permainan tradisional

13
PERMAINAN TRADISIONAL KAUM BAJAU “ SEPAK MANGGIS” Disediakan oleh: AHMAD FIKRI BIN CHE MOHD NOR MUHAMMAD HAFIZ BIN HASSAN MUHAMMAD FAIZUDDIN BIN OTHMAN KHAIRIAH BINTI AMIR MIMIE-NORSHIDA BINTI IBRAHIM NUR NADIA BINTI ABDUL GAFFOR RIZA NAZIRA BINTI MOHD SABRI (PISMP KS/PJ/BM SEM 5 2011)

Upload: nur-nadia

Post on 30-Jun-2015

862 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERMAINAN TRADISIONAL

PERMAINAN TRADISIONALKAUM BAJAU

“ SEPAK MANGGIS”

Disediakan oleh:

AHMAD FIKRI BIN CHE MOHD NORMUHAMMAD HAFIZ BIN HASSAN

MUHAMMAD FAIZUDDIN BIN OTHMANKHAIRIAH BINTI AMIR

MIMIE-NORSHIDA BINTI IBRAHIMNUR NADIA BINTI ABDUL GAFFORRIZA NAZIRA BINTI MOHD SABRI

(PISMP KS/PJ/BM SEM 5 2011)

Page 2: PERMAINAN TRADISIONAL

1.0 LATAR BELAKANG

Page 3: PERMAINAN TRADISIONAL

• Sepak Manggis adalah satu sukan tradisi yang diadakan semasa pesta karamaian, seperti majlis perkahwinan.

Page 4: PERMAINAN TRADISIONAL

2.0 ASAS PERMAINAN

Page 5: PERMAINAN TRADISIONAL

• Permainan ini melibatkan satu tiang yang diperbuat daripada bambu. Bambu itu dipacakkan di atas tangga dengan ketinggian lebih kurang 25 kaki.

• Di atas bambu tersebut, diperbuat satu pacak yang menggantung satu kotak yang dihiasi dengan kain/kertas berwarna warni

Page 6: PERMAINAN TRADISIONAL

• Di dalam kotak itu, dimasukkan hadiah menarik, yang biasanya berupa wang ringgit. Permainan ini dimainkan dengan seorang menendang bola "sepak takraw" yang diperbuat daripada rotan dengan menendang cara bermain sepak takraw.

• Bezanya ialah bola itu akan ditendang ke atas, dan sasarannya ialah kota berwarna-warni yang mengandungi wang hadiah di atas.

Page 7: PERMAINAN TRADISIONAL

• Sebelum dimainkan permainan ini, mempelai lelaki dan perempuan akan merasmikannya dengan berjalan mengelilingi tiang bambu itu, bersama-sama dengan pengapit-pengapit mereka sebanyak tujuh (7) kali.

• pengantin lelaki itu sendiri akan menendang bola takraw itu, yang dibalingkan oleh pasangan/isterinya. Percubaan boleh dibuat sebanyak tujuh (7) kali. Ini sekaligus dapat menarik perhatian orang ramai dan menandakan bahawa permainan sepak manggis ini telah bermula.

Page 8: PERMAINAN TRADISIONAL

3.0 PERATURAN PERMAINAN

Page 9: PERMAINAN TRADISIONAL

• Peraturannya ialah agak terbuka. Sesiapa sahaja boleh menyertainya walaupun kaum wanita agak keberatan untuk menyepak bola tersebut.

• adat istiadat mahukan supaya kanak-kanak yang kecil memulakan, dan kemudiannya diikuti oleh remaja, dan akhirnya orang dewasa

• Sesiapa yang menendang bola itu dan berjaya mengenakan sasaran kota berwarna-warni, maka dialah yang akan mendapat hadiah tersebut

Page 10: PERMAINAN TRADISIONAL

4.0 GANJARAN

Page 11: PERMAINAN TRADISIONAL

• Hadiahnya agak lumayan dan biasanya hadiah itu disediakan oleh pengantin lelaki. Adalah dipercayai pada Majlis Perkahwinan di Tempasuk 1 itu, hadiahnya berupa wang tunai sebanyak RM1,000.00.

Page 12: PERMAINAN TRADISIONAL

5.0 KESIMPULAN

• Sukan ini adalah sangat menarik dan mempunyai unsur-unsur budaya yang simbolik. Ianya harus diteruskan, dipromosi dan diwarisi oleh generasi muda, baik masyarakat Kadazandusun mahupun masyarakat Bajau.

Page 13: PERMAINAN TRADISIONAL

TAMAT