garis panduan umum perindustrian

28
POLITEKNIK UNGKU OMAR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA JABATAN KEJURUTERAAN AWAM PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH (C4644) GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN NAMA AHLI :

Upload: azmir

Post on 12-Jun-2015

1.684 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN

POLITEKNIK UNGKU OMAR

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

MALAYSIA

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH

(C4644)

GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN

NAMA AHLI :

MUHAMMAD ARIF B JAMAL 01PUT07F2017

AZMIR B OTHMAN 01PUT07F2019

NOR AFIQ B ABD RAZAK 01PUT07F2036

MARYATI BT SAMSUDIN 01PUT07F2037

KELAS : DUT 5

NAMA PENSYARAH : PN HJH RABI’AH BT. AHMAD

TARIKH SERAHAN : 17.04.2008

Page 2: GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN

TUJUAN

 

Garis Panduan Umum ini disediakan untuk membantu Pihak Berkuasa

Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di dalam merancang keperluan

perindustrian untuk semua jenis pembangunan.Garis Panduan Umum perlu

dirancang dengan teliti dan berpandukan kepada prinsip-prinsip perancangan,

piawaian dan garis panduan supaya dapat dijadikan rujukan kepada Pihak

Berkuasa Negeri, Pihak berkuasa Tempatan serta perunding atau pemaju

hartanah.

Page 3: GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN

KAWASAN PERINDUSTRIAN

Latarbelakang

Pembangunan industri adalah penyumbang utama kepada pertumbuhan

ekonomi negara. Kepesatan pembangunan industri ini telah meningkatkan

pemajuan guna tanah. Terdapat beberapa masalah yang perlu diatasi melalui

perancangan, antaranya ialah:

Kewujudan industri haram yang merbahaya serta tidak terkawal.

Kesesakan kawasan perindustrian sedia ada serta kurangnya kemudahan

yang disediakan.

Kekurangan tempat yang sesuai untuk pembuangan sisa industri

sehingga menyebabkan pencemaran.

Perindustrian

Industri boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:

Industri ringan

Industri sederhana

Industri berat

Industri khas

Industri kecil dan sederhana (IKS)

GARIS PANDUAN UMUM

Page 4: GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN

1 Komponen Perancangan Kawasan Perindustrian

Perancangan Kawasan Perindustrian dibahagikan kepada beberapa

komponen iaitu

a. Perancangan Tapak Dan Pengezonan

b. Keluasan dan Saiz Minimum Lot

c. Tatatur Lot

d. Anjakan Bangunan

e. Had Ketinggian Bangunan

f. Ruang Untuk Pemunggahan

g. Tempat Letak Kenderaan

h. Tempat Letak Lori dan Treler

i. Sistem Rangkaian dan Heirarki Jalanraya serta Pengangkutan

j. Tapak Pelupusan Sisa Toksid

k. Zon Penampan

l. Asrama pekerja

m. Rekreasi

n. Kedai dan Pusat Peniaga Kecil (Hawker Centre)

2. Perancangan Tapak dan Pengezonan

Perlu bersesuaian dan mematuhi dasar dan garis panduan.

Sesuai dari segi peletakan agar mudah sampai.

Dielakkan dari menghadap arah laluan tiupan angin yang menghala

ke kawasan bandar dan khususnya ke kawasan perumahan.

Perlu bersesuaian dengan jenis industri dan kemudahan-

kemudahan yang diperlukan.

Mengambil kira kriteria pemeliharaan alam sekitar dan kawasan

yang sensitif.

3. Keluasan dan Saiz Minimum Lot

Saiz minimum kawasan perindustrian tidak kurang daripada 8.0

hektar (20 ekar).

Page 5: GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN

Saiz lot perlu cukup besar bagi menyediakan anjakan bangunan,

landskap, tempat letak kenderaan, ruang pemunggahan dan ruang

penyimpan.

Saiz lot yang disediakan perlulah terdiri daripada pelbagai saiz agar

memberi    peluang kepada pemilik membuat pilihan serta ruang

pembesaran di masa  akan datang dan mengurangkan bentuk-

bentuk lot yang ganjil.

Tatatur Lot

a. Lot berbentuk empatsegi dengan bahagian yang kecil

menghadap jalan hendaklah diutamakan bagi mengurangkan

kos infrastruktur dan utiliti

b. Lot yang sempit dan berbentuk ganjil perlu dielakkan untuk

memudahkan perletakan bangunan kilang

c. Saiz dan bentuk industri hendaklah dipelbagaikan bagi

menampung bangunan-bangunan industri dan kilang yang

berbagai saiz dan skil dalam kelas atau jenis yang sama.

4.  Had Ketinggian Bangunan  

 Ketinggian Bangunan dikelasifikasikan kepada 3 iaitu:

a. Bangunan rendah - 1 – 3 tingkat

b. Bangunan sederhana - 4 – 5 tingkat 

c. Bangunan tinggi - melebihi 5 tingkat 

Pembangunan di dalam kawasan penyelidikan dan pembangunan 

hendaklah rendah iaitu maksimum tiga tingkat yang mempunyai  

'setting parklike', alam sekitarnya berlandskap

Page 6: GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN

Bagi semua jenis industri yang menghasilkan bahan buangan, had

ketinggiannya tidak melebihi dua tingkat. 

5. Ruang untuk Pemunggahan

Menyediakan ruang pemunggahan barang-barang berdekatan dan

bersebelahan tangga serta lif kawasan utama pengangkutan.

Menyediakan ruang pemunggahan barang yang besar di bahagian

tepi bangunan untuk aktiviti pemunggahan bagi lori muatan besar

(treler).

6. Tempat Letak Kenderaan

Menyediakan kemudahan ruang meletak kenderaan mengikut

keperluan dan tempat kemudahan pekerja-pekerja industri.

Reka bentuk tempat letak kenderaan bagi industri mempunyai

tahap kemudahsampaian yang tinggi dan selamat, berhampiran

dengan industri dan saiz tempat letak kenderaan yang bersesuaian

dengan jenis kenderaan yang digunakan.

7. Sistem Rangkaian dan Hierarki Jalan Raya serta Pengangkutan

Jalan masuk utama ke kawasan industri hendaklah tidak melalui

kawasan kediaman.

Rangkaian jalan kawasan industri hendaklah mempunyai sistem

hierarki yang nyata dan mudah dikenal pasti oleh pengguna.

8.  Landasan Keretapi

Landasan-landasan boleh disediakan ke dalam tapak industri

sahaja dengan landasan susur di tepi bangunan dibawa landasan

susur ke dalam bangunan. Jarak minimum yang diperlukan adalah

seperti berikut:

Page 7: GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN

a. Jarak minimum diantara landasan utama ke sempadan

bangunan  bangunan ialah 6m (20 kaki)

b. Jarak minimum di antara sempadan bangunan dengan

landasan susur ialah ialah 3m (10 kaki)

c. Jarak minimum di antara landasan utama dengan landasan

usur ialah 9m (30 kaki)

d. Jarak minimum di antara landasan susur dengan dinding

bangunan sekiranya landasan susur dibawa ke dalam

bangunan adalah 2.7m (9 kaki)

9. Zon Penampan

Zon Penampan merupakan kawasan jaluran hijau yang meliputi

tempat letak kereta, ‘driveways’, laluan pejalan kaki dan kawasan

khusus untuk penanaman pokok, landskap dan padang rumput.

Keperluan ruang zon penampan adalah mengikut cadangan

Jabatan Alam Sekitar.

Tidak kurang daripada 70% dari zon penampan yang disediakan

perlu dijadikan penampan 'green'.

Kawasan zon penampan perlu disediakan dengan jalur tanaman 30

meter untuk industri khas dan berat, 20 meter untuk industri

sederhana dan 10 meter untuk industri ringan.

Pembangunan yang boleh dipertimbangkan di dalam zon 

penampan fizikal tidak lebih daripada 30 peratus kawasan zon

penampan  yang disediakan adalah seperti berikut:-

a) Jalanraya;

b) Longkang dan parit;

c) Sungai dan tasik;

d) Tempat letak kereta;

e) Kawasan lapang;

Page 8: GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN

f) Industri perkhidmatan

g) Gudang bukan makanan; dan

h) Tanaman pertanian

i) Rizab landskap selebar 1.5m (5 kaki) perlulah disediakan bagi

bangunan serta tepi bangunan yang menghadap ke jalan

utama 

RAJAH 1 :

PENAMPAN MENGIKUT JENIS INDUSTRI

10.  Tapak Pelupusan Sisa Pepejal

Luas tapak adalah lebih kurang 0.3 hektar (¾ ekar). Tapak yang

dipilih  adalah bergantung kepada factor-faktor berikut

a. Tidak mengandungi laluan air dan tidak terdedah kepada banjir

Page 9: GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN

b. Berdekatan dengan jalanraya dan landasan keretapi untuk

kemudahan pengangkutan

c. Berjauhan dari kawasan perumahan dan perkampungan

d. Ianya harus mempunyai komponen-komponen seperti berikut:

o Pondok Pengawal

o Pejabat

o Tempat Timbang

o Tempat Menyimpan Terbuka

11. Asrama Pekerja

Penyediaan asrama pekerja boleh dipertimbangkan bagi industri

yang mempunyai 30% daripada pekerja-pekerja asing dan bukan

penduduk tempatan.

Kawasan perindustrian baru yang dengan keluasan 8 hektar (20

ekar) dan lebih dibolehkan untuk membina asrama pekerja dan

15% daripada kawasan industri dibenarkan untuk asrama.

Ketinggian dan anjakan bangunan tidak boleh melebihi ketinggian

yang ditetapkan bagi kawasan berkenaan.

12. Rekreasi

Keluasan minimum bagi kawasan rekreasi ialah 10% daripada

jumlah keseluruhan kawasan.

Page 10: GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN

Khusus untuk pekerja-pekerja industri beriadah ataupun pihak

industri boleh menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi

kepada kakitangan mereka di tempat yang telah dikhaskan.

Lokasi yang berdekatan dengan asrama pekerja dan jauh daripada

industri yang mencemarkan.

13. Kedai dan Pusat Peniaga Kecil (Hawker Centre)

Keluasan minimum ialah 1% daripada keseluruhan kawasan. Kedai

dan gerai ini hanya memberikan perkhidmatan kepada pekerja-

pekerja industri sahaja.

Lokasi mesti berdekatan dengan asrama ataupun kawasan lapang

tetapi jauh dari kawasan industri mencemarkan.

GARIS PANDUAN KHUSUS

Garis panduan khusus ditetapkan untuk 4 jenis kawasan perindustrian seperti di

bawah:

i. Taman Industri Berteknologi (Hi-Tech)

Page 11: GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN

Mesti mempunyai kualiti persekitaran yang tinggi dan aktiviti

bercampur di dalam satu kawasan.

ii. Industri Bertingkat

Dibangunkan di atas tapak yang telah dizonkan sebagai kawasan

perindustrian. Perlu ada jalan keluar masuk yang sah ke tapak.

iii. Industri perkhidmatan pusat servis kereta dan bengkel

Lokasi yang strategik dan terletak di kawasan pembangunan dan

tidak jauh dari pusat pembangunan sedia ada.Kedudukan tapak

hendaklah mudah dihubungi dengan jalan utama. Keadaan bumi

dan tapak yang tidak menyulitkan proses pembangunan fizikal.

Terdapat kemudahan asas dan infrastruktur seperti bekalan air,

elektrik dan telekomunikasi di kawasan persekitaran. Saiz minimum

ialah 2 hektar (5 ekar).

iv. Taman perdagangan (business park)

Mesti mempunyai kemudahan pengangkutan, perumahan dan rekreasi yang

baik.

Page 12: GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN

PERBANDINGAN SEKITAR KAWASAN PERINDUSTRIAN TASEK, IPOH

Perancangan Tapak

i. Perancangan tapak bersesuaian dan mematuhi dasar dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh.

ii. Lokasi kawasan industri tidak sesuai dari segi perletakan mudah sampai kawasan sekitarnya dan kawasan semulajadi seperti kawasan tadahan untuk Bekalan air tidak terjejas dan keselamatan tidak terjamin tanpa gangguan;

iii. Kawasan perindustrian Tasek ini dapat mengelakkan laluan tiupan angin yang menghala ke kawasan bandar dan khususnya ke kawasan perumahan kerana dihalang oleh bukit;

iv. Zon industri ini mempunyai hubungan laluan yang baik dari kawasan kediaman bagi keselesaan pergi dan balik para pekerja;seperti gambarajah

Page 13: GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN

Pengezonan

i. Pengezonan bagi kawasan perindustrian Tasek bersesuaian dengan jenis industri dan kemudahan-kemudahan yang diperlukan serta mengambilkira kriteria pemeliharaan dan alam sekitar.

a. Kawasan perindustrian ini juga menyediakan beberapa kemudahan lain seperti kawasan perniagaan, kemudahan tempat letak kereta, lori dan treler.

i. Terdapat kawasan asrama dan perumahan pekerja bagi kawasan industri yang besar ini dan telah diintegrasikan dengan kemudahan-kemudahan asas dan sosial dalam menambah-baikan proses pembangunan sosial masyarakat pekerja-pekerja kilang di kawasan ini.

Keluasan dan Saiz Minimum Lot 

Kebanyakan saiz lot di kawasan perindustrian di Tasek,Ipoh mempunyai saiz lot yang agak besar bagi menyediakan kemudahan pekerja meletak kenderaan serta ruang pemunggahan dan penyimpanan dan bagi memberi ruang anjakan bangunan untuk pembesaran.

Tatatur lot perindustrian Tasek ini kebanyakan lot berbentuk empatsegi dan saiz bentuk industri berbeza-beza. Contoh gambarajah-gambarajah dibawah.

Page 14: GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN

Had Ketinggian Bangunan  

i. Ketinggian Bangunan tidak seragam di kawasan perindustrian ini.

Ruang Untuk Pemunggahan

i. Terdapat ruang pemunggahan barang-barang  berdekatan dan bersebelahan tangga serta lif kawasan  utama pengangkutan. Ruang pemunggahan barang yang besar di bahagian tepi bangunan untuk aktiviti pemunggahan bagi  lori muatan besar (treler)

Page 15: GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN

Tempat Letak Kenderaan

i. Kemudahan ruang meletak kenderaan mengikut  keperluan dan tempat kemudahan pekerja-pekerja kilang.

ii. Rekabentuk tempat letak kenderaan bagi industri ini mematuhi syarat-syarat berikut:

a. Kemudahsampaian ke industri berkaitan adalah selamat   b. Tempat letak kenderaan berhampiran dengan kilang c. Saiz tempat letak kenderaan bersesuaian dengan jenis kenderaan yang

digunakand. Penggunaan ruang yang optimume. Laluan keluar masuk tidak melambatkan perjalanan kenderaan lain. 

Contoh gambarajah tempat letak kenderaan di kawasan perindustrian Tasek

Page 16: GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN

Sistem Rangkaian Jalanraya dan Pengangkutan

Sistem Rangkaian Jalan Raya 

i. Jalan masuk utama ke kawasan industri ini tidak melalui kawasan kediaman; 

a. Rangkaian jalan kawasan industri Tasek mempunyai sistem hierarki yang nyata dan mudah dikenalpasti oleh pengguna dan terdapat pelan susunatur yang telah disediakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh seperti gambarajah dibawah.

Pelan Susunatur Kawasan Perindustrian Tasek

Page 17: GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN

Zon Penampan

i. Terdapat Zon Penampan (buffer zone) di kawasan perindustrian Tasek  

ii. Mempunyai jaluran hijau yang meliputi tempat letak kereta, ‘driveways dan laluan pejalan kaki. Kemudahan sokongan seperti ‘bin centers, pondok pengawal dan pencawang elektrik utama, ‘car porch and canopies’ juga terdapat di kawasan ini. 

iii. Green Buffer; merupakan kawasan jaluran dirizabkan khusus untuk penanaman pokok juga di wujudkan di kawasan perusahaan ini. Kedua-dua jenis kawasan zon penampan ini tidak termasuk kawasan rizab jalan yang akan dilandskapkan. Contoh gambarajah dibawah.

Page 18: GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN

Kemudahan awam

Di kawasan industri ini juga Majlis Bandaraya Ipoh menyediakan Perkhidmatan Kesihatan.

Page 19: GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN

LAMPIRAN

Jenis-jenis perindustrian yang terdapat di kawasan perindustrian Tasek,Ipoh

Industri Ringan

Industri Berat

Page 20: GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN
Page 21: GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN

Industri Sederhana

Page 22: GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN

Industri Kecil Dan Sederhana

Page 23: GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN

KESIMPULAN

Isu perindustrian sering dibangkitkan antaranya ialah perletakannya yang

tidak sesuai, saiz yang tidak berfungsi dan dasar yang tidak konsisten.  Ini

berlaku kerana tiada garispanduan dan piawaian yang lengkap untuk memandu

keperluan perancangan perindustrian.

Garispanduan yang disediakan ini boleh membantu pihak yang terlibat di

dalam merancang dan menyediakan kawasan industri dengan menyediakan

dasar yang seragam, pelaksanaan piawaian perancangan yang lebih rasional

dan dapat mencapai matlamat penyediaan kawasan perindustrian sebagai

tempat industri yang lebih bermakna serta mampu memberi manfaat kepada

masyarakat setempat.