perindustrian (penerangan)

4
perindustrian Istilah perindustrian telah diberi penghuraian yang berbeza-beza oleh beberapa ahli ekonomi dan ahli-ahli disiplin yang lain. Menurut Muray Brayce (1960), pengertian perindustrian boleh dihuraikan dalam dua bentuk. Dalam pengertian yang sempit perindustrian membawa erti pembangunan di sektor industri, manakala dalam pengertian yang luas pula perindustrian ditakrifkan sebagai pembangunan infrastruktur seperti stesyen tenaga dan kemudahan-kemudahan pengangkutan. Ini kerana, ketiadaan kemudahan-kemudahan tersebut membuatkan perindustrian moden tidak akan dapat diwujudkan. Pembangunan negara berkait rapat dengan pembangunan ekonomi. Ramai ahli ekonomi menganggap perindustrian sebagai suatu pemangkin untuk menggerakkan pembangunan ekonomi secara keseluruhan. Projek-projek pembangunan ini yang biasanya bercorak intensif modal menjadi pendorong kepada pembangunan sesuatu kawasan. Kawasan sekitar sesebuah projek perindustrian akan mendapat faedah melalui proses yang dikenali sebagai 'kesan limpahan'. Ini bermakna, pembangunan melalui peluang pekerjaan, peningkatan kemudahan dan infrastruktur bukan sahaja akan mempengaruhi pembangunan kawasan setempat malahan pembangunan di kawasan sekitarnya. Dengan terdapatnya kawasan perindustrian maka sesebuah Bandar akan terbentuk. Perindustrian di Malaysia, sektor perindustrian telah dianggap mempunyai tenaga dinamik yang boleh

Upload: joe-lozzoll

Post on 26-Jun-2015

1.224 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

perindustrian

TRANSCRIPT

Page 1: perindustrian (penerangan)

perindustrian

Istilah perindustrian telah diberi penghuraian yang berbeza-beza oleh beberapa

ahli ekonomi dan ahli-ahli disiplin yang lain. Menurut Muray Brayce (1960),

pengertian perindustrian boleh dihuraikan dalam dua bentuk. Dalam pengertian yang

sempit perindustrian membawa erti pembangunan di sektor industri, manakala dalam

pengertian yang luas pula perindustrian ditakrifkan sebagai pembangunan

infrastruktur seperti stesyen tenaga dan kemudahan-kemudahan pengangkutan. Ini

kerana, ketiadaan kemudahan-kemudahan tersebut membuatkan perindustrian moden

tidak akan dapat diwujudkan.

Pembangunan negara berkait rapat dengan pembangunan ekonomi. Ramai ahli

ekonomi menganggap perindustrian sebagai suatu pemangkin untuk menggerakkan

pembangunan ekonomi secara keseluruhan. Projek-projek pembangunan ini yang

biasanya bercorak intensif modal menjadi pendorong kepada pembangunan sesuatu

kawasan. Kawasan sekitar sesebuah projek perindustrian akan mendapat faedah

melalui proses yang dikenali sebagai 'kesan limpahan'. Ini bermakna, pembangunan

melalui peluang pekerjaan, peningkatan kemudahan dan infrastruktur bukan sahaja

akan mempengaruhi pembangunan kawasan setempat malahan pembangunan di

kawasan sekitarnya. Dengan terdapatnya kawasan perindustrian maka sesebuah

Bandar akan terbentuk.

Perindustrian di Malaysia, sektor perindustrian telah dianggap mempunyai

tenaga dinamik yang boleh menggerakkan pembangunan. Di Malaysia, peranan

perindustrian dalam pembangunan negara jelas membawa banyak faedah dari segi

peningkatan keluaran dan eksport negara serta pekerjaan.

Di bawah Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970), Perbadanan Kemajuan Industri

Persekutuan (FIDA) ditubuhkan bertujuan untuk memperkuatkan pembaikan galakan

industri serta memainkan peranan dalam membangunkan industri negara. Fungsi

perbadanan ini jelas apabila terdapatnya peningkatan dalam nilai di tambah sektor

pembuatan pada tahun 1971 iaitu sebanyak 13.1 peratus berbanding dengan 8.5

peratus pada tahun 1960. Terdapat juga sumbangan lain yang terhasil daripada

program perindustrian di Malaysia seperti kepelbagaian keluaran, peningkatan

peluang pekerjaan dan sebagainya.

Page 2: perindustrian (penerangan)

Sumbangan keluaran sektor ini telah menyebabkan KDNK Malaysia

meningkat setiap tahun. Misalnya KDNK tahunan bagi tahun 1980 ialah sebanyak

RM 5,374,000 meningkat kepada RM 15,509,000 pada tahun 1990 iaitu peningkatan

sebanyak 188.60 peratus dalam tempoh 10 tahun. Pencapaian ini disebabkan oleh

eksport Malaysia yang bertambah serta permintaan dalam negara yang semakin

meningkat. Antara industri utama yang banyak memberikan sumbangan kepada

pertumbuhan ekonomi ialah industri minyak, lemak, tekstil, jentera dan elektronik.

Pekerjaan Kebanyakan industri yang dibangunkan akan memberikan kesan

yang besar terhadap gunatenaga kerana ia membuka lebih banyak peluang pekerjaan

yang baru. Kemajuan perindustrian di Malaysia dalam tempoh sepuluh tahun iaitu

dari tahun 1980 sehingga 1990, telah mewujudkan lebih daripada 9,411,000 peluang

pekerjaan. Industri pakaian, elektrik dan elektronik, serta barangan makanan

kesemuanya telah memberikan sumbangan yang besar terhadap jumlah pekerjaan

baru yang di wujudkan dalam sektor perindustrian.

Menurut Goss (1962), sesebuah negara tidak dianggap maju atau membangun selagi

ia tidak melalui proses perindustrian. Kini, sektor perindustrian boleh disifatkan

sebagai faktor penggerak utama pembangunan ekonomi selain daripada sektor

pertanian.

Pembangunan perindustrian yang berlaku di Malaysia telah bermula sejak selepas

merdeka lagi. Pada mulanya, penekanan kerajaan terhadap sektor ini adalah sebagai

salah satu usaha untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi di Malaysia. Namun,

selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), kepentingan sektor ini jelas dalam

menyumbangkan pendapatan kepada Malaysia di samping sektor pertanian. Untuk itu,

kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengembangkan lagi sektor ini

termasuklah pemberian galakan serta penubuhan badan-badan khusus yang berfungsi

untuk melancarkan program pembangunan perindustrian di Malaysia.

Terdapat banyak kajian mengenai potensi perkembangan perindustrian di kawasan

luar bandar di Malaysia, namun kajian mengenai kesan perindustrian terhadap

pembangunan ruang dan kawasan adalah amat terhad. Walau bagaimanapun, kajian

mengenai kesan industri luar bandar di luar negara menunjukkan penubuhan industri

di sesebuah negara mendapat sambutan dengan meninggalkan kesan yang berbeza-

beza dari sebuah negara dengan negara yang lain. Menerusi pekerja-pekerja kumpulan

Page 3: perindustrian (penerangan)

aktiviti yang baru muncul, perkembangan industri boleh menyebabkan pertambahan

permintaan dalam perkhidmatan dan barangan. Kenaikan pendapatan secara langsung

menyebabkan perubahan kepada wilayah tersebut. Dengan adanya bidang

perindustrian di sesuatu kawasan maka suatu kawasan Bandar akan tertubuh.