perkembangan pendidikan malaysia

Upload: nurhidayahmostaffa

Post on 14-Jan-2016

41 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kerja kursus mengenai pekembangan pendidikan bagi subjek sejarah di malaysia

TRANSCRIPT

2.0) Perkembagan Pendidikan Sejarah

1.0) Pendahuluan

Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang penting. Pelajaran sejarah hendaklah dijadikan subjek teras kerana pegajaran sejarah bertujuan untuk membantu pelajar untuk memahami keadaan masa kini berdasarkan keadaan masa lampau. Dengan memahami masa lalu, kita mampu memjadikan kita sebagai seorang yang dapat merancang masa hadapan dengan mepelajari dan memahami peristiwa masa lalu. Kemudian, subjek sejarah penting untuk dijadikan mata pelajaran tera kerana mata pelajaran sejarah untuk membentuk wargananegara. Seorang wargana negara yang sempurna perli mengetahui budayanya, perkembagan sejarah bangsa dan kemahirannya. Dengan mempelajari pendidikan sejarah seseorang mampu menggembangkan kesedaran dan kebanggaan terhadap negara sendiri. Ini akan melahirkan insan yang mempunyai semagat petriotik dan cinta akan negara . Seterusnya, apabila kerajaan mengetahui kepentigan mata pelajaran sejarah dalam pendidikan. Oleh sebab itu, pelbagai cara dan pemindaan dalam sistem pendidkan bagi membentuk sistem pendikan yang seimbang seperti mengikut falsafah pedidikan. Dalam karagan ini saya akan menerangkan sistem pendidikan dari pemerintahan British sehingga sistem pendidkan diapakai sekarang.

2.0) Sejarah Ringkas Perkembagan Subjek Sejarah

Pada pertengahan abad ke-19(masih dalam pemerintahan British), subjek sejarah telah diperkenalkan di Sekolah Tanah Melayu. Subjek sejarah diajar di sekolah-sekolah Inggeris di Negeri-negeri selat pada masa itu memasukkan sejarah dalam kurikulum sekolah khususnya bagi darjah-darjah yang lebih tinggi. Subjek sejarah pada waktu itu juga hanya dianggap sebagai mata pelajaran tambahan. Subjek sejarah pada pemerintahan British mempunyai matlamat yang praktik dan di samping itu ianya bersifat politik. Matlamat praktik yang dimaksudkan ialah menjalinkan hubugan antara pentadbir(pihak British) dan rakyat yang ditadbir di Tanah Melayu. Hal ini kerana kerajaan British menganggap bahawa sekiranya orang tempatan tidak mengenali budaya British iaitu sejarah British, hubugan di antara pihak pentadbir (British) dengan gologan yang ditadbir(rakyat) akan menjadi renggang. Oleh sebab yang demikian, sejarah Empayar British selain sejarah dunia dan sejarah barat telah diperkenalkan di sekolah-sekolah tanah Melayu khususnya sekolah-sekolah Inggeris. Pihak British sangat bangga akan kejayaan mereka dalam mendomisasikan satu kawasan yang lebih luas di luar Britian walaupun negara mereka merupkan antara negara yang terkecil di Britian. Sudah tentu prespektif sejarah yang dikemukakan oleh pihak British meperlihatakn bahawa British sebagai negara yang berperikemanusiaan, bertamadun dan bertujuan mulia. Macaulay dan dasar pendidikannya, penghapusan amalan Suttee dan Thugee di India serta percubaan untuk menamatkan sistem kasta merupakan peristiwa sejarah yang ditikberatkan dalam kejayaan Empayar British.

Perlu ditekankan bahawa bahawa kukurilum sejarah di sekolah-sekolah Inggeris dan sekolah-sekolah Melayu adalah berbeza. Kukurikum di sekolah-sekolah Inggeris seperti yang dinytakan tadi lebih kepada penerapan budaya British dan pemikiran British. Hal ini demikian kerana, pihak British hanya ingin meluaskan pendidikan ke atas satu golongan kecil (pelajar-pelajar sekolah Inggeri) yang dikehendaki menolong kerjaan British menjalankan pentadbiran di peringkat bawah. Berbeza pula dengan sekolah Melayu, yang mementingkan dan memahami budaya Melayu bagi menjadi orang Melayu Tradisional. Malah, terdapat kempen untuk mengidupkan kembali kesusteraan Melayu yang bermula pada abad ke-20 okeh R.J Wilkinson dan Ernest Brich. Pada peringkat awl, sejarah dipelajari melalaui hikayat. Pada tahun 1918 telah berlakunya perubahan di kurikulum sekolah Melayu iaitu pelajaran Tawarikh diperkenalkan di sekolah Melayu. Sejarah tanah Melayu telah mendatangkan makna yang lebih besar apabila Cikgu Abdul Hadi Bin Haji Hassan yang mengajar di Maktab Perguruan Tanjung Malim menulis siri buku yang diberikan tajuk Sejarah Alam Melayu pada tahun 1920-an. Perbezaan antara kurikulum sekolah Inggeris dan sekolah Melayu telah mendatangkan jurang perbezaan kepada pelajar-pelajar di sekolah Inggeris dan sekolah Melayu. Di sekolah Inggeris, sukatan sejarah tidak memperkenalkan Alam Melayu kepada murid-murid. Dalam sukatan sejarah tanah melayu yang banyak diajar mengenai tokoh-tokoh british iaitu Francis Light, Stamford Raffles dan Frank Swettenham, pembunuhan J.W.W Brich memeang diutmakan untuk menujukkan bahawa pembesar-pembesar Melayu yang sentisa menganiayai rakyat jelata marah kerana Birch cuba membersihkan negeri Perak.

Menjelang kemerdekaan, berlakunya perubahan yang ketara dalam subjek sejarah di sekolah rendah dan menegah. Sejarah Melayu mula diberi tempat baharu dalam kurikulum sejarah. Walaupun orang yang menggubal sukatan pelajaran ialah pegawai-pegawai British dalam Perkhidmatan Pendidikan seperti Dartford. Sudah tentu, perspektif mereka mengenai sejarah Tanah Melayu sama seperti perspektif Sejarah Komanwel yang telah lama diperkenalkan di sekolah-sekolah Inggeris. Malahan, tulisan-tulisan R.O Winstedt yang merupakan pakar sejarah Tanah Melayu telah dijadikan panduan. Dalam tulisan beliau, Sejarah Tanah Melayu bermula dengan Sejarah Kesultanan Melayu Melaka tetapi kehadiaran kuasa-kuasa Barat menjadi aspek utama sukatan peljaran mulai dari masa jatuhnya Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511. Dari segi priodisasi, yang berikut ialah Zaman Portugis, Zaman Belanda dan Zaman British. Zaman Britishbermula dengan kehadatagn Francis Light dan penyerahan Pulau Pinang kepada SHTI dan selanjutnya bagaimana kuasa British meluaskan pengaruhnya dan bagaimana mereka mejalankan pentadbiran. Malahan, sukatan pelajaran Tanah Melayu pada masa itu juga banyak memberi tumpuan kepada perkembagan ekonomi terutamanya perkembagan ekonomi Bijih Timah dan Getah. Selain daripada aspek perkembagan ekonomi akpek-aspek lain seperti proses perkembagan sistem pentadbiran juga banyak diketengahkan.Sebahagian besar kandugan sukatan pelajaran tertumpu kepada zaman sebelu abad ke-20 dan sepanjang tahun 1950-an, pensejarahan sejarah Melayu memang sentiasa dibincangkan sehingga Tanah Melayu diberi kemerdekaan.

Pada 1957, apabila Tanah Melayu sudah mencapai kemrdekaan maka terdapat desakan supaya sejarah Tanah Melayu ditulis kembali dengan perspektif yang baharu. Pada masa itu, tidak ramai yang memahami apa yang dimaksudkan dengan perspektif baharu ini. Bagi mereka, perspektif yang baharu kalau dahulu kuasa British dikatakan telah banyak memberikan sumbagan kepada pembangunan ekonomi, sosial dan politik, kini ahli sejarah sepatutnya menunjukkan aspek-aspek negatif zaman kolonial. Walaupun, perkara ini sebenarnya tidak berlaku, buku sejarah yang sangat popular pada permulaan zaman kemerdekaan ditulis oleh Joginder Singh Jessy. Dari segi kandungannya buku tersebut, memang ada dinyatakan akpek-aspek yang baharu.Hanya yang tidak jelas kepada para guru ialah perspektif guru Joginder Singh. Pemikiran dan pengkajian tetang sejarah Malaysia semakin hebat lagi pada tahu-tahun 1960-an.

2.1) Kurikulum Baru Sekolah Rendah

Pada tahun 1983, satu sisitem pendidikan teah diperkenalkan dan dilaksanakan kepada semua pelajar tahun 1 di semua sekolah di seluruh negara iaitu Kurukulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Objektif KBSR adalah untuk memahirkan dalam kemahiran tiga bidang utama iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusian dan alam sekeliling serta perkembagan individu. Sisitem KBSR terbahagi kepada dua peringkat iaitu kepada pelajar darjah satu hingga darjah tiga merupakan Tahap Satu. Manakala bagi pelajar darjah empat hingga darjah enam merupakan Tahap Dua. Bagi tahap satu pelajar difokuskan untuk mempelajari penguasaan kemahiran asas. Oleh sebab itu, aspek-aspek sejarah digunakan sebagai isi kandugan Bahasa Malaysia melalui penyerapan. KBSR Tahap Satu mengutamakan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, bagi memmupuk kemahiran asas 3M pelbagai jenis pengetahuan yang diserapkan ke dalam pembelajaran bahasa. Penyerapan ialah gabugan isi pengetahuan satu mata pelajaran dengan kemahiran-kemahiran dlam mata pelajaran lain. KBSR mementingkan pembelajaran bahasa, kerana melalui pembelajaran bahasa, pelajar mampu mempelajari ilmu pengetahuan tentang sejarah disamping menguasai kemahiran asas bahasa.

Disamping itu, bagi Tahap Dua pula, pendidikannya tertumpu untuk pengukuhan dan perkembagan kemahiran itu bagi mempelajari berbagai-bagai bidang ilmu. [Kemahiran Asas], [Nilai Kerohanian dan Sikap/Kemanusiaan dan Persekitaran] dan [Kessenian dan reakreasi] merupakan tiga komponen yang diberikan keutamaan. Bagi mata pelajaran Sejarah telah digabungkan degan mata pelajaran Sains, Geografi, Sivik, Hal Ehwal Tempatan dan Pendidikan Kesihatan dalam satu mata pelajaran iaitu mata pelajaran Alam dan Manusia dan mula diajar kepada pelajar tahun 4 . Mata pelajaran ini bertujuan untuk menolong pelajar memperkembangkan dan memperkayakan ilmu pengetahuan serta dapat membantu mereka berfikir secara rasional ketika membuat kepututusan. Aspek sejarah yang terkandung dalam mata pelajaran ini ialah sejarah kebudayaan, adat resam, perlembagaan, pemabaguanan negara, perusahaan dan pengangkutan. Pendekatan integrasi telah digunakan dalam mata pelajaran ini degan menggabungkan berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan menajadi satu kesatuan yang menyeluruh. Menurut Lee Shok Mee, konsep integrasi dalam mata pelajaran Alam dan Manusia ialah penyerapan unsur-unsur dari berbagai-bagai bidang pengetahuan, kemahiran dan aktiviti untuk menghasilkan suatu rancagan pelajaran yang meelurh dan harmonis. Matlamat Mata pelajaran Alam dan Manusia untuk memberikan kesedaran bahawa manusia perlu hidup dalam keadaan yang harmonis bagi mencapai kesejahteran dan kebahagian dalam kehidupan. Serta membolehkan murid-murid untuk memberikan sumbagan kepada masyarakat dan dalam persekitaran fizikalnya. Malahan iainya juga bertujuan untuk memupuk ciri-ciri yang mencerminkan keperibadian kebangsaan sesuai dengan prinsip Rukun Negara. Mata pelajaran Alam sekitar dan manusia menerapkan kesedarhanaan, kefahaman, penghargaan dan kepekaan terhadap manusia dan alam sekiling.

Walaubagaimanapun, subjek sejarah dalam KBSR telah menujukan pencapaian yang rendah berbanding dengan subjek yang lain seperti geografi dan sains. Dalam kajian Wan Mohd. Zahid Mohd Nordin (1988) mengenai kejayaan program KBSR bagi mata pelajaran Alam dan Manusia telah memaparkan mata pelajaran Sejarah lemah kerana hanya 36.5% sahaja murid mencapai kelulusan 50% ke atas.

2.2) Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah dipinda dan diganti dengan kurikulum yang baharu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1994. KBSR ini digubal dan berlandaskan falsafah pendidikan negara iaitu melahirkan murid-murid yang berperibadi seimbang dan harmonis dari sudut JERI iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Berlakunya perubahan kurikulum pendidikan maka secara tidak langsung berlakunya perubahan dalm pendekatan dan pengajaran dan pembelajaran sejarah.Perubahan yang ketara ialah mata pelajaran sejarh telah dipisahkan daripada sains, ilmu kesihatan, sivik dan hal-ehwal tempatan. Mata pelajaran sejarah dan geografi telah digabungkan menjadi mata pelajaran baharu iaitu mata pelajaran Kajian Tempatan. Mata pelajaran ini mempunyai hubugan yang rapat dengan kajian terhadap latar belakang sejarah diri masing-masing, berdasarkan ruang litup yang telah ditetapakan. Ruang litup ini terbahagi kepada tiga, ruang litup yang pertama menekankan hubugan anatara pelajar dengan orang sekelilingnya iaitu keluarga dan masyarakat. Ruang litupini diajar kepada pelajar tahap dua iaitu darjah 4, iainya mengadungi unsur-unsur pendidikan sejarah sebagai contoh mencerita dan menyelidik salasilah diri dan keluarga murid itu.

Manakala, ruang litup kedua diajar di Tahun 5. Ruang litup ini lebih menekankan kepada nilai menghargai identiti dan keistimewaan kawasan tempat tinggal mereka, serta menekankan nilai mencintai negara dengan mengetahui latar belakang dan identiti negara. Antara topik yang diketengahkan iaitu sejarah kesultanan melaka. Ruang litup seterusnya yang diajar kepada murid darjah 6. Ruang liput ini betujuan untuk memberi pendedahan mengenai sejarah sosio-ekonomi dan kejayaan malah perasaan bangga akan negara Malaysia. Anatara topik yang diketengahkan ialah sejarah pembinaan negara bangsa, asas-asas perlembagaan Negara dan RUkun Negara. Walaubagaimanapun, mata pelajaran ini bukalah subjek teras kerana tidak dimasukkan dalam komponene mata pelajaran yang dinilai dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR).

Manakala, pada tahun 1988 kurikulum peringkat menengah telah digubal semula dan dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan mula dilaksanakan di sekolah secra berperingkat-peringkat di Taingkatan Satu dan Kelas Peralihan. Walaupun, KBSM adalah terhad dan hanya dilaksankan kepada empat aspek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan Bahasa CIna. Menjelang tahun 1989, barulah KBSM dilaksanakan sepenuhnya di Tingkatan Satu yang melibatkan semua mata pelajaran teras, termasukalah mata pelajaran sejarah. Pendidikan Sejarah adalah bermatlamat memupuk semagat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Melalui pengetahuan dan penghayatan Sejarah mengenai negara akan membolehkan pelajar memahami keadaan masyarakat dan negara bagi mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan terhadap masyarakat dan negara sebagai satu Malaysia, malah ianya mewujudkan ingtan bersaam terhadap sejarah sebagai rujukan kesedaran kebangsaan dan memperkukuh perasaan cintakan negara. Bagi objektif KBSM adalah:

membolehkan pelajar untuk memahami perkembagan masyarakatdan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Pelajar juga dapat memahami dan menghargai ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Pelajar yang dapat mengharai usaha dan sumbagan tokoh yang memperjuagkan kemerdekaan dan kedaulatan,seta tokoh yang mengahasilkan pembangunan negara.

Menganalisis, merumus dan menilai fakta sejarah negara secara rasional

MEmpunyai kesedaran Sejarah dalam pemahaman hakikat dan keadaan masyarakat dan negara masa kini.

Mempertkaikan daya pemikiran dan kematagan berasaskan iktibar dan pengalaman sejarah

Mempunyai kesedaran, kepekaan dan semanagat ingin melibatkan diri dalam uasaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajaun negara.

3.0) Peranan Pendidikan Sejarah dalam pembinaan Bangsa Malaysia

Pendidikan sejarah merupakan mata pelajaran yang penting bagi membentuk negara bangsa. Sejarah merupakan subjek yang merupakan ilmu pengetahuan yang perlu dihafal dan dingat akan tetapi subjek sejarah merupakan subjek yang memerlukan pelajar untuk memahami dan menjadikan sesuatu peristiwa itu sebagai iktibar. Lumrah kehidupan, kita akan membuat refleksi dan mambuat penilaian tentang sesuatu peristiwa dan kita akan membuat perancagan masa hadapan. Oleh sebab sejarah merupakan mata pelajaran yang menceritakan kronologi peristiwa-peristiwa yang berlaku di negara Malaysia dari pemerintahan kesultanan Melaka hinggalah perbentukan negara Malaysiabauakn setakat sejarah mengenai Maaysia akan tetapi pendidikan sejarah mengetegahkan sejarah dunia. Malahan sepanjang peristiwa itu berlaku, adanya peritiwa naik dan turun sesuatu kerajaan, bangsa dan mahupun negara maka mata pelajaran sejarah sememangnya sesuai untuk dijadikan garis panduan untuk pembinaan semula kedudukan dan kekuatan bangsa dan negara. Perkara ini juga telah dinyatakan oleh Butterfield (1973), kepentingan sejarah dalam kehidupan manusia atau suatu bangsa ialah ia melibatkan pertimbagan nilai dan pertimbagan moral bagi membolehkan kita memperoleh iktibar dan kefahaman tentang perkara yang telah berlaku. Sejarah boleh dijadikan sebagai alat untuk membentuk negara bangsa dengan melalaui pelbagai proses. Proses yang pertama ialah sejarah berperanan sebagai asas membentuk kesinambugan. E.H Carr (1980) menyatakan sejarah sebagai sesuatu dialog yang tidak berkesudahan di antara masa kini dengan masa lampau. Beliau menyatakan bahawa melaui peritiwa yang lampau telah menjadi pedoman dan iktibar kepada masa kini. Bagi melanjutkan usaha pembinaan bangsa dan negara berasakan keadaan masa lampau dan keperluan untuk membentuk satu perubahan masa hadapan.

Seterusnya, sejarah dapat mebentuk perpaduan di kalagan masyarakat yang berbilang kaum.. Perpaduan merupakan asas kepada perbentukan negara bangsa. Tanpa perpaduan masyarak malaysia yang berbilang kaum sudah pasti akan berpecah belah dan berlakunya pelbagai perang-perang saudara kerana tiada persaan hormat-menghotmati mahupun persefaham yang belum kecapai. Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam yang berlaku ke atas negara Malaysia. Peritiwa itu ialah rusushan kaum. Di sini sejarah boleh memainkan peranan dalam menyelidik dan membuat pengadilan moral terhadap peritiwa itu. Setelah pendidikan sejarah membuat pengadilan moral pendidikan sejarah dapat menerapkan nilai-nilai yang diterapkan kepada pelajar-pelajar mengenai peritiwa yang telah berlaku. Seperti, tolenrasi dan sikap bekerjasam tanpa mengira perbezaan kaum. Hal ini menunjukkan bahawa pendidikan sejarah seperti dapat mengahapuskan polarisasi kaum dengan memupuk nilai-nilai persefahaman dan penyatuan masyarakat berbilang kaum.

Pendidikan sejarah dari perspektif pendidikan nilai ialah proses menananm, memupuk dan mengembangkan nilai-nilai yang berguna kepada individu terutama kepada pelajar-pelajar. Proses ini berlaku melalui penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalampembelajaran Sejarah. KBSM dari segi skopnya amat memberi penegasan yang lebih luas kepada berbagai-bagai tema seperti ekonomi, sosial dan kemasyarakatan bagi mendedahkan pelajar dengan pengetahuan sejarahyang bukan sahaja memberatkan soal politik tetapi juga untuk memahami soal ekonomi, sosial dan kemasyarakatan. Melalui tema yang luas ini maka secara tidak langsung nilai yang lebih luas diterapkan dalam pengetahuan sejarah pada waktu yang sama pendidikan sejarah melalui tema-tema ini dapat meliputi nilai moral dan etika, politik, sosial, ekonomi, budaya intelek. Kurikulum mata pelajaran sejarah menekanakan unsur nilai intrinsik, iaitu nilai yang tersirat yang meberikan makna kepada bidang ilmu pengetahuan yang dibentuk dan dikembangkan sebagai satu disiplin ilmu pengetahuan. Nilai yang diterapkan nilai dalam mata pelajaran sejarah.Antara nilainya ialah nilai intelek iaitu nilai yang membina pemikiran pelajar seperti kritis, anditis dan berfikir secara objektif. Manakala nilai moral dan etika iaitu nilai tingkah laku dan perbuatan, tindak tanduk moral dan akhlak pelajar. Nilai seterusnya ialah nilai budaya, nilai-nilai buday iaitu mengenai kehidupan manusia, amalan, kepercayaan dan pembangunan ketamaduanan. Secara umunya, sejarah sebagai satu pelajaran yang penuh dengan berbagai-bagai pengajaran, perkembagan,isu dan persoalan yang berguna dalam kehidupan manusia, memberikan berbagai-bagai ikhtibar nilai untuk dihayati, difikirkan, dibincagkan dan dirumuskan untuk dijadikan pedoman kepada setiap gologan masyarakat di Malaysia bagi membina bagsa dan memajukan negara untuk terus maju ke hadapan.

4.0) Kesimpulan

Kesimpulanya, pendidikan sejarah telah banyak mencapai matlamatnya akan tetapi terdapat juga segelintir orang yang tersasar dalam matlamat pendidiakan sejarah. Antara punca kepada msalah ini ialah, pelajar menganggap bahawa mata pelajaran sejarah ini merupakan mata pelajaran yang membosankan kerana iainya hanya dikaitakan dengan penghafalan dan pengingatan fakta. Oleh sebab terlampau sangat mementingkan pembelajaran bercorak hafalan maka pembelajan sejarah di sekolah kurang menekanakan kepada mengembangkan pemikiran kritis dan ianya membosankan pelajar-pelajar. Ia juga tidak menggalakkan peglibatan pelajar secara aktif seperti mentafsir, menganalisis dan menilai. Corak pengajaran ini juga gagal menggembangkan kemahiran pemikiran sejarah dan pemikiran pertimbangan sejarah dan kemahiran menyelidik pelbagai sumber. Pelajar-pelajar kurang dibantu dan dibimbing untuk meneliti dan mengkaji sumber-sumber sejarah lain. Oleh sebab itu, dalam mengagani masalah ini, keenterian telah menggubal pendidikan negara dengan membentuk kurikulum standard sekolah rendah (KSSR). Dalam, kurikulum ini iainya menerepakan dan bertujuan melahirkan pelajar yang berinovatif, kreatif dan pembelajaran sepanjang hayat trutama sekali dalam mata pelajaran sejarah telah diperkenalkan di sekolah rendah sejak 2013.

5.0) Rujukan

Abd. Rahim Abd. Rashid, (1989). Startegi Pengajaran Sejarah KBSM. Petaling Jaya : Fajar Bakti SDN.BHD.

Abd. Rahim Abd. Rashid, (1997). Model dan pendekatan Pengajaran Sejarah KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abd. Rahim Abd. Rashid, (1999). Pendidikan Sejarah Falsafah, Teori dan Amalan. Utusan Publication &Distirbution. SDN.BHD.

Abdul Ghapa Bin Harun,Omar Bin Mohd Hashim, Koo Kay Kim, Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Noordin, Zabidah Bt Awang Ngah, (1989). Sejarah Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

6.0) Refleksi

Saya merasakan begitu bersyukur kerana diberikan peluang untuk membuat kerja kursus perkembagan matapelajaran sejarahdalam pendidikan di Malysia (SJH 1024). Menulis karagan sejarah terutama sekali subjek yang baru bagi telah memberikan pelbagai cabaran dan halagan yang perlu saya tempuhi. Namun begitu, segala permasalahan wujud ketika membuat kerja kursus ini dapat saya tangani dengan bantuan orang di sekeliling saya dan diri saya sendiri.

Masalah yang pertama saya hadapi ialah pencarian sumber rujukan. Saya belum diberi pendedahan untuk bagaimana mencari bahan rujukan yang bersesuaian degan tajuk kerja kursus ini. Melalui bantuan pensyarah pembinbing saya iaitu Lim Cheng KA dan rakan sekelas saya telah membantu saya dengan memberikan panduan kepada saya untuk mencari bahan-bahan tersebut di perpustakaan IPG KBL. Oleh sebab itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan untuk menolong saya.

Masaalah yang seterusnya ialah saya mendepati bahawa saya sukar untuk saya membuat tafsiran dan pemahaman melalui buku-buku yang ditulis oleh tokoh-tokoh pendidikan dalam subjek sejarah. Seperti buku Moldel dan pendekatan Pengajaran Sejarah KBSM yang ditulis oleh Abd. Rahim.Abd Rashid. Saya sedar bahawa dalam usaha untuk mentafsir mahupun untuk memahami buku-buku yang ditulis oleh tokoh-tokoh ini saya memerlukan ilmu yang lebih luas mengenai sejarah pendidikan itu sendiri. Saya juga sedar untuk menangani masalah ini saya perlu membiasakan diri saya untuk membaca buku-buku ilmiah seperti ini terutama sekali buku yang berkaitan dengan sejarah agar memudahkan saya untuk mecari maklumat dan dapat mentafsir sendiri tentang bagaimana untuk menguasai kursus ini.

Masalah yang besar bagi saya ialah, saya mengaku bahawa saya tidak tahu dan susah bagi saya dalam mengurus masa yang lebih efektif saya sendiri yang tidak tahu mengurus masa dan menyebabkan saya untuk menyiapkan kerja kursus pada saat-saat akhir. Sudah semestinya kerja kursus saya tidak begitu kauliti kerana saya membuat kerja kursus ini pada saat-saat akhir. Oleh sebab itu, bagi meguruskan masa yang lebih efektif saya akan berusaha membuat jadual dan menepati jadual tersebut. Supaya saya tidak akan membuang masa begitu sahaja tanpa melakuakan perkara yang pentiing. Saya berharap agar saya dapat mempelajari dan tidak akan mengulangi kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang membuat kerja kursus ini agarpada semester akan datang saya dapat meghasilakan kerja kursus yang lebih berkualiti. Sekian.