kertas kerja gotong royong.doc

22
LAPORAN BINA INSAN GURU KHIDMAT MASYARAKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN MIZAN 22200 BESUT TERENGGANU DARUL IMAN. NAMA : ROSMAWATI BT HASAN ANGKA GILIRAN : 2012101360151 NO. K/P : 820924 – 03 – 5902 NAMA KURSUS : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN) AMBILAN : FEBRUARI 2012 UNIT : SEMESTER 4 PPG KOHORT 2 (MATEMATIK 1) SESI PENGAJIAN : JULAI 2013 NAMA PENSYARAH : EN. AHMAD SHUHAIMI BIN SHAHUDDIN

Upload: aleeyamysarahs

Post on 19-Nov-2015

316 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS SULTAN MIZAN

22200 BESUT

TERENGGANU DARUL IMAN.

LAPORAN BINA INSAN GURU

KHIDMAT MASYARAKAT

PENGHARGAANAlhamdulillah hirrabbilalamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya.

Saya merakamkan sepenuh penghargaan kepadaEn. Ahmad Shuhaimi B Shahuddin , PPG KOHORT 2 Unit Matematik 1, di atas kesudianbeliau memberi tugasan ini kepada saya. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Tidak lupa juga saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada seluruh ahli keluarga yang telah memberi sokongan moral kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Pelaksanaan Program khidmat masyarakat ini merupakan satu aktiviti yang sangat berfaedah kepada kepada saya dan pelajar sekolah saya. Program gotong royong di Tanah Perkuburan Islam, Merang ini merupakan program yang julung kali di adakan. Sebelum ini program gotong royong ini hanya diadakan dikawasan sekolah sahaja.

Sebagai guru sudah tentu memerlukan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat. Guru haruslah menunjukkan satu sikap dan keperibadian yang tinggi. Gotong royong ini sudah tentulah akan memberi persepsi yang baik masyarakat kepada profesion keguruan khususnya kepada pendidik yang bergelar guru.

Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renungan dan selamat beramal. Sesuatu yang pahit itu tidak semestinya duka manakala sesuatu yang manis itu tidak semestinya indah. Begitulah ibaratnya hidup kita untuk memperolehi sesuatu kejayaan itu bukanlah semudah yang kita sangka, namun penuh ranjau dan durinya.( I )A. PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran sekolah dan persekitaran hidup masyarakat kita merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi kemasayarakatan dan pendidikan juga memainkan peranan yang amat penting bagi . Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan kehidupan setempat dan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah dan kehidupan pelajar yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan,Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti kemasyarakatan iaitu gotong-royong di Tanah Perkuburan Kampung Merang bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan persekitan mereka serta dapat menjalinkan hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dengan komuniti setempat.

Adalah menjadi harapan agar para pelajar, ibu bapa, guru serta komuniti setempat akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K serta kehidupan yang lebih sempurna.

1

B . LATAR BELAKANG

Sekolah Kebangsaan Merang melalui JK Pasca UPSR menganjurkan aktiviti Gotong Royong dengan hasrat memberi peluang kepada pelajar menyertai aktiviti khidmat kemasyarakatan secara terancang dan sejajar dengan cita cita melahirkan generasi pelajar yang dinamik dan berkualiti serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Program ini juga diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membina dan memupuk integrasi dikalangan pelajar dan masyarakat setempat dalam usaha membentuk generasi alaf baru yang berkemahiran membina dan mengembangkan jaringan hubungan harmonis dalam kehidupan seharian.C. OBJEKTIF1) Mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat.2)Menyemai rasa insaf kepada murid agar sentiasa mengingati saat kematian dan bersedia untuk menghadapinya.3)Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu bapa, pendidik , warga sekolah dan komuniti setempat dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan tanah perkuburan.

4)Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan masyarakat setempat terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.5)Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.2D. RASIONAL1. Unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi, bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi.2. Aktiviti gotong royong juga mendedahkan para pelajar kepada cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat tolong menolong , bekerjasama dan persaudaraan yang dituntut dalam agama.3. Memberi pengalaman dan peluang kepada para peserta meningkatkan kebolehan dan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor masing masing. Secara tidak langsung membina kematangan diri dalam bermasyarakat.E. MATLAMAT

1. Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu suatu usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, Negara dan agama.

2. Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan gotong royong ini adalah bertujuan unuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya.33. Memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsipprinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan organisasi, membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi, menghargai dan mencintai nilai nilai budaya bangsa yang relevan dengan perkembangan semasa.

F. KONSEP PELAKSANAAN

Gotong royong ini akan dilaksanakan berdasarkan konsep Pembelajaran melalui aktiviti. Untuk mempraktikkan konsep ini, beberapa aktiviti khusus telah dirangka dengan menggabungkan unsur-unsur berikut:-

1Pemupukan semangat kerjasama antara sekolah dan masyarakat setempat.

2Penerapan nilai nilai murni kemanusiaan.

3Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi

4Pengukuhan disiplin kendiri

5Pengukuhan disiplin berpasukan

6Pengukuhan keimanan dan ketakwaan

7Pembinaan persaudaraan sesama Islam dan masyarakat.8Penyemaian ciri ciri kepimpinan berwibawa.

9Menjana keriangan dan keseronokan bersama secara integratif dan

harmonis

10Memupuk cita- cita kerjaya melalui aktiviti kemasyarakatan.4 G. BUTIRAN PROGRAMTarikh : 02 Oktober 2013 (Sabtu)Masa

: 8.00 pagi 12.00 tengah hari.Sasaran : Murid tahun 6, guru dan komuniti setempat.

Tempat : Tanah Perkuburan Islam, Merang.Pakaian pelajar : Pakaian sukan

H. CADANGAN DAN SKOP AKTIVITI :KUMPULAN

AKTIVITI

IBNU SINA

1. Memungut dan membersihkan sampah di dalam pagar tanah perkuburan

IBNU BATTUTA

1. Mencabut rumput 2. Mengumpul rumput yang telah dipotong dan membawa tempat

Pembuangan sampah.

AL-KHAWARIZMI1. Menyangkul tanah disekitar batu nisan.

IBNU-KHALDUN1. Memungut sampah di luar pagar tanah perkuburan.

GURU-GURU1. Memotong rumput di dalam pagar

5I. TENTATIF PROGRAMMASAAKTIVITI

8.00- 8.30 pagiBerjalan menuju ke Tanah Perkuburan Merang.

8.30 9.00 pagiTaklimat kawasan dan pembahagian kumpulan

9.00 10.30 pagiGotong royong sesi pertama

10.30 11.00 pagi Rehat dan Minum pagi

11.10 pagi 12.00 tengah hariGotong royong sesi ke dua

Mengemas alatan

12.00 12.30 tengah hariBertolak pulang ke sekolah

J. SUMBER KEWANGAN.1. Sumbangan Stesen Minyak Petronas Merang RM 300.002. Tabung UPSR

RM 50.00

Jumlah kewangan

RM 350.00K. PERBELANJAAN BILPERKARAKEWANGANJUMLAH

1Air Kotak70 X RM 1.30RM 91.00

2Nasi Lemak70 X RM 1.50RM 105.00

3Roti70 X RM0.80RM 56.00

4Air Mineral70 X RM1.00RM 70.00

5

Petrol dan Plastik SampahRM 28.00

JumlahRM 350.00

6L. JAWATANKUASA PELAKSANA AKTIVITI

Pengerusi : Encik Abd.Halim bin Mohamed (Guru Besar )Timbalan Pengerusi 1 : Ustaz Azwi bin Jusoh (GPK Kurikulum)Timbalan Pengerusi 2En. Zultalmizi bin Ahmad (GPK HEM)Timbalan Pengerusi 3 Puan Fazida Asma binti Othman.Penyelaras:Cik Zariah binti Museh

Setiausaha:

Rosmawati binti HasanBendahari: Mohd Nor bin HamidBuku Program: Mohd Rizlan bin DagangJK Makanan/Minuman: 1. Pn. Nur Jannah binti Abd. Majid2. Ustazah Zakiah binti Tahar

3. Pn. Fadzliah binti MohamadJK Peralatan:1. Sukayat bin Yeop2. Kamal Syahrin bin Omar

3. Nasaruddin bin Muda7Keselamatan1. Ustaz Syed Muhammad Kamil Al Idrus bin Syed Ahmad2. Sulaimi bin Ngah

Jurugambar dan dokumentasi

1. YM Tengku Ahmad Kamal bin Tengku Abd Rahman Disediakan oleh

Disahkan oleh,_______________________

_____________________(ROSMAWATI BINTI HASAN)

( EN. ABDUL HALIM B MOHAMED )Setiausaha,

Guru Besar,

Program Gotong-Royong Pasca UPSR, SK Merang, Setiu,SK Merang, Setiu

Terengganu.Terengganu.

8Laporan Program Khidmat Masyarakat

Gotong-Royong Membersihkan

Tanah Perkuburan Kampung MerangJK Program Pasca UPSR Sekolah Kebangsaan Merang, Setiu, Terengganu telah menganjurkan satu program kemasyarakatan dengan kerjasama PIBG dan JKKK iaitu aktiviti gotong royong membersihkan tanah perkuburan Kampung Merang. Aktiviti gotong-royong ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang untuk program pasca UPSR tahun 2013. Aktiviti ini adalah julung-julung kali diadakan untuk murid tahun 6.Aktiviti gotong-royong ini telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 5 Oktober 2013. Aktiviti ini dijalankan pada hujung minggu kerana melibatkan PIBG dan juga JKKK Kampung Merang. Aktiviti gotong-royong ini bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Sebelum aktiviti ini dijalankan JK UPSR SK Merang telah mengadakan mesyuarat dan taklimat kepada semua guru serta JK PIBG agar aktiviti ini dapat dijalankan dengan sempurna. Dalam mesyuarat tersebut semua JK telah berbincang memilih tarikh dan masa yang sesuai untuk menjalankan aktiviti gotong-royong ini serta membahagikan tugas-tugas yang perlu dilakukan semasa aktiviti ini berjalan.Tepat pukul 8.00 pagi semua murid dan guru telah bertolak dari sekolah ke tanah perkuburan Kampung Merang. Sampai di tanah perkuburan JK telah membahagikan kumpulan dan tugas-tugas mengikut kumpulan yang ditetapkan. Setiap kumpulan terdiri daripada guru, JK PIBG, JKKK dan juga murid-murid tahun 6. Selepas sesi taklimat, setiap kumpulan telah memulakan kerja membersihkan tanah perkuburan secara bekerjasama.

9Pada pukul 10.30 pagi, aktiviti gotong-royong dihentikan seketika untuk berehat dan semua yang terlibat menikmati jamuan ringan yang telah disediakan oleh pihak JK UPSR SK Merang. Pada pukul 11.00 pagi aktiviti pembersihan diteruskan lagi dengan setiap kumpulan membersihkan kawasan mereka. Bagi kumpulan yang telah selesai membersihkan kawasan masing-masing, mereka diminta membantu kumpulan yang lain pula. Aktiviti gotong-royong ini selesai pada pukul 12.00 tengah hari. Semua yang terlibat telah mengemas peralatan yang digunakan semasa aktiviti gotong-royong tersebut.Kesimpulannya, diharapkan agar murid tahun 6 dapat menjaga kebersihan dan keceriaan walau di mana mereka berada. Selain itu, aktiviti gotong-royong ini juga diharapkan dapat memupuk semangat kerjasama dan bersatu-padu antara murid dengan guru serta ibu bapa. Semoga aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.10GAMBAR GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURANKAMPUNG MERANG

11

12

13

14REFLEKSIProgram BIG merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini direalisasikan dalam tiga fasa yang dilaksanakan ditempat masing masing dalam sepanjang tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.Pada Semester ini saya dikehendaki menjalani aktiviti kemasyarakatan untuk BIG. Saya dengan kerjasama pihak sekolah, PIBG dan JKKK telah menganjurkan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan Kampung Merang dengan murid tahun 6 sebagai salah satu aktiviti Pasca UPSR.

Seramai 65 orang murid tahun 6 beserta 4 orang guru pengiring dan 3 orang pekerja sekolah beserta beberapa AJK PIBG dan JKKK telah bertolak ke kawasan perkuburan pada pukul 8.00 pagi. Sebelum bertolak kami telah diberi penerangan ringkas tentang adab-adab menziarahi kubur oleh Ustaz Syed Muhammad Kamil Al-Idrus bin Syed Ahmad. Setelah sampai ke kawasan perkuburan sebelum memulakan aktiviti terlebih dahulu telah diadakan tahlil ringkas dan bacaan doa untuk disedekahkan kepada mereka yang telah kembali ke rahmatullah.

Pada mulanya, ada di antara pelajar yang agak takut dan tidak berani untuk masuk ke kawasan perkuburan, tetapi saya mengingatkan mereka agar kuatkan semangat dan niat untuk membersihkan tanah perkuburan. Pelajar telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk membersihkan kawasan yang telah ditetapkan.15

Semasa aktiviti berjalan dapat dilihat pelajar-pelajar bekerjasama dalam kumpulan masing-masing untuk membersihkan kawasan masing-masing. Sebahagian murid perempuan dilihat mencabut rumput dam membersihkan sampah sarap di sekitar kubur. Manakala pelajar lelaki dilihat mencabut pokok-pokok yang mati dan dahan-dahan yang berselerak. Mereka dilihat bekerja dalam suasana yang harmoni dan saling membantu antara satu sama lain.

Antara objektif program ini ialah membersihkan kawasan perkuburan,menerapkan nilai-nilai bekerjasama dan gotong-royong antara guru, ibu bapa dan murid-murid. Di samping itu, aktiviti ini dapat menambah ilmu pengetahuan dan berkongsi pengalaman. Walau pun kesemua murid beragama Islam tetapi mereka berasa agak kekok dan takut untuk membuat sebarang tugas. Saya dengan guru-guru lain telah menasihati dan memberi kata-kata semangat kepada mereka. Akhirnya murid-murid dapat menjalankan aktiviti ini dengan baik dan sentiasa ceria sepanjang aktiviti berlangsung. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara guru dengan murid dan juga dengan ibu bapa.Saya berasa teruja dan berbesar hati dapat menjalani aktiviti ini. Saya dapat menimba pengalaman dan juga berkongsi pengalaman dengan murid dan juga warga sekolah. Saya juga beharap agar pada masa akan datang saya dapat mengikuti lagi aktiviti seperti ini.

Kesimpulannya, semangat gotong-royong amat penting dalam kehidupan seharian kita bagi memudahkan sesuatu kerja. Oleh itu, kita sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat hendaklah melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh komuniti setempat agar kerja yang susah akan menjadi senang dan akan menjimatkan masa apabila dilakukan secara bergotong-royong.

16

NAMA : ROSMAWATI BT HASAN

ANGKA GILIRAN : 2012101360151

NO. K/P : 820924 03 5902

NAMA KURSUS: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

(IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN)

AMBILAN : FEBRUARI 2012

UNIT : SEMESTER 4 PPG KOHORT 2 (MATEMATIK 1)

SESI PENGAJIAN : JULAI 2013

NAMA PENSYARAH : EN. AHMAD SHUHAIMI BIN SHAHUDDIN