motorinsurance leaflet bm · 2020. 11. 23. · daripada bengkel sime darby auto connexion yang sah...

2
Kami Melindungi Anda Pakej Insurans Kenderaan Sime Darby Auto ConneXion menyediakan bantuan di seluruh negara 24 jam sehari, walau di mana jua anda berada, tanpa mengira masa. Faedah Eksklusif: • Tiada lebihan sehingga 15 tahun Anda diberi pilihan untuk mendapatkan pampasan penuh akibat kecurian atau kerugian menyeluruh, berdasarkan nilai pasaran yang dipersetujui untuk tempoh 10 tahun yang pertama* Pengecualian kos penambah baikan sehingga 10 tahun * Tertakluk kepada terma dan syarat. Kenapa Memilih Kami? Pakej Insurans Kenderaan Sime Darby Auto ConneXion disediakan secara eksklusif untuk semua kenderaan baharu dan terpakai untuk memberi anda kelegaan dari kini sampai masa depan. Dengan panel yang terdiri daripada AIG, Etiqa dan Allianz, pakej insurans kami menyediakan pelbagai kelebihan agar kenderaan anda dapat menikmati perlindungan yang menyeluruh. Operator kami di pusat Bantuan Perjalanan 24 jam sentiasa sedia membantu anda. Bagaimanakah Saya Boleh Menikmati Manfaat Bantuan Perjalanan 24 Jam Di Bawah Pakej Insurans Kenderaan? Program Bantuan Perjalanan 24 Jam disediakan secara PERCUMA untuk semua pelanggan Ford yang membeli atau membaharui insurans komprehensif daripada mana-mana Panel Pembekal Insurans Ford (AIG, Etiqa & Allianz) di mana-mana Pusat Jualan Ford atau Pusat Servis yang sah. Sila ambil perhatian bahawa manfaat tersebut tidak diberikan kepada pelanggan yang membeli atau membaharui insurans komprehensif secara terus daripada panel pembekal insurans tersebut. Anda boleh menghubungi Pusat Bantuan Perjalanan 24 jam menerusi sistem maklum balas berpandu kami di 1 300 38 3181 pada bila-bila masa. Untuk mendapatkan bantuan, sila mematuhi arahan maklum balas berpandu tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Insurans Kendereaan Sime Darby Auto ConneXion, layari www.sdacford.com.my/bm/pemilik/insuran/ sdac-motor-insurance-package Cap Pengedar Ditanggung oleh: 24 JAM 7 hari seminggu PAKEJ INSURANS KENDERAAN SIME DARBY AUTO CONNEXION

Upload: others

Post on 23-Jan-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MotorInsurance Leaflet BM · 2020. 11. 23. · daripada bengkel Sime Darby Auto ConneXion yang sah ... depan, kehabisan bahan api, kesilapan penggunaan jenis bahan api, perlumbaan

Kami Melindungi AndaPakej Insurans Kenderaan Sime Darby Auto ConneXion menyediakan bantuan di seluruh negara 24 jam sehari, walau di mana jua anda berada, tanpa mengira masa.

Faedah Eksklusif: • Tiada lebihan sehingga 15 tahun • Anda diberi pilihan untuk mendapatkan pampasan penuh akibat kecurian atau kerugian menyeluruh, berdasarkan nilai pasaran yang dipersetujui untuk tempoh 10 tahun yang pertama* • Pengecualian kos penambah baikan sehingga 10 tahun

* Tertakluk kepada terma dan syarat.

Kenapa Memilih Kami? Pakej Insurans Kenderaan Sime Darby Auto ConneXion disediakan secara eksklusif untuk semua kenderaan baharu dan terpakai untuk memberi anda kelegaan dari kini sampai masa depan. Dengan panel yang terdiri daripada AIG, Etiqa dan Allianz, pakej insurans kami menyediakan pelbagai kelebihan agar kenderaan anda dapat menikmati perlindungan yang menyeluruh. Operator kami di pusat Bantuan Perjalanan 24 jam sentiasa sedia membantu anda.

Bagaimanakah Saya Boleh Menikmati Manfaat Bantuan Perjalanan 24 Jam Di Bawah Pakej Insurans Kenderaan?Program Bantuan Perjalanan 24 Jam disediakan secara PERCUMA untuk semua pelanggan Ford yang membeli atau membaharui insurans komprehensif daripada mana-mana Panel Pembekal Insurans Ford (AIG, Etiqa & Allianz) di mana-mana Pusat Jualan Ford atau Pusat Servis yang sah.

Sila ambil perhatian bahawa manfaat tersebut tidak diberikan kepada pelanggan yang membeli atau membaharui insurans komprehensif secara terus daripada panel pembekal insurans tersebut.

Anda boleh menghubungi Pusat Bantuan Perjalanan 24 jam menerusi sistem maklum balas berpandu kami di 1 300 38 3181

pada bila-bila masa. Untuk mendapatkan bantuan, sila mematuhi arahan maklum balas berpandu tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Insurans Kendereaan Sime Darby Auto ConneXion, layari

www.sdacford.com.my/bm/pemilik/insuran/sdac-motor-insurance-package

Cap Pengedar

Ditanggung oleh:

24 JAM7 hari seminggu

PAKEJ INSURANS KENDERAAN SIME DARBY AUTO CONNEXION

Page 2: MotorInsurance Leaflet BM · 2020. 11. 23. · daripada bengkel Sime Darby Auto ConneXion yang sah ... depan, kehabisan bahan api, kesilapan penggunaan jenis bahan api, perlumbaan

Perkhidmatan Tuntutan Insurans Yang UnggulProses membuat tuntutan sememangnya rumit, itulah sebab kami memudahkannya untuk anda.

• Kelulusan untuk anggaran kerja pembaikan di bawah RM20,000 dalam tempoh 24 jam* menerusi sistem Merimen• Aturan untuk kerja pembaikan melebihi RM20,000 dalam tempoh 48 jam setelah mendapat kelulusan pelaras kerugian yang sah• Jaminan 12 bulan untuk alat ganti kenderaan dan upah daripada bengkel Sime Darby Auto ConneXion yang sah• Alat ganti tulen daripada Sime Darby Auto ConneXion • Kemas kini status tuntutan menerusi SMS

* Tertakluk kepada terma dan syarat.

Soalan Lazim

1. Adakah semua kenderaan Ford dilindungi oleh Program Bantuan Perjalanan 24 jam?

Ya. Semua kenderaan Ford dilindungi, kecuali trak atau kenderaan yang digunakan untuk tujuan komersial (sewa dan pandu, teksi, ganjaran, sekolah memandu) tidak dilindungi oleh program ini.

2. Adakah saya masih boleh dilindungi oleh Program Bantuan Perjalanan 24 jam sekiranya saya memilih pembekal insurans selain daripada pembekal Panel Insurans Ford?

Ya, tetapi perkhidmatan yang diminta akan dicaj.

3. Adakah perkhidmatan penundaan dicaj?

Semua penundaan kenderaan disediakan secara percuma sehingga RM400. Namun begitu, caj penundaan akan dikenakan untuk kerosakan yang disebabkan oleh pelanggan seperti keretakan cermin depan, kehabisan bahan api, kesilapan penggunaan jenis bahan api, perlumbaan haram, kehilangan kunci/terkunci, tayar pancit yang memerlukan penundaan, dan sebagainya.

4. Bolehkah kenderaan saya ditunda ke pusat servis pilihan saya?

Anda boleh memilih mana-mana Pusat Servis Ford Sah di seluruh negara. Caj tambahan akan dikenakan untuk penundaan ke Pusat Servis Ford Sah yang di luar lingkungan RM400. Penundaan ke pusat servis yang tidak sah tidak dibenarkan sama sekali kerana servis yang dibuat boleh membatalkan perlindungan jaminan kenderaan anda.

5. Ke manakah kenderaan saya akan ditunda?

Ia akan ditunda ke Pusat Servis Ford Sah terdekat atau ke Bengkel Kenderaan & Cat Ford sah.

6. Apakah lingkungan kawasan untuk Program Automobil dan Bantuan Perjalanan?

Perkhidmatan ini tersedia di Malaysia (tidak termasuk pulau-pulau terpilih di Malaysia), Singapura dan sempadan Malaysia-Thailand. Namun begitu, perkhidmatan serupa akan diberi kepada pelanggan di Pulau Pinang, Langkawi dan Labuan.

7. Bagaimanakah sekiranya tayar kenderaan saya pancit?

Penyedia perkhidmatan kami akan membantu menukarkan tayar pancit tersebut dengan tayar ganti kenderaan secara PERCUMA.

8. Bagaimanakah sekiranya bateri kenderaan saya tidak berfungsi?

Kakitangan Bantuan Perjalanan 24 jam kami akan cuba menghidupkan enjin kenderaan anda. Pelanggan akan dinasihatkan untuk memandu ke Pusat Servis Ford Sah yang berhampiran untuk mendapatkan diagnosis yang sewajarnya.

Bantuan Tambahan Di Saat Anda Amat MemerlukannyaKami mengutamakan segala yang penting, iaitu anda dan masa anda. Kami sedia membantu anda menghadapi pelbagai kemungkinan yang mungkin timbul dalam kehidupan dengan menyediakan perkhidmatan tambahan dan sokongan tanpa sebarang caj tambahan.

• Khidmat tunda kecemasan 24 jam, pembaikan di tepi jalan raya dan tunda kemalangan sehingga RM400• Bantuan rujukan sewaan kereta• Bantuan urusan penginapan hotel• Penghantaran mesej kecemasan• Bantuan perubatan dan rujukan