perjalanan aktiviti dan laporan gotong royong.doc

14
6.0 PERJALANAN AKTIVITI DAN LAPORAN DARI ZON-ZON GOTONG ROYONG. Gotong royong Perdana ini telah diadakan pada 17 hb Mei 2014, iaitu hari Sabtu di sekitar kawasan Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3. (Sila rujuk pelan Zon gotong-royong pada Lampiran A). Gotong Royong ini melibatkan semua warga semua Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3 termasuk kakitangan sokongan dan kehadiran ibu bapa murid. (Sila rujuk senarai kehadiran guru dan ibu bapa pada Lampiran B dan C). Gotong Royong ini juga turut dipantau oleh En Supiandi Bin Yusof iaitu Timbalan PPD Daerah Pasir Gudang (Sila rujuk Lampiran D). Keseluruhannya, kehadiran semua pihak yang terlibat dalam aktiviti tersebut amatlah menggalakkan sebagaimana butiran berikut: a. Kehadiran guru Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3 Bi l Perkara Bilangan Peratus Kehadiran 1 Hadir 58 86 2 Tidak Hadir Dengan kenyataan 9 14 Jumlah guru 67 100 6

Upload: mohdzamriishak

Post on 19-Nov-2015

38 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

5

6.0 PERJALANAN AKTIVITI DAN LAPORAN DARI ZON-ZON GOTONG ROYONG.Gotong royong Perdana ini telah diadakan pada 17 hb Mei 2014, iaitu hari Sabtu di sekitar kawasan Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3. (Sila rujuk pelan Zon gotong-royong pada Lampiran A). Gotong Royong ini melibatkan semua warga semua Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3 termasuk kakitangan sokongan dan kehadiran ibu bapa murid. (Sila rujuk senarai kehadiran guru dan ibu bapa pada Lampiran B dan C). Gotong Royong ini juga turut dipantau oleh En Supiandi Bin Yusof iaitu Timbalan PPD Daerah Pasir Gudang (Sila rujuk Lampiran D). Keseluruhannya, kehadiran semua pihak yang terlibat dalam aktiviti tersebut amatlah menggalakkan sebagaimana butiran berikut:a. Kehadiran guru Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3

BilPerkaraBilangan Peratus Kehadiran

1Hadir

5886

2Tidak Hadir

Dengan kenyataan914

Jumlah guru

67100

b. Kehadiran Kakitangan sokongan Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3

BilPerkaraBilangan Peratus Kehadiran

1Hadir

6100

2Tidak Hadir

Dengan kenyataan00

Jumlah Kakitangan sokongan

6100

c. Kehadiran murid Tahap Dua Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3

BilPerkaraBilangan Peratus Kehadiran

1Hadir

54695

2Tidak Hadir

Dengan kenyataan305

Jumlah murid

Tahap Dua

576100

d. Kehadiran ibubapa muridBilPerkaraBilangan

1Jumlah ibu bapa yang hadir

30

Pendaftaran ibubapa bermula seawal 7.30 pagi di Dewan Kreatif di bawah AJK Pendaftaran yang juga terdiri daripada ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Taman Daya 3. Murid pula dikumpulkan di Dataran Gemilang dan majlis rasmi dimulakan dengan perhimpunan di bawah kendalian Unit Beruniform Pengakap.Bacaan doa sebelum perhimpunan dan gotong royong dimulakan..

Ucapan ringkas Gotong Royong oleh Puan Faridah Bt Attan, GPK HEMSelesai dengan nyanyian tiga buah lagu (Negaraku, Lagu Bangsa Johor dan lagu sekolah) dan ikrar, perhimpunan diteruskan dengan ucapan ringkas oleh Puan Faridah Bt Attan, GPK HEM dan kemudiannya senamrobik guru, murid dan ibu bapa.

Senamrobik kendalian guru Tunas Budaya dan Muzik Kebudayaan..

Setelah penerangan ringkas berkenaan zon-zon gotong royong dan pembahagian murid dan ibu bapa mengikut zon tersebut, gotong royong pun dimulakan. Unit Beruniform Pengakap bertanggungjawab terhadap zon A, Unit Beruniform BSMM pula membersihkan Zon B, Zon C dibawah tanggungjawab Puteri Islam manakala Zon D dipertanggungjawabkan kepada Unit Beruniform TKRS. Manakala, Unit Beruniform Pandu Puteri Tunas pula dipecahkan lagi kepada keempat-empat zon berkenaan.

Unit-Unit Beruniform dan zon gotong royong masing-masing..

Murid-murid, guru-guru dan ibu bapa bersama-sama melakukan aktiviti membersih dan mengemas kelas di zon masing-masing. Mereka menyapu kelas, mengelap tingkap, membuang sampah dan sebagainya di kelas yang ditugaskan oleh ketua zon.

Kelihatan murid dan ibu bapa menyapu lantai dan mengelap tingkap bilik seni..

Bilik Kemahiran Hidup turut dikemas dan disapu lantainya...

Mengelap tingkap sehingga bersih dan seorang ibu turut tidak ketinggalan..Dalam pada itu, murid juga sibuk menolong ibubapa mereka dan guru membaiki kerusi dan meja rosak. Mereka membawa perabot yang rosak dari kelas-kelas ke stor pelupusan dan ada yang dibaiki.

Menolong ayahnya membaiki kerusi kayu yang rosak...

Guru dan ibubapa murid di bahagian pembaikpulih perabot rosak..Longkang dan parit dibersihkan oleh murid bersama guru.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..kerjasama antara murid..Selain kawasan bangunan sekolah yang dibersihkan iatu setiap kelas dan bilik-bilik khas, kawasan belakang dan depan sekolah juga turut dibersihkan. Sampah yang terdapat di lereng tempat menunggu bas sekolah dipungut..

Kawasan parking kereta A dan B dibersihkan dan sampah dipungut...

Kawasan persekitaran yang dibersihkan yang lain termasuk mengutip sampah di kawasan padang sekolah, gelanggang bersimen, Dataran Gemilang dan Dewan Kreatif.

Kerjasama yang terjalin antara murid..semasa membersihkan Dewan Gemilang..

Kerjasama sebegini juga terjalin antara guru, murid dan ibu bapa di samping mengeratkan hubungan sekolah dan masyarakat. Ini terbukti apabila salah seorang daripada ibubapa murid Tahun 6 Amanah, iaitu En Mohd Jafri ( bapa kepada Shahrul Hafifi) yang sudi menawarkan khidmat membersihkan langsir Dewan Gemilang di Kedai Dobi.

Kakitangan pejabat dan pentadbiran juga bersemangat dalam aktiviti gotong royong ini..

Sekitar jam 10.45 pagi, kerja-kerja pembersihan dan gotong royong pun selesai. Murid kemudiannya dikumpulkan semula untuk kehadiran diambil. Manakala ibubapa dijemput menjamu selera. Selasai mengambil kehadiran, murid diarahkan mengambil minuman di kantin sekolah.

Kehadiran diambil sambil berehat setelah selesai gotong royong..

Aktiviti pada hari tersebut tamat sekitar jam 11.30 dengan ibubapa dan murid bersurai. Perjalanan aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. 6