permainan tradisional (nyumpit)

7
PERMAINAN TRADISIONAL : NYUMPIT Sejarah Permainan Menurut laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu, sumpit merupakan alat yang diperbuat daripada buluh dan lain – lain dan digunakan untuk melepaskan damak dengan dengan menghembus dengan kuat. Sumpitan adalah sejenis peralatan memburu atau berperang yang sering digunakan oleh masyarakat peribumi Sarawak dan Sabah pada masa dahulu. Terdapat kelebihan yang dimiliki oleh senjata ini iaitu kemampuannya mencapai sasaran dari jarak jauh di samping tidak mencemarkan alam sekitar kerana ia menggunakan bahan semulajadi dari hutan. Menurut kepercayaan etnik Dayak, sumpitan ini tidak boleh digunakan untuk membunuh sesama manusia. Peralatan dan Bahan Bahan utama di dalam proses pembuatan sumpit adalah daripada kayu. Kayu dipilih mengikut kualiti dan mutu biasanya daripada kayu jenis belian, bengkirai dan ulin yang kayunya lurus, agar mudah dilubangi berukuran kurang lebih 8mm. Proses pembuatan sumpit adalah rumit dan memerlukan kepakaran untuk menebuk kayu yang telah dipilih. Sumpitan ini berbentuk tongkat panjang yang diberi lubang kecil untuk memasukkan anak sumpitan. Sumpitan dilengkapi dengan sebuah mata tombak yang diikat erat pada hujungnya dan juga dilengkapi dengan domek(anak sumpitan) beserta wadahnya (selup). Peraturan Dan Cara Bermain Peraturan 1. Setiap pasukan dikehendaki menghantar 2 orang wakil. (10 pasukan)

Upload: don-adeng

Post on 23-Dec-2015

47 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

Page 1: PERMAINAN TRADISIONAL (nyumpit)

PERMAINAN TRADISIONAL : NYUMPIT

Sejarah Permainan

Menurut laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu, sumpit merupakan alat yang diperbuat

daripada buluh dan lain – lain dan digunakan untuk melepaskan damak dengan dengan

menghembus dengan kuat. Sumpitan adalah sejenis peralatan memburu atau berperang yang

sering digunakan oleh masyarakat peribumi Sarawak dan Sabah pada masa dahulu. Terdapat

kelebihan yang dimiliki oleh senjata ini iaitu kemampuannya mencapai sasaran dari jarak jauh di

samping tidak mencemarkan alam sekitar kerana ia menggunakan bahan semulajadi dari

hutan. Menurut kepercayaan etnik Dayak, sumpitan ini tidak boleh digunakan untuk membunuh

sesama manusia.

Peralatan dan Bahan

Bahan utama di dalam proses pembuatan sumpit adalah daripada kayu. Kayu dipilih mengikut

kualiti dan mutu biasanya daripada kayu jenis belian, bengkirai dan ulin yang kayunya lurus,

agar mudah dilubangi berukuran kurang lebih 8mm. Proses pembuatan sumpit adalah rumit dan

memerlukan kepakaran untuk menebuk kayu yang telah dipilih. Sumpitan ini berbentuk tongkat

panjang yang diberi lubang kecil untuk memasukkan anak sumpitan. Sumpitan dilengkapi

dengan sebuah mata tombak yang diikat erat pada hujungnya dan juga dilengkapi dengan

domek(anak sumpitan) beserta wadahnya (selup).

Peraturan Dan Cara Bermain

Peraturan

1. Setiap pasukan dikehendaki menghantar 2 orang wakil. (10 pasukan)

2. 1 orang lelaki dan 1 orang perempuan.

3. Setiap seorang mempunyai 2 kali peluang untuk melakukan sumpitan.

4. Hanya 1 kali percubaan yang dibenarkan.

5. Permainan dilaksanakan secara bergilir-gilir.

6. Peserta harus berdiri di dalam kawasan gelung yang disediakan.

Page 2: PERMAINAN TRADISIONAL (nyumpit)

7. Peserta tidak boleh melakukan sumpitan di luar kawasan gelung yang teklah

disediakan.Permainan akan dijalankan di kawasan yang telah ditetapkan.

Cara Bermain:

1. Setiap pasukan dikehendaki menghantar 2 orang wakil yang terdiri daripada 1 orang

lelaki dan 1 orang perempuan.

2. Peserta harus berdiri di dalam gelung yang disediakan

3. Peserta harus menghalakan sumpit ke arah tin aluminium yang telah disusun.

4. 1 Tin yang jatuh dikira sebagai 1 markah.

5. Kumpulan yang mendapat markah yang banyak di kira sebagai pemenang.

PELAN KAWASAN PERMAINAN NYUMPIT

Peserta berdiri di dalam gelung

Tin Aluminium yang disusun secara bertingkat

1 2 3

Sumpit

Page 3: PERMAINAN TRADISIONAL (nyumpit)

BORANG PERMARKAHAN

PERMAINAN SUMPIT

KUMPULAN PESERTA BILANGAN TIN YANG

DISUMPIT JATUH

JUMLAH

1. 1.

2.

1.

2.

2. 1.

2.

1.

2.

3. 1.

2.

1.

2.

4. 1.

2.

1.

2.

5. 1.

2.

1.

2.

6. 1.

2.

1.

2.

Promosi

1. Kempen Cintaai Permainan Tradisional

Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan  Kebudayaan dan Kesenian Negara  secara besar-

besaran dengan kerjasama pihak media massa, terutamanya media cetak dan media

elektronik, iaitu surat khabar dan pihak televisyen. seperti  wau, gasing, congkak dan lain-lain. 

2. Peranan pihak sekolah

Pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan kokurikulum di sekolah.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah harus digalakkan supaya menubuhkan kelab atau

persatuan permainan tradisional.  Berpaksikan kelab permainan tradisional, pelajar boleh  diajar

tentang cara membuat alat permainan, cara bermain dan lain-lain lagi. 

Page 4: PERMAINAN TRADISIONAL (nyumpit)

3. Peranan Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Pertandingan merupakan inisiatif yang dominan untuk membangkit permainan tradisional dalam

masyarakat kita.  Lantarannya, pihak Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan

Pelancongan Malaysia dan agensi kerajaan boleh bergabung dengan korporat seperti Proton,

TM Net dan Maxis untuk menganjurkan pertandingan permainan tradisional (nyumpit) dari

peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hingga antarabangsa. 

Penutup

Kesimpulannya, permainan nyumpit ini merupakan satu permain tradisional yang dapat

mengeratkan perpaduan antara kaum di negara ini. Hal ini kerana permainan ini senang

dimainkan dan peralatan serta bahan untuk permainan ini dapat dibahsuai mengikut kesesuaian

semasa.

Gambar

Sumpit merupakan alat yang diperkenalkan oleh masayarakat Dayak di SARAWAK

Page 5: PERMAINAN TRADISIONAL (nyumpit)

Sumpit yang dihasilkan daripada kayu

Tabung yang digunakan untuk menyimpan anak sumpit

Page 6: PERMAINAN TRADISIONAL (nyumpit)

Peralatan untuk permainan ini dapat diubahsuai

Permainan ini dapat dimainkan oleh seluruh lapisan masyarakat