perlembagaan persatuan ibu bapa dan guru

24
PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) Posted on February 3, 2013 by Pegawai Sarana PIBG SMKTAT AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN – PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBUBAPA & GURU) 1998 [Sub peraturan 7(2)] TUJUAN-TUJUAN PERSATUAN 1. untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah; 2. untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka; 3. untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar- tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan; 4. untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan 5. untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran FUNGSI PERSATUAN Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti: 1. membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid; 2. menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah; 3. meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat; 4. meningkatkan kecerian premis Sekolah supya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan KEANGGOTAAN PERSATUAN Anggota Persatuan terdiri daripada:

Upload: asya-aisya

Post on 18-Dec-2015

128 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

pibg

TRANSCRIPT

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU(PIBG)Posted onFebruary 3, 2013 byPegawai Sarana PIBG SMKTATAKTA PENDIDIKAN 1996PERATURAN PERATURANPENDIDIKAN(PERSATUAN IBUBAPA & GURU) 1998[Sub peraturan 7(2)]TUJUAN-TUJUAN PERSATUAN 1. untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;2. untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;3. untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;4. untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan5. untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaranFUNGSI PERSATUANFungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:1. membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;2. menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;3. meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;4. meningkatkan kecerian premis Sekolah supya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikanKEANGGOTAAN PERSATUANAnggota Persatuan terdiri daripada:1. semua guru di Sekolah;2. ibu bapa kepada murid yang belajar dalam Sekolah; dan3. warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan (seperti di Lampiran A); dan4. Guru Besar atau Pengetua Sekolah hendaklah menjadi ex-officio dan Penasihat Persatuan.JAWATANKUASA PERSATUANPersatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa PIBG. Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota Persatuan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan.Anggota Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.Keanggotaan Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut:1. seorang Yang Di-Pertua;2. seorang Naib Yang Di-Pertua;3. seorang Setiausaha;4. seorang Bendahari; dan5. .. orang Ahli JawatankuasaBilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai Jawatankuasa PIBG hendaklah, seboleh-bolehnya, seimbang.Guru Besar atau Pengetua tidak boleh menganggotai Jawatankuasa PIBG dan hanya bertindak sebagai Penasihat Persatuan.Bilangan Ahli Jawatankuasa PIBG di perenggan 9(e) hendaklah antara 1 hingga 11 orang.Bilangan anggota Jawatankuasa PIBG di kalangan anggota Persatuan (bukan anggota guru di sekolah tersebut) yang tidak mempunyai anak di sekolah itu hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keseluruhan bilangan anggota Jawatankuasa PIBG berkenaan.Tertakluk kepada perenggan 13 Perlembagaan ini dan subperaturan 6(4) hingga (6) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa Guru) 1998, Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian (mengikut mana yang berkenaan) boleh melantik tidak lebih daripada 2 orang yang bukan anggota Persatuan untuk menjadi anggota Jawatankuasa PIBG setelah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar.Tempoh memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG adalah bermula dari tarikh pelantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya atau sehingga suatu tempoh yang diluluskan oleh pendaftar.Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa PIBG, Yang Di Pertua hendaklah melantik mana-mana anggota biasa Persatuan, berdasarkan undian terbanyak di kalangan anggota Jawatankuasa PIBG, untuk mengisi kekosongan jawatan itu.Jawatankuasa PIBG hendaklah mengedarkan kepada anggota Persatuan senarai nama dan alamat pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG pada setiap tahun selewat-lewatnya 14 hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.FUNGSI JAWATANKUASAFungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan, tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan, Perlembagaan ini dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.a) Yang Di-Pertua Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat. Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan. Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran Persatuan serta memastikan bahawa peruntukan Perlembagaan dipatuhi oleh semua anggota Persatuan. Sentiasa mematuhi segala peruntukan Perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai Yang Di-Pertua. Boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG pada bila-bila masa yang difikirkan perlu dengan persetujuan Guru Besar atau Pengetua. Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan. Memastikan segala aktiviti dan program Persatuan dilaksanakan dengan sempurna dan teratur. Mendapatkan nasihat mengenai pengurusan Persatuan dari semasa ke semasa daripada Guru Besar atau Pengetua selaku Penasihat Persatuan.b) Naib Yang Di-Pertua Bertanggungjawab membantu Yang Di-Pertua dalam menjalankan fungsi-fungsi Yang Di-Pertua. Menjalankan tanggungjawab dan fungsi Yang Di-Pertua semasa ketiadaan Yang Di-Pertuac) Setiausaha Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan. Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat Jawatankuasa PIBG. Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan. Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya. Menghantar segala laporan dan aktiviti Persatuan dan minit Mesyuarat Agung Tahunan kepada Pendaftar atau Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, selepas Mesyuarat Agung Tahunan. Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan, jika perlu.d) Bendahari Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan Persatuan dengan menyediakan dan menyimpan kira- kira kewangan yang kemas kini. Penyata kira-kira kewangan (1 Januari hingga 31 Disember) hendaklah disiapkan sebelum 1 Februari tahun berikutnya untuk diaudit. Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan. Satu salinan penyata yang telah diaudit dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar selepas Mesyuarat berkenaan. Menguruskan perbelanjaan wang Persatuan seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau mesyuarat Jawatankuasa PIBG. Menyimpan wang tunai tidak melebihi sesuatu jumlah yang ditetapkan dalam Perlembagaan pada sesuatu masa. Menerima bagi pihak Persatuan semua derma atau sumbangan daripada mana-mana anggota atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akaun terima dan kreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari yang sama. Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan. Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dari akaun Persatuan dan akaun sentiasa berbaki kredit.Penasihat Persatuana) Guru Besar atau Pengetua Sekolah adalah anggota ex-officio Persatuan dan bertindak sebagai penasihat kepada Jawatankuasa PIBG dan Persatuan.Antara tanggungjawab dan fungsi Guru Besar atau Pengetua adalah seperti berikut; menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar, tetapi tidak boleh mengundi; mewakili pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan supaya segala aktiviti, kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar negara dan dasar-dasar mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan pentadbiran sekolah; berhak untuk menghenti dan menangguhkan mesyuarat Persatuan jika difikirkan wajar untuk kepentingan anggota Persatuan; meluluskan semua agenda mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Persatuan; memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan Sekolah dan akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam mesyuarat persatuan; memastikan kegiatan persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi Persatuan; memastikan sumbangan Persatuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan tidak membebankan dan tidak mengandungi sebarang unsur paksaan; dan menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri majlis anjuran Persatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh Kementerian.b) Juru Audit DalamanPersatuan hendaklah melantik 2 orang juru audit dalaman dari kalangan anggota Persatuan yang tidak menjadi anggota Jawatankuasa PIBG pada mesyuarat Agung Tahunan.Tanggungjawab juru audit dalaman adalah seperti berikut: mengaudit akaun Persatuan pada setiap akhir tahun kewangan; dan menjalankan pengauditan secara berkala seperti mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.KuorumKuorum mesyuarat yang diadakan oleh Persatuan adalah seperti berikut: Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang daripada 3 kali jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG; dan Mesyuarat Jawatankuasa PIBG hendaklah tidak kurang 2/3 daripada jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG.Mesyuarat Agung TahunanMesyuarat Agung Tahunan hendaklah pada setiap tahun sebelum akhir bulan Mac.Jika Mesyuarat Agung Tahunan tidak diadakan sebelum akhir bulan Mac, Jawatankuasa PIBG hendaklah mengemukakan alasan dan tarikh yang dicadangkan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, sebelum 31 Mac.Notis tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan hendaklah diberikan kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat.Sekiranya kuorum untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan tidak mencukupi dalam tempoh 1 jam dari masa yang ditetapkan, Mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan Jawatankuasa PIBG hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada anggota Persatuan memaklumkan tarikh baru Mesyuarat Agung Tahunan dalam masa 30 hari dari tarikh asal tersebut.Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut; ucapan Pengerusi; membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu; membentang dan menerima Laporan Tahunan; membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya; membahaskan usul, jika ada; pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun berkenaan; pemilihan Juru Audit Dalaman; ucapan penangguhan; dan lain-lain hal.Apa-apa usul bertulis hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk menapis usul-usul yang dikemukakan sebelum diluluskan untuk perbincangan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan Persatuan. Pemilihan pemegang jawatan hendaklah dibuat seperti berikut: anggota yang dicalonkan untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG hendaklah hadir dalam Mesyuarat; setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong; dan pemilihan hendaklah dijalankan secara undian bagi jawatan yang ditandingi. Calon yang mendapat undi terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan.Mesyuarat Agung TergemparMesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan dalam keadaan-keadaan berikut: apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa PIBG; atas permintaan bertulis sekurang-kurangnya 1/5 daripada jumlah anggota Persatuan; atau atas arahan Pendaftar.Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan Jawatankuasa PIBG atau tarikh penerimaan permintaan anggota Persatuan atau tarikh arahan Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan. Notis bertulis mengenai Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dikemukakan kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh Mesyuarat hendak diadakan.Urusan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihadkan kepada tujuan Mesyuarat itu diadakan.Laporan MesyuaratLaporan Mesyuarat Agung Tahunan bersama-sama Penyata Kira-kira Kewangan Persatuan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat.Laporan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat.Mesyuarat Jawatankuasa PIBGJawatankuasa PIBG hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh satu tahun persekolahan.Notis panggilan mesyuarat hendaklah diberikan kepada anggota Jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat.Yang Di-Pertua, atau sekurang-kurangnya 3 orang anggota Jawatankuasa PIBG, boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG apabila difikirkan perlu dengan persetujuan Penasihat.Setiap anggota Jawatankuasa PIBG yang tidak hadir mesyuarat sebanyak 2 kali tanpa sebab hendaklah digugurkan keanggotaan dalam jawatankuasa PIBG secara automatik dan Yang Di-Pertua hendaklah mengemukakan notis bertulis kepada anggota berkenaan sebaik sahaja keputusan itu dibuat.Punca-Punca Pendapatan PersatuanPunca-punca pendapatan Persatuan adalah terdiri daripada; sumbangan anggota Persatuan (anggota Persatuan tidak boleh dipaksa memberi apa-apa sumbangan); derma dan sumbangan daripada individu, organisasi dan badan-badan lain; pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti dan program unjuran Persatuan yang telah mendapat kelulusan PendaftarJawatankuasa hendaklah membuka satu akaun di mana-mana bank tempatan yang berdaftar atas nama Persatuan.Apa-apa wang yang diterima atau diperolehi oleh Persatuan hendaklah dikreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari wang diterima atau diperolehi. Walau apa pun peruntukan ini, Bendahari boleh menyimpan wang tunai yang tidak melebihi pada satu-satu masa.Perbelanjaan wang PersatuanJawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk membelanjakan wang Persatuan bagi perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada murid-murid Sekolah yang tidak bercanggah dengan tujuan-tujuan Persatuan.Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Persatuan hendaklah ditandatangan oleh Bendahari dan Yang Di-Pertua atau Setiausaha, semasa ketiadaan Yang Di-Pertua.Bendahari dan Yang Di-Pertua hendaklah memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dan akaun Persatuan sentiasa berbaki kredit.Tahun kewangan Persatuan bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember tahun semasa.Penyimpanan akaun pendapatan dan perbelanjaanPenyata Kira-kira Kewangan Persatuan yang telah diaudit hendaklah dibentangkan untuk diterima dan diluluskan oleh anggota Persatuan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.Satu salinan Penyata Kira-kira Kewangan yang telah diaudit serta diterima dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai PendidikanDaerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian mengikut mana-mana yang berkenaan.Pendaftar, Pegawai Pendidikan Daerah, Pegawai Pendidikan Bahagian, Pengetua atau Guru Besar adalah dibenarkan memeriksa akaun Persatuan pada bila-bila masa.Harta Amanah PersatuanPersatuan tidak boleh memegang apa-apa harta, sama ada harta alih atau harta tak alih, atas namanya sendiri. Apa-apa harta yang, sebelum dari tarikh Perlembagaan ini berkuat kuasa, diletakkan atas nama Persatuan hendaklah dialihkan kepada Kerajaan Malaysia, yang diwakili oleh Sekolah, sebagai harta yang diamanahkan oleh Persatuan untuk digunakan bagi faedah murid-murid Sekolah itu sahaja atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PIBG dari masa ke semasa.Apa-apa harta yang diamanahkan kepada Sekolah tidak boleh dipindah milik atau dilupuskan dengan apa cara sekali pun, melainkan dengan persetujuan anggota Persatuan yang diperolehi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.Pindaan Perlembagaan PersatuanApa-apa cadangan untuk meminda Perlembagaan Persatuan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk kelulusan terlebih dahulu.Cadangan pindaan yang hendak dikemukakan kepada Pendaftar hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 2/3 daripada anggota Persatuan yang hadir.Pindaan kepada Perlembagaan hanya berkuat kuasa mulai daripada pindaan diluluskan oleh Pendaftar.Pendaftar berhak meluluskan atau tidak sebarang pindaan yang dicadangkan oleh Persatuan.LaranganPersatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya untuk merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan sekolah, guru, kakitangan dan pekerja Sekolah dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan Sekolah.Persatuan bukanlah suatu entiti undang-undang dan tidak mempunyai keupayaan juridikal untuk membuat kontrak, perjanjian atau memorandum persefahaman, atas namanya sendiri. Apa-apa program dan aktiviti yang hendak dibuat oleh Persatuan yang memerlukan apa-apa suratcara yang mengikat dari segi undang-undang hendaklah dirujuk kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk kelulusan dan panduan.Persatuan tidak boleh menjadi forum atau jentera bagi menyelesaikan sebarang pertikaian antara Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.Persatuan tidak boleh bergabung dengan persatuan ibu bapa-guru di sekolah- sekolah lain, parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan atau lain-lain organisasi, pertubuhan atau persatuan, sama ada yang ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau tidak.TafsiranSebarang kekeliruan atau pertikaian yang timbul daripada Perlembagaan ini hendaklah dirujuk kepada Pendaftar melalui Guru Besar atau Pengetua.PembubaranPersatuan hanya boleh dibubarkan dalam keadaan berikut: atas arahan bertulis daripada Pendaftar; atau Sekolah berhenti beroperasiApa-apa wang dalam akaun Persatuan hendaklah digunakan sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar dan kegunaannya hendaklah bagi memanfaatkan pendidikan kanak-kanak di kawasan di mana Sekolah itu berada. Apa-apa harta alih dan tak alih yang telah diamanahkan kepada Sekolah hendaklah dilupuskan mengikut cara yang ditetapkan oleh Pendaftar.Guru Besar atau Pengetua hendaklah memulangkan Sijil Pendaftaran Persatuan kepada Pendaftar apabila Persatuan dibubarkan.

DP PIBGTerima kasih pengacara majlis. Bismilla hirrahma nirahim. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Yang Berhormat Tn Hj Mohammad Pehemi bin Yusof ADUN Kota Putera Yang Berbahagia, Tn. Hj Ab Halim bin Hj Hassan, Pegawai PPD Besut Yang Berbahagia Tn. Hj Wan Zahari bin Wan Ali, Pengetua SMKPNZ. Yang berusaha Haji Amlin, Timbalan Pengerusi PIBG, Ahli ahli Jawatankuasa PIBG Guru-guru, para ibu bapa dan para pelajar yang saya hormati sekalian. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam majlis yang mulia ini sempena Mesyuarat Agung PIBG SMKPNZ kali ke-8 tahun 2013. Pertama sekali, saya merakam ribuan terima kasih kepada YB kerana sudi hadir dalam majlis kita pada hari ini walaupun kita tahu YB amat sibuk dengan tugasan . Saya juga mengucapkan syabas dan terima kasih atas kehadiran tuan/puan, para ibu bapa yang menggambarkan kesungguhan dan komitmen kita dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak kita pada masa hadapan.

YB / hadirin dan hadirat sekalian.

Bunga selasih di tapak tangan,Dipetik orang harum mewangi,Segunung kasih kami taburkan.Keprihatinan tuan dijunjungi tinggi.

Alhamdulillah. Masa terus berlalu, tanpa kita sedar tahun ini, sekolah ini telah mencecah usia 10 tahun. Walaupun begitu, banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan kejayaan usaha guru-guru di sekolah kita yang tidak pernah berasa putus asa dalam mendidik anak-anak kita. Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan doa kita serta kerjasama yang terjalin kukuh antara guru dan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah swt. Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG menyokong segala usaha pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti. Umpamanya, Program Temu Murni Pelajar PMR / SPM dan Program Motivasi dan Kemahiran Belajar. Pihak PIBG juga banyak memberi sumbangan dalam bentuk kewangan untuk pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum sekolah seperti Kem PMR dan SPM serta hadiah kecemerlangan untuk pelajar-pelajar yang berjaya. Pada hari ini juga kita berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam PMR 2012 yang lalu, di samping sumbangan yang diberikan oleh pihak sekolah sendiri. Penghargaan seumpama ini diharapkan akan menjadi titik tolak, membakar semangat para pelajar untuk berusaha lebih gigih mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan awam seperti PMR dan SPM. Walau bagaimanapun, anak-anak sekalian janganlah kita berusaha belajar untuk Berjaya dengan cemerlang kerana mengharapkan penghargaan dan hadiah semata-mata. Belajarlah untuk mencapai kecemerlangan bagi mengubah hidup anak-anak pelajar dan juga keluarga pada masa hadapan kelak.

YB / hadirin hadirat yang dimuliakan,

Sumbangan yang PIBG berikan dalam menjayakan semua aktiviti ini adalah sebahagian besarnya daripada hasil sumbangan yang kita sumbangkan dalam tabung PIBG SMKPNZ. Untuk itu, maka saya menyeru kepada para ibu bapa agar tidak mengambil mudah atau sambil lewa dalam membuat bayaran tambahan (yang tuan-puan kenali sebagai yuran) supaya tabungan PIBG semakin bertambah untuk kita sama-sama terus menjana dan merancang pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak kita juga. Tabungan PIBG tiada mempunyai sumber lain kecuali melalui sumbangan daripada pihak tuan-puan juga. Begitujuga, saya ingin menyeru kepada semua yang hadir hari ini agar kita sama-sama memberi sumbangan atau tuan-puan juga boleh berusaha berganding bahu bersama jawatankuasa pembinaan surau sekolah, untuk kita sama-sama mengumpul dana demi impian kita melihat sebuah surau atau yang dinamakan MASJID AL-ZAHIRIAH ini menjadi kenyataan. Supaya memberi keselesaan kepada anak-anak kita juga untuk menjalani ibadat solat. Malahan pada hemat saya, sekiranya surau ini sudah boleh digunakan, sudah tentu pihak sekolah boleh memperhebatkan lagi aktiviti kerohanian anak-anak kita supaya cahaya mata kita ini akan terus dalam limpah hidayahNYA. Malahan pada pandangan saya, aktiviti kerohanian akan lebih diperluaskan bukan sahaja melibatkan warga sekolah, malahan komuniti luar atau masyarakat setempat boleh turut terlibat dalam majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ini menggambarkan bahawa keikhlasan, kerjasama kita semua untuk melihat anak-anak kita dan sekolah ini akan menempa kejayaan bukan sahaja di dunia malahan di akhirat kelak. Ibu bapa sekalian patut sedar dewasa ini pelbagai masalah gejala sosial semakin menular dalam kalangan anak-anak muda kita. Tanpa benteng kerohanian yang utuh, tidak mustahil anak-anak kita juga turut tergelincir dalam menongkah arus negatif ini. Pelbagai gaya dan pelbagai aksi sudah kita tontoni di kaca-kaca Televisyen. Mampukah kita berdepan dengan masalah ini jika anak-anak kita sebahagian daripadanya? Saya juga menyeru kepada para ibu bapa agar mengambil kesempatan dan juga ruang, malahan jangan sesekali melepaskan peluang sekiranya dihubungi oleh pihak sekolah untuk hadir ke sekolah bagi berbincang permasalahan anak-anak tuan-puan. Tutur kata dan tingkah laku anak-anak tuan-puan mungkin tidak sama semasa di rumah dan juga di sekolah, jadi amatlah wajar sekali seandainya kita memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah yang ternyata berusaha keras malah tulus ikhlas mahu membentuk anak-anak tuan-puan menjadi insan yang terbilang dari segi akademik jua sahsiah. Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada kepada hebatnya guru-guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malahan perlu seiringan dengan kecemerlangan murid dari aspek akademik, sahsiah dan kokurikulum serta komitmen padu para ibu bapa dan komuniti setempat. Kita tidak boleh lepas tangan menyerahkan bulat-bulat urusan mendidik anak-anak kita kepada pihak sekolah semata-mata. Amat molek kiranya kita boleh duduk berbincang tanpa ada rasa sangsi antara kita. Jika pihak sekolah mengambil tahu segala tindak-tanduk anak-anak tuan-puan dari sekecil-kecil laku umpama tidak menyiapkan kerja sekolah, membawa kepada masalah ponteng kelas atau ponteng sekolah kepada sebesar-besar masalah, umpama gejala vandalisme atau merosakkan harta benda sekolah, pergaduhan sesama mereka malahan juga kes buli, serta cabul, itu menggambarkan kecaknaan guru-guru dan pihak sekolah terhadap anak-anak kita. Sewajarnya lah kita memberi kerjasama kepada guru-guru ini dan juga pihak sekolah. Kita juga harus mengelakkan sikap menunding jari sesama kita, tetapi patut mengambil jalan tengah penyelesaian secara bersama untuk kebaikan kita bersama juga.

YB / hadirin dan hadirat sekalian,

Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita. Kita jadikan diri kita, guru-guru dan masyarakat setempat sebagai satu komuniti yang saling lengkap-melengkapi. Masalah disiplin dantingkah laku anak-anak perlu kita tanganinya bersama. Masalah ponteng sekolah yakni tidak hadir ke sekolah mesti diambil tindakan segera. Jangan kita biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab yang munasabah. Saya merasakan para guru akan merasakan bangga jika kita sebagai ibu bapa sentiasa mengambil berat dengan disiplin anak-anak kita di sekolah. Kita harus sedar, kecemerlangan seseorang pelajar ini amat bergantung kepada pendisiplinan mereka dalam menuntut ilmu. Mereka mesti disiplin dengan peraturan agama Islam. Mereka juga mesti berdisiplin dengan peraturan sekolah. Untuk ini, kita perlu mendampingi dan selalu bertanya khabar dengan guru tentang anak-anak kita. Jangan ambil tindakan melulu berdasarkan maklumat daripada anak-anak kita semata.-mata. Mungkin sikap mereka di rumah tidak sama dengan sikap mereka ketika di sekolah. Akhir kata, sebelum saya menutup ucapan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama kepada guru-guru dan ibu bapa atas kerjasama padu demi melihat kejayaan anak-anak pelajar semua. Terima kasih yang tidak terhingga saya kepada Yang Berhormat Tuan Hj Mohammad Pehimi bin Yusoff kerana sudi singgah kemari untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Permaisuri Nur Zahirah kali ke-10 tahun 2013. Saya tinggalkan tuan-puan dengan serangkap pantun buat renungan semua, semoga menjadi panduan dalam kita berusaha mendidik anak-anak kita menuju kecemerlangan akademik dan sahsiah.

Sampan kotak hilir mudik,Dayung patah galah sebatang;Ikhtiar tidak datang menggolek,Akal tidak datang melayang .

Sekian, terima kasih

Bersyukur kita ke hadrat Allah swt di atas limpah dan kurniaNya dapat kita berkumpul pada hari ini bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke 26.Bagi pihak sekolah dan seluruh ahli jawatankuasa PIBG SMK Lui Barat saya mengalu-alukan kehadiran YB Dato serta tuan/puan tetamu jemputan ke majlis kita pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran YB Dato dan tuan/puan semua dapat menyuntik semangat dan iltizam kami untuk berusaha meningkatkan lagi pencapaian sekolah ini. Kehadiran tuan/puan menandakan sokongan tuan/puan terhadap SMK Lui Barat, dan merupakan satu titik permulaan untuk proses kolaborasi antara sekolah dengan komuniti setempat. Marilah kita sama-sama berganding bahu dalam menyahut saranan pemimpin Negara untuk merealisasikan PPPM menjelang alaf baharu di tahun 2020. Saya juga mengalu-alukan kehadiran tuan/puan para ibu bapa pelajar yang sudi meluangkan masa bagi memeriahkan lagi majlis kita pada kali ini. Komitmen tuan/puan akan dapat memberi keyakinan kepada kami khususnya dalam menjalankan tugas kami, seterusnya dapat kami melaksanakan tugas terhadap anak bangsa dengan jayanya InsyaAllah. Saya berpendapat ibubapa yang hadir pada hari ini adalah ibubapa yang benar-benar mengharapkan kecemerlangan sekolah dan juga kecemerlangan anak-anak kerana sesungguhnya penglibatan ibu bapa merupakan salah satu faktor pendorong yang boleh menjadi motivasi kepada anak-anak untuk memajukan diri dalam pelbagai bidang. Tidak lupa juga, saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi2 penghargaan kepada YDP PIBG, En. Zulkifli Bin Aton dan seluruh AJKnya yang telah banyak membantu pihak sekolah samada dari segi meluluskan peruntukan wang sumbangan PIBG, dari segi sokongan moral, buah fikiran malah sumbangan tenaga. Tanpa sokongan dan bantuan2 tersebut agak sukar juga untuk kami para guru mencapai apa yang kami hasratkan.YB Dato, tuan/puan sekelian, sebagai Pengetua yang baharu di sekolah ini, saya dengan rendah hati memohon kepada YB Dato serta tuan/puan agar dapat memberikan teguran yang membina andai kata terdapat kesalahan dan kekhilafan sepanjang saya menggalas tanggungjawab ini nanti. Marilah kita sama-sama berganding bahu dalam meladeni serta melayani kerenah anak-anak kita di samping sama-sama memberikan sokongan, dorongan kepada anak-anak kita di sini agar sentiasa menanamkan sifat percaya kepada diri sendiri dan sentiasa berusaha menongkah arus, onak dan ranjau untuk meningkat maju dalam apa jua bidang yang diceburi. Janganlah jemu membekalkan anak-anak kita dengan nasihat dan dorongan kerana sesungguhnya naluri anak2 kita sentiasa dahagakan itu semua daripada kita sebagai orang-orang tua dan yang berpengalaman (ibarat kata orang tua, lebih dulu makan garam). Tunjukkanlah juga contoh dan teladan yang baik kepada anak2 kita kerana sebagai pemimpin di rumah (bagi ibubapa) atau pemimpin di sekolah (bagi guru2) jadikanlah slogan Kepimpinan Melalui Teladan itu sebagai motto diri kita.YB Dato, tuan/puan sekelian, Mesyuarat Agung Tahunan merupakan satu agenda wajib dalam kalendar pendidikan pada setiap tahun. Hari ini merupakan hari yang dinanti2kan oleh para ibubapa untuk mengetahui apakah agenda yang telah dan akan dilaksanakan bagi membantu anak-anak di sekolah. Pada masa inilah peluang ibubapa untuk memberi pandangan serta buah fikiran bagi membantu sebarang usaha sekolah. Barisan kepimpinan PIBG merupakan sayap kiri di sekolah dalam membantu melaksanakan agenda yang dirancang. Penglibatan pihak ibubapa yang aktif dalam PIBG akan dapat memberikan impak yang positif kepada anak2 dan seluruh pelajar sekolah ini.YB Dato, tuan/puan sekelian, di sini saya ingin berkongsi dengan tuan/puan apakah aspirasi kami para pendidik di sekolah ini. Kita mempunyai matlamat agar sekolah ini dapat mencapai sasaran yang kita tetapkan samada dalam bidang akademik, Hal Ehwal Murid mahupun kokurikulum.Dalam bidang akademik, kita sasarkan akan mencapai KPI yang ditetapkan dari segi Gred Purata Sekolah, % Lulus dan bilangan pelajar yang mendapat Semua A dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM tahun 2013. Untuk peperiksaan PMR 2013, kami mensasarkan GPS adalah 2.96 sementara semua pelajar Tingkatan 3RK (seramai 21 orang) disasarkan memperolehi SEMUA A.Dalam bidang HEM pula kita sasarkan % kehadiran murid melebihi 90% setiap hari dan tiada masalah disiplin berat. Sementara dalam bidang kokurikulum pula kita sasarkan penyertaan yang lebih banyak untuk pertandingan di peringkat Daerah. Negeri dan Kebangsaan dan juga ke peringkat antarabangsa, serta meningkatkan lagi bilangan pelajar yang mendapat gred A dan B dalam kokurikulum.Bagaimanakah caranya kita dapat mencapai matlamat ini? Untuk mencapainya kita memerlukan kerjasama dan sokongan daripada para ibubapa dan komuniti setempat selain daripada tanggungjawab sekolah. Di sekolah, Penolong kanan Pentadbiran dengan dibantu oleh 4 org Ketua Bidang, ketua2 panitia dan guru2 matapelajaran sentiasa memastikan proses P&P berlaku di bilik darjah, program2 sokongan juga diadakan seperti kelas2 intervensi, seminar, teknik menjawab soalan, kelas tambahan hujung minggu atau masa cuti dan sebagainya bagi tujuan membantu pelajar melonjakkan pencapaian akademik mereka. Untuk menjayakan semua program ini, pihak sekolah perlu mendapat sokongan moral dan kewangan dari pihak luar. Untuk ini kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato Zainal yang telah membantu memberi peruntukan sebanyak RM 3,000 untuk program intervensi PMR dan SPM serta kepada PIBG sendiri yang memberi bantuan kewangan tambahan. Untuk makluman YB Dato, tuan/puan, keputusan PMR yang diumumkan baru2 ini telah mencatatkan 4 orang pelajar telah memperolehi SEMUA A dan keputusan ini sekaligus telah menaikkan nama sekolah di mana pada tahun sebelumnya tiada pencapaian semua A diperolehi. Tahniah diucapkan kepada pelajar berkenaan dan juga ibu dan bapa mereka. Untuk peperiksaan SPM tahun lepas, kita sedang menunggu keputusannya dalam bulan Mac ini dan kita sedang berdebar2 menunggu bagaimanakah pula keputusannya.YB Dato, tuan/puan sekelian, pihak sekolah diberi tanggungjawab memikul mandat kerajaan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana matlamat terakhirnya ialah menghasilkan manusia bukan sahaja yang berilmu pengetahuan tetapi juga seorang manusia yang berakhlak mulia dan berguna kepada keluarga, Negara, bangsa dan agama. Kita bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik tetapi juga menekankan kemenjadian manusia. Justeru, KPM telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah mulai tahun 2012 secara berperingkat dengan hasrat untuk menghasilkan murid yang berkemahiran selaras dengan keperluan Negara. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan murid dapat ditaksir kebolehannya, ibubapa/penjaga MESTI memastikan anak-anak hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan agar anak-anak kita memperolehi kemahiran yang dihasratkan di samping untuk mencapai sasaran dalam bidang HEM yang kita sasarkan tadi.YB Dato, tuan/puan sekelian, pihak sekolah juga sentiasa memastikan agar keselamatan anak2 tuan/puan terjaga. Justeru, kepada ibubapa/penjaga yang menghantar anak ke sekolah dengan kenderaan sendiri dipohon agar dapat menurunkan anak di pintu kecil belakang dewan untuk mengelakkan kesesakan di pintu masuk utama. Tuan/puan juga dipohon agar memastikan anak2 tuan/puan yang membawa motosikal memiliki lesen memandu serta bertopi keledar. Hal ini sangat penting kerana di samping bertujuan untuk langkah2 keselamatan, ia juga dapat mengelakkan anak2 tuan/puan daripada disaman jika terlibat dengan kemalangan (ini adalah pesanan daripada pihak polis). Tuan/puan yang merasa ragu2 samada anak2 tuan/puan hadir ke aktiviti sekolah, atau ragu2 samada ada aktiviti atau tidak bolehlah menelefon pihak sekolah kerana terdapat kes murid menyalahgunakan surat makluman aktiviti daripada pihak sekolah untuk pergi ke tempat lain.YB Dato, tuan/puan sekelian, pihak sekolah juga amat mengambil berat mengenai perkembangan sahsiah dan kerohanian murid2. Untuk itu, antara aktiviti yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak sekolah seperti solat hajat setiap hari jumaat mengikut giliran tingkatan, bacaan Yaasin setiap hari jumaat, tazkirah, motivasi, tazkirah slot kasih Nabi pada pagi jumaat untuk santapan minda, fikrah dan rohani, alunan Qasidah dan selawat pada setiap pagi jumaat sebelum tazkirah dan Yaasin, zikir2 pendek setiap pagi selasa dan khamis, bimbingan rohani khusus untuk murid2 perempuan pada setiap hari jumaat mengikut giliran tingkatan yang bermula pada jam 12.30 1.15 tghri. Murid yang terlibat akan pulang agak lewat sedikit pada hari jumaat tersebut. InsyaAllah dengan hati yang bersih dan suci, ilmu mudah menyerap dan lekat di hati. Di rumah adalah tanggungjawab ibubapa pula untuk meneruskan aktiviti2 yang boleh melembutkan hati dan jiwa anak2.Tentang kes-kes disiplin pula, kes yang paling kerap dan berulang2 adalah kes merokok dalam kawasan sekolah. Ada kes yang berulang-ulang walaupun tindakan telah diambil. Selain dari itu kes ponteng. Dari jumlah 915 orang murid , bilangan murid yang tidak hadir setakat ini (bulan januari hingga kini) ialah antara 80-100 orang sehari. Ada kes murid yang dihantar ke sekolah tetapi keluar semula selepas ibu/bapa pulang, ada juga yang keluar rumah dengan uniform sekolah tapi tidak sampai ke sekolah. Pada awal januari lepas ada 2 kes murid ditangkap polis dan dibawa ke Balai. Pihak KPM tidak membenarkan pihak sekolah mengejar murid yang ponteng diluar kecuali yang ditangkap bersama penduduk Lui Barat / Ayer Hitam / bersama RELA. Sehubungan dengan itu, ibubapa yang menerima surat amaran ponteng datanglah berbincang dengan pihak sekolah dan janganlah menunggu sehingga amaran terakhir atau sehingga surat buang sekolah sampai. Jika diteliti analisa kehadiran murid pada dua bulan ini, didapati lebih ramai murid tidak hadir pada hari selasa dan rabu, kerana pada hari tersebut murid-murid pulang lewat kerana ada program 1 Murid 1 Sukan dan aktiviti kokurikulum, malahan masa merentas desa juga seramai 215 orang murid tidak hadir! Untuk makluman tuan/puan. Program 1 Murid 1 Sukan ini adalah dasar kerajaan yang tidak dapat tidak mesti dilaksanakan, dan kita di SMK Lui Barat melaksanakannya pada setiap hari selasa.YB Dato, tuan/puan sekelian, dalam bidang kokurikulum pula, pencapaian kokurikulum bagi sekolah ini pada tahun lepas berada pada tahap yang sederhana. Dari jumlah pelajar seramai 987 org pada tahun lepas, hanya 186 org yang terlibat di peringkat Negeri dan 34 orang terlibat di peringkat kebangsaan, iaitu hanya 3.4% sahaja yang terlibat di peringkat Kebangsaan. Bagi murid T5 tahun lepas, hanya 96 org daripada 148 orang yang Berjaya mendapat gred A dan B, yang lain (52 org) gred C, sementara pelajar T6 tahun lepas, 29 daripada 31 org mendapat gred A dan B dan 2 org mendapat gred C.Di sini sukacita ingin saya maklumkan bahawa salah seorang pelajar kita iaitu AZRI MIRZA BIN MOHD. AZNAN dari tingkatan 3 (anak salah seorang AJK PIBG) telah tersenarai sebagai pelatih pasukan Malaysia dalam permainan Bola Baling Bawah 18 tahun di peringkat Antarabangsa. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar tersebut dan juga kepada ibu bapanya.Pihak sekolah sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi pencapaian kokurikulum dan sukan, sekali lagi, kerjasama tuan/puan sangat diharapkan agar dapat memastikan dan membenarkan penglibatan anak2 dalam aktiviti sukan dan kokurikulum sebagaimana yang telah dirancang oleh pihak sekolah.Bagi meningkatkan disiplin pelajar, penguatkuasaan pemakaian pakaian unit beruniform yang lengkap pada setiap hari rabu dipertingkatkan. Pihak sekolah berharap tuan/puan dapat membantu menyediakan pakaian kadet beruniform anak2 tuan/puan kerana kita mensasarkan pada bulan April ini semua pelajar telah memakai pakaian kadet uniform masing-masing yang lengkap pada hari rabu. Pakaian unit beruniform ini boleh didapati di kedai atau pun melalui guru penyelaras unit beruniform masing2. Maklumat ini telah pun disampaikan kepada pelajar2 mulai bulan januari lagi.YB Dato, tuan/puan sekelian, dalam dunia tanpa sempadan ini, anak2 kita bukan hanya menghadapi persaingan sesama mereka tetapi juga kemudahan teknologi masa kini seperti penggunaan telefon bimbit, internet dan pelbagai peranti / gajet yang mampu membawa anak2 tuan/puan mengelilingi dunia secara maya. Walaupun banyak kebaikan yang diperolehi oleh anak2 kita jika betul cara penggunaannya, tidak kurang juga ia mampu meracuni fikiran dan tindak tanduk mereka. Justeru, pemantauan serta bimbingan daripada kita semua amat perlu, pimpinlah mereka untuk terus memelihara kesantunan bangsa dan budaya kita. Kita yakin dan percaya benteng yang paling ampuh untuk kita semua adalah dengan pegangan agama serta pegangan nilai masyarakat yang kukuh.Kepada YB Dato pihak sekolah dengan rasa rendah hati memohon peruntukan kewangan untuk menampung aktiviti sekolah. Selain daripada itu, kalau kita tengok langsir bilik ini sudah lusuh dan perlu diganti baharu. Jika ada keprihatinan YB Dato dapatlah kiranya menghulurkan sumbangan kepada SMK Lui Barat.Akhir kata saya memohon maaf sekiranya ucapan saya tadi ada menyentuh hati dan perasaanDato, serta tuan/puan. Untuk itu bagi pihak seluruh warga SMK Lui Barat saya sekali lagi memohon maaf kepada tuan/puan di atas apa jua tindakan kami dalam melaksanakan tanggungjawab kami kepada anak2 tuan/puan.Saya sudahi ucapan ini dengan wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sekian terima kasih.PN. SARIPAH BINTI MOHD.NORPENGETUA SMK LUI BARAT