permainan tradisional

24
PERMAINAN TRADISIONAL Permainan tradisional pada umumnya adalah merupakan permainan yang dicipta oleh masyarakat tradisional pada zaman dahulu iaitu merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainan tradisional ini menjadi kebanggaan masyarakat dan seterusnya diwarisi dari satu generasi kepada generasi berikutnya. Permainan tradisional ini tidak terbatas usia pemainnya ia juga turut dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa. Permainan tradisional kebanyakannya dimainkan secara berkumpulan. Ini disebabkan sifat masyarakat dahulu yang suka hidup berkelompok dan juga senantiasa mengamalkan semangat berkumpulan dalam masyarakatnya. Ada juga permainan tradisional ini yang boleh dimainkan secara perseorangan. Masyarakat tradisional pada pada zaman dahulu menjalankan aktiviti permainan ini sebagai suatu pengisian pada masa lapang, pada perayaan-perayaan atau majlis-majlis tertentu atau selepas tamat sesuatu musim, misalnya musim menuai padi. Umumnya juga masyarakat tradisional menjalankan permainan ini pada zaman dahulu adalah untuk hiburan, peraduan tenaga dan sebagai perlambangan adat resam suku kaum yang diwakili oleh masyarakat tertentu pada ketika itu. Permainan- permainan tradisional ini bukan sahaja dapat membangkitkan semangat kerjasama dan berkumpulan di kalangan masyarakat, malah ia sudah menjadi sebagai salah satu hiburan utama di kampung-kampung dahulu. Tambahan pula, terdapat juga permainan-permainan tradisional yang memerlukan pemain-pemainnya menggunakan strategi-strategi yang bijak untuk memenangi permainan itu! Namun pada zaman teknologi ini, permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh golongan generasi muda kerana mereka lebih cenderung dengan aktiviti sukan lasak yang dianggap lebih mencabar kerana memerlukan daya saing serta daya tahan yang tinggi selain daripada ketertarikan mereka terhadap fenomena sukan yang digarapkan oleh dunia antarabangsa. Pertembungan generasi muda dengan permainan moden yang canggih seperti permainan komputer juga merupakan ancaman kepada permainan tradisional dimana melahirkan tanggapan bahawa permainan tradisional sudah ketinggalan arus zaman. Perkara ini menyebabkan

Upload: kuntau-guntau

Post on 13-Dec-2014

638 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

Permainan tradisional pada umumnya adalah merupakan permainan yang dicipta oleh masyarakat tradisional pada zaman dahulu iaitu merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainan tradisional ini menjadi kebanggaan masyarakat dan seterusnya diwarisi dari satu generasi kepada generasi berikutnya. Permainan tradisional ini tidak terbatas usia pemainnya ia juga turut dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa. Permainan tradisional kebanyakannya dimainkan secara berkumpulan. Ini disebabkan sifat masyarakat dahulu yang suka hidup berkelompok dan juga senantiasa mengamalkan semangat berkumpulan dalam masyarakatnya. Ada juga permainan tradisional ini yang boleh dimainkan secara perseorangan.

TRANSCRIPT

Page 1: PERMAINAN TRADISIONAL

PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan tradisional pada umumnya adalah merupakan permainan yang

dicipta oleh masyarakat tradisional pada zaman dahulu iaitu merujuk

kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu

masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainan tradisional

ini menjadi kebanggaan masyarakat dan seterusnya diwarisi dari satu

generasi kepada generasi berikutnya.

Permainan tradisional ini tidak terbatas usia pemainnya ia juga turut

dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa.

Permainan tradisional kebanyakannya dimainkan secara berkumpulan. Ini

disebabkan sifat masyarakat dahulu yang suka hidup berkelompok dan

juga senantiasa mengamalkan semangat berkumpulan dalam

masyarakatnya. Ada juga permainan tradisional ini yang boleh dimainkan

secara perseorangan.

Masyarakat tradisional pada pada zaman dahulu menjalankan

aktiviti permainan ini sebagai suatu pengisian pada masa lapang, pada

perayaan-perayaan atau majlis-majlis tertentu atau selepas tamat sesuatu

musim, misalnya musim menuai padi. Umumnya juga masyarakat

tradisional menjalankan permainan ini pada zaman dahulu adalah untuk

hiburan, peraduan tenaga dan sebagai perlambangan adat resam suku

kaum yang diwakili oleh masyarakat tertentu pada ketika itu. Permainan-

permainan tradisional ini bukan sahaja dapat membangkitkan semangat

kerjasama dan berkumpulan di kalangan masyarakat, malah ia sudah

menjadi sebagai salah satu hiburan utama di kampung-kampung dahulu.

Tambahan pula, terdapat juga permainan-permainan tradisional yang

memerlukan pemain-pemainnya menggunakan strategi-strategi yang

bijak untuk memenangi permainan itu!

Namun pada zaman teknologi ini, permainan tradisional semakin

dipinggirkan oleh golongan generasi muda kerana mereka lebih

cenderung dengan aktiviti sukan lasak yang dianggap lebih mencabar

kerana memerlukan daya saing serta daya tahan yang tinggi selain

Page 2: PERMAINAN TRADISIONAL

daripada ketertarikan mereka terhadap fenomena sukan yang digarapkan

oleh dunia antarabangsa.

Pertembungan generasi muda dengan permainan moden yang

canggih seperti permainan komputer juga merupakan ancaman kepada

permainan tradisional dimana melahirkan tanggapan bahawa permainan

tradisional sudah ketinggalan arus zaman. Perkara ini menyebabkan

generasi muda tidak lagi berminat dan kian melupakan cara atau kaedah

sesuatu permainan tradisional dimainkan.

Sebagai rakyat Malaysia kita haruslah bersama-sama

bertanggungjawab dan berganding bahu untuk mempopularkan kembali

permainan tradisional ini agar terus popular seperti kata peribahasa tak

lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

PERMAINAN TRADISIONAL DALAM MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA

Semua kaum mempunyai jenis permainan tradisional mereka

masing-masing. Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai

pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan

atau suku kaum. Kebudayaan ini telah dipersatukan menjadi satu

kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan atau suku kaum

mempunyai adat resam tersendiri sehingga membentuk kebudayaan

masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan

kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat

dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang

demikian maka banyak permainan tradisional yang diperkenal dan

pertandingkan.

TEROMPAH GERGASI

Page 3: PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan ini tergolong dalam permainan tradisional yang dimainkan oleh

masyarakat setempat di Negeri Sabah semasa perayaan – perayaan atau

pesta. Aktiviti permainan ini pada zaman dahulu sering dipermainkan oleh

kalangan kanak-kanak sebagai mengisi masa terluang dan hiburan

mereka ketika ibu-bapa bekerja di ladang. Alatan yang biasa digunakan

oleh kanak-kanak pada zaman dahulu ialah batang dahan kelapa kering

atau belahan bambu sebagai selipar

gergasi yang diikatkan tali sebagai

penyangkut tapak kaki. Penggunaan

alatan zaman dahulu kini ditukar

dengan menggunakan papan

berukuran tiga (3) meter yang

mempunyai empat atau lima

penyangkut kaki. Permainan ini dilakukan secara berkumpulan 4 orang

atau hingga 5 orang dalam satu pasukan.

Permainan ini dilakukan dengan cara setiap gerakan kaki peserta

mestilah sama semasa berjalan. Pada asasnya gerakan setara mesti

dibuat oleh peserta dengan rentak

dan laju yang sama semasa

berjalan. Jika seseorang peserta

tidak mengikut rentak maka

pasukan tersebut akan tersekat

perjalanannya dan akan terjatuh.

Dari segi moral, sukan ini

menggambarkan bahawa sesuatu perjalanan yang jauh atau masalah

tidak dapat di capai atau di selesaikan tanpa koordinasi dan sokongan

dari semua ahli. Sukan ini memerlukan kawasan yang luas.

RAMPANAU

( BERJALAN MENGGUNAKAN CANGKUNGAN )

Permainan Rampanau atau pun berjalan menggunakan cangkungan

adalah sejenis permainan tradisional yang sering dijalankan oleh kanak-

kanak di zaman dahulu sebagai permainan santai bagi mengisi masa

Page 4: PERMAINAN TRADISIONAL

terluang mereka bersama rakan-rakan sepermainan sementara ibu bapa

mereka sibuk di ladang. Permainan ini terbatas kepada permainan

individu atau berombongan sahaja maksudnya permainan ini hanya dapat

dimainkan secara individu bagi sepasang rampanau tersebut atau

beberapa orang secara berombongan dengan rampanau milik masing-

masing.

Rampanau ini diperbuat daripada dahan sagu (kumba), kayu keras dan

dua (2) batang bambu. Bambu berkenaan berukuran kira - kira 3 hingga

10 kaki. Dahan sagu dan kayu keras digunakan sebagai tempat

meletakkan kaki semasa aktiviti dalam lubang yang ditebuk pada bambu

yang berukuran kira – kira 8cm dan 5cm. Di sesetengah tempat pula

hanya menggunakan sebatang dahan bambu tersebut sebagai anjal kaki

atau tempat untuk berpijak. Bagi kanak-kanak biasanya akan merasa

bangga bila dapat bermain rampanau, karena selain dapat melakukan

keseimbangan badan, dia juga akan merasa lebih tinggi dengan berpijak

di atas pijakan rampanau tersebut.

Pada awal zamannya, permainan rampanau biasanya digunakan oleh

kanak-kanak zaman dahulu untuk bermain . Namun tidak lama kemudian

permainan ini telah dipekembangkan dan telah mulai sering

dipertandingkan, biasanya selepas kerja – kerja menjual padi dijalankan

atau semasa sambutan sesuatu keramaian, majlis atau pesta.

Permainan tradisional ini dimainkan dengan cara dan peraturan yang

mudah. Pemain yang bermain rampanau perlu menginjakkan kakinya

pada alat pijakan yang tingginya sekitar 50 cm dari tanah. Kedua kaki

dipijakkan pada kedua pijakan dan mencuba berjalan menggunakan

rampanau tersebut. Dalam permainan ini, pemain haruslah dapat

menjaga keseimbangan badan. Jika gagal menjaga keseimbangan badan

akan sering terjatuh. Namun jika sudah terlatih, maka dia akan mahir

menggunakan permainan rampanau tersebut. Pemain yang terjatuh dari

rampanaunya boleh kembali meneruskan permainan dengan

rampanaunya.

Page 5: PERMAINAN TRADISIONAL

Pemain permainan ini akan dikira menang jika pemain itu berjaya lebih

dahulu menamatkan larian rampanaunya ke garisan penamat.

LARI DALAM GUNI

Sukan ini tergolong dalam sukan tradisi yang dimainkan oleh masyarakat

setempat di Negeri Sabah terutama semasa menyambut hari perayaan

seperti Hari Kaamataan dan Karnival sukan Rakyat.

Menurut cerita dahulu kala, sukan

ini wujud daripada idea

sekumpulan muda – mudi yang

sedang membantu keluarga

mereka berkerja semasa menuai

padi. Sementara menunggu padi

yang mereka jemur kering, muda –

mudi itu secara sengaja atau tidak sengaja telah mengambil beberapa

helai karung guni tersebut dan terus berlari berlumba – lumba sesama

mereka untuk menghilangkan rasa jemu atau hanya untuk bersukaria

sahaja. Tanpa mereka sedari perlakuan mereka itu mendapat perhatian

daripada keluarga dan saudara mara mereka yang mana turut serta

bermain dalam permainan tersebut. Semanjak daripada peristiwa

tersebut permainan ini telah mendapat tempat dikalangan masyarakat

setempat di Negeri Sabah. permainan ini telah dijadikan sukan tradisi

yang dimainkan turun menurun dari generasi sehingga kini.

Permainan ini dimainkan secara individu yang mana setiap individu

tersebut akan memasukkan kaki mereka dalam karung guni tersebut.

Seorang pelepas akan melepaskan mereka di tempat mula. Pemain pula

akan berlari dengan kaki dalam karung guni tersebut apabila dilepaskan

oleh pelepas. Pemain yang lebih dahulu sampai ke garis penamat akan

dikira sebagai pemenang ‘nombor satu’ bagi pemenang pertama, nombor

dua dan nombor tiga bagi pemenang berikutnya sementara pemain

nombor empat dan seterusnya dikira kalah.

Page 6: PERMAINAN TRADISIONAL

SEPAK RAGA

Permainan sepak raga mulai di

dipermainkan oleh kaum Melayu sejak

sekitar 600 tahun yang lalu. Dalam

lipatan sejarah Melayu menceritakan

tentang Raja Muhammad, putera

Sultan Mansor Shah Muhammad

tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Pada

zaman itu, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, permainan sepak

raga juga turut digemari oleh rakyat jelata. Pada masa sekarang sepak

raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Sepak takraw adalah

permainan sepak raga yang telah dimodenkan sesuai dengan keperluan

dunia sukan, malahan sukan sepak takraw ini telah dikenali di seluruh

dunia.

Bola sepak raga adalah diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang

dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola

kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu

dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke

arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau

bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya

supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan

tersebut ditamatkan.

Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk

satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain

melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan

menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum

menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk

lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu

Page 7: PERMAINAN TRADISIONAL

dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh,

permainan dalam pusingan tersebut

ditamatkan.

BATU SEREMBAN

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Di Sabah

permainan ini dikenali sebagai Main Batu. Sering dimainkan di waktu lapang. Permainan ini

dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya

dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Biasanya ia

menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain

berbentuk bulat. Bilangan objek yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini

dikenali sebagai buah. Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau

cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan

menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat

lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Cara bermain Batu Seremban:

1. Buah Satu: Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah

tidak menyentuhi satu sama lain. Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke

udara. Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip. Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas

lantai sudah dikutip,2. Buah Dua: 

Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu. Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama. Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

3. Buah Tiga: Buah tiga ada sedikit perbezaan. Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip. Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan

serentak.

Page 8: PERMAINAN TRADISIONAL

 4. Buah Empat: 

Buah ibu akan dilambungkan ke udara. Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat

biji buah yang berada di lantai dengan serentak. 

5. Buah Lima:  Buah lima akan dimainkan seperti buah empat. Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip

keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak. Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada

masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut. 

6. Buah Enam:  Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit

perbezaan. Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah

akan menjadi buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi

buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai. 

7. Buah Tujuh:  Buah tujuh adalah urutan

daripada buah enam. Dua biji buah yang ada di dalam

tangan harus dilambungkan dengan serentak.

Selepas itu, hanya satu biji buah  yang akan dikutip.

Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.

Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.

Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

CONGKAK

Permainan congkak ialah sejenis permainan tradisional Melayu.

Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Permainan tradisional ini selalunya digemari oleh kaum wanita dan kanak-

kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.

Page 9: PERMAINAN TRADISIONAL

Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan

buah congkak yang disebut “cakak”. Kadang-kadang sebagai ganti papan

congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara buah

congkak atau cakak pula menggunakan biji-biji guli kaca, buah getah, biji

saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Papan congkak mengandungi 14

lubang yang dipanggil “kampung”. Jumlah kampung yang biasa terdapat

pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-

kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak. Terdapat dua

lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil

“rumah”.

Cara-cara bermain Congkak

1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak

dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak.

2. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang

kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah

dan kampung lawan.

3. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan

dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan

dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati

di kampung sendiri.

4. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang

dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di

dalam kampung tersebut.

5. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga

buahnya mati.

6. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh

meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih

banyak di mana-mana kampung sendiri.

Page 10: PERMAINAN TRADISIONAL

7. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan,

maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh

memulakan permainan seterusnya hingga mati.

8. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula

kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak

cukup buah, ia dianggap terbakar.

9. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang

kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

GASING

Gasing adalah permainan yang boleh berputar pada bahagian bawahnya

ia dimainkan oleh orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Ia selalunya

dimain selepas musim menuai. Pemenang adalah yang paling lama

gasingnya berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian

atau kundang. Kayu itu dibentuk sehingga menjadi bentuk gasing. Talinya

selalunya 1 meter panjang.

Cara permainan dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Di

Malaysia permainannya berlainan antara satu daerah dengan daerah lain.

Walau bagaimanapun pemain harus mempunyai kemahiran memusing,

memangkah, membela uri gasing.

Jika mengikut cara yang betul ia akan

menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan

tetap. Langkah yang disusun akan menentukan

hasilnya, jika tidak betul, gasing itu jatuh,

mengiring, meleret atau borot.

Ada dua jenis pusingan iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap.

Pusingan tarik, gasing harus dipegang mengiring dan dihayun ke

belakang, harus juga tertumpuh kepada arah sasaran di hadapan. Bagi

pusingan sentap , ia mengahasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat.

Page 11: PERMAINAN TRADISIONAL

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing

pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri

dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan

kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi

buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.

Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm

dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan

gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang

melilit jambuhnya direnggut.

KONDA-KONDI

Merupakan salah satu permainan tradisional dikalangan masyarakat Melayu pada zaman

dahulu sebagai salah satu cara untuk menghibur dan bergembira setelah penat bekerja.

Konda-kondi adalah sejenis permainan memukul kayu kecil dengan kayu panjang. Kawasan

permainan ini ialah kawaasan yang terbuka dan lapang. Di beberapa tempat permainan ini

juga dikenali sebagai Perik Mata, ia dinamakan sedemikian kerana permainan ini

memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain bagi menguis kayu ke arah yang

selamat dan mengejar kayu yang dikuis tersebut untuk mematikan pihak lawan. Ia merupakan

permainan yang ringkas dan menyeronokkan. Permainan ini selain sebagai hiburan ia juga

bertujuan untuk menguji kepintaran pemain memukul kayu dan mengelak daripada disambut

oleh pemain lawan.

Peralatan yang diperlukan untuk permainan ini adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil

yang masing-masing berukuran 15cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini

berbentuk bulat dab berukuran 2cm garis pusat.

Kayu yang pendek di panggil “anak” dan kayu

yang panjang dipanggil “ibu”. Lubang sedalam

15cm juga dikurang bagi tujuan meletakkan kayu

panjang.

Cara bermain Konda-kondi

Menggunakan dua batang kayu iaitu, satu kayu pendek berukuran

½ kaki dan satu kayu panjang berukuran 1 kaki.

Page 12: PERMAINAN TRADISIONAL

Pemain dibahagikan kepada dua pasukan. Setiap pasukan sama

banyak bilangannya.

Undian dibuat untuk menentukan

giliran sebagai pemain kumpulan mana

yang main dahulu.

Lubang dikorek di atas permukaan

tanah. Pemain utama meletak kayu anak melintangi lubang. Lalu

menguis kayu anak menggunakan kayu ibu.

Pemain yang memulakan permainan akan berdiri dekat lubang

tempat bermain. Pasukan lawan pula akan berdiri di serata tempat.

Pemain kumpulan kedua berusaha menangkap kayu anak yang

melambung di udara.

Jika pemain lawan gagal menangkap kayu anak. Ukur jarak kayu

anak itu dari lubang dengan kayu ibu. Mata akan dikira daripada

bilangan ukuran yang dibuat.

Jika kayu anak berjaya disambut, maka kumpulan utama dikira mati.

Giliran permainan bertukar. Kumpulan kedua akan mengambil

peranan sebagai kumpulan utama pula.

Meneruskan permainan pada tahap dua. Pemain utama memukul

kayu anak.

Pemain utama berusaha menghalang kayu anak yang dibaling oleh

pemain kedua.

Mata dikumpul oleh pemain-pemain dalam pasukan itu dicampur

bagi mendapatkan jumlah keseluruhan. Kumpulan yang mengumpul

bilangan mata terbanyak dikira akan memenangi pertandingan itu..

MAHJONG

Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang. Permainan ini berasal dari

China yang lahir dari China pada 3000-4000 tahun yang lalu. Dalam sejarahnya permainan

Mahjong ini dimainkan oleh raja dan golongan-golongan bangsawan. Mahjong membabitkan

kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada

variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Padahal

dari asal usulnya Mahjong ini hanyalah sebuah permainan sehat yang diperuntukan untuk

kesenangan semata. Permainan yang menghibur para pemain-pemainnya. 

Page 13: PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan mahjong menggunakan keping kad atau balok tebal yang terbuat dari tulang dan

buluh. Seiring dengan perkembangan zaman, saat ini keping kad Mahjong dibuat dari bahan

plastik. Satu set Mahjong terdiri atas 108 buah keping kad ditambah 36 yang dijadikan

cadangan jika diperlukan atau untuk tambahan.

Ada tiga jenis Mahjong yang ada dalam setiap setnya. Jenis tersebut yaitu “Bing”, “Tiao” dan

“Wan”. Setiap jenisnya terdiri atas bunga serupa yang diberi nomor satu sampai sembilan.

Cara bermainnya adalah dengan membentuk suatu kombinasi biji Mahjong sebanyak 14 biji.

Pemenangnya iaitu peserta yang paling cepat mengumpulkan 14 biji buah Mahjong.

Kombinasi inilah yang berbeza-beza di setiap kawasan dalam memainkannya. Ini

menyebabkan beberapa orang menganggap bahawa permainan Mahjong ini menjadi rumit.

Oleh karena itu, untuk memainkannya memerlukan kemahiran, kecekapan dalam mengatur

strategi dan prediksi, serta hal lainnya, iaitu keberuntungan nasib.

GO

Go ialah satu permainan tradisional masyarakat Cina, ia adalah

permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang pemain. Go juga

dikenali sebagai wéiqí di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan

strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang

permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji batu berwarna

hitam dan putih.

Go dimainkan dengan cara kedua-dua pemain akan berganti-ganti meletakkan batu masing-

masing di atas persilangan grid garis. Tujuannya adalah untuk menguasai kawasan papan

yang lebih besar daripada lawan. Oleh itu setiap pemain akan berusaha untuk meletakkan

biji-biji batu mereka dalam cara-cara tertentu agar tidak ditangkap oleh pihak lawan,

disamping itu merancang pemetaan kawasan-kawasan

yang pihak lawan tidak akan dapat duduki tanpa

ditangkap. Sebiji batu atau sekumpulan batu akan

ditangkap dan dialihkan jika sekiranya ianya tidak

mempunyai persilangan bersebelahan yang kosong,

akibat daripada dikelilingi sepenuhnya oleh batu-batu

dari pihak lawan.

XIANG QI

Page 14: PERMAINAN TRADISIONAL

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh

dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan

catur. Xiangqi bentuk masa kini adalah berasal dari China, oleh itu

permainan ini juga digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati

telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China.

Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di

dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam),

peraturan yang melarang panglima (seperti “raja” dalam catur) daripada

bertemu dalam garisan yang sama, serta “sungai” dan “istana” yang

mengehadkan pergerakan

sesetengah buah catur.

Peraturan dan cara permainan Xiang Qi:

1. Raja bergerak hanya satu ruang

pada satu masa, sama ada secara

melintang atau menegak.

Tambahan pula, Raja perlu sentiasa berada dalam lingkungan istana, yang merupakan

persegi ditanda dengan X.

2. Pengawal (Advisor) bergerak hanya satu ruang pada satu masa menyerong. Sama

seperti Raja, pengawal mesti berada dalam lingkungan istana.

3. Menteri-menteri (Gajah) bergerak dua ruang pada satu masa menyerong (iaitu 2 ruang

kiri / kanan dan 2 tempat dalam pergerakan ke atas / bawah). Mereka mesti kekal

dalam bahagian masing-masing sungai. Jika terdapat sekeping antara pertengahan

kedudukan asal dan akhir yang dicadangkan bagi menteri, menteri disekat dan

pergerakannya adalah tidak dibenarkan.

4. Kereta kebal (Kereta) bergerak satu atau lebih ruang secara melintang atau menegak

dengan syarat bahawa semua kedudukan di antara kedudukan asal dan akhir adalah

kosong.

5. Kuda (Horses) bergerak dua ruang mendatar dan satu ruang menegak (atau masing-

masing 2 ruang menegak dan satu ruang mendatar). Jika terdapat sekeping di sebelah

kuda (menegak) arah melintang, kuda itu disekat dan langkah itu adalah tidak

dibenarkan.

Page 15: PERMAINAN TRADISIONAL

6. Meriam bergerak satu atau lebih ruang mendatar atau menegak seperti Rook a. Walau

bagaimanapun, dalam usaha menangkap, mesti ada betul-betul satu

ruang yang tidak kosong di antara kedudukan asal dan akhir. Dalam

keadaan bukan menangkap, semua ruang di antaranya mestilah

kosong.

7. Bidak (atau Askar) bergerak satu ruang pada satu masa. Jika bidak

tidak melintasi sungai lagi, ia hanya boleh bergerak ke hadapan secara menegak.

Setelah menyeberangi sungai, bidak juga boleh bergerak secara mendatar.

8. Tangkap: Apabila sekeping bergerak ke kedudukan yang kini dipegang oleh sekeping

lawan, ia menangkap sekeping bahawa lawan. Sekeping ditangkap dikeluarkan dari

papan.

9. Garis penglihatan Raja: Dua Raja-raja dalam lembaga tidak boleh berada di fail yang

sama (garisan menegak) tanpa sebarang keping di antara mereka. Satu langkah yang

meletakkan kedua-dua Raja-raja dalam apa-apa suasana yang menyalahi undang-

undang.

10. Keselamatan Raja: Satu tidak boleh meninggalkan Raja hendak ditawan oleh

pembangkang dalam langkah seterusnya. Sebarang langkah yang meletakkan Raja

dalam apa-apa suasana yang menyalahi undang-undang.

Syarat Penamatan permainan: permainan ini berakhir apabila salah satu daripada situasi

berikut berlaku:

Checkmate : Jika seseorang mengancam untuk menangkap Raja lawan dan lawan tidak

mempunyai cara untuk menyelesaikan ancaman, satu kemenangan.

kebuntuan : Jika seseorang itu tidak mempunyai apa-apa langkah yang sah, satu

kehilangan.

Salah satu atau kedua-dua pihak melanggar Peraturan Advanced.

KHO-KHO

‘Kho-kho’ merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan

kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya

dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India

mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada

satu permainan ‘Lari dan kejar’ di mana seorang pemain akan berlari dan

Page 16: PERMAINAN TRADISIONAL

mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini

memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel

untuk megelak peserta-peserta lain.

Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12

pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu

perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap

giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi

kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8

kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan

duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang.

Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar.

Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan

menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila

pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan “foul”,

pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun

lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar

dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata “Kho Kho”.

Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah

seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan.

Bagi permainan ‘Kho-Kho’ ini, keluasan petak padang yang diperlukan

ialah 27mX15m.

CHATURANGA

Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang

berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini

sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan

buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan

tergantung pada buah terakhir, atau dalam catur modern

ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno, papan catur

memiliki 100 kotak atau malah lebih.

Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan

Duncan Forbes bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk

empat pemain dalam chaturanga.

Page 17: PERMAINAN TRADISIONAL

Dalam terminologi sanskrit, “Chaturanga” berarti “memiliki empat

bagian” dan dalam puisi epos kepahlawanan kata itu juga berarti

“tentara.” Nama itu sendiri bersumber dari sebuah formasi pertempuran

dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah

simulasi permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi

militer India saat itu.

Ashtāpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain

Charuranga. Papan lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10

dan Saturankam 9 x 9.

Ilmuwan Arab Abu al-Hasan ‘Alī al-Mas’ūdī memberi rincian tentang

penggunaan catur yakni sebagai sebuah alat strategi ketenteraan,

matematik, perjudian dan terkadang dihubungkan dengan ramalan nasib

di India dan tempat lainnya. Catatan Mas’ūdī juga menunjukkan Ivory di

India merupakan daerah pengeluar alat permainan catur untuk pertama

kali, menyebarkan serta memperkenalkan permainan ini dari Persia ke

India semasa Kerajaan Nushirwan.

Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal

dengan nama Shatranj (chatrang), yakni sebuah permainan dua orang

pemain yang kekalahan dan kemenangan ditentukan melalui

pembersihan terhadap semua bidak

lawan (kecuali raja) atau melalui

penaklukan terhadap raja lawan. Posisi

pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak

lain mengalami perubahan bentuk.

KABADI

Permainan Kabaddi merupakan permainan

tradisional yang berasal dari negara India. Menurut bahasa Hindi, perkataan “kabaddi”

bermaksud menahan nafas yang juga merupakan sebahagian dari permainan tersebut. Turut

dikenali dengan nama Hadududi kalangan orang Bangladesh.Permainan ini sangat popular di

selatan Asia dan mula berkembang di Asia Tenggara, jepun dan Iran. Kabaddi turut

merupakan salah satu permainan yang dipertandingkan di Sukan Asia.

Page 18: PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan ini dimainkan antara dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai 12 orang pemain;

iaitu tujuh pemain utama dan lima lagi sebagai pemain simpanan. Bagi setiap sesi

permainan, satu pasukan akan bertindak sebagai pasukan penyerang manakala pasukan yang

satu lagi bertindak sebagai pihak lawan.

Permainan ini dimainkan di kawasan gelanggang permainan yang meliputi luas 12.5 x 10

meter persegi yang dibahagi pula kepada dua kawasan yang sama luas.

Durasi permainan adalah selama 40 minit untuk dua sesi dengan tambahan 5 minit untuk

pertukaran dua sesi tersebut.

Permainan ini dimainkan dengan cara Pasukan penyerang akan menghantar

seorang penyerang yang akan memasuki kawasan pihak lawan (sebahagiannya seperti yang

dijelaskan diatas).

Penyerang tersebut akan berusaha untuk menyentuh atau menjatuhkan mana-mana

pemain dari pasukan pihak lawan. Sepanjang proses ini, wakil pasukan penyerang tersebut

perlu menahan nafas. Untuk memastikan beliau tidak menipu dengan menarik nafas yang

lain, beliau dikehendaki menyebut ‘kabaddi’ secara berterusan.

Jika penyerang dapat menyentuh atau menjatuhkan mana-mana pemain semasa beliau masih

lagi menahan nafas, pemain tersebut akan terkeluar dari permainan. Penyerang tersebut

kemudiannya akan kembali semula ke gelanggangnya.

Namun, apabila penyerang sudah berjaya mengeluarkan seorang pemain, keseluruhan

pasukan pihak lawan akan cuba menahannya daripada kembali semula ke gelanggang

pasukan penyerang. Jika penyerang tersebut mengambil nafas lain sebelum berjaya kembali,

beliau juga turut terkeluar.

Kedua-dua pasukan bertukar posisi sebagai penyerang dan pihak lawan secara bergilir-gilir

sehingga sesi permainan tamat.

Peraturan am permainan ini ialah, tujuh pegawai diperlukan dalam menyelia permainan iaitu

seorang pengadil, dua hakim, dua penjaga garisan, seorang penjaga masa dan seorang

pencatat markah.

Mata akan dikira berdasarkan percubaan yang berjaya untuk menyentuh/menjatuhkan

dan kembali semula ke gelanggang pasukan dalam tempoh satu nafas.

Page 19: PERMAINAN TRADISIONAL

Mana-mana pemain yang keluar secara sengaja atau mana-mana bahagian badannya

menyentuh kawasan luar dari garisan gelanggang semasa sesi permainan berlangsung,

pemain tersebut secara automatiknya akan dikira terkeluar dari permainan

kecuali jika tindakan itu berlaku atas “struggle”.

Pasukan yang berjaya mengeluarkan semua pemain dalam pasukan pihak lawannya dalam

masa sesi permainan akan mendapat 2 mata bonus “lona”.

Bagi peringkat yang tinggi, permainan Kabaddi dijalankan mengikut asas ketinggian dan

berat untuk memastikan keadilan dalam permainan.

KELEBIHAN DAN MANFAAT PENGANJURAN PERTANDINGAN PERMAINAN

TRADISIONAL

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya

yang diwarisi dari masyarakatnya yang berbilang kaum. Di antaranya

termasuklah permainan tradisional yang merupakan sebahagian daripada

warisan budaya seluruh masyarakat malaysia. Permainan tradisional

merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu

masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Semua kaum

mempunyai jenis permainan tradisional mereka masing-masing. Permainan

tradisional ini merupakan satu bentuk hiburan masyarakat zaman dahulu. Permainan

tradisional bukan hanya dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh

golongan dewasa. Namun dewasa ini, aktiviti permainan tradisional

smakin mendapat penyisihan oleh bukan sahaja golongan kanak-kanak

malahan golongan dewasa juga turut menyisihkan permainan tradisi ini.

Oleh itu, kepenganjuran sesuatu pertandingan yang melibatkan

permainan tradisional dilihat sangat bermanfaat untuk memertabatkan

kembali tradisi kesukanan tradisional ini. Melalui permainan tradisional

juga kita dapat mengenali budaya kaum lain kerana permainan tradisional

itu sendiri merupakan lambang dan menggambarkan corak kehidupan

masyarakat tersebut.

Penganjuran permainan tradisional bukan sahaja dapat mendatangkan

rasa keseronokan tetapi juga dapat memberikan pendedahan tentang

Page 20: PERMAINAN TRADISIONAL

kepelbagaian permainan tradisional masyarakat pelbagai kaum di

Malaysia kepada bukan sahaja peserta tetapi juga kepada penonton yang

hadir dalam majlis permainan tradisional tersebut. Pertandingan bermain

permainan tradisonal merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya. Langkah

tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari permainan

tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak

cinta. Dengan langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional

mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang.

Penganjuran pertandingan permainan tradisional ini juga turut dapat

menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni masyarakat setempat

dan Malaysia amnya. Melalui permainan tradisional kita dapat memupuk semangat

perpaduan, rasa muhibah, dan mesra dalam kelompok masyarakat. Tanpa melihat warna kulit

mahupun agama. Oleh yang demikian, tersimpul dengan nyata permainan tradisional ini

dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan

murni kerana nilai tradisi yang tinggi di dalamnya terkandung pelbagai nilai

budaya masyarakat yang memilikinya.

Permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa

lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan sekaligus membantu menjauhkan diri

daripada melakukan perkara-perkara yang sia-sia.

Pertandingan permainan tradisional seumpama ini  juga dapat membantu membangunkan dan

meningkatkan keupayaan fizikal dan tahap kecergasan yang ada pada setiap peserta. Selain

itu, penganjuran ini  juga dapat menguji kemahiran kognitif peserta pertandingan untuk

berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya untuk mengesan dan menyelesaikan sesuatu

masalah yang timbul dengan tepat. Penganjuran ini juga mampu menyemai budaya bergiat

cergas sepanjang hayat dalam diri setiap peserta mahu ahli penganjur itu sendiri. Perkara

yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.

Pertandingan permainan tradisional ini juga sangat berfaedah dan bermanfaat khususnya

untuk meningkat dan mengeratkan hubungan sosial dikalangan masyarakat majmuk di

Malaysia. Menerusi pertandingan permainan tradisional ini nilai-nilai murni seperti

bekerjasama, semangat kesukanan sama ada individu mahupun berpasukan dapat di pupuk,

selain dari itu pertandingan ini juga dapat mengeratkan silahtulrahim dikalangan peserta

Page 21: PERMAINAN TRADISIONAL

mahupun pihak penganjur dan masyarakat keseluruhannya. Jelas di sini bahawa permainan

tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dikalangan rakyat supaya terus

menyuburkan semangat bersatu teguh.

Kesimpulannya, permainan tradisional ini sangatlah penting dihidupkan semula supaya

menjadi tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Usaha seumpama ini sangatlah mustahak

supaya permainan rakyat ini akan lebih dipandang berat dan diapresiasi oleh segenap lapisan

masyarakat di nusa ini. Warisan bangsa ini sebenarnya mestilah dikekalkan demi

kesejahteraan negara. Secara tidak langsung, permainan tradisional akan dapat

mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia.

CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI UNTUK MEMPOPULARKAN

PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan tradisional yang merupakan warisan bangsa kini berhadapan dengan ancaman arus

pembangunan dan pemodenan khususnya kemajuan teknologi menyebabkan popularitinya

semakin berkurangan. Generasi muda hari ini tidak mengenali permainan tradisional dengan

mendalam kerana kemajuan teknologi yang begitu pesat. Pelbagai pihak telah berusaha untuk

mengembalikan populariti permainan tradisional masyarakat kita. Namun begitu, usaha untuk

mengembalikan kegemilangan permainan tradisional ini berhadapan dengan cabaran yang

besar.

Salah satu dari cabaran dalam usaha untuk mempopularkan semula permainan ini ialah

golongan remaja zaman sekarang yang beranggapan bahawa permainan tradisional sudah

ketinggalan zaman dan tidak sesuai lagi dimainkan. Sikap segelintir generasi pada masa kini

yang menganggap permainan tradisional adalah ketinggalan zaman dan hanya wujud pada

zaman puntung asap sahaja haruslah dikikis.

Persaingan dengan permainan moden yang canggih seperti permainan komputer juga

merupakan ancaman kepada permainan tradisional. Permainan tradisional merupakan

sumber hiburan utama masyarakat silam tetapi kini perkembangan teknologi moden telah

merubah segala-galanya. Kecanggihan permainan moden melekakan generasi pada masa kini

yang telah menjadi kera sumbang kerana asyik terperap di dalam kamar sahaja.

Remaja hari ini juga lebih cenderung kepada sukan lasak yang dianggap lebih mencabar dan

memerlukan daya saing serta daya tahan yang tinggi. Iklan-iklan sukan dunia disamping

galakan pihak berkuasa khususnya penyertaan golongan remaja dalam aktiviti permainan

Page 22: PERMAINAN TRADISIONAL

moden dan antarabangsa bukan sahaja menjadi salah satu sebab mengapa permainan

tradisional ini semakin tersisih menyebabkan mempopularkan semula permainan tradisional

ini semakin mencabar.

Sikap acuh tak acuh sesetengah pihak dalam mengembalikan kegemilangan permainan 

tradisional ini menyebabkan permainan ini semakin terus dilupakan. Kecenderungan

masyarakat moden untuk hidup seperti ‘enaun dalam belukar, melepaskan pucuk masing-

masing’ menyebabkan permainan tradisional ini hanya tinggal dalam buku-buku dan

majalah-majalah sahaja. Sepatutnya generasi pada masa kini tampil sebagai pewaris pusaka

tradisi nenek moyang yang terbilang.

Kesimpulannya semua pihak perlu memainkan peranan untuk mempopularkan warisan ini

kerana permainan tradisional ini merupakan satu daripada warisan silam yang perlu

dipertahankan. Pihak kerajaan dan swasta seharusnya bersama-sama menggembling

tanggungjawab untuk mengembalikan semula kegemilangan permainan tradisional ini agar

terus popular dikalangan remaja.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMPOPULARKAN PERMAINAN

TRADISIONAL.

Tidak dapat disangkali hakikatnya pada hari ini, permainan tradisional mula dilupakan. Hal

ini disebabkan adanya halangan dan kekangan yang disebabkan oleh arus kemodenan,

pengaruh-pengaruh kuat dari aktiviti-aktiviti permainan yang bersifat antarabangsa yang

mendapat suntikan bukan sahaja oleh media-media massa tetapi juga oleh badan-badan bukan

Kerajaan dan Kerajaan malahan turut mendapat dukungan oleh sebahagian besar kalangan

masyarakat kita. Oleh itu, usaha-usaha perlu diambil bagi mempopularkan semula permainan

tradisional ini.

Salah satu usaha bagi mempopularkan permainan tradisional adalah melalui pendedahan dan

galakan serius dari peringkat sekolah. Sangat bertepatan sekali pendedahan pada peringkat

sekolah yang mana sewajarnya pihak sekolah melalui sokongan penuh Kementerian Pelajaran

agar mewujudkan kegiatan kokurikulum yang berkaitan dengan permainan tradisional.

Malahan, kanak-kanak di peringkat prasekolah juga wajar didedahkan dengan permainan

tradisional kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Salah satunya adalah dengan

menubuhkan Kelab Permainan Tradisional di peringkat sekolah. Usaha ini bertujuan untuk

memperkenalkan permainan tradisional kepada pelajar-pelajar. Tambahan pula, pertandingan

Page 23: PERMAINAN TRADISIONAL

permainan tradisional antara sekolah-sekolah akan menyemarakkan lagi semangat murid

untuk memahirkan diri dengan permainan-permainan tradisional tertentu. Langkah ini sudah

tentu dapat menghidupkan kembali kegemilangan permainan tradisional dalam kalangan

generasi muda di negara kita. Usaha ini tidak akan sia-sia jika ianya berterusan sehingga ke

peringkat pengajian tinggi.

Pihak kerajaan juga perlu main peranan dalam usaha ini. Kerajaan wajar menganjurkan

pertandingan-pertandingan permainan tradisional di semua peringkat sosial. Pertandingan ini

wajar dijadikan acara bulanan atau tahunan agar pendedahannya lebih kerap dan bukan

sekadar hangat-hangat tahi ayam. Setiap negeri mestilah digalakkan untuk mengambil

bahagian sebagai langkah memeriahkan pesta tersebut. Langkah ini bertujuan untuk menarik

minat masyarakat untuk bergiat cergas dalam bidang permainan (sukan) tradisional yang

semakin dilupakan. Penganjuran pertandingan akan dapat mengembalikan populariti

permainan tradisional bangsa kita.Tegasnya, pihak kerajaan haruslah memainkan peranan dan

memastikan permainan tradisional kekal diminati oleh rakyat.

Melalui Kementerian Pelancongan juga perlu menjadikan permainan tradisional ini sebagai

satu bentuk kerjaya yang mana bukan sahaja memberi keuntungan kepada negara tetapi juga

sebagai suatu punca pendapatan masyarakat kita. Kerana permainan tradisional itu

sendiri merupakan lambang dan menggambarkan corak kehidupan

masyarakat yang majmuk kerana nilai tradisi yang tinggi di dalamnya

terkandung pelbagai nilai budaya masyarakat yang memilikinya dan ini

menjadikan amalan membudayakan permainan tradisional satu daya

tarikan kepada pelancong luar dan dalam negara. Usaha ini bukan sahaja

dapat mempopularkan semula permainan tradisi masyakat kita tetapi

juga dapat membantu mengharumkan nama negara kita sebagai sebuah

negara yang kaya dengan budaya tradisional yang terpelihara di persada

dunia.

Peranan pihak media massa juga sangat penting. Pihak media seharusnya berpenanan sebagai

medium yang dapat menghebahkan kelebihan permainan tradisional kepada masyarakat.

Hebahan boleh dilakukan melalui surat khabar, televisyen, majalah dan internet. Anjuran

mahu pun bantuan pihak media dalam menghebahkan aktiviti pertandingan permainan

tradisional sangat-sangat membantu kerana rata-rata masyarakat zaman sekarang banyak

bergantung kepada media-media massa ini untuk mendapatkan malumats Sesungguhnya,

Page 24: PERMAINAN TRADISIONAL

peranan pihak media massa sangat penting dalam membantu memperkenalkan dan

mempopularkan permainan tradisioanl ini kepada masyarakat khususnya generasi muda.

Peranan ibu bapa juga penting untuk mempopularkan semula permainan tradisional ini

dikalangan anak-anak mereka. Ibu bapa sebagai orang yang paling rapat dengan anak-anak

mereka perlu memperkenalkan permainan tradisional ini kepada anak-anak sejak kecil lagi.

Ibu bapa sewajarnya dapat meluangkan masa bersama dengan anak-anak dengan bermain

permainan tradisional seperti bermain congkak dan sebagainya, sebagai satu aktiviti riadah

yang bukan sahaja sebagai mengisi masa lapang dan hiburan tetapi juga sebenarnya dapat

membantu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Ibu bapa dapat membantu

mengembalikan kepopularan permainan tradisional ini seperti membelikan permainan

tradisional seperti gasing, congkak dan layang-layang khusus untuk anak-anak mereka.

Peranan individu juga sangat penting dalam usaha mempopularkan permainan tradisional ini.

Kesedaran adalah sangat penting ditanam dalam diri setiap individu itu. Mereka hendaklah

menanamkan sikap suka dan ingin tahu tentang permainan tradisional. Dengan mempelajari

dan mengambil bahagian dalam pertandingan permainan tradisional setiap individu dapat

mengurangkan diri mereka daripada terlibat dengan permainan moden seperti permainan

elektronik. Penyertaan pelajar dalam pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah dan

masyarakat juga dapat membantu pelajar mencintai dan meminati permainan tradisional.

Oleh yang demikian, peranan setiap individu itu amat penting dalam mempopularkan

permainan tradisional.

Peranan masyarakat. Masyarakat boleh memberikan sokongan dengan menubuhkan

persatuan atau kelab permainan tradisional di tempat tinggal mereka. Mereka boleh bermain

pada masa lapang. Mereka juga boleh mengadakan pertandingan di peringkat kampung atau

antara kampung. Sebagai contoh permainan gasing, layang-layang dan sepak raga.

Pertandingan ini dapat memperkenalkan dan menonjolkan bakat seseorang dalam permainan

tradisional. Oleh itu, peranan masyarakat amat penting dalam usaha mempopularkan

permainan tradisional.

Kesimpulannya, permainan tradisional memang wajar dikembalikan kegemilangannya dalam

kalangan generasi muda. Semua pihak hendaklah berganding bahu untuk mempopularkan

kembali warisan bangsa yang tidak ternilai harganya ini. Bak kata pepatah, bulat air kerana

pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Jika tidak permainan tradisional warisan

Page 25: PERMAINAN TRADISIONAL

berzaman ini hanya tinggal nama sahaja pada suatu masa nanti. Kerjasama dan iltizam semua

pihak akan dapat mempopularkan kembali warisan bangsa kita sampai bila-bila.