perlumbaan kedua

7
NOVEL PERLUMBAAN KEDUA PENGARANG: Marwilis Haji Yusuf SINOPSIS : Cerita mengisahkan pertandingan kedua antara arnab dengan kura-kura. Pertandingan ini berpunca daripada sang kancil yang mempersendakan kekalahan nenek moyang arnab dalam perlumbaan sebelum itu kepada kura-kura. Sang arnab menyahut cabaran untuk mengadakan perlumbaan kedua. Sang kancil juga berjaya memujuk kura-kurauntuk berlawan dengan arnab. Sang gajah dilantik menjadi hakim. Dalam tempoh dua bulan sebelum pertandingan, kedua-dua pihak membuat perancangan dan mengatur strategi. Dalam kalangan kura-kura, sebanyak 10 ekor telah dipilih untuk berlatih di bawah bimbingan tuk kura-kura. Arnab pula meminta bantuan tikus tanah untuk membersihkan kawasan pertandingan dan sang tedung ditugaskan untuk mengintip pergerakan tuk kura. Sang tedung berjaya memecahbelahkan masyarakat kura-kura dan menghasut kura-kura supaya menarik diri sehingga ada yang mendera dan memulaukan tuk kura. Tuk kura kecewa dan menghilangan diri. Berita kehilangan tuk kura tersebar lalu sang arnab putih meminta sang gajah membatalkan perlawanan. Namun permintaan tersebut kerana tarikh perlawanan belum tiba. Menjelang hari perlawanan, seluruh binatang berkumpul untuk menunggu

Upload: nur-ha

Post on 26-Jun-2015

597 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERLUMBAAN KEDUA

NOVEL PERLUMBAAN KEDUAPENGARANG:

Marwilis Haji Yusuf

SINOPSIS :

Cerita mengisahkan pertandingan kedua antara arnab dengan kura-kura.

Pertandingan ini berpunca daripada sang kancil yang mempersendakan

kekalahan nenek moyang arnab dalam perlumbaan sebelum itu kepada kura-

kura. Sang arnab menyahut cabaran untuk mengadakan perlumbaan kedua.

Sang kancil juga berjaya memujuk kura-kurauntuk berlawan dengan arnab. Sang

gajah dilantik menjadi hakim. Dalam tempoh dua bulan sebelum pertandingan,

kedua-dua pihak membuat perancangan dan mengatur strategi. Dalam kalangan

kura-kura, sebanyak 10 ekor telah dipilih untuk berlatih di bawah bimbingan tuk

kura-kura. Arnab pula meminta bantuan tikus tanah untuk membersihkan

kawasan pertandingan dan sang tedung ditugaskan untuk mengintip pergerakan

tuk kura. Sang tedung berjaya memecahbelahkan masyarakat kura-kura dan

menghasut kura-kura supaya menarik diri sehingga ada yang mendera dan

memulaukan tuk kura. Tuk kura kecewa dan menghilangan diri. Berita

kehilangan tuk kura tersebar lalu sang arnab putih meminta sang gajah

membatalkan perlawanan. Namun permintaan tersebut kerana tarikh perlawanan

belum tiba. Menjelang hari perlawanan, seluruh binatang berkumpul untuk

menunggu ketibaan tuk kura. Akhirnya tuk kura tiba dan perlawanan

dilangsungkan. Dengan kebijaksanaan tuk kura, dia memenangi perlawanan

tersebut.

TEMA :

Kebijaksanaan dan kebolehan menggunakan fikiran untuk memperoleh kejayaan.

Page 2: PERLUMBAAN KEDUA

PERSOALAN:

1) mempertahankan maruah

sang arnab dan kura-kura sanggup berlumba kali kedua demi mempertahankan maruah bangsa masing-masing.

2) ketabahan dalam berjuang

tuk kura tidak mahu mengaku kalah walaupun menghadapi pelbagai masalah dengan kaumnya sendiri.

3) semangat bekerjasama dalam masyarakat

anak-anak buah tuk kura menjalani latihan yang dikendalikannya demi mencapai kemenangan.

4) kegigihan dalam usaha memperoleh kemenangan kejayaan

sang arnab dan tuk kura masing-masing berlatih dengan gigih sebelum bertanding agar berjaya.

5) kebijaksanaan mengatasi kekuatan.

tuk kura menggunakan akal fikiran dengan bijak untuk mengalahkan sang arnab putih sedangkan jika diukur dari segi ketangkasan, kemampuannya untuk menang adalah mustahil.

PLOT

Cerita disusn secra kronologi

Permulaan

Ketangkasan sang arnab menarik perhatian sang kancil lalu menyindir kekalahan arnab dalam perlumbaan dengan kura-kura suatu masa dahulu.

Perkembangan

Sang kancil mencari kura-kura untuk meminta persetujuannya bertanding dan memberitahu tuk kura bahawa sang arnab mengajaknya bertanding.Kedua-dua belah pihak bersetuju lalu membuat persedaan pertandingan.

Page 3: PERLUMBAAN KEDUA

Konflik

Antara tuk kura dengan suku sakatnya mereka memarahi tuk kura kerana tidak berbincang sebelum membuat keputusan untuk bertanding serta latihan keras yang dilakukan oleh tuk kura dianggap menyeksa anak-anak mereka sehingga menyebabkan tuk kura merajuk lantas menghilangkan diri.

Klimaks

Tuk kura muncul pada hari pertandingan dan akhirnya memenangi perlumbaan.

Perleraian

Suku-sakat tuk kura menyesali perbuatan mereka dan menganugerahkan gelaran pendeta bangsa kepada tuk kura.

WATAK DAN PERWATAKAN

1) Tuk kura

Tua- berusia 199 tahunKetua kaum kura-kura di hutan.

Wajahnya hodah,badannya besar,kakinya kecil dan otaknya Cuma sebesar buah kundang.

Berpengalaman luas dan matang dalam bertindak.

Bijak mengatur strategi – mengadakan pelbagai bentuk latihan dengan cucu-cucunya sebagai persediaan menghadapi perlawanan.

Tegas – tetap mahu berlawan dengan sang arnab meskipun ditentang oleh cucu-cucunya.

Bijaksana – melantunkan badannya semasa perlumbaan sehingga berjaya memenangi perlumbaan.

2) Sang arnab putih

Page 4: PERLUMBAAN KEDUA

Cergas, tangkas dan aktif – melompat-lompat ke sana ke mari dan berjalan dengan laju.Sombong / suka berbangga – mempersendakan kura-kura yang berjalan lambat dan kalah dalam perlawanan dahulu.

Sukar menerima kekalahan – mempertikaikan kemenangan tuk kura.

Watak-watak lain : sang gajah, sang murai , sang tedung, bapa arnab putih, sang tupai dan sang belang.

LATAR

1) Latar Tempat

Hutan

-Tempat tinggal binatang dan unggas

Tanah lapang

-Huraian : Arnab Putih sedang berlari-lari menguji ketangkasannya di tempat ini. Di sinilah Sang Kancil mengingatkan semula Arnab Putih kisah kekalahan nenek moyangnya di tangan kura-kura 198 tahun lalu. Di kawasan ini jugalah, Sang Kancil mencabar Arnab Putih untuk berlumba dengan tuk kura.

Bukit Batu

-Huraian : Di lereng bukit inilah berlangsung perlumbaan kedua dan di sini juga Tuk Kura melambungkan dirinya untuk memenangi perlumbaan kedua.

Tebing sungai

-Huraian : Di kawasan inilah, Tuk Kura melatih suku-sakatnya untuk menghadapi perlumbaan kedua. Di kawasan ini juga Sang Tedung menghasut sepuluh ekor kura-kura muda untuk menarik diri daripada latihan. Di sini juga Tuk Kura didera oleh suku-sakatnya.

Page 5: PERLUMBAAN KEDUA

2) Latar masa

Isi 1 : 198 tahun

-Huraian : Sang Kancil mengingatkan semula kekalahan keturunan arnab di tanga kura-kura kira-kira 198 tahun lalu.

Isi 2 : Tempoh masa dua bulan

-Huraian : Sang Gajah yang bertindak sebagai hakim memberi tempoh masa dua bulan untuk Arnab Putih dan Tuk Kura membuat persedia. Tuk Kura memilih suku-sakatnya untuk diberi latihan di tebing sungai.

Isi 3 : Pada hari perlumbaan

-Huraian : Semua binatang berkumpul. Tuk Kura muncul semula. Perlumbaan kedua diadakan dan dimenangi oleh Tuk Kura. Semua suku-sakat Tuk Kura meminta maaf daripada Tuk Kura.

3) Latar masyarakat

Masyarakat binatang di hutan – keluarga arnab, kura-kura dan binatang lain.Masyarakat binatang yang dapat bercakap, berfikir dan mempunyai sikap seperti manusia.

Maysarakat yang sabar,tenang, matang, tegas, dan bijak seperti tuk kura.

Masyarakat yang sombong,ego seperti arnab putih.

NILAI

Yakin akan diri sendiriPatuh akan ketepatan masa

Keadilan

Keberanian

Kecekalan dan daya usaha

Page 6: PERLUMBAAN KEDUA

PENGAJARAN

Kita hendaklah bijak menggunakan akal fikiran untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.Kita hendaklah hidup tolong-menolong dan bekerjasama antara satu sama lain supaya sesuatu kerja yang susah dan berat menjadi senang atau mudah.

Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.