permainan tradisional

23
ISI KANDUNGAN PENGENALAN 1 SEJARAH PERMAINAN TUJUAN PERMAINAN 2 JENIS-JENIS PERMAINAN “TENG-TENG” (KETINTING) 3 Ketinting Kapal Terbang Ketinting Buku 4 PEMAIN PERALATAN PERMAINAN 5 CARA BERMAIN 6 PERATURAN PERMAINAN 7 KEPENTINGAN PERMAINAN “TENG TENG” DARI ASPEK FIZIKAL, EMOSI, INTELEK DAN SOSIAL 8 Perkembangan Fizikal Aspek Perkembangan Fizikal (Jasmani) 9 Perkembangan Sosio Emosi Aspek Perkembangan Pendidikan Kerohanian dan Moral (Emosi) 10 Perkembangan Kognitif 0

Upload: anonymous-2tqnhi4yaj

Post on 05-Feb-2016

1.652 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

permainan tradisonal

TRANSCRIPT

Page 1: PERMAINAN TRADISIONAL

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 1

SEJARAH PERMAINAN

TUJUAN PERMAINAN 2

JENIS-JENIS PERMAINAN “TENG-TENG” (KETINTING) 3

Ketinting Kapal Terbang

Ketinting Buku 4

PEMAIN

PERALATAN PERMAINAN 5

CARA BERMAIN 6

PERATURAN PERMAINAN 7

KEPENTINGAN PERMAINAN “TENG TENG” DARI ASPEK FIZIKAL,

EMOSI, INTELEK DAN SOSIAL 8

Perkembangan Fizikal

Aspek Perkembangan Fizikal (Jasmani) 9

Perkembangan Sosio Emosi

Aspek Perkembangan Pendidikan Kerohanian dan Moral (Emosi) 10

Perkembangan Kognitif

Aspek Perkembangan Kognitif (Intelek) 12

Perkembangan Komunikasi Dan Bahasa Aspek Perkembangan Sosial

KESIMPULAN 14

RUJUKAN 15

0

Page 2: PERMAINAN TRADISIONAL

PENGENALAN

Permainan ketingting yang juga dikenali sebagai permainan ‘tengteng’ dan ‘ciak tingting’

merupakan salah satu warisan kebudayaan Melayu yang masih popular hingga ke hari ini.

Walaupun pengaruh permainan moden seperti ‘video game’ dan ‘monopoli’ memberi ancaman

kuat kepada permainan tradisional, permainan ketingting masih menjadi aktiviti kanak- kanak.

Ketingting merupakan sebuah permainan kanak-kanak yang bukan sahaja memberi

hiburan, malah bermanfaat terhadap rohani dan jasmani seseorang pemain. Permainan ini yang

dimainkan oleh kanak-kanak di seluruh dunia dengan istilah yang berbeza merupakan asas

kepada acara lompat jauh yang bertaraf sukan antarabangsa. Skil melompat dalam permainan

ketingting yang memberikan pengalaman dan latihan asas kepada pemain untuk menceburi

sukan yang lebih tinggi kemahirannya.

Permainan ketingting yang tidak lenyap akibat arus pemodenan ini telah diamalkan

khususnya oleh masyarakat luar bandar yang masih memelihara warisan nenek moyang mereka.

Di samping itu informasi mengenai ketingting boleh didapati di internet dan buku-buku rujukan

permainan tradisional. Melalui sumber-sumber tersebut masyarakat di serata dunia dapat

mengetahui dan memahami ciri-ciri permainan ketingting dan sekaligus mengenali warisan

kebudayaan masyarakat Melayu.

1

Page 3: PERMAINAN TRADISIONAL

SEJARAH PERMAINAN

Mengikut kajian Sejarah, permainan ting-ting bermula semasa Empayar Rom. Luas

petak ting-ting pada ketika itu dikatakan berukuran lebih daripada 100 kaki! Ting-ting

diperkenalkan di kalangan askar-askar Rom sebagai latihan ketenteraan yang mengasah kekuatan

fizikal dan daya tahan mereka.Semasa latihan diadakan, askar-askar akan berlari sambil memikul

guni-guni berat dan dipercayai kaedah tersebut dapat meningkatkan ketangkasan dan daya tahan

kaki mereka. Dengan berbekalkan latihan ini askar-askar tersebut mampu bertahan lebih lama di

medan peperangan.

Apabila kanak-kanak Rom melihat latihan tersebut , mereka mula meniru latihan

pahlawan-pahlawan mereka dengan mencipta dan mengubahsuai permainan ting-ting. Struktur

latihan pahlawan tersebut berubah wajah menjadi sejenis permainan yang menarik di kalangan

kanak.kanak. Mereka mengubahsuai dengan mengurangkan jumlah keluasan petak dan

memudahkan permainan dengan system pemarkahan mereka sendiri. Permainan ting-ting ini

berbeza di kebanyakan negara dari segi jumlah dan saiz petak, cara bermain dan alat-alat yang

digunakan. Tetapi, dua ciri asas permainan ini yang universal ialah ‘petak segi empat’ dan skil

‘melompat’. Walaupun pelbagai teori dan sumber mengatakan bahawa ting-ting berasal dari

tempat-tempat yang berbeza namun masyarakat di setiap negara menganggap permainan tersebut

sebagai warisan tradisi nenek moyang mereka.

TUJUAN PERMAINAN

Permainan ini bertujuan menguji kecekapan pemain mengagak jarak dengan

menggunakan kaki sambil mengimbang badan. Permainan ini lebih digemari oleh kanak-kanak

perempuan.

2

Page 4: PERMAINAN TRADISIONAL

JENIS-JENIS PERMAINAN “TENG-TENG” (KETINTING)

1) Ketinting Kapal Terbang

Kanak-kanak perempuan menggemari permainan individu ini.

Membuat gelanggang permainan dengan cara menggoreskan di atas permukaan tanah.

Selain gelanggang, setiap pemain mestilah memiliki 'gundu' masing-masing.

Melakukan penentuan giliran.

Pemain pertama memulakan ting-ting.

Selesai melakukan pusingan pertama, lalu mencampak gundunya di petak kedua.

Giliran setiap pemain bertukar-ganti apabila pemain utama berstatus 'mati'.

Pemain yang berjaya memiliki rumah paling banyak dianggap sebagai pemenang

3

Page 5: PERMAINAN TRADISIONAL

2) Ketinting Buku

Permainan ini merupakan kegemaran kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak

lelaki.

Selain aturan permainan, gelanggang bagi ketinting ini juga berbeza daripada ketinting

kapal terbang.

Melakukan penentuan giliran menggunakan kaedah 'lai lai li tam plong' dan seterusnya

'wan tu som'.

Kesemua pemain meletakkan gundu masing-masing di petak pertama.

Pemain pertama memulakan permainan. Gundunya dikutip ketika berada selari dengan

kedudukannya.

Sebelum membina rumah, pemain perlu melakukan imbangan gundu terlebih dahulu.

Semasa mencampak gundu untuk membina rumah, pemain mestilah membelakangi

gelanggang permainan.

Setiap pemain berusaha untuk memiliki rumah sebanyak mungkin.

4

Page 6: PERMAINAN TRADISIONAL

PEMAIN

Tingting dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga

empat orang setiap gelanggang. Sekiranya melebihi empat orang pemain dalam satu gelanggang,

akan menyebabkan setiap pemain terpaksa menunggu lama sebelum sampai ke gilirannya.

PERALATAN PERMAINAN

Salah satu keistimewaan ting-ting ialah, permainan ini tidak membebankan kanak-kanak

atau ibu bapa untuk membeli peralatan seperti permainan-permainan moden. Ini adalah kerana

peralatannya yang terdiri daripada barang-barang yang boleh dikitar semula senang diperolehi

dan selamat digunakan.

Peralatan-peralatannya ialah seperti;

a) kapur putih / berwarna atau crayon

o digunakan untuk melukis petak-petak di atas tanah

b) GUNDU

Gundu ialah objek berbentuk leper digunakan sebagai tanda bagi para pemain untuk

menggerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang. Gundu diperbuat daripada

pecahan pinggan, kepingan bersi atau batu yang leper.

5

Page 7: PERMAINAN TRADISIONAL

CARA BERMAIN

Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana

harus memulakan permainan terlebih dahulu. “Lai lai li tam plong” adalah kaedah bagi

menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak

pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi

pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Jika gundu

tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran.

Pemain lain mengambil giliran pula.

Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di

petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan

permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke

petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak,

seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih

permainan.

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan

keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak

keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah

kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama

dan terus ke garisan penamat.

Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya,

samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain

seterusnya mengambil alih permainan.

6

Page 8: PERMAINAN TRADISIONAL

PERATURAN PERMAINAN

Peraturan dan syarat di dalam permainan ting-ting melancarkan proses permainan dan juga

mendisiplinkan para pemain. Pemain yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan denda

ataupun hilang satu pusingan. Bagi kesalahan-kesalahan yang lebih besar, pemain akan dibuang

dari permainan.

Berikut adalah peraturan-peraturan umum permainan ting-ting;

 

I ‘Batu’ pemain-pemain tidak boleh sama kerana boleh mengelirukan para pemain untuk

membezakannya.

ii. Semasa bermain, ‘batu’ tidak boleh jatuh di luar petak , di atas garisan mana-mana petak

dan di petak ‘rumah’ pemain lain.

iii. Tangan dan kaki pemain tidak boleh terpijak garisan petak semasa melompat ataupun

ketika mengambil semula ‘batu’ mereka.

iv. Seseorang pemain diberikan 3 peluang sahaja apabila membuat pemilihan ‘rumah’.

Semasa pemilihan ‘rumah’ sekiranya ‘batu’ jatuh di atas garisan ataupun ‘rumah’ pemain lain,

pemain dianggap ‘mati’ dan akan memulakan semula permainan dari awal.

v. Pemain boleh melompat di ‘rumah’nya tetapi tidak di ‘rumah’ pemain-pemain lain dan

tidak boleh lupa memijak mana-mana petak kecuali ‘rumah’ pemain lain.

Pemain yang tidak mematuhi mana-mana peraturan di atas akan hilang satu pusingan. Permainan

akan tamat setelah semua petak dimiliki oleh para pemain. Pemain yang memiliki ‘rumah’ yang

paling banyak akan dianggap pemenang.

7

Page 9: PERMAINAN TRADISIONAL

KEPENTINGAN PERMAINAN “TENG TENG” DARI ASPEK FIZIKAL, EMOSI,

INTELEK DAN SOSIAL

Sememangnya terdapat banyak jenis permainan sukan rakyat di

negara kita, Malaysia. Antaranya ialah permainan teng-teng, permainan

congkak, permainan batu seremban, permainan gasing, wau dan

sebagainya. Permainan ini bukan sahaja sekadar permainan biasa malah, ia

juga mempunyai kepentingan yang tersendiri kepada sesiapa yang

melibatkan diri dalam sukan rakyat ini.

Selain itu, terdapat banyak faedah yang diperolehi melalui permainan

sukan rakyat di Malaysia. Faedah-faedah yang diperolehi ini merangkumi

beberapa aspek perkembangan iaitu pertama ialah perkembangan dari segi

fizikal, kedua ialah perkembangan dari segi pendidikan kerohanian dan

moral (emosi), ketiga ialah perkembangan dari segi kognitif (intelek), dan

keempat ialah perkembangan dari segi sosial.

Perkembangan Fizikal

Melalui permainan fizikal yang aktif kanak-kanak dapat bersenam dan membina otot. Ia

juga adalah saluran mengeluarkan tenaga yang berlebihan yang mana apabila disimpan ia

menyebabkan kanak-kanak tegang, gementar, meragam dan terlalu aktif. Permainan fizikal dapat

meningkatkan kemahiran koordinasi badan, menggalakkan kematangan motor halus dan kasar

serta mempelajari konsep ruang.

Terdapat banyak kepentingan bermain dalam perkembangan fizikal antara ialah dapat

menggerakkan psikomotor murid-murid iaitu motor kasar, motor halus, koordinasi mata-tangan,

pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Kemahiran fizikal yang berkenaan termasuk berlari,

melompat, menendang, memanjat, mengimbang, menyambut bola dan membaling bola.

Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan

kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka.

Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian- bahagian

anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran

yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam

8

Page 10: PERMAINAN TRADISIONAL

masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk

berjaya dalam segala bidang amat diperlukan. Menerusi aspek ini, murid dapat menggunakan

otot-otot halus untuk menggerakkan sesuatu. Menerusi bermain juga, ianya dapat meningkatkan

kemahiran fizikal kanak-kanak seperti berlari, melompat, memanjat dan sebagainya.

Aspek Perkembangan Fizikal (Jasmani)

Permainan sukan rakyat iaitu permainan teng-teng ini dapat mengembangkan

perkembangan dari aspek fizikal ataupun lebih dikenali sebagai aspek perkembangan jasmani.

Permainan teng-teng ini dapat mengembangkan kemahiran mengimbang badan dengan berdiri

menggunakan sebelah kaki tanpa bantuan. Ia juga memerlukan pemain bergerak melompat dari

petak ke petak serta mencampak atau membaling buah.

Perkembangan Sosio Emosi

Dalam kehidupan dan perkembangan emosi kanak-kanak, bermain adalah pencetus

kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran emosi kanak-kanak. Sebagai contoh kanak-

kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi dan beremosi, sebagai penyumbang dalam

kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998)

menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk

menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri.

Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan

kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi,

belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa. Terdapat banyak lagi kepentingan

main contohnya dalam perkembangan bahasa. Apapun jika bermain setakat untuk digunakan

sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam

proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Kami sebagai guru kelak harus memainkan

peranan yang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh

menghasilkan pembelajaran optima kepada kanak-kanak.

Kepentingan bermain dalam aspek emosi juga berupaya untuk membina kemahiran

kendiri yang positif dalam kalangan kanak-kanak. Jika permainan diterapkan dengan cara yang

bijak, ia akan dapat melahirkan individu yang baik pada masa akan datang. Sebagai contoh,

9

Page 11: PERMAINAN TRADISIONAL

murid yang boleh berkomunikasi ketika bermaina sedikit sebanyak dapat mempengaruhi cara

mereka bersosial apabila dewasa kelak dengan bijak dan bagus dalam memberi arahan dan

mengeluarkan idea atau pendapat ketika dewasa kelak. Jika kita lihat kepentingan bermain secara

ringkas, kita dapat lihat bahawa murid atau kanak- kanak dapat belajar konsep meningkatkan

keupayaan kognitif, memupuk pemikiran yang inovatif, kritis, dan kreatif, memenuhi perasaan

ingin tahu melalui penerokaan, membantu dalam menyelesaikan masalah, membina kemahiran

sosial dan banyak lagi kepentingan-kepentingan yang dapat diserapkan melalui aktiviti

permainan.

Bermain membolehkan kanak-kanak melepaskan ketegangan yang disebakan oleh

halangan daripada persekitaran terhadap tingkah laku mereka. Dengan bermain bersama kanak-

kanak lain, kanak-kanak belajar bagaimana mengadakan perhubungan sosial dan bagaimana

menyelesaikan masalah sosial yang berlaku. Mereka juga belajar menjadi pemimpin dan

pengikut di samping belajar bertoleransi dan bekerjasama.

Aspek Perkembangan Pendidikan Kerohanian dan Moral (Emosi)

Selain itu, permainan teng-teng ini juga dapat mengembangkan perkembangan diri

seseorang individu itu iaitu dari aspek pendidikan kerohanian dan moral ataupun lebih difahami

oleh semua orang dengan menggunakan istilah emosi. Dengan melibatkan diri dalam permainan

ini, para pemain hendaklah mempunyai sikap sabar di dalam diri masing-masing. Hal ini

demikian kerana para pemain perlu bersabar apabila menunggu giliran mereka dan memahami

peraturan permainan semasa permainan berlangsung.

Permainan sukan rakyat ini juga dapat memenuhi masa lapang para pemain khususnya

kanak-kanak dengan baik. Dengan ini, mereka dapat mengelakkan diri mereka daripada

melakukan aktiviti yang tidak bermoral tetapi sebaliknya, kanak-kanak ini dapat belajar

mengenai pengurusan masa yang teratur.

Perkembangan Kognitif

Perkembangan kognitif merupakan satu aspek yang penting dalam perkembangan

individu.Mendengar,membaca,berbincang dan bertutur amat membantu dalam perkembangan

10

Page 12: PERMAINAN TRADISIONAL

kognitif.Melalui bermain,melakonkan semula apa yang dibaca atau cerita yang didengar akan

mempercepat penguasaan bahasa dan kognitif secara amnya.Terdapat banyak kepentingan

bermain dalam kanak-kanak antaranya melalui aspek perkembangan kognitif,murid dapat

mengetahui tahap keupayaan, kesediaan dan kecerdasan untuk belajar.

Melalui bermain,murid dapat berusaha untuk menjayakan permainan tersebut dan

meningkatkan daya keintelektualan murid- murid.Menerusi bermain juga murid dapat berfikir

sejauh manakah tahap murid dalam memastikan sesuatu permainan tersebut berjalan dengan

lancar dan berkesan.Melalui bermain,perkembangan minda kanak-kanak akan berkembang dan

mencapai satu potensi di mana kanak-kanak dapat mengaplikasikannya dalam sesebuah atau

sesuatu aktiviti permainan.Menerusi perkembangan kognitif,murid dapat mengetahui pelbagai

kemahiran yang ada pada dirinya.Ketika inilah murid akan berusaha untuk menonjolkan diri

seterusnya menarik perhatian orang di sekitarnya.Di samping itu,kepentingan bermain dalam

aspek perkembangan kognitif ialah membantu murid-murid berfikir dengan lebih kreatif dan

logik.

Menerusi permainan,murid dapat belajar mengenai syarat dan peraturan

permainan.Seterusnya hal ini akan membuatkan murid mengikuti segala peraturan untuk

mencapai kemenangan dalam sesuatu permainan.Hal ini bukan sahaja dapat menajamkan minda

kanak-kanak malah hal ini akan melahirkan suatu pemikiran baru kanak-kanak untuk

membentuk suatu permainan yang baharu.Melalui bermain,murid juga mendapat maklumat

tambahan serta mendedahkan murid-murid tentang cara menyelesaikan masalah.

Dalam aspek kognitif ini,penekanan kepada minda murid-murid ditekankan.Murid-murid

akan dapat berfikir bagaimana sesuatu permainan dapat menimbulkan keseronokan dan gurauan

sesama rakan.Aspek kognitif yang utama menerusi bermain ialah murid dapat mendengar dengan

teliti serta berbahasa dengan betul dan fasih.Melalui bermain,murid dapat memahami arahan

yang diberi seterusnya berbincang untuk melakukan sesuatu aktiviti bermain.

Bagi perkembangan kognitif, permainan Teng-teng ini dapat membantu dalam

perkembangan intelek seperti konsep memahami undang-undang permainan, konsep

pramatematik dan konsep pemerhatian. Selain itu juga, permainan ini juga mengajar kanak-

kanak berfikir dan menerapkan kemahiran merancang strategi semasa bermain.

11

Page 13: PERMAINAN TRADISIONAL

Bermain juga membantu mengembangkan daya kreatif kanak-kanak kerana ia memberi

peluang daya cipta tanpa had. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak gemar untuk melakukan dan

mencipta sesuatu yang baru.

Aspek Perkembangan Kognitif (Intelek)

Di samping itu, permainan ini cukup terkenal dengan keberkesanan dalam membantu

kanak-kanak mengenal simbol nombor dan turutan nombor menaik iaitu nombor satu hingga

tujuh. Permainan teng-teng ini juga membantu kanak-kanak memahami turutan nombor menurun

tujuh, enam, lima, empat, tiga, dua dan satu.

Apabila kanak-kanak melibatkan diri mereka dalam permainan rakyat ini, tahap

pemikiran mereka dapat berkembang dengan baik dan dapat menjadikan otak mereka lebih sihat

serta mereka akan mempunyai akal fikiran yang cerdas sekaligus mempunyai tubuh badan yang

cergas.

Malahan juga, mereka akan mudah dan senang untuk memahami dan menerima ilmu

pengetahuan yang mereka pelajari semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Perkembangan Komunikasi Dan Bahasa

Untuk bermain dengan jayannya kanak-kanak perlu berkomunikasi dengan orang lain

dalam cara yang dapat difahami, di samping memahami apa yang cuba disampaikan oleh orang

lain kepadanya. Komunikasi melibatkan aktiviti bertutur dan bersoal jawab. Komunikasi

membantu kanak-kanak membina ayat yang kompleks, menambah kosa kata, belajar memberi

arahan dan memahami peraturan.

Aspek Perkembangan Sosial

Menerusi perkembangan sosial, kepentingan bermain lebih menjurus kepada kanak-

kanak dapat belajar berinteraksi secara positif. Melalui bermain, murid dapat menyampaikan

sesuatu arahan dengan bertatasusila tanpa menyinggung perasaan orang lain. Selain dapat

menambah kenalan melalui diskusi yang positif, kanak- kanak juga dapat mengeratkan hubungan

12

Page 14: PERMAINAN TRADISIONAL

silaturahim sesama rakan sebaya. Melalui perkembangan sosial juga,murid berupaya untuk

belajar menghormati hak orang lain.Kanak-kanak juga akan mempelajari nilai menghargai alam

sekitar,memelihara persekitaran serta mengenal dan menghormati nilai budaya.

Menurut teori instinct(naluri),alam kanak-kanak merupakan tempoh persediaan diri untuk

ke alam dewasa. Pengalaman bermain memberikan latihan kearah kedewasaan.Pengalaman

bermain seperi main peranan dan main imaginatif dapat membantu kanak-kanak mencapai

kematangan.Melalui permainan imaginatif seperti main pondok-pondok dan doktor-

doktor,kanak-kanak belajar peranan sebagai orang dewasa. Menerusi bermain,murid dapat

menerima kekalahan sesuatu permainan dengan perasaan yang berusaha untuk bangkit semula

pada masa akan datang.

Melalui bermain dalam aspek sosial juga murid dapat menghargai alam sekitar sekeliling.

Ketika ini,tahap berfikir murid murid mencapai aras yang tinggi. Menerusi bermain murid dapat

mengetahui betapa pentingnya alam sekitar kepada kehidupan manusia. Selain itu,kepentingan

bermain dalam aspek perkembangan sosial juga murid berupaya untuk menghormati nilai budaya

serta menghargai nilai estetika dalam sesuatu aktiviti bermain.

Dari segi sosial pula, para pemain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara

mereka. Apabila mereka bermain, secara tidak langsung mereka dapat mengenali antara satu

sama lain dan dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan sepanjang permainan dijalankan

sekaligus mereka dapat berkomunikasi dan berinteraksi di antara mereka dengan baik.

Tambahan pula, permainan sukan rakyat ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam

kalangan pemain. Ini dapat dibuktikan apabila mereka menunggu giliran untuk meneruskan

permainan. Oleh itu, kanak-kanak lain yang tidak bermain dapat memberikan sokongan dan

semangat kepada rakan-rakan mereka yang sedang bermain.

13

Page 15: PERMAINAN TRADISIONAL

KESIMPULAN

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang

dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan

tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Di samping itu,

melalui permainan tradisional juga boleh, masyarakat dapat menyemai nilai-nilai murni serta

dapat melatih jati diri mereka . Contohnya permainan teng – teng.

Dalam permainan teng-teng, setiap pemain perlu mengimbangi badan mereka semasa

melompat menggunakan sebelah kaki. Ini bukan sahaja memerlukan ketahanan yang kuat malah

memerlukan kesabaran yang tinggi. Tanpa kesabaran yang tinggi dan bertindak dengan terburu-

buru mungkin para pemain akan cepat hilang giliran atau mati. Ini sekali gus dapat menyemai

sifat sabar dalam diri masyarakat. Selain itu, setiap permainan yang dimainkan juga akan dapat

mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat. Inilah antara nilai-nilai yang perlu

dipupuk dalam kalangan masyarakat terutama pada zaman globalisasi ini.

Akhir sekali, permainan tradisional ini perlu dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Hal ini

kerana, permainan tradisional adalah satu warisan yang diturunkan oleh nenek moyang kita

terdahulu dan asset penting dalam kehidupan kita.

14

Page 16: PERMAINAN TRADISIONAL

RUJUKAN

http://www.slideshare.net/AiQay/permainan-tradisional-teng-teng

http://cabaranmasadepan5s2.blogspot.com/2012/03/permainan-tradisional.html

http://4mambang.blogspot.com/2007/12/teng-teng.html

https://nurathirahhamdan92.wordpress.com/2013/03/20/asal-usul-permainan-keting-ting/

https://bb2008chijsjc.wordpress.com/teng-teng/

http://paichorwan-tradisional.blogspot.com/2010/08/teng-teng-ketingting.html

15