perkembangan luahan emosi diskrit

1
Perkembangan luahan emosi diskrit Emosi diskrit adalah emosi asas yang dapat dikesan melalui air muka, misalnya suka, takut, sedih atau duka minat, terkejut dan jijik. Pada masa bayi berumur kurang daripada tiga bulan, emosi yang dialaminya merupakan tindak balas terhadap keadaan kebangkitan. Ketika berumur tiga bulan, emosi suka dan duka lebih jelas kelihatan. Bayi sudah pandai senyum pada penjaganya. Bayi dapat menunjukkan emosi marah, terkejut dan sedih. Pada umur kanak-kanak kira-kira enam bulan, duka berpecah menjadi takut, jijik dan marah. Pada masa umurnya kira-kira 12 bulan, emosi suka berpecah kepada seronok, bangga apabila berjaya terhadap benda dan keadaan serta rasa sayang terhadap orang. Pada umur 18 bulan, rasa cemburu mulai timbul daripada perasaan duka dan rasa sayang dibezakan antara sayang terhadap orang dewasa dengan sayang terhadapp kanak-kanak. Pada masa umur kira-kira 24 bulan, satu emosi baru, iaitu keriangan mulai timbul daripada emosi gembira. Pada umur ini, emosi mereka adalah secara tidak terkawal terutamanya apabila mereka tidak dapat sesuatu yang dikehendaki. Seterusnya pada umur kira-kira 5 tahun, rasa segan, bimbang, putus harap dan iri hati berkembang daripada perasaan duka dan harapan serta kasih sayang terhadap orang dewasa berkembang daripada emosi suka. Pernyataan emosi yang lebih halus akan timbul berlaku pada zaman remaja. Emosi kesedaran kendiri Pada umur 18 bulan hingga 36 bulan, kanak-kanak akan bermula menunjukkan emosi malu, bersalah, dengki dan bangga manakala emosi kanak-kanak yang berumur 2 tahun hingga 5 tahun mudah berubah-ubah dan sukar untuk difahami oleh orang dewasa. Perubahan yang cepat ini disebabkan oleh tiga perkara, iaitu mereka masih mudah menyatakan emosinya secara terburu-buru dan melepaskan perasaan tanpa pengawalan. Mereka juga kurang memahami nilai budaya atau sosial yang mengharapkan pengawalan emosi kerana tahap kecerdasannya masih kurang matang dan mereka mempunyai tumpuan perhatian yang pendek. Kanak-kanak pada peringkat prasekolah juga kerap mengalami emosi kesedaraan diri dan menjadi semakin sensitif pada pujian dan kritikal orang lain.

Upload: alice-ngu

Post on 01-Oct-2015

52 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Perkembangan luahan emosi diskrit Emosi diskrit adalah emosi asas yang dapat dikesan melalui air muka, misalnya suka, takut, sedih atau duka minat, terkejut dan jijik. Pada masa bayi berumur kurang daripada tiga bulan, emosi yang dialaminya merupakan tindak balas terhadap keadaan kebangkitan. Ketika berumur tiga bulan, emosi suka dan duka lebih jelas kelihatan. Bayi sudah pandai senyum pada penjaganya. Bayi dapat menunjukkan emosi marah, terkejut dan sedih. Pada umur kanak-kanak kira-kira enam bulan, duka berpecah menjadi takut, jijik dan marah. Pada masa umurnya kira-kira 12 bulan, emosi suka berpecah kepada seronok, bangga apabila berjaya terhadap benda dan keadaan serta rasa sayang terhadap orang. Pada umur 18 bulan, rasa cemburu mulai timbul daripada perasaan duka dan rasa sayang dibezakan antara sayang terhadap orang dewasa dengan sayang terhadapp kanak-kanak. Pada masa umur kira-kira 24 bulan, satu emosi baru, iaitu keriangan mulai timbul daripada emosi gembira. Pada umur ini, emosi mereka adalah secara tidak terkawal terutamanya apabila mereka tidak dapat sesuatu yang dikehendaki.Seterusnya pada umur kira-kira 5 tahun, rasa segan, bimbang, putus harap dan iri hati berkembang daripada perasaan duka dan harapan serta kasih sayang terhadap orang dewasa berkembang daripada emosi suka. Pernyataan emosi yang lebih halus akan timbul berlaku pada zaman remaja. Emosi kesedaran kendiriPada umur 18 bulan hingga 36 bulan, kanak-kanak akan bermula menunjukkan emosi malu, bersalah, dengki dan bangga manakala emosi kanak-kanak yang berumur 2 tahun hingga 5 tahun mudah berubah-ubah dan sukar untuk difahami oleh orang dewasa. Perubahan yang cepat ini disebabkan oleh tiga perkara, iaitu mereka masih mudah menyatakan emosinya secara terburu-buru dan melepaskan perasaan tanpa pengawalan. Mereka juga kurang memahami nilai budaya atau sosial yang mengharapkan pengawalan emosi kerana tahap kecerdasannya masih kurang matang dan mereka mempunyai tumpuan perhatian yang pendek. Kanak-kanak pada peringkat prasekolah juga kerap mengalami emosi kesedaraan diri dan menjadi semakin sensitif pada pujian dan kritikal orang lain.