permohonan penubuhan dan pendaftaran unit 2010

16
Kelab Catur Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra Rujukan Tuan : Jalan Nuri 9, Bandar Putra Rujukan Kami : 81000 Kulai. JOHOR Tarikh : Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Jalan Nuri 9, Bandar Putra 81000 Kulai. JOHOR . Tuan, SURAT PERMOHONAN PENGESAHAN PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN: Kelab Catur Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penubuhan Kelab Catur Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra telah diadakan pada 22 Januari 2011 jam 12.30 tengahari hingga 1.00 petang di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Kulaijaya. Mesyuarat telah memutus dan mengesahkan dengan sebulat suara Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai Aktiviti Utama, dan Senarai Ahli Jawatankuasa yang akan melaksanakan tugas masing-masing sehinggalah ke tarikh Mesyuarat Agung yang pertama yang akan diadakan secepat mungkin. 3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Kelab Catur Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra dengan penuh harapan memohon sudilah apa kiranya tuan mengesahkan penubuhan Kelab Catur Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra ini dan mendaftarkannya sebagai sebuah * Pasukan Pakaian Seragam / Persatuan Akademik / Kelab Bukan Akademik / Kelab Sukan dan Permainan dalam bidang kokurikulum di sekolah ini berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998. 4. Bersama-sama ini disertakan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai Ahli Jawatankuasa dan Senarai Aktiviti Utama yang telah diputuskan dan dipersetujui secara konsensus dalam mesyuarat penubuhan yang dinyatakan di atas untuk pertimbangan dan pengesahan pihak tuan selaras dengan Subperaturan 5(1) dan 5(3) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998.

Upload: nuar-nani

Post on 14-Apr-2016

59 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: Permohonan Penubuhan Dan Pendaftaran Unit 2010

Kelab Catur Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra Rujukan Tuan : Jalan Nuri 9, Bandar Putra Rujukan Kami : 81000 Kulai. JOHOR Tarikh :

Pengetua,Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra,Jalan Nuri 9,Bandar Putra 81000 Kulai. JOHOR.

Tuan,

SURAT PERMOHONAN PENGESAHAN PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN:

Kelab Catur

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penubuhan Kelab Catur Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra telah diadakan pada 22 Januari 2011 jam 12.30 tengahari hingga 1.00 petang di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Kulaijaya. Mesyuarat telah memutus dan mengesahkan dengan sebulat suara Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai Aktiviti Utama, dan Senarai Ahli Jawatankuasa yang akan melaksanakan tugas masing-masing sehinggalah ke tarikh Mesyuarat Agung yang pertama yang akan diadakan secepat mungkin.

3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Kelab Catur Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra dengan penuh harapan memohon sudilah apa kiranya tuan mengesahkan penubuhan Kelab Catur Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra ini dan mendaftarkannya sebagai sebuah * Pasukan Pakaian Seragam / Persatuan Akademik / Kelab Bukan Akademik / Kelab Sukan dan Permainan dalam bidang kokurikulum di sekolah ini berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

4. Bersama-sama ini disertakan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai Ahli Jawatankuasa dan Senarai Aktiviti Utama yang telah diputuskan dan dipersetujui secara konsensus dalam mesyuarat penubuhan yang dinyatakan di atas untuk pertimbangan dan pengesahan pihak tuan selaras dengan Subperaturan 5(1) dan 5(3) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998. 5. Jasa baik tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………….......................( SITI KHALIJAH BINTI OTHMAN )

Ketua Guru PenasihatKelab Catur, SMK Bandar Putra81000 Kulaijaya, Johor

s.k. 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum

AKTA PENUBUHAN PASUKAN / PERSATUAN DAN KELAB

Page 2: Permohonan Penubuhan Dan Pendaftaran Unit 2010

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, KULAIJAYAJEA 8012 / TEL : 07-5999409

Perlembagaan Persatuan / Kelab : Kelab CaturTarikh Berkuatkuasa : 22 Januari 2011

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) kelab Catur Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

1.1 Nama Persatuan: Kelab CaturSekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra

1.2 Alamat: Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra,Jalan Nuri 9, Bandar Putra 81000 Kulai. JOHOR.

PERATURAN 2 MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAN 3 OBJEKTIF

3.1 Supaya ahli dapat menganggotai Persatuan Kelab Catur dengan lebih terpimpin dalam menimba ilmu pengetahuan dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.

3.2 Ahli-ahli Kelab Catur akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutinya.

PERATURAN 4 KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT

5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.

5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

Page 3: Permohonan Penubuhan Dan Pendaftaran Unit 2010

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA

6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-

6.6.1 Pengerusi

6.6.2 Naib Pengerusi

6.6.3 Setiausaha

6.6.4 Penolong Setiausaha

6.6.5 Bendahari

6.6.6 Penolong Bendahari

6.6.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira (2 orang)

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat

7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.2 Naib Pengerusi

7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke

semasa.

7.3 Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/ laporan kegiatan-kegiatan.7.3.3 Mencatat kehadiran ahli. 7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

Page 4: Permohonan Penubuhan Dan Pendaftaran Unit 2010

7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke

semasa.

7.5 Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan

bertanggungjawab di atas kesahihannya.7.5.3 Menyediakan Penyata Kira-kira Bulanan dan Tahunan serta menandatanganinya.7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat

ahli jawatankuasa.7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat

Agung.7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke

semasa.

7.6 Penolong Bendahari

7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke

semasa.

7.7 Ahli Jawatankuasa

7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. 7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke

semasa

7.8 Pemeriksa Kira-Kira

7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya.

7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

7.9 Ahli Biasa

7.9.1 Mesti menghadirkan diri dalam mesyuarat agung apabila dipanggil.7.9.2 Mematuhi arahan/ peraturan dari pihak AJK/ Guru Penasihat.7.9.3 Mesti membayar yuran khas yang ditetapkan dan diluluskan.7.9.4 Menghadiri perjumpaan setiap kali aktiviti diadakan.7.9.5 Menyumbang tenaga dan bekerjasama untuk melaksanakan semua aktiviti yang

diputuskan dalam mesyuarat.

PERATURAN 8 MESYUARAT

8.1 Mesyuarat agung untuk melantik AJK akan diadakan pada awal penggal pertama sesi persekolahan selewat-lewatnya minggu akhir bulan Februari.

8.2 Mesyuarat agung luarbiasa boleh diadakan jika difikirkan perlu oleh AJK.

8.3 Korum mesyuarat agung mestilah TIDAK KURANG 2/3 daripada bilangan

Page 5: Permohonan Penubuhan Dan Pendaftaran Unit 2010

ahli yang berdaftar dan 2/3 daripada bilangan AJKnya.

8.4 Mesyuarat AJK mesti diadakan sekurang-kurangnya 2 kali sepenggal.

8.5 Guru Penasihat mestilah dijemput setiap kali mesyuarat agung dan mesyuarat AJK diadakan dengan dipengerusikan oleh pengerusi /naib pengerusi atau naib pengerusi / naib presiden.

8.6 Mesyuarat agung boleh melantik PENGERUSI SEMENTARA dan mempengerusikan mesyuarat di kalangan ahli biasa dan bekas AJK.

8.7 Notis dan jemputan memanggil mesyuarat agung hendaklah dikeluarkanTujuh ( 7 ) hari sebelum mesyuarat diadakan.

PERATURAN 9 KEWANGAN

9.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui peruntukan daripada sekolah.

9.2 Yuran khas dari ahli yang dibenarkan melalui langkah-langkah berikut:-9.2.1 Mesyuarat AJK mencadangkan jumlah yuran patut dikutip dari ahli.9.2.2 Menghantar surat permohonan menetapkan jumlah yuran ahli kepada Pengetua melalui

Guru Penasihat.9.2.3 Ditetapkan dengan kelulusan / dipersetujui oleh Pengetua – RM 1.00 setahun bagi

setiap unit / bidang9.3 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

9.4 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

9.5 Derma / sumbangan dari PIBG, para dermawan / penganjur.

9.6 Semua pungutan / penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua.

9.7 Wang tunai boleh disimpan dalam tangan Bendahari / peti tunai atau Guru Penasihat TIDAK melebihi RM 30.00 ( tiga puluh ).

PERATURAN 10 KEHADIRAN/PENYERTAAN

10.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.

10.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 11 AKTIVITI

11.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

11.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

PERATURAN 12 PERATURAN-PERATURAN

Page 6: Permohonan Penubuhan Dan Pendaftaran Unit 2010

12.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

12.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

12.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 13 TINDAKAN DISIPLIN

13.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

13.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

13.2.1 Amaran lisan

13.2.2 Amaran bertulis

13.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 14 PINDAAN PERLEMBAGAAN

14.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

14.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

14.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

14.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua.

PERATURAN 15 PEMBUBARAN PERSATUAN

15.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

15.2 Segala hutang wajib dijelaskan.Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

PERATURAN 16 HAL-HAL LAIN

16.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

16.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

16.3 Setiap ahli mempunyai hak yang sama dalam urusan persatuan / kelab.

16.4 Ahli yang dpecat boleh merayu secara rasmi kepada Pengetua melalui guru penasihat.

16.5 Mana-mana AJK yang ingin meletakkan jawatan hendaklah memohon dengan surat rasmi kepada Pengetua melalui guru penasihat.

16.6 Mana-mana ahli yang ingin BERHENTI dari menjadi ahli, hendaklah memohon dengan surat rasmi kepada Pengetua melalui guru penasihat.

Page 7: Permohonan Penubuhan Dan Pendaftaran Unit 2010

………………………. ……………………. …….……………….( NURUL AUNI BADRI ) (AFDAL WIRANATA) (SITI KHALIJAH OTHMAN)

Setiausaha Pengerusi Ketua Guru Penasihat

PENGESAHAN PENDAFTARAN.

Tarikh diluluskan dan berkuatkuasa pada 16 JANUARI 2010

Diluluskan oleh; Disaksikan oleh;

…………………………. ………………………………( AZMAN BIN ADNAN ) ( ABD. GANI BIN ABAS )Pengetua SMK Bandar Putra Kulai, GPK. Kokurikulum SMK Bandar Putra Kulai,b.p Pegawai Pendaftar JPN Johor & KPM. b.p Pengetua SMK Bandar Putra Kulai

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PASUKAN / PERSATUAN DAN KELAB

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, KULAIJAYAJEA 8012 / TEL : 07-5999409

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(b) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan Mo. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Senarai Ahli Jawatankuasa Kelab Catur Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.

1. Pengerusi AFDAL WIRANATA M.JASDAR(No.Kad Pengenalan: 940725-01-5323 )

2. Naib Pengerusi NUR HAKIMAH BT ISMADI(No.Kad Pengenalan: 940815-11-5790 )

3. Setiausaha NURUL AUNI BT BADRI(No.Kad Pengenalan: 940325-01-6394 )

4. Penolong Setiausaha ALIFF ARIFIN BIN ASRAR(No.Kad Pengenalan: 950827-01-6975 )

5. Bendahari NUR KHALEEDAH BT AMRAM(No.Kad Pengenalan: 940402-01-5724 )

Page 8: Permohonan Penubuhan Dan Pendaftaran Unit 2010

6. Penolong Bendahari TIANG MING JIE(No.Kad Pengenalan: 960906-01-6681 )

7. Ahli Jawatankuasa 7.1 LIM GUO SHENG(No.Kad Pengenalan: 941110-01-6471 )

NUR ATIQAH BT ABD.HAMID(No kad pengenalan: 940804-01-6754 )

7.2 MOHD ZAIM AKMAL BIN MD.ZAKKI(No.Kad Pengenalan: 950218-01-5693 )

HASHENA BT MD.HASRAM(No kad pengenalan: 950829-01-6290 )

7.3 EUGENE TANG (No.Kad Pengenalan: 960225-01-6221 )

LISA TAN HUI NIE(No Kad pengenalan: 960527-01-6526 )

7.4 THAMARAVICKNESH A/L RAVICHANDRAN(No.Kad Pengenalan: 970407-01-5501 )

NURRIZA BT ISHAK(No Kad Pengenalan: 971023-01-7078 )

7.5 LING ZHAN YANG(No.Kad Pengenalan: 980220-01-5543 )

NUR SHAMEEN BT EZANEE(No.Kad Pengenalan: 980210-01-5398 )

8. Pemeriksa Kira-Kira 8.1 CHAI JUAN ZHE(No.Kad Pengenalan: 940812-01-5575 )

8.2 CHONG ZIE XUN(No.Kad Pengenalan: 940803-01-6621 )

Perakuan: Kami dengan ini mengaku bahawa Senarai Ahli Jawatankuasa di atas adalah mematuhi Subseksyen 6.1.1 dalam Artikel Enam dan perlantikan mereka mematuhi Subseksyen 6.1.2 dalam artikel yang sama seperti dalam Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Persatuan.

......................................... .....................................( AFDAL WIRANATA ) ( NURUL AUNI BADRI )

Pengerusi Setiausaha

Tarikh: .............................. Tarikh: ............................

Pengesahan: Saya dengan ini mengesahkan bahawa Senarai Ahli Jawatankuasa di atas dan perlantikan mereka adalah mengikut Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan Kelab Catur Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra.

...................................... ( SITI KHALIJAH BINTI OTHMAN ) Guru Penasihat

Tarikh: .................................

Page 9: Permohonan Penubuhan Dan Pendaftaran Unit 2010

SENARAI AKTIVITI UTAMA PASUKAN / PERSATUAN DAN KELAB

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, KULAIJAYAJEA 8012 / TEL : 07-5999409

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(c) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Senarai Aktiviti Utama Kelab Catur Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.

Perancangan aktiviti tahunan yang akan dijalankan pada tahun 2010 seperti berikut:a) Pengenalan Catur

Ahli kelab akan didedahkan dengan permainan catur

b) Program Mento- menteeAhli kelab yang mahir berman catur akan dipanggil untuk mengajar ahli kelab yang kurang pandai bermain catur

c) Bengkel caturBertujuan member lebih pendedahan teori dan praktikal kepada ahli kelab.

d) Latihan caturBertujuan meningkatkan penguasaan permainan catur dalam kalangan ahli kelab.

e) Pertandingan kecil antara tingkatanBertujuan menguji tahap penguasaan ahli dalam permainan catur.

f) Melukis logo kelab

Bertujuan menyediakan logo bagi kelab catur.

g) Menyediakan t-shirt kelabBertujuan menyediakan t-shirt kelab.

Page 10: Permohonan Penubuhan Dan Pendaftaran Unit 2010

Perakuan: Kami dengan ini mengaku bahawa aktiviti dan program yang disenaraikan di atas adalah aktiviti dan program sebenar yang akan dianjur dan dikelolakan oleh persatuan ini.

...................................... .....................................( AFDAL WIRANATA ) ( NURUL AUNI BADRI )

Pengerusi Setiausaha

Tarikh: ......................... Tarikh: ...........................

Pengesahan: Saya dengan ini mengesahkan bahawa Senarai Aktiviti Utama di atas adalah sesuai dengan tujuan dan matlamat penubuhan Kelab Catur Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra.

...................................... ( SITI KHALIJAH BINTI OTHMAN ) Guru Penasihat

Tarikh: .................................

LAPORAN MESYUARAT AGONG

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, KULAIJAYAJEA 8012 / TEL : 07-5999409

Tarikh/ Hari : 22 Januari 2011

Masa : 12.30-1.00 tengah hari

Tempat : Kantin SMK Bandar Putra, Kulaijaya

Pengerusi : Cik Siti Khalijah binti Othman

Kehadiran(Bilangan) : 123 orang ahli

Nama Yang Hadir : Sila Rujuk Lampiran Nama Yang Tidak Hadir : -

Turut Hadir (Jika ada) : -

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru penasihat dan ahli-ahli lama Kelab Catur yang sudi hadir ke mesyuarat. Pengerusi turut mengucapkan selamat datang kepada ahli-ahli baru Kelab Catur.

Tindakan: Pengerusi

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS

2.1-Tindakan

3 PERKARA BERBANGKIT

3.1-Tindakan

Page 11: Permohonan Penubuhan Dan Pendaftaran Unit 2010

4 AGENDA MESYUARAT AGUNG/ LAPORAN UNIT

4.1 Pengerusi meminta semua ahli kelab supayamemilih calon untuk menjawat jawatan pengerusi dan ajk tertinggi. Pengerusi menegaskan bahawa pemilihan pengerusi kelab perlu dibuat dengan rasional kerana tanggungjawab sebagai pengerusi agak berat. Pemilihan mestilah berdasarkan kriteria-kriteria yang baik.

Tindakan: Pengerusi4.2 Pelantikan ahli jawatankuasa telah dijalankan. Pengerusi memaklumkan bahawa setiap tingkatan perlu ada

dua orang wakil sebagai ajk tingkatan.

Tindakan; Pengerusi

4.3 Perancangan aktiviti tahunan yang akan diadakan bagi tahun 2011 seperti berikut:a) Pengenalan caturb) Program mento-menteec) bengkel caturd) latihan cature) pertandingan kecil antara tingkatan

5 HAL-HAL LAIN

5.1-Tindakan

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari

Diminitkan Oleh: Disemak Oleh:

…………………………………….… ………………………………….( NURUL AUNI BADRI ) ( SITI KHALIJAH BINTI OTHMAN ) Setiausaha kelab Ketua Guru Penasihat