borang pengesahan status tesis - fp.utm.my€¦menjejaskan prestasi pelari jarak jauh.tiga orang...
TRANSCRIPT
PSZ 19 : 16 ( Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL: PENGARUH KITARAN HAID TERHADAP PRESTASI PELARI
JARAK JAUH
SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya, HAFIZ BIN HALIM ( HURUF BESAR ) Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktud di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) √ TIDAK TERHAD Disahkan Oleh TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap S. K BLOK 31, PETI SURAT 60647 PN. HALIJAH BINTI IBRAHIM 91016 TAWAU, SABAH. Tarikh : 26 APRIL 2006 Tarikh : 26 APRIL 2006
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )
i
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )”.
Tandatangan : ...................................................
Nama Penyelia : PUAN HALIJAH BINTI IBRAHIM
Tarikh : 26 APRIL, 2006
PENGARUH KITARAN HAID TERHADAP PRESTASI PELARI JARAK JAUH
HAFIZ BIN HALIM
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .............................................
Nama Penulis : HAFIZ BIN HALIM
Tarikh : 26 APRIL, 2006
iv
DEDIKASI
Khas untuk seluruh ahli keluargaku,
Halim bin Abdul
Apsah Hj. Akop
Dan
Seluruh Ahli Keluarga
terima kasih di atas berkat doa, semangat, dorongan serta keyakinan yang diberikan agar diriku ini terus
berusaha dan berjaya dalam pelajaran.
Jutaan Terima Kasih Atas Tunjuk Ajar,
Para Pensyarah Sains Sukan UTM Dan
Pasukan Duathlon UTM
kerana banyak memberikan bantuan semasa kajian ini dijalankan .
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan,
apis, pol, wan, zul, jar, pokwar, wahir, black dan
semua ahli keluarga sains sukan sesi 2001/2002
tidak akan ku lupa pengalaman bersamamu…….
ABSTRAK
Kajian ini mengenai pengaruh kitaran haid terhadap prestasi pelari jarak jauh.
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti samada kedatangan haid
menjejaskan prestasi pelari jarak jauh.Tiga orang pelari jarak jauh di Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) yang menyertai perlumbaan Malakoff Malaysian Duathlon
Series (MMDS) telah dipilih untuk menjadi subjek dalam kajian ini. Pelari menjalani
ujian catatan masa dengan jarak larian 5km sebanyak 4 kali dalam masa sebulan. Subjek
dikehendaki makan tengah hari sekurang-kurangnya 3 jam sebelum ujian
dijalankankan.Subjek melakukan aktiviti kalistenik dan memanaskan badan sebelum
melakukan ujian sekurang-kurangnya selama 15 minit. Data yang diambilkira dalam
ujian larian ini adalah catatan masa larian 5km dan juga purata kadar nadi sepanjang
ujian. Daripada 4 ujian yang dilakukan, hanya 3 ujian sahaja dianalisis, iaitu ujian pra,
ujian semasa haid dan ujian pos. Ujian semasa haid, subjek menjalani ujian catatan masa
dalam tempoh 72 jam selepas datang haid. Keputusan yang diperolehi selepas ketiga-tiga
ujian adalah, ketiga-tiga subjek mencatatkan masa yang semakin baik iaitu T<29.80min
(ujian pra), T<29.00min (ujian 2) (semasa haid) dan T<28.50 (ujian pos). Purata kadar
nadi juga semakin menurun selepas ketiga-tiga ujian dijalankan kecuali pada subjek B.
Melalui perbandingan yang telah dibuat dan dianalisis, didapati haid tidak menjejaskan
catatan masa dan purata kadar nadi ketiga-tiga subjek. Kesimpulan daripada kajian ini
adalah, kedatangan haid tidak mendatangkan implikasi terhadap prestasi individu
seseorang pelari jarak jauh.
ABSTRACT
The purpose of this study was to find out if menstruation has a negative effect on
the performance of long distance runners. Three long distance runners from Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) that have been participating in Malakoff Malaysian Duathlon
Series (MMDS) race were selected to be the subjects for this study. Subjects have to
participate in a time trial test which give consist of 4 times with 5km distance within a
month.. Before the test, subjects must have lunch at least 3 hours before the time trial test.
Before running, subject must have at least 15 minutes of calisthenics and warm up. In this
study, the time trial (duration to finish 5km run) and average heart rate (HR Average) was
analyze. In 4 running tests, only 3 test are selected to be analyzed and the test were Test
1 (Pre test), Test 2 (running test during menstrual) and test 3 (Post test). During the
running test in menstrual condition, subjects have to run within 72 hours after the
menstrual starts. The results are, all of the subject noted a decreasing time on duration of
running ( Test 1 : T<29.80 min ; Test 2 : T< 29.00 ;Test 3 : T<28.50 ). Average heart rate
also decrease after all tests were taken, except for subject B. From the result that have
been compared and analyze, menstruation did not effect the duration of running and the
average heart rate. As a conclusion from this study, menstruation does not givie any
negative implications on the performance of the long distance runner.
v
PENGHARGAAN
Pertama sekali bersyukur kepada Allah S.W.T kerana saya telah berjaya
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya. Saya juga mengucapkan jutaan
terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana Muda saya Puan Halijah Binti Ibrahim
kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan yang amat berguna bagi saya
dalam menyiapkan projek ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada Pasukan Duathlon UTM yang bersedia
memberi kerjasama serta latihan kepada subjek yang kengikuti projek ini.
Penghargaan yang besar diberikan kepada ketiga-tiga subjek kajian yang sanggup
menjadi sampel dalam kajian ini walaupun sibuk dengan komitmen pelajaran, latihan
masing-masing dan juga komitmen peribadi yang lain. Jika tanpa kerjasama mereka yang
tidak berbelah bahagi ini, tidak dapatlah saya menjayakan projek ini dengan baik.
Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan yang banyak memberikan bantuan secara langsung atau tidak langsung
dalam projek ini.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Borang Penyeliaan i
Judul ii
Pengakuan iii
Dedikasi iv
Penghargaan v
Abstrak vi
Abstract vii
Kandungan viii
Senarai Jadual xiv
Senarai Gambarajah xvi
Senarai Rajah xvii
Senarai Lampiran xix
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.1.1 Larian Jarak Jauh 1
1.1.2 Kitaran Haid 3
1.1.2.1 Sistem Pembiakan Wanita 3
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Keperluan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Definisi Operasional 7
1.8.1 Kitaran Haid Lengkap 7
1.8.2 Prahaid 7
1.8.3 Haid 7
1.8.4 Larian Jarak Jauh 7
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 8
2.2 Kitaran Haid 9
2.2.1 Ciri-ciri Sekunder Seks Wanita 9
2.2.2 Haid Normal 10
2.2.3 Perembesan Hormon 10
2.3 Pengaruh Haid Terhadap Mental dan Fizikal Tubuh 11
Badan Wanita
2.4 Kecergasan Fizikal 13
2.5 Pengaruh Kedatangan Haid Terhadap Kecergasan 15
2.6 Pengaruh Haid Terhadap Prestasi Atlet 16
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 18
3.2 Rekabentuk Kajian 18
3.3 Tempat Kajian 19
3.4 Persampelan Kajian 19
3.5 Instrumen Kajian 20
3.6 Prosedur Kajian 20
3.7 Prosedur Ujian 21
3.8 Prosedur Penganalisaan Data 22
BAB IV PENGANALISAAN DATA
4.1 Pengenalan 23
4.2 Malkumat Latar Belakang Subjek 24
4.2.1 Butir-butir Peribadi Subjek 26
4.2.2 Laporan Prestasi Subjek A 26
4.2.2.1 Ujian Pra, Semasa Haid, 26
dan Ujian Pos Subjek A
4.2.2.2 Ujian Larian Semasa Kehadiran Haid 29
Subjek A
4.2.2.3 Ujian Pos 29
4.2.2.4 Perbandingan Prestasi Ujian Pra 30
dan Semasa Kehadiran Haid
4.2.2.5 Perbandingan Prestasi Ujian Pra, Semasa Haid 31
dan Ujian Pos Bagi Subjek A
4.2.3 Laporan Prestasi subjek B 32
4.2.3.1 Ujian Pra, Semasa Haid, 32
dan Ujian Pos Subjek B
4.2.3.2 Ujian Larian Semasa Kehadiran Haid 34
Subjek B
4.2.3.3 Ujian Pos 35
4.2.3.4 Perbandingan Prestasi Ujian Pra 36
dan Semasa Kehadiran Haid
4.2.3.5 Perbandingan Prestasi Ujian Pra, Semasa Haid 37
dan Ujian Pos Bagi Subjek B
4.2.4 Laporan Prestasi Subjek C 38
4.2.4.1 Ujian Pra, Semasa Haid, 38
dan Ujian Pos Subjek C
4.2.4.2 Ujian Larian Semasa Kehadiran Haid 41
Subjek C
4.2.4.3 Ujian Pos 41
4.2.4.4 Perbandingan Prestasi Ujian Pra 42
dan Semasa Kehadiran Haid
4.2.4.5 Perbandingan Prestasi Ujian Pra, Semasa Haid 44
dan Ujian Pos Bagi Subjek C
4.3 Analisis Perbandingan Berdasarkan Ujian Pra, 44
Ujian Semasa Haid dan Ujian Pos
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 47
5.2 Perbincangan 48
5.2.1 Latar belakang Subjek 48
5.2.2 Ujian Pra 48
5.2.3 Ujian Semasa Haid 49
5.2.4 Ujian Pos 49
5.3 Rumusan 50
5.4 Cadangan Kajian 51
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 52
BIBLIOGRAFI 54
LAMPIRAN 56
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.2.1 Jadual Butir-butir Peribadi Subjek Kajian 25
4.2.2.1 Prestasi Ujian Keseluruhan Subjek A 28
4.2.2.4 Perbandingan Prestasi Ujian Pra dan Semasa 30
Haid Bagi Subjek A
4.2.3.1 Prestasi Ujian Keseluruhan Subjek B 32
4.2.3.4 Perbandingan Prestasi Ujian Pra 36
dan Ujian Semasa Haid Bagi Subjek B
4.2.4.1 Prestasi Ujian keseluruhan bagi Subjek C 38
4.2.4.4 Perbandingan Prestasi Ujian Pra 43
dan Ujian Semasa Haid Subjek C
4.3.1 Jadual Perbandingan Catatan Masa 44
dan Purata Kadar Nadi Ujian Pra
dan Ujian Semasa Haid
4.3.2 Jadual Perbandingan Catatan Masa 44
dan Purata Kadar Nadi Ujian Pra
dan Ujian Pos
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.2.2.1(a) Catatan Masa Selepas Menjalani 7
Ujian Pra, Semasa Haid dan Ujian Pos
Bagi Subjek A
4.2.2.1(b) Purata Kadar nadi Selepas Menjalani 28
Ujian Pra, Semasa Haid Dan Ujian Pos
Bagi Subjek A
4.2.2.4 Perbandingan Prestasi Ujian Pra 31
dan Semasa Haid Bagi Subjek A
4.2.3.1(a) Catatan Masa Selepas Menjalani 33
Ujian Pra, Semasa Haid dan Ujian Pos
Bagi Subjek A
4.2.3.1(b) Purata Kadar nadi Selepas Menjalani 34
Ujian Pra, Semasa Haid Dan Ujian Pos
Bagi Subjek A
4.2.3.4 Perbandingan Prestasi Ujian Pra 37
dan Semasa Haid Bagi Subjek A
4.2.4.1(a) Catatan Masa Selepas Menjalani 39
Ujian Pra, Semasa Haid dan Ujian Pos
Bagi Subjek A
4.2.4.1(b) Purata Kadar nadi Selepas Menjalani 40
Ujian Pra, Semasa Haid Dan Ujian Pos
Bagi Subjek A
4.2.4.4 Perbandingan Prestasi Ujian Pra 43
dan Semasa Haid Bagi Subjek
1
Bab I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.1.1 Larian Jarak Jauh
Acara larian jarak jauh banyak dipertandingkan bukan sahaja dalam kejohanan
sukan olahraga, tetapi acara larian jarak jauh juga dipertandingkan dalam pelbagai
bentuk. Selain daripada acara-acara yang biasa dipertandingkan dalam kejohanan
olahraga seperti 1500m, 3000m, 5000m dan 10000m, ada beberapa acara larian jarak
jauh yang memerlukan pelari berlari melebihi 5km. antara acara-acara yang mempunyai
acara larian jarak jauh ialah marathon 42km, separuh marathon 21km, duathlon dan
triathlon.
2
Acara larian jarak jauh adalah acara yang melibatkan ketahanan otot atau lebih
spesifik lagi daya tahan kardiovaskular. Menurut Shephard & Astrand (1992), acara-acara
ketahanan otot adalah acara-acara yang melibatkan kebolehupayaan tubuh badan untuk
membekalkan oksigen dan nutrien yang cukup pada otot-otot yang aktif serta
menyingkirkan haba. Karbon dioksida serta bahan buangan yang lain, dan juga
mengimbangi homeostasis pada bahagian lain dalam tubuh badan.
Acara larian jarak jauh semakin mendapat sambutan yang menggalakkan daripada
pelbagai lapisan masyarakat. Wanita juga tidak ketinggalan untuk menyertai acara larian
jarak jauh secara serius dan bukan sekadar untuk menjaga bentuk badan.
Menurut Micheli & Jenkins (1996), wanita pada masa kini telah cuba untuk
menyaingi lalaki dengan bertanding dalam acara-acara yang didominasi oleh lelaki
seperti acara larian. Ramai wanita yang bertanding secara serius dari peringkat sekolah
tinggi lagi, dan walaupun zaman kegemilangan mereka berakhir, mereka masih lagi
berlari untuk kesihatan.
3
1.1.2 Kitaran Haid
1.1.2.1 Sistem Pembiakan Wanita
Sistem pembiakan wanita sangat berbeza dengan sistem pembiakan lelaki. Setiap
wanita akan mengalami kitar haid sekiranya seseorang wanita itu mencapai tahap akil
baligh. Umur bagi seseorang wanita untuk mencapai tahap akil baligh adalah sekitar
umur 9-10 tahun dan kitar haid akan berterusan sehingga peringkat menopous yang akan
terjadi pada sekitar umur 50-55 tahun, bergantung kepada tahap fisiologi seseorang
wanita. Haid akan berhenti sementara ketika wanita hamil. Setiap wanita tidak
mempunyai kitar haid yang sama. Segelintir wanita mengambil masa sehingga 33 hari
untuk satu kitar haid yang lengkap, tetapi purata bagi kitar haid yang lengkap adalah 28
hari., (Ganong, 1994).
1.2 Latar Belakang Masalah
Jumlah wanita yang menyertai acara-acara larian semakin bertambah pada masa
kini. Mereka juga tidak ketinggalan untuk menyaingi dominasi lelaki dalam acara-acara
larian jarak jauh yang ekstrim seperti duathlon dan triathlon. Semasa menyertai sesuatu
pertandingan ataupun berada fasa pra-pertandingan, wanita tetap akan mengalami kitaran
haid samada sebelum, semasa ataupun selepas pertandingan.
4
Menurut Cheah Swee Ming (1996), atlit yang terlibat dalam gimnastik dan acara
larian jarak jauh sering mengalami masalah kitaran haid. Terdapat juga pendapat yang
mengatakan punca kekalahan seseorang atlet wanita itu adalah kerana datangnya haid.
Semasa kedatangan haid, terdapat segelintir wanita yang tidak akan bergaul
dengan orang lain dan juga mengasingkan diri disebabkan gangguan fizikal dan mental
yang dialami oleh mereka. Punca terjadinya terjadinya fenomena sedemikian adalah
disebabkan kurangnya pengetahuan tentang kitaran haid dan cara mengatasi masalah
yang mereka alami. Pengaruh-pengaruh hormon juga menjadikan mereka menganggap
diri mereka tidak mampu melakukan apa jua aktiviti semasa kedatangan haid, (Ismail,
1999).
1.3 Pernyataan Masalah
Pada masa kini terdapat juga segelintir gadis yang tidak mempunyai pengetahuan
mendalam tentang kitaran haid. Mereka kurang mengetahui perubahan fizikal dan emosi
yang mereka alami dalam tempoh mereka melangkah ke alam remaja. Mereka tidak dapat
mengenalpasti punca perubahan yang berlaku seperti lekas marah, mudah terlupa dan
gangguan fikiran (paranoia) dari segi mental, manakala dari segi fizikal pula tumbuhnya
jerawat, pening kepala dan sakit di bahagian buah dada semasa kedatangan haid, (Rayl
2000). Apa yang dapat dikenalpasti oleh mereka adalah, terdapat tanda-tanda yang jelas
dan dapat dilihat oleh tubuh badan mereka sewaktu kedatangan haid.
Menurut Micheli & Jenkins (1999), jumlah peserta wanita dalam acara larian
samada rekreasi ataupun pertandingan antarabangsa semakin meningkat. Pandangan
5
negatif seperti wanita lemah dan tidak dapat menyaingi lelaki tidak dapat digunakan lagi.
Namun kajian yang telah dijalankan ke atas atlet wanita telah menunjukkan bahawa
bukan mudah untuk menyaingi lelaki dalam acara larian. Wanita perlu diberikan
perhatian yang lebih jika mereka ingin menyertai acara jarak jauh.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti samada kedatangan haid menjejaskan
prestasi pelari jarak jauh dengan membandingkan catatan masa dan purata kadar nadi
pelari-pelari yang dipilih selepas ujian pra dan ujian semasa haid.
1.5 Persoalan Kajian
Antara persoalan yang boleh diajukan untuk pernyataan masalah kajian yang
dibuat adalah seperti berikut :
1. Adakah terdapat perbezaan yang ketara dalam catatan masa pelari jika mereka
berlari pada jarak 5km sebelum dan semasa kedatangan haid?
2. Adakah purata kadar nadi pelari berada dalam keadaan stabil jika berlari
dalam keadaan datang haid?