warta penerangan - information.gov.bn penerangan pdf library/2010/warta...warta penerangan 3...

8
Terbitan Jabatan Penerangan Warta Penerangan www.information.gov.bn Edisi Keduabelas Disember 2010 Membudayakan Masyarakat Bermaklumat Mesyuarat Ke-3 Jawatankuasa Teknik Bersama Dalam Bidang Penerangan (JTCIM) M esyuarat Ketiga Jawatankuasa Teknik Bersama Dalam Bidang Penerangan (JTCIM) di Bawah Memorandum Persefahaman di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan Malaysia berlangsung di Hotel Rizqun, Gadong pada 17 dan 18 Disember. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Penerangan, Dr. Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong selaku Pengerusi Bersama bagi Mesyuarat Eksekutif Penerangan. Delegasi JTCIM dari Malaysia bagi bidang Penerangan diketuai oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Yang Berhormat Dato Joseph Salang. Mesyuarat JTCIM diadakan secara bergilir dan menjadi satu landasan bagi membincangkan isu-isu dan masalah yang timbul dalam usaha memantapkan hubungan kerjasama kedua-dua buah negara iaitu Negara Brunei Darussalam dan Malaysia. Pengarah Penerangan, Dr. Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong dan Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Abdullah Morad semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknik Bersama Ke-3 Dalam Bidang Penerangan. Delegasi Malaysia di Mesyuarat JICIM, yang diketuai oleh Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Abdullah Morad. Delegasi Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Pengarah Penerangan, Dr.Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong yang juga selaku Pengerusi Bersama bagi Mesyuarat Eksekutif Penerangan.

Upload: tranthu

Post on 29-Jun-2018

273 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Warta Penerangan - information.gov.bn Penerangan PDF Library/2010/warta...Warta Penerangan 3 Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Teknikal Bersama Dalam Bidang Penerangan Kerajaan Kebawah

Terbitan Jabatan Penerangan

Warta Peneranganwww.information.gov.bnEdisi Keduabelas

Disember 2010

Membudayakan Masyarakat Bermaklumat

Mesyuarat Ke-3 Jawatankuasa Teknik Bersama Dalam Bidang Penerangan (JTCIM)

Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Teknik Bersama Dalam Bidang

Penerangan (JTCIM) di Bawah Memorandum Persefahaman di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan Malaysia berlangsung di Hotel Rizqun, Gadong pada 17 dan 18 Disember.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Penerangan, Dr. Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong selaku Pengerusi Bersama bagi Mesyuarat Eksekutif Penerangan.

Delegasi JTCIM dari Malaysia bagi bidang Penerangan diketuai oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Yang Berhormat Dato Joseph Salang.

Mesyuarat JTCIM diadakan secara bergilir dan menjadi satu landasan bagi membincangkan isu-isu dan masalah yang timbul dalam usaha memantapkan hubungan kerjasama kedua-dua buah negara iaitu Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.

Pengarah Penerangan, Dr. Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong dan Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Abdullah Morad semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknik Bersama Ke-3 Dalam Bidang Penerangan.

Delegasi Malaysia di Mesyuarat JICIM, yang diketuai oleh Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Abdullah Morad.

Delegasi Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Pengarah Penerangan, Dr.Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong yang juga selaku Pengerusi Bersama bagi Mesyuarat Eksekutif Penerangan.

Page 2: Warta Penerangan - information.gov.bn Penerangan PDF Library/2010/warta...Warta Penerangan 3 Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Teknikal Bersama Dalam Bidang Penerangan Kerajaan Kebawah

2 Warta Penerangan

PenasihatDr Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong

Hajah Noorashidah Haji Aliomar

Ketua PengarangSastra Sarini Haji JulainiHaji Dayang Haji Kasim

Ahli Sidang PengarangNoriah Haji Abdul Hamid

Hajah Noorhijrah Haji IdrisHajah Zaianit Haji Noorkhan

Aidah HidopHajah Apsah Haji Sahdan

Penyumbang BeritaMohd. Nizam Abdullah

Hajah Norpisah Md SallehNur Amalina Jennifer Abdullah MokHaji Mahmud Hafidzie Haji Masood

Ismalee Haji Abdul RahmanFaridah Haji Kaderi

Fa’ezah Hayati Haji Abd. RahmanNorainah Ibrahim

Asnah DiwaBahagian-bahagian

Cawangan Daerah-daerah

PenyemakHajah Norpisah Md Salleh

Penyelaras OnlineHaji Ariffin Mohd Noor

FotografiBahagian Fotografi

&Audio Visual

Bahagian Perkhidmatan Media&

Perhubungan AwamBahagian Berita Inggeris

Reka LetakHajah Apsah Haji Sahdan

Sidang Redaksi

Biskita dialu-alukan untuk memberi sumbangan berita bahagian masing-masing. Berita berkenaan boleh dihantar terus ke Bahagian Perhubungan Awam atau Bahagian Berita Inggeris dan Media IT.

Berita-berita berkenaan juga boleh dihantar melalui faks 2382012 atau 2382548

Atau e-mel terus ke [email protected]

Isi K

andu

ngan

Layarilah laman web PELITA BRUNEI melalui:http://www.pelitabrunei.gov.bnE-mail: [email protected] setiap 2 kali seminggu (Rabu dan Sabtu)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahteraSekapur Sirih

Bulan Disember yang merupakan sebagai penutup tirai tahun 2010 ini menyaksikan Jabatan Penerangan mengadakan Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Teknikal

Bersama Dalam Bidang Penerangan (JTCIM) di bawah Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan Malaysia. Mesyuarat yang diadakan secara bergilir ini sebagai landasan untuk membincangkan isu dan cabaran serta perancangan dalam usaha untuk memantapkan hubungan kerjasama kedua-dua buah negara.

Media selaku ‘rakan strategik’ Jabatan Penerangan merupakan rakan yang penting dalam tugasan harian Jabatan Penerangan. Kerjasama antara media dengan kerajaan adalah cukup erat dan mesra khususnya dalam memastikan semua maklumat yang tersiar dan diterbitkan adalah maklumat yang berasas dan tulen, serta sahih. Sehubungan dengan itu, Jabatan Penerangan telah mengadakan Majlis Penghargaan Media sebagai menghargai sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan oleh media. Majlis juga diselajurkan dengan Kutipan Derma bagi Tabung Bantuan Kemanusiaan Bencana Merapi dan Mentawai Republik Indonesia.

Sejajar dengan peranannya sebagai ‘orang tengah’ antara orang ramai dengan masyarakat, Jabatan Penerangan dengan kerjasama Pasukan Polis Diraja Brunei telah menerbitkan poster sempena Sambutan Hari Polis Ke-90. Majlis Penyerahan Poster Sambutan Hari Polis Ke-90 bagi tahun 2011 telah diadakan di Mess Pegawai Polis, Ibu Pajabtan Pasukan Polis Diraja Brunei di Gadong. Pasukan Polis Diraja Brunei juga merupakan salah sebuah jabatan yang menjadi rakan strategik Jabatan Penerangan yang sentiasa memberikan kerjasama yang padu dan erat.

Dalam hubungan antarabanga pula, Jabatan Penerangan telah dilawati oleh pelawat daripada negara jiran. Serombongan pegawai-pegawai Bahagian Pentadbiran, guru-guru, ibu bapa serta pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Teluk Ira, Pahang Darul Makmur, Malaysia telah mengadakan lawatan ke Jabatan Penerangan.

Di arena sukan pula, Jabatan Penerangan secara berterusan mengadakan aktiviti kesukanan sebagai usaha untuk memastikan warga Penerangan dalam keadaan sihat dan cergas. Ia juga sebagai menyahut saranan pihak kerajaan menyeru semua rakyat untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Sehubungan dengan itu, Jabatan Penerangan pada awal bulan Disember ini telah menganjurkan Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara Penyokong-penyokong Pasukan Manchester United dan Penyokong-penyokong Pasukan Liverpool Jabatan Penerangan. Kejohanan bertujuan untuk mewujudkan semangat setiakawan di samping mengasuh semangat kesukanan yang tinggi.

Demikianlah warga Penerangan menutup tirai tahun 2010 dengan aktivitinya yang sentiasa bersama rakan strategik serta masyarakat amnya. Semoga keakraban persahabatan serta semangat kerjasama yang tinggi antara semua pihak yang terlibat akan terus dipertahan dan ditingkatkan dari masa ke semasa. Dan semoga kita akan terus bekerjasama lagi di masa akan datang. Dalam kesempatan ini saya mewakili warga Penerangan ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua semoga tahun 2011 akan membawa lebih makna dalam komitmen dan kerjasama kita yang ikhlas. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menabur bakti kepada nusa dan bangsa serta agama. Amin…

Pengarah Penerangan, Dr. Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong

- Mesyuarat Ke-3 Jawatankuasa Teknikal Bersama Dalam Bidang Penerangan (JTCIM) 1

- Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bersama Dalam Bidang Penerangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam 3

- Majlis Penghargaan Media 4

- Majlis Penyerahan Poster Sempena Hari Polis Ke-90 Tahun 2011 5

- Lawatan Rombongan Dari Pahang Darul Makmur, Malaysia 6

- MRO Bertugas- Selamat Hari Lahir 7

- Perlawanan persahabatan penyokong-penyokong Liverpool dan Manchester United FC 8

Page 3: Warta Penerangan - information.gov.bn Penerangan PDF Library/2010/warta...Warta Penerangan 3 Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Teknikal Bersama Dalam Bidang Penerangan Kerajaan Kebawah

Warta Penerangan 3Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Teknikal Bersama Dalam Bidang Penerangan

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Malaysia

Majlis Pembukaan Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Teknikal

Bersama Dalam Bidang Penerangan (JTCIM) di Bawah Memorandum Persefahaman di antara Kerajaan kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-pertuan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan Malaysia telah diresmikan betempat di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong. Majlis berlangsung pada 17 Disember.

Memorandum Persefahaman dalam bidang penerangan dan penyiaran ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak sejak 18 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1992.

Mesyuarat JTCIM merupakan satu landasan yang baik bagi meneruskan kerjasama yang sedia ada dan menerokai pelbagai bentuk kerjasama baru di bidang penerangan dan penyiaran.

Mesyuarat kali ini membincangkan mengenai status perlaksanaan rancangan-rancangan dalam bidang penerangan dan penyiaran termasuk pertukaran-pertukaran rancangan televisyen dan radio, latihan dan akhbar serta penerbitan.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis pembukaan resmi masyuarat tersebut ialah Setiausaha Tetap di Jabatan perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Omar bin Haji Abdul Rahman.

Sementara Pengarah Penerangan, Dr. Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong sebagai Pengerusi Bersama bagi Mesyuarat Eksekutif Penerangan.

Delegasi JTCIM dari Malaysia diketuai oleh Timbalan Menteri

Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Yang Berhormat Dato Joseph Salang.

Delegasi juga turut diraikan dengan Majlis Makan Malam di Li Gong Restaurant, Empire Hotel dan Country Club. Majlis tersebut diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Wahab bin Juned selaku ketua Delegasi Negara Brunei Darussalam.

Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri Dato Paduka Awang Haji Omar bin Haji Abdul Rahman dan Ketua Setiausaha, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknik Bersama Ke-3 Dalam Bidang Penerangan.

Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Omar bin Haji Abdul Rahman dan Ketua Setiausaha, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf bergambar ramai bersama delegasi kedua-dua buah negara.

Page 4: Warta Penerangan - information.gov.bn Penerangan PDF Library/2010/warta...Warta Penerangan 3 Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Teknikal Bersama Dalam Bidang Penerangan Kerajaan Kebawah

4 Warta Penerangan

kutipan derma bagi Tabung Bantuan Kemanusiaan Bencana Merapi dan Mentawai, Republik Indonesia serta penyampaian plak dan sijil penghargaan kepada media dan penyampaian hadiah-hadiah bagi acara-acara Sukan Media yang telah diadakan pada bulan Jun.

Juga hadir di majlis tersebut, Timbalan Setiausaha Tetap JPM, Awang Haji Mahrub bin Haji Murni serta pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Majlis antara lain bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada pihak media di atas sumbangan mereka dalam menyalurkan maklumat dan aktiviti-aktiviti kerajaan.

Majlis Penghargaan Media 2010 telah di adakan pada 22

Disember bertempat di Season’s Restaurant, Hotel Centerpoint, Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Dato Paduka Awang Haji Omar bin Haji Abdul Rahman, Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Dalam ucapan beliau di majlis tersebut, beliau menekankan, setiap penulisan dan penyiaran berita yang disampaikan perlu mengambarkan perkara positif dan penuh tanggungjawab bukan memetik sesuka hati.

Pihak media perlu lebih peka dan memastikan penyebaran maklumat yang tepat dan sahih dari pihak berkuasa di negara ini bagi mengelakkan kesalahfahaman dan kekeliruan orang ramai. Kerana perkara ini boleh menimbulkan keadaan panik di kalangan orang ramai dan juga menimbulkan kekeliruan kerana media dapat mengubah pemikiran orang ramai dengan menyiarkan berita-berita yang tidak betul.

Segala maklumat perlulah didapatkan kesahihannya melalui saluran-saluran yang tertentu daripada pihak berwajib terutama Pegawai-pegawai Perhubungan Awam (PRO) yang dilantik selaku jurucakap bagi kementerian-kementeraian dan jabatan-jabatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Agensi-agensi kerajaan perlu memberikan kerjasama kepada pihak media dengan maklumat yang terkini, tepat dan cepat. Ini dapat mewujudkan sikap mesra media, media sepatutnya dijadikan kawan dan platform pemberigaan maklumat. Dalam erti kata lain mesra media hendaklah dijadikan amalan dalam memberi, menerima dan menyalurkan maklumat.

Media elektronik mahupun media cetak perlulah menyebarkan maklumat secara bertanggungjawab

dan penuh profesional. Pihak media juga perlu sedia berkongsi informasi mengenai liputan acara yang berlangsung di negara ini agar setiap agensi media dapat membuat liputan secara bersama-sama.

Media kini perlu lebih menonjol dengan memperbanyakkan tulisan-tulisan rencana dan segment-segment dokumentari yang menjurus kepada human interest dan memaparkan kekayaan semulajadi yang ada di dalam negara ini sebagai usaha untuk sama-sama berganding bahu memperkenalkan negara kita ke dunia luar sekaligus meningkatkan bidang pelancongan di negara ini.

Majlis diselajurkan dengan

Majlis Penghargaan Media

Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Omar bin Haji Abdul Rahman (kiri); Timbalan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Mahrub bin Haji Murni (kanan) dan Awang Haji Bujang bin Haji Masuut (tengah) antara tetamu yang hadir di Majlis Penghargaan Media 2010.

Dato Paduka Awang Haji Omar bin Haji Abdul Rahman diiringi oleh Pengarah Penerangan, Dr. Mohammad Hadi bin Mohammad Melayong ketika merasmikan kutipan derma bagi Tabung Bantuan Kemanusiaan Bencana Merapi dan Mentawai, Republik Indonesia.

Page 5: Warta Penerangan - information.gov.bn Penerangan PDF Library/2010/warta...Warta Penerangan 3 Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Teknikal Bersama Dalam Bidang Penerangan Kerajaan Kebawah

Warta Penerangan 5

Majlis Penyerahan Poster Sambutan Hari Polis Ke-90 Bagi Tahun 2011

Hari Polis Ke-90 tahun bagi tahun 2011 membawakan tema

Membudayakan Profesionalisme dan Integriti Pasukan. Seperti lazimnya sambutan tersebut akan dimeriahkan lagi dengan pegedaran poster-poster sempena sambutan hari tersebut keseluruh negara.

Jabatan Penerangan dengan kerjasama Pasukan Polis Diraja Brunei telah menerbitkan Poster Hari Polis Ke-90 Tahun.

Majlis Penyerahan Poster Hari Polis ke-90 tahun telah berlangsung pada 28 Disember bertempat di Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong. Sebanyak 500 keping poster sempena Ulang Tahun Pasukan Polis Diraja Brunei ke-90.

Majlis penyerahan poster dihadiri oleh Pengarah Penerangan, Dr. Haji Muhammad Hadi bin Haji Muhammad Melayong, Pengarah-Pengarah, Timbalan-Timbalan Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan dari Pasukan Polis Diraja Brunei.

Tetamu kehormat pada majlis tersebut Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis (Ag. DCP) AwangBaharin bin Mohd. Noor, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis (Pengurusan) selaku Pengerusi Sambutan Hari Polis ke-90 tahun bagi tahun 2011.

Penyerahan poster Hari Polis ke-90 tahun disempurnakan oleh Pengarah Penerangan, Dr. Haji Muhammad Hadi bin Haji

Muhammad Melayong kepada tetamu kehormat majlis Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis (Ag. DCP) Awang Baharin bin Mohd. Noor, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis (Pengurusan) .

Poster tersebut diedarkan dan diserahkan kepada Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan serta Pegawai-Pegwai Pemerintah Daerah Polis oleh tetamu kehormat.

Sebanyak 12 buah kementerian dan Cawangan Jabatan Penerangan Daerah Tutong, Belait dan Temburong hadir untuk menerima poster tersebut.

Pengarah Penerangan, Dr. Mohammad Hadi bin Mohammad Melayong ketika menyempurnakan penyerahan Poster Hari Polis Ke-90 kepada Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis (Ag. DCP) Bahrain bin Mohd. Noor, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis (Pengurusan).

Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis (Ag. DCP) Awang Baharin bin Mohd. Noor, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis (Pengurusan) menyempurnakan penyerahan poster Hari Polis Ke-90 Tahun.

Page 6: Warta Penerangan - information.gov.bn Penerangan PDF Library/2010/warta...Warta Penerangan 3 Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Teknikal Bersama Dalam Bidang Penerangan Kerajaan Kebawah

6 Warta Penerangan

Lawatan Rombongan Dari Pahang Darul Makmur, Malaysia

Seramai 30 orang terdiri dari pegawai-pegawai Bahagian

Pentadbiran, guru-guru, ibu bapa serta pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Telok Ira, Pahang Darul Makmur, Malaysia mengadakan lawatan ke Jabatan Penerangan pada 4 Disember.

Rombongan yang diketuai oleh Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan, Dr. Syed Abdullah bin Syed Sulaiman dialu-alukan oleh Pengarah

Penerangan, Dr. Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Penerangan.

Semasa lawatan, rombongan diberikan taklimat mengenai fungsi dan peranan Jabatan Penerangan dalam menyebarluaskan maklumat dan aktiviti kerajaan melalui media cetak, media interpersonal dan media baru oleh Pegawai Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini.

Seterusnya rombongan sempat beramah mesra dan bergambar ramai bersama Pengarah Penerangan dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Penerangan.

Rombongan juga telah dibawa

melawat ke Bahagian Pelita Brunei , Bahagian Berita Inggeris dan meninjau Perpustakaan Mini Jabatan Penerangan.

Rombongan pegawai-pegawai Bahagian Pentadbiran, guru-guru, ibu bapa serta pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Telok Ira, Pahang Darul Makmur, Malaysia bergambar ramai bersama Pengarah Penerangan, Dr. Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Penerangan.

Rombongan pegawai-pegawai Bahagian Pentadbiran, guru-guru, ibu bapa serta pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Telok Ira, Pahang Darul Makmur, Malaysia berkesempatan mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini.

Rombongan mendengar penerangan oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Media dan Perhubungan Awam, Awang Haji Dayang bin Haji Kasim.

Page 7: Warta Penerangan - information.gov.bn Penerangan PDF Library/2010/warta...Warta Penerangan 3 Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Teknikal Bersama Dalam Bidang Penerangan Kerajaan Kebawah

Warta Penerangan 7

Tarikh Acara06 Disember Sambutan Awal Tahun Hijrah 1432 di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.08 Disember Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam ke luar negara di Lapangan Terbang Antarbangsa, Berakas. 13 Disember Ketibaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa, Berakas.

Majlis Mengadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia di Istana Nurul Iman

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia berlepas meninggalkan Negara Brunei Darussalamdi Lapangan Terbang Antarabangsa, Berakas.

Para Pegawai Penyelaras Media (MRO) dari Jabatan Penerangan telah ditugaskan di majlis-majlis tertentu sepanjang bulan Disember, acara-acara tersebut ialah:

Pegawai Penghubung Media (MRO) yang bertugas pada bulan Disember

Selamat Hari Lahir

Awang Haji Mahmud Hafidzie bin Haji Ali Mashod 1 DisemberAwang Ishak bin Haji Osman/Othman 4 DisemberAwang Akui bin Anam 8 DisemberPengiran Imran bin Pengiran Haji Salleh 13 DisemberAwang Haji Salleh bin Haji Yussof 17 DisemberDayangku Siti Mawartee bin Pengiran Haji Kahar 17 DisemberDayang Ernie Erma binti Haji Salihudin 17 DisemberAwang Haji Madon bin Haji Ibrahim 20 DisemberDayang Hajah Nuramanina binti Haji Hassan 26 DisemberAwang Hilmy bin Haji Zainal 27 DisemberAwang Lamit bin Matzin 31 Disember

Page 8: Warta Penerangan - information.gov.bn Penerangan PDF Library/2010/warta...Warta Penerangan 3 Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Teknikal Bersama Dalam Bidang Penerangan Kerajaan Kebawah

Diterbitkan bersama oleh Bahagian Perkhidmatan Media dan Perhubungan Awam & Bahagian Berita InggerisJabatan Penerangan, Jabatan Perdana MenteriDicetak oleh Borneo Printers & Trading Sdn. Bhd. Tel: 2 651 387 Faks: 2 654 342

Perlawanan persahabatan penyokong-penyokong Liverpool dan Manchester United FC

merapatkan lagi silaturahim di antara warga kerja Jabatan Penerangan melalui kegiatan sukan dan riadah khususnya sukan bola sepak. Ia bukan sahaja dapat menjalinkan kemesraan di kalangan warga kerja Jabatan Penerangan bahkan juga ahli-ahli keluarga masing-masing.

Perlawanan persahabatan itu dirasmikan oleh Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar.

Dalam perlawanan tersebut Pasukan Penyokong Manchester United FC telah mengalahkan

Pasukan Penyokong Liverpool FC dengan jaringan 4 – 1. Gol Pasukan Penyokong Manchester United FC telah dijaringkan oleh Awang Anang Idris bin Haji Ramli (dua gol), Awang Haji Narip bin Haji Bostan dan Awang Alisman bin Ismail. Manakala gol bagi pasukan Liverpool FC pula telah dijaringkan oleh Awang Masri bin Osman.

Acara sukan tersebut juga dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah dan seterusnya penyampaian hadiah.

Perlawanan persahabatan penyokong-penyokong Liverpool

FC dan Manchester United FC telah berlangsung pada 3 Disember bertempat di Kompleks Sukan Berakas.

Perlawanan di anjurkan oleh warga kerja Jabatan Penerangan ke arah mengeratkan silaturahim melalui sukan di samping menyahut seruan Kementerian Kesihatan untuk menjadikan amalan budaya gaya hidup sihat warga Perkhidmatan Awam.

Tujuan perlawanan adalah untuk