permainan tradisional - kabbadi

9
PERMAINAN TRADISIONAL: KABADDI

Upload: ainul-syariha

Post on 20-Jun-2015

7.254 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERMAINAN TRADISIONAL - kabbadi

PERMAINAN TRADISIONAL: KABADDI

Page 2: PERMAINAN TRADISIONAL - kabbadi

PENGENALAN

• Permainan Kabaddi merupakan permainan tradisional yang berasal dari negara India.

• Menurut bahasa Hindi, perkataan ‘kabaddi’ bermaksud menahan nafas yang juga merupakan sebahagian dari permainan tersebut.

• Turut dikenali dengan nama Hadudu di kalangan orang Bangladesh.

• Permainan ini sangat popular di selatan Asia dan mula berkembang di Asia Tenggara, jepun dan Iran.

• Kabaddi turut merupakan salah satu permainan yang dipertandingkan di Sukan Asia.

Page 3: PERMAINAN TRADISIONAL - kabbadi

PASUKAN PEMAIN

• Permainan ini dimainkan antara dua pasukan.

• Setiap pasukan mempunyai 12 orang pemain; iaitu tujuh pemain utama dan lima lagi sebagai pemain simpanan.

• Bagi setiap sesi permainan, satu pasukan akan bertindak sebagai pasukan penyerang manakala pasukan yang satu lagi bertindak sebagai pihak lawan.

Page 4: PERMAINAN TRADISIONAL - kabbadi

KAWASAN & DURASI PERMAINAN

• Kawasan gelanggang permainan ini meliputi luas 12.5 x 10 meter persegi yang dibahagi pula kepada dua kawasan yang sama luas.

• Durasi permainan adalah selama 40 minit untuk dua sesi dengan tambahan 5 minit untuk pertukaran dua sesi tersebut.

Page 5: PERMAINAN TRADISIONAL - kabbadi

CARA PERMAINAN1.Pasukan penyerang akan menghantar

seorang penyerang yang akan memasuki kawasan pihak lawan (setengah seperti yang dijelaskan di atas).

2.Penyerang tersebut akan berusaha untuk menyentuh atau menjatuhkan mana-mana pemain dari pasukan pihak lawan. Sepanjang proses ini, wakil pasukan penyerang tersebut perlu menahan nafas. Untuk memastikan beliau tidak menipu dengan menarik nafas yang lain, beliau dikehendaki menyebut ‘kabaddi’ secara berterusan.

Page 6: PERMAINAN TRADISIONAL - kabbadi

Sambungan…3. Jika penyerang dapat menyentuh atau menjatuhkan

mana-mana pemain semasa beliau masih lagi menahan nafas, pemain tersebut akan terkeluar dari permainan. Penyerang tersebut kemudiannya akan kembali semula ke gelanggangnya.

4. Namun, apabila penyerang sudah berjaya mengeluarkan seorang pemain, keseluruhan pasukan pihak lawan akan cuba menahannya daripada kembali semula ke gelanggang pasukan penyerang. Jika penyerang tersebut mengambil nafas lain sebelum berjaya kembali, beliau juga turut terkeluar.

5. Kedua-dua pasukan bertukar posisi sebagai penyerang dan pihak lawan secara bergilir-gilir sehingga sesi permainan tamat.

Page 7: PERMAINAN TRADISIONAL - kabbadi

PERATURAN AM PERMAINAN

• Tujuh pegawai diperlukan dalam menyelia permainan kabaddi; seorang referee, dua hakim, dua penjaga garisan, seorang penjaga masa dan seorang pencatat markah.

• Mata dikira berdasarkan percubaan yang berjaya untuk menyentuh/menjatuhkan dan kembali ke gelanggang pasukan dalam tempoh satu nafas.

• Mana-mana pemain yang keluar secara sengaja atau mana-mana bahagian badannya menyentuh kawasan luar dari garisan gelanggang semasa sesi permainan berlangsung, pemain tersebut secara automatiknya akan dikira terkeluar dari permainan kecuali jika tindakan itu berlaku atas ‘struggle’.

Page 8: PERMAINAN TRADISIONAL - kabbadi

• Pasukan yang berjaya mengeluarkan semua pemain dalam pasukan pihak lawannya dalam masa sesi permainan akan mendapat 2 mata bonus “lona”.

• Bagi peringkat yang tinggi, permainan

Kabaddi dijalankan mengikut asas ketinggian dan berat untuk memastikan keadilan dalam permainan.

Page 9: PERMAINAN TRADISIONAL - kabbadi