perlombongan biji timah setelah kedatangan british (repaired).docx

8
Perlombongan biji timah setelah kedatangan British Pengenalan Era kolonial yang berlaku di Tanah Melayu meninggalkan pelbagai kesan yang mendalam dari segi ekonomi, politik dan sosial masyarakat pribumi. Menurut Cheah Boon Kheng, kolonialisme bermaksud satu keadaan buruk bagi jajahan atau ‘eksploitasi jajahan’ oleh negara imperialis.[1] Secara rasminya kedatangan British di Tanah Melayu bermula sejak tahun 1786 setelah Francis Light menduduki Pulau Pinang dan perluasan wilayah sehingga ke Seberang Perai berlaku dengan termeterainya perjanjian pada tahun 1800.[2] Kedatangan utama pihak British ke Tanah Melayu mempunyai tujuan yang amat jelas iaitu kekayaan dan kekuasaan. Bagi merealisasikan hasrat untuk mencari hasil kekayaan, mereka telah memperkenalkan pertanian ekspot dan memonopoli sektor perlombongan untuk mendapatkan bekalan serta keuntungan hasil dagangan.[3] Dalam aspek perlombongan bijih timah pula, pengekploitasian bahan mentah oleh pihak luar bukanlah perkara baru di Tanah Melayu. Menurut catatan rekod pedagang Belanda sebelum abad ke-17, di Melaka telah wujud perdagangan bijih timah dengan China, India dan Jawa dan dianggarkan pengeluaran hasil hampir 2 ribu tan.[5] Sebelum kedatangan Inggeris, konsesi perusahaan lombong diberikan kepada orang Cina namun selepas orang-orang Inggeris mula menceburi sektor perlombongan,

Upload: cahayahanan

Post on 16-Jan-2016

303 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perlombongan biji timah setelah kedatangan British (Repaired).docx

Perlombongan biji timah setelah kedatangan British

Pengenalan

Era kolonial yang berlaku di Tanah Melayu meninggalkan pelbagai kesan yang

mendalam dari segi ekonomi, politik dan sosial masyarakat pribumi. Menurut Cheah Boon

Kheng, kolonialisme bermaksud satu keadaan buruk bagi jajahan atau ‘eksploitasi jajahan’

oleh negara imperialis.[1] Secara rasminya kedatangan British di Tanah Melayu bermula

sejak tahun 1786 setelah Francis Light menduduki Pulau Pinang dan perluasan wilayah

sehingga ke Seberang Perai berlaku dengan termeterainya perjanjian pada tahun 1800.[2]

Kedatangan utama pihak British ke Tanah Melayu mempunyai tujuan yang amat jelas iaitu

kekayaan dan kekuasaan. Bagi merealisasikan hasrat untuk mencari hasil kekayaan, mereka

telah memperkenalkan pertanian ekspot dan memonopoli sektor perlombongan untuk

mendapatkan bekalan serta keuntungan hasil dagangan.[3]

Dalam aspek perlombongan bijih timah pula, pengekploitasian bahan mentah oleh pihak luar

bukanlah perkara baru di Tanah Melayu. Menurut catatan rekod pedagang Belanda sebelum

abad ke-17, di Melaka telah wujud perdagangan bijih timah dengan China, India dan Jawa

dan dianggarkan pengeluaran hasil hampir 2 ribu tan.[5] Sebelum kedatangan Inggeris,

konsesi perusahaan lombong diberikan kepada orang Cina namun selepas orang-orang

Inggeris mula menceburi sektor perlombongan, persaingan dari segi teknologi dan modal

menyebabkan orang-orang Cina ketinggalan jauh dan akhirnya pihak Inggeris yang

memonopolinya.[6]

Perlombongan bijih timah sudah dijalankan oleh orang-orang Melayu sekian lama.

Perkembangan perlombongan bijih timah ini dapat dilihat apabila pembesar

tempatan  membawa masuk buruh cina dan kira-kira 80,000 orang cina di perak sebagai

buruh ikatan. Kemasukan ini hasil daripada permintaan yang banyak kesan daripada Revolusi

Perusahaan di British dan Amerika. Bijih timah digunakan dalam perusahaan membuat tin,

motokar, wayar, dan kereta api. Industri ini berkembang dengan kemasukan buruh daripada

Cina.

Perkembangan industri ini secara besar-besaran iaitu selepas penemuan longgokan

bijih timah yang banyak di Larut, Perak iaitu pada tahun 1848 dan di Kinta pada tahun 1880.

Dalam pertengahan pertama abad ke 19, pelombong Cina memperkenalkan pembaharuan

Page 2: Perlombongan biji timah setelah kedatangan British (Repaired).docx

dalam teknik perlombongan yang pelbagai dalam perusahaan perlombongan. Kemajuan

buruh Cina ini telah menarik minat pemodal-pemodal British dari negeri-negeri Selat untuk

melabur dalam sector perlombongan bijih timah. Pada akhir kurun ke-19 orang Cina

menguasai kegiatan melombong bijih timah dan antara tahun 1898 hingga 1905 Tanah

Melayu menjadi pengeluar utama bijih timah di dunia.

Permulaan

Perusahaan bijih timah merupakan perusahaan yang tertua dan bahan eksport utama di

Tanah Melayu. Sebelum tahun 1820, perlombongan bijih timah diusahakan oleh orang

Melayu secara tradisional dengan menggunakan kaedah mendulang dan melampan.

Kemasukan orang Cina bersama kaedah-kaedah perlombongan yang lebih baik, iaitu secara

lombong dedah dan lombong pam dalam telah memperkembangkan perusahaan ini hingga

Tanah Melayu.

Masalah kekurangan buruh diatasi oleh British dengan menggalakkan dasar

penghijrahan buruh dari China. Dasar British yang liberal terhadap kemasukan imigran-

imigran memberi impak yang besar terhadap perusahaan bijih timah. British bukan sahaja

tidak menyekat kemasukan imigran malah menggalakkan lagi kedatangan mereka. Buktinya,

British telah menandatangani perjanjian dengan pemilik kapal dan saudagar-saudagar Cina di

mana British akan memberi subsidi sebanyak $5 terhadap tiap-tiap imigran Cina yang dibawa

masuk ke Tanah Melayu. Untuk menggalakkan kedatangan orang Cina, British menyediakan

pelbagai kemudahan. Pada tahun 1877, Jabatan Perlindungan Orang-orang Cina telah

ditubuhkan bagi mengurus hal-ehwal orang Cina terutamanya yang berkaitan dengan

kemasukan, pekerjaan, perlindungan dan sebagainya. Tenaga buruh didapati dengan mudah

dan murah hasil daripada usaha-usaha mereka untuk membawa imigran-imigran Cina dari

Selatan Cina terutama dari Kwantung, Kwangsi, Fukkien. Terdapat di antara buruh-buruh ini

yang sudah mempunyai pengalaman dalam kegiatan perlombongan di negeri mereka.

Merekalah yang kemudiannya menjadi tenaga mahir dan separuh mahir dalam perlombongan

bijih timah di Tanah Melayu. Orang-orang Cina juga telah memperkenalkan teknik-teknik

melombong yang lebih baik dari orang Melayu. Antara teknik-teknik tersebut ialah lombong

dedah, enjin wap, pam berantai dan lain-lain. Orang-orang Cina juga telah memperkenalkan

teknik roda air yang dapat mengelakkan banjir di kawasan perlombongan. Saudagar-saudagar

Cina di Negeri-negeri Selat pula telah memberi sumbangan modal bagi menjalankan

Page 3: Perlombongan biji timah setelah kedatangan British (Repaired).docx

perusahaan bijih timah di Negeri-negeri Melayu. Selain itu, terdapat pengusaha-pengusaha

yang berkebolehan dalam menjalankan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.

Dari segi pengeluaran, usaha-usaha pentadbiran Inggeris yang menyediakan suasana

yang menyenangkan dan perkhidmatan yang baik menyebabkan hasil perlombongan sangat

menakjubkan. Dalam tahun 1874, dari 36 000 ribu tan pengeluaran bijih timah dunia,

sumbangan Tanah Melayu hanya dianggarkan sebanyak 4 200 tan sahaja. Manakala dalam

tahun 1895, Tanah Melayu menyumbangkan 45 529 tan bijih timah yakni melebihi 50 peratus

daripada jumlah pengeluaran bijih timah dunia sebanyak 90 207 tan.[8] Pertambahan jumlah

pengeluaran ini menguntungkan kerajaan penjajah dari segi pendapatan cukai ekspot, di

Selangor dan Perak misalnya berjumlah $389 381 dari jumlah hasil $536 759.[9]

Pada tahun 1890-an, kilang pelebur telah didirikan di Pulau Pinang dan Singapura.

Pembinaan kilang pelebur ini menyebabkan bijih timah tidak perlu dihantar ke Eropah untuk

dileburkan. Bijih timah dapat dilebur di Tanah Melayu dan dieksport ke Eropah dan Amerika

dalam bentuk jongkong. Pada awal 1900-an, Tanah Melayu menjadi pengeluar dan

pengeksport bijih timah terbesar di dunia. Pemerintahan British yang memperkenalkan

Sistem Residen dan penggunaan kapal korek oleh pengusaha Eropah telah memesatkan lagi

kemajuan perusahaan bijih timah. Pengenalan kapal korek sejak 1912 telah memberi

sumbangan dalam perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Penggunaan kapal korek telah

menambahkan pengeluaran bijih timah kerana kapal korek dapat digunakan di kawasan di

mana teknik-teknik lain tidak dapat digunakan terutama kawasan berpaya. Oleh sebab

harganya mahal, pada peringkat awal, hanya mempu dimiliki oleh pemodal Eropah. Kapal

korek yang pertama digunakan dengan jayanya pada tahun 1912 oleh Malayan Tin Trading,

Batu Gajah (Perak). Menjelang tahun 1929 terdapat 105 buah kapal korek di Tanah Melayu.

Pembinaan sistem perhubungan jalan raya dan keretapi telah memudahkan

pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan utama untuk dieksport.

Jalan keretapi pertama dibina pada tahun 1885 untuk menghubungkan Taiping dengan Port

Weld, pada tahun 1886 jalan keretapi dibina menghubungkan Kuala Lumpur dengan Kelang,

tahun 1891 dibina menghubungkan Port Dickson dengan Seremban, dan yang terakhir pada

1893 menghubungkan Ipoh dengan Teluk Anson. Menjelang 1903, terdapat jalan keretapi

menghubungkan Perai ke Seremban dan disambungkan ke Johor Bahru pada tahun 1909.

Pada tahun 1911, sudah terdapat jalan raya dari Perai ke Singapura. Kemajuan pengangkutan

Page 4: Perlombongan biji timah setelah kedatangan British (Repaired).docx

ini telah membawa kepada pembukaan lebih banyak lombong baru dan seterusnya

meningkatkan pengeluaran bijih timah.

Bagi melancarkan urusan perlombongan, pentadbiran telah dikemas kini dengan

memperkenalkan kerja ukur tanah lombong bagi menentukan sempadan dengan tepat dan

mengelakkan pergaduhan antara pelombong. Sistem pengukuran tanah yang tepat dan hak

milik yang jelas telah menamatkan pertikaian merebut tanah terutamanya tanah

perlombongan. Keadaan ini sudah tentu membolehkan kegiatan perlombongan bijih timah

dapat dijalankan tanpa gangguan. Usaha-usaha yang dijalankan British ini terbukti telah

menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu dan meningkatkan

produktiviti perlombongannya. Kepesatan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah

Melayu adalah disebabkan permintaan tinggi di pasaran dunia, ekoran Revolusi Perindustrian

yang berlaku di Eropah. Bijih timah sangat diperlukan dalam perusahaan mengetin makanan

iaitu sebagai penyadur tin bagi mengelakkan tin daripada berkarat dan menjamin makanan

selamat digunakan1.

Revolusi Perindustrian

Revolusi Perindustrian atau perubahan besar-besaran yang telah berlaku dalam

perusahaan mengetin makanan. British ketika itu menghapi permintaan bijih timah yang

sangat tinggi di Eropah. Mereka memerlukan bijih timah untuk mengusahakan pengetinan

makanan. Hal ini demikian kerana cara paling baik dan sesuai dalam pengawetan makanan

telah dikenalpasti iaitu menggunakan timah sebagai bahan pateri di dalam tin. Perkembangan

Revolusi Perusahaan sejak awal abad ke-19 telah menyebabkan permintaan bijih timah oleh

industri-industri di Eropah dan Amerika Syarikat meningkat lebih-lebih lagi selepas

terciptanya teknologi mengetin makanan oleh Peter Durar dan Nicholas Appot pada tahun

1810. Permintaan bijih timah juga meningkat akibat dari berlakunya Perang Saudara Amerika

pada tahun 1860-an di mana bijih timah diperlukan untuk mengetin makanan tentera yang

terlibat dalam peperangan. Permintaan yang bertambah menyebabkan harga bijih timah

meningkat kepada 7 paun 12 sherling 9 pence pada tahun 1872. Harga yang meningkat telah

menggalakkan pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu. Permintaan terhadap bijih timah

juga meningkat kerana bijih timah mempunyai kualiti-kualiti tertentu yang tidak terdapat

1

Page 5: Perlombongan biji timah setelah kedatangan British (Repaired).docx

pada logam-logam lain. Apabila bijih timah dicampurkan dengan logam lain, ianya akan

menambahkan kegunaan logam tersebut.

Selepas berlakunya Revolusi Perindustrian di Eropah, permintaan bijih timah semakin

meningkat dalam industri pengetinan, kenderaan, wayar, keretapi dan sebagainya. British

melihat fenomena ini sebagai suatu yang perlu dimanfaatkan kerana perusahaan

perlombongan bijih timah sememangnya mendatangkan hasil yang lumayan. Kemudian

berlakulah pelaburan secara besar-besaran di Tanah Melayu oleh pemodal dari Eropah

misalnya Straits Trading Company, Syarikat Messrs, Osborne dan Chapel di Tnjung

Rambutan dan Syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Perak. Kesemua syarikat ini

memperkenalkan teknologi perlombongan moden misalnya pam kelikir, monitor dan kapal

korek seperti yang digunakan di New Zealand dan Australia.2

Sebelum penggunaan tin, proses yang dipelopori oleh Nicolas Appert (1749-1841)

boleh mengawet makanan untuk jangka masa yang lama menggunakan botol kaca, tetapi

kaca itu mudah pecah dan tidak boleh digunakan sekiranya dibawa semasa perjalanan yang

lasak seperti ekspedisi tentera. Dalam tahun 1810, Peter Durand menemui cara mengawet

makanan menggunakan bekas diperbuat daripada besi yang disalut dengan timah. Malangnya,

kimpalan plumbum yang digunakan untuk memeteri tin boleh mengakibatkan keracunan

plumbum sekiranya plumbum dilarutresapkan ke dalam makanan tersebut. Kematian 128

orang dalam pengembaraan diketuai John Franklin ke kawasan Artik dalam tahun 1845

disebabkan oleh keracunan plumbum dan mengakibatkan anggota ekspedisi menjadi gila.

Kelemahan ini diatasi dengan menggunakan bahan pateri yang tidak menggunakan plumbum.

John Hall bersama Peter Durand menyempurnakan proses ini dan berjaya

mendapatkan kontrak besar membekalkan makanan ditinkan kepada Tentera

British dan Tentera Laut Diraja British. Kejayaan ini meledakkan permintaan untuk timah.

Proses mengetin makanan membolehkan makanan disimpan dengan lebih lama, sehingga

bertahun-tahun lamanya, tanpa kemudaratan dalam rasa makanan yang ditinkan. Proses

mengetin makanan membolehkan pasukan tentera dibekalkan makanan untuk ekspedisi yang

lebih lama dan jauh.

2 Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, (Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors  Sdn. Bhd.  2002) m.s 193.