permainan tradisional(konda kondi)

11
Permainan Tradisional Ditulis pada 27/12/2013 16:25:01 Pengenalan Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta. Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain. Permainan Sepak Raga Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Cara Bermain Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan. Menimang Bola

Upload: a-rusdiansyah-didi

Post on 27-Nov-2015

72 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

konda kondi

TRANSCRIPT

Page 1: Permainan Tradisional(Konda Kondi)

Permainan TradisionalDitulis pada 27/12/2013 16:25:01

PengenalanMasyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Permainan Sepak RagaPermainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.Cara BermainDalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.Menimang BolaPermainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

Permainan GasingPermainan gasing adalah permaian yang popular di Semenanjung Malaysia. Ia bukan sahaja boleh dimainkan oleh kanak-kanak malahan orang dewasa juga gemar bermain gasing.Jenis-jenis GasingJenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.Membuat Gasing

Page 2: Permainan Tradisional(Konda Kondi)

Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.Cara BermainGasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.Pertandingan GasingPertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan.

Permainan Konda KondiKonda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang.Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.Undian secara ‘wan to som’ dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.Permainan PertamaPemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang.Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.Permainan KeduaPemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat.Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata daripada langkah pertama tadi.Permainan KetigaSeterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang,

Page 3: Permainan Tradisional(Konda Kondi)

kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.

http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/permainan_tradisional . Diakses pada 15 feb 2014

Page 4: Permainan Tradisional(Konda Kondi)

Permainan Tradisional Masyarakat Melayu ( Konda-Kondi)

Pengenalan

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada

kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang pada zaman mereka. Asas penting

yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah

keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga

dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang

tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita

sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga

hari ini.  Antara permainan itu termasuklah Konda - Kondi.

Sejarah

         

Permainan ini bermula di Negeri Melaka dan berkembang ke negeri-

negeri lain di seluruh Malaysia, permainan ini menjadi popular di kalangan

kanak-kanak lelaki berbangsa melayu sahaja. Pemain memerlukan kekuatan

mental dan fizikal semasa bermain. Permainan Konda-kondi juga dikenali

sebagai ‘ perik mata ’.

Peralatan

Peralatan yang diperlukan dalam permainan ini terdiri daripada dua batang

kayu hanya sebesar ibu jari sahaja.

1. Kayu Ibu, (kayu panjang) kayu ini digunakan sebagai pemukul

(penyungkit). Panjang kayu 60cm. Kayu ini berbentuk lurus, bulat dan dari

kayu yang keras.

2. Kayu Anak, (kayu pendek) kayu ini dikuis oleh pemain ke udara. Panjang

kayu ini 15cm. Kayu ini juga berbentuk lurus, bulat dan jenis kayu yang keras.

Tempat bermain

Page 5: Permainan Tradisional(Konda Kondi)

Permainan ini tidak perlu ada ruang yang luas, sebaik-baiknya

dijalankan di tengah-tengah padang untuk memudahkan permainan

dimainkan.  Di tengah-tengah padang di korek sebuah lubang sedalam 15cm

dengan panjangnya 15cm dan lebarnya 10cm. Tujuan lubang ini dibuat adalah

memudahkan pemain menyungkit kayu anak melambung ke udara.

Cara Bermain

Permainan Konda-Kondi dimainkan oleh dua pasukan. Setiap pasukan

terdiri daripada dua orang. Lebih meriah permainan dimainkan lebih dari enam

orang satu pasukan.

Cara memulakan permainan undian cara ‘ wan to som ’ akan dilakukan

untuk menentukan pasukan yang harus  memulakan permainan terlebih

dahulu.

Cara Pertama

          Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu anak

melintang di lubang, manakala kayu ibu menyungkit kayu anak itu supaya

melambung ke udara. Selepas itu pemain pertama meletakkan kayu ibu  di

lubang. Pada masa yang sama pemain pasukan lawan hendaklah cuba

menyambut anak kayu yang dikuis oleh pemain sebelum jatuh ke tanah.

          Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada

kumpulan yang sedang bermain dikira mati. Permainan akan diambil alih pula

oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya. Mana-

mana ahli hendaklah membalingkan kayu anak masuk ke dalam lubang

ataupun mengenai kayu ibu.

          Sekiranya kayu anak itu masuk ke dalam lubang ataupun terkena kayu

ibu yang di letakkan secara melintang hanya pemain itu sahaja dikira mati.

Sebaliknya, jika kayu yang di balingkan oleh pemain lawan itu tidak mengenai

lubang atau kayu ibu tersebut, pemain tersebut boleh mendapatkan mata

dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu ibu dikira

satu mata.

Cara Kedua

Page 6: Permainan Tradisional(Konda Kondi)

          Pemain tadi akan mengambil kayu anak dan melambungkan ke udara,

kemudian memukul kuat dengan kayu ibu. Pemain akan diberi peluang

sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau kedua tidak kuat.

          Sekali lagi pemain lawan cuba menyambut, jika tidak berjaya pemain

tadi boleh mendapat mata dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh

dicampur dengan mata dari langkah pertama.

Cara Ketiga

          Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang disebut ‘ patuk

ular ’. Pemain menyandarkan kayu anak di tepi lubang, kemudian mengetuk

hujung kayu anak dengan kayu ibu. Jika pukulan dibuat dengan baik , kayu

anak akan melambung ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk

memukul kayu anak itu sebelum jatuh ke tanah dengan menggunakan kayu

ibu. Kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai

mata tertinggi memenangi perlawanan ini.

Peraturan Permainan

          Antara peraturan yang perlu dikenakan kepada pemain atau pasukan

dalam permainan ini ialah:

1. Permainan hanya boleh dimainkan secara kumpulan sahaja. Sebaik-baiknya

dimainkan dua kumpulan yang masing-masing mempunyai dua atau tiga orang

pemain.

2. Setiap pasukan harus mempunyai satu set alat permainan konda-kondi.

3. Hanya dua batang kayu yang berlainan saiz diperlukan.

4. Setiap pemain termasuk pihak lawan tidak boleh mengacah ketika pemain

pertama memulakan permainan.

5. Sekiranya pemain telah terbatal permainannya, kayu yang digunakan harus

diberi kepada pihak lawan dengan baik.

Perkara Yang Membatalkan Permainan

1. Jika kayu anak dapat disambut oleh penjaga. Pemain dikira  ” mati ”

Page 7: Permainan Tradisional(Konda Kondi)

2. Jika kayu anak yang dilemparkan oleh penjaga mengena kayu ibu atau

termasuk lubang, pemain pemain dikira ” mati ” dan permainan terpaksa

diberhentikan.

3. Pemain akan dikira mati apabila kayu anak jatuh di suatu tempat yang

jaraknya dengan lubang tidak sampai satu ukuran kayu ibu.

4. Pada peringkat ketiga, pemain tidak dapat memukul kayu anak sebanyak tiga

kali, pemain seterusnya akan melakukan pukulan.

5. Jika kayu anak terkena badan pemain, satu mata kiraan akan ditolak.

6. Kumpulan penjaga dapat bermain selepas pemain akhir ” mati ”.

Kiraan Mata

Terdapat dua cara mengira mata kemenagan:

1. Mengukur menggunakan panjang kayu ibu. Cara ini adalah cara yang

paling banyak digunakan oleh para pemain.

2. Mengira padang atau mengira satu-satu pusingan dengan menentukan

masanya. Misalnya selama satu jam.

Sekiranya salah satu kumpulan mempunyai mata yang lebih tinggi

berbanding pihak lawan, bermakna pusingan tersebut dimenangi oleh

kumpulan yang mengutip mata yang banyak.

Fungsi Masa Kini

Konda-kondi hanya dimainkan oleh kanak-kanak untuk mengisi masa lapang

mereka apabila penat belajar. Kepopularan konda-kondi adalah terhad,

permainan ini juga tidak dapat dipastikan masa hadapannya. Mungkin suatu

hari kelak permainan ini tidak lagi dikenali.

Kesimpulan

Sebagai satu permainan tradisional, adalah diharapkan lebih baik permainan

ini sebagai permainan yang dimainkan  oleh murid-murid sekolah. Oleh

Page 8: Permainan Tradisional(Konda Kondi)

demikian semua pihak sama ada pihak sekolah atau pihak berwajib harus

mengenengahkan permainan ini sebagai salah satu aktiviti sukan yang

penting.

http://akumauberjaya.blogspot.com/2011/06/permainan-tradisional-masyarakat-melayu.html . Diakses pada 15 feb 2014

Permainan Tradisional- Jenis Permainan Tradisional  Mula   7-10  Akhir 

Ketuk Pedang

Ketuk pedang adalah sejenis permainan laman yang berkonsepkan

perlumbaan mengutip mata. Selain dari nama ketuk pedang ini

terdapat juga nama lain iaitu "konda-kondi". Permainan ini biasanya

dimainkan di kawasan lapang dan terbuka. Kanak-kanak lelakilah

yang selalu mengambil bahagian. Permainan ini agak kasar dan

mungkin mencederakan jika kurang berhati-hati.

Alat yang perlu dalam permainan ini cukup ringkas iaitu 2 batang

kayu dan satu lagi kayu panjang. Kayu yang panjang dipanggil "ibu"

manakala yang pendek dipanggil "anak". Bagi melengkapkan syarat

permainan ini, satu lubang khas perlu digali di tanah. Siapakah yang

layak memulakan pukulan? Satu undian khas dijalankan. Wakil

daripada kedua-dua pasukan masing-masing dikehendaki berdiri

membelakangi lubang yang dikorek di belakang garisan yang dibuat

beberapa langkah dari lubang.

Mereka disuruh melemparkan kayu "anak" masing-masing ke dalam

lubang. Hasil lemparan yang paling sempurna ialah apabila kayu

"anak" tepat memasuki lubang ataupun lemparan yang paling hampir

dengan lubang dianggap terbaik. Permainan dilalui dengan 3

peringkat dan hanya peringkat 3, pemain mula mengutip mata. Pada

peringkat pertama, kayu "ibu" digunakan untuk menyungkit kayu

"anak" dan kayu itu akan terlambung ke udara manakala kayu "ibu"

hendaklah segera diletakkan semula ke lubang. Pemain akan

berusaha agar kayu "anak" tidak dapat disambut oleh pemain lawan.

Jika kayu "anak" disambut, pihak lawan akan mengutip dan

melemparkannya ke lubang makan pemain yang mencungkil tadi

"mati". Pemain lain dalam pasukannya akan meneruskan permainan

untuk peringkat ke 2.

Hanya satu tangan sahaja dibenarkan melakukan 2 tugas berturut-

turut iaitu tugas melambung kayu "anak" dan memukul kayu "anak"

itu menggunakan kayu "ibu". Dia berhak menggunakan kayu "ibu"

Page 9: Permainan Tradisional(Konda Kondi)

sebagai penghadang atau penguis bagi mengelakkan kayu "anak"

yang dilemparkan oleh pihak lawan masuk ke dalam lubang.

Dalam peringkat ke 3, pemain mula mengutip mata. Peringkat ini

dianggap paling penting kerana para pemain mula mengutip mata.

Caranya, kayu "anak" di sandarkan dalam lubang dengan kedudukan

satu hujungnya mengunjur keluar. Bahagian yang mengunjur keluar

itu akan di "ketuk" dengan kayu "ibu" supaya melambung ke udara

dan dengan pantas pemain memukul kuat-kuat supaya kayu "anak"

jatuh sejauh mungkin.

Kiraan mata akan dikira dengan jarak kayu "anak" dengan lubang

diukur dengan kayu "ibu". Jika jarak 1 kayu "anak" , dikira satu mata.

Jika kayu "anak" berjaya disambut oleh lawan, mata yang ada

menjadi sifar.

Di sesetengah tempat, para pemain sudah menetapkan sasaran mata

yang perlu dikutip bagi melayakkan digelar pemenang. Pasukan

terawal mencapai angka tersebut dikira juara dan permainan

ditamatkan.

Pemain pertama meletakkan kayu pendek melintang lubang. Dia menguis kayu pendek dengan menggunakan kayu panjang supaya kayu itu melambung seberapa jauh yang boleh.

Pemain meletakkan kayu pendek ke dalam lubang dengan bahagian hujung terbuka sedikit.

Suatu permainan ketuk pedang, seorang pemain sedang menguis kayu manakala pemain-pemain daripada kumpulan lawan bersedia untuk menyambut.

Page 10: Permainan Tradisional(Konda Kondi)

http://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php?pageNum_Recordset1=6&p=2&idstopic=29&idskandungan=101 . diakses pada 15 feb 2014