laporan hari kedua

13
LAPORAN DOKUMENTASI HARI Ke-2 PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SESI 2015 PISMP AMBILAN JANUARI 2014 IPG KAMPUS GAYA Pada 3 September 2015 bersamaan dengan hari Rabu, para peserta perkhemahan memulakan aktiviti pagi dengan senaman pagi dipimpin oleh peserta gabungan unit beruniform Pengakap Kanak-Kanak, Pandu Puteri dan Kadet Remaja Sekolah seawal jam 6.30 pagi. Setelah selesai sesi senaman pagi, para peserta berkumpul di balai rekreasi untuk menikmati juadah pagi untuk menambah semula tenaga sebelum melaksanakan aktiviti seterusnya. Aktiviti seterusnya bersambung lagi dengan mendengar sedikit taklimat daripada Puan Christina.

Upload: ray-ben

Post on 14-Jul-2016

37 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Hari Kedua

LAPORAN DOKUMENTASI HARI Ke-2

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SESI 2015

PISMP AMBILAN JANUARI 2014

IPG KAMPUS GAYA

Pada 3 September 2015 bersamaan dengan hari Rabu, para

peserta perkhemahan memulakan aktiviti pagi dengan senaman pagi dipimpin oleh

peserta gabungan unit beruniform Pengakap Kanak-Kanak, Pandu Puteri dan Kadet

Remaja Sekolah seawal jam 6.30 pagi.

Setelah selesai sesi senaman pagi, para peserta berkumpul di balai rekreasi untuk menikmati juadah pagi untuk menambah semula tenaga sebelum melaksanakan aktiviti seterusnya. Aktiviti seterusnya bersambung lagi dengan mendengar sedikit taklimat daripada Puan Christina.

Aktiviti yang akan dijalankan selepas taklimat dari Puan Christina adalah pertandingan masakan rimba. Para peserta telah disediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk masakan rimba.

Page 2: Laporan Hari Kedua

Para peserta berusaha sehabis mungkin dalam proses menyediakan masakan masing-masing. Mereka perlu menyiapkan masakan mereka dalam masa 1 jam. Mereka perlu menyediakan kayu api mereka masing-masing, menghidupkan api mengunakan pemetik api mengikut kreativiti mereka.

Page 3: Laporan Hari Kedua
Page 4: Laporan Hari Kedua

Para peserta dari setiap unit mempamerkan kerjasama yang sangat baik semasa pertandingan ini dijalankan. Mereka juga turut mempamerkan kreativiti masing-masing. Sesungguhnya pertandingan seperti ini memberikan peluang yang sangat baik khususnya kepada para peserta dalam menunjukkan kemahiran terpendam mereka. Rata-rata peserta berasa amat teruja dalam menyiapkan, menyediakan, menghias hidangan mereka masing-masing. Berikut merupakan hasil masakan mereka.

Page 5: Laporan Hari Kedua
Page 6: Laporan Hari Kedua

Pertandingan masakan rimba telah dimenangi oleh Unit Beruniform Pengakap Kanak-Kanak. Setelah selesai, para peserta dibenarkan untuk berehat kerana pada jam 2 petang mereka akan melakukan aktiviti lain iaitu aktiviti pengembaraan.

Aktiviti pengembaraan diadakan di Taman Tun Fuad. Aktiviti ini memerlukan kerjasama pasukan dan bertujuan untuk menguji kemahiran setiap peserta khusus kemahiran menggunakan kompas dan membuat jerat. Kemahiran seperti ini sememangnya wajib untuk dipelajari ambil berada di kawasan hutan. Sebelum aktiviti bermula, para peserta diminta untuk berkumpul terlebih dahulu untuk mendengar taklimat daripada Encik Abdullah dan Encik Tarmizi.

Page 7: Laporan Hari Kedua

Setelah mendengar taklimat daripada Encik Abdullah dan Encik Tarmizi, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan dipimpin oleh seorang fasilitator yang telah dilantik.

Page 8: Laporan Hari Kedua
Page 9: Laporan Hari Kedua
Page 10: Laporan Hari Kedua

Semasa berada di puncak, setiap pasukan diminta melaporkan kekuatan anggota terlebih dahulu. Kemudian mereka diminta untuk melakukan persembahan ringkas sebelum kemahiran mereka membuat perangkap diuji oleh para pensyarah yang terlibat.

Page 11: Laporan Hari Kedua

Setelah selesai diuji, para peserta diminta untuk berkumpul semula di tempat kami berkumpul semasa kami tiba di Taman Tun Fuad. Kami diberikan sedikit taklimat ringkas sebelum sesi bergambar setelah selesai semua aktiviti di tempat ini. Tiada sebarang kecederaan mahupun perkara-perkara yang tidak diingini berlaku selama aktiviti ini berlangsung. Semua peserta berasa penat namun mereka berpuas hati dan gembira.

Page 12: Laporan Hari Kedua

Disediakan oleh:

RAYDERREN BIN BENANTA

AJK Dokumentasi

PISMP TESL SEM 4