna mengambil kesempatan daripada fl eksibiliti yang diberikan di bawah pelan berkaitan pelaburan untuk menyesuaikan tahap kandungan perlindungan yang diperoleh sejajar dengan matlamat pelaburan dan perlindungan peribadi mereka.

Dengan jumlah isi rumah yang masih ramai belum mendapat perlindungan insurans, peningkatan tahap penembusan insurans akan menjadi penting bagi isi rumah untuk mengekalkan taraf hidup selepas kematian penerima upah utama. Sehubungan dengan itu, inisiatif terus ditumpukan bagi menggalakkan pengenalan pelan perlindungan insurans yang inovatif dan mampu dibeli yang lebih pelbagai, melalui pendekatan seimbang antara pengawalseliaan produk dengan persaingan yang sihat. Hasilnya, tahun 2005 menyaksikan inovasi produk selanjutnya oleh penanggung insurans yang mempertingkatkan faedah yang diberikan kepada empunya polisi di bawah rangkaian produk tradisi, serta pengenalan reka bentuk produk yang diubah suai secara eksklusif untuk warga emas dan penduduk wanita. Bank juga, secara usaha sama dengan industri insurans, meneruskan usaha di bawah program pendidikan pengguna InfoInsurans yang berterusan untuk menggalakkan kesedaran orang ramai yang lebih meluas terhadap faedah insurans dan pilihan produk yang sedia ada.

Berbeza dengan tekanan menurun atas kadar premium bagi polisi sementara, kos purata polisi seumur hidup dan endowmen biasa baru

(tidak termasuk polisi premium tunggal) adalah lebih tinggi pada tahun 2005. Peningkatan itu, yang dicerminkan dalam kenaikan 27% dalam kos purata bagi polisi seumur hidup dan 13.2% bagi polisi endowmen, sebahagian besarnya ialah hasil daripada penyesuaian kadar premium oleh penanggung insurans bagi mencerminkan andaian penetapan harga yang dikemas kini. Pasaran bagi produk sedemikian yang secara relatif tertumpu, dengan lima penanggung insurans yang teratas menguasai 71.4% daripada premium endowmen tahunan baru dan 81.8% daripada premium seumur hidup baru pada tahun 2005, mungkin juga telah mempengaruhi takat penyesuaian kadar itu. Walau bagaimanapun, penyesuaian ini terus memberikan kesan yang sedikit terhadap kos purata yang sama bagi polisi berkuat kuasa dalam kategori ini disebabkan penumpuan perniagaan baru yang berterusan dalam polisi premium tunggal, bukannya polisi premium tahunan.

Bankasurans kekal sebagai saluran agihan penting bagi insurans hayat, mencakupi 45.3% (2004: 48.2%) daripada premium perniagaan baru yang dijana. Penanggung insurans domestik terus menguasai bahagian yang dominan sebanyak 81.9% (2004: 82.4%) daripada pasaran bankasurans dari segi premium baru. Walau bagaimanapun, produktiviti yang lebih tinggi bagi tenaga agensi, yang memperlihatkan nisbah premium baru setiap ejen meningkat dengan nyata sebanyak 14.6% kepada RM27,071 pada tahun 2005, menyebabkan ejen kembali menjadi saluran agihan utama bagi insurans hayat dengan bahagian sebanyak

2001 1,410 1,340 47,220 23,126 30 58 2002 1,390 1,259 40,568 22,685 34 55 2003 1,352 1,335 38,362 24,820 35 54 2004 1,539 1,406 41,919 26,548 37 53 2005 1,914 1,612 40,981 26,801 47 60

RM

Nilai Diinsurans-kan Purata

Premium Tahu-nan Purata

Jadual 3.7 Saiz dan Kos Purata Polisi Baru Insurans Hayat Individu Biasa Penanggung Insurans Langsung1

SeumurHidup

Endow-men

SeumurHidup

Endow-men

Se-umurHidup

En dow-men

Kos Purata2

Tahun

1 Bagi polisi premium tahunan sahaja 2 Premium tahunan baru bagi setiap RM1,000 nilai diinsuranskan baru

2001 1,094 1,049 45,018 19,058 24 55 2002 1,132 1,068 45,294 19,564 25 55 2003 1,161 1,097 45,453 20,170 26 54 2004 1,196 1,127 45,969 20,648 26 55 2005 1,249 1,167 46,617 21,339 27 55

Kos Purata2

RM

Nilai Diinsu-ranskan Purata

Premium Tahu-nan Purata

SeumurHidup

SeumurHidup

Endow-men

Tahun SeumurHidup

Endow-men

Endow-men

Jadual 3.8Saiz dan Kos Purata Polisi Berkuat Kuasa Insurans Hayat Individu Biasa bagi Penanggung Insurans Langsung1

1 Untuk polisi premium tahunan sahaja2 Premium tahunan berkuat kuasa bagi setiap RM1,000 jumlah diinsuranskan berkuat kuasa

Page 8: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

34

49.4% daripada premium perniagaan baru pada tahun 2005 (2004: 47.1%). Dengan penanggung insurans yang dikawal oleh warga asing menguasai sebahagian besar tenaga agensi ekoran penyertaan mereka yang lebih lama dalam pasaran, strategi bankasurans yang berjaya oleh penanggung insurans domestik akan terus menjadi faktor penting dalam peluasan bahagian pasaran mereka. Selain bankasurans, pengenalan penasihat kewangan baru-baru ini sebagai saluran alternatif baru akan juga menyediakan saluran penting bagi penanggung insurans domestik meningkatkan penembusan pasaran mereka, terutamanya dalam segmen pelanggan yang berpendapatan tinggi. Bahagian premium baru yang dijana daripada pemasaran langsung, broker dan saluran lain hampir kekal tidak berubah, masing-masing pada 2.1%, 2.4% dan 0.8% pada tahun 2005.

Penanggung insurans yang dikawal oleh warganegara Malaysia terus menerajui pertumbuhan perniagaan baru bagi tahun kedua berturut-turut, dengan mendapat 54.5% premium perniagaan baru pada tahun 2005 (2004: 55%). Yang penting, mereka mengekalkan penguasaan dalam kelas perniagaan endowmen (78.2%) dan sementara (62.8%), yang mencatat kadar pertumbuhan perniagaan baru paling kukuh antara rangkaian

produk utama pada tahun 2005. Penanggung insurans yang dikawal oleh warga asing mengekalkan penguasaan mereka atas kelas insurans seumur hidup (73.3%) dan berkaitan pelaburan (66.8%). Melangkah ke hadapan, inisiatif yang sedang dilaksanakan di bawah Pelan Induk Sektor Kewangan bagi membina keupayaan industri insurans akan kekal penting bagi mengukuhkan kedudukan berbanding penanggung insurans yang bertambah baik, dengan matlamat akhir untuk menggalakkan pasaran yang lebih kompetitif sambil mengekalkan kestabilan pasaran jangka panjang.

PenamatanPada tahun 2005, premium tahunan dan nilai diinsuranskan yang ditamatkan masing-masing meningkat 12.3% dan 14.9%, disebabkan terutamanya oleh polisi sementara yang tidak diperbaharui, penukaran kepada polisi berbayar, pemberhentian rider dan nilai diinsuranskan di bawah insurans sementara gadai janji yang berkurang. Penamatan atas sebab-sebab sedemikian meningkat, masing-masing sebanyak 28.7% dan 14.2% dari segi premium tahunan dan nilai diinsuranskan.

Yang lebih ketara trend yang lebih positif dalam gabungan penamatan kerana rampasan dan serahan, yang terus merupakan bahagian terbesar premium tahunan yang ditamatkan. Pada tahun 2005, gabungan penamatan kerana rampasan dan serahan menurun untuk mencakupi 65.1% daripada jumlah premium tahunan yang ditamatkan (2004: 69.2%), iaitu merupakan tahap terendah dalam tempoh empat tahun. Yang jelas, beberapa penanggung insurans telah menggiatkan usaha untuk menambah baik pemulihan polisi yang menyebabkan kadar peningkatan premium tahunan yang ditamatkan oleh rampasan nyata lebih perlahan pada tahun 2005. Di peringkat institusi, hampir separuh (atau tujuh daripada 16) penanggung insurans hayat mencatat pengurangan dalam kadar rampasan tiga tahun polisi (ditakrifkan sebagai nisbah premium yang dirampas bagi tiga tahun polisi kepada premium tahunan baru yang diunderait tiga tahun sebelum itu). Perbezaan kadar rampasan antara penanggung insurans yang dikawal oleh warganegara Malaysia dengan penanggung insurans yang dikawal oleh warga asing juga mengecil pada tahun 2005 berikutan penurunan dalam kadar rampasan

2001 10.5 14.2 178.8 263.7 271.1 738.3 2002 11.4 19.6 204.4 278.3 137.6 651.3 2003 14.7 32.3 256.8 304.6 238.5 846.9 2004 15.2 31.6 277.1 358.4 235.5 917.8 2005 17.9 38.9 302.1 369.2 303.0 1,031.1 2001 6.1 12.7 10.6 –33.6 12.1 –10.3 2002 8.6 38.0 14.3 5.5 –49.2 –11.8 2003 28.9 64.8 25.6 9.5 73.3 30.0 2004 3.4 –2.2 7.9 17.7 –1.3 8.4 2005 17.8 23.1 9.0 3.0 28.7 12.3

2001 1.4 2.0 24.2 35.7 36.7 100.0 2002 1.8 3.0 31.4 42.7 21.1 100.0 2003 1.7 3.8 30.3 36.0 28.2 100.0 2004 1.7 3.4 30.2 39.0 25.7 100.0 2005 1.7 3.8 29.3 35.8 29.4 100.0

Jadual 3.9 Penamatan Premium Tahunan Penanggung Insurans Langsung

CukupTem-poh

Lain-lain

JumlahRampas-an TolakPemuli-

han

Serah-an

Ke-matian

RM juta

Tahun

% perubahan

% bahagian

Page 9: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

35

Prestasi Industri pada Tahun 2005

tiga tahun polisi bagi penanggung insurans milik warganegara Malaysia kepada 35.7% (2004: 39.2%), berbanding dengan kemerosotan yang dicatat oleh penanggung insurans yang dikawal oleh warga asing.

Walau bagaimanapun, di peringkat industri yang lebih luas, kesan positif yang dijangka daripada pelbagai langkah pemulihan polisi yang dilaksanakan semenjak tahun 2003, masih belum membuahkan hasil sepenuhnya kerana lebih daripada separuh penanggung insurans, termasuk tiga daripada lima penanggung insurans terbesar, mencatat kemerosotan dalam pengalaman rampasan mereka yang meningkatkan kadar rampasan industri tiga tahun kepada 26.3% pada tahun 2005 bagi polisi yang dikeluarkan pada tahun 2002.

Pembaikan yang lebih konsisten dalam pengalaman rampasan di seluruh industri seharusnya timbul bagi polisi yang dikeluarkan dari tahun 2003 dengan pelaksanaan pelbagai langkah untuk memperkukuh pengendalian pasaran secara profesional dalam industri. Ini termasuk pengenalan standard kelayakan minimum yang lebih tinggi dan program pembangunan profesional yang berterusan untuk ejen berkuat kuasa daripada tahun 2003, dan pelaksanaan amalan nasihat yang wajar pada tahun 2004, yang bertujuan untuk memastikan polisi yang dijual adalah sesuai dengan keperluan pengguna. Langkah-langkah selanjutnya untuk meningkatkan jualan dan amalan khidmat nasihat dilaksanakan pada tahun 2005 dengan memperketat mekanisme institusi untuk memantau dan memulihkan penggantian polisi yang menjejaskan kepentingan empunya polisi, memerlukan semua penanggung insurans hayat mewujudkan unit pemulihan khusus yang bertanggungjawab memastikan empunya polisi diberi nasihat yang wajar mengenai semua kesan yang merumitkan bagi sebarang keputusan untuk mengganti polisi insurans hayat mereka, di samping menambah baik program latihan untuk kakitangan institusi perbankan yang terlibat dalam penjualan produk bankasurans.

RM juta

Jadual 3.10Penamatan Nilai Diinsuranskan Penanggung Insurans Langsung

Kematian JumlahCukup Tempoh

SerahanRampasan

tolakPemulihan

Lain-lainTahun

2001 462.3 420.3 8,026.1 6,766.3 75,426.6 91,101.6 2002 531.8 818.7 10,020.4 7,929.8 78,516.7 97,817.4 2003 638.5 888.4 11,187.1 7,727.2 91,380.3 111,821.5 2004 690.0 983.4 12,879.7 10,293.2 88,284.6 113,130.9 2005 771.0 1,458.7 15,017.2 11,922.8 100,834.8 130,004.5 2001 –25.9 24.4 10.2 –46.4 24.1 11.6 2002 15.0 94.8 24.8 17.2 4.1 7.4 2003 20.1 8.5 11.6 –2.6 16.4 14.3 2004 8.1 10.7 15.1 33.2 –3.4 1.2 2005 11.7 48.3 16.6 15.8 14.2 14.9 2001 0.5 0.5 8.8 7.4 82.8 100.0 2002 0.5 0.8 10.3 8.1 80.3 100.0 2003 0.6 0.8 10.0 6.9 81.7 100.0 2004 0.6 0.9 11.4 9.1 78.0 100.0 2005 0.6 1.1 11.5 9.2 77.6 100.0

% perubahan

% bahagian

1 Gabungan polisi seumur hidup, endowmen dan polisi 'lain'

Jadual 3.11 Kadar Rampasan dan Serahan Penanggung Insurans Langsung

Kadar Serahan (%)Tahun Kadar Rampasan bagi 3 Tahun Polisi1 (%)

2001 28.4 2.4 2002 24.7 2.5 2003 24.7 2.8 2004 23.4 2.7 2005 26.3 2.7

Page 10: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

36

Walaupun kadar rampasan merosot, kadar serahan kekal tidak berubah pada 2.7% kerana sebahagian besar penanggung insurans yang mencatat kemerosotan dalam kadar rampasan turut mencatat peningkatan yang seimbang dalam kadar serahan pada tahun 2005. Ini menyokong pembaikan keseluruhan dalam nisbah pemulihan (seperti diukur oleh nisbah premium diperbaharui tahun semasa kepada premium tahun pertama dan premium diperbaharui pada tahun sebelumnya) kepada 92.7% (2004: 91.7%). Empunya polisi sertaan yang membeli polisi mereka selepas bulan Jun 2005 boleh juga menjangkakan nilai serahan

yang lebih baik berikutan pelaksanaan peraturan pengawalseliaan baru yang memperuntukkan asas yang lebih saksama terhadap penentuan pembayaran serahan kepada empunya polisi.

Bank terus memberi keutamaan yang tinggi atas pencapaian penambahbaikan yang lebih besar dan berterusan dalam kadar rampasan dan serahan, memandangkan pengurangan nilai yang ketara kepada empunya polisi yang meluputkan atau menyerahkan polisi mereka pada tahun-tahun awal polisi. Langkah-langkah yang diambil untuk tujuan ini juga penting bagi mengekalkan tahap perlindungan insurans yang lebih tinggi secara progresif dalam negara dan dengan itu, merealisasikan manfaat sosioekonomi yang positif yang akan diperoleh daripadanya.

Pendapatan dan Perbelanjaan Pertumbuhan pendapatan premium yang lebih perlahan di samping kerugian modal yang ketara daripada pelupusan aset menyebabkan hasil kendalian yang lebih rendah dalam sektor hayat pada tahun 2005. Lebihan pendapatan atas perbelanjaan ialah 9.5% lebih rendah, dengan sembilan (atau tiga kali ganda banyaknya) penanggung insurans mencatat lebihan pendapatan atas perbelanjaan yang lebih rendah pada tahun 2005, berbanding dengan tahun 2004. Namun begitu, peningkatan kecekapan membolehkan penanggung insurans terus

TahunPertama

Polisi

Jadual 3.12 Kadar Rampasan mengikut Tahun PolisiPenanggung Insurans Langsung1

TahunDikeluar-

kan

TahunKeduaPolisi

TahunKetigaPolisi

Jumlah

2005 2005 6.0 – – 6.0 2004 11.0 4.7 – 15.7 2003 13.5 7.9 2.0 23.4 2002 11.7 11.4 3.2 26.3 2004 2004 5.8 – – 5.8 2003 12.9 5.1 – 18.0 2002 10.9 11.4 2.3 24.6 2001 12.0 8.4 3.0 23.4

Tahun

1 Gabungan polisi seumur hidup, endowmen dan polisi 'lain'

Pendapatan Pendapatan premium 12,374.4 74.3 15,131.0 74.3 16,010.4 76.4 Pendapatan pelaburan bersih 2,688.4 16.2 3,175.8 15.6 3,662.5 17.5Keuntungan atas jualan aset dan pendapatan pelbagai 1,587.5 9.5 2,057.9 10.1 1,269.8 6.1

Jumlah 16,650.3 100.0 20,364.7 100.0 20,942.7 100.0

Perbelanjaan Faedah polisi bersih 4,593.9 27.6 5,397.3 26.5 6,261.2 29.9Imbuhan agensi 2,079.8 12.5 2,382.3 11.7 2,506.1 12.0Perbelanjaan pengurusan1 922.0 5.5 1,016.3 5.0 1,112.7 5.3Kerugian atas jualan aset dan perbelanjaan lain 532.1 3.2 584.4 2.9 1,122.8 5.3

Jumlah 8,127.8 48.8 9,380.3 46.1 11,002.8 52.5

Lebihan pendapatan berbanding 8,522.5 51.2 10,984.4 53.9 9,939.9 47.5 perbelanjaan

Perkara2004

RM juta RM juta %

2005

% RM juta %

2003

Jadual 3.13Pendapatan dan Perbelanjaan

1 Termasuk hutang lapuk dan hutang ragu bersih

Page 11: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

37

Prestasi Industri pada Tahun 2005

mengekalkan keuntungan sebanyak RM9,939.9 juta bagi tahun 2005.

Agregat pendapatan faedah dan dividen yang disatukan meningkat pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 12% pada tahun 2005 (2004: 16.1%) sejajar dengan pertumbuhan lebih perlahan dalam aset kumpulan wang insurans. Pendapatan faedah yang berjumlah RM2,706.3 juta pada tahun 2005 kekal sebagai komponen terbesar pendapatan pelaburan, mencakupi 73.9% daripada jumlah pendapatan pelaburan, diikuti oleh dividen sebanyak RM703.7 juta yang mencakupi bahagian sebanyak 19.2%. Kebanyakan penanggung insurans mencapai hasil pelaburan yang lebih baik tidak termasuk untung modal, berbanding dengan prestasi mereka secara individu pada tahun lalu. Hanya lima penanggung insurans, termasuk penanggung insurans asing dan domestik, mencatat hasil perbandingan yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, hasil pelaburan tidak termasuk untung modal bagi keseluruhan kumpulan wang hayat secara relatif kekal tidak berubah pada 5.7%. Termasuk untung modal, hasil pelaburan purata merosot kepada 6.5% pada tahun 2005 akibat kerugian modal atas pelupusan aset yang meningkat dengan ketara sebanyak 59.5% kepada RM215.9 juta. Kebanyakan penanggung insurans mencatat kerugian terealisasi yang lebih tinggi disebabkan oleh pasaran ekuiti yang lembap. Hasil pelaburan yang terus merosot

memberi cabaran kewangan yang berterusan kepada penanggung insurans hayat yang mempunyai portfolio besar polisi hayat sertaan yang diunderait sebelum tahun 1999 berdasarkan kadar faedah yang diilustrasikan pada kadar 8.5%.

Strategi penanggung insurans untuk menangani keadaan pasaran ekuiti yang masih lemah termasuk memperkenalkan produk berkaitan indeks ekuiti yang mengehadkan risiko pelaburan penanggung insurans hanya setakat sebarang jaminan yang diberikan. Banyak penanggung insurans juga telah meningkatkan lagi agihan aset kepada sekuriti pendapatan tetap, walaupun penawaran yang terhad telah mengurangkan hasil secara berterusan, terutamanya atas bon yang bertempoh matang lebih lama. Secara keseluruhan, industri menjangkakan hasil pelaburan secara relatif akan kekal tidak berubah pada tahun akan datang.

Jumlah faedah polisi bersih meningkat pada kadar 16% pada tahun 2005 (2004: 17.5%). Terdapat pembayaran yang lebih sederhana bagi kematian, hilang upaya, serahan dan faedah perubatan pada tahun ini. Pasaran ekuiti yang lembap dan jualan polisi berkaitan pelaburan baru yang lebih perlahan menyumbang kepada peningkatan yang lebih rendah dalam pembayaran serahan (komponen terbesar faedah polisi bersih), yang dibuat berhubung

2001 2002 2003 2004 2005

0

5

10

15

20

25

30

35

2001 2002 2003 2004 2005

0

4

8

12

Imbuhan agensi

Perbelanjaan pengurusan

Kadar Perbelanjaan

Jumlah perbelanjaan

% %

Tanpakeuntunganmodal

Dengankeuntunganmodal

Kadar Faedah

Carta 3.3Kadar Perbelanjaan dan Kadar Faedah Diperoleh

Page 12: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

38

dengan penebusan unit berkaitan pelaburan oleh empunya polisi. Sebaliknya, pembayaran atas polisi endowmen jangka pendek yang telah matang yang dijual sebelum tahun ini terus meningkat pada kadar yang lebih pantas, iaitu 30.6% (2004: 24.3%) untuk mencakupi bahagian yang lebih tinggi sebanyak 24.1% (2004: 21.4%) daripada jumlah faedah polisi bersih. Meskipun terus berhadapan dengan cabaran pelaburan, penanggung insurans juga berupaya mengekalkan pembayaran bonus yang lebih tinggi kepada polisi sertaan, yang meningkat lagi sebanyak 22% (2004: 14.7%)

yang paling ketara merupakan pengendali bankasurans domestik utama, kerana beberapa daripada pengendali ini mencapai jumlah perniagaan kritikal yang diperlukan untuk menghasilkan pulangan positif atas pelaburan yang dibuat dalam strategi bankasurans.

Produk premium tunggal yang paling menonjol (dengan komisen agensi yang lebih rendah berbanding dengan polisi premium tahunan), penembusan bankasurans yang ketara, dan langkah-langkah pengawalseliaan yang diperkenalkan pada tahun 2005 untuk mengurangkan kos pengantaraan bagi produk berkaitan pelaburan juga menyumbang kepada pengurangan perbelanjaan agensi. Perbelanjaan agensi meningkat dengan sederhana buat tahun kedua berturut-turut sebanyak 5.2% (2004: 14.5%), lantas menyebabkan pengurangan kadar imbuhan agensi kepada 20.6% daripada pendapatan premium terlaras, iaitu tahap kedua paling rendah yang dicatat dalam masa lebih sedekad. Berikutan itu, jumlah kadar perbelanjaan bertambah baik kepada kadar paling rendah pernah dicapai sebanyak 29.7%. Dengan meningkatnya pertumpuan kewangan yang akan menentukan landskap kewangan, kecekapan yang bertambah baik sedemikian akan membolehkan industri bersaing dengan lebih efektif dalam

disokong oleh amalan peruntukan rizab yang berhemat. Langkah-langkah pengawalseliaan yang dilaksanakan untuk menggalakkan layanan saksama kepada empunya polisi sertaan akan memastikan penanggung insurans terus menggunakan dasar pembahagian bonus yang adil dalam jangka panjang yang pada umumnya konsisten dengan prestasi kumpulan wang insurans.

Keuntungan daripada kecekapan yang diraih oleh penanggung insurans hayat pada tahun 2005 telah mengurangkan satu mata peratusan kadar perbelanjaan industri yang bertambah baik kepada 9.1% (2004: 9.2%) daripada pendapatan premium terlaras. Empat daripada lima penanggung insurans dengan pembaikan

industri perkhidmatan kewangan yang lebih luas.

AsetWalaupun hasil kendalian lebih lemah, jumlah aset kumpulan wang insurans hayat terus berkembang pada kadar dua angka sebanyak 12.9% (2004: 15.9%) kepada RM78,753.4 juta pada tahun 2005. Aset kumpulan wang berkaitan pelaburan meningkat lagi untuk mencakupi bahagian yang lebih besar sebanyak 7.5% daripada jumlah aset (2004: 6.7%), sementara bahagian aset kumpulan wang hayat biasa terus menurun kepada 88.9% (2004: 89.2%). Kumpulan wang anuiti, yang kebanyakannya merupakan polisi yang dijual di bawah skim anuiti KWSP yang dihentikan,

Jadual 3.14 Kadar Perbelanjaan dan Kadar Faedah Diperoleh

2001 21.4 4.0 5.2 30.6 5.5 5.2 2002 20.3 4.2 5.3 29.8 5.7 6.8 2003 20.9 4.1 5.2 30.2 5.7 6.8 2004 21.5 4.0 5.2 30.7 5.8 8.4 2005 20.6 3.8 5.3 29.7 5.7 6.5

ImbuhanAgensi

(a)

Jumlah

(a)+(b)+(c)

Perbe-lanjaan

Lain(c)

GajiKaki-

tangan(b)

Kadar Faedah Bersih

Diperoleh

(1)

% daripada Pendapatan Premium Yang Diselaraskan1

Tahun

(2)

1 Jumlah premium tahun pertama, premium diperbaharui dan 10% daripada premium tunggal(1) Kadar pulangan pelaburan tidak termasuk keuntungan modal(2) Kadar pulangan pelaburan termasuk keuntungan modal

Peningkatan kecekapan dan kos pengantaraan yang berkurangan menyumbang kepada menurunnya kadar perbelanjaan pada tahap yang paling rendah.

Page 13: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

39

Prestasi Industri pada Tahun 2005

mencakupi bahagian selebihnya sebanyak 3.6% (2004: 4.1%).

Meneruskan trend pada tahun-tahun terdahulu, agihan aset kepada sekuriti korporat dan sekuriti hutang lebih tinggi pada RM42,096.1 juta, atau 53.4% daripada jumlah aset kumpulan wang hayat. Sejumlah besar (61.2% atau RM25,780.9 juta) pelaburan ini adalah dalam sekuriti hutang swasta (PDS) yang secara progresif mencakupi bahagian portfolio pelaburan industri yang lebih besar sejak beberapa tahun yang lalu. Penanggung insurans pada umumnya terus mengekalkan dasar kredit berhemat sebagaimana dicerminkan oleh peningkatan selanjutnya dalam pegangan kertas gred pelaburan (penarafan minimum ‘A’) kepada 82.2% daripada jumlah pelaburan dalam PDS. Agihan pelaburan kepada ekuiti, yang berjumlah RM13,793.4 juta pada nilai buku pada akhir tahun 2005, menurun lagi kepada 32.8% (2004: 33.8%) daripada jumlah pelaburan dalam sekuriti korporat dan sekuriti hutang ekoran prestasi pasaran ekuiti yang terus tidak menggalakkan.

Permintaan daripada penanggung insurans hayat terhadap sekuriti jangka panjang untuk memadankan dengan liabiliti jangka panjang mereka tetap teguh. Walau bagaimanapun, penumpuan (70.4%) terhadap terbitan PDS

yang berjangka pendek hingga berjangka sederhana dengan tempoh pemegangan 10 tahun dan kurang, bersama-sama pilihan

2001 2002 2003 2004 20050

5

10

15

20

25

30

35

40

45

50

55

60

6570

75

80

85

RM bilion

Harta benda, loji dan kelengkapanPinjaman

Pelaburan

Harta benda pelaburan

Wang tunai dan simpananAset lain

Aset luar negeri

Carta 3.4Aset Kumpulan Wang Insurans Hayat

Harta benda, loji dan kelengkapan 346.8 0.8 383.0 0.7 439.3 0.7 355.8 0.5 432.6 0.6

Pinjaman 6,348.2 14.1 6,661.9 13.0 7,619.6 12.7 8,455.4 12.1 9,725.3 12.3 Gadai janji 1,160.9 2.6 1,213.4 2.4 1,877.8 3.1 2,329.3 3.3 3,003.3 3.8 Polisi 4,075.4 9.0 4,566.3 8.9 4,971.9 8.3 5,335.9 7.7 5,790.6 7.3 Lain-lain 1,111.9 2.5 882.2 1.7 769.9 1.3 790.2 1.1 931.4 1.2

Pelaburan 28,146.4 62.7 33,396.8 65.3 39,503.7 65.6 47,413.7 67.9 55,229.2 70.1 Sekuriti/hutang dijamin oleh Kerajaan Malaysia 6,818.5 15.2 7,544.9 14.8 10,004.3 16.6 12,518.7 17.9 12,746.3 16.2 Sekuriti korporat/hutang 21,123.6 47.0 25,640.9 50.1 29,249.5 48.6 34,694.7 49.7 42,096.1 53.4 Lain-lain 204.3 0.5 211.0 0.4 249.9 0.4 200.3 0.3 386.8 0.5

Harta benda pelaburan 2,462.5 5.5 2,708.4 5.3 2,661.1 4.4 2,969.4 4.3 3,037.0 3.9

Wang tunai dan simpanan 6,080.2 13.5 6,428.5 12.6 8,258.0 13.7 8,899.1 12.8 8,316.3 10.6

Aset lain 1,212.7 2.7 1,277.0 2.5 1,404.1 2.4 1,513.6 2.2 1,752.6 2.2

Aset luar negeri 329.6 0.7 315.9 0.6 309.7 0.5 168.4 0.2 260.4 0.3

Jumlah 44,926.4 100.0 51,171.5 100.0 60,195.5 100.0 69,775.4 100.0 78,753.4 100.0

Jenis Pelaburan

Jadual 3.15

Aset Kumpulan Wang Insurans Hayat

2004 2003 20022001 2005

RMj % RMj % RMj % RMj % RMj %

Page 14: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

40

pelaburan penanggung insurans terhadap sekuriti pendapatan tetap, telah mendorong kepada peningkatan ketara dalam pelaburan kumpulan wang insurans hayat dalam PDS dengan kematangan lebih pendek sehingga lima tahun. Ini mencakupi gabungan bahagian sebanyak 48% daripada jumlah pelaburan PDS pada tahun 2005 (2004: 46.3%). Sebaliknya, bahagian pelaburan dalam PDS dengan kematangan melebihi lima tahun menurun kepada 52% (2004: 53.7%) daripada jumlah pemegangan PDS. Oleh itu, usaha berterusan telah dilaksanakan untuk memanjangkan keluk kadar hasil tanda aras – termasuk terbitan sulung Sekuriti Kerajaan Malaysia [Malaysian Government Securities (MGS)] 20 tahun dan

mereka sebagai strategi pelaburan alternatif untuk mengurangkan kematangan yang tidak berpadanan dan risiko pelaburan semula yang berkaitan dalam kumpulan wang hayat. Oleh itu, bahagian pinjaman gadai janji daripada jumlah aset meningkat kepada 3.8%, dengan peminjam mendapat manfaat daripada kadar gadai janji yang menarik yang dapat disediakan oleh penanggung insurans hayat, selaras dengan komitmen jangka lebih panjang mereka kepada empunya polisi.

Liberalisasi kepada peraturan pentadbiran pertukaran asing pada 1 April 2005 juga menyaksikan pelaburan penanggung insurans yang lebih tinggi dalam aset asing pada tahun

Aset yang diperuntukkan bagi sekuriti korporat dan hutang terus meningkat, manakala pinjaman gadai janji yang diberikan oleh penanggung insurans hayat terus meningkat.

pelanjutan tempoh pemegangan bagi Sekuriti Bersandarkan Gadai Janji Kediaman Islam Cagamas dan Terbitan Pelaburan Kerajaan – dan ekoran daripada itu, peralihan dalam tempoh pemegangan terbitan PDS kepada tempoh pemegangan melebihi 10 tahun pada tahun 2005. Ini merupakan petanda baik bagi industri insurans. Sementara itu, pelaburan dalam kertas Cagamas dan MGS meningkat pada kadar yang lebih perlahan masing-masing kepada RM2,335.5 juta dan RM12,746.3 juta pada tahun 2005, sejajar dengan jumlah dana bersih yang lebih rendah yang diperoleh dalam pasaran.

Jumlah pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap (termasuk PDS, MGS dan kertas Cagamas) sebagai bahagian daripada jumlah pelaburan dalam sekuriti secara relatif kekal tidak berubah pada 74% (2004: 74.3%) disebabkan agihan yang lebih tinggi kepada PDS telah mengimbangi bahagian pemegangan MGS dan Cagamas yang lebih rendah.

Pinjaman gadai janji yang diberi oleh penanggung insurans hayat meningkat 28.9% kepada RM3,003.3 juta pada tahun 2005 kerana empat penanggung insurans yang paling aktif menyediakan pembiayaan tersebut terus mengembangkan portfolio pinjaman

2005. Sungguhpun jumlah pelaburan sedemikian masih kecil, bilangan penanggung insurans yang mempunyai pendedahan pelaburan asing meningkat dengan nyata daripada empat kepada sembilan pada tahun 2005. Penanggung insurans telah mengambil kesempatan daripada peluang yang lebih luas untuk meningkatkan hasil pelaburan dan mengakses pelaburan jangka lebih panjang daripada pasaran kewangan antarabangsa. Pelaburan dalam aset asing dijangka meningkat lagi pada tahun 2006 untuk menanggung liabiliti insurans di bawah produk insurans pendidikan dan insurans berkaitan pelaburan berdenominasi mata wang asing yang telah diperkenalkan di pasaran oleh beberapa penanggung insurans hayat baru-baru ini.

Laporan Penilaian Penanggung insurans hayat dikehendaki di bawah Seksyen 85 Akta Insurans 1996 untuk menjalankan penyiasatan aktuari tahunan terhadap keadaan kewangan perniagaan hayat mereka, iaitu yang berkaitan dengan liabiliti kepada empunya polisi dan mengemukakan ringkasan hasil penilaian kepada Bank. Penyiasatan aktuari tersebut merupakan asas penentuan tahap rizab yang wajar untuk memenuhi manfaat polisi masa depan bagi polisi hayat berkuat kuasa pada tarikh penilaian.

Page 15: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

41

Prestasi Industri pada Tahun 2005

Penyiasatan dibuat menggunakan kaedah penilaian premium bersih berdasarkan asas yang tidak kurang ketat daripada ‘Jadual Mortaliti Penilaian Berkanun 1996’ pada kadar faedah penilaian, iaitu 4% dan 4.5% masing-masing bagi polisi premium tahunan dan polisi premium tunggal. Disebabkan oleh sifat pendedahan mortaliti polisi anuiti yang berbeza, penyiasatan untuk perniagaan anuiti dibuat berdasarkan ‘Jadual Mortaliti Penerima Anuiti a(90)’ pada kadar faedah penilaian 5%. Hasil penilaian dan kedudukan lebihan bagi tahun 2005 ditunjukkan dalam Jadual 3.16.

Selaras dengan pertumbuhan yang lebih perlahan dalam perniagaan berkuat kuasa, kumpulan wang empunya polisi dan liabiliti penilaian meningkat lebih perlahan, masing-masing pada kadar 13.4% dan 14.9% (2004: 18.6% dan 17.4%). Memandangkan kadar pertumbuhan liabiliti penilaian mengatasi kadar pertumbuhan kumpulan wang empunya polisi, nisbah kumpulan wang empunya polisi kepada liabiliti penilaian bagi industri secara keseluruhan berkurang daripada 122.2% kepada 120.7% pada tahun 2005. Walau bagaimanapun, keadaan kewangan industri insurans hayat pada keseluruhannya kekal kukuh untuk memenuhi obligasi masa depan kepada empunya polisi dengan bertambahnya bilangan penanggung insurans (daripada empat kepada lima) yang mencatat nisbah kumpulan wang empunya polisi kepada liabiliti penilaian yang lebih tinggi daripada purata industri, iaitu antara 120% dan 129.9%. Memandangkan penanggung insurans yang dikawal oleh warga asing terus menguasai

pasaran insurans hayat, bahagian lebihan aktuari penanggung insurans tersebut meningkat kepada 76.5% (2004: 74.3%).

Agihan lebihan kepada empunya polisi sertaan kekal pada RM1,898.6 juta pada tahun 2005, sementara lebihan yang diperuntukkan kepada pemegang saham berkurang 1.6% kepada RM1,121.2 juta berbanding dengan pertumbuhan dua angka yang dicatat pada tahun sebelumnya. Meskipun terdapat pengurangan ini, nisbah lebihan yang diagihkan kepada pemegang saham kepada jumlah lebihan kekal tidak berubah pada 9.2% (2004: 10%). Lebihan yang dibawa ke hadapan, yang digunakan terutamanya untuk membayar bonus pada masa depan kepada empunya polisi, meningkat pada kadar yang ketara lebih rendah sebanyak 9.5% (2004: 29.2%) kepada RM9,147.1 juta. Pertumbuhan yang lebih perlahan dalam lebihan yang dibawa ke hadapan mencerminkan prestasi pelaburan kumpulan wang insurans hayat yang lebih lemah. Nisbah lebihan bersih, yang ditakrifkan sebagai kumpulan wang empunya polisi selepas agihan kepada empunya polisi dan pemegang saham, kepada liabiliti penilaian, juga mencerminkan hasil pelaburan yang lebih rendah, iaitu pada 115.5% (2004: 116.3%) kerana margin yang lebih kecil disebabkan pemberian pulangan yang mencukupi kepada empunya polisi dan pemegang saham.

Lebihan bersih tahun 2005 (selepas pembayaran bonus interim tetapi tidak termasuk lebihan dibawa ke hadapan dari tahun sebelumnya

Jadual 3.16 Keputusan Penilaian dan Agihan Lebihan

RMj%

perubahan%

perubahan RMj%

perubahan RMj

2003 2004 2005Perkara

Keputusan penilaian Kumpulan wang empunya polisi 52,799.2 16.3 62,638.2 18.6 71,057.1 13.4 Liabiliti penilaian 43,658.5 14.6 51,245.5 17.4 58,890.2 14.9 Lebihan 9,140.7 25.0 11,392.7 24.6 12,166.9 6.8

Agihan lebihan Peruntukan kepada empunya polisi 1,716.9 5.4 1,898.5 10.6 1,898.6 ... Peruntukan kepada pemegang saham 957.4 11.0 1,139.6 19.0 1,121.2 –1.6 Lebihan dihantar ke depan 6,466.4 34.1 8,354.6 29.2 9,147.1 9.5

... Terlalu kecil

Page 16: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

42

dan pindahan daripada pemegang saham) merosot sebanyak lebih 23% (2004: +13.8%) dicerminkan oleh hasil pelaburan yang lebih rendah. Sehubungan itu, kadar lebihan yang dijana oleh kumpulan wang hayat, yang diwakili oleh nisbah lebihan bersih kepada kumpulan wang hayat purata, berkurang kepada 5.6% (2004: 8.4%). Berikutan trend ini, penanggung insurans hayat perlu terus mempertingkatkan amalan pengurusan risiko dan aset mereka untuk mengoptimumkan prestasi kumpulan wang insurans supaya dapat menjana hasil yang menggalakkan untuk menyokong pertumbuhan organik yang berkembang.

Penunjuk SosioekonomiDengan pertumbuhan ekonomi kekal teguh, pertumbuhan pendapatan premium dalam sektor hayat adalah lebih rendah daripada pertumbuhan KNK nominal pada tahun 2005. Pendapatan premium pada tahun itu berkembang pada kadar lebih perlahan sebanyak 5.8% (2004: 22.3%) berbanding dengan pertumbuhan KNK nominal sebanyak 11.3% (2004: 14.1%). Sehubungan dengan itu, nisbah pendapatan premium kepada KNK nominal lebih rendah pada 3.4%. Namun demikian, prospek ekonomi yang cerah, tahap pendapatan boleh guna yang semakin meningkat dan tahap penembusan pasaran yang secara relatif rendah akan terus menyokong pertumbuhan positif pada masa hadapan. Ini diperkukuh oleh trend kenaikan yang berterusan dalam perbelanjaan per kapita

atas insurans hayat, yang meningkat lagi kepada RM600 pada tahun 2005.

Perbelanjaan per kapita domestik atas insurans hayat kekal lebih tinggi berbanding dengan purata serantau bagi Asia, tetapi jauh di bawah tahap yang dicapai oleh negara-negara Asia yang lebih maju, iaitu lebih enam kali lebih tinggi. Walaupun terdapat potensi besar untuk pertumbuhan memandangkan penembusan pasaran di Malaysia secara relatif adalah rendah, namun secara perbandingan, pendapatan premium domestik kepada KNK adalah lebih rendah daripada tahap penembusan di pasaran yang lebih maju. Oleh itu, peningkatan dalam kesedaran orang ramai mengenai risiko adalah penting agar potensi pertumbuhan sektor hayat dapat diraih sepenuhnya.

Dengan momentum pertumpuan kewangan terus meningkat, peningkatan akses kepada produk insurans yang menawarkan pulangan yang kompetitif dan kefl eksibelan kepada empunya polisi dalam memenuhi objektif perlindungan dan tabungan, telah terus memperkukuh peranan sektor insurans dalam penggemblengan tabungan domestik. Oleh itu, pendapatan premium sebagai nisbah kepada tabungan negara kasar kekal pada kadar melebihi 9% (2005: 9.1%; 2004: 9.6%) meskipun pertumbuhan premium yang lebih perlahan pada tahun 2005. Secara perbandingan, bahagian deposit sistem perbankan kepada tabungan negara kasar berkurang dengan lebih

Pen-dapatan

per kapitaPen-

duduk

%daripada

KNK

%daripada

KNK

Perkapita

Juta RM

Tahun

Pendapatan Premium1KNKpadaHarga

Pasaran

Perkapita

1 Seperti dalam akaun hasilP Data permulaana Anggaran (Sumber: Jabatan Perangkaan, Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi)

2001 440,005.8 142.5 18,334 11,684.8 3.8 487 1,243 308,781 24.0 9.4 12,859

2002 482,993.0 143.3 19,554 10,832.2 3.2 439 1,117 336,951 24.7 9.7 13,738

2003 538,779.3 144.6 21,296 12,374.4 3.3 489 1,237 372,480 25.3 10.0 14,870

2004 593,922.7 139.7 22,843 15,131.0 3.6 582 1,441 425,060 26.0 10.5 16,616

2005 645,047.5 136.4 24,159 16,010.4 3.4 600 1,469 473,074P 26.7a 10.9a 18,106P

Jadual 3.17Pertumbuhan Insurans Hayat dan Penunjuk Sosioekonomi

RMj RMj RMj

Jumlah Nilai DiinsuranskanBerkuat Kuasa

SetiapTenagaPekerja

TenagaPekerja

Page 17: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

43

Prestasi Industri pada Tahun 2005

nyata kepada 39.1% (2004: 44.3%). Caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja juga mencakupi bahagian yang lebih rendah sebanyak 16.1% (2004: 16.6%) daripada tabungan negara kasar. Dari segi sumbangan kepada pembentukan modal, bahagian aset kumpulan wang insurans hayat kepada jumlah aset sistem kewangan secara relatif kekal tidak berubah pada 4.1%. Penembusan pasaran terus mendalam pada tahun 2005 dengan jumlah bilangan polisi berkuat kuasa kepada jumlah penduduk mencapai 38.7% (2004: 37.9%). Selaras dengan itu, kadar penembusan penduduk yang bekerja meningkat kepada 92.7% (2004: 92.4%). Meninjau ke hadapan, perubahan demografi yang membawa kepada bertambahnya bilangan penduduk yang semakin berumur dan kenaikan kos penjagaan kesihatan akan terus merangsang permintaan terhadap insurans hayat sebagai alat perancangan kewangan, terutamanya untuk memenuhi keperluan pembiayaan individu semasa persaraan dan terhadap perbelanjaan perubatan. Walau bagaimanapun, dengan penembusan pasaran terus bertambah baik, usaha yang lebih giat untuk menggalakkan celik kewangan dan kesedaran yang lebih tinggi terhadap risiko, insentif fi skal, kepelbagaian produk yang lebih luas dan pertambahan seterusnya dalam saluran agihan alternatif untuk menjangkau segmen pasaran yang lebih terpencil, akan mempunyai kesan yang semakin penting terhadap liputan dan kepesatan pengembangan perlindungan insurans seterusnya yang dapat dicapai.

Pengalaman Mortaliti Malaysia

Statistik pengalaman mortaliti Malaysia untuk hayat diinsuranskan telah dikumpul oleh LIAM semenjak tahun 1996 berdasarkan kepada pengemukaan tahunan yang terkini oleh semua penanggung insurans hayat di Malaysia. Data yang dikemukakan oleh penanggung insurans hayat untuk pengumpulan statistik termasuk bilangan polisi yang ditamatkan akibat kematian bagi polisi seumur hidup dan endowmen berkuat kuasa, masing-masing bagi hayat lelaki dan perempuan yang diinsuranskan. Untuk mengelakkan ketidaktepatan kepada pengalaman mortaliti yang dicatat bagi polisi dengan perlindungan penyakit berbahaya, data untuk laporan tahun 2005 telah mengecualikan polisi yang memberi manfaat penyakit

berbahaya yang dipercepatkan. Data itu dianalisis berdasarkan kepada kumpulan homogen dari segi jantina, pengunderaitan perubatan dan jenis produk supaya dapat menyediakan analisis yang bermakna dan munasabah.

Kajian mortaliti telah didasarkan kepada kohort bergerak 5 tahun bagi rakyat Malaysia yang diinsuranskan supaya dapat meminimumkan kesan turun naik statistik yang rambang bagi kadar mortaliti yang dicatat, yang mungkin disebabkan oleh jumlah data yang tidak mencukupi. Pengalaman mortaliti terkini seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.18 ialah berdasarkan pemerhatian antara tahun 1999 dan 2003 untuk polisi endowmen dan seumur hidup yang berkuat kuasa sekurang-kurangnya dua tahun supaya dapat meminimumkan kesan pemilihan pada tahun-tahun permulaan polisi.

Seperti yang dapat dijangka, kebanyakan kumpulan umur bagi hayat lelaki dan perempuan yang diinsuranskan mempamerkan pengalaman mortaliti yang lebih rendah bagi hayat yang telah menjalani pengunderaitan perubatan berbanding dengan mereka yang tidak menjalani pengunderaitan perubatan. Walau bagaimanapun, kumpulan umur 15-19 tahun dan 30-39 tahun bagi hayat perempuan dengan pengunderaitan perubatan menunjukkan pengalaman mortaliti yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang tanpa pengunderaitan perubatan.

Secara purata, pengalaman mortaliti bagi hayat lelaki dan perempuan yang diinsuranskan dengan dan tanpa pengunderaitan perubatan menunjukkan peningkatan bagi semua kumpulan umur berbanding dengan tempoh kajian terdahulu. Walau bagaimanapun, kumpulan umur tertentu mengalami pengalaman mortaliti yang lebih tinggi berbanding dengan tempoh yang sama dalam kajian terdahulu, terutamanya bagi umur antara 20 - 49 tahun bagi hayat lelaki yang diinsuranskan tanpa pengunderaitan perubatan.

Jika dibandingkan antara hayat lelaki dan perempuan yang diinsuranskan, kadar mortaliti bagi hayat lelaki yang diinsuranskan lebih tinggi antara 18.6% dan 83.3%. Jurang antara kadar mortaliti bagi kedua-dua jantina kekal paling besar bagi umur antara 15 dengan 29 tahun, disebabkan oleh kematian berkaitan kemalangan yang tinggi bagi hayat lelaki yang diinsuranskan dalam julat umur tersebut.

Page 18: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

44

Apabila dibandingkan dengan ‘Jadual Mortaliti Tahun 1983/88 Malaysia’ (M83-88) yang lazim digunakan bagi penentuan harga produk insurans hayat, kajian tahun 1999-2003 menunjukkan bahawa pengalaman mortaliti bagi hayat lelaki dan perempuan yang diinsuranskan terus bertambah baik, dengan purata masing-masing sebanyak 22.3% dan 17.1% merangkumi semua umur. Walau bagaimanapun, penting untuk dinyatakan bahawa kumpulan umur 30-34 tahun bagi hayat lelaki yang diinsuranskan dan 15-19 tahun bagi hayat perempuan yang diinsuranskan sebenarnya mengalami kadar mortaliti yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan umur yang sama bagi M83-88. Perbandingan yang serupa antara ‘Jadual Penilaian Mortaliti Berkanun Tahun 1996’ (JPMB) dengan pengalaman mortaliti yang diperhatikan bagi tahun 1999-2003 menunjukkan bahawa jadual penilaian mortaliti berkanun masih boleh digunakan sebagai asas penilaian polisi insurans hayat. Kadar mortaliti bagi hayat lelaki dan perempuan yang diinsuranskan nyata masih lebih rendah, iaitu masing-masing pada purata sebanyak 45% dan 64% berbanding dengan JPMB.

Dengan menggunakan data keterdedahan kepada risiko atau bilangan hayat yang diperhati daripada kajian pengalaman tahun 1999-2003,

perbandingan antara bilangan kematian yang dijangka bagi tempoh tahun 1998-2002 dengan tempoh tahun 1999-2003 menunjukkan bahawa pengalaman mortaliti bagi semua hayat yang diinsuranskan terus bertambah baik kecuali bagi hayat lelaki yang diinsuranskan tanpa pengunderaitan perubatan, yang merosot sedikit, iaitu sebanyak 0.2%. Walau bagaimanapun, kematian di kalangan hayat lelaki yang diinsuranskan dengan pengunderaitan perubatan bertambah baik sebanyak 6.8% sementara hayat perempuan yang diinsuranskan bertambah baik sebanyak 2.5% dan 0.9%, masing-masing bagi mereka dengan dan tanpa pengunderaitan perubatan.

Prestasi Perniagaan Am

Pertumbuhan dan Agihan Premium Sektor insurans am mencatat peningkatan yang tinggi pada tahun 2005 berbanding dengan pertumbuhan yang lembap pada tahun 2004, dengan pertumbuhan premium meningkat 9.7% kepada RM9,386.1 juta, walaupun kadar pertumbuhan dalam sesetengah sektor terus menurun. Seperti tahun-tahun lepas, pertumbuhan premium terus dipacu oleh prestasi sektor insurans motor yang mencatat pertumbuhan yang paling ketara sejak tahun

10 - 14 58.05 0.16 491.20 0.24 41.96 0.07 384.65 0.18 15 - 19 44.44 0.59 387.61 0.86 29.45 0.48 268.51 0.32 20 - 24 48.61 1.01 476.32 1.17 29.06 0.21 350.28 0.35 25 - 29 59.91 0.90 781.11 1.03 45.95 0.15 776.17 0.34 30 - 34 92.82 0.89 969.53 1.02 66.73 0.55 906.97 0.45 35 - 39 144.17 0.92 997.72 1.27 85.64 0.70 820.07 0.64 40 - 44 196.52 1.28 886.29 1.87 98.56 0.79 654.13 0.94 45 - 49 219.86 1.76 671.22 2.71 89.10 1.12 451.80 1.45 50 - 54 183.65 3.14 410.40 4.48 71.67 2.00 254.94 2.60 55 - 59 116.11 5.54 153.02 8.04 57.62 3.47 93.09 4.23 60 - 64 78.44 9.12 59.66 12.76 48.14 5.15 38.94 6.27 65 - 69 36.10 16.68 16.44 25.55 25.95 10.98 11.60 13.79 70 - 74 12.38 28.02 4.74 39.05 10.01 18.58 4.14 26.06 Jumlah 1,291.06 3.00 6,305.26 1.90 699.84 1.95 5,015.29 0.86

Biasa (1999-2003)

Jadual 3.18 Kadar Mortaliti bagi Tempoh Dua Tahun atau Lebih1

Lelaki Perempuan

Dengan Pemeriksaan Perubatan

Tanpa Pemeriksaan Perubatan

Dengan Pemeriksaan Perubatan

Tanpa Pemeriksaan Perubatan

Ex qx Ex qx Ex qx Ex qx

KumpulanUmur

1 Tidak termasuk polisi dengan faedah penyakit kritikal yang dipercepatkanEx - Bilangan orang yang terdedah kepada risiko dalam ribu qx - Kadar mortaliti didarab dengan 1,000(Sumber: Persatuan Insurans Hayat Malaysia)

Page 19: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

45

Prestasi Industri pada Tahun 2005

2000. Pada tahun 2005, premium insurans motor yang lebih tinggi menyumbang sebanyak 67.1% daripada peningkatan jumlah premium, manakala pertumbuhan sektor insurans marin, udara dan transit (MUT) yang kukuh juga turut menyumbang kepada peningkatan prestasi.

Premium insurans motor meningkat 14.4% pada tahun 2005, didorong oleh peningkatan yang ketara dalam jualan kenderaan bermotor

yang mencapai tingkat jualan tertinggi melebihi 550,000 unit dan merupakan peningkatan sebanyak 13% berbanding dengan jualan pada tahun 2004. Sentimen pengguna yang positif, persekitaran kadar faedah yang akomodatif dan kempen jualan yang agresif semasa pengenalan model-model kenderaan baru merupakan pendorong utama jualan kenderaan baru yang lebih tinggi. Pertumbuhan premium insurans motor, ekoran daripada pertumbuhan kenderaan jualan baru, menyaksikan sektor itu terus mengukuhkan penguasaannya dalam perniagaan insurans am dengan menguasai bahagian yang lebih tinggi sebanyak 47.2% daripada jumlah premium am yang diunderait. Perniagaan insurans motor masih terlalu tertumpu pada enam pengunderait motor utama yang terus menguasai lebih separuh (54.3%) daripada jumlah premium motor yang diunderait. Namun demikian, peningkatan perniagaan takaful motor yang memberangsangkan dijangka mewujudkan pasaran yang lebih kompetitif bagi perniagaan motor, yang secara beransur-ansur akan menghasilkan agihan yang lebih seimbang antara premium konvensional dengan caruman takaful pada masa depan.

Berbanding dengan prestasi pada tahun 2004, sektor insurans MUT kembali mencatat

Premium Langsung

Kasar

PremiumBersih

RM juta

NisbahBendungan

(%)

2001 5,971.1 6,404.0 5,386.7 90.2 2002 6,933.2 7,449.1 6,022.3 86.9 2003 7,522.0 8,186.3 6,437.9 85.6 2004 7,888.0 8,557.5 6,910.9 87.6 2005 8,510.8 9,386.1 7,554.2 88.8 2001 5.7 8.0 6.5 t.b. 2002 16.1 16.3 11.8 t.b. 2003 8.5 9.9 6.9 t.b. 2004 4.9 4.5 7.3 t.b. 2005 7.9 9.7 9.3 t.b.

Jadual 3.19 Pendapatan Premium

Tahun

PremiumKasar1

% perubahan

1 Premium langsung kasar dan premium insurans semula yang diterima tolak insurans semula dalam Malaysia

t.b. Tidak berkenaan

2001 461.6 324.2 1,275.4 652.6 378.7 2,715.8 3,094.5 146.6 79.9 369.2 6,404.02002 748.2 413.0 1,458.6 703.6 405.4 3,026.3 3,431.7 205.3 85.6 403.1 7,449.12003 908.5 465.9 1,585.1 809.0 413.5 3,211.3 3,624.8 262.2 104.6 426.2 8,186.32004 880.2 412.7 1,668.6 895.5 446.2 3,425.2 3,871.4 249.7 113.0 466.4 8,557.52005 1,015.0 391.9 1,700.1 963.2 503.0 3,924.4 4,427.4 268.3 121.0 499.2 9,386.1 2001 4.5 19.0 1.9 6.7 –3.2 12.0 9.9 23.9 –3.2 10.2 8.0 2002 62.1 27.4 14.4 7.8 7.1 11.4 10.9 40.0 7.1 9.2 16.3 2003 21.4 12.8 8.7 15.0 2.0 6.1 5.6 27.7 22.2 5.7 9.9 2004 –3.1 –11.4 5.3 10.7 7.9 6.7 6.8 –4.8 8.0 9.4 4.5 2005 15.3 –5.0 1.9 7.6 12.7 14.6 14.4 7.4 7.1 7.0 9.7 2001 7.2 5.1 19.9 10.2 5.9 42.4 48.3 2.3 1.2 5.8 100.0 2002 10.0 5.5 19.6 9.5 5.4 40.6 46.0 2.8 1.2 5.4 100.0 2003 11.1 5.7 19.4 9.9 5.1 39.2 44.3 3.2 1.2 5.2 100.0 2004 10.3 4.8 19.5 10.5 5.2 40.0 45.2 2.9 1.3 5.5 100.0 2005 10.8 4.2 18.1 10.3 5.4 41.8 47.2 2.9 1.2 5.3 100.0

Marin, Udara dan

Transit

Jadual 3.20 Agihan Premium Langsung Kasar

Per-belanjaan Perubatan

dan Ke-malangan

Diri

JumlahLain-lainPelbagai

Motor

RM juta

Tahun

Pampasan Pekerja

dan Liabiliti Majikan

Per-lindungan

'Akta'1

Liabiliti Keba-karan

Semua Risiko Kon-traktor dan Kejuruter-

aan

Jumlah

% perubahan

% bahagian

1 Perlindungan insurans yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987

Page 20: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

46

pertumbuhan dua angka pada tahun 2005 dengan pertambahan premium sebanyak 15.3%, yang sebahagian besarnya disumbang oleh sektor udara dan sektor berkaitan minyak luar pesisir. Walaupun tahap kerugian yang rendah terus menyokong penurunan kadar premium bagi akaun penerbangan utama, peningkatan kadar yang tinggi dapat diperhatikan dalam risiko helikopter berikutan kerugian yang lebih

berterusan hampir sepanjang tahun bagi risiko kebakaran perindustrian yang besar terus melembapkan pertumbuhan. Aktiviti pembinaan yang lemah berikutan penyempurnaan beberapa projek infrastruktur besar dan agihan semula sumber Kerajaan kepada projek-projek yang kecil, juga melembapkan pertumbuhan. Faktor-faktor ini juga menyumbang kepada penguncupan seterusnya dalam premium

Sektor insurans am berkembang pada kadar yang lebih pesat hasil daripada pertumbuhan ketara dalam perniagaan insurans motor.

tinggi yang berterusan dalam pasaran global. Ini seterusnya membantu meningkatkan tahap premium udara domestik. Laluan tambahan yang diperkenalkan oleh sebuah syarikat penerbangan turut menyaksikan lebih banyak premium diunderait dalam sektor udara, dengan mencatat pertumbuhan keseluruhan sebanyak 21.7% pada tahun 2005 (2004: -42.3%).

Pertumbuhan premium daripada sektor risiko berkaitan minyak luar pesisir terus memperoleh momentum dengan peningkatan sebanyak 29.6% (2004: 21.6%), terutamanya disebabkan peningkatan yang tinggi dalam pendedahan berkaitan dengan projek pembinaan di luar pesisir yang baru pada tahun 2005. Kesan limpahan permulaan akibat peningkatan kadar global yang dikenakan terhadap akaun tenaga luar pesisir berikutan kerugian besar yang ditanggung akibat taufan Katrina, Rita dan Wilma turut menyumbang kepada pertumbuhan premium, walaupun impak sepenuhnya mungkin hanya dapat dilihat pada tahun 2006, selepas tempoh pembaharuan semula. Kerugian diinsuranskan yang ketara akibat taufan itu dijangka mencetus reaksi industri yang serius dalam pasaran global yang berkemungkinan besar termasuk, berkurangnya kapasiti dan juga pengenaan had pendedahan agregat, bagi risiko tenaga luar pesisir selain pelarasan kadar yang telah meningkat dengan besar.

Kedudukan premium dalam sektor kebakaran sebagai kelas perniagaan insurans am yang kedua terbesar terjejas lagi apabila pertumbuhan menurun bagi tahun ketiga berturut-turut kepada 1.9%. Kadar yang kompetitif yang

semua risiko kontraktor (SRK) dan kejuruteraan pada tahun 2005. Walau bagaimanapun, peningkatan premium insurans kebakaran terus disokong oleh permintaan yang mapan terhadap harta perumahan dalam persekitaran kadar faedah yang akomodatif. Walaupun paras penetapan harga semasa bagi risiko komersial masih menunjukkan margin keuntungan yang baik, pengurangan premium selanjutnya dijangka sederhana berikutan kerugian akibat taufan, dengan itu memberikan sokongan tambahan bagi pertumbuhan akan datang. Pertumbuhan dalam sektor insurans kebakaran dan kejuruteraan juga mendapat dorongan positif daripada prospek sektor pembinaan yang lebih menggalakkan pada tahun 2006, disokong oleh pelancaran projek-projek baru di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dan peningkatan yang berterusan dalam pembinaan perumahan dan bukan perumahan.

Dalam kelas perniagaan lain, pertumbuhan kekal positif dalam kelas insurans perubatan dan kesihatan, kemalangan diri dan liabiliti. Kelas liabiliti terutamanya, pulih dengan mencatat pertumbuhan yang positif selepas mengalami penurunan pada tahun 2004, dengan permintaan terhadap perlindungan liabiliti bagi pengarah dan pegawai meningkat semula, yang didorong sebahagiannya oleh pengharapan dan tanggungjawab tadbir urus korporat yang beransur-ansur lebih tinggi terhadap pengarah berserta peranan aktif pemegang saham dan inisiatif pengawalseliaan yang berterusan untuk meningkatkan penguatkuasaan dan mekanisme pembelaan pelabur. Premium insurans liabiliti profesional juga menyaksikan

Page 21: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

47

Prestasi Industri pada Tahun 2005

pertumbuhan yang menggalakkan, dengan kadar premium yang pada umumnya kukuh, serta had perlindungan yang lebih tinggi yang dibeli oleh fi rma guaman bagi perlindungan terhadap peningkatan pendedahan, berikutan pertumbuhan dalam bilangan dan nilai penggabungan dan pengambilalihan korporat yang dikendalikan pada tahun 2005. Dalam kelas pelbagai, peningkatan kesedaran untuk mendapat perlindungan keselamatan di kalangan perusahaan perniagaan menyumbang kepada peningkatan permintaan bagi perlindungan insurans wang dalam penghantaran, pecah masuk dan kesetiaan bagi tahun 2005. Walau bagaimanapun, premium yang berkaitan dengan perniagaan ini hanya tertumpu di kalangan penanggung insurans yang sudahpun menyediakan perlindungan insurans yang lain dalam program insurans empunya polisi berkenaan, memandangkan keperluan untuk usaha wajar pengunderaitan pada tahap yang tinggi.

Seiring dengan pertumbuhan premium kasar yang mantap, agregat premium bersih berkembang pada kadar yang lebih pantas sebanyak 9.3% pada tahun 2005. Yang lebih penting ialah peningkatan yang nyata dari segi

kecekapan modal yang dapat dilihat apabila nisbah premium bersih kepada dana pemegang saham bagi penanggung insurans langsung meningkat dengan ketara kepada 112.8% (2004: 99.7%). Penanggung insurans yang dikawal warganegara Malaysia memperlihatkan peningkatan yang paling nyata, dengan mencatat nisbah premium bersih kepada dana pemegang saham secara keseluruhan sebanyak 119.8% berbanding dengan 104% pada tahun sebelumnya, sementara nisbah bagi penanggung insurans yang dikawal warga asing meningkat kepada 101.4% daripada 92.4%. Peningkatan ini juga menyeluruh, dengan kesemua, kecuali tiga penanggung insurans, mencatat tahap kecekapan modal yang lebih tinggi. Hasilnya, bahagian penanggung insurans langsung yang masih beroperasi di bawah kadar optimum, iaitu di bawah paras 100%, berkurang dengan ketara daripada 66.7% kepada 53.8%. Ini mendorong lagi ke arah industri yang lebih stabil dan berdaya tahan.

Bendungan dan Insurans Semula Perniagaan MalaysiaNisbah bendungan bersih keseluruhan industri meningkat lagi bagi tahun kedua berturut-turut kepada 88.8% pada tahun 2005 (2004: 87.6%).

2001 231.7 149.7 957.4 595.0 367.8 2,671.9 3,039.7 79.1 77.8 256.3 5,386.7 2002 278.7 208.7 1,070.0 632.3 385.3 2,962.3 3,347.6 119.3 80.4 285.3 6,022.3 2003 285.2 186.3 1,094.0 743.5 407.4 3,176.8 3,584.2 134.5 101.8 308.4 6,437.9 2004 323.6 218.0 1,146.1 817.9 437.2 3,390.9 3,828.1 135.8 107.1 334.3 6,910.9 2005 344.3 204.3 1,213.9 868.3 494.5 3,827.4 4,321.9 143.0 116.8 341.7 7,554.2 2001 –6.3 11.5 –0.8 9.5 –0.8 11.4 9.7 11.3 –3.2 4.7 6.5 2002 20.3 39.4 11.8 6.3 4.7 10.9 10.1 50.8 3.3 11.4 11.8 2003 2.3 –10.7 2.2 17.6 5.7 7.2 7.1 12.7 26.6 8.1 6.9 2004 13.5 17.0 4.8 10.0 7.3 6.7 6.8 1.0 5.2 8.4 7.3 2005 6.4 –6.3 5.9 6.2 13.1 12.9 12.9 5.3 9.0 2.2 9.3 2001 4.3 2.8 17.8 11.0 6.8 49.6 56.4 1.5 1.4 4.8 100.0 2002 4.6 3.5 17.8 10.5 6.4 49.2 55.6 2.0 1.3 4.7 100.0 2003 4.4 2.9 17.0 11.5 6.3 49.4 55.7 2.1 1.6 4.8 100.0 2004 4.7 3.2 16.6 11.8 6.3 49.1 55.4 2.0 1.5 4.8 100.0 2005 4.6 2.7 16.1 11.5 6.5 50.7 57.2 1.9 1.5 4.5 100.0

Marin, Udara

dan Tran-sit

Jadual 3.21 Agihan Premium Bersih

Per-belanjaan Perubatan

dan Ke-malangan

Diri

JumlahLain-lainPelbagai

Motor

RM juta

Tahun

Pampasan Pekerja

dan Liabiliti Majikan

Per-lindungan

'Akta'1

Liabiliti

Semua Risiko Kon-traktor dan Kejurute-

raan

Jumlah

% perubahan

Keba-karan

% bahagian

1 Perlindungan insurans yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987

Page 22: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

48

Kadar bendungan yang lebih tinggi pada tahun 2005 disebabkan terutamanya oleh sokongan daripada peningkatan jumlah perniagaan motor, yang amat kurang kebergantungannya kepada sokongan insurans semula. Dengan aktiviti pembinaan berskala besar kekal lemah, tumpuan pada risiko dengan dedahan nilai diinsuranskan yang lebih kecil yang diunderait oleh industri pada tahun itu juga meningkatkan tahap bendungan dalam kelas kebakaran dan SRK yang menyumbang kepada peningkatan tahap bendungan keseluruhan yang lebih tinggi telah dicapai. Dalam kelas insurans peribadi lain, tahap bendungan secara relatif kekal stabil, dengan insurans perubatan dan kemalangan diri menunjukkan peningkatan apabila penanggung insurans berupaya mendapat terma insurans semula yang lebih menggalakkan berikutan standard dan hasil pengunderaitan yang bertambah baik. Di peringkat institusi, nisbah bendungan yang dicatat oleh penanggung insurans individu juga meningkat dengan pelaksanaan pengurangan selanjutnya dalam sisen sukarela terhadap Malaysian Reinsurance Berhad (MRB) sebagai sebahagian daripada langkah untuk menggalakkan lebih persaingan

dalam pasaran di bawah fasa kedua Pelan Induk Sektor Kewangan.

Walau bagaimanapun, tahap bendungan agregat terjejas ekoran tahap bendungan yang lebih rendah bagi sektor MUT yang menurun kepada 41.8% pada tahun 2005. Ini terutamanya disebabkan impak bahagian terbendung risiko kapal marin yang nyata lebih rendah berikutan pengalaman kerugian yang buruk pada tahun 2004 yang menyebabkan satu pengunderait marin utama mengurangkan tahap bendungannya bagi kapal lama. Jangkaan syarat pengunderaitan yang lebih ketat dan kadar insurans semula yang lebih tinggi berikutan kerugian akibat taufan yang melanda Amerika Syarikat dijangka mengehadkan sebarang peningkatan yang nyata dalam tahap bendungan kapal-kapal dalam masa yang terdekat, melainkan terdapat penurunan yang ketara dalam pengalaman kerugian. Peningkatan aktiviti perkapalan dengan pertumbuhan perdagangan antarabangsa juga merangsang permintaan terhadap perlindungan insurans liabiliti berkaitan marin, yang sebahagian besar diinsuranskan semula dalam pasaran

2001 55.6 67.4 84.1 95.2 99.7 99.4 99.5 59.6 99.4 84.6 90.2 2002 42.2 62.4 83.0 94.6 99.3 99.5 99.5 61.8 99.4 83.8 86.9 2003 38.1 51.9 81.1 94.7 99.4 99.7 99.7 57.3 99.5 88.5 85.6 2004 43.9 68.5 80.5 94.2 99.7 99.7 99.7 63.9 99.7 87.7 87.6 2005 41.8 76.9 83.9 95.3 99.5 99.8 99.8 64.4 99.7 87.2 88.8 2001 48.5 52.5 80.8 94.8 99.6 99.4 99.5 55.7 99.4 81.1 89.5 2002 34.6 40.0 78.0 94.1 99.3 99.5 99.5 56.3 99.3 80.8 85.4 2003 31.6 33.8 76.0 94.3 99.4 99.7 99.7 53.9 99.5 87.2 84.2 2004 38.3 50.2 75.1 93.8 99.7 99.7 99.7 60.7 99.7 85.8 86.3 2005 36.6 64.6 79.9 95.0 99.5 99.8 99.8 60.4 99.7 85.9 87.8 2001 68.1 81.4 76.8 78.3 60.5 68.2 67.4 87.2 68.1 79.8 74.3 2002 65.0 88.3 80.5 80.5 65.7 71.7 71.2 93.0 72.7 79.0 77.6 2003 65.9 89.5 87.0 90.9 86.0 87.7 87.6 93.8 86.6 83.1 85.1 2004 68.4 94.9 92.7 97.8 99.9 98.8 98.9 98.7 99.2 91.2 92.2 2005 70.5 94.5 93.4 97.9 100.0 98.3 98.5 98.4 99.6 90.0 92.2

Marin, Udara dan

Transit

Jadual 3.22 Nisbah Bendungan Bersih

Per-belanjaan Perubatan

dan Ke-malangan

Diri JumlahLain-lain

Pelbagai

Motor

Disatukan2

Tahun

Pampasan Pekerja

dan Liabiliti Majikan

Per-lindungan

'Akta'1

Liabiliti

Semua Risiko

Kontrak-tor dan Kejuru-teraan

Jumlah

Penanggung Insurans Langsung2

Penanggung Insurans Semula Profesional3

Keba-karan

1 Perlindungan insurans yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 19872 Premium bersih kepada premium langsung kasar dan premium insurans semula diterima tolak insurans semula dalam Malaysia3 Premium bersih kepada premium insurans semula diterima

Page 23: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

49

Prestasi Industri pada Tahun 2005

antarabangsa disebabkan kapasiti domestik yang terhad. Ini menyumbang selanjutnya kepada penurunan tahap bendungan sektor MUT. Pada tahun 2005, usaha diteruskan untuk mempertingkatkan kapasiti domestik bagi menyerap bahagian risiko besar yang lebih tinggi, seterusnya mengurangkan kesan yang tidak dirancang dalam suasana pasaran insurans semula antarabangsa yang semakin tidak menentu terhadap penanggung insurans dan perniagaan domestik. Ini termasuklah usaha yang berterusan untuk menggalakkan peserta industri mendapatkan kemudahan Skim Insurans Risiko Besar dan Terkhusus (Skim) yang dilaksanakan untuk memberikan sokongan pengunderaitan teknikal dan penempatan bagi risiko yang layak, dan mempergiat kajian semula oleh Bank bagi program insurans semula global yang bertujuan untuk menggalakkan penggunaan kapasiti domestik sedia ada dengan lebih optimum.

Skim ini melaporkan peningkatan yang selanjutnya dalam aktiviti, dengan sejumlah 944 risiko membabitkan jumlah premium sebanyak RM980.5 juta pada tahun 2005 (2004: 804 risiko dengan premium berjumlah RM936.6 juta) yang dikendalikan di bawah Skim ini. Yang ketara, premium bersih terbendung dalam pasaran domestik meningkat dengan nyata kepada 43.6% daripada 39.1% pada tahun 2004 bagi risiko yang dirujuk kepada Skim ini, menunjukkan keberkesanan Skim ini yang berterusan dalam meningkatkan kapasiti bagi menyokong tahap bendungan domestik yang optimum. Khususnya, penggunaaan kemudahan insurans semula tidak bernisbah yang lebih meluas dan penilaian teknikal yang bertambah baik yang diperoleh daripada pendedahan yang lebih meluas terhadap amalan pasaran antarabangsa dalam pembangunan terma dan kadar risiko telah dapat diperhatikan dalam penempatan risiko yang lebih kompleks yang dirujuk kepada Skim.

Kapal marin dan udara 432.5 195.1 28.8 –208.6 –48.2 Kargo marin, udara dan transit 47.6 10.0 8.0 –29.6 –62.2 Semua risiko kontraktor dan kejuruteraan 61.3 65.0 11.2 14.9 24.3 Kebakaran 232.5 79.0 49.0 –104.5 –44.9 Perbelanjaan perubatan dan kemalangan diri 42.9 11.8 9.3 –21.8 –50.8 Motor 10.1 11.1 0.4 1.4 13.9 Perlindungan 'Akta'1 2.6 7.9 … 5.3 203.8 Lain-lain 7.5 3.2 0.4 –3.9 –52.0 Liabiliti 79.1 6.6 9.8 –62.7 –79.3 Pampasan pekerja dan liabiliti majikan 0.4 0.1 … –0.3 –75.0 Pelbagai 50.2 16.0 11.2 –23.0 –45.8

Jumlah 956.6 394.7 127.7 –434.2 –45.4

Kelas

Terimaan Tuntutan Insurans Semula

dan Retrosisen dari Luar Negeri

Komisen Insurans Semula dan Keun-tungan Komisen

Diterima dari Luar Negeri

Aliran Masuk/Ke-luar Bersih Seba -gai % Premium Disidkan dan

Diretrosid ke Luar Negeri

Aliran Masuk(+)/ Keluar(-)

Bersih

Jadual 3.23 Kedudukan Aliran Insurans Semula Bersih

Premium Disidkan

dan Diretrosid ke Luar Negeri

RM juta

1 Perlindungan insurans yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987… Terlalu kecil

Page 24: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

50

Akibatnya, sisen insurans semula yang diserap oleh pasaran domestik (termasuk penanggung insurans dan penanggung insurans semula yang beroperasi di Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa Labuan) meningkat kepada 69.4% pada tahun 2005 (2004: 67.4%). Premium insurans semula yang disidkan di luar negara lebih rendah pada RM956.6 juta (2004: RM977.1 juta) atau 30.6% daripada jumlah premium insurans semula yang disidkan (2004: 32.6%). Namun demikian, aliran keluar insurans semula bersih ke luar negara meningkat sedikit, iaitu sebanyak 2.3% kepada RM434.2 juta (2004: RM424.5 juta), dengan kedua-dua komisen insurans semula diterima yang lebih rendah serta kerugian insurans semula yang diperoleh semula yang lebih rendah, seiring dengan penurunan jumlah premium yang disidkan dan pengalaman kerugian yang lebih menggalakkan.

Secara keseluruhan, portfolio domestik yang disidkan ke luar negara terus memberi keuntungan yang sangat tinggi kepada penanggung insurans semula asing. Nisbah aliran keluar bersih kepada premium disidkan ke luar negara meningkat bagi tahun kedua berturut-turut kepada 45.4% (2004: 43.4%) dan terus mencerminkan margin keuntungan pengunderaitan yang besar kepada penanggung insurans asing. Sungguhpun penting bagi industri untuk mengekalkan kestabilan tahap keuntungan pada masa depan, kedudukan aliran keluar bersih yang tinggi menunjukkan bahawa penanggung insurans domestik mempunyai ruang untuk terus meningkatkan portfolio pengunderaitan mereka dengan memanfaatkan kapasiti domestik yang sedia ada dengan lebih efektif. Walau bagaimanapun, ini perlu dicapai dengan asas berhemat yang kukuh yang dibina atas amalan pengunderaitan dan penggunaan model risiko yang baik.

Dengan wujudnya keadaan menyokong dalam pasaran insurans semula antarabangsa bagi risiko udara dan tenaga hampir sepanjang tahun 2005 sebelum taufan melanda Amerika Syarikat pada suku ketiga, Pakatan Udara Malaysia dan Konsortium Risiko Tenaga Malaysia, terus mencatat premium lebih rendah masing-masing hanya sebanyak RM3.4 juta (2004: RM4.6 juta) dan RM17.8 juta (2004: RM24.1 juta) pada tahun 2005. Namun demikian, sokongan berterusan industri terhadap mekanisme tersebut

kekal penting untuk menyediakan sokongan insurans yang diperlukan dalam keadaan pasaran antarabangsa yang tidak menggalakkan, khususnya apabila kapasiti yang besar dikeluarkan secara tiba-tiba daripada pasaran. Sesungguhnya, mekanisme tersebut yang terus relevan telah diperkukuh oleh keadaan pasaran yang dijangka menjadi semakin mengekang berikutan kerugian akibat taufan, termasuk pengurangan kapasiti (sebanyak separuh bagi beberapa kawasan yang kerap dilanda ribut angin) dan kenaikan harga premium risiko tenaga yang mendadak.

Meskipun terdapat impak taufan Amerika Syarikat atas industri insurans harta dan kemalangan antarabangsa, penempatan insurans semula asing bagi risiko Malaysia dijamin kekal teguh. Secara keseluruhan, penanggung insurans dan penanggung insurans semula global yang utama dijangka mempunyai kapasiti untuk menyerap kerugian akibat taufan ekoran besarnya lebihan yang terkumpul selepas peristiwa 9/11 kerana kenaikan kadar premium yang ketara dan suntikan modal baru. Pendedahan kredit penanggung insurans domestik kepada penanggung insurans global yang terjejas dianggar rendah berikutan pengesahan semula penarafan kredit yang tinggi atas penanggung insurans semula yang mencakupi sejumlah besar daripada insurans semula dari Malaysia. Agensi penarafan utama juga telah menyatakan bahawa sebarang perubahan dalam penarafan pada masa depan kerana pelarasan kepada anggaran kerugian akibat taufan dijangka terhad.

Namun demikian, berikutan trend yang cenderung ke arah bertambahnya kekerapan dan kesan buruk bencana alam dan bencana buatan manusia, maka adalah semakin kritikal untuk membangunkan dan mengekalkan kapasiti insurans domestik yang mencukupi bagi mengurangkan kesan kitaran insurans antarabangsa yang berpotensi mengakibatkan pasaran domestik tidak stabil.

Pengalaman TuntutanIndustri mengalami tahun kerugian yang paling menggalakkan dalam tempoh lebih satu dekad dengan nisbah tuntutan menurun dengan ketara daripada 60.9% pada tahun 2004 kepada 55.4% pada tahun 2005. Penurunan itu merangkumi semua kelas perniagaan insurans, dengan penurunan yang paling jelas dalam kelas SRK

Page 25: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

51

Prestasi Industri pada Tahun 2005

dan kejuruteraan dan MUT, yang masing-masing mencatat kadar penurunan yang tidak pernah dicapai sebelum ini, iaitu 25.4 dan 23.4 mata peratusan berikutan tiada kerugian yang besar pada tahun itu.

Kerugian dalam sektor SRK dan kejuruteraan adalah lebih rendah disebabkan pendedahan yang lebih kecil terhadap projek infrastruktur besar dan juga deduktibel yang lebih tinggi yang diserap oleh empunya risiko dalam kategori risiko kecil hingga sederhana. Sementara itu, dalam sektor MUT, penambahbaikan dalam pengurusan risiko dan langkah-langkah keselamatan - seperti pemasangan sistem posisi global yang telah berjaya mengurangkan bilangan insiden rampasan transit di darat, peningkatan rondaan penguatkuasaan marin berikutan perjanjian undang-undang penguatkuasaan rondaan yang ditandatangani pada tahun 2004, dan juga peningkatan langkah-langkah keselamatan bagi kapal marin mengikut Kod Keselamatan Kapal dan Pelabuhan Antarabangsa - secara kolektif telah mengurangkan kerugian kapal selepas mengalami tahun kerugian yang tidak menggalakkan pada tahun 2004. Dalam subsektor lain, penilaian risiko yang lebih ketat dan deduktibel yang lebih tinggi telah membendung kerugian kargo, sementara rekod keselamatan yang lebih baik dalam sektor udara dan kerugian yang kebanyakannya kecil di bawah paras deduktibel insurans bagi risiko luar pesisir berkaitan minyak terus menyumbang kepada tahun kerugian yang agak menggalakkan bagi perniagaan MUT.

Nisbah tuntutan motor turut mencatat pembaikan yang ketara pada tahun 2005,

disokong oleh pertumbuhan yang ketara dalam asas premium yang diperoleh pada tahun itu bersama-sama dengan peruntukan rizab kerugian yang lebih rendah oleh beberapa pengunderait motor utama berikutan usaha yang lebih giat untuk membendung kos tuntutan. Ini termasuk pengurusan tuntutan motor yang lebih aktif, yang antara lain, mengadakan rundingan penyelesaian awal dengan pihak ketiga. Kerugian yang dibayar bagi tuntutan kecurian juga lebih rendah pada tahun 2005 (kira-kira 4%) disebabkan oleh pemasangan ciri keselamatan yang bertambah baik oleh pemilik kenderaan untuk mengesan kenderaan yang dicuri. Sungguhpun jumlah kemalangan jalan raya terus meningkat, agregat kerugian kerosakan harta jelas dapat dibendung kerana sebahagian besar tuntutan adalah berkaitan dengan kerosakan motosikal yang secara relatifnya berkos rendah. Walaupun pengalaman tuntutan motor bertambah baik, penetapan harga bagi perlindungan wajib ’Akta’ kekal jauh lebih rendah di bawah tahap yang boleh disokong secara teknikal dan perlu ditangani untuk kemapanan jangka panjang, terutamanya berikutan jumlah penghakiman mahkamah yang semakin meningkat bagi kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya dan pengurangan jelas dalam kapasiti insurans semula bagi perlindungan liabiliti tidak terhad berkaitan dengan tuntutan kecederaan anggota. Pada tahun 2005, tuntutan yang dibayar bagi kecederaan anggota bagi insurans motor pihak ketiga melebihi RM580 juta, atau peningkatan seterusnya sebanyak 12.1% daripada tuntutan yang dibayar pada tahun 2004. 26 daripada 35 penanggung insurans (atau lebih daripada 70% penanggung

2001 60.8 99.8 43.0 63.7 111.7 58.6 65.4 67.9 18.8 103.1 63.0 2002 58.6 67.7 45.4 65.9 141.5 57.3 67.1 44.0 22.8 90.9 62.9 2003 58.4 64.3 34.3 56.2 162.7 58.2 70.1 23.4 22.0 64.6 59.8 2004 62.6 56.6 39.4 56.1 179.6 56.6 70.8 35.1 22.7 58.4 60.9 2005 39.2 31.2 38.9 47.7 160.2 54.2 66.3 34.9 19.8 51.5 55.4

Marin, Udara dan

Transit

Jadual 3.24Nisbah Tuntutan1

JumlahLain-lain

Pelbagai

Motor

Tahun

Pampasan Pekerja

dan Liabiliti Majikan

Per-lindungan

'Akta'2

Liabiliti

Semua Risiko

Kontrak-tor dan Kejuru-teraan

JumlahKeba-karan

1 Tuntutan bersih kena dibayar sebagai nisbah kepada pendapatan premium terperoleh2 Perlindungan insurans yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987

Per-belanjaan Perubatan

dan Ke-malangan

Diri1

Page 26: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

52

insurans dalam industri) terus mencatat nisbah tuntutan yang melebihi purata industri bagi perlindungan wajib motor ‘Akta’, dengan nisbah pada tahap lebih tinggi meningkat secara mendadak untuk mencecah kadar melebihi 700% pada tahun 2005 berbanding dengan paras kira-kira 520% pada tahun 2004.

Bagi kelas perniagaan perubatan dan kesihatan, dan kemalangan diri, tahun 2005 sekali lagi merupakan tahun kerugian yang menggalakkan, iaitu tahun ketiga sejak tahun 2003. Pengurangan kerugian pada tahun 2005 adalah lebih ketara berbanding dengan tahun 2004, lantas memperkukuh lagi asas-asas teknikal yang menyokong amalan pengunderaitan industri terutamanya dalam sektor insurans perubatan. Berkurangnya bilangan kerugian besar telah menyumbang kepada trend kerugian yang juga positif bagi kelas perniagaan lain.

Hasil Pengunderaitan dan KendalianPertumbuhan premium yang memberangsangkan dan disiplin pengunderaitan yang diamalkan dalam sektor insurans am menyebabkan margin pengunderaitan meningkat pada kadar dua angka pada tahun 2005, pencapaian yang tidak pernah berlaku sejak tahun 1997. Jumlah keuntungan pengunderaitan meningkat lebih dua kali ganda pada tahun 2005 kepada RM956.3 juta atau 13.1% daripada pendapatan premium yang diperoleh. Bilangan penanggung insurans yang mencatat kerugian pengunderaitan pada tahun itu juga berkurang kepada lima (berbanding dengan sembilan pada tahun 2004) dengan agregat kerugian yang digabungkan berjumlah RM42.1 juta (2004: RM68.2 juta).

Selain pengalaman kerugian yang lebih menggalakkan berikutan penggunaan penilaian dan kawalan pengunderaitan yang sangat rapi, hasil kecekapan yang berterusan oleh industri turut menyumbang kepada keuntungan lebih tinggi. Khususnya, pelaburan dalam kapasiti yang produktif yang dibuat pada masa lalu membolehkan beberapa penanggung insurans, terutamanya penanggung insurans yang lebih besar, meraih ekonomi mengikut bidangan hasil daripada jumlah premium yang lebih besar yang diunderait. Banyak penanggung insurans lain telah dapat membendung kenaikan

2001 5,231.6 3,293.8 576.7 1,227.1 134.0 2002 5,709.9 3,592.8 631.7 1,252.6 232.8 2003 6,228.4 3,725.7 683.0 1,350.1 469.6 2004 6,744.0 4,109.2 748.5 1,421.7 464.6 2005 7,291.0 4,035.7 784.1 1,514.9 956.3

2001 100.0 63.0 11.0 23.4 2.6 2002 100.0 62.9 11.1 21.9 4.1 2003 100.0 59.8 11.0 21.7 7.5 2004 100.0 60.9 11.1 21.1 6.9 2005 100.0 55.4 10.8 20.7 13.1

2001 8.5 7.3 8.2 2.8 456.0 2002 9.1 9.1 9.5 2.1 73.7 2003 9.1 3.7 8.1 7.8 101.7 2004 8.3 10.3 9.6 5.3 –1.1 2005 8.1 –1.8 4.8 6.5 105.8

Jadual 3.25Pengalaman Pengunderaitan

Tahun

Pen-dapatan Premium

Ter-peroleh

Tuntutan Bersih Kena

Dibayar

KomisenBersih

Margin Peng-unde-raitan

Per-belanjaan

Peng-urusan1

RM juta

% perubahan

% daripada pendapatan premium terperoleh

1 Perbelanjaan pengurusan termasuk hutang lapuk dan hutang ragu bersih

Perkara

Jadual 3.26 Pengunderaitan dan Hasil Kendalian

2001 20052002

RMj RMj%

per-ubahan

RMj RMj RMj

2003 2004

Keuntungan pengunderaitan 134.0 456.0 232.8 73.7 469.6 101.7 464.6 –1.1 956.3 105.8Pendapatan pelaburan 515.0 2.7 523.8 1.7 538.1 2.7 593.7 10.3 642.0 8.1Keuntungan modal 69.9 –67.1 130.8 87.1 189.5 44.9 188.9 –0.3 108.2 –42.7Pendapatan lain 213.0 173.8 138.7 –34.9 335.1 141.6 75.0 –77.6 97.1 29.5Kerugian modal 129.9 464.8 86.5 –33.4 89.7 3.7 18.8 –79.0 89.0 373.4Perbelanjaan lain 55.0 –84.5 120.5 119.1 138.5 14.9 124.6 –10.0 190.2 52.6Keuntungan 747.0 70.6 819.1 9.7 1,304.1 59.2 1,178.8 –9.6 1,524.4 29.3 kendalian

%per-

ubahan

%per-

ubahan

%per-

ubahan

%per-

ubahan

Page 27: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

53

Prestasi Industri pada Tahun 2005

dalam komponen boleh ubah perbelanjaan pengurusan ke tahap sederhana. Oleh itu, industri secara keseluruhan mengurangkan lagi nisbah perbelanjaan pengurusan kepada 20.7% daripada premium diperoleh, lantas melanjutkan trend positif ini bagi tahun kelima berturut-turut. Komisen bersih sebagai peratusan premium diperoleh juga merosot ke bawah paras 11% buat pertama kali dalam tempoh enam tahun,

oleh beberapa penanggung insurans melalui saluran agihan langsung seperti pemasaran langsung.

Jangkaan bahawa kitaran penetapan harga akan bertukar arah lagi selepas taufan yang melanda Amerika Syarikat harus terus memberi sokongan terhadap penetapan harga berhemat pada masa akan datang. Ini, bersama-sama dengan

Harta benda, loji dan kelengkapan 681.3 4.6 696.1 4.5 734.3 4.4 733.0 4.3 720.7 4.0 Pinjaman 222.1 1.5 210.4 1.4 242.4 1.5 226.5 1.3 244.7 1.4

Pelaburan 6,983.0 46.7 7,093.8 45.8 7,429.7 44.7 8,149.3 47.7 9,106.1 50.6 Sekuriti/hutang dijamin oleh Kerajaan Malaysia 1,928.8 12.9 1,862.6 12.0 1,952.3 11.8 2,292.2 13.4 2,671.4 14.8 Sekuriti korporat/hutang 4,915.6 32.9 5,086.5 32.9 5,370.8 32.3 5,685.1 33.3 6,225.2 34.6 Lain-lain 138.6 0.9 144.7 0.9 106.6 0.6 172.0 1.0 209.5 1.2

Harta benda pelaburan 427.5 2.9 426.0 2.8 454.6 2.7 429.7 2.5 428.4 2.4

Wang tunai dan simpanan 5,258.9 35.2 5,447.6 35.2 6,010.4 36.2 5,837.6 34.2 5,562.9 30.9

Amaun tertunggak daripada pelanggan/pengantara/ penanggung insurans semula 946.2 6.3 1,006.2 6.5 1,223.1 7.4 1,172.2 6.9 1,370.8 7.6

Aset lain 421.5 2.8 586.9 3.8 511.3 3.1 520.7 3.1 547.6 3.1

Aset luar negeri 2.3 … 4.4 … 5.7 … 8.0 … 8.2 …

Jumlah 14,942.8 100.0 15,471.4 100.0 16,611.5 100.0 17,077.0 100.0 17,989.4 100.0

Jenis Pelaburan

Jadual 3.27Aset Kumpulan Wang Insurans Am

2001 20052002

RMjRMj RMj RMj

2003 2004

%RMj % % % %

… Terlalu kecil

Pengalaman kerugian yang menggalakkan dan peningkatan kecekapan yang berterusan telah kembali meningkatkan margin pengunderaitan ke tahap dua angka dan menghasilkan paras keuntungan kendalian yang tertinggi sejak krisis kewangan Asia.

sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan dalam trend ke arah pembayaran pampasan brokeraj berasaskan fi bagi akaun korporat yang besar dan juga penembusan yang lebih agresif

tahap produktiviti yang meningkat, seharusnya memperkukuh keadaan bagi kenaikan seterusnya dalam keuntungan pengunderaitan pada masa hadapan.

Page 28: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

54

Hasil dorongan keuntungan pengunderaitan yang besar, keuntungan kendalian mencatat paras rekod sejak krisis kewangan Asia kepada RM1,524.4 juta pada tahun 2005, meningkat sebanyak 29.3% berbanding dengan tahun sebelumnya. Sehubungan itu, pulangan atas aset meningkat kepada 8.9% daripada 7.2% pada tahun 2004. Jurang antara penanggung insurans yang dikawal oleh warganegara Malaysia dengan penanggung insurans yang dikawal oleh warga asing juga mengecil dengan ketara kepada spread 1.4 mata peratusan daripada 2.5 mata peratusan pada tahun 2004. Komponen teknikal keuntungan terus kukuh, dengan akaun pengunderaitan menyumbang bahagian lebih besar sebanyak 62.7% (2004: 39.4%) kepada keuntungan kendalian.

Walau bagaimanapun, hasil pelaburan menjadi lebih lemah akibat pasaran ekuiti yang lembap. Kerugian modal direalisasikan dan belum direalisasikan bersih berjumlah RM68.1 juta pada tahun 2005 berbanding dengan kedudukan keuntungan bersih sebanyak RM147.8 juta pada tahun 2004. Ini lantas mengimbangi aliran pendapatan faedah dan pendapatan dividen yang lebih tinggi yang dicapai dengan kadar hasil pelaburan (tidak termasuk keuntungan modal) bertambah baik kepada 3.7% daripada 3.5% pada tahun 2004. Dengan turun naik yang berterusan dalam pasaran ekuiti, penetapan harga risiko yang mencukupi dan strategi pelaburan berhemat kekal penting dalam mengekalkan keuntungan keseluruhan.

AsetSelaras dengan pertumbuhan premium yang lebih kukuh, jumlah aset bagi kumpulan wang insurans am meningkat pada kadar yang lebih pantas sebanyak 5.3% (2004: 2.8%) kepada RM17,989.4 juta pada akhir tahun 2005. Penanggung insurans am terus menggunakan strategi pengurusan pelaburan yang lebih aktif pada tahun 2005, lalu menghasilkan kadar pegangan tunai yang lebih rendah dan portfolio pelaburan yang lebih besar. Jumlah pegangan pelaburan meningkat hampir sebanyak RM1 bilion kepada RM9,106.1 juta, kenaikan sebanyak 11.7% berbanding dengan tahun 2004, mencakupi lebih separuh daripada aset kumpulan wang insurans am. Daripada jumlah ini, pelaburan dalam PDS meningkat lagi kepada RM3,647.6 juta lalu mencakupi 20.3% daripada jumlah aset (2004: RM3,103.4 juta atau 18.2%),

dengan penanggung insurans mengambil peluang daripada kadar hasil pelaburan bon yang semakin meningkat menjelang suku keempat tahun 2005, terutamanya bagi kertas jangka lebih pendek, untuk meningkatkan hasil pelaburan. Oleh itu, bahagian pegangan PDS oleh penanggung insurans am dalam kertas dengan kematangan lima tahun dan kurang, meningkat kepada 65.4% (2004: 58.7%). Seperti dilihat dalam sektor hayat, gred pelaburan (kertas bertaraf minimum ‘A’) mencakupi bahagian yang ketara besar (86.9%) daripada pegangan PDS oleh penanggung insurans am. Permintaan penanggung insurans am terhadap MGS kekal kukuh dan terus meningkat, walaupun pada kadar yang lebih sederhana, iaitu 16.5% (2004: 17.4%) disebabkan jumlah terbitan baru yang lebih rendah pada tahun 2005.

Sementara itu, pengurangan modal pada separuh tahun kedua menyebabkan penurunan lagi dalam pembahagian aset kepada ekuiti kepada 10.6% (2004: 10.8%) daripada jumlah aset. Pada

2001 2002 2003 2004 20050

5

10

15

20

Harta benda, loji dan kelengkapanPinjaman

Pelaburan

Harta benda pelaburan

Wang tunai dan simpanan

Amaun tertunggak daripada pelanggan/ pengantara/ penanggung insurans semulaAset lain

Aset luar negeri

RM bilion

Carta 3.5Aset Kumpulan Wang Insurans Am

Page 29: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

55

Prestasi Industri pada Tahun 2005

akhir tahun 2005, nilai buku pelaburan dalam ekuiti berjumlah RM1,898.1 juta, yang hanya merupakan peningkatan kecil sebanyak 2.7% daripada paras yang dilaporkan pada tahun 2004. Penanggung insurans pada amnya mengekalkan strategi konservatif dalam pelaburan ekuiti selaras dengan jangkaan berhati-hati mengenai prospek pemulihan pasaran saham.

Walaupun terdapat peralihan berterusan daripada pegangan wang tunai kepada pelaburan dalam pasaran modal, sokongan mudah tunai bagi penyelesaian tuntutan insurans am kekal pada paras yang berhemat, dengan wang tunai dan deposit yang cukup untuk memenuhi 81.4% (2004: 87%) daripada agregat peruntukan bagi tuntutan belum dibayar.

Taburan penanggung insurans mengikut saiz aset kumpulan wang insurans kekal tidak berubah pada tahun 2005 dengan ketiadaan penggabungan dan pengambilalihan di kalangan penanggung insurans am pada tahun itu. Namun, saiz aset purata bagi penanggung insurans am meningkat 4.9% kepada RM440.3 juta (2004: RM419.7 juta) selaras dengan jumlah aset yang dicapai yang lebih besar. Masih terdapat ruang yang besar bagi penanggung insurans yang kecil untuk meningkatkan ekonomi mengikut bidangan mereka melalui strategi penyatuan, memandangkan terdapatnya

perubahan yang bakal berlaku dan yang memberi kesan yang mendalam kepada persekitaran kendalian ketika semakin hampir kepada pelaksanaan. Ini termasuk pelaksanaan rangka kerja modal berasaskan risiko, penggunaan standard pelaporan kewangan baru dan penyahkawalseliaan tarif motor dan kebakaran secara beransur-ansur. Kesemua ini memerlukan penanggung insurans membuat pelaburan yang besar dalam sistem pengurusan maklumat dan juga sumber manusia untuk mencapai standard pengurusan risiko yang lebih tinggi yang diperlukan dalam persekitaran baru. Pengumuman insentif cukai semasa Bajet Tahun 2006 dijangka dapat memberi galakan tambahan memulakan semula aktiviti penggabungan dan pengambilalihan pada tahun-tahun yang akan datang.

Rizab TeknikalNisbah rizab teknikal sebagai peratusan daripada premium bersih menurun kepada 136.9% pada tahun 2005, mencerminkan nisbah tuntutan yang lebih memberangsangkan pada tahun itu. Rizab tuntutan sebagai peratusan daripada premium bersih merupakan 90.5% pada tahun itu, menurun daripada 97.1% pada tahun 2004. Nisbah rizab yang sangat rendah adalah jelas terutamanya dalam kelas motor ‘Akta’ dan berkaitan minyak luar pesisir yang menurun masing-masing kepada 468.2% dan

Kurang daripada 201 3 3 3 2 2

20 hingga kurang daripada 30 1 1 1 0 0

30 hingga kurang daripada 50 2 1 1 0 0

50 hingga kurang daripada 100 5 3 1 1 1

100 hingga kurang daripada 150 8 4 4 2 2

150 hingga kurang daripada 300 20 13 12 14 14

300 ke atas 18 23 25 24 24 Jumlah 57 48 47 43 43

Jadual 3.28Klasifi kasi mengikut SaizKumpulan Wang Insurans Am

Bilangan Kumpulan WangRM juta

2004200320022001 2005

1 Termasuk penanggung insurans yang sedang melupuskan perniagaan insurans am

RM juta

Jadual 3.29Rizab Teknikal

2001 2,504.4 5,951.5 8,455.9 2002 2,820.6 6,238.2 9,058.8 2003 3,026.1 6,499.9 9,526.0 2004 3,247.4 6,707.2 9,954.6 2005 3,506.7 6,833.3 10,340.0

2001 6.9 3.6 4.6 2002 12.6 4.8 7.1 2003 7.3 4.2 5.2 2004 7.3 3.2 4.5 2005 8.0 1.9 3.9 2001 46.5 110.5 157.0 2002 46.8 103.6 150.4 2003 47.0 101.0 148.0 2004 47.0 97.1 144.0 2005 46.4 90.5 136.9

RizabTeknikalTahun

Rizab Premium Tidak

Terperoleh

PeruntukanBagi TuntutanBelum Dibayar

% perubahan

% daripada premium bersih

Page 30: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

56

256.4% (2004: 515.8% dan 911.3%) hasil daripada jumlah premium yang sangat besar dalam kedua-dua sektor, berbanding dengan peningkatan dalam rizab tuntutan yang secara relatifnya kecil.

Tahap rizab keseluruhan kekal jauh melebihi paras berhemat berikutan pendedahan industri yang secara relatif rendah terhadap tuntutan liabiliti

jangka panjang. Bank akan terus memastikan penanggung insurans individu mengekalkan tahap rizab yang mencukupi berbanding dengan pengalaman pengunderaitan dan pengendalian tuntutan mereka. Pelaksanaan garis panduan penentuan rizab insurans am baru yang akan dijalankan tidak lama lagi akan terus menyokong penerimapakaian asas penentuan rizab yang lebih realistik oleh penanggung insurans, membolehkan mereka mengurangkan sebarang penimbal tersirat yang mungkin tersembunyi dalam rizab semasa mereka dan berada dalam lingkungan kehematan yang boleh diterima.

Penunjuk tuntutan yang relevan bagi industri yang mengambil kira data yang dikemukakan oleh penanggung insurans bagi tahun 2005 ditunjukkan dalam Jadual 3.30 hingga 3.32.

Perniagaan Luar MalaysiaPremium kasar yang diunderait dari luar Malaysia terus menguncup sebanyak 2.1% (2004:1.2%) pada tahun 2005 kepada RM397.3 juta (2004: RM405.7 juta) disebabkan terutamanya oleh premium yang lebih rendah yang diunderait oleh penanggung insurans semula profesional, terutamanya dalam sektor MUT. Jumlah premium kasar yang berpunca daripada penanggung insurans semula profesional menurun sebanyak 4.6% pada tahun 2005 kepada RM239.4 juta (2004: RM250.9 juta). Daripada jumlah ini, premium MUT, yang kebanyakannya terdiri daripada risiko dalam pasaran Timur Tengah,

Marin, udara dan transit 2.46 1.17 1.07 1.03 1.01 1.01 1.06 84.3 83.8 Kebakaran 1.97 1.07 1.02 1.01 1.01 1.00 1.03 94.8 93.5 Motor Perlindungan 'Akta'3 8.21 2.62 1.61 1.31 1.21 1.17 1.16 31.1 28.8 Lain-lain 1.86 1.04 1.01 1.01 1.00 1.00 1.02 96.0 96.1 Pelbagai4 1.73 1.09 1.03 1.02 1.01 1.01 1.07 88.1 87.7

Jadual 3.30Purata Nisbah Hubungan Tuntutan Dibayar Kumulatif dan Kewujudan Tuntutan1

Muktamad02 1 2 3 4 5

Kelas Tahun Perkembangan

2003 2004

1 Berdasarkan tahun kewangan, disatukan dari tahun kewangan berakhir 1 Julai hingga 30 Jun2 Tahun perkembangan 0 merujuk kepada tahun kejadian kerugian3 Perlindungan insurans yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 19874 Termasuk semua kelas kecuali marin, udara dan transit, kebakaran dan motor

% daripada Kos Tuntutan Kena Dibayar Muktamad

pada Akhir Tahun Perkembangan 1

Marin, udara dan transit 45.7 50.0 62.1 57.5 46.1 60.8 61.0 Kebakaran 23.8 25.8 28.1 29.0 31.7 31.6 41.9

Motor

Perlindungan

'Akta'2 121.6 139.3 146.2 133.0 145.7 142.4 144.8

Lain-lain 49.2 62.1 60.6 59.2 59.1 64.6 61.0 Pelbagai3 51.4 62.6 63.6 65.8 59.8 58.7 62.2

Tahun Kejadian Kerugian

2000 2001

Jadual 3.31Nisbah Tuntutan Muktamad1

20021998 1999

%

Kelas

1 Nisbah berdasarkan data tahun kewangan berakhir terkumpul yang tidak diselaraskan atas pergerakan tuntutan mengikut tempoh yang dikemukan oleh industri, disatukan dari tahun kewangan berakhir 1 Julai hingga 30 Jun.2 Perlindungan insurans yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 19873 Termasuk semua kelas kecuali marin, udara dan transit, kebakaran dan motor

2003 2004

Page 31: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

57

Prestasi Industri pada Tahun 2005

ialah 24.5% lebih rendah berbanding dengan tahun sebelumnya, sejajar dengan trend yang terus menurun hampir sepanjang tahun dalam kadar premium antarabangsa sebelum kejadian taufan di Amerika Syarikat. Rasionalisasi portfolio global, termasuk penarikan balik sokongan insurans semula bagi akaun yang mengalami kerugian dan penyatuan operasi perniagaaan yang berselerak mengikut kedudukan geografi juga menyumbang kepada penguncupan dalam perniagaan yang diperoleh oleh penanggung insurans semula profesional asing di Malaysia.

Sebaliknya, aktiviti perniagaan asing di kalangan penanggung insurans langsung meningkat 2% kepada RM157.9 juta pada tahun 2005 dalam perniagaan luar Malaysia yang diunderait oleh penanggung insurans langsung. Jumlah perniagaan yang lebih besar dicapai dalam semua kelas perniagaan utama kecuali portfolio kebakaran, yang disokong terutamanya oleh pengembangan operasi yang lebih agresif sebuah penanggung insurans domestik dalam pasaran Singapura. Walau bagaimanapun, setelah mengambil kira semua aspek, penanggung insurans semula profesional terus menguasai sebahagian besar perniagaan dari luar Malaysia, dengan menyumbang 60.3% daripada premium kasar (2004: 61.8%).

Perniagaan luar Malaysia terus tertumpu di sekitar segmen kebakaran dan pelbagai dengan bahagian masing-masing sebanyak 46% (2004: 46.4%) dan 30.6% (2004: 28.7%) daripada jumlah premium kasar. Dengan pengembangan ke luar negara yang berterusan oleh konglomerat Malaysia dalam sektor pembinaan, terutamanya ke negara yang mengalami pertumbuhan yang tinggi di rantau ini, prospek pertumbuhan masa depan dalam segmen ini kekal positif. Walau bagaimanapun, keupayaan penanggung insurans domestik untuk menggunakan peluang perniagaan di luar negara amat bergantung pada kejayaan mereka membina kapasiti yang perlu untuk mengurus dan menyerap risiko luar negara dan juga meningkatkan daya saing mereka di peringkat global.

Keuntungan pengunderaitan bagi perniagaan di luar Malaysia meningkat 315.7% kepada RM42.4 juta pada tahun 2005, lalu menambah aset yang menyokong perniagaan asing, yang meningkat 1.4% pada tahun 2005 kepada RM915.2 juta (2004: 5.7% kepada RM902.5 juta). Sebahagian besar (67.6%) aset yang menyokong perniagaan di luar Malaysia terus dilaburkan di Malaysia, kebanyakannya dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia, saham dan deposit.

Prestasi Penanggung Insurans Semula Am Profesional

Premium insurans semula yang diunderait oleh penanggung insurans semula profesional terus menguncup 12.5% kepada RM864.6 juta pada tahun 2005 (2004: -5.7%), meneruskan trend menurun dalam jumlah perolehan perniagaan untuk tahun ketiga berturut-turut. Trend yang menurun dalam kadar premium dan bendungan bersih yang lebih tinggi yang dikekalkan oleh penanggung insurans langsung merupakan penyebab utama penurunan. Khususnya, semakan ke bawah sisen sukarela kepada MRB bagi kelas perniagaan motor, kemalangan diri serta hospital dan pembedahan meningkatkan kadar bendungan bersih oleh penanggung insurans langsung. Kapasiti pasaran domestik yang disediakan oleh penanggung insurans semula profesional juga menguncup pada tahun 2005, dengan satu penanggung insurans semula sedang dalam proses menamatkan perniagaannya. Akibatnya, premium insurans semula diterima yang lebih rendah dicatat dalam semua kelas perniagaan yang utama, kecuali liabiliti, dengan penguncupan yang paling tinggi

Marin, udara dan transit 6.2 6,572 Kebakaran 1.3 4,238 Motor Perlindungan 'Akta'2 1.0 7,670 Lain-lain 7.1 3,917

Pelbagai3 8.7 2,170

RM%

Jadual 3.32Anggaran Purata Kekerapan Kerugian dan Kos Purata bagi Setiap Tuntutan1

Kos Puratabagi SetiapTuntutan

PurataKekerapanKerugian4

1 Berdasarkan tahun kewangan, disatukan dari tahun kewangan berakhir 1 Julai hingga 30 Jun2 Perlindungan insurans yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 19873 Termasuk semua kelas kecuali marin, udara dan transit, kebakaran dan motor4 Nisbah dan data merupakan anggaran sahaja berdasarkan data industri sedia ada. Pengalaman sebenar mungkin berbeza menurut pengalaman tuntutan sebenar yang dialami oleh penanggung insurans individu

Kelas

Page 32: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

58

dicatat dalam sektor motor selaras dengan penurunan kadar premium bagi perlindungan lebihan kerugian. Jumlah premium meningkat sedikit bagi liabiliti jangka panjang dan perniagaan motor ‘Akta’, walaupun kemungkinan had yang akan diperkenalkan atas perlindungan insurans semula bagi kerugian kecederaan anggota badan pihak ketiga (kini tidak terhad) mungkin dapat mengekang peningkatan premium insurans semula dalam segmen ini pada masa akan datang. Kelas perniagaan kebakaran, motor, SRK dan kejuruteraan dan MUT terus menyumbang hampir 85% daripada premium insurans semula yang diterima oleh penanggung insurans semula profesional.

Daripada jumlah premium yang diinsurans semula dalam pasaran, bahagian premium insurans semula yang diunderait oleh penanggung insurans semula profesional menurun kepada 66.6% (2004: 72.9%) dengan bahagian yang lebih besar dikuasai oleh penanggung insurans langsung, kesan daripada pelbagai langkah yang dilaksanakan untuk mengoptimumkan kapasiti institusi yang sedia ada (sila lihat bahagian mengenai Bendungan dan Insurans Semula bagi Perniagaan Insurans Malaysia).

Perniagaan yang diunderait oleh penanggung insurans semula profesional terus tertumpu pada tiga penanggung insurans semula teratas yang menguasai jumlah bahagian pasaran sebanyak 82.6% daripada jumlah premium insurans semula yang diterima. Walau bagaimanapun, jumlah bahagian mereka menurun daripada 84.2% pada tahun 2004 dengan persaingan yang semakin sengit dalam sektor insurans semula.

Nisbah perniagaan insurans semula yang diterima dari luar Malaysia kepada jumlah perniagaan insurans semula yang diterima oleh penanggung insurans semula profesional menurun sedikit kepada 20.2% (2004: 21.7%). Penanggung insurans semula profesional asing terus mencakupi bahagian terbesar (79.9%) dari perniagaan insurans semula serantau, kebanyakannya daripada negara ASEAN dan negara Asia Selatan. Portfolio serantau kekal kecil dari segi jumlah, iaitu sebanyak RM239.4 juta, yang membuka ruang yang besar untuk mencapai kemajuan yang lebih ketara bagi memperoleh bahagian perniagaan yang lebih besar daripada rantau ini. Dalam konteks ini, penanggung insurans semula asing profesional yang dilesenkan di Malaysia dijangka akan

Marin, Udaradan

Transit

Jadual 3.33Prestasi Penanggung Insurans Semula Am Profesional

PerbelanjaanPerubatan

danKemalangan

DiriJumlah

Lain-lain

Pelbagai

Motor

Premium Insurans Semula Diterima (RM juta)

Tahun

PampasanPekerja

danLiabilitiMajikan

Perlin-dungan'Akta'1

Liabiliti

SemuaRisiko

Kontraktordan

Kejuruteraan

JumlahKeba-karan

1 Perlindungan insurans yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 19872 Tuntutan bersih kena dibayar sebagai nisbah kepada pendapatan premium terperoleh

2001 91.8 100.6 370.3 73.6 28.5 247.3 275.8 14.0 8.8 84.8 1,019.72002 128.4 147.1 453.4 79.8 29.5 281.2 310.7 26.8 9.0 94.9 1,250.12003 119.3 112.8 395.6 68.7 23.1 235.0 258.1 19.7 7.2 66.6 1,048.02004 107.5 123.6 369.7 67.9 21.0 219.2 240.2 17.4 5.8 55.7 987.82005 100.5 102.5 349.3 55.1 21.5 158.1 179.6 22.8 5.3 49.5 864.6 2001 62.5 81.9 284.2 57.6 17.2 168.6 185.8 12.2 6.0 67.7 757.92002 83.5 130.0 365.2 64.3 19.3 201.8 221.1 24.9 6.5 75.0 970.52003 78.6 101.0 344.0 62.5 19.9 206.2 226.1 18.4 6.2 55.3 892.12004 73.5 117.3 342.6 66.4 21.0 216.6 237.6 17.2 5.7 50.8 911.12005 70.8 97.0 326.1 54.0 21.5 155.4 176.9 22.4 5.3 44.6 797.1 2001 48.2 107.5 59.7 66.9 95.0 51.5 55.4 10.0 25.9 113.0 67.12002 74.0 74.7 55.7 88.3 121.1 54.6 60.6 73.7 15.3 85.4 65.52003 73.7 49.2 37.5 46.0 143.1 67.2 73.9 2.4 18.0 101.5 55.02004 89.2 56.2 48.0 90.5 157.9 59.2 67.9 37.4 16.8 52.5 60.42005 57.4 15.0 48.5 33.7 154.3 76.6 85.1 27.8 22.3 35.0 51.0

Premium Bersih (RM juta)

Nisbah Tuntutan2 (%)

Page 33: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

59

Prestasi Industri pada Tahun 2005

memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan dalam perniagaan serantau, yang diperoleh di Malaysia selaras dengan objektif jangka panjang untuk membangunkan Malaysia menjadi pusat insurans semula serantau.

Nisbah bendungan yang dicatat oleh penanggung insurans semula profesional kekal stabil pada 92.2%, dengan premium bersih yang diunderait oleh penanggung insurans semula profesional menurun berkadaran dengan penurunan dalam premium insurans semula yang diterima. Sehingga kini, tahap bendungan oleh penanggung insurans semula asing secara kolektif kekal merupakan tahap yang paling tinggi sejak langkah diambil untuk memberikan lesen kepada penanggung insurans semula profesional di Malaysia pada tahun 1993. Ini menunjukkan kepentingan sumbangan mereka yang berterusan ke arah menyokong tahap bendungan negara.

Berasaskan pengalaman tuntutan bagi industri tersebut pada tahun 2005, peningkatan sekali lagi lebih ternyata bagi penanggung insurans semula profesional dengan nisbah tuntutan keseluruhan menurun dengan ketara kepada 51%. Seperti yang dilihat dalam industri secara keseluruhan, peningkatan yang nyata dicatat dalam nisbah tuntutan penanggung insurans semula profesional bagi kelas perniagaan MUT, SRK dan kejuruteraan dan perbelanjaan perubatan dan kemalangan diri. Selain daripada penurunan dalam pengalaman tuntutan yang lebih menggalakkan dalam pasaran penanggung insurans langsung, penurunan dalam nisbah tuntutan yang dicatat oleh penanggung insurans semula profesional, juga adalah hasil daripada komutasi triti yang ditamatkan yang menyebabkan penyelesaian tuntutan insurans semula yang lebih rendah hasil rundingan dengan penanggung insurans langsung, kajian semula rizab bagi program kematangan berbilang tahun, dan pengeluaran rizab yang konservatif yang diperuntukkan untuk tuntutan tsunami pada tahun 2004. Walau bagaimanapun, berbeza dengan pengalaman dalam pasaran insurans langsung, pengalaman tuntutan bagi insurans semula kebakaran dan motor telah merosot. Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh pengurangan dalam saiz risiko dan taburan perniagaan insurans semula motor dan kebakaran pada tahun 2005, dengan risiko kebakaran baru yang diinsuranskan dalam

pasaran langsung tertumpu hanya pada risiko lebih kecil yang tidak memerlukan sokongan insurans semula, dan pengurangan kadar premium bagi kemudahan insurans semula motor tidak bernisbah. Akibatnya, tuntutan insurans semula yang diasingkan dan penggunaan kaedah penentuan rizab yang lebih konservatif oleh sesetengah penanggung insurans semula memberikan kesan yang lebih besar atas nisbah tuntutan dalam sektor insurans semula bagi segmen perniagaan ini.

Meskipun terdapat penguncupan dalam perniagaan yang diunderait, hasil pengunderaitan yang dicapai oleh penanggung insurans semula profesional meningkat dengan ketara, dengan nisbah yang disatukan yang lebih rendah sebanyak 81.3% (2004: 90.9%) hasil daripada pengalaman tuntutan yang lebih memberangsangkan dan juga komisen insurans semula kena dibayar yang lebih rendah. Keuntungan pengunderaitan mencapai RM150.3 juta pada tahun 2005 (2004: RM82.5 juta), iaitu pertambahan sebanyak 82.2% berbanding dengan tahun 2004. Ini seterusnya meningkatkan keuntungan kendalian sebanyak 32.1% kepada RM231.1 juta (2004: RM175 juta). Hasil kendalian bagi penanggung insurans semula profesional akan terus kukuh dengan kenaikan premium pasaran yang dijangka mantap berikutan taufan di Amerika Syarikat. Penanggung insurans semula global dijangka dapat mengekalkan disiplin penetapan harga jangka panjang dan strategi pelaburan yang konservatif, yang seterusnya akan menyokong hasil positif bagi operasi mereka di Malaysia. Trend konsolidasi yang diperhatikan dalam industri insurans semula global juga memberikan dorongan selanjutnya untuk mempertingkatkan kedudukan kewangan dan prospek penanggung insurans semula yang terbabit, yang beroperasi di Malaysia.

Pembrokeran Insurans

Pada tahun 2005, jumlah premium yang ditempatkan oleh sektor pembrokeran insurans meningkat semula dengan kenaikan sebanyak 11.1% kepada RM2,958.3 juta (2004: menurun 4.3% kepada RM2,662.7 juta). Peningkatan itu disebabkan terutamanya oleh penempatan premium yang lebih tinggi dalam kelas SRK dan kejuruteraan sebanyak 32.9% kepada RM431.1 juta dan juga kelas berkaitan minyak luar pesisir sebanyak 26% kepada RM329.6

Page 34: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

60

juta. Ini selaras dengan peningkatan projek berkaitan pembinaan luar pesisir yang dijalankan pada tahun 2005 berikutan pelaburan baru dalam sektor minyak dan gas. Selain itu, kelas perniagaan kargo meningkat 19.5% kepada RM131.2 juta disebabkan oleh permintaan luar negeri yang bertambah untuk keluaran elektrik dan elektronik, sementara kelas perniagaan udara meningkat 12.8% kepada RM386.9 juta disebabkan oleh peningkatan kadar premium dan pertambahan yang ketara dalam bilangan kapal terbang sebuah syarikat penerbangan kos rendah tempatan. Penempatan dalam kelas motor juga mencatat peningkatan sebanyak 8.5% kepada RM105.7 juta (2004:

menurun 18% kepada RM97.4 juta) berikutan pertambahan yang mendadak dalam jualan kenderaan perdagangan pada tahun 2005.

Sebaliknya, penempatan dalam perniagaan kebakaran mengalami kemerosotan sebanyak 7.8% atau RM48.4 juta disebabkan terutamanya oleh prestasi sektor pembinaan yang lembap pada tahun 2005 akibat daripada pengurangan projek yang dipacu oleh sektor awam. Sebagaimana pada tahun-tahun sebelumnya, kelas pelbagai mengekalkan bahagian terbesar daripada jumlah premium yang ditempatkan, iaitu sebanyak 41.1% (2004: 38.8%), diikuti oleh MUT sebanyak 34.2% (2004: 32.4%).

2003 547.0 417.3 69.0 862.7 45.9 1,941.9

2004 510.6 454.7 64.3 755.6 49.0 1,834.2

2005 576.5 437.8 64.6 877.0 53.6 2,009.5

2003 342.4 113.6 49.8 334.3 1.7 841.8

2004 351.4 163.8 33.1 278.5 1.7 828.5

2005 434.4 132.3 41.1 340.2 0.8 948.8

2003 889.4 530.9 118.8 1,197.0 47.6 2,783.7

2004 862.0 618.5 97.4 1,034.1 50.7 2,662.7

2005 1,010.9 570.1 105.7 1,217.2 54.4 2,958.3

MotorHayat Jumlah

Premium langsung (RM juta)

Marin, Udaradan Transit

Tahun

Jadual 3.34Jumlah Premium Diurusniagakan

Pelbagai1Kebakaran

Premium Insurans Semula (RM juta)

Disatukan (RM juta)

Am

1 Termasuk semua kelas kecuali marin, udara dan transit, kebakaran dan motor

Jadual 3.35Premium Tertunggak Kepada Penanggung Insurans

Jumlah(RMj)

% daripadaJumlah

2003 2004

BulanJumlah(RMj)

% daripadaJumlah

Jumlah(RMj)

% daripadaJumlah

0 - 2 237.0 68.4 179.4 63.8 154.0 58.7 >2 - 6 56.5 16.3 52.9 18.8 63.4 24.2 >6 - 12 17.8 5.1 19.2 6.8 12.2 4.7 Lebih daripada 12 35.2 10.2 29.8 10.6 32.5 12.4 Jumlah 346.5 100.0 281.3 100.0 262.1 100.0

2005

Page 35: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

61

Prestasi Industri pada Tahun 2005

Sebanyak 67.9% atau RM2,009.5 juta daripada jumlah premium yang ditempatkan oleh broker pada tahun 2005 adalah dalam bentuk penempatan langsung (2004: 68.9% atau RM1,834.2 juta), sementara baki sebanyak 32.1% atau RM948.8 juta berkaitan dengan penempatan insurans semula. Premium yang ditempatkan dalam negeri mencukupi 78.8% (2004: 79.6%) atau RM2,330.2 juta, manakala baki sebanyak 21.2% (2004: 20.4%) merupakan premium yang ditempatkan di luar negara.

Seiring dengan kenaikan jumlah premium yang ditempatkan oleh sektor pembrokeran, brokeraj yang diperoleh juga naik 7.7% kepada RM193.5 juta (2004: naik 0.3% kepada RM179.7 juta). Mengiringi kenaikan brokeraj yang diperoleh ialah kenaikan lebih kecil sebanyak 4.3% dalam jumlah perbelanjaan yang telah menyebabkan industri pembrokeran mencatat keuntungan kendalian lebih tinggi sebanyak RM68.5 juta pada tahun 2005 (2004: RM61.4 juta).

Sebagaimana pada tahun-tahun yang lepas, beberapa broker yang lebih besar terus menguasai industri pembrokeran. Daripada 34 broker insurans, 11 mempunyai agregat bahagian pasaran sebanyak 83.2% daripada jumlah premium yang ditempatkan, dengan premium tahunan purata sebanyak RM223.7 juta setiap broker. Jumlah itu jauh melebihi purata industri sebanyak RM87 juta setiap broker (2004: RM78.3 juta). Baki 23 broker mencakupi bahagian pasaran yang selebihnya, iaitu 16.8% dengan premium purata hanya RM21.7 juta setiap broker.

Pada akhir tahun 2005, jumlah premium tertunggak kepada penanggung insurans terus menurun 6.8% kepada RM262.1 juta (2004:

RM281.3 juta). Jumlah ini merupakan 8.9% daripada jumlah premium yang diurus niaga (2004: 10.6%). Pembaikan ini disebabkan usaha berterusan yang diambil oleh broker dan penanggung insurans untuk memperbaik kecekapan pengendalian bagi mempertingkatkan standard perkhidmatan kepada pengguna. Persatuan Broker Insurans Malaysia dan Persatuan Insurans Am Malaysia sedang membangunkan secara bersama standard amalan terbaik yang bertujuan memudahkan pencatatan dan pemungutan premium yang cekap dan juga penyesuaian akaun.

Modal berbayar purata bagi 34 broker insurans naik sedikit daripada RM1.3 juta pada tahun 2004 kepada RM1.4 juta pada tahun 2005. Peningkatan ini terutamanya disebabkan suntikan modal oleh lapan broker bagi memenuhi keperluan minimum modal berbayar sebagaimana ditetapkan di bawah syarat pelesenan takaful. Seperti tahun sebelumnya, sebanyak 23 broker mempunyai modal berbayar di bawah purata industri. Para broker perlu meneruskan usaha mereka untuk memantapkan sumber dan memperkukuh kapasiti bagi memenuhi tuntutan perniagaan dan jangkaan pengguna yang semakin bertambah. Usaha meningkatkan standard pengendalian pasaran dan profesionalisme hendaklah dijalankan selari dengan peningkatan kecekapan pengendalian dan inovasi produk.

Pengajusteran KerugianPada tahun 2005, sektor pengajusteran kerugian mengendalikan sejumlah 274,376 kes, iaitu peningkatan kecil sebanyak 1% (2004: 271,546 kes). Peningkatan ini disebabkan terutamanya oleh kes motor yang meningkat 1.9% kepada

Jadual 3.36Hasil Kendalian Broker Insurans

RMj % perubahan% perubahan RMj % perubahan RMj

2004 2005Perkara

Brokeraj diterima 179.2 18.1 179.7 0.3 193.5 7.7 Pendapatan lain 25.1 2.0 28.2 12.4 27.8 –1.4 Jumlah perbelanjaan 139.4 17.1 146.5 5.1 152.8 4.3 Keuntungan kendalian 64.9 13.5 61.4 –5.4 68.5 11.6

2003

Page 36: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

62

236,378 (2004: 232,016), berpunca daripada tuntutan kerosakan harta pihak ketiga dan kecederaan anggota serta tuntutan kecurian yang lebih tinggi. Sebaliknya, kes bukan motor mencatat pengurangan sebanyak 3.9% kepada 37,998 (2004: 39,530), disebabkan oleh pengurangan kes membabitkan kargo dan kapal marin dan juga tuntutan insurans perubatan dan kesihatan. Sebagaimana pada tahun-tahun yang lepas, kes motor meneruskan penguasaan pasaran dengan bahagian sebanyak 86.2% (2004: 85.4%).

Bilangan purata kes yang dikendalikan oleh setiap ajuster pada tahun 2005 meningkat kepada 7,621 (2004: 7,339). Hanya sembilan ajuster daripada 36 adjuster mengendalikan bilangan kes melebihi purata sektor, iaitu mencakupi 68% daripada jumlah kes atau purata sebanyak 20,741 kes bagi setiap ajuster (2004: 18,531). Ini mencerminkan sektor pengajusteran yang sangat berpecah-pecah. Baki 27 ajuster lagi mengendalikan purata 3,248 kes bagi setiap ajuster (2004: 3,194), iaitu kurang daripada separuh purata sektor.

Berikutan peningkatan yang kecil dalam bilangan keseluruhan kes yang dikendalikan

oleh sektor pengajusteran kerugian, jumlah pendapatan fi yang diterima oleh sektor ini meningkat 3.3% kepada RM142.1 juta pada tahun 2005 (2004: RM137.5 juta). Dengan peningkatan yang sedikit dalam kos kendalian iaitu sebanyak 0.1% (daripada RM131.5 juta pada tahun 2004 kepada RM131.6 juta pada tahun 2005), sektor ini melaporkan peningkatan keuntungan kendalian sebanyak 7.7% kepada RM15.4 juta (2004: RM14.3 juta). Daripada 36 ajuster, 31 melaporkan keuntungan kendalian berjumlah RM15.6 juta manakala baki lima ajuster melaporkan kerugian sebanyak RM0.2 juta (2004: 25 ajuster melaporkan keuntungan kendalian sebanyak RM15.4 juta dan 12 ajuster melaporkan kerugian sebanyak RM1.1 juta). Sejumlah besar atau 82% daripada jumlah keuntungan kendalian sebanyak RM15.6 juta yang dilaporkan oleh 31 ajuster disumbangkan oleh lima ajuster sahaja (2004: 86% daripada RM15.4 juta disumbangkan oleh lima ajuster).

Jumlah modal berbayar sektor ini menurun sedikit daripada RM14.4 juta pada tahun 2004 kepada RM14 juta pada tahun 2005, dengan berkurangnya satu ajuster dalam industri. Terdapat 19 ajuster dengan modal berbayar

Jadual 3.37Kes Dikendalikan oleh Ajuster

Jumlah

Bilangan

Motor Bukan motorTahun

%bahagian

Bilangan%

perubahan%

bahagian%

perubahanBilangan

% perubahan

2003 221,647 6.9 85.2 38,579 –7.9 14.8 260,226 4.4 2004 232,016 4.7 85.4 39,530 2.5 14.6 271,546 4.4 2005 236,378 1.9 86.2 37,998 –3.9 13.8 274,376 1.0

Jadual 3.38Hasil Kendalian Ajuster

RMj % perubahan% perubahan RMj % perubahan RMj

Perkara

Fi diterima 125.6 –3.2 137.5 9.5 142.1 3.3

Pendapatan lain 7.6 76.7 8.3 9.2 4.9 –41.0

Jumlah perbelanjaan 131.0 –6.3 131.5 0.4 131.6 0.1

Keuntungan/(Kerugian) kendalian 2.2 137.9 14.3 550.0 15.4 7.7

2003 2004 2005

Page 37: Prestasi Industri pada Tahun 2005 - bnm.gov.my · Prestasi Perniagaan Hayat Perniagaan Baru dan Berkuat kuasa Perniagaan baru dalam sektor hayat hanya berkembang sedikit pada tahun

63

Prestasi Industri pada Tahun 2005

kurang daripada purata sektor, iaitu RM0.4 juta sementara modal berbayar tujuh ajuster lain adalah pada tahap minimum RM150,000.

Persaingan sengit dalam sektor pengajusteran kerugian terus meningkatkan desakan kepada para ajuster, terutama ajuster yang lebih besar, membuat pelaburan dalam membina keupayaan dan kepakaran teknikal serta infrastruktur IT yang perlu. Selain itu, usaha telah dibuat untuk mempelbagaikan kegiatan dengan memasuki bidang perkhidmatan nilai tambah serta mengadakan hubungan strategik dengan pihak luar bagi menjalankan usaha niaga di luar negara. Pemerhatian di negara maju lain juga menunjukkan trend baru yang bakal

muncul dengan fi rma perakaunan forensik, yang menyediakan kepakaran dalam penaksiran insurans gangguan perniagaan dan perakaunan penyesuaian stok bagi tuntutan kerosakan kebakaran atau stok yang musnah, semakin memasuki perkhidmatan yang disediakan oleh sektor pengajusteran kerugian. Trend sedemikian ditambah pula dengan persaingan dalam sektor pengajusteran kerugian terus memberi cabaran kepada para ajuster dalam sektor ini. Memandangkan perkembangan ini dan keperluan untuk mempunyai ekonomi ikut bidangan dalam pengendalian, penyatuan selanjutnya dalam industri adalah perlu bagi memastikan daya maju dan daya saing para ajuster yang berterusan.