perkembangan dan masalah sekolah pelbagai aliran(vernakular) di malaysia

27
KPS 6024 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN 2012 1.0 PENGENALAN Masyarakat Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina , India dan lain-lain etnik. Di samping itu masyarakat Malaysia juga menganuti agama Islam, Buddha, Hindu, dan Kristian. Selain itu masyarakat di Malaysia juga terdiri dari kepelbagaian etnik lain yang datang secara migrasi untuk bekerja di bumi bertuah ini. Sebagai contoh ada yang datang dari etnik dari Indonesia, Thailand, Bangladesh dan lain-lain. Kebanyakan migran yang datang ini telah memenuhi permintaan untuk bekerja dalam bidang buruh kasar dan memberi implikasi dalam mewujudkan ciri masyarakat majmuk di Malaysia. Keadaan masyarakat di Malaysia yang mempunyai kepelbagaian etnik telah menyebabkan kerajaan perlu membuat pelbagai dasar pendidikan agar manfaat dan faedah dapat dirasai oleh semua golongan masyarakat. Melalui sistem pendidikan yang dibina telah menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertanggungjawab, toleransi dan aspek-aspek nilai moral yang dikongsi bersama untuk diserapkan kepada masyarakat dalam melahirkan umatnya sebagai pewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, bijak dan mempunyai nilai patriotik yang tinggi lantaran memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu Para pemimpin yang mewakili kaum masing-masing seharusnya gusar dengan perkembangan yang berlaku sekarang ini. Malah ia tidak seharusnya hanya melibatkan pemimpin-pemimpin politik semata-mata, sebaliknya turut melibatkan pemimpin dari lapangan ekonomi dan sosial. 1

Upload: khairul-rijal-saad

Post on 11-Nov-2015

40 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

sosiologi

TRANSCRIPT

KPS 6024 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

KPS 6024 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN2012

1.0PENGENALANMasyarakat Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina , India dan lain-lain etnik. Di samping itu masyarakat Malaysia juga menganuti agama Islam, Buddha, Hindu, dan Kristian. Selain itu masyarakat di Malaysia juga terdiri dari kepelbagaian etnik lain yang datang secara migrasi untuk bekerja di bumi bertuah ini. Sebagai contoh ada yang datang dari etnik dari Indonesia, Thailand, Bangladesh dan lain-lain. Kebanyakan migran yang datang ini telah memenuhi permintaan untuk bekerja dalam bidang buruh kasar dan memberi implikasi dalam mewujudkan ciri masyarakat majmuk di Malaysia. Keadaan masyarakat di Malaysia yang mempunyai kepelbagaian etnik telah menyebabkan kerajaan perlu membuat pelbagai dasar pendidikan agar manfaat dan faedah dapat dirasai oleh semua golongan masyarakat. Melalui sistem pendidikan yang dibina telah menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertanggungjawab, toleransi dan aspek-aspek nilai moral yang dikongsi bersama untuk diserapkan kepada masyarakat dalam melahirkan umatnya sebagai pewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, bijak dan mempunyai nilai patriotik yang tinggi lantaran memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu Para pemimpin yang mewakili kaum masing-masing seharusnya gusar dengan perkembangan yang berlaku sekarang ini. Malah ia tidak seharusnya hanya melibatkan pemimpin-pemimpin politik semata-mata, sebaliknya turut melibatkan pemimpin dari lapangan ekonomi dan sosial.Menjelang abad ke 2012 pelbagai perubahan telah menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bergerak seiring dengan kehendak semasa masyarakat yang memerlukan keperluan sejajar dengan arus pemodenan dan era globalisasi dunia. Kedatangan penjajah dan pembentukan sejarah Malaysia yang telah tertulis malah apabila diteliti pada keadaan masa sekarang masyarakatnya masih meneruskan satu kesinambungan sistem persekolahan lama yang mana telah mengekalkan sekolah kebangsaan majoriti pelajarnya adalah kaum Melayu, sekolah jenis kebangsaan Cina majoriti pelajarnya kaum Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil kaum majoriti pelajarnya adalah India. Perdebatan berkaitan sekolah vernakular ini sering menjadi isu panas untuk dibincangkan dalam pelbagai aspek pembangunan negara Malaysia malahan masih tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mewujudkan satu sistem pendidikan yang boleh dikongsi bersama . Jelaslah Isu-isu berkaitan dengan sekolah pelbagai aliran ini amat sensitif untuk dibincangkan dalam masyarakat Malaysia yang mempunyai berbilang bangsa. Hal ini demikian kerana isu ini bukan sesuatu yang dianggap mudah untuk mendapat persetujuan daripada masyarakat yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza antara setiap kaum umumnya. 2.0SEJARAH PENIDIDIKAN SISTEM PERSEKOLAHAN PELBAGAI ALIRAN2.1SEBELUM PENJAJAHANSebelum penjajahan berlaku di tanah Melayu sistem pendidikan adalah berasaskan sistem pondok yang mana penggunaan madrasah dan sekolah-sekolah agama untuk menyalurkan ilmu pendidikan kepada kaum Melayu yakni yang beragama Islam. Sekolah agama atau madrasah begitu pesat penggunaannya sekitar tahun 1920 sehingga 1940 seperti di Pondok Langgar, Pokok Sena Kedah, Pondok Bukit Mertajam , Seberang Perai dan Madrasah Al-Masyhur di Pulau Pinang. Sekolah agama ataupun madrasah lebih sistematik daripada sekolah pondok apabila dilihat dari segi kurikulum, waktu belajar dan peralatan ataupun perkakasan yang digunakan. Sekolah pondok hanya mementingkan penghafalan al-Quran yang hanya dilakukan dalam surau ataupun bilik-bilik tertentu sahaja. Penubuhan sekolah agama ataupun pondok hanyalah bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai nilai sahsiah dan moral yang tinggi. Walau bagaimanapun masih terdapat kelemahan pada sekolah agama ataupun madrasah. Hal ini demikian kerana sekolah-sekolah tersebut tidak dapat melahirkan masyarakat Islam yang moden kerana tidak menerapkan ilmu-ilmu lain seperti subjek Sains , Matematik dan bahasa Inggeris. Penekanan terhadap subjek lain juga dianggap penting sebagai satu cabang ilmu lain yang perlu. Di samping itu pendidikan juga dapat menyeimbangkan sosio-ekonomi di antara kaum dan kumpulan etnik di mana ia dapat dilihat melalui peluang-peluang pekerjaan, pendapatan, dan pegangan ekuiti (Robiah Sidin, 1994)2.1.1SEKOLAH VERNAKULARSejarah kewujudan sekolah vernakular berterusan kepada penduduk majoriti di tanah Melayu pada zaman dahulu lagi dengan konsep sekolah vernakular yang akan menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan Tamil dan sejarah telah tertulis bahawa sekolah vernakular Melayu yang pertama ditubuhkan adalah pada tahun 1855 iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan diberi nama sebagai Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pelaksanaan sekolah dua sesi telah dikemukakan oleh A.M Skinner pada tahun 1872 iaitu sesi pagi dan petang. Pelaksanaan dua sesi persekolahan ini menjelaskan penekanan subjek yang berbeza mengikut sesi di mana sesi pagi adalah bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam dan subjek untuk Vokasional, manakala petang adalah bagi sesi bahasa Arab dan pengajian al-Quran. Masalah perkembangan sekolah vernakular Melayu berlaku pada awal tahun 1900an kerana kekurangan tenaga pengajar dan menyebabkan tiada sekolah menengah pada zaman tersebut. Disebabkan kekurangan tenaga pengajar tersebut telah menyebabkan tertubuhnya dua buah maktab perguruan iaitu Maktab Perguruan Sultan Idris pada tahun 1922 dan Maktab Perguruan Perempuan Melaka pada tahun 1935. Penubuhan sekolah vernakular Cina telah ditubuhkan pada tahun 1815 di mana kumpulan pendakwah baru Persatuan Pendakwah London malahan terdapat juga penubuhan sekolah Cina yang dibuka oleh orang perseorangan untuk mendalami pengajaran bahasa asal ibunda mereka. Dasar terbuka dan tidak campur tangan Inggeris dalam hal ehwal sosial kaum pendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Sekolah-sekolah ini dikendalikan oleh masyarakat masing-masing tanpa bantuan daripada Inggeris hinggalah tahun 1920-an selaras dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa masyarakat Cina mula bergiat menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19. Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta guru-guru juga dibawa masuk dari sana. Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam bidang 3M iaitu membaca, mengira dan menulis serta lukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Kraf tangan dan pengetahuan am. Pada tahun 1920-an pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan Kerajaan Inggeris tentang bahaya pertumbuhan sekolah Cina tanpa kawalan. Oleh itu pentadbiran Inggeris mula memperkenalkan satu undang- undang pada tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan. Tujuannya untuk mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal aktiviti sekolah ini. Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina ini menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Pada amnya, guru-ruru di sekolah ini tidak ada latihan formal sehinggalah selepas perang Dunia Kedua apabila program latihan kelas formal telah diadakan. Dasar pentadbiran Inggeris ini secara langsung atau tidak langsung mewujudkan jurang pendidikan di antara anak-anak Melayu dan Cina. Antara sekolah vernakular Cina yang terawal dibina adalah seperti SJK (c) Hua Lian di Tanjung, Perak dan SJK (c) Chung Hwa, Kota Baharu di Kelantan. Di samping itu kelas bahasa Cina telah di adakan di semua sekolah Free School iaitu di Melaka Free School, Penang Free School dan Singapore Free School namun pelaksanaannya telah gagal dan diberhentikan selepas beberapa tahun kemudian.Pembinaan sekolah Tamil ini semakin rancak dengan wujudnya Kanun Buruh atau Labour Code yang digubal pada 1912. Antara sebab diwujudkan Kanun Buruh ini ialah permintaan kerajaan India yang mahukan orang India yang kebanyakan berada idi estet mendapat pendidikan sewajarnya. Jika sebuah ladang itu mempunyai 10 orang budak yang berumur antara 7 hingga 14 tahun maka pemilik ladang itu diwajibkan untuk membuat sekolah dan menyediakan guru. Namun dasar ini hanya dilaksanakan sepenuhnya oleh kerajaan British sekitar tahun 1923. Dengan terlaksananya dasar ini, ia menunjukkan bahawa sekolah Tamil akan berkembang dengan pesat. Ini kerana adalah hampir mustahil untuk mencari sebuah ladang yang tidak memiliki budak yang berumur 7-14 tahun tambahan lagi jika ladang yang besar.

Berkembangnya sekolah Tamil itu dapat dibuktikan pada 1938,terdapat kira-kira 547 sekolah Tamil di kawasan Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu. Daripada jumlah yang besar itu, dapat dibahagikan pula kepada beberapa jenis sekolah Tamil itu. 13 buah daripada jumlah itu adalah sekolah Tamil kerajaan,511 buah pula adalah sekolah die estet-estet dan 23 daripadanya adalah sekolah Mubaligh. Jumlah yang besar ini sudah cukup untuk mengatakan bahawa masyarakat India telah meninggalkan masyarakat Melayu dalam bidang pendidikan jauh ke depan. Jika diperhatikan lebih daripada 90% daripada jumlah sekolah terbabit adalah sekolah di kawasan estet. Ini sekali gus menunjukkan bahawa Kanun Buruh telah berjaya dalam misinya. Sekitar 1947 pula terdapat 741 buah sekolah Tamil dan dalam masa 3 tahun sahaja berlaku peningkatan yang agak ketara iaitu kepada 881 buah sekolah. Namun tidak semua daripada sekolah ini beroperasi dalam bahasa Tamil sepenuhnya. Ini kerana masyarakat India Selatan itu sendiri mempunyai pelbagai dialek dan loghat bahasa tersendiri yang tidak difahami antara satu sama lain. Daripada jumlah besar itu, sebanyak 821 dikendalikan dalam bahasa Tamil,27 buah dikendalikan secara dwibahasa iaitu Tamil dan Telegu,11 buah dalam bahasa Gujerat,10 buah dalam bahasa Telegu sepenuhnya,5 buah sekolah Malayalam,2 buah dalam bahasa Hindi dan 4 buah dalam bahasa Tamil,Malayalam,Sinhala,Gurkha dan Gujerat.

Dalam membicarakan mengenai masyarakat India, kita tidak boleh sesekali melupakan masyarakat India Muslim. Walaupun mereka diakui sebagai Melayu namun mereka tetap ingin mengekalkan identiti sebagai India. Mereka datang ke Tanah Melayu untuk menerokai peluang perdagangan. Mereka ini datang daripada India utara dan India selatan. Golongan India Muslim ini tidak bekerja sebagai buruh tetapi peniaga di bandar-bandar seperti di Pulau Pinang. Mereka ini menitikberatkan pendidikan agama buktinya kedatangan Haji Abdul Cader Alim sebagai utusan dari Persatuan Islam Daerah Tanjore telah datang ke Tanah Melayu dan tinggal di Pondok Lebuh Chulia yang menjadi kelas al Quran kepada kanak-kanak setempat.Mereka mendirikan masjid untuk menjadi pusat pengajian agama dan Abdul Qader menjadi imamnya. Kedatangan masyarakat India Muslim di Sarawak telah menggiatkan lagi penyebaran agama Islam dan mendirikan Madrasah Islamiah. Ini bermakna, masyarakat India Muslim tidak mementingkan pendidikan vernakular Tamil tetapi lebih kepada pendidikan agama.

2.1.2PENDIDIKAN INGGERISPendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila Penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816 . Pada pertengahan abad ke 19, mubaligh kristian membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris. Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di kawasan - kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris. Kurikulumnya bercorak Kurikulum grammar School of Great Britain dengan tujuan mengeluarkan pegawai - pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa, metropolitan British. Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan menengah. Bagi memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada tahun I907.Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya ditawarkan di Raffles College, Singapura. Manakala pembelajaran tinggi bermula dengan penubuhan Medical School di Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun 1912, namanya telah ditukar menjadi King Edward VII Medical College. Raffles College yang ditubuhkan pada tahun 1928, menawarkan kursus-kursus dalam bidang Sastera dan Sains.

2.2SISTEM PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH2.2.1PERKEMBANGAN SEKOLAH VERNAKULAR MELAYUSistem sekolah vernakular hanya diperkenalkan mulai dari pertengahan kurun ke 19 apabila kerajaan British mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di Negeri negeri selat. Pada tahun 1854 Gabenor Jeneral dari India telah mengarahkan Blundell, Gabenor Negeri negeri Selat, menyediakan satu laporan mengenai sistem pendidikan di Negeri negeri Selat serta cadangan cadangan yang boleh memberi pendidikan kepada rakyat di bawah pemerintahan British. Blundell, tidak puasa hati dengan sistem pendidikan di Negeri negeri Selat, terutamanya pendidikan vernakular Melayu. Beliau mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah sekolah vernakular Melayu di Negeri negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun 1856, dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor dan Gabenor Blundell, dua buah sekolah vernakular telah ditubuhkan di Singapura, sebuah di Teluk Belanga dan sebuah lagi di Kampung Gelam. Selepas itu kerajaan British telah mendirikan sekolah vernakular Melayu di Pulau Pinang dan Melaka.Penubuhan sekolah vernakular ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Ibu bapa menaruh sangsi terhadap faedah menghantar anak anak mereka ke sekolah yang tidak mengajar agama Islam.Justeru itu, A.M Skinner Pemangku Majistret di Seberang Prai cuba mendirikan sekolah sekolah vernakular Melayu dengan pengubahsuaian daripada dasar kelas Quran. Mengikut cadangan Skinner, di sekolah percubaan itu, pelajaran pada waktu pagi ditumpukan kan pelajaran Bahasa Melayu, manakala pelajaran Al-Quran akan diajar pada waktu petang. Sistem yang diperkenalkan olek Skinner disambut baik di kalangan ibu bapa. Oleh itu sistem pendidikan ini bukan sahaja mendapat kejayaan di Seberang Perai, tetapi juga di negeri negeri lain , terutamanya selepas Skinner dilantik menjadi nazir sekolah pada tahun 1872.Antara mata mata pelajaran yang diajar di sekolah vernakular Melayu ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam. Lampiran 1 menunjukkan jadual waktu di sebuah sekolah Melayu dalam tahun 1880. Mulai dari awal kurun ke-20, mata mata pelajaran seperti Perkebunan dan Anyaman ditambah dalam kurikulumnya, ini berdasarkan cadangan Winstedt dalam laporannya pada tahun 1917. Sekolah Vernakular Melayu hanya terbatas pada darjah empat sahaja. Murid murid di sekolah Melayu hanya belajar menulis, membaca, mengira, kegiatan perkebunan dan cara menganyam. Kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang lebih daripada darjah empat. Hanya segolongan kecil dapat memasuki Maktab Perguruan atau Malay Special Class, di mana mereka boleh meneruskan pelajaran mereka di sekolah Inggeris nanti. Hal ini pula ditambah dengan dasar yang dibuat oleh pihak British untuk menyekat kemasukan pelajar-pelajar Melayu untuk belajar di sekolah Inggeris kerana mereka bimbang jika orang-orang Melayu belajar dengan pandai, ia akan membuat kedudukan Inggeris tergugat (Sufean Hussin, 2002)2.2.2PERKEMBANGAN SEKOLAH VERNAKULAR CINASekolah Vernakular Cina pertama yang terdapat di Tanah Melayu, adalah di dirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun 1815. Perkembangan pendidikan Cina di Tanah Melayu bermula dari tahu 1900 apabila Kang You Wei dan Liang Qi Chau, menteri dan pendidik yang terkenal di Negeri China, terpaksa melarikan diri ke Tanah Melayu selepas reformasi mereka di Negeri China gagal. Kedua mereka menggalakkan orang cina supaya mendirikan sekolah berdasarkan prinsip pendidikan baru yang menggabungkan pengajaran Confucius dengan sains Barat. Ramai pemimpin tempatan menyambut baik sistem pendidikan cina yang diperkenalkan oleh mereka. Sebelum ini, kurikulum sekolah vernakular Cina adalah berdasarkan pelajaran klasik lama. Selain daripada menghafaz klasik lama, murid murid juga belajar kaligrafi dan ilmu kira kira dengan menggunakan abacus. Rumah orang atau kuil sembahyang digunakan sebagai tempat menuntut ilmu. Bahasa pengantar yang digunakan untuk mengajar ialah dielak tempatan. Kerajaan British pada masa itu mengamalkan polisi yang liberal terhadap penubuhan sekolah Cina di Tanah Melayu. Apabila Republik China ditubuhkan pada 1911, kerajaan China terus menyalurkan bantuan kewangan serta memberi nasihat mengenai pentadbiran sekolah Cina di Tanah Melayu. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan ideologi Republik Rakyat China kepada orang Cina di Tanah Melayu. Menjelang Tahun 1920, terdapat 313 buah sekolah Cina telah dibina di Negeri negeri Selat dan 181 buah sekolah Cina di Negeri negeri Bersekutu. Satu reformasi kebudayaan telah berlaku di China ianya membawa kesan yang besar atas sistem pendidikan Cina di Tanah Melayu. Salah satu perubahan baru ialah sekolah sekolah vernakular Cina mula menggunakan bahasa Mandarin, yang telah menjadi bahasa pengantar yang rasmi di Negeri China. Semua buku teks datangnya dari Tanah Besar China. Penjajah British mula sedar bahawa sekolah sekolah Cina di Tanah Melayu telah menjadi tempat tempat untuk menyebarkan ideologi kerajaan Cina. Pihak British telah pun menukar polisi liberal yang diamalkan dulu dengan meluluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah di Tanah Melayu pada tahun 1920, tujuannya untuk mengawal aktiviti aktiviti subversif di sekolah Cina. Enakmen Pendaftaran sekolah yang dikuatkuasakan pada 1922 tidak dapat menyekat perkembangan sekolah Cina. Justeru itu bahasa Mandarin juga telah diiktiraf oleh kerajaan British sebagai bahasa rasmi di sekolah Cina.2.2.3PERKEMBANGAN SEKOLAH VERNAKULAR TAMILPerkembangan sekolah Vernakular Tamil sebenarnya bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapa, kopi dan gula di mana ramai buruh dari India diambil untuk bekerja di ladang ladang tersebut. Penubuhan Sekolah Vernakular Tamil ini bergantung kepada majikan mereka atau usaha dari Persatuan Mubaligh, kebetulan pada masa itu British masih lagi mengamal dasar membantu sekolah vernakular Melayu. Perkembangan ekonomi di Tanah Melayu pada awal kurun ke-20 memerlukan lebih banyak buruh India bekerja di ladang getah. Untuk mendorong buruh buruh ini datang bekerja di ladang ladang di Tanah Melayu, kerajaan British mula menukar polisi pendidikannya mulai tahun 1902. Mereka mula memberi kemudahan untuk menubuh sekolah vernakular Tamil di mana mana tempat yang difikirkan perlu. Selain membantu sekolah vernakular Tamil di ladang British juga menubuhkan beberapa buah sekolah di bandar untuk kanak kanak India di mana bapa mereka bekerja di Jabatan Kerja Raya atau di keretapi. Pada tahun 1920 , satu kod Buruh dikuatkuasakan. Kod Buruh itu mewajibkan setiap ladang yang terdapat sepuluh orang kanak kanak di dalam umur persekolahan ( 7 14 tahun ) dikehendaki menyediakan sekolah dan guru untuk kanak kanak itu. Menjelang tahun 1920 jumlah murid yang belajar di sekolah Tamil di Negeri negeri Bersekutu telah meningkat lebih kurang 4000 orang. 2.2.4PERKEMBANGAN SEKOLAH INGGERISPenang Free School merupakan sekolah Inggeris yang pertama ditubuhkan di bawah rancangan serta bantuan kewangan kerajaan British. Penubuhan Penang Free School di bawah rancangan Hutchings telah mendorong negeri negeri yang lain menubuhkan Sekolah Inggeris yang serupa, misalnya di negeri Melaka, sebuah sekolah Inggeris bernama Melaka Free School telah ditubuhkan pada tahun 1826. Pada tahun 1905, kerajaan British telah menubuhkan Malay College di Kuala Kangsar, sebuah sekolah berasrama penuh, khususnya bagi anak anak Melayu peringkat atasan. Penubuhan Malay College adalah dari inisiatif R.J Wilkinson dengan sokongan kuat dari DYMM Sultan Idris. Tujuan penubuhan adalah untuk menyediakan pegawai kerajaan bagi bahagian tertentu. Penghujung tahun 1930 barulah peluang untuk belajar di sekolah Inggeris dibuka kepada anak Melayu lelaki sahaja melalui sistem Special Malay Class. Mengikut sistem ini, murid anak Melayu dari darjah 4 dipilih masuk Special Malay Class melalui suatu peperiksaan. Mereka dipilih dikehendaki belajar di Special Malay Class.Selain daripada sekolah jenis free dan Malay College, kebanyakan sekolah Inggeris telah ditubuhkan atas usaha mubaligh Kristian. Sekolah ini juga dikenali sebagai sekolah separa bantuan dari kerajaan British. Sekolah sekolah mubaligh ini dibuka kepada kanak kanak berbilang kaum dan tujuan menubuhkan sekolah ini ialah menyediakan pendidikan umum serta memperbaiki akhlak kanak kanak berdasarkan ajaran Kristian.Sungguhpun kerajaan British menyediakan pendidikan Inggeris di Tanah Melayu dengan mengambil alih sekolah jenis free dan menjadikan mereka sekolah kerajaan, namun bilangan murid yang belajar di sekolah Inggeris amat tidak menggalakkan berbanding dengan murid yang belajar di sekolah sekolah vernakular yang lain. Mengikut polisi pendidikan kerajaan British , mereka tidak setuju bahawa pendidikan Inggeris dibuka secara bebas kepada orang ramai. Kerajaan British berpendapat memberi pendidikan Inggeris kepada kanak kanak tempatan akan menimbulkan masalah pengangguran serta perasaan kurang memberi galakan untuk memperkembangkan pendidikan Inggeris di tanah jajahan mereka.3.0PERBINCANGAN MASALAH SEKOLAH PELBAGAI ALIRAN DI MALAYSIAPelbagai punca permasalahan sekolah pelbagai aliran yang akan memberikan satu implikasi yang negatif terhadap pembangunan pendidikan negara. Antara masalah yang sering dibincangkan adalah peranan dalam pentadbiran mahupun dalam kementerian yang berkaitan dengan masalah yang dibincangkan. Masalah ini sering dikaitkan dengan politik negara. Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan sentiasa memainkan peranan bagi menaikkan mutu pendidikan kebangsaan, tetapi sejauh mana setiap tindakan yang diambil dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Sistem persekolahan Malaysia kini masih tidak banyak berubah dari aspek perpaduan kaum. Murid-murid dan pelajar-pelajar dapat menjadikan sekolah sebagai asas permulaan membina hubungan baik sesama mereka di mana di sekolah, mereka dapat beramah mesra, bergaul, bersukan, makan bersama, saling kenal mengenal, dan merapatkan hubungan silaturahim. Setiap Cadangan apa-apa pun untuk perpaduan dan menyatukan sistem pendidikan, pastinya ditentang keras oleh pemimpin Cina dan India yang bersatu tanpa mengira fahaman parti politik. Sekolah Wawasan tetap tidak dapat dijayakan kerana keengganan mereka untuk membubarkan Sekolah Aliran Cina dan Sekolah Aliran Tamil dengan alasan sekolah-sekolah vernakular berkenaan dibiayai oleh persatuan-persatuan kaum berkenaan. Namun akhirnya, yang menjadi perdana sebenar sekolah-sekolah vernakular tersebut adalah Kementerian Pelajaran.Namun begitu, kewujudan sekolah yang pelbagai aliran seperti sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini, ianya sudah tidak relevan untuk diguna pakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan semakin pudar. Hal demikian kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling mengenal. Tetapi apabila Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan agar sekolah-sekolah vernakular ditutup dia ditentang hebat dari pelbagai pihak kerana akan dianggap sebagai cubaan memecahbelahkan perpaduan di negara ini. Itulah pendapat para pemimpin berbangsa Cina dan India. Namun, tanggapan mereka terhadap sekolah-sekolah vernakular Melayu seperti sekolah agama dan sekolah pondok, tidak pula dianggap sebagai ancaman kepada perpaduan.Alasan untuk menjaga adat budaya pendidikan tradisional merupakan satu aspek yang sering dipergunakan oleh kaum-kaum lain dalam membincangkan hal ini, Malaysia merupakan satu-satunya negara di dalam dunia ini yang membenarkan pembelajaran vernakular yang terpisah daripada Akta Pendidikannya sendiri. Seolah-olah akta pendidikan terutama yang membabitkan Bahasa Kebangsaan sebagai teras, mempunyai saingan yang bertentangan sifatnya. Laporan Razak 1956, Laporan Rahman 1960, Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996, kesemuanya menggariskan Bahasa Kebangsaan sebagai medium untuk perpaduan. Seperti kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengatakan bahawa beliau sedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikuti satu sistem persekolahan. Dalam melaksanakan dasar baru itu, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana tidak mahu timbul perbalahan dan kesan buruk kepada rakyat. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju untuk menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka.

Idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat dipupuk. Pelaksanaan sekolah satu aliran tidak akan menyebabkan kehilangan identiti kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat Cina, India, dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun belajar di sekolah yang sama aliran. Penutupan sekolah pelbagai aliran, akan memberi ruang yang lebih luas kepada sekolah kebangsaan sedia ada untuk membawa aspirasi perpaduan. Pelajar-pelajar daripada semua kaum akan belajar di bawah sistem satu sekolah. Ini bukan sahaja akan membolehkan mereka belajar menerusi sukatan pelajaran yang sama, malah turut memberikan pendedahan awal untuk mereka hidup dalam persekitaran kepelbagaian kaum sekaligus membolehkan mereka mengadaptasi segala permasalahan yang timbul serta mencapai persefahaman seawal peringkat sekolah rendah lagi.Di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan murid-murid Melayu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini menunjukkan jurang yang begitu luas antara murid-murid Melayu, Cina, dan India. Masalah ini disebabkan oleh penggunaan bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina, dan Tamil yang menjadi faktor utama wujud jurang pendidikan antara masyarakat. Contohnya, di sekolah kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tidak diterapkan; manakala di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa Melayu bukan bahasa utama. Jadi, wujud dua keadaan yang berbeza dan masalah ini sering berlanjutan sehingga kini.Pihak pengurusan sekolah vernakular Cina telah menjadikan penempatan guru-guru Melayu di sekolah mereka sebagai isu kerana dibimbangi masa hadapan Bahasa Mandarin akan suram, kononnya. Sebaliknya pihak pengurusan sekolah vernakular Cina mendesak agar guru-guru dari kalangan kaum Cina mengambil alih penempatan tersebut meskipun kebanyakan daripada mereka lemah dalam penguasaan Bahasa Kebangsaan. Walau apa pun alasan yang mereka berikan, sebenarnya kewujudan sekolah-sekolah vernakular itulah yang terus-terusan merenggangkan hubungan antara kaum. Kalau dari kecil lagi, setiap rakyat di Malaysia telah dipisahkan oleh pendidikan yang berasaskan perkauman, bagaimana apabila mereka sudah dewasa nanti, mereka dapat menyuburkan konsep perpaduan dan keharmonian seperti yang terukir dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Malaysia seharusnya meneladani negara-negara lain, khususnya negara-negara maju untuk menangani masalah ini. Satu tindakan tegas bagi mempertingkatkan penguasaan Bahasa Kebangsaan, wajar dilakukan terutama dengan penghapusan sekolah-sekolah vernakular ini. Kebimbangan tentang Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil tidak sepatutnya wujud kerana kedua-dua bahasa tersebut, boleh diajar di sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah. Malah kedua-dua mata pelajaran tersebut boleh diwajibkan kepada semua pelajar, seandainya benar para pemimpin bukan Melayu benar-benar ikhlas untuk mewujudkan perpaduan dan persefahaman kaum. Hakikatnya, masalah ini sebenarnya tidaklah serumit seperti yang digambarkan oleh para pemimpin bukan Melayu. Ia boleh diselesaikan dengan baik. Malah rungutan serta tanggapan bahawa sistem pelajaran nasional bernilai rendah, boleh diatasi dengan adaptasi daripada sistem sekolah-sekolah vernakular, khususnya dalam pembelajaran matematik. Persoalannya hanyalah, adakah para pemimpin bukan Melayu yang terus mempertahankan sekolah-sekolah vernakular sebenarnya cukup ikhlas dengan matlamat Falsafah Pendidikan Nasional terutama sekali yang melibatkan Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996 yang cuba mendaulatkan Bahasa Kebangsaan sebagai medium perpaduan, Sampai bila sebenarnya rakyat negara ini benar-benar menjadi rakyat Malaysia, bukannya orang Cina Malaysia dan orang India Malaysia.

Contoh isu lain berkaitan sekolah pelbagai aliran adalah berlaku di Pulau Pinang apabila, Desakan ahli Parlimen Bukit Mertajam, mahukan guru Melayu yang mengajar bahasa Melayu di Sekolah Cina (SJKC) mesti menguasai bahasa Cina bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran jelas menunjukkan siapa mereka sebenarnya. Lebih ekstrem lalu, beliau mengambil contoh bagaimana sukarnya guru bahasa Cina mengajar mandarin di sekolah kebangsaan jika tidak memahami bahasa Melayu. Dua isu yang jauh berbeza. Menurut Simon Fisher et al. (2000), konflik dalam masyarakat disebabkan oleh polarisasi, ketidakpercayaan, dan permusuhan di antara kelompok-kelompok yang berbeza.

4.0LANGKAH MENGATASI MASALAH SEKOLAH SATU ALIRAN

Masalah sekolah pelbagai aliran merupakan satu masalah yang harus di atasi oleh semua pihak dalam memelihara perpaduan semua kaum di Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia haruslah memainkan peranan penting dalam membawa satu perubahan pendidikan di Malaysia di mana misi kementerian di mana untuk membawa perubahan kepada sistem persekolahan yang berperanan sebagai alat perpaduan. Antara strategik yang penting adalah membentuk pembinaan negara bangsa melalui perpaduan dalam kalangan masyarakat yakni pelajar berbilang bangsa diperkukuhkan lagi. Setiap langkah mengatasi masalah perpaduan dalam sistem pendidikan yakni masalah sekolah pelbagai aliran ini , kementerian akan memastikan matlamat pendidikan kebangsaan tersebut menjadi satu tujuan yang akan dicanangkan kepada semua iaitu mewujudkan perpaduan bangsa Malaysia. Oleh itu masyarakat harus faham peranan sekolah yang penting untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa untuk menjalinkan hubungan baik dan saling bertoleransi.

Jadi dengan pelaksanaan sekolah satu aliran, pelajar yang berbilang bangsa dapat saling kenal-mengenal dan berinteraksi dengan baik. Dari ketika itu mula wujud hubungan antara masyarakat dan seterusnya membina perpaduan nasional yang kukuh. Perpaduan yang erat dapat dikekalkan dan diperkukuhkan melalui dasar-dasar yang kerajaan laksanakan. Strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang ketiga adalah memperkasakan sekolah kebangsaan, iaitu sekolah rendah dan menengah, merupakan usaha yang bertepatan dengan keperluan semasa kerana melaluinya masyarakat mempunyai kepercayaan serta keyakinan yang tinggi untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.

Antara langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan yakni Kementerian Pelajaran Malaysia satu dasar iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dengan memberi fokus kepada satu jenis sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. PIPP termasuk dalam RMK 9 iaitu satu Rancangan Malaysia ke-sembilan pada tahun 2006 hinggan 2010 di mana memacu Misi Nasional ke arah mencapai wawasan 2020 di mana satu strategi , program dan peruntukan yang diperlukan bagi merealisasikan impian negara dalam Misi Nasional. Strategi lain yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran adalah dengan melaksanakan sekolah wawasan bagi membawa perubahan dalam sistem pendidikan negara lantaran mewujudkan satu perpaduan dalam masyarakat Malaysia. Sekolah Wawasan bererti sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan Tamil. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung Antara tujuan utama penubuhan Sekolah Wawasan ialah mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai bangsa dan latar belakang, memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran, melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, dan menggalakkan interaksi maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (KPM, 2010a). Melalui cara ini ternyata ia dapat membawa kesedaran yang tinggi kepada masyarakat tentang pentingnya perpaduan di kalangan masyarakat yang perlu dipupuk sejak dari kecil lagi. Dalam proses ini, segala kebolehan semulajadi lahir dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semulajadi (Mok Soon Sang, 2000)

Selain itu Kerajaan juga mewujudkan satu dasar yang diaplikasikan dalam sekolah untuk mewujudkan perpaduan dalam sekolah. Dalam pada itu, konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak, menjadi penggerak utama ke arah mencapai perpaduan dan integrasi kaum yang bertemakan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Konsep 1Malaysia merupakan satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Dalam menjayakan matlamat ini, sektor pendidikan, terutamanya melalui sistem persekolahan haruslah memainkan peranan utama dengan menerapkan nilai-nilai murni dan perpaduan nasional (Atan Long, 1984). Hal ini demikian kerana bukan sesuatu yang baru untuk dilaksanakan di sekolah tetapi ia boleh menjadi perintis bermulanya perubahan masyarakat Malaysia supaya mencapai matlamat perpaduan nasional.

Terkini, pada tahun 2012 pula, mengikut Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohamad Dom, pihak kerajaan telah melaksanakan kurikulum yang baru untuk diterapkan dalam sistem pembelajaran iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS). Pelaksanaan kurikulum yang baru ini akan dikuatkuasakan Mei 2012 dan bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia. Pelaksanaannya PBS diharapkan akan memberi keberhasilan yang positif kepada mutu pendidikan murid-murid dan menjadi pemangkin pengukuhan perpaduan negara Malaysia. Pelaksanaan PBS membolehkan pengisian dalam kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum yang menjadi penentu kepada perkembangan murid-murid dan pelajar-pelajar (Awang Had Salleh, 1980).

5.0KESIMPULANSebagai kesimpulan penubuhan sekolah pelbagai aliran banyak memberi implikasi terhadap pembentukan perpaduan dalam kehidupan masyarakat. Oleh itu penubuhan sekolah satu aliran adalah satu langkah positif yang wajar dilaksanakan di Malaysia yang mempunyai kepelbagaian kaum tersebut. Sekolah satu aliran ini sudah pasti akan meningkatkan tahap permuafakatan dalam kalangan pelajar. Tiada jalan lain untuk menyemai dan mewujudkan asas perpaduan kecuali di peringkat sekolah terutama yang melibatkan satu aliran. Sekolah adalah permulaan di mana pelajar-pelajar mudah untuk menerima dan melaksanakan segala yang telah dipelajari.Perpaduan harus disemai dalam jiwa rakyat negara ini sejak kecil, sudah tentu masyarakat akan hidup dalam keadaan yang harmoni tanpa sebarang sengketa jika sekolah satu aliran ini diaplikasikan dengan baik. Pelaksanaannya juga selaras dengan dasar pendidikan kebangsaan dalam usaha memperkasakan sekolah kebangsaan serta menyemai semangat penyatuan dan persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia. Pelaksanaan sekolah satu aliran tidak akan menyebabkan kehilangan identiti kaum tertentu malah ia akan menyemai semangat perpaduan yang kuat dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Masyarakat daripada pelbagai kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka walaupun belajar di sekolah satu aliran. Hal ini demikian kerana sekolah adalah permulaan untuk anak-anak belajar dan bergaul dengan rakan-rakan mereka yang lain.Apabila nilai perpaduan diterapkan dalam jiwa kanak-kanak semasa di sekolah, maka keharmonian dan nilai perpaduan semua kaum akan dapat diperkuatkan di peringkat akar umbi lagi. Oleh itu kerajaan perlu memberi peluang untuk mewujudkan sekolah satu aliran dan menjadikan ia sebagai satu identiti masyarakat yang harmoni di negara ini yang selaras dengan gagasan 1Malaysia. Di samping itu Sekolah satu aliran dapat mewujudkan integrasi antara kaum dalam kalangan pelajar, guru dan juga ibu bapa selain memupuk semangat keharmonian di negara ini, seharusnya soal politik tidak seharusnya timbul dalam bidang pendidikan yang menjadi asas kepada perpaduan kaum di negara ini. Melalui dasar-dasar dan strategik yang dilaksanakan, perubahan demi perubahan telah kelihatan, malah menjadi agenda utama negara untuk membangunkan masyarakat (INTAN Malaysia, 1994).

RUJUKANAwang Had Salleh. (1980). Pendidikan ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Atan Long. (1984). Pendidik dan Pendidikan dalam Siri Fajar Bakti. Kuala Lumpur: PenerbitFajar Bakti Sdn. Bhd., ms.181-184.INTAN [Institut Tadbiran Awam Negara] Malaysia. (1994). Dasar-dasar Pembangunan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka bekerjasama dengan INTAN Malaysia.

KPM [Kementerian Pelajaran Malaysia]. (2010a). Sekolah Wawasan di Malaysia: Konsep, Cabaran, dan Pelaksanaan. Putra Jaya: KPM.

Mok Soon Sang. (2000). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,edisi ketujuh.

Robiah Sidin. (1994). Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk Masa Depan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sufean Hussin. (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori dan Analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.16