perniagaan yang sah - smecorp.gov.my · dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran...

24
Jenis-Jenis Perniagaan Panduan Proses Pendaftaran Perniagaan Senarai Semak Proses Pendaftaran 32 35 37 PERNIAGAAN YANG SAH

Upload: lyhanh

Post on 03-May-2019

290 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERNIAGAAN YANG SAH - smecorp.gov.my · Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru

Jenis-Jenis Perniagaan

Panduan Proses Pendaftaran Perniagaan

Senarai Semak Proses Pendaftaran

32

35

37

PERNIAGAANYANG SAH

Page 2: PERNIAGAAN YANG SAH - smecorp.gov.my · Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan32

PemilikanTunggal

SyarikatSendirianBerhad

PerkongsianLiabilitiTerhad

Rakan Kongsi

PERNIAGAANYANG SAH

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ialah badan yang mengawalselia perniagaan di Semenanjung Malaysia supaya mengikut perundangan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif. SSM juga membantu untuk menyalurkan maklumat syarikat kepada masyarakat awam. Pendaftaran perniagaan (pemilikan tunggal dan rakan kongsi) di Sabah dan Sarawak dikawalselia oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.

JENIS-JENIS PERNIAGAAN

Apakah

jenis perniagaan

yang ingin anda

mulakan?

Adakahentiti perniagaantersebut adalah

milik andasepenuhnya?

Atau adakahanda mempunyai

rakan kongsi yang

boleh bersama-sama

untuk menanggungsegala aset dan

liabiliti syarikat?

Sebagai pemilik perniagaan, anda perlu menetapkan jenis entiti perniagaan yang ingin dibina serta menepati peraturan undang-undang perniagaan tempatan sebelum bermula. Pemilihan entiti perniagaan yang paling sesuai untuk perniagaan baru akan membantu memaksimakan tahap keupayaan kewangan dan kejayaan operasi perniagaan anda.

Di Malaysia, terdapat empat jenis perniagaan yang boleh dibina yang bersesuaian dengan perniagaan yang ingin anda jalankan.

Page 3: PERNIAGAAN YANG SAH - smecorp.gov.my · Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 33

SEKILAS LALU:MEMILIH JENIS PENIAGAAN

Pemilikan Tunggal

Rakan Kongsi PerkongsianLiabiliti Terhad

SyarikatSendirian Berhad

Apakah

Sesuai Untuk

Contoh Umum

Liabiliti

Anggaran Kos Permulaan

Tempoh Masa Pendaftaran

Pematuhan Cukai Pendapatan

Perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik menggunakan nama peribadi atau nama perdagangan

Perniagaan mikro dan kecil. Paling sesuai untuk perlaburan seorang individu tanpa melibatkan pekerja

Kedai runcit, salon rambut, tukang paip, kedai kraf dan sebagainya

Liabiliti tidak terhad. Sekiranya anda tidak mampu untuk membayar hutang, penghutang boleh menuntut melalui aset peribadi anda.

RM60 - RM100++(~RM30 penyelenggaraan tahunan)

1 jam di kaunter SSM

Keuntungan dicukai ke atas individu. Tidak boleh mendapat kelebihan potongan cukai yang diberi kepada syarikat kecil.

Sama seperti pemilikan tunggal, kecuali ia mempunyai lebih daripada seorang pemilik

Paling sesuai untuk firma profesional yang tidak memerlukan dana yang besar

Firma perakaunan, firma guaman, dan sebagainya

Liabiliti tidak terhad. Semua rakan kongsi adalah bertanggungjawab ke atas kerugian dan kegagalan perniagaan.

RM100++ (~RM30 penyelenggaraan tahunan)

1 jam di kaunter SSM

Keuntungan dicukai ke atas individu rakan kongsi. Tidak boleh mendapat kelebihan potongan cukai yang diberi kepada syarikat kecil.

Gabungan antara syarikat sendirian berhad dan rakan kongsi

Perniagaan pemulaan dan kecil

Perniagaan perkhidmatan profesional

Perlindungan liabiliti terhad kepada rakan kongsinya dengan peraturan dalaman syarikat yang lebih fleksibel seperti perniagaan rakan kongsi.

RM500++(~RM200 penyelenggaraan tahunan)

4-7 hari bekerja

Dianggap seperti syarikat Sdn. Bhd. dengan kadar cukai yang sama untuk pendapatan bercukai RM500,000 yang pertama.

Entiti yang ditubuhkan oleh beberapa individu yang boleh memiliki hartanah, membuat perjanjian serta menggajikan pekerja. Tidak boleh menjual saham kepada umum

Entiti perniagaan yang paling banyak ditubuhkan di Malaysia. Sesuai untuk perusahaan kecil dan sederhana

Perniagaan milik keluarga, syarikat kejuruteraan dan pengilangan kecil dan sebagainya

Liabiliti terhad. Sekiranya syarikat gagal untuk memenuhi liabilitinya, penghutang tidak boleh menuntut melalui aset peribadi pemilik.

RM1,060++(~RM2,500 penyelenggaraan tahunan)

7 hari bekerja

Kadar cukai 18% untuk pendapatan bercukai RM500,000 yang pertama. Perancangan cukai dan penjimatan yang lebih baik.

Page 4: PERNIAGAAN YANG SAH - smecorp.gov.my · Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan34

Pemilikan Tunggal

Rakan Kongsi PerkongsianLiabiliti Terhad

SyarikatSendirian Berhad

Kesinam-bungan perniagaan

Peluang Sumber Dana

Dicadangkan kepada

Pandangan Kami

Pemilikan perniagaan tidak boleh ditukar ganti. Perniagaan akan ditamatkan sekiranya pemilik telah bersara atau meninggal dunia.

Tidak mempunyai banyak pilihan. Dana diperolehi dalam bentuk pembiayaan mikro atau bergantung kepada kapasiti dan harta yang dimiliki oleh pemilik.

Pemilik yang mahukan formaliti yang minimum, lebih fleksibel dan tidak risau kepada liabiliti persendirian.

Jenis ini adalah yang paling murah, mudah dan senang untuk memulakan perniagaan. Walaupun begitu, jenis entiti ini hanya sesuai jika anda ingin mengekalkan saiz perniagaan yang kecil. Setelah mendapat pendapatan yang lebih stabil, anda perlu bertukar kepada syarikat Sendirian Berhad.

Pemilikan perniagaan tidak boleh ditukar ganti. Perniagaan akan ditamatkan sekiranya rakan kongsi telah bersara atau meninggal dunia.

Setiap rakan kongsi mungkin mempunyai kapasiti individu dan kekayaan yang berbeza. Pihak bank tidak boleh menerima perbezaan antara setiap individu.

Pemilik yang mahukan formaliti yang minimum, lebih fleksibel dan tidak risau kepada liabiliti persendirian.

Jenis entiti ini adalah lebih sesuai untuk firma profesional. Sekiranya perniagaan anda berkembang, anda perlu menukar kepada syarikat Sendirian Berhad.

Syarikat akan kekal wujud walaupun setelah pemilik asal meninggal dunia.

Masih baru di Malaysia dan mungkin kurang difahami oleh kebanyakan bank dan agensi-agensi kerajaan.

Pemilik yang mahukan perlindungan liabiliti daripada syarikat dan berhasrat untuk menjalankan perniagaan berskala kecil.

Jenis entiti ini kurang keperluan pematuhan serta lebih mampu dimiliki. Walaupun begitu, jenis entiti ini kurang bersesuaian sekiranya skala operasi semakin bertambah dan memerlukan pertambahan pemilik saham.

Syarikat akan kekal wujud walaupun setelah pemilik asal meninggal dunia.

Lebih mudah dan mempunyai kredibiliti untuk pembiayaan kerana syarikat dianggap lebih meyakinkan, stabil dan ada kesinambungan.

Pemilik yang mahukan perlindungan liabiliti daripada syarikat dengan kurang formaliti korporat dan mahu cukai pendapatan yang lebih rendah.

Pilihan terbaik untuk Perusahaan Kecil Sederhana kerana pelanggan lebih cenderung untuk berurusan niaga dengan syarikat Sendirian Berhad disebabkan faktor komitmen dan tanggungjawab dalam operasinya.

Page 5: PERNIAGAAN YANG SAH - smecorp.gov.my · Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 35

1. PENDAFTARAN SEBAGAI PEMILIKAN TUNGGAL ATAU RAKAN KONGSI

Pendaftaran untuk perniagaan pemilikan tunggal atau rakan kongsi di Malaysia adalah untuk warganegara atau permastautin tetap dan hendaklah berusia 18 tahun dan ke atas. Urusan pendaftaran hanya mengambil masa selama 1 jam dan anda boleh memulakan perniagaan serta-merta.

Harus diingat, perniagaan yang didaftarkan mestilah tidak menyalahi mana-mana undang-undang atau untuk tujuan yang salah di sisi undang-undang atau bertentangan dengan keselamatan negara, masyarakat umum atau moral.

LANGKAH PENDAFTARAN

a. Apakah yang perlu dibawa?

• Salinankad pengenalan diri pemilik dan/atau rakan kongsi.• Permit, lesen, surat kelulusan atau sokongan untuk jenis perniagaan yang hendak

didaftarkan contohnya Nurseri Pusat Penjagaan Kanak-Kanak (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah / Kolej (Kementerian Pendidikan Malaysia) atau agensi-agensi berkaitan sekiranya diperlukan oleh pihak Pendaftar Peniagaan.

• Wang tunai (RM60-RM100) untuk yuran pendaftaran:- Pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti dalam kad pengenalan –

RM30- Pemilikan tunggal atau rakan kongsi menggunakan nama perdagangan – RM60- Pendaftaran cawangan – RM5 bagi setiap cawangan- Maklumat Perniagaan bercetak – RM10

• Nama perniagaan dan aktiviti perniagaan anda.

b. Perniagaan boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama perdagangan.

• Namaperniagaanmenggunakannama sendiri seperti dalam kad pengenalan: Contoh: Ruslan bin Mohamed, Siow Ah Thai atau, Ramasamy a/l Muthusamy

• Nama perdagangan ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan mesti mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan.

Contoh: Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering atau ABS Unggul Enterprise.

• Apabilaandatelahbersediauntukmendaftarkannamaperniagaananda,lengkapkan Borang Kelulusan Nama Perniagaan (Borang PNA.42) dengan tiga (3) cadangan nama perniagaan. Nama perniagaan akan diluluskan mengikut keutamaan dan akan dikepilkan bersama dengan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) di kaunter.

Page 6: PERNIAGAAN YANG SAH - smecorp.gov.my · Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan36

Nota : Untuk maklumat lanjut, sila rujuk panduan secara atas talian di http://www.ssm.com.my/en/services_registration

• PanduanPenukaranMaklumatPerniagaan• PanduanPembaharuanPerniagaan• PanduanPenamatanPerniagaan• TanggungjawabPemilikPerniagaandanRakanKongsi

c. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan maklumat berikut:

• NamaPerniagaan• Tarikhmulaperniagaan• Lokasiperniagaan• Alamatcawanganperniagaan(sekiranyaada)• Maklumatpemilikdanrakankongsi• Jenisperniagaanyangdijalankan• SalinanPerjanjianPerkongsian(sekiranyaada)

d. Setiap pemilik perniagaan dan rakan kongsi perlu menandatangani borang yang telah dilengkapkan.

e. Individu yang bertanggungjawab hendaklah menghantar borang permohonan di kaunter atau melalui atas talian perkhidmatan SSM e-Lodgement di laman web www.ssm.com.my.

f. Perniagaan baru adalah sah untuk tempoh satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun untuk setiap pendaftaran.

g. Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperoleh dalam tempoh satu (1) jam daripada masa pembayaran dibuat.

h. Seorang individu yang menjalankan perniagaan tanpa pendaftaran telah melakukan kesalahan di bawah ROBA 1956 dan jika didapati bersalah akan didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih daripada dua (2) tahun atau kedua-duanya.

i. Walaupun perniagaan telah didaftarkan, pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapatkan lesen, permit atau surat kelulusan daripada pihak berkuasa terlibat untuk menjalankan perniagaan tersebut.

Page 7: PERNIAGAAN YANG SAH - smecorp.gov.my · Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 37

Senarai Semak Pendaftaran Perniagaan

Maklumat SenaraiSemak

Melengkapkan BORANG PNA42• NamaPeribadiatauNamaPerdagangan• JenisPerniagaan

Melengkapkan BORANG A• Namaperniagaan• Tarikhmulaperniagaan• Lokasiperniagaan• Alamatcawanganperniagaan(jikaada)• Maklumatpemilikdanrakankongsi• Jenisperniagaanyangdijalankan• SalinanPerjanjianPerkongsian(sekiranyaada)

Tandatangan Pemilik dan / atau Rakan Kongsi dalam kedua-dua borang

Salinan Kad Pengenalan Pemilik dan / atau Rakan Kongsi

Permit, lesen atau surat sokongan untuk jenis perniagaan tertentu (jika ada)

Surat kelulusan atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan (jika ada)

Yuran Pendaftaran / Cawangan (jika ada)

Bayaran Cetakan Maklumat Perniagaan

Percaya apa yang sukar dipercayai. Mimpikan yang mustahil. Jangan berkata “Tidak” sebagai jawapan

YBhg. Tan Sri Tony Fernandes,Pengasas Tune Air Sdn Bhd

Page 8: PERNIAGAAN YANG SAH - smecorp.gov.my · Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan38

2. PENDAFTARAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN. BHD.)

a. Langkah pertama ialah penyerahan permohonan carian nama kepada SSM untuk kelulusan menggunakan nama yang dipilih oleh syarikat baru anda. Pembayaran yuran ialah RM30 untuk setiap nama yang dimohon. Setelah diluluskan, nama syarikat akan disimpan khas untuk anda selama tempoh tiga (3) bulan.

b. Dokumen Pemerbadanan (seperti dibawah) mesti dikemukakan kepada pihak SSM dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan nama syarikat oleh SSM, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan carian nama baru perlu dibuat.

c. Minimum yuran pendaftaran ialah RM1,000 untuk modal berbayar dibenarkan sehingga RM400,000.

d. Sijil Penubuhan Syarikat akan dikeluarkan oleh SSM setelah prosedur pemerbadanan dan penyerahan Dokumen Pendaftaran yang lengkap.

• MemorandumdanArtikelPersatuan(MAA)–Dokumenasalhendaklahdimatikan setem Lembaga Hasil Dalam Negeri bernilai RM100.

• Borang48A(PerisytiharanPerindustrianolehseorangPengarahatauPenama Sebelum Perlantikan) bahawa dia bukan muflis dan tidak pernah disabitkan dan dipenjarakan atas atas apa-apa kesalahan yang ditetapkan.

• Borang6(PengisytiharanPematuhan)–menyatakanbahawasemuakehendak Akta Syarikat (CA) telah dipatuhi dan ditandatangani oleh setiausaha syarikat (yang dinamakan dalam MAA)

• SalinanasalBorang13A.• SalinansuratdaripadaSSMuntukkelulusannamasyarikat.• Salinankadpengenalanuntuksetiappengarahdansetiausahasyarikat.

Nota : Sila rujuk panduan di atas talian melalui https://www.ssm.com.my/en/company/incorporation-of-local-company

3. PENDAFTARAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) ialah alternatif kepada entiti perniagaan yang dikawalselia di bawah Akta PLT 2012 yang menggabungkan ciri-ciri syarikat dan perkongsian konvensional. PLT menawarkan kelebihan yang serupa dengan syarikat sendirian berhad seperti liabiliti terhad, kewujudan perundangan berkekalan tetapi kos pematuhan yang lebih rendah – tidak wajib mempunyai akaun teraudit dan melantik Setiausaha Syarikat berkelayakan.

Page 9: PERNIAGAAN YANG SAH - smecorp.gov.my · Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 39

Adakah nama syarikat anda mewakili produk atau perkhidmatan yang ditawarkan?

Adakah perlu untuk anda menggunakan nama anda sendiri? Dan Adakah nama tersebut mencerminkan jenama?

Adakah nama syarikat anda dapat menarik bakal pelanggan?

Adakah nama yang dipilih tertakluk dalam peraturan undang-undang?

Nama sangat penting kepada setiap entiti perniagaan. Ia bukan sahaja menentukan identiti produk atau perkhidmatan anda, tetapi juga berfungsi sebagai magnet untuk menarik perhatian pelanggan kepada perniagaan anda. Nama perniagaan boleh dalam bentuk yang pendek atau panjang, bergantung kepada pilihan anda. Walaubagaimanapun, harus diambil perhatian untuk mengelakkan penggunaan nama yang menggambarkan sifat negatif atau tidak sah. Terdapat dua jenis kategori nama perniagaan yang boleh anda pilih seperti contoh nama sendiri atau nama perdagangan:

Buat semakan nama syarikat baru anda melalui sistem atas talian SSM sebelum meneruskan pendaftaran syarikat!

Log masuk ke SSM Sistem Atas Talian:

1. Lawat laman rasmi www.ssm-einfo.my2. Klik pada ikon “Daftar sebagai Ahli e-Account!”3. Isi “Borang e-Registration“, kemudian hantar4. Anda akan menerima mesej “Sila Log Masuk Sekarang”5. Log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda6. Setelah log masuk berjaya, klik pada ikon “Carian”7. Masukkan nama yang diinginkan di ruangan “Mengikut Nama”8. SELESAI! Nama syarikat daripada carian di SSM akan disenaraikan!

Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru anda, juga boleh mengenal pasti jika ada pihak lain juga telah menggunakan nama yang sama.

Memberi NamaPERNIAGAANMemberi NamaPERNIAGAAN

1. Nama perniagaan tidak boleh terlalu panjang melebihi lima puluh (50) huruf termasuk ruang antara perkataan.

2. Penggunaan nombor, tanda dan simbol tidak dibenarkan menjadi sebahagian daripada nama perniagaan.

3. Warta perkataan daripada Warta Kerajaan No. 716 bertarikh 30 Januari 1997, Warta Pindaan 2001 dan nama-nama yang dikawal di bawah Akta Syarikat 1965 juga akan dianggap nama dalam kawalan. Warta Kerajaan dan Garis Panduan mengenai nama syariakt boleh didapati di laman web SSM www.ssm.com.my.

4. Nama perniagaan yang didaftarkan mestilah sesuai dengan jenis perniagaan.

5. Nama perniagaan yang didaftarkan tidak boleh diubah sebaik sahaja perniagaan telah didaftarkan.

Beberapa TipsBeberapa Tips

Page 10: PERNIAGAAN YANG SAH - smecorp.gov.my · Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan40

PERLU TAHU

Arahan Menteri di bawah Seksyen 22 (1) dan 341 Akta Syarikat 1965.

Menurut peruntukan Seksyen 22 (1) dan 341 Akta Syarikat 1965, Menteri mengarahkan Pendaftar Syarikat supaya tidak menerima untuk pendaftaran sesuatu nama sebuah syarikat atau syarikat asing sekiranya nama itu suatu nama ataupun nama daripada jenis yang disebutkan dalam Jadual melainkan kelulusan Menteri telah diperoleh terlebih dahulu.

Jadual

a) Nama-nama yang membayangkan perkaitan dengan ahli Keluarga Diraja atau naungan Diraja termasuk nama-nama yang mengandungi perkataan seperti “Diraja”, “Raja”, “Permaisuri”, “Putera”, “Puteri”, “Mahkota”, “Raja Muda”, “Yang/Maha Mulia”.

b) Nama-nama yang membayangkan kaitan dengan sesuatu Jabatan Kerajaan Negeri atau Persekutuan, badan berkanun, pihak berkuasa atau agensi kerajaan atau mana-mana majlis perbandaran ataupun pihak berkuasa tempatan yang lain termasuk nama-nama yang mengandungi perkataan-perkataan seperti “Persekutuan”, “Negeri”, “Nasional”.

c) Nama-nama yang membayangkan kaitan dengan Kerajaan Negara Asean, Komanwel atau kerajaan asing atau dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dengan nama-nama pertubuhan antarabangsa atau kartel termasuk nama-nama yang mengandungi perkataan “ASEAN”, “UNESCO”, “NATO”, “EEC”, “OPEC”.

d) Nama-nama yang membayangkan kaitan dengan sesuatu parti politik, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi atau persatuan pembinaan.

e) Nama-nama yang termasuk perkataan-perkataan yang berikut atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya:

“Amanah”, “Amanah Saham”, “Bank”, “Bursa”, “Bumiputra”, “Biro”, “Buatan Malaysia”, “Dewan Perniagaan dan Perindustrian”, “Dewan Pengeluaran”, “Eksekutor”, “Harga Patut”, “Institut”, “Insurans”, “Jaminan”, ‘Jurubank”, “Kewangan”, “Khazanah”, “Kredit”, “Kolej”, “Majlis”, “Pengguna”, “Pelaburan”, “Pejabat Pendaftaran”, “Pajakan”, “Perdana”, “Tauliah”, “Tabung”, “Universiti”, “Urusan Bank”, “Yayasan”.

f) Nama-nama yang mengelirukan dari segi identiti, jenis, objek atau tujuan sesebuah syarikat atau yang mengelirukan dengan apa jua cara lain.

g) Nama-nama yang mencerca atau yang mungkin dianggap menghina oleh orang-orang awam; dan

h) Nama yang –(i) diterjemahkan daripada nama syarikat atau syarikat asing yang didaftarkan di bawah

Akta; atau(ii) mungkin menyerupai ataupun dikelirukan dengan nama mana-mana syarikat atau

syarikat asing lain yang didaftarkan di bawah Akta; atau(iii) mungkin menyerupai ataupun dikelirukan dengan nama yang telah disimpan bagi

tujuan penubuhan suatu syarikat baru atau pendaftaran suatu syarikat asing ataupun bagi tujuan pertukaran nama suatu syarikat tempatan atau syarikat asing yang didaftarkan di bawah Akta.

WARTA KERAJAAN BERTARIKH 30 JANUARI 1997

Page 11: PERNIAGAAN YANG SAH - smecorp.gov.my · Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 41

SRI MAJU ENTERPRISE

TEGUH JAYA RESOURCES

GIGIH MAJU TRADING

MENCUCI DAN MEMBERSIH BANGUNAN DAN KAWASAN, KONTRAKTOR BINAAN

Iyliaafahmi

IYLIAA FAHMI BIN ISHAK

870626-14-1234

019-856 7890

1 0 0 4 2 0 1 4

Contoh Borang PNA 42 Yang Lengkap

Page 12: PERNIAGAAN YANG SAH - smecorp.gov.my · Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan42

Contoh Borang A Yang Lengkap

Page 13: PERNIAGAAN YANG SAH - smecorp.gov.my · Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 43

Page 14: PERNIAGAAN YANG SAH - smecorp.gov.my · Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru

Sebuah syarikat perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu setiausaha syarikat yang dilantik oleh Lembaga Pengarah di mana;

SiapakahSetiausaha Syarikat?

Syarikat boleh melantik Setiausaha Syarikat sama ada melalui dalaman atau

perkhidmatan luaran.

Ahli kepada badanyang berikut:

a) Persatuan Institut Setiausaha dan Pentadbiran Berkanun Malaysia (MAICSA)

b) Institut Akauntan Malaysia (MIA)

c) Badan Peguam Malaysia

d) Persatuan Setiausaha Syarikat Malaysia (MACS)

e) Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA)

f) Persatuan Undang-Undang Sabah

g) Persatuan Peguambela Sarawak

Individu yang mempunyai lesen oleh

Suruhanjaya di bawah Seksyen

20G Akta Suruhanjaya

Syarikat Malaysia 2001

ATAU

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan44

Page 15: PERNIAGAAN YANG SAH - smecorp.gov.my · Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru

SiapakahPegawai Pematuhan?Tanggungjawab utama Pegawai Pematuhan adalah seperti berikut:

Pegawai pematuhan mestilah sama ada dari kalangan rakan kongsi PLT atau orang yang berkelayakan untuk bertindak sebagai setiausaha di bawah Akta Syarikat 2016, iaitu:

Seorang warganegara Malaysia atau

permastautin tetap

Tinggal diMalaysia&

Mendaftarkan sebarang perubahan dalam butiran PLT yang didaftarkan;

Memelihara dan mengekalkan pendaftaran PLT dan rekod berkaitan;

Memastikan penerbitan nama PLT adalah selaras dengan peruntukan Akta: dan

Seorang pegawai pematuhan secara peribadinya perlu bertanggungjawab terhadap semua penalti termasuk penalti pentadbiran yang dikenakan ke atas PLT melainkan jika dia boleh membuktikan dia tidak bertanggungjawab.

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 45

Page 16: PERNIAGAAN YANG SAH - smecorp.gov.my · Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan46

PERLU TAHU

Fungsi Cap Dagangana) Asal – Cap dagangan adalah untuk membantu mengenal pasti

sumber dan mengaitkannya untuk perdagangan produk atau perkhidmatan di pasaran.

b) Pilihan – Cap dagangan membantu pengguna memilih produk dan perkhidmatan dengan mudah

c) Kualiti – Pengguna menentukan barang dagangan tertentu melalui kualitid) Pemasaran – Cap dagangan memainkan peranan penting dalam promosi.

Kebiasaannya pengguna akan membuat pembelian berdasarkan kepada pengiklanan yang berterusan.

e) Ekonomi – Cap dagangan yang dikenali adalah aset berharga. Cap dagangan boleh dilesenkan atau difrancaiskan.

Portal MalaysiaBizPortal MalaysiaBiz

Adakah anda tahu bahawa anda boleh mendapatkan maklumat pendaftaran perniagaan dan perlesenan semudah 1-2-3?

Portal MalaysiaBiz menyediakan ‘platform akses tunggal’ untuk usahawan mendapatkan maklumat tentang bagaimana untuk memulakan perniagaan serta pendaftaran perniagaan dan permohonan lesen/ permit daripada pihak berkuasa yang berkenaan.

Layari:http://malaysiabiz.mampu.gov.my/

Pilih ‘Pendaftaran Perniagaan’ untuk mengetahui jenis entiti perniagaan yang

anda ingin jalankan

Pilih ‘Perlesenan Perniagaan’ untuk mengetahui jenis-jenis lesen / permit yang

diperlukan daripada pihak berkuasa berkaitan berdasarkan jenis perniagaan dan lokasi anda.

01

02

03

Sekiranya fikiran saya dapat memahaminya dan hati saya mempercayainya, maka saya

akan dapat MENCAPAINYA

Muhamad Ali,Peninju Professional dan Aktivis

Page 17: PERNIAGAAN YANG SAH - smecorp.gov.my · Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 47

Kepentingan Pendaftaran Cap Dagangan

Keistimewaan Hak Cipta Intelektual melalui cap dagangan boleh dicapai melalui penggunaan sebenar di pasaran dan pendaftaran menyediakan:

Tempoh Cap Dagangan

Pendaftaran cap dagangan adalah sah selama tempoh 10 tahun daripada tarikh permohonan dan boleh diperbaharui

www.myipo.gov.my

Usahawan boleh mendaftar cap dagangan sebagai jenamanya sendiri melalui aplikasi permohonan di atas talian:

Hak Eksklusif

Bukti Perundangan

Pemilik cap dagangan yang berdaftar mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan cap dagangan mereka dalam perniagaan. Mereka juga mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi salah laku penggunaan cap dagangan mereka oleh pihak lain. Pemilik boleh mengambil tindakan undang-undang sivil atau mengemukakan laporan kepada Bahagian Penguatkuasaan untuk menjalankan tindakan bersesuaian di bawah Akta Perihal Perdagangan 1972.

Perakuan pendaftaran yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar adalah bukti perundangan

berkaitan pemilikan sesuatu cap dagangan. Sijil pendaftaran berfungsi sebagai dokumen

penting sebagai pengesahan barangan untuk dieksport ke luar negara.

setiap

tahun10setiap

tahun10

Page 18: PERNIAGAAN YANG SAH - smecorp.gov.my · Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan48

Permohonan bagikelulusan dipercepatkan

pemeriksaan menggunakan borang TM5A (RM250)

Dalam masa 4 bulan dari tarikh permohonan (kelulusan dalam

masa 5 hari bekerja)

Persediaan untuk di warta1 bulan untuk MyIPO

menyediakan draf warta dan dihantar ke Percetakan Negara

untuk penerbitan

Warta2 bulan bagi pihak awam

membuat bangkangan terhadap pendaftaran tersebut

Carian dan pemeriksaan - Penerimaan1 bulan dan 2 minggu

Pengeluaran SijilDalam tempoh

1 minggu

Carian Semula dan Pelepasan2 minggu untuk carian semula dan pelepasan (bagi mematuhi syarat6 bulan Konvensyen PDC Paris)

Permohonan bagi pemeriksaan dipercepatkan. Pemohon memfailkan

borang TM5B (RM1200)Dalam masa 5 hari bekerja dari tarikh resit

Keputusan Pendaftar

Permohonan untuk pengiklanan. Pemohon memfailkan borang

TM31 (RM650)Dalam masa 1 bulan dari tarikh

Notis Penerimaan

Memfailkan borang permohonan TM5 (RM370)

Proses Mendaftar Cap Dagangan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan48

Page 19: PERNIAGAAN YANG SAH - smecorp.gov.my · Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 49

Bagaimana untuk mengisi borang ini?

INTELLECTUAL PROPERTY CORPORATION OF MALAYSIATRADE MARKS REGISTRYTRADE MARKS ACT 1976

TRADE MARKS REGULATIONS 1997APPLICATION FOR REGISTRATION OF A MARK

[Subregulation 18(1)]

Applicant’s* or Agent’s* file reference: ………………………………..………………………..……………………….* Delete whichever not applicable

1. Application is hereby made for the registration of a:

trade mark defensive trade mark certification trade mark Note: Please tick the box appropriate to the kind of mark which registration is desired. In the case of a trade mark, please attach a copy of the oath, sworn statement or statutory declaration evidencing that the applicant is the true owner. In the case of a certification trade mark, please attach a copy of the rules governing its use. In the case of a defensive trade mark, please attach a copy of the statement of case verified by a statutory declaration.

[Please enclose five (5) copies of the Form with the application]

2. Representation of mark:

Note: If the space provided is insufficient, the representation may be made on a separate sheet and firmly attached to this Form. Please ensure that the representation is clear and comply fully with regulation 34 and the size of the trade mark shall not exceed 10 x 10 cm.

If the mark is coloured and is to be limited according to the colour, please tick this box:

If the application is for a series of trade marks under section 24, please specify the number of series in this box:

Note: Any application made for a series of trade marks exceeding two trade marks is subject to an additional fee of RM50.00 per trademark.

3. Limitations, etc.: (Insert below any conditions, disclaimers or other limitations to which the registration will be subjected to. If the mark contains or consists of a word or words in non-Roman characters or in a language other than English language or the national language, please provide a certified transliteration and translation as appropriate.)

……………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………

TM 5

{For registered agent only}

Sample how to �ll-up this form

{A mark includes words, logos, pictures, names,letters, numbers or a combination of these.}

SEJATI

{For new application} {For wellknown mark} {example: halal, sirim, iso..}

{colour limitation}

{Translation for non - Roman characters (example: Chinese / Japanese / Arabic}

Page 20: PERNIAGAAN YANG SAH - smecorp.gov.my · Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan50

4. Class:

5. List of goods or services: (Goods or services falling within more than one international class are subject to separate applications. Please use a separate sheet if necessary.)

……………………………

6. Full name and address of applicant:

Name : .………………………………………………………………….………………….……………………..

Address : ….………………………………………………………………….…………………………………..…

…………………………………………………………………..…………….………………………….

……………………………………………………………………………………………………………

… .…………………………………………………………………………….………………………….

NRIC No./Company Registration No./Passport No.: ………………………………………………………..……(as a personal reference number)

If the applicant is a partnership, please state the full names of all the partners.If the applicant resides abroad, please provide an address for service in Malaysia (Column 7).

7. Full name and address of agent (if any):

Name : .………………………………………………………………….………………….……………………..

Address : ….………………………………………………………………….…………………………………..…

…………………………………………………………………..…………….………………………….

……………………………………………………………………………………………………………

… .…………………………………………………………………………….………………………….

Note: If this is the address for service, please file Form TM 1 together with this Form.

8. Agent’s Registration No. (if known): …………………………………………....................................................

9. Agent’s own reference: ………………………………………………………………………………………………..

.Number of class

{Example: Cream Crackers, Mini Crackers, Sandwich Biscuits, Wafer, Oat Krunch and Cookies.

{ Company Name / Personal Name}

{ Company Address / Personal Address}

{ For SDN. BHD. company, please state the fullname of all partners}

{ For registered agent only}

{ For registered agent only}

{ For registered agent only}

30

Bagaimana untuk mengisi borang ini?

Page 21: PERNIAGAAN YANG SAH - smecorp.gov.my · Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 51

10. International Convention priority claim: If priority date is claimed under International Convention or a bilateral arrangement,please give details below and attach the relevant documents.

Convention country in which the trade mark was first filed: ………................................................................

Date: ............................................................... No. (if any): ...........................................................................

11. Date of first use of the mark in Malaysia (if any): .......................................................................

12. Declaration: I/We claim to be the bona fide proprietor of the mark whose registration is applied for and,where the mark has not been used in Malaysia, that the application is made in good faith and that I am/weare entitled to be registered as the proprietor of the mark.

An agent signing this Form on behalf of the applicant shall satisfy himself as to the truth of the declaration.

Signature: ………………………………………………………..

Name of signatory (in block letter): ………………………………………………………………………..

Telephone No.: …………………………………….. E-mail: ……………………………………………

Date: ……………………………………….

Note: If the applicant is a partnership, please state the full names of all the partners.

{ For foreign application}

{ The �rst year used this mark}2003

{ Name of applicant }

{ applicant }{ applicant }

{ applicant }

Bagaimana untuk mengisi borang ini?

Page 22: PERNIAGAAN YANG SAH - smecorp.gov.my · Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan52

IN THE MATTER of the Trade Marks Act, 1976 andthe Trade Marks Regulations, 1997

and

IN THE MATTER of application for the Registration ofa Mark in Malaysia.

STATUTORY DECLARATION

I, _________________________________(a), [NRIC No.______________ (b)] of full age and care of

__________________________________________________________________________________(c),

Malaysia, do solemnly and sincerely declare that:

1) I am ______________________________________________________(d)(Company Registration No. )

___________________________________________________________________________________(e), Malaysia (hereinafter referred to as the "Applicant") and I am duly authorized to make this Statutory Declaration on behalf of the Applicant. The facts deposed herein are true to the best of my knowledge, information and belief.

of

2) The Applicant is the bona fide proprietor of the mark; a representation of which appears below and the Applicant is entitled to be registered as the proprietor of the same in Class(s)____________________.

3) The Applicant hereby appoints _________________ of_______________ of_______________ to be the Trade Mark Agents for the filing, prosecution and registration of the above mark and all other matters related thereto.

AND I make this solemn declaration conscientiously believing the same to be true and by virtue of the Statutory Declarations Act 1960.

Subscribed and solemnly declared by the)

abovenamed, ________________________ )

this day of ___________________ )

At ) Before me,

Commissioner for Oaths

• a. insert name of declarant • b. I.C or passport number• c. insert address of declarant• d. insert designation of declarant• e. insert name of company

(representation of trademark)

{ for registered agent only }

{ title - owner/director/secretary }

{ Big Bunny Enterprise }

{ applicant } { applicant }

{ applicant address }

SEJATI

{M-12345}

{ applicant signature }

Bagaimana untuk mengisi borang ini?

Page 23: PERNIAGAAN YANG SAH - smecorp.gov.my · Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 53

Nombor Pekerja

• NomborFailCukaiPendapatan• BorangB(NomborOG)untukPemilikan

Tunggal dan Rakan Kongsi• BorangP(NomborP)untukRakanKongsi• BorangC(NomborC)untukSyarikat• BorangPTuntukPLT

Potongan Cukai Berjadual (PCB)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Petubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Persijilan Kementerian Kewangan

Status Bumiputera

Lesen Perdagangan dan Papan Tanda

Perkilangan

Lesen Perindustrian untuk kilang, bengkel atau gudang

Makanan dan Minuman untuk gerai makanan, restoran, kantin dan kedai runcit.

Hiburan untuk karaoke, taman rekreasi, panggung wayang, muzik dan pentas.

Persijilan Halal

Persijilan Produk Kesihatan dan Farmaseutikal

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Petubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Kementerian Kewangan Malaysia

Kementerian Kewangan Malaysia

Pihak Berkuasa Tempatan sepertiDBKL, MBPJ, MBSA, MPSJ

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

Pihak Berkuasa Tempatan sepertiDBKL, MBPJ, MBSA, MPSJ

Pihak Berkuasa Tempatan sepertiDBKL, MBPJ, MBSA, MPSJ

Pihak Berkuasa Tempatan sepertiDBKL, MBPJ, MBSA, MPSJ

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)

PENERANGAN AGENSI

Keperluan umum pendaftaran, lesen dan permituntuk memulakan perniagaan

Page 24: PERNIAGAAN YANG SAH - smecorp.gov.my · Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan54

• Kini,sebuahsyarikatbolehditubuhkandanberoperasidenganseorangindividu atau pemegang saham korporat dan hanya seorang pengarah urusan sahaja diperlukan (di mana individu tersebut boleh juga menjadi pemegang saham tunggal syarikat tersebut).

• Syarikat-syarikattidaklagiperlumenyatakanjumlahmodalsahamyangdibenarkan.

• Tidakadaborangyangbanyak-Penama/Pengarahbolehmenubuhkansebuah syarikat.

• Perlantikansetiausahasyarikatsemasapenubuhansyarikatadalahpilihan.Setiausaha perlu dilantik dalam tempoh masa 30 hari selepas penubuhan syarikat.

• MemorandumPertubuhan(MoA)danArtikelPertubuhan(AoA)semasapenubuhan syarikat adalah pilihan.

• Meteraiadalahpilihan.SekiranyasyarikatmemutuskanuntukmempunyaiMeterai, peruntukan undang-undang perlu dipatuhi.

• MesyuaratAgungTahunan(AGM)bagisebuahsyarikatswastabolehdijalankan dengan kos yang lebih rendah dengan cara meluluskan resolusi bertulis, ini adalah langkah-langkah kos efektif, dan juga notis mesyuarat boleh dihantar secara elektronik.

• Sebuahsyarikatbolehmemilihuntuktidakmenentukanobjektifnya-kapasititidak terhad untuk menjalankan apa-apa aktiviti komersial yang sah.

• Semuasahamyangditerbitkantidakmempunyainilainominalataunominal- memudahkan akaun syarikat dan penyata kewangan serta lebih banyak fleksibiliti dalam menentukan harga saham dan menaikkan modal.

Akta Syarikat 2016 yang dikuatkuasakan pada 31 Januari 2017 adalah lebih mudah, senang dan murah untuk usahawan mendaftarkan sesebuah syarikat.

TAHUKAH ANDA?