permainan tradisional
DESCRIPTION
Permainan TradisionalTRANSCRIPT
Pengenalan
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap
daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik
kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-
masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, dimana ikatan
itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran
resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan seperti
congkak, batu seremban, sepak bulu ayam dan sebagainya.
Sepak bulu ayam adalah salah satu permainan orang Melayu yang berasal dari negeri
Kedah. Sepak bulu ayam merupakan sejenis permainan menyepak bola bulu ayam yang dibuat
sendiri. Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain mengawal dan
menimbang bola bulu ayam seberapa lama yang mungkin supaya bola itu tidak jatuh ke tanah.
Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki yang berumur lingkungan umur sepuluh
hingga tujuh belas tahun. Jumlah pemain bagi permainan ini adalah dua orang dan lebih dan
dimainkan dikawasan yang lapang. Alatan bagi permainan ini ialah bulu ayam buatan sendiri.
Bulu ayam ini dibuat dengan menggunakan empat helai bulu ayam yang lembut yang diikat di
tengah kertas tebal atau pada kepingan getah.
Gambar 1 : Contoh bola bulu ayam
Penutup
Konklusinya, permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada
kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang
menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup
nenek moyang kita. Semua etnik di negara kita tidak sewajarnya membiarkan khazanah
budaya mereka termasuk permainan tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan
tersebut ialah khazanah dunia yang tidak ternilai harganya. Walaupun Malaysia sedang
mengorak langkah serta bersedia melakukan pecutan akhir ke arah negara maju pada tahun
2020, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usul
dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap semua
pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini
hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi
mendatang. Suka ditegaskan di sini bahawa setiap anak watan Malaysia perlu perlu mencari
pendekatan yang pragmatik bagi meninggikan martabat permainan tradisional di negara kita.
Langkah-langkah yang berkesan untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut
diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi mengangkat status permainan tradisional di nusa
tercinta ini.