pantun bahagian kedua

24
PANTUN MOHAMED NAIM DAIPI www.saujana.sg BAHAGIAN KEDUA

Upload: mohamed-naim-daipi

Post on 22-Jun-2015

20.678 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

Pantun bahagian kedua: bentuk dan jenis www.saujana.sg

TRANSCRIPT

Page 1: Pantun Bahagian Kedua

PANTUN

MOHAMED NAIM DAIPI

www.saujana.sg

BAHAGIAN KEDUA

Page 2: Pantun Bahagian Kedua

Dalam bahagian pertama, kita telah mempelajari cirri-ciri pantun. Bahagian kedua pula akan menyentuh bentuk dan jenis pantun. Pantun yang mengandungi pembayang dan maksud mempunyai beberapa bentuk, iaitu: Pantun dua baris (pameo / karmina) Pantun empat baris (kuatren) Pantun enam baris (talibun) Pantun lapan baris

Bentuk pantun boleh terdiri lebih daripada lapan baris tetapi jumlah baris bagi pembayang dan maksudnya hendaklah sama banyak.

Page 3: Pantun Bahagian Kedua
Page 4: Pantun Bahagian Kedua
Page 5: Pantun Bahagian Kedua
Page 6: Pantun Bahagian Kedua
Page 7: Pantun Bahagian Kedua
Page 8: Pantun Bahagian Kedua
Page 9: Pantun Bahagian Kedua
Page 10: Pantun Bahagian Kedua
Page 11: Pantun Bahagian Kedua
Page 12: Pantun Bahagian Kedua
Page 13: Pantun Bahagian Kedua

Terdapat 10 jenis pantun, iaitu: Pantun adat dan resam manusia Pantun agama dan kepercayaan Pantun budi Pantun jenaka Pantun perpisahan Pantun pahlawan Pantun nasihat Pantun peribahasa Pantun percintaan Pantun teka-teki

Page 14: Pantun Bahagian Kedua

1 PANTUN ADAT DAN RESAM MANUSIA Baik-baik mengail tenggiri Jangan kena jambatan larangan Baik-baik merendah diri Jangan muka disapu arang. Anak CIna menjual madat Dari Makasar langsung ke Deli Hidup di dunia biar beradat Bahasa tidak terjual beli.

Page 15: Pantun Bahagian Kedua

2 PANTUN AGAMA DAN KEPERCAYAAN Banyaklah hari antara hari, Tidak semulia hari Jumaat; Banyak nabi antara nabi, Tidak semulia Nabi Muhammad. Hari ini hari Khamis, Hari esok hari Jumaat; Barang siapa tersenyum manis, Itulah tanda umat Muhammad.

Page 16: Pantun Bahagian Kedua

3 PANTUN BUDI Anak beruk di tepi pantai, Pandai melompat pandai menari; Biar buruk kain dipakai, Asal hidup pandai berbudi. Puas saya bertanam ubi, Nanas juga dipandang orang; Puas sudah kutabur budi, Emas juga dipandang orang.

Page 17: Pantun Bahagian Kedua

4 PANTUN JENAKA Buah salak di rumah Tuk Imam, Sirih sekapur pergi menjala; Anjing menyalak harimau demam, Kucing di dapur pening kepala. Lenggang lenggang kangkung, Kangkung di atas kotak; Nasib abang sungguh beruntung, Dapat isteri rambutnya botak.

Page 18: Pantun Bahagian Kedua

5 PANTUN PERPISAHAN Hari ini menanam jagung, Hari esok menanam serai; Hari ini kita berkampung, Hari esok kita bercerai. Asap api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat hati tak mahu bercerai, Kehendak Allah siapa tahu.

Page 19: Pantun Bahagian Kedua

6 PANTUN PAHLAWAN Apa guna kepuk di ladang, Kalau tidak berisi padi; Apa guna berambut panjang, Kalau tidak berani mati. Kalau tuan pergi ke pasar, Belikan saya ikan bilis; Kalau tuan bercakap besar, Mari kita beradu keris.

Page 20: Pantun Bahagian Kedua

7 PANTUN NASIHAT Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa; Ajaran guru hendaklah dicari, Mana yang dapat jangan di lupa. Dayung perahu tuju haluan, Bawa rokok bersama rempah; Kalau ilmu tidak diamalkan, Ibarat pokok tidak berbuah.

Page 21: Pantun Bahagian Kedua

8 PANTUN PERIBAHASA Anak merpati disambar helang, Terbang ke titi di dalam huma; Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama. Ke tanjung menjual bayam, Dayung terlepas sampan terapung; Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung.

Page 22: Pantun Bahagian Kedua

9 PANTUN PERCINTAAN Dari mana punai melayang, Dari paya turun ke padi; Dari mana datangnya sayang, Dari mata turun ke hati. Buah selasih di atas bangku, Ditanam orang dipangkal serai; Kalau rindu sebut namaku, Air mata jangan berderai.

Page 23: Pantun Bahagian Kedua

10 PANTUN TEKA-TEKI Kalau ada tombak Kencana, Gunung Daik boleh didaki; Kalau tuan bijak laksana, Apa binatang keris di kaki? Kalau tuan bawa keladi, Bawa juga si pucuk rebung; Kalau tuan bijak bestari, Apa binatang tanduk di hidung?

Page 24: Pantun Bahagian Kedua