permainan tradisional

Upload: shuhada

Post on 08-Mar-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

permainan tradisional di Malaysia

TRANSCRIPT

PERMAINAN TRADISIONALMALAYSIA

Jenis : Permainan LamanObjek Warisan : Galah PanjangPermainan tradisional yang dimainkan di luar rumah. Terdapat dengan dua kumpulan yang terdiri daripada kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang daripada empat orang.

Jenis : Permainan AnjungObjek Warisan : Batu SerembanBatu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih

Jenis : Permainan AnjungObjek Warisan : Dam HajiPermainan ini melibatkan dua orang pemain sahaja bagi satu pihak pasukan. Peralatannya ialah papan dam berpetak berlainan warna secara berselang dan dua puluh empat biji buah dam atau tir (yakni dua belas biji untuk setiap permainan) dengan warna yang berbeza

Jenis : Permainan LamanObjek Warisan : Sepak RagaDalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi.

Jenis : Permainan LamanObjek Warisan : Katuk KeliPermainan ini memerlukan dua pasukan yang diwakili tiga orang setiap pasukan. Undian membentuk pasukan dan menetapkan pasukan pertama bermain dijalankan. Permainan ini mempunyai empat tahap permainan iaitu cungkil mata, pukul gong, pukul lambung dan patuk ayam (katuk keli). Penentuan kemenangan dilakukan dengan mengira jumlah mata/ sukat.

Jenis : Permainan LamanObjek Warisan : KabbadiPermainan Kabaddi merupakan permainan tradisional yang berasal dari negara India dan dipercayai telah berusia ribuan tahun. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada 12 orang pemain sepasukan, iaitu tujuh pemain utama dan lima lagi sebagai pemain simpanan. Bagi setiap sesi permainan, satu pasukan akan bertindak sebagai pasukan penyerang manakala pasukan yang satu lagi bertindak sebagai pihak lawan

Jenis :Permainan LamanObjek Warisan : Tating LawiPermainan ini turut dikenali sebagaiChap tehdipercayai telah dibawa oleh migrasi China ke Tanah Melayu. Dinamakan sepak bulu ayam, tating lawi atau jambak lawi kerana bulu yang digunakan diperbuat daripada bulu ayam (3 atau 4) yang diikat pada keping getah atau kertas tebal. Pengiraan mata mensyaratkan setiap pemain dimestikan untuk menating lawi sehingga ke paras pinggang dengan cubaan sebanyak tiga kali sahaja. Kemenangan dikira berdasarkan kepada tatingan terbanyak.

Jenis : PermainanLamanObjek Warisan : KetintingPermainan laman ini sering dimainkan oleh kanak-kanak terutamanya kanak-kanak perempuan yang melompat dari satu kotak ke kotak-kotak yang lain (terdiri daripada sembilan kotak). Ada juga yang menggelarkannya sebagai tip-tap toe. Permainan ini sering dimainkan antara dua atau lebih dalam dua kumpulan yang berlawan.

Jenis : Permainan LamanObjek Warisan : GasingPermainan gasing popular di seluruh Malaysia. Permainan gasing terdapat di negara ini. Sejak zaman berzaman, dimainkan sebagai mengisi masa lapang, terutama di kalangan masyarakat agraria sementara menanti musim panas. Kemudian menjadi acara pertandingan di antara kumpulan, kampung, mukim atau daerah.

Jenis : Permainan LamanObjek Warisan : Wau Tradisi MalaysiaTeraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, ia dikenali juga sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai Barat Semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Seawal kurun ke-15, wau telah dimainkan oleh orang Melayu sebagaimana tercatat dalamSejarah Melayutentang anak raja dan penduduk Melaka bermain layang-layang.