perlembagaan persekutuan malysia

16
https://www.google.com.my/url? sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=3&cad=rja&uact=8&ved=0CC8QFjAC &url=http%3A%2F%2Fwww.slideshare.net%2Fnorazmiyazid%2Funsur- unsur-tradisi-dalam-perlembagaan- malaysia&ei=vXHZVLeaGsznuQS_kIIY&usg=AFQjCNHKxZmrwJ7przX608j4j4t1 0OQERg&sig2=m29cU2OVip7kOIaR8Ddo2Q https://www.google.com.my/url? sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=8&cad=rja&uact=8&ved=0CFoQFjAH &url=http%3A%2F%2Fwww.slideshare.net%2Fkita1malaysia%2Fbab3- perlembagaan&ei=EYDZVIH_A8euuQTiiYHwDw&usg=AFQjCNGLl88q0SKYMq4C0H DhaCGbQpo9sg&sig2=0EvP853CPrMSdC38PtfW9A Pengenalan Profesor Dicey berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen dan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang. Walau bagaimanapun, seperti mana yang dijelaskan oleh Tun Mohamad Salleh Abas (dalam Salleh Abbas, 1986), takrif yang diberikan tersebut tidak mencukupi kerana apa yang terkandung dalam perlembagaan itu merangkumi sesuatu yang lebih luas. Beliau juga telah menjelaskan bahawa perlembagaan itu ialah suatu surat atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang moden. Undang-undang tertinggi inilah yang menjadi punca bagi kesemua undang-undang sama ada yang sudah atau akan dibuat. Sejauh mana kebenaran pendapat yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh tersebut belum dapat dipastikan memandangkan saya sendiri tidak memiliki ilmu yang tinggi mengenai konsep yang dibincangkan itu. Jadi adalah diharapkan melalui kajian-kajian keperpustakaan

Upload: anjaliraju

Post on 25-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

:)

TRANSCRIPT

Page 1: perlembagaan persekutuan malysia

https://www.google.com.my/url?

sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=3&cad=rja&uact=8&ved=0CC8QFjAC&url=h

ttp%3A%2F%2Fwww.slideshare.net%2Fnorazmiyazid%2Funsur-unsur-tradisi-dalam-

perlembagaan-

malaysia&ei=vXHZVLeaGsznuQS_kIIY&usg=AFQjCNHKxZmrwJ7przX608j4j4t10OQE

Rg&sig2=m29cU2OVip7kOIaR8Ddo2Q

https://www.google.com.my/url?

sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=8&cad=rja&uact=8&ved=0CFoQFjAH&url=ht

tp%3A%2F%2Fwww.slideshare.net%2Fkita1malaysia%2Fbab3-

perlembagaan&ei=EYDZVIH_A8euuQTiiYHwDw&usg=AFQjCNGLl88q0SKYMq4C0H

DhaCGbQpo9sg&sig2=0EvP853CPrMSdC38PtfW9A

Pengenalan

Profesor Dicey berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip

sahaja iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen dan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang. Walau

bagaimanapun, seperti mana yang dijelaskan oleh Tun Mohamad Salleh Abas (dalam Salleh

Abbas, 1986), takrif yang diberikan tersebut tidak mencukupi kerana apa yang terkandung dalam

perlembagaan itu merangkumi sesuatu yang lebih luas. Beliau juga telah menjelaskan bahawa

perlembagaan itu ialah suatu surat atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang

tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang moden. Undang-

undang tertinggi inilah yang menjadi punca bagi kesemua undang-undang sama ada yang sudah

atau akan dibuat.

Sejauh mana kebenaran pendapat yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh tersebut belum dapat

dipastikan memandangkan saya sendiri tidak memiliki ilmu yang tinggi mengenai konsep yang

dibincangkan itu. Jadi adalah diharapkan melalui kajian-kajian keperpustakaan atau pembacaan

saya berkaitan tajuk yang dibincangkan, saya bukan sahaja dapat menjawab persoalan tersebut,

malah dapat menjelaskan beberapa konsep lain yang juga sinonim dengan tajuk yang

dibincangkan ini.

Page 2: perlembagaan persekutuan malysia

Konsep Perlembagaan

Hasil daripada rujukan dan pembacaan daripada beberapa sumber yang relevan, saya dapati agak

banyak definisi yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh berkaitan bagi konsep perlembagaan itu,

antaranya[1]:

1. A. S. Hornby dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary.

Perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang-undang dan

prinsip-prinsip kerajaan tersebut berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah.

2. Geoffrey Marshall dan Graeme C.Moodie dalam Some Problems of the Constitution.

Perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsi kepada prinsip bahagian-bahagian

tertentu sesebuah negara yang mengawal kerajaan atau badan yang dikenali sebagai rakyat.

3. C.H. Pritchett dalam International Encyclopedia of Social Sciences.

Perlembagaan sesebuah negara itu sebagai satu rangka kerja peraturan perundangan yang

menjadikan atau membuatkan sistem pemerintahan negara itu.

4. C.A. Leeds dalam bukunya, Politics.

Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-dasar penting

berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diisytiharkan, sama ada dalam undang-

undang, adapt kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian.

5. C.F. Strong dalam bukunya Modern Political Constitution.

Perlembagaan sebagai koleksi prinsip-prinsip kuasa pemerintah, hak-hak memerintah dan

hubungan antara keduanya akan diubah.

6. R.N. Gilchrist dalam bukunya Principles of Political Science.

Page 3: perlembagaan persekutuan malysia

Perlembagaan mengandungi satu badan atau peraturan bertulis atau tidak bertulis yang dapat

mengenal pasti kerajaan yang dibentuk, satu pembentukan kuasa untuk pelbagai organisasi

kerajaan dan prinsip-prinsip umum yang akan menggunakan kuasa ini.

Pada asasnya, perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara

dan memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam undang-

undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang mengandungi

peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan. Beberapa konsep penting yang berkaitan dengan

perlembagaan adalah:

Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip

sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk

melaksanakan kuasa dan mentadbir negara

Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis.

Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan

tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom.

Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan

kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta

menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara.

Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia

Sebelum Perlembagaan Persekutuan digubal, Tanah Melayu semasa penjajahan British pada

masa itu telahpun mempunyai perlembagaannya. Perlembagaan tersebut digubal berikutan

penubuhan Malaysan Union 1946. Walau bagaimanapun Malayan Union telah mendapat

bantahan daripada penduduk Tanah Melayu memandangkan perlembagaan yang dibentuk gagal

memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Ini adalah kerana banyak perlembagaan tersebut

lebih menguntungkan pihak British berbanding rakyat negara ini. Bahkan perlembagaan tersebut

juga dikatakan telah mengetepikan nilai-nilai tradisi masyarakat Melayu yang telahpun diwarisi

sejak zaman Kesultanan Melaka lagi.

Bagi memenuhi tuntukan rakyat pada masa itu, pihak British telah menubuhkan satu

jawatankuasa khas bagi mengkaji dan seterusnya menggubal satu perlembagaan yang dapat

memenuhi tuntutan rakyat di negara ini, khususnya berkenaan dengan nilai-nilai tradisi

Page 4: perlembagaan persekutuan malysia

masyarakat pribuminya. Nilai-nilai tradisi yang dimaksudkan adalah: Kedudukan istimewa Raja-

raja Melayu; Hak keistimewaan orang Melayu; Agama; dan Bahasa.

Berikut adalah penjelasan bagi keempat-empat nilai tradisi yang terkandung dalam

Perlembagaan Persekutuan itu.

1. Kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong

Beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai kaitan

dengan kedudukan istemewa Raja-raja Melayu ini termasuklah Perkara 32, perkara 41, perkara

42, Perkara 44, Perkara153, dan Perkara 122B, perkara 41.

Tradisi pemerintahan beraja di Tanah Melayu pada masa itu sudahpun menjadi amlan sejak

zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam

masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Oleh

sebab itulah unsur tradisi ini dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan kerana sudah sekian

lama orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Tambahan pula, sistem

pemerintahan beraja akan dapat meningkatkan taat setia rakyat raja dan negara ini. Ketaatan

kepada raja dan negara akan dapat memupuk persefahaman ke arah perpaduan.

2. Agama Islam

Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan

tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak

seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri,

atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di

kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4).

Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan

negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu. Berdasarkan falsafah Islam “membebaskan

manusia daripada perhambaan sesama manusia”, maka perlembagaan yang baik pasti akan

menghormati hak-hak rakyat dalam negara tersebut, dan tidak cuba memaksa rakyat

memperhambakan diri mereka kepada ideologi pemerintah. Peruntukan undang-undang seperti

ini menunjukkan bahawa pemerintah amat bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang

mengamalkan agama yang berbeza. Perkara ini diberikan perhatian supaya masyarakat lain tidak

Page 5: perlembagaan persekutuan malysia

berasa diketepikan atau ditindas dalam soal agama. Ini seterusnya akan dapat mewujudkan

persefahaman dan permuafakan ke arah perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan agama.

3. Hak keistimewaan Orang-Orang Melayu

Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak-hak orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan

Sarawak ada dinyatakan dalam Perkara 153. Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera

meliputi: Bidang Perkhidmatan Awam – Perkara 153 (2, 3 dan 4); Bidang Ekonomi – Perkara

153 (6) dan Bidang Pelajaran – Perkara 153 (2, 3 dan 4). Selain itu, kedudukan istemewa orang

Melayu dan bumiputera yang lain juga terdapat dalam peruntukan Perkara 89 dan 90, iaitu

berhubung dengan tanah rizab Melayu; dan Perkara 8(5)(f) berkenaan kemasukan orang Melayu

dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana

dikuatkuasakan. Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan

1948 (Pindaan 1971).

Melihat dari sudut kepentingannya, kita sedar bahawa orang Melayu merupakan penduduk asli

atau pribumi negara ini. Justeru adalah wajar orang-orang Melayu diberikan hak keistemewaan

tersebut. Ini kerana sebelum ini orang Melayu lebih banyak terlibat dalam bidang perikanan atau

pertanian. Justeru adalah wajar orang-orang Melayu diberi keutamaan dalam kesemua aspek

yang dinyatakan di atas bagi membolehkan mereka memperbaiki taraf hidup yang sebelum ini

agak jauh ketinggalan berbanding kaum lain.

4. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan.

Bahasa ini secara automatiknya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua

maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna “apa-apa jua

maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri dan termasuklah apa-apa

maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

Jika melihat dari aspek rasional kenapa bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi negara,

aspek sejarah perlu dipertimbangkan. Berdasarkan sejarah, bahasa Melayu telahpun menjadi

lingua franca sekian lamanya (Salleh Abbas, 1986). Jadi tujuan di sebalik meluluskan bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai

kaum di negara ini ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama

Page 6: perlembagaan persekutuan malysia
Page 7: perlembagaan persekutuan malysia

Konsep Perlembagaan dan Hubungan Etnik (T3)

PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK

Oleh

MOHD ZUHAIRI SAFUAN

1.              PengenalanPerlembagaan merupakan elemen penting dalam amalan sistem politik demokrasi. Ia adalah satu kumpulan peraturan atau undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian hak dan kuasa, prosedur, panduan kepada kerajaan dan rakyat. Ia adalah undang-undang tertinggi dalam sesebuah negara. Ia berbentuk bertulis yang didokumentasikan dan juga tidak bertulis iaitu undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan juga keputusan mahkamah.Perlembagaan Amerika Syarikat digubal pada tahun 1787. Sementara Peranchis menggubalnya pada tahun 1795. Namun Magna Charta perlembagaan Inggeris digubal pada tahun 1215 sebagai satu sanjungan kepada sistem demokrasi. Perlembagaan ini merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara. Ia penting bagi melicinkan pentadbiran negara dan kestabilan politik.

2.              Perlembagaan MadinahNabi Muhammad S.A.W. telah menggubal Sahifah Madinah (Perlembagaan Madinah) iaitu perlembagaan bertulis yang pertama di dunia yang mengiktiraf hak dan peranan orang Islam dan bukan Islam dengan tanggungjawab dan hal ehwal masing-masing dalam sebuah negara. Ia meletakkan Allah dan Rasul sebagai rujukan utama dalam segala hal, kesatuan ummah, kedudukan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai ketua negara serta komposisi rakyat dari kalangan Islam, Nasrani dan Yahudi. Ia sebagai bukti bersatunya orang Islam dan bukan Islam atas kepentingan bersama dalam satu negara dan sebagai tanda sebuah negara yang berdaulat.Sahifah Madinah mengandungi 47 fasal yang terbahagi kepada dua komponan utama iaitu; 23 fasal menyentuh mengenai hubungan dan tanggungjawab orang Islam iaitu golongan Muhajirin dan Ansar. Manakala 24 fasal pula membabitkan golongan Yahudi dan Nasrani dan tanggungjawab mereka terhadap negara Madinah. Pada dasarnya ia meliputi aspek pembentukan ummah, hak asasi manusia, persatuan seagama, penyatuan segenap rakyat, golongan minoriti, tugas rakyat, melindungi negara, pemimpin negara dan politik perdamaian.Sahifah Madinah menggambarkan kebijaksanaan untuk menghadapi musuh apabila setiap orang Islam tidak dibenarkan membiarkan saudaranya dalam keadaan terancam bahkan tindakan keras akan dikenakan terhadap orang yang melakukan pemberontakan dan kekacauan umum. Tambahan pula dilarang dari memberi bantuan kepada pihak yang berniat jahat terhadap negara Madinah. Di satu sisi

Page 8: perlembagaan persekutuan malysia

yang lain, orang bukan Islam dilindungi nyawa, kepercayaan agama dan harta benda mereka. Akan tetapi mereka mesti bertanggungjawab sebagaimana orang Islam mempertahankan negara Madinah dari sebarang ancaman.

3.              Konsep Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan perlembagaan bertulis yang mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual yang meliputi kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewargenegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain lagi. Tidak ada undang-undang atau institusi boleh melangkaui perlembagaan sebagaimana termaktub dalan Perkara 4(1) iaitu; “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama bagi Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang bertentangan dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat yang bertentangan itu”.

Perlembagaan bertujuan untuk memastikan kewujudan sebuah pemerintahan yang adil, menggelakkan penyalahgunaan kuasa, mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat serta menjamin keamanan dan kestabilan negara.

4.              Penggubalan Perlembagaan MalaysiaRentetan beberapa peristiwa semasa dalam perkembangan sejarah orang Melayu yang begitu aktif menentang segala bentuk penjajahan oleh kuasa Siam, Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun telah mencetuskan semangat nasionalisme Melayu. Apatah lagi kedatangan Jepun dengan slogan “Asia untuk Asia” menyemarakkan semangat nasionalisme Melayu menentang penjajah Barat. Jepun dilihat sebagai membantu nasionalisme Melayu dan memusuhi etnik Cina. Ini membawa kepada penubuhan beberapa kesatuan seperti Kesatuan Melayu Selangor, Kesatuan Melayu Perak dan media massa seperti al-Imam, Majlis, Saudara, Utusan Melayu yang menentang penjajahan dan menyedarkan orang Melayu bangkit menuntut perubahan. Mereka dipimpin oleh tokoh-tokoh seperti Syed Syeikh al-Hadi, Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Rahim Kajai dan ramai lagi.

Perjuangan bertambah hebat apabila Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua. Sebelum Inggeris datang semula ke Tanah Melayu, wujud kekosongan pemerintah dan berlaku huru-hara selama 13 hari melibatkan Parti Komunis Malaya (PKM) dan orang Melayu. Inggeris kemudiannya memperkenalkan British Military Administration (BMA) dan Malayan Union. Sir Harold MacMichael ditugaskan untuk mendapatkan persetujuan Raja-Raja Melayu. Beliau menggunakan paksaan dan ugutan terhadap Raja-Raja Melayu setuju ataupun dilucutkan kuasa. Malayan Union mengesahkan cengkaman pentadbiran Inggeris terhadap Tanah Melayu melalui kuasa gabenor Inggeris, Sultan hanya berkuasa pada aspek agama dan adat Melayu.

Manakala soal kewarganegaraan syaratnya amat longgar (jus soli) diberikan kepada etnik bukan Melayu. Malayan Union yang terdiri dari kawalan pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu serta Negeri-negeri Selat diisytiharkan di King’s House(Corcosa Seri Negara), Kuala Lumpur dengan Sir Edward Gent sebagai gabenor pertama. Serentak dengan itu orang Melayu bangkit menentang kerana bimbang status quo mereka yang terhakis dalam bidang politik,

Page 9: perlembagaan persekutuan malysia

ekonomi dan sosial. Mereka membuat perhimpunan bantahan besar-besaran sehingga memaksa Inggeris membatalkan Malayan Union dan membuat rundingan semula dengan wakil Sultan dan wakil UMNO serta kemudiannya pada tahun 1947 dengan disertai oleh wakil orang Eropah, Cina dan India. Hasil usaha ini kemudiannya melahirkan Persekutuan Tanah Melayu.Pada 1 februari 1948, Inggeris mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu dengan Raja-Raja Melayu kekal mempunyai kuasa memerintah dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Perundangan Negeri, syarat kewarganegaraan diperketatkan dan orang Melayu diberi keistimewaan sebagai bumiputera. Persekutuan ini merupakan gabungan negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat dengan kerajaan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi Inggeris.Pada tahun 1951 diadakan pilihanraya perbandaran yang pertama dalam usaha membina kerajaan sendiri di kalangan rakyat Malaysia. Pilihanraya 1955 menyaksikan parti Perikatan (gabungan UMNO, MCA dan MIC) bertanding dan menang 51 dari 52 kerusi dan 1 kerusi oleh PAS (Parti Islam SeMalaysia). Aspek penting di sini ialah wujudnya kompromi kerusi tanpa mengikut majoriti penduduk kawasan mengundi dan penubuhan kerajaan dari parti yang banyak kerusi di parlimen. Kerjasama pelbagai etnik ini adalah untuk kebajikan dan kepentingan etnik masing-masing dan bukan kerana politik. UMNO sanggup berkongsi, berkorban dan toleran demi untuk perpaduan.Perundingan kemerdekaan negara disertai oleh wakil parti Perikatan iaitu Tengku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun H.S Lee telah pergi ke London dan menandatangani Perjanjian London pada 8 februari 1956 sebagai membuka jalan kepada kemerdekaan dan dipersetujui tarikh 31 Ogos 1957 serta pelaksanaan sistem demokrasi, penyertaan dalam Komanwel Inggeris, penempatan tentera Inggeris dan penubuhkan Suruhanjaya Reid untuk menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid dan dibantu oleh Sir Ivor Jennings (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). Ia sentiasa mendapatkan maklum balas untuk menggubal perlembagaan dari parti politik, orang ramai, individu dan Raja-Raja Melayu. Inilah yang dikatakan sebagai kontrak sosial iaitu orang Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara penting untuk kestabilan seperti konsep jus soli dalam kewarganegaraan orang bukan Melayu dan orang Melayu mendapat bahasa Melayu, agama Islam, keistimewaan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu. Perlembagaan yang sama ini kemudiannya dipanjangkan apabila tertubuhnya Persekutuan Malaysia pada 16 september 1963.

5.              Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan MalaysiaUnsur-unsur tradisi telah wujud sebelum perlembagaan digubal pada 1957 dan berperanan untuk menstabilkan negara. Ia dianggap isu sensitif dan diletak di bawah Akta Hasutan 1948. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia tidak boleh mempersoalkannya kerana ia boleh mencetuskan salah faham, ketegangan dan kekacauan awam serta pertentangan etnik. Ia kemudian dipanjangkan amalannya apabila ditubuhkan Persekutuan Malaysia 1963 iaitu bumiputera Sabah dan Sarawak diberi status yang sama dengan orang Melayu dalam Perkara 153 dan kuasa Yang Dipertua Negeri adalah sama dengan kuasa Sultan iaitu Raja-Raja Melayu.Perlembagaan Malaysia dalam soal hubungan etnik merupakan kontrak sosial yang dipersetujui bersama sebagai keseimbangan hak semua etnik dan ia disentuh secara khusus dalam;

    Perkara 8; persamaan dan hak sama rata setiap warganegara di sisi undang-undang. Semua warganegara tanpa dibezakan oleh agama, kedudukan sosial, pekerjaan, politik, agama dan demografi

Page 10: perlembagaan persekutuan malysia

diberi layanan yang sama dan adil tanpa diskriminasi Pengecualian hanya dalam soal agama Islam dan hak istimewa orang Melayu.

    Perkara 10(4); batasan hak setiap warganegara kebebasan bersuara, berhimpun secara aman dan membentuk persatuan sebagai bukti amalan demokrasi selama ia dapat menjamin keselamatan negara dan ketenteraman masyarakat. Akan tetapi adalah dilarang untuk menyentuh kedudukan Raja-Raja, agama Islam, orang Melayu dan kewarganegaraan kerana ia boleh menjejaskan sensitiviti dan kemarahan pihak yang berkaitan sehingga menimbulkan isu keselamatan dan ketenteraman.

    Perkara 38;”Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja”. Ini memberi peruntukkan kuasa kepada Majlis Raja-Raja bagi menghalang Parlimen membuat undang-undang mengenai kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam, orang Melayu dan bahasa Melayu. Raja merupakan ketua negeri yang punya kedudukan tinggi dan dihormati. Sebelum penjajahan raja memiliki kuasa politik, ekonomi dan sosial dengan segala kebesarannya. Perlembagaan mengiktiraf raja sebagai Raja Berperlembagaan sebagai satu tunjang dari kuasa eksekutif.

    Perkara 150 (6a); kedudukan agama Islam, adat Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak dan kewarganegaraan.

    Perkara 152; kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak etnik lain menggunakan bahasa ibunda mereka.

    Perkara 153; kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menafikan kedudukan etnik lain.4.1 Pemerintahan Beraja Sebelum era penjajahan, Raja-Raja Melayu merupakan pemerintah mutlak negeri masing-masing

dengan dibantu oleh pembesar negeri dalam sistem pemerintahan beraja. Perubahan berlaku di era penjajahan apabila Raja-Raja Melayu dikehendaki mendapatkan nasihat dari Residen Inggeris dengan kuasa hanya dalam soal agama dan adat istiadat Melayu. Selepas kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan apabila Raja-Raja Melayu atau Sultan di sembilan buah negeri Melayu iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan diiktiraf sebagai Raja Berperlembagaan. Raja Melayu menjalankan pemerintahan negeri mengikut peruntukan perlembagaan negeri dan persekutuan iaitu dengan mendapat nasihat Perdana Menteri dan Menteri kabinet di peringkat persekutuan ataupun Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik menerusi pilihanraya. Mereka tidak lagi berkuasa mutlak.

4.2 Bahasa MelayuBahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan untuk tujuan rasmi kerajaan dan dalam masa yang sama tiada larangan penggunaan terhadap bahasa-bahasa yang lain seperti tertera dalam Perkara 152. Ini kerana bahasa Melayu sebelum ini telah menjadi Lingua Franca dalam hubungan dagangan dan kalangan penduduk Alam Melayu kerana ia mudah untuk dipertuturkan dan difahami. Pada era penjajahan, pegawai Inggeris dikehendaki mempelajari dan menguasai bahasa Melayu untuk memudahkan mereka berurusan dengan penduduk tempatan. Selepas kemerdekaan, semua urusan rasmi kerajaan seperti mesyuarat, surat menyurat, penyiaran dan seminar menggunakan bahasa Melayu. Ia menjadi bahasa perpaduan bagi masyarakat Malaysia pelbagai etnik dan pengenalan kepada bangsa Malaysia.

Page 11: perlembagaan persekutuan malysia

4.3 Agama IslamDalam Perkara 3(1) Islam adalah agama bagi persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Malaysia. Ini kerana Islam telah bertapak kukuh sebelum penjajahan dengan kewujudan negeri-negeri Islam yang diperintah oleh Sultan dan penguatkuasaan undang-undang berasaskan Islam seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Penjajah Inggeris juga tidak campurtangan dalam soal agama Islam dan menyerahkan hal ehwal tersebut kepada Sultan. Ini berlaku lama sebelum kedatangan imigran dari China dan India.Walau bagaimanapun agama selain dari Islam bebas diamalkan tanpa sekatan selama ia tidak mengugat institusi Islam. Sebagai agama persekutuan, Yang DiPertuan Agong diberi hak untuk memastikan Islam mempunyai hak untuk mendapatkan sumber kewangan, cuti umum perayaan Islam, institusi, yayasan, sekolah, penyiaran, pengajaran Islam di sekolah dan khidmat sokongan. Perkara 11(1) menjamin kebebasan beragama selain dari Islam untuk mengurus hal ehwal masing-masing dan dalam masa yang sama dilarang menyebarkan agama mereka ke atas orang yang menganut agama Islam.

4.4 Kedudukan Istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah serta SarawakPerkara 153 memberikan tanggungjawab kepada YangDipertuan Agong kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Kedudukan istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera kerana mereka adalah penduduk asal sebelum datang imigran dari China dan India. Tambahan pula merekalah yang dijajah dan ramai yang terkorban menentang penjajahan yang silih berganti. Yang Dipertuan Agong diberi kuasa untuk melaksanakan dasar bagi melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan jawatan dalam perkhidmatan awam, Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD), biasiswa, perniagaan, pendidikan, latihan dan kemudahan khas yang lain seperti tanah Rezab Melayu, permit, lesen dan konsesi. Dalam masa yang sama hak etnik yang lain turut dilindungi oleh Yang DiPertuan Agong dalam soal kewarganegaraan, amalan agama, bahasa ibunda, pemilikan harta dan peluang kehidupan. Orang Melayu ditakrifkan dalam perlembagaan sebagai orang yang bertutur bahasa Melayu, menganut Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Page 12: perlembagaan persekutuan malysia

Di Sarawak bumiputeranya ialah Bukitan, Bisayuh, Dusun, Dayak Darat, Dayak Laut, Kedayan, Kelabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun, Ukit dan keturunan campuran dari kaum tersebut. Di Sabah bumiputeranya ialah anak cucu dari suatu suku kaum asli Sabah dan dilahirkan di Sabah. Keistimewaan diberi kepada orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak kerana mereka ditindas, disisihkan dan ketinggalan dalam persaingan hidup.

5. KesimpulanSemangat perpaduan perlu dipupuk di kalangan rakyat Malaysia kerana banyak pengorbanan dan toleransi dilakukan oleh generasi awal dalam usaha membina negara yang aman damai. Kontrak sosial yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan muafakat untuk pentadbiran negara yang mampan dan hubungan etnik yang seimbang kerana orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat kedudukan istimewa di samping pemberian kewarganegaraan kepada etnik-etnik lain. Perlembagaan perlu sentiasa dijadikan panduan dalam membina hubungan etnik bagi memastikan pembangunan negara tidak terjejas

Page 13: perlembagaan persekutuan malysia