pendaftaran pelajar baharu kolej...

9
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KOLEJ PROFESSIONAL MARA Unit Pengambilan Pelajar (UPIM) 03-26132000 Sambungan : 34075, 34076, 34077, 34081,34087 Bahagian Pendidikan Tinggi MARA Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Mara 50609 Kuala Lumpur

Upload: buique

Post on 12-May-2018

264 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KOLEJ …apponline.mara.gov.my/semakanspupim/borang/PanduanPelajarBaruK… · PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KOLEJ PROFESSIONAL MARA Unit Pengambilan Pelajar

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

KOLEJ PROFESSIONAL MARA

Unit Pengambilan Pelajar (UPIM)

03-26132000 Sambungan : 34075, 34076, 34077, 34081,34087

Bahagian Pendidikan Tinggi MARA Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA

21, Jalan Mara 50609 Kuala Lumpur

Page 2: PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KOLEJ …apponline.mara.gov.my/semakanspupim/borang/PanduanPelajarBaruK… · PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KOLEJ PROFESSIONAL MARA Unit Pengambilan Pelajar

Edisi Januari 2018

2

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum warahmatullah, Alhamdullilah, terlebih dahulu diucapkan selamat datang kepada para pelajar baharu ke Kolej Profesional MARA (KPM). Pihak Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT) mengucapkan syabas kepada semua pelajar kerana telah mendapat tawaran bagi mengikuti pengajian di KPM dan sekali gus menjadi pelajar MARA. Sebagai pelajar MARA, kita beriltizam kepada kecemerlangan dalam pendidikan menjadi individu pemikir yang berilmu, kreatif, berdisiplin dan dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan di samping boleh berkhidmat kepada masyarakat dan negara menerusi penyelidikan dan khidmat kemasyarakatan. Hasrat ini akan lebih terlaksana dengan adanya semangat daya saing dalam menimba ilmu dalam kalangan para pelajar. Sebagai pelajar di KPM, anda dianggap lebih dewasa serta bertanggungjawab dan gunalah peluang ini sepenuhnya dalam usaha membina dan membentuk sahsiah diri. Justeru itu, wajarlah bagi pelajar sekalian menyusun langkah, mengatur strategi dan melestarikan tekad bagi mendakap mercu kecemerlangan. Semoga pendidikan formal dan tidak formal yang diperolehi akan menjadikan anda insan yang lebih cemerlang serta dapat menyumbang ke arah kemajuan agama, bangsa dan negara. Sekian, selamat maju jaya. Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA

Page 3: PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KOLEJ …apponline.mara.gov.my/semakanspupim/borang/PanduanPelajarBaruK… · PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KOLEJ PROFESSIONAL MARA Unit Pengambilan Pelajar

Edisi Januari 2018

3

PENERANGAN UNTUK PELAJAR-PELAJAR BAHARU KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)

PERHATIAN: [SILA BACA PENERANGAN DALAM BUKU INI DENGAN TELITI] 1. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

1.1 Pelajar mesti mempunyai kelayakan akademik SPM yang telah disyaratkan untuk

mengikuti program yang ditawarkan. 1.2 MARA berhak menarik balik tawaran ini, jika pelajar tidak memenuhi syarat

kelayakan akademik atau lain-lain syarat yang telah ditetapkan.

2. KESIHATAN 2.1 Pelajar mesti sihat dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum mengikuti pengajian.

2.2 Pemeriksaan kesihatan hendaklah dibuat di Hospital Besar, Klinik Kerajaan atau Klinik

Swasta. Segala urusan pembayaran pemeriksaan kesihatan adalah menjadi tanggungjawab pelajar sendiri.

2.3 MARA berhak menarik balik tawaran ini, jika kesihatan pelajar boleh menjejaskan

pembelajaran di KPM.

3. PERSIAPAN KE KPM – (BACA DENGAN TELITI)

3.1 Bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen berikut untuk dilengkapkan bagi persiapan pelajar mendaftar di KPM. Sila baca Panduan Mengisi Dokumen Perjanjian dengan teliti. i. Buku Pendaftaran Pelajar (Registration Booklet) – 1 Set ii. Dokumen Perjanjian – 3 Set

3.2 Pelajar dikehendaki membawa Salinan Asal dan satu Salinan Fotokopi yang telah *disahkan bagi semua dokumen yang diperlukan semasa melaporkan diri di kolej. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

i. Sijil SPM ii. Sijil Kelahiran Pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara iii. Sijil Kelahiran lbubapa/penjaga yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara

** PERINGATAN**

[ Pelajar TIDAK akan dibenarkan mendaftar jika tiada DOKUMEN ASAL DAN SALINAN FOTOKOPI YANG TELAH *DISAHKAN ( Ketua Kampung/Penghulu/Wakil Rakyat/Pegawai Kerajaan/Kumpulan Pengurusan & Professional) ]

Page 4: PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KOLEJ …apponline.mara.gov.my/semakanspupim/borang/PanduanPelajarBaruK… · PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KOLEJ PROFESSIONAL MARA Unit Pengambilan Pelajar

Edisi Januari 2018

4

4. PERATURAN BERPAKAIAN

4.1 Pemakaian ke kuliah/kelas atau majlis formal adalah seperti berikut:

Pelajar Lelaki

Pelajar Perempuan

Kemeja lengan panjang/pendek.

Baju bercorak bunga-bunga dan warna garang tidak dibenarkan.

Bertali Leher.

Mesti kemas dan bersih.

Seluar panjang 'Jeans' tidak dibenarkan.

Baju Kurung dan Kebarung sahaja.

Tidak jarang.

Tidak melekat atau 'body-hugging'.

Tiada belahan.

Mesti kemas dan bersih.

Tudung kepala (corak bebas).

Purdah tidak dibenarkan sama sekali.

Kasut kulit / PVC.

Kasut kanvas, sandal dan selipar tidak dibenarkan.

Kasut kulit / PVC.

Tumit kasut tidak melebihi 4 sm.

Kasut kanvas, sandal dan selipar tidak dibenarkan.

Stokin.

Stokin.

Bersolek tidak dibenarkan.

Bersolek tidak dibenarkan.

4.2 Pemakaian bagi aktiviti luar bilik kuliah atau aktiviti luar yang tidak rasmi (pakaian outing) adalah seperti berikut:

Pelajar Lelaki

Pelajar Perempuan

Pelajar lelaki hendaklah berpakaian kemas dan berkasut (sandal atau selipar tidak dibenarkan) semasa outing.

Seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali.

Pelajar perempuan dibenarkan memakai baju kurung/kebarung sahaja dan berkasut (sandal dan selipar tidak dibenarkan) untuk keluar ke bandar (outing).

Seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali.

4.3 Pakaian disediakan oleh pelajar dan pembiayaan tidak ditanggung oleh MARA. 4.4 Selipar hanya dibenarkan di surau dan asrama sahaja. 4.5 Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai aksesori-aksesori seperti rantai, gelang

tangan dan subang. 4.6 Pelajar-pelajar lelaki tidak dibenarkan berambut panjang hingga menutup telinga,

mencecah kolar kemeja atau mencecah kening. Ianya hendaklah kemas dan rapi.

Page 5: PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KOLEJ …apponline.mara.gov.my/semakanspupim/borang/PanduanPelajarBaruK… · PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KOLEJ PROFESSIONAL MARA Unit Pengambilan Pelajar

Edisi Januari 2018

5

5. PAKAIAN RIADAH SEMASA SESI ORIENTASI

Pelajar dikehendaki membawa pakaian sukan seperti berikut: i. 2 pasang baju-T berkolar tanpa corak ( berlengan panjang untuk perempuan); ii. 2 pasang seluar trek (warna gelap); dan iii. 1 pasang kasut sukan.

6. TAMBANG PERJALANAN PELAJAR MALAYSIA TIMUR (SABAH, SARAWAK &

LABUAN)

Pelajar yang layak mendapat bantuan elaun, akan dibiayai tambang perjalanan udara (penerbangan) pergi dan balik sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian. Pelajar boleh membuat tuntutan bayaran perjalanan ini dengan mengemukakan tiket asal untuk mendapatkan gantian kos penerbangan.

7. ELAUN SARA HIDUP

Pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh MARA akan menerima bantuan dalam bentuk elaun: Program Peringkat Diploma - RM300.00 /sebulan

Semester Satu

Januari hingga April.

Bayaran Penuh:

Diploma - RM300

Mei

Bayaran Separuh:

Diploma - RM150 Semester Dua

Jun hingga September.

Oktober

Semester Tiga

November Disember

Perlu di ingatkan: Proses penyediaan elaun mengambil masa 2-3 bulan pertama semasa semester satu, justeru ibubapa/penjaga dikehendaki menyediakan wang saku pelajar dalam tempoh tersebut untuk perbelanjaan makan/minum dan lain-lain keperluan harian jika perlu.

8. PENGINAPAN DI ASRAMA

Asrama disediakan bagi semua pelajar tahun satu sahaja. Pelajar-pelajar tahun dua (Semester tiga dan seterusnya) akan diberikan kemudahan penginapan bergantung kepada kekosongan tempat dan syarat-syarat lain yang telah ditetapkan oleh kolej tersebut. Kemudahan yang disediakan di asrama adalah seperti berikut: i Katil; ii. Tilam; dan iii. Almari.

Pelajar boleh membeli makanan di kantin/Food court yang di sediakan oleh kolej.

Page 6: PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KOLEJ …apponline.mara.gov.my/semakanspupim/borang/PanduanPelajarBaruK… · PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KOLEJ PROFESSIONAL MARA Unit Pengambilan Pelajar

Edisi Januari 2018

6

9. YURAN PENGAJIAN DAN LAIN – LAIN BAYARAN (SILA RUJUK LAMPIRAN A)

9.1 Yuran pengajian dikecualikan sepanjang tempoh pengajian bagi semua pelajar. 9.2 Pelajar perlu membuat pengesahan penerimaan tawaran dengan membuat bayaran bagi

Bayaran Pendaftaran RM320/- [ (A) + (B) ]di mana-mana Pejabat MARA Negeri/Daerah. Dapatkan resit dan sila bawa Slip Asal dan satu salinan fotokopi Resit Bayaran semasa hari pendaftaran sebagai bukti bayaran telah dilakukan.

9.3 Yuran Koperasi (C) dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian. 9.4 Yuran Badan Muafakat (C) dibayar sebanyak RM170.00 (seratus tujuh puluh sahaja).

Bayaran RM50.00 bagi Semester 1 dan RM30.00 bagi Semester 2 hingga Semester 5. Bayaran Yuran Koperasi dan Badan Muafakat yang berjumlah RM72.00 bagi pelajar Diploma boleh dimasukan terus ke dalam Akaun Koperasi kolej atau Akaun Badan Muafakat kolej, sebelum hari pendaftaran. Akaun-akaun adalah seperti seperti berikut:

KPM

NO AKAUN BANK KOPERASI/BADAN MUAFAKAT

Beranang Selangor

Koperasi Kolej Profesional MARA Beranang Berhad 12092010010864 – Bank Islam Malaysia Berhad

Ayer Molek Melaka

Koperasi Kolej Profesional MARA Ayer Molek Melaka Berhad. 554110502465 – Maybank

Bandar Melaka Melaka

Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT) 04030000262108 – CIMB Islamic

Indera Mahkota Kuantan

Koperasi Kolej Profesional MARA Indera Mahkota Berhad. 06050015127059 – CIMB

Seri Iskandar Perak

Koperasi Kolej Professional MARA Seri Iskandar Perak Berhad. 8004855580 – CIMB

Bandar Penawar Johor

Koperasi Kolej Profesional MARA Bandar Penawar Kota Tinggi Berhad. 01135010001080 – Bank Islam Malaysia Berhad

PERHATIAN:

1. Yuran di atas adalah merupakan Yuran umum bagi setiap pelajar, namun ada juga yuran yang akan dikenakan oleh kolej mengikut perkhidmatan yang disediakan oleh kolej berkenaan. (seperti: Dobi, Baju Korporat, kunci bilik asrama dan lain-

lain)

2. Pelajar diingatkan juga bahawa slip pembayaran bank perlu dibuat satu salinan

Program Bayaran Pendaftaran /Pengesahan Penerimaan Tawaran. [ (A) + (B) ]

Koperasi

(C)

Badan Muafakat

(C)

Jumlah Yuran dibayar

CAT, DIPLOMA RM320 RM22 RM50 RM392

Page 7: PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KOLEJ …apponline.mara.gov.my/semakanspupim/borang/PanduanPelajarBaruK… · PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KOLEJ PROFESSIONAL MARA Unit Pengambilan Pelajar

Edisi Januari 2018

7

fotokopi sebagai bukti bayaran telah dibuat untuk simpanan dan salinan asal hendaklah diserahkan kepada pihak kolej.

10. BUKU TEKS Pelajar disarankan untuk menyediakan wang tunai untuk buku teks. Ini bergantung kepada program/kursus yang diikuti oleh pelajar. Dianggarkan RM600/- bagi pelajar Diploma dan RM250/- bagi pelajar persedian (IEP).

11. RAWATAN PERUBATAN DAN PERLINDUNGAN INSURAN

11.1 Pelajar bertanggungjawab atas semua perbelanjaan perubatan dan kesihatan sepanjang tempoh pengajian. Pelajar dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan di Hospital/Klinik Kerajaan sekiranya sakit.

11.2 Pelajar diwajibkan mengambil perlindungan insuran berkelompok yang akan diuruskan oleh pihak kolej.

12. AKAUN SIMPANAN

Semua pelajar dikehendaki membuka akaun simpanan seperti berikut: i. Pelajar KPM Bandar Penawar : Bank Islam sahaja. ii. Lain-lain KPM : Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) sahaja. iii. Pelajar lepasan program IEP yang meneruskan pengajian ke peringkat diploma, tidak perlu membuka akaun simpanan baru.

13. LATIHAN AMALI

Pelajar dikehendaki menjalani Latihan Amali atau lain-lain program latihan yang ditetapkan oleh MARA bagi program-program tertentu.

14. PERATURAN DAN TATATERTIB

Pelajar dikehendaki mematuhi peraturan yang telah di tetapkan oleh KPM (Akademik, Disiplin dan Ko-kurikulum). Pelajar hendaklah patuh kepada semua arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh MARA dari semasa ke semasa sepanjang tempoh pengajian.

15. PEKERJAAN

15.1 Pelajar TIDAK dibenarkan bekerja sepanjang tempoh pengajian sama ada secara sepenuh masa atau sambilan.

15.2 MARA tidak menjamin apa-apa pekerjaan kepada pelajar setelah tamat pengajian.

16. BERHENTI DARI KPM

Page 8: PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KOLEJ …apponline.mara.gov.my/semakanspupim/borang/PanduanPelajarBaruK… · PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KOLEJ PROFESSIONAL MARA Unit Pengambilan Pelajar

Edisi Januari 2018

8

Sekiranya pelajar menarik diri/berhenti/diberhentikan dari meneruskan pengajian oleh kerana masalah akademik ataupun masalah displin, maka semua pembayaran yang telah dijelaskan oleh pelajar, tidak akan dikembalikan. Disamping itu pelajar juga dikehendaki membayar balik semua elaun yang telah diterima dan yang telah dibiayai oleh MARA. Diingatkan juga pelajar yang telah berhenti atau diberhentikan dari mana-mana KPM, tidak akan diterima masuk atau tidak boleh mendaftar semula di mana-mana KPM yang lain dalam tempoh satu tahun dari tarikh ia berhenti.

17. MENGULANGKAJI / MEMINDA SYARAT TAWARAN

MARA berhak, pada bila-bila masa mengubah, mengubahsuai atau meluaskan syarat-syarat tawaran ini tanpa menyentuh jaminan penjamin-penjamin dan tanpa melepaskan atau dengan apa-apa jalan menyentuh tanggungan penjamin-penjamin pelajar.

P E R I N G A T A N ** PELAJAR DIINGATKAN SEKALI LAGI UNTUK MEMBACA DAN MEMAHAMI SEMUA KENYATAAN DALAM BUKU PENDAFTARAN INI SEBELUM MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENDAFTAR DI MANA-MANA KPM YANG DITETAPKAN. ** BAYARAN SELAIN DARI YANG TERCATAT DI MUKASURAT 5, HENDAKLAH DIBAYAR PADA PIHAK KOLEJ PADA HARI PENDAFTARAN. ** SILA LAYARI LAMAN SESAWANG KOLEJ SEMINGGU SEBELUM PENDAFTARAN MENGENAI URUSAN PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN YURAN YANG DINYATAKAN.

KOLEJ

LAMAN SESAWANG

KPM AYER MOLEK http://www.kpmam.edu.my

KPM BANDAR MELAKA http://www.kpmbm.edu.my

KPM BANDAR PENAWAR http://www.kpmbp.edu.my

KPM BERANANG http://www.kpmb.edu.my

KPM INDERA MAHKOTA http://www.kpmim.edu.my

KPM SERI ISKANDAR http://www.kpmsi.edu.my

Page 9: PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KOLEJ …apponline.mara.gov.my/semakanspupim/borang/PanduanPelajarBaruK… · PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KOLEJ PROFESSIONAL MARA Unit Pengambilan Pelajar

Edisi Januari 2018 9

Lampiran A

YURAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SEMESTER 1 YANG MENDAFTAR PADA SESI JANUARI 2018

A. YURAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KPM

PERKALAAN JENIS YURAN (RM)

Yuran dibayar untuk Minggu Haluan Siswa dan perkara yang berkaitan. Dibayar sebagai menerima tawaran pengajian dan dibayar kepada mana-mana pejabat MARA. (Dibayar sekali dalam tempoh pengajian).

a) Makan pelajar (RM12.00 sehari, untuk 5 hari)

60.00

b) Pengurusan dan cenderahati Minggu Orientasi: Beg/Folder, T-Shirt, Alatulis dan Buku Catatan

50.00

c) Tag Nama, Kad Asrama dan Kad Perpustakaan

20.00

d) Pemeriksaan Kesihatan Dan Dadah 10.00

JUMLAH 140.00

B. YURAN SEMESTER BAGI SETIAP PELAJAR BAHARU DAN SEDIADA KPM

PERKALAAN JENIS YURAN (RM)

Yuran yang dibayar oleh setiap Pelajar Baharu dan Pelajar Sediada pada setiap semester bermula dari semester 1 hingga semester 5/6. (Bagi pelajar baharu, yuran (B) dibayar bersama dengan yuran (A), di mana-mana pejabat MARA.

a) ASK 50.00

b) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 35.00

c) Peperiksaan 30.00

d) Komputer dan Internet 10.00

e) Insuran Kelompok 10.00

f) Program Pelajar 30.00

g) Kebajikan Pelajar 15.00

JUMLAH 180.00

JUMLAH BAYARAN A DAN B 320.00

* Wang Kebajikan Pelajar adalah untuk:

1. Digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang mampu dari segi kewangan (yang

berpatutan) sebagai Amal Jariah.

2. Digunakan untuk membeli peralatan kemudahan dan keselesaan pelajar.

* Kutipan Yuran Konvokesyen sebanyak RM50.00 akan dibuat semasa Pelajar Program Diploma

mendaftar ke semester 5 manakala bagi pelajar Program HND sediaada, kutipan akan dibuat

semasa pelajar mendaftar masuk ke semester 4. Yuran ini akan dikembalikan kepada pelajar

sekiranya pelajar ditamatkan pengajian kerana faktor akademik atau disiplin.

C. BAYARAN YURAN YANG LAIN (BAGI PELAJAR DIPLOMA SAHAJA)

Yuran koperasi (dibayar sekali dalam tempoh pengajian)

a) Koperasi

22.00

** Jumlah bayaran Muafakat yang perlu dibayar adalah sebanyak RM170.00 bagi 5 semester. (Semester 1 – RM50 dan Semester 2 hingga Semester 5 adalah RM30/- setiap semester).

b) Muafakat

50.00

JUMLAH 72.00

JUMLAH BESAR

392.00