permainan tradisional gs

10
PERMAINAN TRADISIONAL : BATU SEREMBAN Tujuan permainan Permainan ini menguji kecekapan pemain melambung dan menyambut batu. Pemain perlu mendapat seberapa banyak jumlah batu yang disambut. Senarai keperluan : 1. Bahan a) Batu seremban 5 atau 7 biji b) Bati kecil, pundit kacang ataupun 6 biji asam jawa dan 1 biji gula. 2. Tempat bermain : Kawasan rata seperti di atas simen ataupun di atas lantai sama ada di luar ataupun dalam bangunan. 3. Bilangan pemain : Sekurang-kurang 2 orang. Cara bermain 1. Pemain-pemain duduk di atas lantai

Upload: abdul-mujib

Post on 08-Feb-2016

39 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Permainan Tradisional Gs

PERMAINAN TRADISIONAL : BATU SEREMBAN

Tujuan permainan

Permainan ini menguji kecekapan pemain melambung dan menyambut

batu. Pemain perlu mendapat seberapa banyak jumlah batu yang

disambut.

Senarai keperluan :

1. Bahan

a) Batu seremban 5 atau 7 biji

b) Bati kecil, pundit kacang ataupun 6 biji asam jawa dan 1 biji

gula.

2. Tempat bermain : Kawasan rata seperti di atas simen ataupun di

atas lantai sama ada di luar ataupun dalam bangunan.

3. Bilangan pemain : Sekurang-kurang 2 orang.

Cara bermain

1. Pemain-pemain duduk di atas lantai

2. Pada permulaan permainan setiap pemain dikehendaki menimbang buah

iaitu meletakkan kesemua batu di tapak tangan kemudian melambung dan

sambunt batu dengan belakang tangan.

3. Sesiapa yang dapat menimbang buah yang terbanyak dialah yang

bermain dahulu.

Page 2: Permainan Tradisional Gs

4. Pemain menebar buah di atas lantai, kemudian mengutip semula

mengikut bilangan 1, 2, dan 3. kemudian menimbang buah tersebut.

5. Pemain perlu mencampurkan jumlah buah yang dapat ditimbang dengan

jumlah seterusnya.

6. Permainan diteruskan sehingga pemain melakukan kesilapan seperti

buah terjatuh ketika dilambung ataupun tersentuh buah lain semasa

mengambil buah.

7. Sekiranya kesilapan itu berlaku maka giliran akan diberi kepada pemain

yang seterusnya.

8. Pemain yang berjaya mengutip jumlah buah paling banyak dikira sebagai

pemenang.

Page 3: Permainan Tradisional Gs

Faedah yang diperolehi daripada permainan tradisional, batu seremban ini

adalah :

Aspek perlembangan kognitif

Permaianan ini dapat meningkatkan kemahiran membilang dan

konsep tambah apabila dapat menimbang buah.

Aspek perkembangan fizikal

Permainan ini dapat meningkat kemahiran motor halus seperti

melambung, menimbang dan menggenggam buah batu seremban.

Dapat meningkatkan kemahiran motor kasar

Aspek perkembangan sosioemosi

Permainan ini dapat menggalakkan kanak-kanak meluahkan perasaan

gembira dan keseronokan semasa bermain.

Menghilangkan ketegangan selepas belajar.

Dapat mezahirkan emosi secara positif

Aspek kerohanian dan moral.

Kanak-kanak dapat mengembangkan aspek rohani dan moral dengan

mengikuti dan memahami peraturan permainan.

Mereka juga perlu menunggu giliran di samping belajar bersabar.

Page 4: Permainan Tradisional Gs

Terdapat banyak faedah yang diperolehi oleh kanak-kanak apabila

bermain permainan tradisional Batu Seremban ini. Antara faedah yang diperolehi

adalah dalam aspek perkembangan intelek atau kognitif. Dalam aspek

perkembangan ini kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran membilang

mereka. Mereka juga dapat meningkatkan konsep tambah apabila menimbang

buah. Ini dapat dilihat apabila mereka mengira jumlah markah atau mata yang

diperolehi hasil dari permainan batu seremban tersebut. Kemahiran mereka ini

akan bertambah cekap seiring dengan penambahan markah mereka. Secara

tidak langsung mereka dapat memperbaiki kemahiran mengira mereka.

Dalam aspek perkembangan fizikal pula, permainan ini dapat

meningkatkan kemahiran motor halus seperti melambung, menimbang dan

menggenggam batu buah seremban. Secara tidak langsung otot-otot tangan

mereka akan menjadi lebih kuat. Selain itu, kanak-kanak yang bermain

permainan batu seremban ini akan meningkatkan koordinasi mata dan tangan

mereka. Ini dapat dilihat apabila kanak-kanak tersebut melakukan kemahiran

melambung dan menimbang buah batu seremban tersebut. Koordinasi mata dan

tangan yang tinggi diperlukan bagi membolehkan kanak-kanak tersebut

mendapat bilangan buah batu seremban yang banyak untuk menambah bilangan

mata atau jumlah markah yang diperolehi oleh mereka. Jika koordinasi tangan

dan mata mereka kurang, maka mereka akan kalah dalam permainan batu

seremban ini. Oleh itu, permainan batu seremban ini dapat meningkatkan

koordinasi tangan dan mata mereka. Semakin kerap mereka bermain, semakin

tinggi koordinasi tangan dan mata mereka. Selain itu perkembangan motor kasar

Page 5: Permainan Tradisional Gs

turut sama berkembang seiring dengan perkembangan motor halus kanak-kanak

tersebut.

Permainan ini turut meningkatkan aspek perkembangan sosioemosi.

Permainan batu seremban ini dapat menimbulkan keseronokan semasa

bermain. Mereka dapat meluahkan perasaan gembira mereka melalui permainan

batu seremban ini. Mereka juga dapat menghilangkan rasa ketegangan selepas

penat mengulangkaji pelajaran. Justeru, mereka dapat menzahirkan emosi

mereka secara positif melalui permainan ini. Mereka tidak akan melakukan

perkara-perkara yang tidak berfaedah jika terdapat kesenggangan masa.

Di samping itu, permainan tradisional batu seremban ini juga dapat

mengembangkan aspek rohani dan moral kanak-kanak. Permainan batu

seremban ini mendidik kanak-kanak sifat sabar apabila mereka perlu menunggu

giliran semasa bermain. Sifat sabar ini penting bagi memupuk jati diri yang

berkualiti dalam diri kanak-kanak tersebut. Sifat sabar ini dapat membentuk

personaliti yang baik dalam diri kanak-kanak. Sifat kerohanian dan moral dapat

dipupuk apabila mereka mengikuti dan memahami peraturan permainan batu

seremban. Selain itu mereka juga dapat memotivasikan diri mereka semasa

bermain batu seremban ini. Ini dapat dibuktikan apabila mereka berusaha untuk

menambah mata atau jumlah markah mereka semasa permainan dijalankan.

Mereka akan berusaha untuk memperbaiki cara permainan mereka agar dapat

memenangi permainan tersebut. Secara tidak langsung permainan ini dapat

mewujudkan persaingan yang positif di kalangan kanak-kanak tersebut.

Page 6: Permainan Tradisional Gs

Permainan batu seremban ini juga memupuk daya usaha yang tinggi di

kalangan kanak-kanak. Ini dapat diaplikasikan semasa sesi pembelajaran

akademik mereka. Secara tidak langsung semangat ini memberi kesan positif

terhadap prestasi akademik mereka. Di samping itu mereka turut dapat

mendisiplinkan diri melalui peraturan-peraturan yang disediakan sepanjang

permainan dijalankan.

Kanak-kanak juga boleh mengeratkan hubungan silaturrahim mereka

semasa bermain. Pergaulan yang positif ini turut memberi impak yang baik

dalam aspek perkembangan kanak-kanak tersebut. Mereka juga turut menjalani

pergaulan sosial yang baik. Semasa permainan berjalan, mereka dapat bertukar-

tukar pandangan dan lebih mengenali diri masing-masing. Justeru tercetusnya

perkembangan bahasa di kalangan kanak-kanak tersebut. Mereka dapat

mempelajari pelbagai perbendaharaan kata. Mereka turut belajar cara

berkomunikasi yang baik di antara rakan-rakan mereka.

Permainan tradisional seperti batu seremban ini amat baik jika

diperkenalkan di sekolah terutama sewaktu sesi pembelajaran. Permainan ini

amat sesuai sekali jika diaplikasikan pada tahap umur kanak-kanak yang belajar

di tahap rendah iaitu prasekolah, darjah 1, 2 dan 3. Permainan batu seremban ini

amat sesuai kerana dapat membentuk asas-asas perkembangan kanak-kanak

sejak awal lagi. Tambahan pula mereka baru mempelajari asas-asas nombor.

Oleh itu mereka boleh mempertingkatkan kebolehan megira mereka secara tidak

langsung. Perkembangan motor kasar dan halus mereka juga baru bermula

Page 7: Permainan Tradisional Gs

pada tahap umur ini. Jadi mereka turut dapat meningkatkan aspek

perkembangan ini tanpa disedari mereka.

Selain dapat membantu meningkatkan kesemua aspek perkembangan

kanak-kanak, permainan tradisional ini turut dapat diperkenalkan kepada

generasi baru. Ini kerana permainan-permainan tradisional ini semakin dilupakan

ekoran kemunculan pelbagai jenis permainan moden yang terdapat di pasaran

menggantikan tempat permainan tradisional.

Sesetengah ibu bapa merasakan bermain sebagai membuang masa.

Mereka lebih cenderung supaya anak-anak mereka memberi tumpuan kepada

akademik tanpa menyedari permainan tradisional turut membantu

perkembangan anak-anak mereka. Walaupun dahulu terdapat ibu bapa yang

bermain permainan tersebut, tetapi mereka mungkin tidak memahami kebaikan

permainan itu. Oleh itu mereka merasakan tidak penting untuk memperkenalkan

kepada generasi baru.

Kesimpulannya bermain adalah amat penting bagi membantu

perkembangan kanak-kanak. Mereka sebenarnya banyak belajar sewaktu

bermain. Setiap guru perlu mewujudkan suasana bermain sewaktu sesi

pengajaran dan pembelajaran. Banyak aspek perkembangan dapat dicapai

dalam masa yang sama ketika kanak-kanak bermain. Permainan tradisional

adalah salah satu permainan yang boleh dipraktikkan semasa sesi pengajaran

dan pembelajaran.