perlembagaan dan organisasi

17
TUJUAN DAN PRINSIP-PRINSIP PENGAKAP Falsafah Pengakap Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepemimpinan yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu dari segi in telek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan . Tujuan Untuk melatih dan menggalakkan perkembangan Rohani, Jasmani, Akal dan Pergaulan di kalangan generasi muda supaya berpeluang mengambil bahagian dalam Pembangunan Masyarakat untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab. Prinsip-Prinsip Menghayati ketaatan kepada Tuhan; Bertindak dan bertimbang rasa terhadap hak-hak asasi manusia serta mengelakkan diri daripada bersifat kejam; Berkeyakinan menggunakan kebolehannya untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat di sekelilingnya. Undang-Undang Undang-undang perlu diamalkan dan dilaksanakan untuk melatih anggota pengakap patuh pada peraturan, khususnya pada PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP. Prinsip-prinsip ini merupakan suatu nilaian yang positif. Dasar Keagamaan Anggota pengakap mestilah mengamalkan Kepercayaan dan Rukun Agama masing-masing; Anggota pengakap perlu menghormati orang lain yang tidak seagama dengannya; Pemimpin menggalakkan anggota bawahannya untuk membuat ibadat mengikut kepercayaan masing-masing.

Upload: zur-aliff-aliff

Post on 29-Dec-2015

54 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

plmbagaan

TRANSCRIPT

Page 1: Perlembagaan Dan Organisasi

TUJUAN DAN PRINSIP-PRINSIP PENGAKAP

Falsafah Pengakap

“ Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepemimpinan yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira

warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu dari segi in telek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan ”.

Tujuan

Untuk melatih dan menggalakkan perkembangan Rohani, Jasmani, Akal dan Pergaulan di kalangan generasi muda supaya berpeluang mengambil bahagian dalam Pembangunan Masyarakat untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab.

Prinsip-Prinsip

Menghayati ketaatan kepada Tuhan;

Bertindak dan bertimbang rasa terhadap hak-hak asasi manusia serta mengelakkan diri daripada bersifat kejam;

Berkeyakinan menggunakan kebolehannya untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat di sekelilingnya.

Undang-Undang

Undang-undang perlu diamalkan dan dilaksanakan untuk melatih anggota pengakap patuh pada peraturan, khususnya pada PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP. Prinsip-prinsip ini merupakan suatu nilaian yang positif.

Dasar Keagamaan

Anggota pengakap mestilah mengamalkan Kepercayaan dan Rukun Agama masing-masing;

Anggota pengakap perlu menghormati orang lain yang tidak seagama dengannya;

Pemimpin menggalakkan anggota bawahannya untuk membuat ibadat mengikut kepercayaan masing-masing.

Page 2: Perlembagaan Dan Organisasi

Kewarganegaraan

Mengingatkan keperibadian sebagai berbudi pekerti yang baik, berhemah tinggi dan berpotensi;

Seorang yang baik dan sanggup berkorban untuk mempertahankan maruah;

Menghormati ibu bapa, keluarga, pemimpin bagi membentuk keperibadian;

Bersopan santun, berbudi bahasa dan lemah lembut;

Mematuhi Perlembagaan Negara dan memupuk semangat perpaduan.

Cara-Cara Berpengakap

Keanggotaan secara sukarela untuk berpakaian seragam dalam sebuah pasukan;

Mematuhi rukun hidup seperti yang ditegaskan dalam Persetiaan Pengakap;

Mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik, penuh cabaran dan daya tahan;

Berpeluang menjadi seorang yang bertanggungjawab;

Galakan menjalankan aktiviti-aktiviti;

Belajar dari pengalaman berpengakap.

Objektif Keagamaan

Untuk memelihara agama-agama yang terdapat di negara kita;

Persaudaraan Pengakap yang tidak mengira agama dan warna kulit;

Berbangga menjadi masyarakat majmuk di Malaysia.

Rasional MPKLM

“ Menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar Maktab/Institut Perguruan Malaysia menceburkan diri dalam Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) Pengakap kerana pelajar-pelajar akan menjadi bakal pemimpin apabila merka keluar mengajar di

sekolah nanti ”.

Objektif MPKLM

Menyeragamkan pergerakan GERKO Pengakap di Maktab/Institut Perguruan di seluruh negara berdasarkan satu pakej kurikulum latihan yang sama;

Membolehkan setiap ahli ( pelajar ) keluar sebagai penolong pemimpin yang berwibawa;

Page 3: Perlembagaan Dan Organisasi

Keyakinan pelajar menghadapi tugas di sekolah bagi merancang program pergerakan pengakap dengan lebih sistematik; dan

Meningkatkan kualiti kepengakapan di Malaysia.

Page 4: Perlembagaan Dan Organisasi

PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Persetiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan :

Taat kepada Tuhan, Raja, dan Negara;

Menolong orang pada setiap masa;

Menurut Undang-undang Pengakap.

Isyarat Dan Hormat Pengakap

Undang-Undang Pengakap

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, bermaruah, dan mempunyai kehormatan diri.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada DYMM Yang DiPertuan Agong serta raja-raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu bapanya, majikannya, dan orang-orang dibawahnya.

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada pengakap lain walau apa negeri, pangkat, dan agama sekalipun.

5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu

bapanya, ketua sekawan/ patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya tanpa apa-apa soalan.

Page 5: Perlembagaan Dan Organisasi

8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusahan.

9. Pengakap adalah seorang yang berjimat dan cermat.10.Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya, dan

perbuatannya.

Undang-Undang Pengakap

Pengakap itu dipercayai, Pengakap

Bersifat taat, menolong orang

Bersaudara berbudi pekerti

Ia kasih pada binatang, Pengakap

Kita selalu menurut perintah, Pengakap

Manis muka semasa susah

Jimat cermat diamal selalu

Suci bersih tutur dan laku, Pengakap

Page 6: Perlembagaan Dan Organisasi

ORGANISASI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Organisasi Pengakap

Pentadbiran Persekutuan;

Pentadbiran Persekutuan Pengakap Malaysia;

Pentadbiran Majlis Pengakap Negeri;

Pentadbiran Majlis Pengakap Daerah;

Pentadbiran Kumpulan/Unit Pengakap.

Pentadbiran Persekutuan

Penaung Utama:DYMM Yang DiPertuan Agong

Penaung-Penaung:DYMM Sultan-Sultan;

DYMM Raja-raja Melayu;

TYT Yang DiPertua Negeri-negeri;

Ketua Pengakap Negara: Salah seorang daripada menteri kabinet / eksekutif kerajaan yang dilantik dan diperkenan oleh Yang DiPertuan Agong.

ANGGOTA RASMI MAJLIS PENGAKAP MALAYSIA

Naib Yang DiPertua

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Pesuruhjaya Antarabangsa

Penolong Pesuruhjaya Antarabangsa

Pesuruhjaya Latihan Negara

Pesuruhjaya Negeri

Setiausaha Majlis Pengakap Negeri

Pegawai Kewangan (yang dilantik)

Page 7: Perlembagaan Dan Organisasi

Pentadbiran Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Ketua Setiausaha Kerja

Setiausaha Latihan Negara

Setiausaha Kewangan

Pentadbiran Majlis Pengakap Negeri

Yang DiPertua

Pesuruhjaya Negeri

Penolong Pesuruhjaya Negeri

Setiausaha Kehormat

Bendahari Kehormat

Ketua Program / Latihan

Lembaga Pentarafan Pengakap Raja

Pesuruhjaya Daerah

Persaudaraan BP

Pentadbiran Majlis Pengakap Daerah

Pengerusi Kehormat

Pesuruhjaya Daerah (DC)

Penolong Pesuruhjaya Daerah (ADC)

Setiausaha Kehormat

Bendahari Kehormat

Pemimpin Pengakap

Page 8: Perlembagaan Dan Organisasi

Pentadbiran Kumpulan/Unit Pengakap

Kumpulan/Unit Pengakap Kanak-Kanak

Kumpulan/Unit Pengakap Muda

Kumpulan/Unit Pengakap Remaja

Kumpulan/Unit Pengakap Kelana

Kumpulan/Unit Pengakap Budika

Kumpulan/Unit Pengakap Adik Bongsu (Golongan Istimewa)

PENTADBIRAN KUMPULAN/UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

Pengerusi Kehormat :Guru Besar

Pemimpin Pengakap :Pemegang Manikayu

Penolong Pemimpin :Guru/Individu memiliki Sijil Manikayu PKK

Setiausaha Kehormat :Guru Penasihat

Bendahari Kehormat :Guru atau anggota PIBG

Ketua Kumpulan :Anggota yang layak dilantik

Ketua-ketua Sekawan :Anggota yang berkemahiran

Kuarter Master :Anggota PKK

PENTADBIRAN KUMPULAN/UNIT PENGAKAP MUDA/REMAJA

Pengerusi Kehormat :Pengetua

Pemimpin Pengakap :Pemegang Manikayu

Penolong Pemimpin :Guru/Individu memiliki Sijil Manikayu PM/PR

Setiausaha Kehormat :Guru Penasihat

Bendahari Kehormat :Guru atau anggota PIBG

Ketua Kumpulan :Anggota yang layak (Unit PR)

Page 9: Perlembagaan Dan Organisasi

Unit Pengakap Remaja

Ketua Unit PR :Anggota PR yang berkemahiran

Ketua-Ketua Patrol :Anggota PR yang berkemahiran

Penolong Ketua Patrol :Anggota PR

Kuarter Master :Anggota PR

Anggota-Anggota Unit Pengakap Remaja

Unit Pengakap Muda

Ketua Unit PM :Anggota PM yang berkemahiran

Ketua-Ketua Patrol :Anggota PM yang berkemahiran

Penolong Ketua Patrol :Anggota PM

Kuarter Master :Anggota PM

Anggota-Anggota Unit Pengakap Muda

Pentadbiran Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia

(BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU)

Pesuruhjaya Negeri (SC)

Penolong-Penolong Pesuruhjaya Negeri (ASC)

Setiausaha Kerja

Penolong Setiausaha Kerja

Bendahari Kehormat

Pesuruhjaya-pesuruhjaya Maktab (KLM)

Page 10: Perlembagaan Dan Organisasi

Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia ( PENTADBIRAN ZON )

Pengerusi :Pengarah Maktab Zon

Timbalan Pengerusi :Pengarah Maktab Zon

Penolong Pesuruhjaya Negeri MPKLM/BPG Zon

Setiausaha :Pesuruhjaya Maktab/Penolong

Penolong Setiausaha :Pesuruhjaya Maktab/Penolong

Bendahari :Pesuruhjaya Maktab/Penolong

Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia

( PENTADBIRAN ZON )

Kuarter Master Alatan dan Logistik :Pesuruhjaya Maktab/Pen.

Unit Latihan :Pesuruhjaya Maktab/Penolong

Unit Hal Ehwal Wanita :Pesuruhjaya Maktab/Penolong

Unit Program :Pesuruhjaya Maktab/Penolong

Unit Tugas-tugas Khas :Pesuruhjaya Maktab/Penolong

Unit Pengakap Muda :Pesuruhjaya Maktab/Penolong

Unit Pengakap Kanak-Kanak : Pesuruhjaya Maktab/Penolong

Page 11: Perlembagaan Dan Organisasi

PENUBUHAN DAN PENTADBIRAN KUMPULAN

Menubuh Kumpulan;

Bilangan Anggota;

Pendaftaran;

Yuran Pendaftaran;

Tauliah Pemimpin;

Kegiatan;

Pentadbiran Kumpulan;

Jawatankuasa Kumpulan;

Tugas Majlis Pemimpin;

Butiran Peribadi Anggota;

Rekod-rekod;

Bilik.

Menubuh Kumpulan

Satu kumpulan bagi sebuah sekolah. Boleh ditubuhkan beberapa pasukan dalam kumpulan itu.

Contoh :

Kangar Ke-34A

Kangar Ke-34B

Bilangan Anggota

Sekurang-kurangnya 18 orang; Sebanyak-banyaknya 48 orang; Dengan dua orang pemimpin; Jika melebihi 48 orang anggota perlu pecahkan kepada dua buah pasukan.

Pendaftaran

Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM. Gunakan beberapa jenis borang :

Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota) Borang PPM 1B (Borang Kawalan) Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/Penolong)

Page 12: Perlembagaan Dan Organisasi

Borang boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM.

Yuran Pendaftaran

Kumpulan/Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/ anggota yang lama perlu diperbaharuhi pendaftaran kumpulan dengan PPM.

Yuran pendaftaran :

Kumpulan :RM 30.00 (setahun)

Anggota Pengakap :RM 5.00 (setahun)

Pemimpin/Penolong Pemimpin :RM 10.00 (setahun)

Kumpulan/Anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap.

Tauliah Pemimpin

Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah daripada PPM :

Tauliah Sementara

Tauliah Tetap

Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepemimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua. Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepemimpinan Manikayu Peringkat Tiga. Perlu pohon tauliah baru serta mengembalikan tauliah lama kepada PPM sekiranya pemimpin bertukar ke sekolah lain.

Kegiatan

Semua kegiatan dijalankan berdasarkan kepada Skim Latihan yang dikeluarkan PPM:

Program Latihan PKK untuk murid-murid sekolah rendah;

Program Latihan PM untuk pelajar Tingkatan 1 - 3;

Program Latihan PR untuk pelajar Tingkatan 4 - 5;

Program Latihan PK untuk pelajar Tingkatan 6 dan remaja.

Semua kegiatan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kelulusan dan sokongan daripada kuasa penganjur (Guru Besar/Pengetua); Ibu bapa/Penjaga dan Pemimpin Unit PKK, PM dan PR.

Page 13: Perlembagaan Dan Organisasi

Pentadbiran Kumpulan

Dilaksanakan oleh kuasa penganjur (Guru Besar/Pengetua) dan pemimpin. Surat menyurat dibuat secara rasmi dan ditandatangani oleh kuasa penganjur/ketua pemimpin bagi pihak pelajar. Anggota tidak dibenar menjalankan urusan pentadbiran. Pihak sekolah perlu memiliki/menyediakan satu fail pengakap.

Jawatankuasa Kumpulan

Jawatankuasa Kumpulan;

Jawatankuasa Pemimpin Kumpulan;

Jawatankuasa Majlis Ketua Patrol.(bagi Budak-budak Pengakap)

Tugas Majlis Pemimpin

Memeriksa dan menyemak buku log kumpulan.

Mengambil kedatangan anggota kumpulan dan pemimpin

Memeriksa stok alatan kumpulan.

Membuat persediaan mengajar (Program Mingguan)

Mengeluarkan surat kebenaran Ibu Bapa/Penjaga.

Butiran Peribadi Anggota Pengakap

Nama dan no. kad pengenalan anggota;

Nombor pendaftaran;

Nama ibu bapa/penjaga;

Alamat dan no. telefon ibu bapa/penjaga;

Tarikh Lahir;

Bangsa dan Agama;

Kesihatan dan Alergi Pemakanan;

Kecenderungan/Minat.

Rekod-Rekod

Rekod Kehadiran;

Rekod Prestasi (kegiatan, sijil, lencana);

Rekod Perancangan Semester dan Mingguan;

Rekod Kewangan;

Page 14: Perlembagaan Dan Organisasi

Fail Surat-menyurat;

Fail Minit Mesyuarat; dan

Laporan Aktiviti.

Bilik Perjumpaan

Carta Organisasi;

Gambar-gambar dan Poster-poster (lencana/pangkat);

Buku-buku Rujukan;

Model-model hasilan kerja (model tapak perkhemahan/ gajet/ikatan dan simpulan);

Peralatan Latihan;

Peralatan Perkhemahan;

Meja dan kerusi untuk bermesyuarat.