perlembagaan mgcm (new ogos 2004)

7
‘Kecemerlangan Berterusan’ MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA ( M G C M ) PERLEMB AGAAN

Upload: norshipa

Post on 28-May-2015

1.609 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perlembagaan mgcm (new ogos 2004)

‘Kecemerlangan Berterusan’

MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA

( M G C M )

PERLEMB

Page 2: Perlembagaan mgcm (new ogos 2004)

PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA( MGCM )

FASAL 1 : NAMA

Majlis ini dikenali dengan nama MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA. Selepas ini disebut “MAJLIS” atau MGC Malaysia atau MGCM.

FASAL 2 : ALAMAT URUSAN

2.1 Alamat dan tempat urusan ialah:

d/a Jemaah Nazir Sekolah,Kementerian Pendidikan Malaysia,Tingkat 21 – 23, Bangunan Bank Pertanian,Lebuh Pasar Besar,50604 Kuala Lumpur.( U.P. Unit Guru Cemerlang )

2.2 Bagi memudahkan urusan MGCM, sebahagian besar alamat surat-menyurat akan menggunakan alamat di mana YDP MGCM bertugas.

FASAL 3 : TUJUAN / MATLAMAT

3.1 Meningkatkan prestasi dan memartabatkan profesionalisme Guru Cemerlang.

3.2 Menyumbang khidmat kepakaran dalam bidang masing-masing di peringkat daerah,bahagian, negeri dan kebangsaan.

3.3 Memantapkan rangkaian kerjasama antara ahli dan menjaga kebajikan Guru Cemerlang.

3.4 Menjadi penghubung antara Guru Cemerlang dengan agensi-agensi berkaitan pendidikanbersabit dengan kebajikan Guru Cemerlang, perjawatan dan peningkatan profesionalismeGuru Cemerlang.

FASAL 4 : KEAHLIAN

4.1 Keahlian secara automatik setelah dilantik sebagai Guru Cemerlang Sekolah, MaktabPerguruan, Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej Matrikulasi.

4.2 Menjadi ahli Majlis Guru Cemerlang di peringkat negeri.

4.3 Kewajipan dan hak ahli:4.3.1 Memilih perwakilan untuk menghadiri Mesyuarat Agung MGCM.4.3.2 Menjelaskan yuran yang ditetapkan.4.3.3 Mematuhi undang-undang dan perlembagaan Majlis.4.3.4 Berusaha meningkatkan kemajuan Majlis.

4.4 Keahlian Terbatal4.4.1 Apabila tidak menjadi Guru Cemerlang.

2

Page 3: Perlembagaan mgcm (new ogos 2004)

4.4.2 Gagal mematuhi undang-undang dan perlembagaan Majlis.4.4.3 Bertindak dengan cara yang boleh menjejaskan nama baik Majlis.

FASAL 5 : YURAN KEAHLIAN

5.1 Setiap ahli wajib membayar yuran keahlian RM20.00 setahun.

5.2 Dibayar melalui Bendahari Majlis Guru Cemerlang Negeri pada bulan pertama setiap tahun

kewangan kepada Bendahari MGCM.

5.3 Kutipan khas daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut denganpersetujuan Ahli Jawatankuasa Majlis Guru Cemerlang Malaysia.

FASAL 6 : LOGO

6.1 Huruf G bagi ‘Guru’ dan huruf C bagi ‘Cemerlang’ bermaksud jawatan GuruCemerlang ( di sekolah, maktab perguruan, politeknik, kolej komuniti dan kolej matrikulasi ) dalam sistem pendidikan di Malaysia.

6.2 Huruf M bermaksud:6.2.1 Majlis – satu agensi profesional pendidikan (guru) yang terdiri daripada Guru-Guru

Cemerlang atau Pakar dalam pelbagai mata pelajaran.6.2.2 Malaysia – melibatkan Guru Cemerlang seluruh Malaysia dan status majlis di

peringkat kebangsaan.6.2.3 M berada di dalam GC - bermakna Guru Cemerlang yang menjadi penggerak

Majlis.

6.3 Warna biru bermaksud:6.3.1 Keprihatinan (kecintaan) tinggi terhadap profesion perguruan dan mengutamakan

pelanggan ( pelajar dan ibu bapa / masyarakat ).6.3.2 Warna Kementerian Pendidikan / warna bendera Malaysia / Jemaah Nazir Sekolah.

6.4 Warna emas bermaksud:6.4.1 Sentiasa bersinar melambangkan sentiasa cemerlang dari segi personaliti,

pengetahuan dan kemahiran, kerja, komunikasi dan potensi diri.6.4.2 Kecemerlangan berterusan.

6.5 Warna merah bermaksud sikap dedikasi dan penyungguhan kendiri dalam kerja.

6.6 Bahagian muka G dan C yang terbuka dan bulatan dalam C bermaksud sifat GuruCemerlang yang terbuka kepada pendapat orang lain, keilmuan dan inovatif.

6.7 Garisan merah mengelilingi G bermaksud satu kumpulan profesional pendidikan iaituGuru Cemerlang yang bekerja sebagai satu pasukan di seluruh negara.

FASAL 7 : STRUKTUR MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA

7.1 Majlis Guru Cemerlang Malaysia adalah terdiri daripada Jawatankuasa Majlis GuruCemerlang Malaysia dan Majlis Guru Cemerlang Negeri.

7.2 Penaung MGCM ialah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

7.3 Penasihat MGCM ialah Ketua Nazir Sekolah.

3

Page 4: Perlembagaan mgcm (new ogos 2004)

FASAL 8 : JAWATANKUASA MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA

8.1 Jawatankuasa Tertinggi MGCM terdiri daripada:8.1.1 Yang Dipertua8.1.2 Naib Yang Dipertua8.1.3 Setiausaha 18.1.4 Setiausaha 28.1.5 Setiausaha 38.1.6 Bendahari8.1.7 Semua Yang Dipertua MGC Negeri8.1.8 Yang Dipertua dengan persetujuan ahli jawatankuasa boleh melantik tidak lebih

daripada 3 orang ahli jawatankuasa tambahan termasuk seorang daripadamaktab perguruan, politeknik, kolej komuniti atau kolej matrikulasi.

8.2 Guru Cemerlang yang menjadi Yang Dipertua MGC Negeri secara automatik akan menjadiAJK MGCM.

8.3 Jawatankuasa MGCM dilantik melalui Mesyuarat Agung bagi tempoh dua tahun.

8.4 Penentuan AJK Tertinggi MGCM akan dibuat secara undi atau undi sulit (mengikut keperluan semasa yang diputuskan oleh AJK MGCM) di kalangan YDP MGC Negeri yangmenjadi AJK MGCM semasa Mesyuarat Agung.

8.5 Fungsi jawatankuasa ialah menguruskan kerja-kerja majlis dan membuat keputusanmengenai perjalanan Majlis mengikut dasar yang telah ditetapkan oleh perlembagaan

danMesyuarat Agung. Jawatankuasa mestilah mengemukakan laporan kegiatannya dalamtahun lalu kepada ahli-ahli setiap kali diadakan Mesyuarat Agung.

8.6 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan. Ahlijawatankuasa hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum sesuatumesyuarat diadakan. Yang Dipertua secara bersendirian boleh memanggil Jawatankuasauntuk bermesyuarat pada bila-bila masa jika perlu. Sekurang-kurangnya separuh

daripadaahli jawatankuasa perlu hadir bagi mencukupkan kuorum untuk mengesahkan perjalanandan keputusan mesyuarat berkenaan.

8.7 Jika timbul perkara mustahak yang memerlukan kelulusan Jawatankuasa, tetapimesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha boleh mendapatkan kelulusan daripada ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling.

8.8 Jawatankuasa boleh mempertimbangkan untuk melucutkan atau menggantung mana-mana ahli jawatankuasa yang cuai, curang, tidak cekap atau kerana sebab-sebab yangboleh merosakkan majlis berdasarkan keputusan mesyuarat.

FASAL 9 : TUGAS DAN BIDANG KUASA AJK TERTINGGI MGCM

9.1 Yang Dipertua9.1.1 Mempengerusikan Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa.9.1.2 Bertanggungjawab atas kesempurnaan dan perjalanan mesyuarat tersebut.9.1.3 Boleh memberi atau menentukan “kata pemutus” dalam sesuatu keputusan.9.1.4 Menandatangani minit mesyuarat setelah diluluskan.9.1.5 Menandatangani cek Majlis bersama Setiausaha dan Bendahari.

4

Page 5: Perlembagaan mgcm (new ogos 2004)

9.2 Naib Yang Dipertua9.2.1 Menjalankan semua tugas Yang Dipertua semasa ketiadaannya.

9.3 Setiausaha 19.3.1 Menjalankan kerja-kerja pentadbiran Majlis, menjalankan perintah Mesyuarat

Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa MGCM.9.3.2 Mengendalikan urusan surat-menyurat, menyimpan laporan, minit mesyuarat,

dan pekeliling berkaitan Majlis dan Guru Cemerlang.9.3.3 Menguruskan dan menyimpan daftar ahli dan daftar kehadiran ahli dalam

mesyuarat.9.3.4 Membuat catatan/minit Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa.9.3.5 Menandatangani cek Majlis bersama Yang Dipertua dan Bendahari.

9.4 Setiausaha 2 dan 39.4.1 Menjalankan tugas-tugas Setiausaha 1 semasa ketiadaannya.9.4.2 Menjalankan tugas-tugas Setiausaha 1 mengikut bidang-bidang keperluan tugas

tersebut seperti yang diarahkan oleh Yang Dipertua atau Jawatankuasa dari semasa

ke semasa.9.4.3 Mengurus data Guru Cemerlang.

9.5 Bendahari9.5.1 Bertanggungjawab mengenai semua hal kewangan Majlis.9.5.2 Menyediakan dan menyimpan kira-kira kewangan Majlis dan bertanggungjawab

terhadapnya.9.5.3 Menyediakan dan mengedarkan penyata kira-kira/kewangan Majlis bagi tiap-tiap

tahun kewangan sebelum 31 Disember setiap tahun dalam Mesyuarat Agung.9.5.4 Menandatangani cek Majlis bersama Yang Dipertua dan Setiausaha 1.

9.6 Ahli-ahli Jawatankuasa9.6.1 Membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang ditentukan.9.6.2 Bersama bertanggungjawab memastikan Majlis berfungsi mengikut tujuan

penubuhannya serta menjaga imej Majlis.9.6.3 Bersama bertanggungjawab dalam menentukan keputusan AJK Majlis dalam

Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa.

FASAL 10 : KEWANGAN MGCM

10.1 Tahun kewangan Majlis bermula dari 1hb. Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.

10.2 Cek atau penyata pengeluaran wang dari akaun Majlis hendaklah ditandatangani bersama

oleh Yang Dipertua atau Setiausaha 1 dan Bendahari.

10.3 Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit/tunai tidak melebihi RM300.00 pada satumasa.

10.4 Bendahari hendaklah memastikan semua wang Majlis dimasukkan ke dalam sebuah bankyang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira kewangan di bank tersebut hendaklahdiuruskan atas nama MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA.

10.5 Sumber kewangan Majlis boleh diperolehi daripada:10.5.1 Yuran tahunan ahli.10.5.2 Pendapatan melalui aktiviti Majlis yang boleh mendatangkan pendapatan.10.5.3 Sumbangan daripada pihak luar atau perseorangan.10.5.4 Tajaan agensi tertentu.

5

Page 6: Perlembagaan mgcm (new ogos 2004)

10.6 Penyata Kewangan mestilah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung dan diaudit olehJuruaudit Dalam yang dilantik oleh Jawatankuasa MGCM dalam mesyuaratnya.

FASAL 11 : PEMERIKSA KIRA-KIRA

11.1 Dua orang Pemeriksa Kira-kira Dalaman (sebagai Juruaudit Dalaman) hendaklah dilantikdaripada kalangan ahli MGCM oleh mesyuarat Jawatankuasa MGCM. Mereka

bertanggung-jawab menyemak, membuat pembetulan dan mengesahkan Penyata Kewangan untukdibentangkan dalam Mesyuarat Agung.

11.2 Juruaudit Luar, jika perlu dilantik, mestilah diputuskan melalui Mesyuarat Agung.

FASAL 12 : MESYUARAT AGUNG

12.1 Mesyuarat Agung MGCM hendaklah diadakan dua tahun sekali.

12.2 Setiap negeri akan menghantar 10 orang wakil ke Mesyuarat Agung tidak termasuk Yang Dipertua MGC Negeri yang menjadi AJK MGCM.

12.3 14 orang Yang Dipertua MGC Negeri yang menjadi AJK MGCM serta 3 orang AJK MGCM yang dilantik oleh Jawatankuasa akan hadir dalam Mesyuarat Agung dan layak mengundimelalui undi sulit bagi menentukan AJK Tertinggi MGCM dalam Mesyuarat Agungberkenaan.

12.4 Tarikh dan tempat Mesyuarat Agung akan ditentukan oleh Jawatankuasa dalammesyuaratnya.

12.5 Antara agenda utama yang boleh dibincangkan dalam Mesyuarat Agung ialah:12.5.1 Alu-aluan Yang Dipertua MGCM.12.5.2 Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung yang lalu.12.5.3 Perkara-perkara berbangkit daripada minit berkenaan.12.5.4 Membentangkan laporan aktiviti MGCM.12.5.5 Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan.12.5.6 Pelantikan / Penetapan AJK MGCM untuk tempoh berikutnya.12.5.7 Membahas dan meluluskan usul-usul daripada MGC Negeri dan AJK MGCM.12.5.8 Perancangan aktiviti MGCM untuk tempoh berikutnya dari segi profesionalisme,

kebajikan, perjawatan dan aktiviti lain yang sesuai.

12.6 Kuorum Mesyuarat Agung ialah kehadiran 2/3 daripada jumlah ahli yang layak hadirmengikut Perkara 12.2 dan 12.3. Jika kuorom tidak mencukupi dalam masa 30 minitselepas waktu yang ditentukan, mesyuarat hendaklah ditangguhkan ke satu tarikh yangtidak lebih daripada 30 hari daripada tarikh asal.

12.7 Notis mesyuarat dan agenda mesyuarat hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli olehSetiausaha sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh mesyuarat.

12.8 Mesyuarat Agung Khas Majlis boleh diadakan pada bila-bila masa mengikut keperluan dan

keputusan Jawatankuasa MGCM.

12.9 Setiausaha hendaklah menghantar satu salinan minit Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Khas kepada ahli-ahli dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat.

12.10 MGCM dan MGCN akan bersama-sama membiayai semua keperluan Mesyuarat Agungatau Mesyuarat Agung Khas.

6

Page 7: Perlembagaan mgcm (new ogos 2004)

FASAL 13 : PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Perlembagaan ini tidak boleh dipinda atau diubah kecuali dengan keputusan MesyuaratAgung atau mandat kepada AJK MGCM melalui Mesyuarat Agung.

FASAL 14 : TAFSIRAN PERLEMBAGAAN

14.1 Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa MGCM boleh memberi tafsirankepada Perlembagaan ini dan jika mustahak Jawatankuasa MGCM boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung dalam perlembagaan ini.

FASAL 15 : LARANGAN

15.1 Semua wang yang didapati oleh Majlis hasil daripada mana-mana aktiviti akan digunakanuntuk melaksanakan tujuan Majlis. Wang tersebut tidak boleh digunakan untuk

membayar bonus, faedah atau keuntungan kepada ahli Majlis.

FASAL 16 : PEMBUBARAN

16.1 Majlis ini tidak boleh dibubarkan, kecuali setelah mendapat persetujuan 2/3 (dua pertiga)daripada jumlah ahli yang berdaftar dan berhak mengundi. Keputusan pembubaran mesti dilakukan melalui Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Khas.

FASAL 17 : MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI

17.1 Semua negeri berhak menubuhkan Majlis Guru Cemerlang Negeri. MGC Negeri adalahcawangan kepada MGCM. MGC Daerah adalah cawangan kepada MGC Negeri.

17.2 Mesyuarat Agung Tahunan MGC Negeri hendaklah diadakan lebih awal daripadaMesyuarat Agung MGCM.

17.3 Majlis Guru Cemerlang Negeri adalah tertakluk kepada perlembagaan MGCM.

Tarikh : 1 OGOS 2004

7